Common use of Mengecat Kerja Logam Clause in Contracts

Mengecat Kerja Logam. a. Mengecat Permukaan Baru Keluli dan Besi i. Permukaan-permukaan yang hendak dicat hendaklah dibersihkan dan bebas daripada karat, keruping, minyak, gris, kotoran dan habuk. Satu lapis cat asas logam yang diluluskan hendaklah disapu diikuti dengan satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan, hendaklah disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel. Paip kotoran dan paip liang udara hendaklah dicat dengan cat asas seperti di atas dan sapu dengan dua lapis cat bitumen yang diluluskan. b. Mengecat Semula Permukaan Lama Keluli dan Besi Yang Lama i. Di mana mengecat semula permukaan lama ditentukan, cara-cara berikut hendaklah dipatuhi. Jika permukaannya masih baik, ianya hendaklah digosok dengan kertas pasir halus mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P dan di mana perlu cat asas hendaklah disapu. Kemudian satu lapis cat asas alas hendaklah disapu dan kecuali jika selainnya ditentukan, disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel. Sekiranya cat lama berada dalam keadaan yang buruk, keseluruhan cat lama tersebut hendaklah ditanggalkan dengan menggunakan pelucut cat yang diluluskan atau dengan mengikis mengikut sepertimana yang diluluskan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Permukaan itu hendaklah dibersihkan dengan sempurna dan kemudiannya disapu dengan satu lapis cat asas logam, satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan, disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel. c. Mengecat Permukaan Baru Besi Bergalvani i. Di mana kerja mengecat besi bergalvani yang baru ditentukan, permukaannya hendaklah disapu dengan satu cat asas logam punaran sendiri yang cepat kering diikuti dengan satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan hendaklah disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel. d. Mengecat Semula Permukaan Lama Besi Bergalvani i. Di mana mengecat semula permukaan lama ditentukan cara-cara berikut hendaklah dipatuhi. Jika permukaan tidak berkarat, ianya hendaklah digosok secara ringan dengan kertas pasir dan semua kotoran, minyak dan gris hendaklah dibersihkan dengan membasuh menggunakan pelarut yang diluluskan. Selepas permukaan itu kering ianya hendaklah disapu dengan satu lapis cat asas logam yang diluluskan diikuti dengan satu lapis alas dan kecuali jika selainnya ditentukan disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel. Sekiranya permukaan telah terhakis, keseluruhan cat sedia ada hendaklah ditanggalkan dengan menggunakan pelucut cat yang diluluskan atau dengan mengikis sepertimana yang diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Apabila permukaan telah dibersihkan dengan sepenuhnya, ianya hendaklah disapu dengan satu lapis cat asas logam yang diluluskan, satu lapis cat alas dan kecuali jika selainnya ditentukan disudahi dengan dua lapis cat kilat enamel.

Appears in 4 contracts

Samples: Dokumen Sebut Harga, Dokumen Sebut Harga, Sebut Harga

Samples: Sebut Harga, Sebut Harga, Sebut Harga