PENAMATAN KONTRAK. Pegawai Pengawal atau wakilnya berhak pada bila-bila masa menamatkan kontrak ini dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada Syarikat. Syarikat juga boleh berbuat demikian dengan cara bertulis tiga (3) bulan notis sebelum ingin menamatkan kontrak.
PENAMATAN KONTRAK a. Sekiranya petender didapati melanggar mana-mana syarat dan stipulasi yang terkandung di dalam kontrak ini (tetapi tidak terhad kepada) gagal kerja tanpa sebab yang munasabah, gagal meneruskan kerja dengan usaha yang berpatutan dan berterusan atau sengaja cuai melaksanakan kewajipan setelah nasihat-nasihat dan notis diberi dan menggantung kerjanya sebelum siap atau sekiranya melakukan perbuatan kebankrapan, membuat apa-apa penyerahan hak bagi faedah sipiutangnya dan menyerahkan kontrak atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa kelulusan atau menyebabkan sebarang tuntutan atau tindakan mahkamah diambil terhadap petender atau apa-apa IPJPSM maka IPJPSM boleh tanpa menyentuh mana-mana hak IPJPSM yang terkandung dalam kontrak ini, menamatkan perkhidmatan petender. Apabila tindakan ini diambil, maka petender hendaklah memindahkan atau mengeluarkan aset alat-alat jentera dan sebagainya seperti yang tersebut tidak menjejaskan atau boleh menghalang IPJPSM dari merampas segala alat-alat jentera, dan bahan-bahan kerja bagi menampung segala kerugian yang dialami atau dijangka dialami oleh IPJPSM disebabkan kegagalan petender memenuhi tanggungjawab atau sebagainya di bawah kontrak ini.
b. Apabila kontrak ditamatkan atas sebab atau sebab-sebab tersebut, maka IPJPSM boleh melaksanakan kerja-kerja seterusnya secara bersendirian atau mengambil mana-mana petender lain untuk menyiapkan kerja-kerja itu dan segala kos dan perbelanjaan untuk menyiapkan kerja-kerja berkenaan adalah menjadi tanggungjawab petender.
c. Sehingga kerja-kerja itu disiapkan berikutan dengan kandungan Klausa 31(a), 32(b) maka tiada apa-apa bayaran yang akan dibuat kepada petender di bawah kontrak ini, melainkan setelah siap kerja-kerja itu dan akuan petender dengan IPJPSM disahkan kedudukannya, P.P akan mengesahkan jumlah perbelanjaan termasuk bayaran pengawasan IPJPSM yang dikenakan dan apa-apa bayaran yang dibelanjakan oleh IPJPSM untuk menyiapkan kerja-kerja berkenaan. Sekiranya jumlah dikenakan atau termasuk bayaran yang dibelanjakan oleh IPJPSM untuk menyiapkan kerja-kerja berkenaan dicampurkan dengan jumlah bayaran yang telah dibuat oleh IPJPSM kepada petender sebelum ini, melebihi jumlah sepatutnya dibayar sekiranya kontrak ini tiada ditamatkan, maka perbezaan akan merupakan hutang petender kepada IPJPSM. Jika semua kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh IPJPSM atau lain-lain pihak atau orang untuk menyiapkan atau melaksanakan kerja belum siap oleh petender adalah lebih rendah dari kontrak asal...