SEKATAN KEPENTINGAN Klausul Contoh

SEKATAN KEPENTINGAN i) Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Sekatan Kepentingan ini dikecualikan bagi pindahmilik atau pajakan pertama. ii) Xxxxxxx pindahmilik, pajakan atau gadaian dikenakan selama 10 tahun dari tarikh pindahmilik didaftarkan. BEBANAN : Telah diserahhak kepada Maybank Islamic Berhad mengikut Perjanjian-Perjanjian tersebut dan tertakluk kepada semua easemen, pajakan, sewaan, penghuni, gadaian, kaveat, perjanjian jual beli yang lama, serahhak yang lama, perjanjian rasmi dan juga semua liabiliti. Hartanah tersebut akan dijual dalam “keadaan sepertimana sediada”, tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM180,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Ribu) sahaja, akan dijual mengikut Syarat-syarat Jualan dengan cara Penyerahhakan dari Pihak Pemegang Serahhak/Pihak Bank tertakluk kepada Penawar yang berjaya (“Pembeli”) memperolehi kebenaran pindahmilik daripada Pihak Pemaju/Tuanpunya dan Pihak Berkuasa yang berkenaan, sekiranya ada, termasuk semua terma, syarat-syarat, stipulasi dan waad dimana mungkin dan akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan. Semua Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 10% dari harga rizab dalam bentuk bank draf atau kasyier order sahaja atas nama Maybank Islamic Berhad sebelum jualan lelongan dimulakan kepada Pelelong tersebut di bawah. Untuk penawar dalam talian sila rujuk Terma dan Syarat serta cara pembayaran deposit di xxx.xxxxxxxxxxxxxxx.xxx. • 50% daripada harga rizab untuk Hartanah Komersil • 100% daripada harga rizab untuk Hartanah Kediaman Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Rohani Soon & Associates, Peguamcara bagi Pihak Pemegang Serahhak/ Pihak Bank yang beralamat di No. 321- A & B, Xxxxx Xxxxxx Xxxx 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx, 00000 Xxxxxx. (Rujukan: 3RSA/MIB(TMR)/W194(LACA)/2019/LS/dc), No. Tel: 00-0000000, No. Faks: 06-2831125 atau Pelelong yang tersebut di bawah.
SEKATAN KEPENTINGAN. Kod A – Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Sekatan kepentingan ini dikecualikan kepada orang Melayu. BEBANAN : Diserah hak kepada Hong Leong Islamic Bank Berhad tertakluk kepada semua ismen, hak lalu-lalang awam dan swasta, sokongan, pengaliran, cahaya dan lain-lain hak atau insiden-insiden lain (jika ada), pajakan, tenansi, penghuni, cerobohan, pencerobohan, kacau ganggu, gadaian, lien, kaveat, perjanjian jual beli dahulu, penyerahan hak dahulu, waad, hak awam dan liabiliti (termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti kerajaan tempatan yang telah terjadi tetapi tidak ditetapkan dan apa-apa cukai yang diminta tetapi tidak dituntut), syarat nyata dan tersirat, sekatan kepentingan dan bebanan yang wujud di atasnya dan terhadapnya seperti yang dinyatakan di dalam Hakmilik Individu.
SEKATAN KEPENTINGAN. Kod A – Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Sekatan kepentingan ini dikecualikan kepada orang Melayu.

Related to SEKATAN KEPENTINGAN

  • PEMROSESAN PENGALIHAN INVESTASI Pengalihan investasi diproses oleh Xxxxxxx Investasi dengan melakukan pembelian kembali Unit Penyertaan Reksa Dana yang bersangkutan yang dimiliki oleh Pemegang Unit Penyertaan dan melakukan penjualan Unit Penyertaan Reksa Dana lainnya yang diinginkan oleh Pemegang Unit Penyertaan pada waktu yang bersamaan dengan menggunakan Nilai Aktiva Bersih per Unit Penyertaan dari masing-masing Reksa Dana sesuai dengan saat diterimanya perintah pengalihan secara lengkap.

  • LELONGAN AWAM PADA HARI KHAMIS, 25HB MEI 2023, JAM: 10.30 PAGI LELONGAN SECARA ATAS TALIAN DI LAMAN WEB ESZAM AUCTIONEER SDN BHD (eZ2Bid)