PEROLEHAN SECARA TENDER TERBUKA
PEROLEHAN SECARA TENDER TERBUKA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TAWARAN TARIKH IKLAN : 20 NOVEMBER 2023 (ISNIN)
Tawaran tender adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang 050101 dan 050102 untuk mengambil bahagian di dalam tender seperti berikut:-
BUTIR-BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/MASA/TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENYERTAAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
Tender Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Satu (1) Unit Peralatan Perubatan Modular Magnetic Resonance Imaging (MRI) Untuk Kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Bagi Tempoh Kontrak Satu (1) Tahun No. Jadual T/P&P : 104/2023 | 300.00 (Tidak akan dikembalikan) | Tarikh : 24 November 2023 (Jumaat) Masa : 3.00 petang Tempat : Hospital Tengku Ampuan Rahimah | Dokumen Tender boleh diperolehi/dijual selepas taklimat/ lawatan tapak pada 28 November 2023 (Selasa) di alamat :- Kaunter Tender Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan, 62590 PUTRAJAYA pada waktu-waktu pejabat seperti berikut:- Hari/masa: Isnin – Khamis 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 4.00 ptg Jumaat 8.00 pagi – 12.00 t/hari 2.45 ptg – 4.00 ptg | 1) Petender DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat tender. 2) Petender dikehendaki untuk mematuhi semua peraturan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan mengemukakan salinan dokumen seperti berikut: i) Lesen Establismen; dan ii) Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan (MDA) 3) Syarat menghadiri taklimat tender: Hanya PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)/ Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK) SAHAJA yang boleh hadir ke sesi taklimat tender. Syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai lain. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran ke sesi taklimat tender. 4) Sebarang pertanyaan berkenaan taklimat sila hubungi : | 20 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari |
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Unit Sumber Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. No. Telefon : 00-00000000 / 00-00000000 |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di:
KAUNTER TENDER
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbendaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2 perenggan 5.7(iii) dan perenggan 15.1(viii) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Hak Kerajaan untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat Kerajaan menyetujui terima keputusan rundingan selaras dengan PP/PK 2.2 perenggan 26.
Pelawaan tender ini boleh dipertimbangkan perubahan dan pelanjutan tempoh kontrak tidak melebihi 50% daripada nilai kontrak asal dan/atau maksimum dua (2) tahun tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.
Perolehan bagi tender ini tidak tertakluk dengan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order sahaja atas nama Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA.
PEMBEKAL-PEMBEKAL YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA YANG ASAL BESERTA SALINAN (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.