DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta memegang Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta masih sah tempohnya dalam kod bidang berkaitan untuk menyertai sebut harga berikut:
NO. SEBUT HARGA | : | 179/2024 |
TAJUK SEBUT HARGA | : | KERJA PEMBAIKAN KABINET SINGKI DALAM TANDAS DI DBP WILAYAH SELATAN |
KOD BIDANG | : | CIDB GRED G1 KATEGORI B10, B13, B24 ATAU B28 |
TARIKH TUTUP | : | Sebelum atau pada 7 Oktober 2024 (Isnin) dan tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari. Sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan. |
1. Penyebut Harga adalah diminta untuk menyemak dan meneliti spesifikasi serta syarat-syarat lain yang dinyatakan sebelum menawarkan harga. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi perolehan ini.
2. Semua kos yang berkaitan dengan sebut harga di atas adalah tanggungjawab pembekal.
3. Penyebut harga adalah diingatkan supaya mencatat dengan jelas harga yang ditawarkan di ruangan yang disediakan di dalam dokumen sebut harga.
4. Dokumen sebut harga hendaklah dihantar secara salinan keras (serahan tangan/pos laju/berdaftar) tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada tarikh tutup sebut harga 7 Oktober 2024 (Isnin).
5. Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan diterima.
6. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan penilaian akan dibuat mengikut item pembekalan.
8. Adalah diingatkan bahawa kegagalan pihak syarikat mematuhi arahan-arahan dinyatakan boleh menyebabkan pertimbangan terhadap sebut harga syarikat akan terjejas.
9. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut tentang sebut harga ini, sila hubungi Encik Xxxxxxxx Xxxxxxxxx xxx Xxxxxxx (tentang spesifikasi) di talian 00-0000 0000 atau Encik Xxxx Xxxxxxxx xxx Xxxxxxxxx (tentang sebut harga) di talian 00-0000 0000.
S
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Perihal Sebut harga
(i) Sebut harga ini adalah Kerja Pembaikan Kabinet Singki Dalam Tandas di DBP Wilayah Selatan. Sebut harga ini adalah tertakluk kepada arahan, syarat-syarat am dan syarat-syarat khas sebut harga.
2. Arahan Kepada Penyebut harga
(i) Kelayakan Menyertai Sebut harga
a. Pelawaan adalah terikat kepada arahan dan syarat-syarat am serta syarat-syarat yang lain yang disertakan bersama-sama dokumen sebut harga ini.
b. Semua penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut harga. Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan menyebabkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Pematuhan Syarat dan Spesifikasi Sebut harga
a. Penyebut harga mesti mematuhi semua syarat dan spesifikasi sebut harga. Tawaran sebut harga yang gagal mematuhi mana-mana syarat dan spesifikasi sebut harga akan ditolak.
b. Penyebut harga perlu mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki dan memastikan bahawa dokumen yang dihantar adalah lengkap dan diisi dengan betul. Susunan dan format dokumen / borang hendaklah mengikut ketetapan dalam dokumen sebut harga.
c. Penyebut harga perlu memotong dan menandatangani ringkas sebarang pembetulan atau pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam cecair dalam apa juga cara adalah tidak dibenarkan.
d. Semua dokumen yang diserahkan oleh penyebut harga, termasuk manual teknikal hendaklah dalam Bahasa Melayu dan / atau Bahasa Inggeris.
(iii) Kos Penyertaan dan Penyediaan Dokumen Sebut harga
a. Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga adalah ditanggung sendiri oleh pihak penyebut harga. DBP tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
b. DBP tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga dalam sebut harga dan / atau perjanjian ini. Penyebut harga yang mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebut harga dan / atau perjanjian hendaklah merujuk terus kepada DBP.
c. DBP boleh membatalkan sebut harga ini tanpa memberikan sebarang alasan kepada semua penyebut harga dan kos-kos yang terlibat semasa penyediaan sebut harga ini tidak akan ditanggung oleh DBP.
3. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
(i) Peringatan mengenai kesalahan rasuah adalah dengan merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009 seperti berikut:
a. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009).
b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan penyebut harga atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
d. Mana-mana penyebut harga atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan melakukan kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
4. Integrity Pact dalam Perolehan Kerajaan
(i) Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 2 (13) bertarikh 1 April 2010 seperti berikut:
a. Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa penyebut harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau merupakan individu yang diberi kuasa berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan / perjanjian ini.
b. Penyebut harga yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan sebagai juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa beliau tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa dan menandatangani bagi pihak syarikat.
5. Borang Sebut harga
(i) Penawaran sebut harga hendaklah dibuat melalui borang-borang yang telah disediakan dalam dokumen sebut harga seperti berikut:
a. Dokumen Kewangan
i. Xxxxxx Xxxxxxx Xxxxx
ii. Surat Akuan Penyebut harga
iii. Surat Akuan Pembida (Penyebut harga)
(ii) Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen dengan teliti sebelum mengisi borang sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan mengakibatkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(iii) Semua lampiran dalam dokumen sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta mematuhi arahan yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
Tertakluk pada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain pelawaan ini, syarat- syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. Kelayakan Untuk Memasuki Sebut Harga
Penyebut harga bertaraf Bumiputera serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance, MOF) .
2. Tawaran Harga
(i) Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos berkaitan dengan perkhidmatan / bekalan / kerja seperti pengangkutan, peralatan, cukai dan termasuk semua kos luar jangka yang berkaitan dengan skop dan spesifikasi perkhidmatan (sekiranya berkaitan).
(ii) Harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga ini ditutup serta akan berkuat kuasa dalam tempoh sah laku sebut harga.
(iii) Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan kecuali atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak. Harga yang ditawarkan haruslah mengikut mekanisme penggenap harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan sahaja.
(iv) Harga yang ditawarkan juga mestilah mengambil kira segala kos yang terlibat semasa atau selepas tawaran, kos pentadbiran dan lain-lain kos yang berkaitan termasuk cukai semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.
(v) DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh penyebut harga bukanlah nilai muktamad yang akan ditetapkan oleh DBP sekiranya berjaya dalam penawaran sebut harga ini.
(vi) Penyebut harga hanya boleh mengemukakan satu tawaran harga sahaja Tawaran Pilihan (Alternative Offer) adalah tidak dibenarkan sama sekali dan tidak akan dipertimbangkan.
3. Spesifikasi dan Skop
(i) Spesifikasi dan skop perkhidmatan / bekalan / kerja adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga hendaklah meneliti perkhidmatan / bekalan / kerja yang diperlukan supaya tidak timbul masalah kesilapan meletak harga.
(ii) Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara tafsiran DBP dengan penyebut harga mengenai spesifikasi yang berkenaan tidak akan dilayan.
(iii) Semua perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberikan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
(iv) Sebut harga ini boleh ditawarkan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang setara serta bersesuaian dengan syarat butiran penuh mengenai perkhidmatan / bekalan / kerja tersebut diberi.
(v) Penyebut harga adalah dikehendaki menaip atau menulis dengan jelas segala maklumat yang diberikan dalam tawaran sebut harga. Tawaran sebut harga dengan maklumat yang kabur, tidak jelas dan susah dibaca akan ditolak.
4. Tawaran Lengkap
Penyebut harga dimestikan mengemukakan tawaran yang lengkap bagi tawaran perkhidmatan / bekalan / kerja yang dinyatakan dalam Lampiran. Penyebut harga yang gagal mengemukakan tawaran yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam lampiran-lampiran yang diperlukan boleh menyebabkan tawaran sebut harga tersebut ditolak.
5. Pelanggaran Syarat-Syarat Sebut harga
(i) Penyebut harga yang memasuki sebut harga tidak boleh melanggar perkara-perkara seperti berikut:
a) melakukan pakatan harga
b) memalsukan maklumat dengan tujuan menyertai sebut harga;
c) memalsukan tandatangan pada cap ‟Salinan Diakui Sah” dalam setiap dokumen yang dikemukakan; dan
d) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen dan borang sebut harga serta peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.
(ii) Penyebut harga yang berjaya memenangi sebut harga tidak boleh melanggar syarat iaitu antaranya:
a) perkhidmatan / bekalan / kerja tidak mengikut spesifikasi
b) tidak menyerahkan Bon Pelaksanaan (sekiranya berkaitan) dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 30 hari dari tarikh SST dikeluarkan
c) didapati memajakkan mana-mana bahagian daripada tawaran ini atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract); dan
d) lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen sebut harga / dokumen tawaran serta peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.
(iii) Penyebut harga yang melanggar syarat sebut harga seperti di para 5(i) dan 5(ii) di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
a) Pembatalan SST
b) Amaran
c) Denda / Pemotongan
d) Rampasan Bon Pelaksanaan
e) Penamatan Kontrak
f) Senarai Hitam Syarikat
6. Tempoh Sah Laku Sebut harga
(i) Semua harga yang ditawarkan oleh penyebut harga hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga.
(ii) Mana-mana penyebut harga yang mengemukakan tempoh sah laku harga kurang daripada masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama secara bertulis oleh kedua-dua belah pihak jika dan apabila perlu.
7. Surat Setuju Terima
(i) DBP berhak menyetuju terima sebut harga ini sama ada kesemuanya ataupun sebahagiannya daripadanya. DBP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
(ii) Keputusan DBP adalah muktamad. DBP tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga mengenai sebab- sebab tawaran mereka tidak berjaya.
(iii) SST hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada DBP dalam tempoh 14 hari dari tarikh SST dikeluarkan. Xxxxxxxxx menyerahkan kembali SST
dalam tempoh tersebut atau tempoh yang dinyatakan oleh DBP akan menyebabkan tawaran sebut harga tersebut terbatal dengan sendirinya.
8. Bon Pelaksanaan
(i) Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti berikut:
a) 2.5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
b) 5% daripada jumlah harga tawaran keseluruhan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja yang bernilai melebihi RM500,000.00.
(ii) Penyebut harga hendaklah menyerahkan kepada DBP suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk:-
a) Jaminan Bank atau Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh Bank atau Syarikat Kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang beroperasi di Malaysia;
b) Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) yang beroperasi di Malaysia;
c) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 (Akta 553) yang beroperasi di Malaysia;
d) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 (Akta 312); atau
e) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank) yang beroperasi di Malaysia
(iii) Bon Pelaksanaan yang yang diserahkan oleh penyebut harga tidak boleh batal dengan nilai dan peratusan dari nilai tawaran dalam tiga puluh hari (30) hari dari tarikh SST atau dalam apa-apa tempoh yang dipersetujui secara bertulis oleh DBP, sebagai jaminan bahawa penyebut harga tidak akan melanggar dan akan mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat sebut harga ini dan, selain remedi yang diberikan kepada DBP dalam sebut harga ini, DBP berhak mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan tersebut bagi apa-apa pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat dalam sebut harga ini dan / atau jika tawaran sebut harga ini ditamatkan / dibatalkan sebelum perkhidmatan / bekalan / kerja diselesaikan tanpa menyentuh apa-apa hak lain DBP dalam perjanjian ini.
(iv) Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah sentiasa tetap dan hendaklah berkuatkuasa selama dua belas (12) bulan selepas tarikh penamatan.
(v) Jika jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan:
a) diambil atau dirampas secara keseluruhan darinya, penyebut harga hendaklah menggantikan Bon Pelaksanaan itu dengan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas; atau
b) diambil atau dirampas sebahagian daripadanya, penyebut harga hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan baru sebagai gantian kepada bahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan yang diambil atau dirampas.
(vi) Bon Pelaksanaan adalah menjadi sebahagian tawaran dan akan dikembalikan kepada penyebut harga selepas tempoh yang dinyatakan di para 8(iv) dan tertakluk kepada apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengurangan atau potongan yang boleh dibuat oleh DBP mengikut syarat- syarat dan terma-terma dalam tawaran sebut harga ini berhubung dengan apa-apa pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat yang dilakukan oleh penyebut harga.
9. Pembayaran
(i) Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
(ii) Penyebut harga diberi peringatan untuk mengemukakan bil / tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh perkhidmatan / bekalan / kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera.
(iii) DBP tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan pembayaran kepada penyebut harga jika bil / tuntutan tidak dihantar ataupun tidak lengkap dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari.
(iv) Pembayaran akan dibuat bagi setiap pesanan oleh DBP yang disempurnakan pembekalannya dan berdasarkan penerimaan sebenar oleh pihak DBP.
10. Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxxx / Xxxxxxx Xxxxxxx
(i) Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran yang telah dikemukakan.
(ii) Penyebut harga juga tidak boleh menolak tawaran DBP sekiranya penyebut harga berjaya mendapat tawaran tersebut. Jika penyebut harga berbuat demikian, nama penyebut harga akan dikemukakan kepada MOF untuk tindakan / disenarai hitamkan.
(iii) Perkara di para 10(i) dan 10(ii) hanya boleh dipertimbangkan sekiranya penyebut harga mempunyai alasan yang munasabah dan dipersetujui oleh pihak DBP.
11. Pemeriksaan
(i) DBP sentiasa berhak menghendaki perkhidmatan / bekalan / kerja diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
(ii) Penyebut harga hendaklah memberikan kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
12. Perakuan Penentuan Telah Dipatuhi
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan / bekalan / kerja yang mengikut skop, spesifikasi, syarat serta penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.
13. Penolakan
(i) Perkhidmatan / bekalan / kerja yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada perkhidmatan / bekalan / kerja yang telah dipersetujui dalam sebut harganya boleh ditolak.
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah meminda perkhidmatan / bekalan
/ kerja yang ditolak itu atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan hendaklah membayar balik kepada DBP segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai perkhidmatan / bekalan / kerja yang ditolak itu.
(iii) Syarat di 13 (i) dan 13 (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak DBP untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran tawaran sebut harga.
14. Insurans
Tiada apa-apa insurans ke atas perkhidmatan / bekalan / kerja dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
15. Pembungkusan
(i) Harga yang ditawarkan diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
(iii) Bagi barangan yang diimport ke Malaysia, barangan hendaklah dibungkus dengan bahan yang sesuai, melainkan jika mengikut norma perdagangan barangan itu diimport dengan tidak dibungkus.
16. Pengenalan
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal perkhidmatan / bekalan / kerja itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
17. Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah dihantar dan diluluskan oleh DBP terlebih dahulu.
18. Kerahsiaan
Semua maklumat yang berkaitan tawaran ini adalah sulit dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan lain selain daripada tawaran ini sahaja.
19. Penamatan Tawaran
DBP berhak pada atau bila-bila masa menamatkan tawaran ini sekiranya didapati perkhidmatan / bekalan / kerja yang diberi oleh penyebut harga tidak memuaskan.
20. Perubahan Syarat-Syarat
(i) DBP sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang ditentukan untuk sebut harga ini dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh DBP.
(ii) Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi perkhidmatan / bekalan / kerja maka perubahan perbelanjaan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
21. Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa tawaran, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah, kecuali selain yang dipersetujui dengan bertulis di antara DBP dengan penyebut harga yang berjaya, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh DBP dan seorang oleh penyebut harga.
22. Undang-Undang
Pelawaan dan tawaran sebut harga ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.