GARIS PANDUAN PENGURUSAN MOU / MOA
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MOU / MOA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN XXXXX
1.0 TUJUAN
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk menyediakan perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh PTj dalam menguruskan MoU / MoA yang akan ditandatangani dengan mana-mana pihak luar.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Memorandum Persefahaman (MoU) secara umumnya adalah suatu dokumen yang menjadi penghubung antara Universiti dengan pihak luar. Ia adalah suatu penyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa- apa obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.
2.2 Penyediaan MoU adalah persediaan awal untuk mengenal pasti antara lain cabang kerjasama atau kepentingan akademik / penyelidikan yang boleh dijalankan bersama. Ia juga adalah pernyataan hasrat pihak-pihak, dengan harapan bahawa suatu kontrak atau perjanjian tertentu boleh dimasuki bagi satu-satu perancangan yang lebih khusus.
2.3 MoU tidak merangkumi perancangan secara terperinci, tetapi boleh menjurus kepada bidang kerjasama yang mungkin dihasratkan bersama dan meletakkan asas bagi merangka pelan perancangan yang lebih khusus.
2.4 MoU bagaimanapun, tidak menyekat, menghalang atau mencegah Universiti daripada memasuki perjanjian yang sama dengan mana-mana pihak lain.
2.5 Perjanjian (MoA) pula boleh dimasuki apabila pihak-pihak bersetuju untuk mewujudkan suatu perhubungan perundangan sesama mereka dan berdasarkan kepada balasan atau beberapa janji yang dibuat oleh pihak yang satu lagi. Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab- tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama.
2.6 MoA juga boleh bertujuan untuk melaksanakan kerjasama yang telah dinyatakan melalui MoU dan pihak-pihak bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan yang dinyatakan dalam MoA dan juga bersetuju untuk mengikat diri masing-masing dari segi undang-undang.
3.0 PERTIMBANGAN PROPOSAL MOU/MOA
3.1 Mana-mana pusat tanggungjawab (PTj) yang berhasrat untuk menandatangani sama ada MoU atau MoA dengan institusi luar hendaklah mengadakan perbincangan terperinci dengan institusi tersebut.
3.2 Antara perkara yang perlu dititik beratkan dan boleh dipertimbangkan oleh PTj dalam perbincangan tersebut termasuklah, tetapi tidak terhad kepada –
3.2.1 Pihak-pihak dalam MoU/MoA
i. PTj perlu memastikan pihak luar yang akan menandatangani MoU/MoA dengan Universiti adalah pihak yang mempunyai kapasiti undang-undang bagi memasuki satu-satu MoU/MoA -
Status:
⮚ | Jika sebuah syarikat | : | Nyatakan nombor pendaftaran syarikat dan alamat berdaftar / perniagaan syarikat tersebut |
⮚ | Jika persatuan / pertubuhan | : | Nyatakan nombor pendaftaran persatuan / pertubuhan dan alamat berdaftar persatuan / pertubuhan tersebut |
⮚ | Jika sebuah badan berkanun | : | Nyatakan Akta yang di bawahnya badan berkanun tersebut telah ditubuhkan |
⮚ | Jika Kerajaan Malaysia (Kerajaan Persekutuan / Negeri) | : | Nyatakan nama kementerian atau agensi berkaitan |
ii. PTj hendaklah memastikan dan/atau menjalankan pemeriksaan sewajarnya (conduct a due diligence study) ke atas syarikat-syarikat dan persatuan sebelum memutuskan bersetuju menjalankan kerjasama dengan mereka.
iii. PTJ yang berhasrat menandatangani MoU sahaja hendaklah juga menyemak dan memastikan terlebih dahulu bahawa tiada MoU yang telah ditandatangani dan sedang aktif antara Universiti dengan institusi tersebut.
iv. PTj yang berhasrat menjemput mana-mana PTj lain untuk menjalankan koloborasi bersama di bawah satu MoU/MoA, boleh berbuat demikian dengan mengadakan perbincangan secara bersama.
3.2.2 Tujuan atau objektif pihak-pihak
Hendaklah mencerminkan niat pihak-pihak memasuki MoU/MoA tersebut.
3.2.3 Bidang / skop kerjasama
i. Bidang / skop kerjasama hendaklah -
✓ dibenarkan di bawah undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan dasar Universiti, negeri atau negara yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
✓ perlu realistik dan boleh dicapai; dan
✓ tidak merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan Universiti dan negara.
ii. Bagi MoU, skop kerjasama adalah lebih menyeluruh dan berbentuk umum, contoh-
”1.1 | Pihak-pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama seperti berikut: | |
a) | Nyatakan bentuk kerjasama. Contohnya : Pertukaran jangka pendek tenaga pengajar, pensyarah, mahasiswa dan pelajar untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran dari semasa ke semasa atas persetujuan kedua-dua belah pihak; | |
b) | .......... | |
c) | .......... | |
d) | Lain-lain bentuk kerjasama lain yang dipersetujui oleh pihak-pihak dari semasa ke semasa. | |
1.2 | Pihak-pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang kerjasama yang dinyatakan dalam fasal 1.1 di atas memperjelaskan lagi butirannya dalam bentuk yang lebih terperinci dengan persetujuan bersama. | |
1.3 | Dalam keadaan pihak-pihak bersetuju, mereka boleh memasuki perjanjian yang berasingan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang dipersetujui bersama.” |
3.2.4 Obligasi / tanggungjawab pihak-pihak
i. PTj perlu mengenalpasti semua obligasi/tanggungjawab PTj/Universiti serta institusi luar yang akan memasuki Perjanjian dengan Universiti.
ii. Obligasi atau tanggungjawab semua pihak yang terlibat perlu dinyatakan satu- persatu secara jelas dalam MoA.
iii. Ia juga hendaklah munasabah dan realistik berdasarkan ruang lingkup kuasa yang ada.
3.2.5 Tempoh MoU/MoA
i. Tarikh berkuatkuasanya dan tarikh tamat MoU / MoA bergantung kepada bentuk kerjasama / program yang akan dijalankan.
ii. Pembaharuan Perjanjian secara automatik tidak digalakkan.
3.2.6 Xxx Ehwal Kewangan
i. Bagi MoU, PTj perlu memastikan bahawa ia tidak menerima atau menanggung apa- apa obligasi kewangan atau liabiliti sama ada secara utama atau tanggungan (primary or vicarious liability).
ii. Sebaliknya bagi perbincangan melibatkan satu-satu MoA, kos dan perbelanjaan bagi melaksanakan perjanjian serta kaedah dan tempoh pembayaran perlu diperincikan.
3.3 PTj setelah mengenal pasti butiran kerjasama yang hendak dijalankan hendaklah menyediakan cadangan kolaborasi (proposal) menggunakan format yang disediakan di Lampiran 1.
4.0 SEMAKAN / PENYEDIAAN DERAF OLEH BAHAGIAN PERUNDANGAN
4.1 Deraf MoU/A akan disemak/ disediakan oleh Bahagian Perundangan.
Lampiran 2 - Contoh MoU
Lampiran 3 - Senarai semak bagi MoA
4.2 Bahagian Perundangan akan mengemukakan sebarang cadangan pindaan/tambahan/pembetulan, jika ada dan tindakan perlu diambil oleh PTj berdasarkan cadangan tersebut.
5.0 PENUTUP
Garis Panduan ini diharap dapat membantu semua PTj dalam memastikan pengurusan MoU/MoA ini lebih teratur dan kemas serta membantu Universiti dalam memantau jalinan kerjasama yang dijalankan dengan mana-mana pihak luar.
LAMPIRAN 1
BORANG CADANGAN KOLABORASI
COLLABORATION PROPOSAL FORM
A: MAKLUMAT PUSAT TANGGUNGJAWAB / DETAILS OF PTJ
NAMA PTj PTJ’s name: | : | ||
Penyelaras Dokumen/ Pegawai yang Bertanggungjawab Document co-ordinator / Responsible Officer | : | Dekan/Pengarah PTj | |
Nama Name | |||
Xx.Xxx Pejabat Office Tel No. | : | ||
No. Tel. Bimbit Mobile No. | : | ||
Emel | : | ||
Tandatangan & Cop Signature & Stamp | : | ||
Tarikh Date | : |
B. MAKLUMAT PIHAK KEDUA / DETAIL FOR THE OTHER PARTY
Nama Agensi/ Syarikat/ Institusi/ Individu: Name of Agency/Company/Institution/Individual: | ||
Jenis Agensi (IPTA/ IPTS/ Jabatan Kerajaan/ Syarikat/ Perbadanan/ Badan Berkanun/ Koperasi/ Pertubuhan) Type of Agency (Public/Private University / Government Department / Company / Corporation / Statutory Bodies / Cooperative Society / Society | ||
No. kedudukan (Ranking) bagi IPTA /IPTS (kemukakan senarai kedudukan (ranking)) Ranking for Public or Private Institution (submit the list of the rank) | ||
No. Pendaftaran Syarikat/ Kooperasi /Pertubuhan (sila kemukakan profil , sijil pendaftaran dan penyata kewangan syarikat) Company / Cooperative Society / Society Registration No. (please attach the profile/registration certificate/ & company financial statement) | ||
Alamat berdaftar: Registered address: | Alamat perniagaan: Business address: | |
Nama untuk dihubungi: Contact Person: | ||
Jawatan: Designation: | ||
No. Telefon: Phone No.: | ||
No. Faks: Fax No.: | ||
Emel: Email: | ||
Justifikasi mengadakan kolaborasi: Justification for the collaboration: | ||
Nama Penandatangan: Signatory: | ||
Jawatan Penandatangan: Designation: | ||
Nama Saksi Penandatangan: Witness: |
Jawatan Saksi Penandatangan: Designation: |
C. MAKLUMAT PIHAK KETIGA (JIKA ADA) / DETAILS FOR THIRD PARTY (IF ANY)
Nama Agensi/Syarikat/Institusi/ Individu: Name of Agency/Company/Institution/Individual: | ||
Jenis Agensi (IPTA/IPTS/Jabatan Kerajaan/ Syarikat/ Perbadanan/ Badan Berkanun/ Koperasi/ Pertubuhan Type of Agency (Public/Private University / Government Department / Company / Corporation / Statutory Bodies / Cooperative Society / Society | ||
No. kedudukan (Ranking) bagi IPTA /IPTS (kemukakan senarai kedudukan (ranking)) Ranking for Public or Private Institution (submit the list of the rank) | ||
No. Pendaftaran bagi Syarikat/ Kooperasi /Pertubuhan (kemukakan profil , sijil pendaftaran dan penyata kewangan syarikat) Company / Cooperative Society / Society Registration No. (please attached the profile/registration certificate/ & company financial statement) | ||
Alamat berdaftar: Registered address: | Alamat Perniagaan: Business Address: | |
Nama untuk dihubungi: Contact Person: | ||
Jawatan: Designation: | ||
No. Telefon: Phone No.: | ||
No. Faks: Fax No.: |
Emel: Email: | |
Justifikasi mengadakan kolaborasi: Justification for the collaboration: | |
Nama penandatangan: Signatory: | |
Jawatan Penandatangan: Designation: | |
Nama Saksi Penandatangan: Witness: | |
Jawatan Saksi Penandatangan: Designation: |
** Sekiranya melebihi dua (2) pihak, sila kemukakan maklumat mengenainya dengan menggunakan lampiran tambahan
Surat niat (LOI) / Letter of intent | |||||
Memorandum Understanding | Persefahaman | (MoU) | / Memorandum | of | |
Perjanjian (MoA) / Agreement |
** For more than two (2) parties, please submit the details by using extra sheet
D. BUTIRAN KOLABORASI / COLLABORATION DETAILS
Jenis kolaborasi Type of collaboration: | : | Xxxx xxxxxxxx (/) pada yang berkenaan: Please tick (/) where applicable: Kemukakan deraf dokumen yang berkenaan Submit the relevant draft |
*Objektif *Objective | : | (a) |
(b) | ||
(c) | ||
*Xxxx Xxxxxxxxx *Scope of Collaboration | : | (a) |
(b) | ||
(c) | ||
*Tanggungjawab UPSI (untuk MoA sahaja) *’Responsibility of UPSI (merely for MoA) | : | (a) (b) |
*Tanggungjawab organisasi luar yang berkenaan (untuk MoA sahaja) * Responsibility of the other party (merely for MoA) | : | (a) (b) |
*Tempoh perjanjian *Duration | : | Dari hingga From to |
*Kesan sekiranya skop/tanggungjawab tidak dilaksanakan *Consequences of Default | : | |
*Xxxxxx Xxxxxxxxx *Termination Clause | : | |
*Hal Ehwal Kewangan (untuk MoA sahaja) *Financial Arrangement (merely for MoA) | : | Bayaran oleh UPSI: Payment by UPSI Bayaran oleh pihak kedua/ ketiga: Payment by the other party: Tanggungjawab xxxxxxx xxxx xxxxx: Sila tandakan (🗸) pada petak yang berkenaan Duty for stamping: Please tick (/) where applicable |
Kos Majlis Menandatangani Cost for Signing Ceremony | : |
Dibayar oleh UPSI / borne by UPSI | |
Dibayar oleh pihak kedua / borne by the other party | |
Dibayar oleh pihak ketiga / borne by third party | |
Ditanggung bersama / equally borne |
Xxxxxx Xxxxxxxx untuk menandatangani Proposed date for signing | : | |
UNTUK DIISI OLEH PTJ JIKA MELIBATKAN CADANGAN MEMPERBAHARUI ATAU MELANJUTKAN MOU- TO BE COMPLETED BY PTJ FOR RENEWAL OR EXTENSION OF MOU | ||
Aktiviti yang telah dijalankan Events conducted | : | (a) (b) (c) |
Justifikasi memperbaharui / melanjutkan MoU Justification for renewal / extension of MoU | : | (a) (b) (c) |
SILA AMBIL PERHATIAN sekiranya dokumen/ maklumat yang dikemukakan tidak lengkap, ia akan dikembalikan semula kepada PTj berkenaan untuk pindaan/pembetulan terlebih dahulu
PLEASE TAKE NOTE that any incomplete document / information will be returned to the PTj for prior amendment
LAMPIRAN 2
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA
…………………………………………………………
(nama penuh Universiti/Institut Malaysia)
Antara
…………………………………………………………
(nama penuh Universiti/Institut Luar)
(PADA )
....... (nama penuh Universiti/Institut Malaysia) (selepas ini dirujuk sebagai “***”), sebuah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang beralamat di
……… dan hendaklah termasuk wakilnya yang sah dan penerima serah hak yang dibenarkan; DAN
…….. (nama penuh Universiti/Institut Luar) (selepas ini dirujuk sebagai “***”), sebuah ………………………
(nyatakan status sah Universiti/Institut Luar) yang beralamat di … …………………….. dan hendaklah termasuk wakilnya yang sah dan penerima serah hak yang dibenarkan; (selepas ini dirujuk secara tunggal sebagai "Pihak" dan secara kolektif sebagai "Pihak-pihak"),
BAHAWASANYA:-
A. ……………. adalah sebuah Universiti yang berusaha untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan
……………………………………………. dan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk melengkapkan kecemerlangan pendidikannya. …………………… telah memeterai pelbagai perjanjian kerjasama dengan pihak lain untuk meningkatkan ;
B. …………… ialah (status sah bagi Universiti/Institut Luar);
C. Para Pihak berhasrat untuk memeterai Memorandum Persefahaman ini untuk mengisytiharkan hasrat masing-masing dan untuk mewujudkan asas kerjasama dan kerjasama antara Pihak berdasarkan terma seperti yang terkandung di sini.
TELAH MENCAPAI PERSEFAHAMAN seperti berikut:
ARTIKEL I OBJEKTIF
Pihak-pihak, tertakluk kepada terma-terma dalam Memorandum Persefahaman ini dan undang-undang, peraturan-peraturan dan dasar negara dari semasa ke semasa yang berkuat kuasa di negara Pihak-pihak, akan berusaha untuk mengukuhkan, mempromosikan dan membangunkan ……………………… .
kerjasama antara pihak-pihak atas dasar kesamarataan dan faedah bersama.
ARTIKEL II SKOP KERJASAMA
1. Pihak-pihak akan tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan dasar negara dari semasa ke semasa yang berkuat kuasa, tadbir urus di negara masing-masing, berusaha untuk mengambil langkah yang perlu untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang berikut:
a) ;
b) ;
c) ; and
d) apa-apa bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui bersama oleh pihak-pihak.
2. Bagi tujuan melaksanakan mana-mana kerjasama berkenaan yang dinyatakan dalam perenggan 1, pihak-pihak akan membuat perjanjian yang mengikat secara sah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak termasuk klausa berkenaan
"kerahsiaan", "penggantungan”, “perlindungan hak harta intelek” dan “penyelesaian pertikaian” seperti yang terkandung dalam Lampiran A2 Memorandum Persefahaman ini.
ARTIKEL III PERKIRAAN KEWANGAN
1 Tiada apa-apa di dalam Memorandum Persefahaman ini yang akan menimbulkan sebarang obligasi kewangan kepada mana-mana pihak.
2 Pihak-pihak akan menanggung kos dan perbelanjaan masing-masing dalam pelaksanaan Memorandum ini.
ARTIKEL IV
KESAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Memorandum Persefahaman ini hendaklah disifatkan sebagai pernyataan hasrat pihak-pihak semata-mata dan tidak membentuk atau mewujudkan, dan tidak bertujuan untuk membentuk atau mewujudkan, obligasi di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa dan tidak akan menimbulkan sebarang ikatan undang-undang dan tidak akan dianggap untuk membentuk atau mewujudkan sebarang kewajipan yang mengikat atau boleh dikuatkuasakan secara sah, nyata atau tersirat.
ARTIKEL V TIADA PERKONGSIAN
Tiada apa-apa yang termaktub di sini yang boleh ditafsirkan sebagai menubuhkan suatu perkongsian bersama atau organisasi perniagaan berdaftar dalam apa juga bentuk antara pihak-pihak atau lebih untuk membentuk mana-mana pihak sebagai ejen pihak yang lain.
ARTIKEL VI KUATKUASA DAN TEMPOH
1. Memorandum Persefahaman ini akan berkuat kuasa pada tarikh ia ditandatangani dan akan terus berkuat kuasa untuk tempoh (…) tahun.
2. Memorandum Persefahaman ini boleh dilanjutkan untuk tempoh selanjutnya sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh pihak-pihak.
ARTIKEL VII NOTIS
Apa-apa komunikasi di bawah Memorandum Persefahaman ini akan dibuat secara bertulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar melalui pos berdaftar ke alamat atau dihantar ke alamat mel elektronik atau nombor faksimili …………………….. (nama penuh Universiti Malaysia /Institut) atau (nama
penuh Universiti/Institut Luar), mengikut mana yang berkenaan, ditunjukkan di bawah atau ke alamat lain atau alamat mel elektronik atau nombor faksimili yang dimaklumkan oleh salah-satu pihak kepada pengirim dan hendaklah, melainkan diperuntukkan sebaliknya di sini, dianggap telah diberikan atau dihantar dengan sewajarnya apabila dihantar kepada penerima di alamat atau alamat mel elektronik atau nombor faksimili yang diakui sewajarnya:
Kepada (Universiti/Institut Malaysia) : | (Nama, Alamat, Alamat Mel Elektronik & Nombor Faksimili Universiti/Institut Malaysia) |
Kepada (Universiti/Institut Luar) : | (Nama, Alamat, Alamat Mel Elektronik & Nombor Faksimili Universiti/Institut Malaysia) |
Pada menyaksikan hal yang tersebut di atas merupakan persefahaman yang dicapai antara ……. (nama penuh Universiti/Institut Malaysia) dan …… (nama penuh Universiti/Institut Luar) atas perkara yang dirujuk di dalamnya.
Dimeterai secara pendua di ……………. pada …….. hari ini ………. dalam tahun ini dalam
……………… (….) teks asal, …………….. (….) setiap satu dalam Bahasa Inggeris dan bahasa,
semua teks adalah sama sahih. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan tafsiran antara mana-mana teks, teks Bahasa Inggeris hendaklah diutamakan.
UNTUK …………………………………. (UNIVERSITI / INSTITUT MALAYSIA) | UNTUK ………………………………. (UNIVERSITI / INSTITUT LUAR) |
Lampiran A2
ARTIKEL … PERLINDUNGAN INTELEK HAK HARTA
1. Perlindungan hak harta intelek hendaklah dikuatkuasakan selaras dengan undang-undang dan, peraturan-peraturan negara masing-masing dan dengan perjanjian antarabangsa lain yang ditandatangani oleh kedua-dua Pihak.
2. Penggunaan nama, logo dan/atau lambang rasmi mana-mana pihak terhadap mana-mana penerbitan, dokumen dan/atau kertas adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi.
3. Walau apa pun dalam perenggan 1 di atas, hak harta intelek berkenaan dengan sebarang pembangunan teknologi, dan sebarang pembangunan produk dan perkhidmatan, yang dijalankan-
(i) secara bersama oleh pihak-pihak atau hasil penyelidikan yang diperoleh melalui usaha aktiviti bersama pihak-pihak, hendaklah dimiliki secara bersama oleh kedua-dua pihak mengikut terma-terma yang akan dipersetujui bersama; dan
(ii) secara tunggal dan berasingan oleh pihak-pihak atau hasil penyelidikan yang diperoleh melalui usaha tunggal dan berasingan pihak-pihak, hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh pihak berkenaan.
ARTIKEL … KERAHSIAAN
1. Setiap Pihak hendaklah berjanji untuk menjaga kerahsiaan dan rahsia dokumen, maklumat dan data lain yang diterima daripada atau dibekalkan kepada, oleh pihak yang satu lagi semasa tempoh pelaksanaan Memorandum Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain yang dibuat menurut Memorandum Perjanjian ini. .
2. Bagi tujuan perenggan 1 di atas, dokumen, maklumat dan data tersebut termasuk apa-apa dokumen, maklumat dan data yang didedahkan oleh salah satu pihak (pihak yang Mendedahkan) kepada pihak yang satu lagi (pihak Penerima) sebelum, atau selepas, pelaksanaan Memorandum Perjanjian ini, yang melibatkan teknikal, perniagaan, pemasaran, dasar, pengetahuan, perancangan, pengurusan projek dan dokumen lain, maklumat, data dan/atau penyelesaian dalam sebarang bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang dokumen, maklumat atau data yang ditetapkan secara bertulis sebagai sulit atau dengan sifatnya yang bertujuan untuk pengetahuan Pihak Penerima atau jika diberikan secara lisan dalam keadaan yakin.
3. Kedua-dua Pihak bersetuju bahawa peruntukan dalam artikel ini akan terus mengikat antara Pihak- Pihak walaupun Memorandum Perjanjian ini ditamatkan.
ARTIKEL … PENGGANTUNGAN
Setiap Pihak berhak atas sebab keselamatan negara, kepentingan negara, ketenteraman atau kesihatan awam, untuk menggantung secara sementara, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian pelaksanaan Memorandum Perjanjian ini yang penggantungannya hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas pemberitahuan diberikan kepada pihak yang satu lagi melalui saluran diplomatik
ARTIKEL … PENYELESAIAN PERTIKAIAN
Apa-apa perbezaan atau pertikaian antara pihak-pihak berkenaan pentafsiran dan/atau pelaksanaan dan/atau pemakaian mana-mana peruntukan dalam Memorandum Perjanjian ini hendaklah diselesaikan melalui rundingan atau perbincangan di antara kedua-dua pihak melalui saluran diplomatik, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak ketiga atau tribunal antarabangsa.
LAMPIRAN 3
SENARAI SEMAK BAGI MOA
Senarai semak ini disediakan sebagai panduan umum sahaja bagi persediaan pusat-pusat tanggungjawab sebelum memasuki satu-satu perjanjian dengan mana-mana pihak luar
1. PIHAK–PIHAK DALAM PERJANJIAN
a. Keupayaan undang-undang (legal capacity) pihak-pihak untuk memasuki perjanjian
b. Status pihak-pihak - individu / syarikat persendirian / badan berkanun / Persekutuan atau Kerajaan Negeri / entiti asing
c. Profil
2. PENGENALAN KEPADA PERJANJIAN (PREAMBLE)
Perlu mencukupi untuk:
a. mencerminkan niat pihak-pihak
b. menjelaskan ringkasan perjanjian
c. menjelaskan semua peristiwa / transaksi sebelum perjanjian dimasuki atau yang dipersetujui secara lisan, jika ada
3. BALASAN ANTARA PIHAK-PIHAK HASIL MEMASUKI PERJANJIAN
4. TEMPOH KUATKUASA PERJANJIAN
5. OBLIGASI / TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK
5.1 Obligasi / tanggungjawab Universiti (PTj)
a. Sama ada tugas dan tanggungjawab yang ada adalah di dalam kuasa Universiti;
b. Kewajaran kewajipan dan tanggungjawab:
• Sama ada realistik dan boleh dicapai;
• Tempoh masa - masa tertentu
5.2 Obligasi / tanggungjawab pihak satu lagi
a. Sama ada obligasi /tanggungjawab yang ditetapkan adalah dalam kuasa pihak yang satu lagi;
b. Kewajaran kewajipan dan tanggungjawab:
• Sama ada realistik dan boleh dicapai;
• Tempoh masa - masa tertentu
c. Sama ada obligasi / tanggungjawab itu bergantung kepada persetujuan / kelulusan / bantuan pihak ketiga yang tidak menyatukan perjanjian tersebut.
d. Tanggungjawab mestilah jelas, tertentu dan tidak bergantung kepada sebarang kontinjensi.
e. Mematuhi undang-undang yang berkaitan.
f. Keupayaan dari segi kewangan.
6. HAL EHWAL KEWANGAN
a. Jumlah kos yang terlibat
b. Kaedah dan jadual pembayaran
PUU memaklumkan kepada PTJ untuk mengemukakan maklumat tambahan.
Mula
PTJ mengemukakan kertas cadangan atau draf dokumen kepada PUU.
PUU menyemak atau menggubal draf dokumen supaya selaras dengan Undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang berkenaan dari sudut:
a)
b)
c)
d)
Implikasi Undang-undang; Implikasi kewangan;
Imej Universiti; dan
format, pindaan selari dengan panduan sesuai dengan objektif.
garis
Selesai
PTJ mendapatkan kelulusan daripada JKPU dan LPU melalui TNCA/TNCPI/TNCHEPA (yang mana yang berkenaan).
Proses Penyediaan/Semakan Dokumen Memorandum Persefahaman/Perjanjian (MoU/MoA)
Tidak Lengkap
Lengkap
PUU mengembalikan draf dokumen yang telah disemak kepada PTJ:
i) MoU - 3 hari bekerja
ii) MoA - 7 hari bekerja