NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGA NO. SEBUT HARGA : SH MIDA BIL: 50/2020 PERKARA : SEBUTHARGA PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY
Ruj. MIDA : MIDA.024.400-5/6/2
Tarikh : 25 Mei 2021
NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGA | ||
NO. SEBUT HARGA | : | SH MIDA BIL: 50/2020 |
PERKARA | : | SEBUTHARGA PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY |
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebutharga.
Kepada : | Pelawaan Sebutharga oleh : |
Sesiapa Yang Berkenaan | Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Bahagian Pengurusan Korporat Tingkat 14, MIDA Sentral No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxx 0 Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxx 00000 Xxxxx Xxxxxx No. Telefon : 03 – 0000 0000 No. Faks : 03 – 2274 7970 |
Sebutharga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah Kod Bidang:-
210103 – Software: Supply all computer software, operating system, database, off-the-shelf packages including maintenance; dan
210104 – Software/System development/Customization and maintenance including data entry, data processing.
dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa.
1. PERINGATAN
1.1 Penyebutharga-penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.
1.2 Pastikan dokumen sebutharga diisi di dalam format seperti yang telah ditetapkan di dalam borang maklumbalas.
1.3 MIDA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana- mana tawaran.
1.4 Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
2. JAMINAN ATAS SEBUTHARGA
Pendaftaran penyebutharga-penyebutharga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebutharga-sebutharga yang dikemukakan. Sekiranya penyebutharga-penyebutharga menarik balik tawaran sebelum sebutharga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan, tindakan tatatertib akan diambil dan MIDA akan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membatalkan pendaftaran tuan sebagai Kontraktor Kerajaan.
3. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh perkhidmatan bagi perolehan ini adalah selama SATU (1) TAHUN iaitu bermula setelah Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan dan tempoh jaminan adalah selama SATU (1) TAHUN selepas Penerimaan Akhir sistem.
4. DOKUMEN SEBUTHARGA
BAB 1 – Surat Akuan Penyebutharga & Surat Akuan Pembida BAB 2 – Spesifikasi Teknikal
BAB 3 – Jadual Maklum Balas Teknikal BAB 4 – Jadual Maklum Balas Harga BAB 5 – Pengalaman Syarikat
BAB 6 – Butir-Butir Penyebutharga & Maklumat Kewangan Syarikat
5. PENYERAHAN SEBUTHARGA
5.1 Dokumen sebutharga hendaklah lengkap, ditandatangani dan diserahkan kembali kepada MIDA termasuk soft-copy tidak lewat jam 12.00 tengah hari pada 15 Jun 2021 (Selasa).
5.2 Sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara soft-copy dengan hard- copy, MIDA akan menggunakan maklumat dalam hard-copy sebagai penentu.
5.3 Tawaran ini hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed) A dan B beserta dokumen-dokumen yang mesti dikembalikan iaitu :-
Sampul Surat Pertama (A) – Dokumen Jadual Penentuan Teknikal
1. | Bab 3 | Jadual Maklum Balas Teknikal |
2. | Bab 5 | Pengalaman Syarikat |
3. | ‘Soft-Copy’ Maklumbalas Teknikal |
serta ditandakan di sudut sebelah bawah kiri dengan :-
A | SULIT SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY (TEKNIKAL) SEBUTHARGA MIDA BIL. : 50/2020 DITUTUP PADA : 15 JUN 2021 MASA : SEBELUM / PADA 12.00 TENGAHARI |
Sampul Surat Kedua (B) – Dokumen Jadual Penentuan Harga
1. | Bab 1 | Surat Akuan Pembida |
2. | Bab 4 | Jadual Maklumbalas Harga |
3. | Bab 5 | Butir-Butir Penyebutharga & Maklumat Kewangan Syarikat :- ⮚ Penyata Kewangan untuk 3 tahun terakhir ⮚ Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir |
4. | Salinan Pendaftaran Syarikat Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan (MOF) | |
5. | ’Soft-Copy’ Jadual Maklumbalas Harga |
serta ditandakan di sudut sebelah bawah kiri dengan:-
B | SULIT SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY (HARGA) SEBUTHARGA MIDA BIL. : 50/2020 DITUTUP PADA : 15 JUN 2021 MASA : SEBELUM / PADA 12.00 TENGAHARI |
5.4 Sampul tersebut hendaklah ditanda di bahagian atas sampul surat dengan:-
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA
PAYMENT CHANNEL GATEWAY
SEBUTHARGA MIDA BIL. : 50/2020 DITUTUP PADA : 15 JUN 2021
MASA : SEBELUM / PADA 12.00 TENGAHARI
5.5 Senarai semakan Sebut Harga bagi dokumen-dokumen yang disertakan adalah seperti di Lampiran Semakan.
Semua sebutharga hendaklah dialamatkan kepada:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Tingkat 14, MIDA Sentral
No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxx 0 Xxxxx Xxxxxx Sentral
50470 Kuala Lumpur.
5.6 Sebutharga hendaklah diserahkan di:-
Bahagian Pengurusan Korporat
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Tingkat 14, MIDA Sentral
No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxx 0 Xxxxx Xxxxxx Sentral
50470 Kuala Lumpur.
6. SYARAT – SYARAT AM SEBUT HARGA
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
6.1 HARGA
Harga yang disebutkan hendaklah harga bersih termasuk kos penghantaran, pemasangan, insurans, diskaun, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan sebagainya. Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM). Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
6.2 SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.
6.3 BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
6.4 PERSETUJUAN
(a) MIDA tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan
(b) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
6.5 PEMERIKSAAN
(a) MIDA sentiasa berhak melantik pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut ; dan
(b) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
6.6 PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
6.7 PENOLAKAN
(a) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(b) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada MIDA segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan
(c) Fasal kecil (a) dan (b) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak MIDA untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
6.8 PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan MIDA.
6.9 TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
6.10 INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
6.11 LARANGAN
(a) Pengangkutan bagi barang-barang larangan dan merbahaya adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak syarikat hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan bagi kemasukan barang-barang ke negara berkenaan dipatuhi.
(b) Barang-barang kepunyaan orang lain (pihak ketiga) adalah tidak dibenarkan dimuatkan bersama barangan MIDA.
6.12 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau Xxxxxxxx boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694); dan
(d) Mana-mana kontraktor atau Petender yang membuat tuntutan pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).
6.13 PENAMATAN
(a) MIDA atau melalui wakilnya berhak membatalkan perkhidmatan sekiranya syarikat berada dalam salah satu daripada keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada MIDA atau melalui wakilnya.
(b) Sekiranya syarikat masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di dalam sebutharga tuan.
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja oleh syarikat, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
(d) Tidak mematuhi arahan XXXX atau wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah.
(e) Apabila syarikat diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
6.14 PENAMATAN ATAS SEBAB RASUAH ATAU AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
(a) Tanpa prejudis ke atas mana-mana hak MIDA, sekiranya SYARIKAT, personel, kakitangan atau pekerjanya telah disabitkan bersalah di Mahkamah untuk rasuah atau apa-apa aktiviti yang menyalahi undang- undang berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain antara MIDA dan SYARIKAT tersebut, sekiranya ada, MIDA berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis serta-merta kepada SYARIKAT bagi maksud itu.
(b) Akibat daripada penamatan tersebut, MIDA berhak menuntut segala kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh MIDA.
(c) Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, kedua-dua pihak dengan ini bersetuju bahawa pihak SYARIKAT tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat tuntutan ganti rugi termasuk kekurangan keuntungan, kerugian, atau apa-apa tuntutan lain akibat daripada penamatan Perjanjian ini.
7. PENERIMAAN SEBUTHARGA
7.1 MIDA akan memberi notis bertulis kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebutharganya disetujuterima.
7.2 Notis itu tidaklah boleh disifatkan sebagai disetujuterima sehingga pengesahan bertulis daripada penyebutharga menyatakan bahawa semua syarat-syarat sebutharga atau yang diubahsuai adalah diterima.
8. BANTAHAN SPESIFIKASI
Penyebutharga yang merasa tidak berpuashati dengan spesifikasi yang disediakan, mereka berhak untuk membuat bantahan kepada MIDA dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh dokumen sebutharga mula dijual. Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
9. MAKLUMAT TAMBAHAN
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, syarikat diminta berhubung dengan:
1. Encik Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxxxx, Bahagian Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat di talian 00-0000 0000 dan emel : xxxxxxxxxxxxx@xxxx.xxx.xx. ATAU
2. Encik Xxxx Xxxxxx Xxxxx Xxxx Xxxx, Bahagian Pengurusan Kewangan & Akaun di talian 00-0000 0000 dan emel : xxxxxxX@xxxx.xxx.xx.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
-dokumen ini dihantar melalui emel-
(Hazli Jemaat) Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
b.p. Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
BAB 1
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA TINGKAT 14, MIDA SENTRAL
NO. 0, XXXXX XXXXXX XXXXXXX 0 KUALA LUMPUR SENTRAL
50470 KUALA LUMPUR.
SEBUTHARGA MIDA BIL. 50/2020
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY
Kepada:
Penyebutharga-penyebutharga,
Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA Sentral
No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxx 0 Xxxxx Xxxxxx Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Tuan,
SEBUTHARGA MIDA BIL: 50/2020
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini adalah dengan ini mengambil bahagian sebutharga dan menawarkan untuk melaksanakan perkhidmatan di atas mengikut penentuan spesifikasi yang ditetapkan di dalam Dokumen Sebutharga.
2. Saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan semua Syarat-syarat Kontrak dan Spesifikasi Sebutharga ini dan bersetuju di atas harga yang ditawarkan RM………..............
sebagai asas perkiraan bagi pembayaran perkhidmatan yang telah dipesan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
3. Dengan ini juga telah difahami bahawa MIDA berhak menerima atau menolak sebarang sebutharga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan sebutharga-sebutharga yang lain. Saya juga bersetuju untuk menerima kesemua atau sebahagian dari item-item yang ditawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan MIDA. Saya juga bersetuju bahawa harga sebutharga yang saya beri ini akan sahlaku (valid) dan tidak ditarik balik dalam
tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga dan tiada apa-apa syarat dikenakan selepas tarikh ditetapkan.
4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebutharga saya diterima, saya akan mengikat perjanjian kontrak serta memberi bon pelaksanaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh terima surat tawaran dari MIDA, sekiranya diarahkan.
5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang digunakan untuk sebutharga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebutharga.
Nama Penyebutharga | :
|
(Tandatangan Penyebutharga) | |
Alamat dan Cop Rasmi Syarikat | : |
Tarikh | : |
Nama Saksi | : |
(Tandatangan Saksi) | |
Alamat | : |
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY
(SEBUTHARGA MIDA NO. 50/2020)
Saya, ………...………............................................ nombor K.P ……………....................
yang mewakili syarikat ….……………………….…….………………………....................
nombor Pendaftaran syarikat …….…………………................................ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MIDA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MIDA atau mana- mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan- tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
……….................…………..
Nama : No. KP :
Cop Syarikat :
BAB 2 SPESIFIKASI TEKNIKAL
1.0 TUJUAN
Sebutharga ini adalah untuk membekal, membangun, merekabentuk, memasang, menguji, mentauliah dan melaksanakan penambaikan Sistem MIDA Payment Channel bagi memudahkan lagi proses pembayaran atas talian (online).
2.0 LATAR BELAKANG
MIDA telah menggunapakai Sistem MIDA Payment Channel sejak tahun 2018, bagi membolehkan semua transaksi pembayaran kepada MIDA dilakukan secara atas talian.
Sistem ini merangkumi 3 jenis akaun pengguna iaitu :
No. | Jenis Akaun Pengguna | Jenis Pembayaran Produk/Servis |
1 | Syarikat / Organisasi | - Sijil Digital (Digital Certificate) - Lain-lain Pembayaran (Others Payment) |
2 | Pekerja MIDA | - Perubatan (Medical) - Taska (Childcare) - Wang Pendahuluan (Excess Advance) - Pelbagai (Miscellaneous) |
3 | Public (Bekas - Kakitangan MIDA / Orang Awam) |
Kaedah pembayaran yang digunakan dalam sistem sedia ada ini adalah Business-To-Consumer (B2C), di mana pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan Akaun Individu sahaja.
URL Sistem sedia ada : xxxxx://xxxxxxxxxxx.xxxx.xxx.xx/
2.1 Kekangan Sistem Sedia Ada:
▪ Syarikat mengalami kesukaran membuat pembayaran menggunakan akaun korporat kerana tiada pilihan untuk membuat transaksi menggunakan kaedah Corporate Internet Banking (B2B) di sistem sedia ada.
▪ Sistem tidak menyediakan pilihan pembayaran menggunakan kad kredit terutama bagi pengguna dari luar negeri.
▪ Kesukaran Bahagian Pengurusan Kewangan dan Akaun sebagai Pentadbir Sistem (Admin) menjana maklumat transaksi daripada pengguna sistem kerana terdapat kekurangan maklumat yang tidak dipapar di skrin Admin.
▪ Paparan maklumat produk baru tidak dapat dimasukkan bagi pengguna individu jenis akaun pengguna : kakitangan MIDA / public dan tiada fasiliti untuk Admin mengurus jenis produk untuk di‘map’ dengan lebih daripada satu jenis akaun pengguna.
▪ Tiada integrasi antara Sistem MIDA Payment Channel dengan Sistem Perakaunan MIDA iaitu Sistem SAGA (Standard Accounting System for Government Agencies).
Semua kekangan di atas perlu diatasi di dalam sistem yang dicadangkan.
2.2 Komponen Sistem Sedia Ada
▪ Diagram Aliran Sistem MIDA Payment Channel Sedia Ada adalah di
Lampiran A-1
▪ Senarai Terperinci server dan perisian Sistem MIDA Payment Channel dan Sistem SAGA adalah seperti di Lampiran A-2
3.0 SKOP KERJA
Skop kerja terdiri adalah tidak terhad kepada keperluan seperti di bawah iaitu:
i. Menambahbaik Sistem MIDA Payment Channel sedia ada ATAU
membangunkan sistem baru MIDA Payment Channel
ii. Menyediakan / Menambahbaik fungsi fasiliti untuk Pentadbir Sistem (System Administrator)
iii. Melaksanakan integrasi dengan MIDA Payment Channel dengan
Payment Gateway Provider.
iv. Menyediakan integrasi ke Sistem Perakauan MIDA (Sistem SAGA) bagi transaksi pembayaran yang berjaya.
v. Memasang, menguji, deployment dan commissioning.
vi. Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan pembangunan sistem antaranya user requirement, system design, source code, user manual dan lain-lain.
vii. Membangunkan di atas infrastruktur berasaskan web di bawah pelayar web biasa (i.e. Internet Explorer (IE), Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari).
viii. Memastikan sistem harus serasi dengan platform peranti mudah alih (i.e. iOS, Android).
ix. Melaksanakan latihan kepada pentadbir sistem dan pengguna.
x. Menyediakan pelan perlaksanaan projek secara terperinci.
xi. Melaksanakan Transfer of Technology (TOT) bagi membolehkan pengambilalihan penyelenggaraan sepenuhnya selepas habis tempoh waranti.
4.0 KEPERLUAN TEKNIKAL
Syarikat dikehendaki menambahbaik sistem dengan memenuhi keperluan tetapi tidak terhad kepada keperluan yang dinyatakan:
4.1 Menambahbaik Sistem MIDA Payment Channel yang terdiri :
i. Menambahbaik pendaftaran kendiri (Self-Registration) oleh pengguna sistem @ pembayar yang terdiri daripada pihak syarikat / organisasi / individual public / kakitangan MIDA
ii. Membina / Menambahbaik paparan produk / servis mengikut jenis kategori pengguna sistem.
iii. Menyediakan skrin maklumat pembayar beserta dengan maklumat produk belian.
iv. Kaedah pembayaran perlulah melalui :
a. Business-To-Consumer (B2C) - (Individual Account)
b. Business-To-Business (B2B) - (Corporate Account)
c. Kad Kredit.
v. Pengeluaran resit pembayaran MIDA selepas transaksi dilakukan.
vi. Xxxxxx untuk mencari, melihat dan mencetak transaksi-transaksi pembayaran terdahulu.
4.2 Menambahbaik fungsi fasiliti untuk Pentadbir Sistem (System Administrator) bagi Sistem MIDA Payment Channel:
i. Menyediakan / Menambahbaik fungsi fasiliti untuk Pentadbir Sistem (System Administrator) bagi
a. mengurus dan mengemaskini maklumat rujukan seperti jenis produk dan harga produk dan sebagainya.
b. Mengurus jenis produk / servis yang dibenarkan untuk dipapar diskrin mengikut kategori pengguna sistem (syarikat/organisasi / individual public / kakitangan MIDA)
c. Menyenarai & mengeluarkan maklumat dalam format excel / pdf bagi maklumat seperti maklumat pembeli, produk dan transaksi berdasarkan pilihan criteria yang disediakan seperti tarikh transaksi, no. rujukan transaksi dan sebagainya.
d. menyediakan fungsi untuk mencari, melihat dan mencetak transaksi-transaksi terdahulu.
4.3 Melaksanakan integrasi antara MIDA Payment Channel dengan Payment Gateway Provider di mana ciri-ciri Payment Gateway seperti di bawah :
i. Menyediakan real-time online payment gateway yang memudahkan interbank transfer of funds bagi pelanggan MIDA membuat bayaran secara online.
ii. Menyediakan platform untuk pelanggan individu MIDA yang mempunyai akaun Internet Banking untuk membuat pembayaran secara online.
iii. Menyediakan platform untuk pelanggan korporat / organisasi / perniagaan / syarikat, yang mempunyai akaun Internet Banking korporat untuk membuat pembayaran yang mana transaksi dan bayaran adalah secure & real-time.
iv. Menyediakan platform untuk pelanggan individu / korporat / organisasi / perniagaan / syarikat, untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit secara online.
v. Menyediakan sistem yang direct-to-bank payment gateway iaitu memudahkan pemindahan antara bank (interbank transfer) melalui akaun simpanan (saving account) atau akaun semasa (current account).
vi. Payment Gateway Provider perlu menyokong B2B (Business to Business) iaitu memudahkan pembayaran untuk pelanggan korporat.
vii. Pelanggan (korporat / organisasi / perniagaan / syarikat) perlu mempunyai akaun Internet Banking Corporate yang dengan bank yang disenaraikan di Payment Gateway Provider untuk FPX B2B di mana pembayaran pelanggan adalah secara debit dari akaun semasa (current account).
viii. Payment Gateway Provider perlu menyokong B2C (Business to Customer) iaitu memudahkan pembayaran untuk pelanggan individu (retail customer).
ix. Pelanggan (individu) perlu mempunyai akaun Retail Internet Banking yang dengan bank yang disenaraikan di Payment Gateway Provider untuk FPX B2C di mana pembayaran pelanggan adalah secara debit daripada akaun simpanan (saving account) atau akaun semasa (current account).
x. Boleh menyokong kesemua pembayaran dalam real-time basis dan menjadikan servis sebaik yang boleh seperti pembayaran secara tunai.
xi. Payment Gateway Provider yang dicadangkan boleh menjana rekod pembayaran, simplifies reconciliation and reduces risk.
xii. Menyokong integrasi pembayaran dengan laman sesawang (website) merchant e-commerce.
xiii. Menyokong integrasi antara FPX dan Credit Card Servers dengan Customers Merchant's Portals iaitu portal MIDA Payment Channel atau sistem MIDA yang lain seperti i-Digest atau e-TRANS.
xiv. Maklumat Pra-syarat (Pre-requisite) untuk Merchant Integration di mana ianya diperlukan untuk memproses transaksi di Payment Gateway Provider :
a. Merchant Code
b. Merchant to provide request URL
c. Registered Request URL must be either IP or domain based.
xv. Maklumat di Payment Gateway Provider perlu mengandungi tidak terhad kepada maklumat transaksi di bawah seperti berikut:
a. Merchant Code
b. Branch ID
c. Amount
d. Currency
e. Reference number
f. Description
g. Name
h. Email
i. Contact
j. Remarks (Optional)
k. Response Page
l. Backend Page
m. Pay Type
xvi. Payment Gateway Provider membenarkan pengguna melihat dan mengesahkan maklumat bayaran yang telah dimasukkan, seterusnya membuat pilihan pembayaran.
xvii. Integrasi dengan Merchant
a. Sistem perlu menyediakan response page URL di page Merchant website yang mana ianya akan menerima status bayaran dari Payment Gateway Provider.
b. Sistem perlu menyediakan merchant HTTPS POST payment request parameters kepada Payment Gateway Provider.
c. Sistem perlu menyediakan merchant HTTPS POST payment response parameters daripada Payment Gateway Provider.
xviii. Backend Post Feature
a. Payment Gateway Provider perlu menyokong keperluan Backend POST iaitu server to server technology di mana ianya tidak bergantung kepada web browser pengguna semasa memulangkan data response bayaran kepada merchant website (contoh : MIDA Payment Channel).
b. Sistem perlu menyediakan status bayaran di backend walaupun sekiranya maklumbalas dari page merchant gagal mendapatkan status dari Payment Gateway Provider yang mana mungkin disebabkan web browser ditutup, hubungan Internet terputus dan sebagainya.
c. Sistem perlu menyediakan status bayaran untuk Merchant HTTPS POST parameters kepada Payment Gateway Provider.
4.4 Menyediakan integrasi ke Sistem Perakaunan MIDA sedia ada (SISTEM SAGA) bagi transaksi pembayaran yang berjaya.
i. Skop merangkumi seperti berikut:
Integrasi maklumat transaksi merangkumi dua modul di dalam sistem SAGA seperti berikut :
1. Resit CB (Cash Book)
1.1 Nama penerima
1.2 No. Rujukan
1.3 Jumlah (RM)
1.4 Jenis Bayaran :
1.5 No. Resit (auto-generate)
1.6 Tarikh
1.7 Bank : HQMBCB / HQCIMBM (terimaan bayaran MIDA boleh dimasukkan ke dalam dua jenis akaun semasa CIMB)
1.8 Perihal Bayaran
1.9 Kod GL (General Ledger- bergantung kepada jenis bayaran samada bayaran Taska/ Bayaran Perubatan dll)
2. Resit AR ( Accounts Receivable)
2.1 Bank : HQMBCB / HQCIMBM (terimaan bayaran MIDA boleh dimasukkan ke dalam dua jenis akaun semasa CIMB)
2.2 Tarikh
2.3 Jumlah (RM)
2.4 Customer ID
2.5 Perihal Bayaran
2.6 No. Resit (auto-generate)
2.7 No. AR Billing
2.8 Kod GL (General Ledger)
3. Resit Advance
3.1 No resit
3.2 Bank : HQMBCB / HQCIMBM
3.3 Tarikh
3.4 Type : Miscellaneous/Travel
3.5 No Claimant
3.6 Xxxxx (RM)
3.7 No Rujukan
3.8 Cash Type
3.9 From Bank
3.10 Bank Branch
Semua transaksi ini perlu di dalam status ‘READY’ apabila dimasukkan ke dalam sistem SAGA.
5 KEPERLUAN PELAKSANAAN
5.1 Project Approach
Pihak Syarikat dikehendaki menyatakan kaedah pembangunan Sistem MIDA Payment Channel.
5.2 Project Management Plan/Schedule
Pihak Syarikat perlu menyatakan perancangan pengurusan projek /
timeline secara terperinci.
5.3 Project Team Structure
Xxxxx Syarikat perlu menyatakan struktur pasukan dari segi peranan, umur, tahun pengalaman, warganegara, akademi , kelayakan profesional dan pengalaman pernah terlibat dalam projek seperti ini. Selain itu , syarikat perlu menyatakan pengalaman project termasuk project terkini dan yang telah selesai, khusus kepada pembangunan melibatkan payment gateway provider.
5.4 Perkakasan Untuk Pembangunan dan Pengujian
Peralatan dan perkakasan yang diperlukan bagi tujuan pembangunan dan pengujian sistem (antaranya development PC, development / testing server) akan disediakan oleh syarikat.
5.5 Pemantauan dan Laporan Projek
Pihak Syarikat diperlukan untuk menyediakan dan mengemukakan laporan mingguan yang akan membolehkan MIDA untuk memantau perkembangan projek sepanjang tempoh projek.
5.6 Dokumentasi dan Source Code
i. Menyerahkan source code sistem yang dibangunkan dalam bentuk softcopy kepada MIDA.
ii. Menyediakan dokumentasi (User Requirement Specification(URS), System Requirement Specification (SRS), panduan pengguna, etc) dalam bentuk softcopy dan hardcopy.
iii. Menyediakan dokumen teknikal dan dokumen latihan.
5.7 Jaminan
Tempoh jaminan satu (1) tahun selepas Penerimaan Akhir sistem.
6 TEMPOH
Syarikat dikehendaki untuk membangunkan dan melaksanakan sistem MIDA Payment Channel dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh Surat Tawaran (Letter of Award)
7 CADANGAN FORMAT MAKLUMBALAS
• Syarikat perlu menyatakan cadangan mengikut format yang disediakan di bawah.
(i) Table of Contents
(ii) Executive Summary
− Short summary of company profile
− It shall include a description of Vendor’s understanding of the project objectives, implementation approach and how these will be achieved.
(iii) Cover Letter
− Name of person(s) who will be the principal contact authorised to make commitments for the Vendor;
− Address, telephone number, fax number and e-mail address
(iv) Solution Specification Section
− Introduction
− Background Information
− Objectives
− Scope of Work
− Deliverables
− Appendices
• Syarikat perlu mengemukakan dua (2) salinan hard-copy dan satu (1) soft-copy
dalam Ms Word.
• Syarikat perlu mengisi dan mengemukakan Jadual Maklumbalas seperti berikut:-
No | Appendix | Tajuk |
1. | Appendix 1 | Executive Summary |
2. | Appendix 2 | Technical and Implementation Requirements. |
3. | Appendix 3 | Summary of Proposed System Component |
4. | Appendix 4 | Project Implementation Plan |
5. | Appendix 5 | Proposed Project Team |
6. | Appendix 6 | Project Experiences – Current and Completed Projects |
7. | Appendix 7 | Project Cost |
8. | Appendix 8 | Transaction Charges Information |
BAB 3
JADUAL MAKLUM BALAS TEKNIKAL
Executive Summary
APPENDIX 1
APPENDIX 2
TECHNICAL AND IMPLEMENTATION REQUIREMENTS
No. | Description | Response/Proposal |
TECHNICAL REQUIREMENTS | ||
Syarikat dikehendaki membangunkan / menambahbaik sistem dengan memenuhi keperluan tetapi tidak terhad kepada keperluan yang dinyatakan: | ||
1. | Menambahbaik Sistem MIDA Payment Channel yang terdiri : − Pendaftaran kendiri (Self- Registration) oleh pengguna sistem @ pembayar yang terdiri dari pihak syarikat/organisasi / individual public / Staf MIDA − Membina/Menambahbaik paparan produk/servis mengikut jenis kategori pengguna sistem. − Menyediakan skrin maklumat pembayar beserta dengan maklumat produk belian. − Kaedah pembayaran perlulah melalui : • Business-To-Consumer (B2C) - (Individual Account) • Business-To-Business (B2B) - (Corporate Account) • Kad Kredit. |
No. | Description | Response/Proposal |
− Pengeluaran resit pembayaran MIDA selepas transaksi dilakukan. − Fungsi untuk mencari, melihat dan mencetak transaksi-transaksi pembayaran terdahulu. | ||
2. | Menambahbaik fungsi fasiliti untuk Pentadbir Sistem (System Administrator) bagi: Menyediakan / Menambahbaik fungsi fasiliti untuk Pentadbir Sistem (System Administrator) bagi Sistem MIDA Payment Channel: − mengurus dan mengemaskini maklumat rujukan seperti jenis produk dan harga produk dan sebagainya. − Mengurus jenis produk / servis yang dibenarkan untuk dipapar di skrin mengikut kategori pengguna sistem (syarikat / organisasi / individual public / kakitangan MIDA) − Menyenarai & mengeluarkan maklumat dalam format Excel / |
No. | Description | Response/Proposal |
PDF bagi maklumat seperti maklumat pembeli, produk dan transaksi berdasarkan pilihan kriteria yang disediakan seperti tarikh transaksi, no.rujukan transaksi dan sebagainya. − menyediakan fungsi untuk mencari, melihat dan mencetak transaksi-transaksi terdahulu. | ||
3. | Melaksanakan integrasi antara MIDA Payment Channel dengan Payment Gateway Provider di mana ciri-ciri Payment Gateway seperti di bawah: − Menyediakan real-time online payment gateway yang memudahkan interbank transfer of funds bagi pelanggan MIDA membuat bayaran secara online. − Menyediakan platform untuk pelanggan individu MIDA yang mempunyai akaun Internet Banking untuk membuat pembayaran secara online. − Menyediakan platform untuk pelanggan korporat / organisasi / |
No. | Description | Response/Proposal |
perniagaan/ syarikat, yang mempunyai akaun Internet Banking Corporate untuk membuat pembayaran yang mana transaksi dan bayaran adalah secure & real-time. − Menyediakan platform untuk pelanggan individu / korporat / organisasi / perniagaan / syarikat, untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit secara online. − Menyediakan sistem yang direct- to-bank payment gateway iaitu memudahkan pemindahan antara bank (interbank transfer) melalui akaun simpanan (saving account) atau akaun semasa (current account). − Payment Gateway Provider perlu menyokong B2B (Business to Business) iaitu memudahkan pembayaran untuk pelanggan korporat. − Pelanggan (korporat / organisasi / perniagaan / syarikat,) perlu |
No. | Description | Response/Proposal |
mempunyai akaun Internet Banking Korporat yang dengan bank yang disenaraikan di Payment Gateway Provider untuk FPX B2B di mana pembayaran pelanggan adalah secara debit dari akaun semasa (current account). − Payment Gateway Provider perlu menyokong B2C (Business to Customer) iaitu memudahkan pembayaran untuk pelanggan individu (retail customer). − Pelanggan (individu) perlu mempunyai akaun Retail Internet Banking yang dengan bank yang disenaraikan di Payment Gateway Provider untuk FPX B2C di mana pembayaran pelanggan adalah secara debit dari akaun simpanan (saving account) atau akaun semasa (current account). − Boleh menyokong kesemua pembayaran dalam real-time basis dan menjadikan servis |
No. | Description | Response/Proposal |
sebaik yang boleh seperti pembayaran secara tunai. − Payment Gateway Provider yang dicadangkan boleh menjana rekod pembayaran, simplifies reconciliation and reduces risk. − Menyokong integrasi pembayaran dengan laman sesawang (website) merchant e-commerce. − Menyokong integrasi antara FPX dan Credit Card Servers dengan Customers Merchant's Portals iaitu portal MIDA Payment Channel atau sistem MIDA yang lain seperti i-Digest atau e- TRANS. − Maklumat Pra-syarat (Pre- requisite) untuk Merchant Integration di mana ianya diperlukan untuk memproses transaksi di Payment Gateway Provider : o Merchant Code o Merchant to provide request URL |
No. | Description | Response/Proposal |
o Registered Request URL must be either IP or domain based. − Maklumat di Payment Gateway Provider perlu mengandungi tidak terhad kepada maklumat transaksi di bawah seperti berikut: o Merchant Code o Branch ID o Amount o Currency o Reference number o Description o Name o Email o Contact o Remarks (Optional) o Response Page o Backend Page o Pay Type − Payment Gateway Provider membenarkan pengguna melihat dan mengesahkan maklumat bayaran yang telah dimasukkan, seterusnya membuat pilihan pembayaran. |
No. | Description | Response/Proposal |
− Integrasi dengan Merchant o Sistem perlu menyediakan response page URL di page Merchant website yang mana ianya akan menerima status bayaran dari Payment Gateway Provider. o Sistem perlu menyediakan merchant HTTPS POST payment request parameters kepada Payment Gateway Provider. o Sistem perlu menyediakan merchant HTTPS POST payment response parameters daripada Payment Gateway Provider. − Backend Post Feature o Payment Gateway Provider perlu menyokong keperluan Backend POST iaitu server to server technology di mana ianya tidak bergantung kepada web browser pengguna semasa memulangkan data response bayaran kepada merchant website (contoh : MIDA |
No. | Description | Response/Proposal |
Payment Channel). o Sistem perlu menyediakan status bayaran di backend walaupun sekiranya maklumbalas dari page merchant gagal mendapatkan status dari Payment Gateway Provider yang mana mungkin disebabkan web browser ditutup, hubungan Internet terputus dan sebagainya. o Sistem perlu menyediakan status bayaran untuk Merchant HTTPS POST parameters kepada Payment Gateway Provider. | ||
4. | Menyediakan integrasi ke Sistem Perakaunan MIDA sedia ada (SISTEM SAGA) bagi transaksi pembayaran yang berjaya. Skop merangkumi seperti berikut: Integrasi maklumat transaksi merangkumi dua modul di dalam sistem SAGA seperti berikut : 1. Resit CB (Cash Book) 1.1 Nama penerima 1.2 No. Rujukan 1.3 Jumlah (RM) 1.4 Jenis Bayaran : 1.5 No. Resit (auto-generate) 1.6 Tarikh |
No. | Description | Response/Proposal |
1.7 Bank : HQMBCB / HQCIMBM (terimaan bayaran MIDA boleh dimasukkan ke dalam dua jenis akaun semasa CIMB) 1.8 Perihal Bayaran 1.9Kod GL (General Ledger- bergantung kepada jenis bayaran samada bayaran Taska/ Bayaran Perubatan dll) 2. Resit AR ( Accounts Receivable) 2.1 Bank : HQMBCB / HQCIMBM (terimaan bayaran MIDA boleh dimasukkan ke dalam dua jenis akaun semasa CIMB) 2.2 Tarikh 2.3 Jumlah (RM) 2.4 Customer ID 2.5 Perihal Bayaran 2.6 No. Resit (auto-generate) 2.7 No. AR Billing 2.8 Kod GL (General Ledger) 3. Resit Advance 3.1 No resit 3.2 Bank : HQMBCB / HQCIMBM 3.3 Tarikh 3.4 Type : Miscellaneous/Travel 3.5 No Claimant 3.6 Amaun (RM) 3.7 No Rujukan 3.8 Cash Type 3.9 From Bank 3.10 Bank Branch Semua transaksi ini perlu di dalam status ‘READY’ apabila dimasukkan ke dalam sistem SAGA. |
No. | Description | Response/Proposal |
5. | Memasang, menguji, deployment dan commissioning. | |
6. | Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan pembangunan sistem antaranya user requirement, system design, source code, user manual dan lain-lain. | |
7. | Membangunkan di atas infrastruktur berasaskan web di bawah pelayar web biasa (i.e. Internet Explorer (IE), Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari). | |
8. | Memastikan sistem harus serasi dengan platform peranti mudah alih (i.e. iOS, Android). | |
9. | Melaksankan latihan kepada pentadbir sistem dan pengguna. | |
10. | Menyediakan pelan perlaksanaan projek secara terperinci. | |
11. | Melaksanakan Transfer of Technology (TOT) bagi membolehkan pengambilalihan penyelenggaraan sepenuhnya selepas habis tempoh waranti. | |
IMPLEMENTATION REQUIREMENTS | ||
12. | Project Approach Pihak Syarikat dikehendaki menyatakan kaedah pembangunan Sistem MIDA Payment Channel |
No. | Description | Response/Proposal |
13. | Project Management Plan/Schedule Pihak Syarikat perlu menyatakan perancangan pengurusan projek/ timeline secara terperinci | |
14. | Project Team Structure Pihak Syarikat perlu menyatakan struktur pasukan dari segi peranan, umur, tahun pengalaman, warganegara, akademi , kelayakan profesional dan pengalaman pernah terlibat dalam projek seperti ini. Selain itu, syarikat perlu menyatakan pengalaman project termasuk project terkini dan yang telah selesai, khusus kepada pembangunan melibatkan payment gateway provider | |
15. | Peralatan Untuk Pembangunan dan Pengujian Peralatan dan perkakasan yang diperlukan bagi tujuan pembangunan dan pengujian sistem MIDA Payment Channel (antaranya development PC, development / testing server) hendaklah disediakan oleh pihak Syarikat. | |
16. | Pemantauan dan Laporan Projek Pihak Syarikat diperlukan untuk |
No. | Description | Response/Proposal |
menyediakan dan mengemukakan laporan mingguan yang akan membolehkan MIDA untuk memantau perkembangan projek sepanjang tempoh projek. | ||
17. | Dokumentasi dan Source Code − Menyerahkan source code Sistem Pengurusan Korporat yang dibangunkan dalam bentuk softcopy kepada MIDA. − Menyediakan dokumentasi (User Requirement Specification(URS), System Requirement Specification (SRS), panduan pengguna, etc) dalam bentuk softcopy dan hardcopy. − Menyediakan dokumen teknikal dan dokumen latihan. | |
18. | Jaminan Tempoh jaminan 1 tahun selepas Penerimaan Akhir sistem. |
APPENDIX 3
SUMMARY OF PROPOSED SYSTEM COMPONENT
APPENDIX 4
PROJECT IMPLEMENTATION PLAN
No. | Activities | Start Date | End Date |
APPENDIX 5
PROPOSED PROJECT TEAM
Area of Expertise (Role) | Name | Age | Years of Experience | Citizenship (Malaysian /Non Malaysian) | Academic & Professional Qualification | Experience of Previous Similar Project |
Note:
The Curriculum Vitae (CV) of each proposed project team member is to be submitted as attachment.
APPENDIX 6
PROJECT EXPERIENCES – CURRENT AND COMPLETED PROJECTS
Project Name | Individual/ Partners (Provide partner’s company name) | Contract Value (RM) | Duration (Month) | Date of Project (Start - End) | Current Status (%) | Project Manager/ Lead | Agencies Name, Address, Telephone No. & Contact Person |
List of Current Project | |||||||
List of Completed Project | |||||||
BAB 4
JADUAL MAKLUM BALAS HARGA
APPENDIX 7
PROJECT COST
No. | Professional Services / Solution | Quantity | Unit Price (RM) | Amount (RM) |
Sub Total (RM) | ||||
No. | Product / Software / License | Quantity | Unit Price (RM) | Amount (RM) |
Sub Total (RM) | ||||
Grand Total (RM) |
Note:
Please include upgrade cost (wherever applicable) if the recommendations involve upgrade of software/license.
APPENDIX 8
TRANSACTION CHARGES INFORMATION
Name of Payment Gateway Provider : | ||
Transaction Charges | ||
1. | FPX Online Payment ( B2C) | RM: |
2. | FPX Online Payment ( B2B) | RM: |
3. | Local Credit Card: (%) | |
4. | Local Debit Card: (%) | |
5. | Foreign Credit Card: (%) | |
6 | Others .eg: E-Wallet (if any) |
Pengesahan Syarikat:
(a) Tandatangan : ....................................................
(b) Nama : ....................................................
(c) Jawatan : ....................................................
(d) Cop Syarikat : ....................................................
(e) Tarikh : ....................................................
Lampiran A-1
-B2C
Diagram Aliran Sistem MIDA Payment Channel Sedia Ada
Lampiran A-2
Senarai terperinci server dan perisian sistem MIDA Payment Channel dan Sistem SAGA
System | Hardware | Software | |
For Application | For Database | ||
MIDA Payment Gateway | • Intel® Xeon® CPU E5-2609 v3 @ | • Intel® Xeon® CPU E5-2609 v3 @ | • Windows Server 2012 R2 Standard |
1.90GHz • 6.00 GB RAM • 99 GB Hardisk | 1.90GHz • 6.00 GB RAM • 99 GB Hardisk | (64-bit OS, x-64 based processer) • Wildfly 9.0.2 • Maria DB 5.6.24 • Heidi SQL 9.3.0.4964(64-bit) | |
• Development/ Programming Tool: Eclipse MARS 1 | |||
• Programming Language: Java, HTML, Java Script | |||
STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES (SAGA ver. 8.2) (Century Software Financial System) | • oVirt RHEL • Red Hat Enterprise Linux Server release 6.5 • 6 x Intel Xeon E3- 12xx v2 (Ivy Bridge) • 20 Gb RAM | • oVirt RHEL • Red Hat Enterprise Linux Server release 6.5 • 4 x Intel Xeon E3- 12xx v2 (Ivy Bridge) • 30 Gb RAM | • IBM Informix Version 11.70.FC4 • 4j's |
LAMPIRAN A-3
CONTOH CASH BOOK RECEIPT
BAB 5
A. PENGALAMAN SYARIKAT
Senarai perkhidmatan yang sama yang pernah dibekalkan dalam tempoh tiga tahun terakhir mengikut kronologi:-
No. | Butiran Kontrak | Nama Pelanggan dan Alamat | Jumlah Kontrak (RM) | Tarikh Siap |
B. PROJEK YANG SEDANG DILAKSANAKAN
Senarai perkhidmatan:-
No. | Butiran Kontrak | Nama Pelanggan & Alamat | Jumlah Kontrak (RM) | Tarikh Mula | Tarikh Tamat |
BAB 6
BUTIR-BUTIR PENYEBUTHARGA & MAKLUMAT KEWANGAN SYARIKAT
Syarikat perlu mengisi dengan lengkap semua seksyen dalam borang ini. Sekiranya ruang tidak mencukupi, maklumat boleh dikemukakan dalam kertas berasingan.
A. MAKLUMAT AM
1. Nama Syarikat :
2. Alamat :
3. No. Telefon :
4. No. Faks :
5. Emel :
6. Tarikh Pendaftaran / : Penubuhan
7. No. Daftar Syarikat / : Perniagaan
8. Tempat Pendaftaran/ : Penubuhan
9. Komposisi Pemegang : Saham
No. | Nama Pemegang Saham | Jawatan | % Pegangan |
10. Peratusan Penyertaan Bumiputera : (%). (Sila kemukakan maklumat lanjut atau salinan sah pendaftaran sebagai Pembekal Bumiputera dengan Kementerian Kewangan).
11. Maklumat Pendaftaran Kementerian Kewangan
No. | No. Pendaftaran | No. bidang | Butiran / Keterangan | Tempoh Sah |
Nota : Sila lampirkan salinan sijil pendaftaran.
12. Struktur Modal Syarikat :
(i) Modal Dibenarkan | : |
(ii) Modal Berbayar | : |
B. KEWANGAN
a. Ringkasan aset dan tanggungan berdasarkan akaun yang diaudit bagi tiga
(3) tahun terakhir:
Tahun Kewangan: | 2017 (RM) | 2018 (RM) | 2019 (RM) |
- Jumlah Aset - Aset Semasa - Jumlah Tanggungan - Tanggungan Semasa - Nilai Bersih - Modal Kerja |
Nota : Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tiga (3) tahun berakhir hendaklah disertakan.
b. Bank-bank Utama:
No. | Nama Bank & Alamat | Jenis Akaun |
1. 2. 3. |
c. Kemudahan Kredit (Jenis dan jumlah kredit yang boleh disediakan oleh syarikat):
No. | Jenis Kemudahan Kredit | Bank/Institusi Kewangan | Jumlah (RM) |
1. 2. 3. |
Nota : Penyata Bank yang telah disahkan bagi tiga (3) bulan terkini hendaklah disertakan.
SENARAI SEMAKAN
SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN MIDA PAYMENT CHANNEL GATEWAY
SEBUTHARGA MIDA BIL: 50/2020
Sila tandakan ( √ ) bagi Dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. | Perkara / Dokumen | Semakan oleh Syarikat | Semakan oleh XXXX |
1. | Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan (MOF) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan (MOF) (jika ada) | ||
3. | Salinan Sijil Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | ||
4. | Surat Akuan Penyebutharga (Bab 1) | ||
5. | Surat Akuan Pembida (Bab 1) | ||
6. | Jadual Maklum Balas Teknikal (Bab 3) • Appendix 1 – Executive Summary • Appendix 2 – Technical and Implementation Requirements • Appendix 3 – Summary of Proposed System Component • Appendix 4 – Project Implementation Plan • Appendix 5 – Project Proposed Team • Appendix 6 – Project Experiences : Current and Completed Projects | ||
7. | Jadual Maklum Balas Harga (Bab 4) • Appendix 7 – Project Cost • Appendix 8 – Transaction Charges Information | ||
8. | Pengalaman Syarikat (Bab 5) | ||
9. | Butir-Butir Penyebutharga & Maklumat Kewangan Syarikat (Bab 6) |
10. | Penyata Kewangan untuk 3 tahun terakhir | ||
11. | Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir | ||
12. | Lain-lain: • Soft-copy Maklum Balas Teknikal • Soft-copy Maklum Balas Harga |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan | : | ..................................................................................... |
Nama | : | ..................................................................................... |
Jawatan | : | ..................................................................................... |
Tarikh | : | ..................................................................................... |
PENGESAHAN OLEH MIDA
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada) :-
Tandatangan | : | ..................................................................................... |
Nama | : | ..................................................................................... |
Jawatan | : | ..................................................................................... |
Tarikh | : | ..................................................................................... |