Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.10/2024- KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN PEJABAT SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) DAN NB TOWER, BUTTERWORTH | 220301 | 23 September 2024 / Laman Web SPPP | 7 Oktober 2024 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 10300 George Town, Pulau Pinang (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Lawatan Tapak adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Lawatan Tapak akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 26 September 2024, (KHAMIS) Masa : 9.30 pagi Tempat : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A, Pesara King Xxxxxx 10300 George Town, Pulau Pinang Pegawai yang dihubungi : Encik Xxxxxxxx Xxxxx xxx Xxxxxxxxxx (017-5050621) |
Tarikh : 26 September 2024, (KHAMIS) Masa : 3.30 petang Tempat : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Xxxxx 0, Xxxxxxx 00, Xxxxxxxx XX Xxxxx 0000 Xxxxx Xxxxx Xxxx, 00000 Xxxxxxxxxxx Pegawai yang dihubungi : Encik Xxxxxxxx Xxxxx xxx Xxxxxxxxxx (017-5050621) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak dan mengepil *dokumen wajib sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SPESIFIKASI BAGI SEBUT HARGA BIL. 10/2024 - KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN PEJABAT SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) DAN NB TOWER, BUTTERWORTH. 5. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 7 Oktober 2024 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak. 6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. |
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 23 September 2024 |
Borang A
Bil. | Perihal barang-barang/perkhidmatan | Harga Sebulan (RM) | Harga 12 Bulan (RM) |
SEBUT HARGA BIL.10/2024 KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN PEJABAT SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) DAN NB TOWER, BUTTERWORTH SILA LIHAT DI LAMPIRAN A |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Jumlah Ringgit Malaysia (tidak termasuk SST):-
............................................................................................................................................
Jumlah Ringgit Malaysia (termasuk SST sekiranya ada):-
............................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Tempoh membekalkan bekalan/perkhidmatan (1 Disember 2024 hingga 30 November 2025)
Boleh/ Tidak Boleh
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga | : |
Tarikh | : |
Nama | : |
Nombor Kad Pengenalan | : |
Alamat Syarikat | : |
No. Tel. | : |
Cop Syarikat | : |
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Bekalan/ Perkhidmatan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN PEJABAT
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti pejabat dan sekitarnya, bentuk dan jenis pejabat, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke pejabat dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal- keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama SPPP dan Kontraktor perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor- kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
6.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah apabila diminta oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya, memberi kepadanya baucar-baucar dan/ atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu memenuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. PERUBAHAN KERJA
10.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
10.2 Semua kerja perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Kontraktor hendaklah digunakan.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
12. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
13. PENALTI LEWAT BEKAL PERKHIDMATAN
Kontraktor hendaklah menjadualkan perkhidmatan pembersihan pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan jadual berkenaan kepada SPPP.
Penalti lewat bekal perkhidmatan bagi sehari adalah seperti berikut: Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Kontrak x Bilangan Hari Yang Lewat.
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 10/2024
KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN PEJABAT SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) DAN NB TOWER, BUTTERWORTH
Saya, nombor kad pengenalan
yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses sebutharga atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi sebut harga di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana oang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25(2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh dedenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
4. Saya sesungguhnya faham bahawa kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini mematuhi perkara 2 dalam surat akuan ini boleh menyebabkan saya atau mana-mana orang mewakili syarikat ini didakwa bagi kesalahan* di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing-masing.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperolehi atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
Cop Syarikat :
(i) * termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif “kesalahan ditetapkan”) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ** Seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A(6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
Xxxx Xxxxxxxx
SENARAI SEMAK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
√ Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Borang C
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | *Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | Salinan Sijil Pendaftaran Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Jika Berdaftar) | ||
4. | *Salinan Sijil Pematuhan Cukai dari LHDN | ||
5. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap Dan Ditandatangani -Termasuk nilai tawaran dan tempoh perkhidmatan. | ||
6. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
7. | *Senarai Kerja Dalam Tangan Beserta Amaun -Sediakan dalam helaian bersingan dari Profil Syarikat. -Meliputi nama projek, lokasi, klien, kos, tempoh masa. -Sekiranya TIADA, surat pengesahan syarikat WAJIB disertakan. | ||
8. | *Senarai Pengalaman Kerja Yang Lepas Dalam Tempoh 10 Tahun -Sediakan dalam helaian berasingan dari Profil Syarikat. -Projek/Kontrak yang telah selesai, yang berkait dengan kod bidang 220301 sahaja. | ||
9. | *Senarai kakitangan teknikal termasuk orang kompeten dalam syarikat yang akan melaksanakan perkhidmatan di SPPP -Sediakan dalam helaian berasingan dari Profil Syarikat. -Sila lampirkan cv, sijil kompeten, pengalaman kakitangan. | ||
10. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Jun, Julai dan Ogos 2024) | ||
11. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat- syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUT HARGA : KERJA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN PEJABAT SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP) DI SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) DAN NB TOWER, BUTTERWORTH.
1.0 PERIHAL KERJA
1.1 Perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan penghawa dingin adalah untuk tempoh dua belas (12) bulan bersamaan satu tahun bagi Sistem VRF dan Unit Split termasuk kelengkapannya di premis-premis Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) seperti berikut:
a) Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang
i. Lapan (8) set Sistem VRF. (outdoor unit)
ii. Tiga puluh sembilan (39) set Sistem VRF. (indoor unit)
iii. Dua puluh lapan (28) set Unit Split. (indoor unit & outdoor unit)
Semua penghawa dingin di atas merangkumi Zon A, Zon B dan Zon C dari jenis
Ceiling Cassette & Wall Mounted.
b) NB Tower, Butterworth
i. Suite 1, Tingkat 2: Enam belas (16) set Unit Split.
ii. Suite 1, Tingkat 11: Sembilan belas (19) set Unit Split.
iii. Suite 2, Tingkat 11: Tujuh belas (17) set Unit Split.
iv. Suite 1A, Tingkat 12A: Lima (5) set Unit Split.
Semua penghawa dingin di atas dari jenis ceiling cassette, ceiling exposed & wall mounted.
1.2 Perkhidmatan dan kerja-kerja penyelenggaraan yang dimaksudkan adalah termasuk pembekalan semua bahan, perkakas, peralatan kerja dan perkara sampingan yang perlu. Semua kerja mesti dilaksanakan selaras dengan etika dan amalan terbaik serta mematuhi Service Level Agreement (SLA) yang akan ditetapkan SPPP dalam kontrak.
1.3 Kontraktor hendaklah membekalkan tenaga kerja mahir bagi melaksanakan perkhidmatan dan kerja-kerja seperti yang dimaksudkan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.
1.4 Semua bahan yang dibekalkan atau digunakan untuk Perkhidmatan ini hendaklah masih baru, tulen dan berkualiti serta mencapai tahap kualiti yang terbaik.
1.5 Kontraktor hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 untuk pelupusan sisa bahan kimia yang berkait dengan Perkhidmatan ini.
1.6 Kontraktor dengan kos sendiri hendaklah segera menggantikan komponen atau bahagian yang rosak akibat dari kecuaian sendiri semasa menjalankan kerja penyelenggaraan atau pembaikan di premis-premis SPPP.
1.7 SPPP tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kemalangan atau insiden semasa kerja penyelenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh Kontraktor.
1.8 Kontraktor hendaklah membersihkan semua serpihan, sisa dan kotoran selepas menjalankan kerja penyelenggaraan atau pembaikan sistem penyaman udara di premis SPPP.
1.9 Bagi tujuan di atas, kontraktor diminta menyediakan peralatan kebersihan seperti (water jet, vacuum, penyapu dan lain-lain) dan dinasihatkan untuk disimpan di premis SPPP di SPCT dan NB Tower.
1.10 Bagi kerja-kerja yang melibatkan Hotwork, kelulusan permit Hotwork hendaklah diperoleh terlebih dahulu dari pihak SPPP/PPSB.
2.0 SKOP PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN
2.1 Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan penyelenggaraan rutin pada SETIAP BULAN untuk semua Sistem VRF dan Unit Split termasuk kelengkapannya meliputi tugas-tugas seperti berikut:
a) Penyelenggaraan dan Pemeriksaan indoor & outdoor unit.
i. Menyedut habuk yang terkumpul.
ii. Membersihkan condenser unit, evaporator coil, blower wheel, fan blade dan paip saliran.
iii. Memeriksa litar kebocoran dengan alat pengesan kebocoran gas dan membetulkan atau membaiki sekiranya diperlukan.
iv. Memeriksa tekanan gas dalam tahap yang sesuai serta membetulkannya jika perlu termasuk melaraskan semula suis kawalan tekanan.
v. Memeriksa sistem penyejukan dan komponen elektrik supaya dalam keadaan yang normal dan membuat penambahan sekiranya diperlukan.
vi. Memastikan semua peranti keselamatan dan injap dalam keadaan yang baik.
vii. Memastikan papan kawalan keselamatan (switch board) berfungsi dalam keadaan yang baik.
viii. Memeriksa semua bolt dan nat termasuk mengetatkannya jika perlu.
ix. Mengenal masalah bunyi dan getaran yang tidak normal atau berlebihan pada unit serta pemampat dan membaikpulih jika perlu.
b) Pemeriksaan pengendalian udara dan gegelung kipas:
i. Memeriksa semua penapis udara dan membersihkannya atau menggantikannya jika perlu.
ii. Memeriksa semua gegelung penyejukan, kelengkapan, sambungan dan saluran paip untuk kebocoran dan membaik pulih jika terdapat keperluan.
iii. Membersihkan gegelung penyejukan dengan menggunakan soda kaustik (chemical) sehingga bersih.
iv. Memeriksa bearing kipas dan motor serta melincirkan dengan minyak atau gris jika perlu.
v. Memeriksa operasi injap automatik yang mengawal selia air dan membersihkannya serta melaraskan dan melincirkan sekiranya perlu.
vi. Membersihkan semua saluran sesalur air limpahan serta membuat flushing sekiranya diperlukan.
vii. Memeriksa dan menggantikan penebat (insulation) yang koyak atau rosak jika diperlukan.
c) Pemeriksaan motor elektrik:
i. Memeriksa semua motor dan melincirkannya dengan minyak atau gris.
ii. Membersihkan saluran dan kotoran dari semua bahagian termasuk dari penebat.
iii. Memastikan semua motor dalam keadaan normal dan mempu beroperasi.
iv. Memeriksa semua peranti keselamatan dan melincirkannya sekiranya perlu.
d) Pemeriksaan kondenser:
i. Memeriksa gegelung, sambungan, pemasangan dan saluran paip dan membetulkannya jika perlu.
ii. Memeriksa tanda-tanda hakisan dan membetulkannya atau melaksanakan pembaikan jika perlu.
iii. Memeriksa operasi peranti keselamatan termasuk injap dan membersihkan, melaraskan serta melincirkan seperti yang diperlukan.
2.2 Kontraktor hendaklah menghargakan perkhidmatan penyelenggaran pencegahan penghawa dingin berdasarkan skop perkhidmatan dalam Spesifikasi Sebut Harga ini. Sila rujuk Jadual Kadar Harga Bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan Penghawa Dingin.
3.0 BEYOND ECONOMIC REPAIR
Sekiranya terdapat penghawa dingin rosak dan tidak boleh dibaiki secara ekonomik, kontraktor hendaklah melaporkan secara bertulis.
4.0 BILIK SERVER
a) Terdapat dua (2) unit penghawa dingin di Bilik Server Aras 2, SPCT dan dua (2) unit penghawa dingin di Bilik Server Tingkat 2, NB Tower yang mana masing- masing berfungsi secara bergilir-gilir. Setiap satunya beroperasi selama 12 jam.
b) Penghawa dingin di Bilik Server perlu dijaga untuk memastikan suhu dan kelembapan terkawal, mencegah server daripada terlalu panas yang boleh menyebabkan kerosakan, kehilangan data dan gangguan perkhidmatan.
c) Bagi tujuan di atas, kontraktor hendaklah menghantar pekerja yang mahir dan kompeten dengan segera (dalam tempoh 2 jam) apabila berlaku insiden kerosakan penghawa dingin di Bilik Server serta memastikan penghawa dingin boleh berfungsi semula dalam keadaan baik dan selamat.
5.0 LAPORAN BULANAN DAN LAPORAN KEROSAKAN
a) Kontraktor hendaklah menyediakan Laporan Perkhidmatan Bulanan (sebanyak 2 salinan) untuk dilampirkan bersama invoice dan untuk rekod kejuruteraan yang mengandungi tarikh, masa, butiran setiap penyelenggaraan dan lain-lain.
b) Kontraktor bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPPP dan menasihati SPPP secara bertulis mengenai sebarang kerosakan/ kecacatan/kesilapan dalam Sistem VRF atau Unit Split termasuk kelengkapannya yang dikesan semasa menjalankan pemeriksaan rutin penyelenggaraan pencegahan.
c) Bagi tujuan di atas, kontraktor hendaklah mengemukakan Service Chit mengandungi maklumat antaranya tarikh, lokasi, perihal kerosakan/ kecacatan/kesilapan dan syor pembaikan/penggantian. Anggaran kos pembaikan juga hendaklah turut dikemukakan.
6.0 RESPONSE TIME
a) Kontraktor hendaklah datang memeriksa kerosakan penghawa dingin dengan segera atau/dan dalam tempoh 4 jam dari aduan kerosakan dibuat oleh SPPP (waktu pejabat). Kerosakan yang dikenal pasti hendaklah dilaporkan segera kepada SPPP.
b) Kontraktor hendaklah menyediakan perkhidmatan pembaikan kecemasan pada bila-bila masa (sama ada semasa waktu pejabat atau di luar waktu pejabat) jika dikehendaki berbuat demikian oleh SPPP.
JADUAL KADAR HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN
SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) (OUTDOOR UNIT) – VRF SISTEM
NOS. | JENAMA | JENIS | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
1 | YORK | VRF - A | FLAT ROOF TOP (N) (COMPRESSOR) | 36.0 HP | 3 | ||
2 | YORK | VRF - B | FLAT ROOF TOP (S) (COMPRESSOR) | 38.0 HP | 3 | ||
3 | YORK | VRF - C | FLAT ROOF TOP (COMPRESSOR) | 32.0 HP | 2 | ||
JUMLAH | 8 | - |
(INDOOR UNIT) – VRF SISTEM A
NOS. | JENAMA | (VRF – A) | LOKASI [FLAT ROOF TOP (N) - (COMPRESSOR)] | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
A0 | YORK | CEILING CONCEALED DUCTED | BILIK MESYUARAT SELAT UTARA | 8.0 HP | 1 | ||
A1 | YORK | CEILING CONCEALED DUCTED | BILIK MESYUARAT SELAT SELATAN | 10.0 HP | 1 | ||
A2 A3 A4 | YORK | CEILING CONCEALED DUCTED | PERPUSTAKAAN | 6.0 HP | 3 | ||
JUMLAH | 5 | - |
(INDOOR UNIT) – VRF SISTEM B
NOS. | JENAMA | (VRF – B) | LOKASI [FLAT ROOF TOP (S) - (COMPRESSOR)] | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
B0 | YORK | CASSETTE | BILIK MESYUARAT WELD QUAY-A | 3.0 HP | 1 | ||
B1 | YORK | CASSETTE | BILIK MESYUARAT WELD QUAY-B | 3.0 HP | 1 | ||
B2 | YORK | CASSETTE | LEGAR KEDAH PIER | 3.0 HP | 1 | ||
B3 | YORK | CASSETTE | PENOLONG KANAN PEGAWAI KHIDMAT PENGURUSAN & PENOLONG PEGAWAI KHIDMAT PENGURUSAN | 3.0 HP | 1 | ||
B4 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG JURUAUDIT | 1.0 HP | 1 | ||
B5 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK JURUAUDIT DALAM | 1.5 HP | 1 | ||
B6 | YORK | WALL MOUNTED | PEJABAT AUDIT DALAM | 2.0 HP | 1 | ||
B7 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK KETUA AUDIT DALAM | 2.0 HP | 1 | ||
B8 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI UNDANG-UNDANG | 2.0 HP | 1 | ||
B9 | YORK | CASSETTE | BILIK PENGERUSI | 4.0 HP | 1 | ||
B10 B11 | YORK | CASSETTE | PEJABAT PENGERUSI & PENGURUS BESAR | 3.0 HP | 2 | ||
B12 | YORK | CASSETTE | BILIK PENGURUS BESAR | 4.0 HP | 1 | ||
B13 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL UTAMA | 1.0 HP | 1 | ||
B14 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL UTAMA | 1.5 HP | 1 | ||
B15 | YORK | WALL MOUNTED | PEJABAT FAIL | 1.5 HP | 1 | ||
JUMLAH | 16 | - |
(INDOOR UNIT) – VRF SISTEM C
NOS. | JENAMA | (VRF – C) | LOKASI [FLAT ROOF TOP - (COMPRESSOR)] | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
C0 | YORK | CASSETTE | PEJABAT KORPORAT | 2.5 HP | 1 | ||
C1 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 1 | 1.0 HP | 1 | ||
C2 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI KORPORAT 1 BILIK PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 | 2.0 HP | 1 | ||
C3 | YORK | CASSETTE | PEJABAT KHIDMAT PENGURUSAN | 4.0 HP | 1 | ||
C4 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGERUSI SPPPTE | 2.5 HP | 1 | ||
C5 | DAIKIN | WALL MOUNTED | BILIK AKAUNTAN KANAN | 1.5 HP | 1 | ||
C6 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI KHIDMAT PENGURUSAN | 1.5 HP | 1 | ||
C7 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PENGURUS KHIDMAT PENGURUSAN | 1.5 HP | 1 | ||
C8 | YORK | CASSETTE | PEJABAT SETIAUSAHA KHIDMAT PENGURUSAN & KEWANGAN | 2.5 HP | 1 | ||
C9 | YORK | WALL MOUNTED | PEJABAT KEWANGAN | 2.0 HP | 1 | ||
C10 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK AKAUNTAN | 1.0 HP | 1 | ||
C11 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG KANAN AKAUNTAN | 1.0 HP | 1 | ||
C12 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KHIDMAT PENGURUSAN & KEWANGAN | 2.0 HP | 1 | ||
C13 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL KEWANGAN | 2.0 HP | 1 | ||
C14 | YORK | CASSETTE | LALUAN KE PANTRY | 2.5 HP | 1 | ||
C15 | YORK | CASSETTE | PANTRY | 2.0 HP | 1 | ||
C16 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI INTEGRITI | 1.0 HP | 1 | ||
C17 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KEWANGAN | 1.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 18 | - |
(INDOOR & OUTDOOR UNIT) – UNIT SPLIT SISTEM
NOS. | JENAMA | JENIS (UNIT SPLIT) | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
S1 S2 | YORK | WALL MOUNTED | SERVER ROOM | 2.0 HP | 2 | ||
S3 | YORK | WALL MOUNTED | LIFT MOTOR ROOM BAGGAGE | 2.5 HP | 1 | ||
S4 | YORK | CASSETTE | LEGAR SWETTENHAM PIER | 4.0 HP | 1 | ||
S5 S6 | YORK | CASSETTE | LEGAR MICHELLE PIER | 3.0 HP | 2 | ||
S7 | DAIKIN | CASSETTE | KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN | 2.0 HP | 1 | ||
S8 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENJAGA JENTERA ELEKTRIK JURUTEKNIK KOMPUTER | 1.0 HP | 1 | ||
S9 | DAIKIN | CASSETTE | BILIK PENGERUSI | 2.5 HP | 1 | ||
S10 | DAIKIN | CASSETTE | PEJABAT KORPORAT | 2.5 HP | 1 | ||
S11 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI KORPORAT 2 BILIK PEGAWAI KORPORAT 3 | 2.0 HP | 1 | ||
S12 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK CCTV | 1.5 HP | 1 | ||
S13 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK SUIS | 2.0 HP | 1 | ||
S14 | YORK | WALL MOUNTED | LIFT MOTOR ROOM PASSENGER | 1.5 HP | 1 | ||
S15 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KANAN KORPORAT | 2.5 HP | 1 | ||
S16 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KEWANGAN | 1.0 HP | 1 | ||
S17 | YORK | CASSETTE | LALUAN BERSEBELAHAN BILIK SELAT UTARA | 3.0 HP | 1 | ||
S18 | YORK | CASSETTE | LALUAN KE SURAU | 3.0 HP | 1 | ||
S19 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI HARTANAH BILIK PENOLONG PEGAWAI KORPORAT BILIK PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | 2.0 HP | 1 | ||
S20 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 2 | 1.5 HP | 1 | ||
S21 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KORPORAT | 2.5 HP | 1 | ||
S22 | DAIKIN | WALL MOUNTED | PEJABAT FAIL | 2.5 HP | 1 | ||
S23 | DAIKIN | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG | 1.0 HP | 1 | ||
S24 | DAIKIN | CASSETE | BILIK PENGURUS BESAR | 3.0 HP | 1 | ||
S25 | ACSON | CASSETTE | PEJABAT KHIDMAT PENGURUSAN | 3.0 HP | 1 | ||
S26 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KHIDMAT PENGURUSAN & KEWANGAN | 2.0 HP | 1 | ||
S27 | ACSON | CASSETTE | BILIK PEMANDU | 3.0 HP | 1 | ||
S28 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK INTERN | 1.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 28 | - | |||||
JUMLAH KESELURUHAN INDOOR UNIT DI SPCT | 67 | - |
NOS. | JENAMA | JENIS (UNIT SPLIT) | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
Z1 | YORK | WALL MOUNTED | PANTRY | 1.0 HP | 1 | ||
Z2 | YORK | CEILING EXPOSED | RUANG LEGAR | 2.0 HP | 1 | ||
Z3 Z4 | YORK | CASSETTE | RUANG KERJA PEMBANTU TADBIR | 2.0 HP | 2 | ||
Z5 | YORK | CASSETTE | LALUAN KE UNIT TRAFIK FERI | 2.5 HP | 1 | ||
Z6 | YORK | CASSETTE | RUANG TETAMU | 2.0 HP | 1 | ||
Z7 | YORK | CASSETTE | PEJABAT UNIT TRAFIK & FERI | 2.5 HP | 1 | ||
Z8 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PENGURUS ZON BEBAS KOMERSIAL | 1.5 HP | 1 | ||
Z9 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI ZON BEBAS KOMERSIAL | 1.0 HP | 1 | ||
Z10 | YORK | CASSETTE | BILIK PERBINCANGAN | 2.5 HP | 1 | ||
Z11 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL & SURAU | 1.0 HP | 1 | ||
Z12 | YORK | CASSETTE | BILIK PENGURUS ZON BEBAS KOMERSIAL | 2.0 HP | 1 | ||
Z13 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK SERVER | 1.0 HP | 1 | ||
Z14 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK SERVER | 2.0 HP | 1 | ||
Z15 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI TRAFIK & FERI | 1.0 HP | 1 | ||
Z16 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG KANAN PEGAWAI TRAFIK & FERI | 1.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 16 | - |
(INDOOR & OUTDOOR UNIT) – UNIT SPLIT SISTEM SUITE 1, LEVEL 2, NB TOWER, BUTTERWORTH
NOS. | JENAMA | JENIS (UNIT SPLIT) | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
O1 | ACSON | WALL MOUNTED | SURAU | 1.0 HP | 1 | ||
O2 | YORK | WALL MOUNTED | PANTRY | 1.0 HP | 1 | ||
O3 O4 | DAIKIN | CASSETTE | RUANG LEGAR | 2.5 HP | 2 | ||
O5 | ACSON | CASSETTE | RUANG LEGAR | 3.0 HP | 1 | ||
O6 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PENGURUS KEBOMBAAN | 1.5 HP | 1 | ||
O7 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI KESELAMATAN | 2.0 HP | 1 | ||
O8 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PEGAWAI KARGO BERBAHAYA 2 | 1.0 HP | 1 | ||
O9 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KESELAMATAN & KEBOMBAAN | 2.0 HP | 1 | ||
O10 | DAIKIN | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI KARGO BERBAHAYA | 1.5 HP | 1 | ||
O11 | ACSON | CASSETTE | BILIK PENGURUS KANAN OPERASI & KAWAL SELIA | 2.5 HP | 1 | ||
O12 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENGURUS KANAN OPERASI & KAWAL SELIA | 1.0 HP | 1 | ||
O13 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK CCTV | 1.0 HP | 1 | ||
O14 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK SETIAUSAHA PEJABAT OPERASI & KAWAL SELIA | 1.0 HP | 1 | ||
O15 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG KANAN PEGAWAI KARGO BERBAHAYA 1 | 1.0 HP | 1 | ||
O16 | ACSON | WALL MOUNTED | WORK STATION | 1.0 HP | 1 | ||
O17 | ACSON | WALL MOUNTED | BILIK PEGAWAI MARIN 2 | 1.0 HP | 1 | ||
O18 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PEGAWAI MARIN | 1.0 HP | 1 | ||
O19 | YORK | WALL MOUNTED | STOR | 1.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 19 | - |
(INDOOR & OUTDOOR UNIT) – UNIT SPLIT SISTEM SUITE 1, LEVEL 11, NB TOWER, BUTTERWORTH
NOS. | JENAMA | JENIS (UNIT SPLIT) | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
E1 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG PENGURUS OPERASI | 1.0 HP | 1 | ||
E2 | YORK | WALL MOUNTED | SURAU | 1.0 HP | 1 | ||
E3 | YORK | WALL MOUNTED | PANTRY | 1.0 HP | 1 | ||
E4 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) | 1.0 HP | 1 | ||
E5 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK JURUTERA | 1.0 HP | 1 | ||
E6 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG JURUTERA | 1.0 HP | 1 | ||
E7 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK PENOLONG KANAN JURUTERA | 1.0 HP | 1 | ||
E8 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK DOKUMEN | 2.0 HP | 1 | ||
E9 E11 | YORK | CASSETTE | BILIK MESYUARAT BAHAGIAN OPERASI & KAWAL SELIA | 2.0 HP | 2 | ||
E10 | YORK | CASSETTE | BILIK MESYUARAT BAHAGIAN OPERASI & KAWAL SELIA | 2.5 HP | 1 | ||
E12 E13 E15 | YORK | CASSETTE | RUANG LEGAR | 2.0 HP | 3 | ||
E14 | YORK | CASSETTE | RUANG LEGAR | 2.5 HP | 1 | ||
E16 | YORK | CASSETTE | BILIK PERBINCANGAN | 2.0 HP | 1 | ||
E17 | YORK | CASSETTE | BILIK PENGURUS OPERASI | 2.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 17 | - |
(INDOOR & OUTDOOR UNIT) – UNIT SPLIT SISTEM SUITE 2, LEVEL 11, NB TOWER, BUTTERWORTH
NOS. | JENAMA | JENIS (UNIT SPLIT) | LOKASI | POWER | UNIT | KOS/ UNIT (RM) | KOS BULANAN (RM) |
F1 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL 1 | 1.0 HP | 1 | ||
F2 | YORK | WALL MOUNTED | BILIK FAIL 2 | 1.0 HP | 1 | ||
F3 F4 | YORK | WALL MOUNTED | RUANG FAIL | 1.0 HP | 2 | ||
F5 | ACSON | CASSETTE | RUANG FAIL | 2.0 HP | 1 | ||
JUMLAH | 5 | - |
(INDOOR & OUTDOOR UNIT) – UNIT SPLIT SISTEM SUITE 1A, LEVEL 12A, NB TOWER, BUTTERWORTH
RINGKASAN JADUAL KADAR HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PENGHAWA DINGIN
ITEM | DESKRIPSI | KOS SEBULAN (RM) | KOS SETAHUN (RM) | KOS SETAHUN + 8% SST (RM) |
SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL (SPCT) | ||||
1 | Perkhidmatan penyelenggaraan Lapan (8) set VRF Sistem (Zon-A, Zon-B & Zon- C). | |||
2 | Perkhidmatan penyelenggaraan Enam Puluh Tujuh (67) set VRF Sistem dan Unit Split, (Ceiling Cassette & Wall Mounted) | |||
JUMLAH KOS (RM) DI SPCT | A | (Ax12) | (Ax12) + 8% | |
NB TOWER, BUTTERWORTH | ||||
1 | Suite 1, Tingkat 2, NB Tower Perkhidmatan penyelenggaraan Enam Belas (16) set Unit Split, (Ceiling Cassette & Wall Mounted) | |||
2 | Suite 1, Tingkat 11, NB Tower Perkhidmatan penyelenggaraan Sembilan Belas (19) set Unit Split, (Ceiling Cassette & Wall Mounted) | |||
3 | Suite 2, Tingkat 11, NB Tower Perkhidmatan penyelenggaraan Tujuh Belas (17) set Unit Split, (Ceiling Cassette & Wall Mounted) | |||
4 | Suite 1A, Tingkat 12A, NB Tower Perkhidmatan penyelenggaraan Lima (5) set Unit Split, (Ceiling Cassette & Wall Mounted) | |||
JUMLAH KOS (RM) DI NB TOWER | B | (Bx12) | (Bx12) + 8% | |
JUMLAH KOS (RM) KESULURUHAN | A+B | (Ax12) + (Bx12) | (Ax12) + 8% + (Bx12) + 8% |
Tandatangan Penyebutharga: …………………………..
Nama & Alamat: …………………..………………………
…………..………………………………
………………………………………..…
………………………………………….. Xxxxxx: ……………………………………..…….
23
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].
24