MYPEC PLANTATION BERHAD
MYPEC PLANTATION BERHAD
KENYATAAN TAWARAN
Pembekal adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MYPEC
PLANTATION BERHAD dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:
KETERANGAN TAWARAN : TENDER PEROLEHAN DAN PEMBEKALAN PERALATAN
DAN PERABOT PEJABAT JENIS TAWARAN : Terbuka KOD BIDANG :
Kod Bidang |
Bidang |
Sub Bidang |
Pecahan Sub Bidang |
13 01 02 |
PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT |
PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT |
PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT |
TARIKH MULA TAWARAN : 25/01/2023
TARIKH TUTUP TAWARAN : 23/02/2023 TEMPOH SAH LAKU : 180 LOKALITI :
Semua Negeri
Pembekal yang berminat adalah diwajibkan hadir ke sesi lawatan tapak dan taklimat pada ketetapan berikut:
Perincian Taklimat
Xxxxxxx |
Xxxxxx / Masa |
Lokasi |
Pegawai Penyelaras |
Kehadiran Maksima |
LAWATAN TAPAK BAGI TENDER PEROLEHAN PERALATAN DAN PERABOT, NAIKTARAF PEJABAT MYPEC PLANTATION BERHAD |
03/02/2023
10:00 AM |
NO 27 PERSIARAN PERDANA,PRESINT 4, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62570 PUTRAJAYA MALAYSIA |
EN. XXXX XXXXX
|
2 |
Page 1 / 2
Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% (kosong perpuluhan empat peratus) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 4,800.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu dan Lapan Ratus) bagi invois yang bernilai RM 1.2 juta (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Ribu) atau lebih.
Page 2 / 2
Lampiran 6
SURAT AKUAN PEMBIDA TENDER PEROLEHAN TENDER PEROLEHAN DAN PEMBEKALAN PERALATAN DAN PERABOT PEJABAT BAGI PEJABAT MYPEC PLANTATION BERHAD
QT220000000040215
Saya, ............................................................................................ No. Kad Pengenalan
.......................................... yang mewakili ......................................................................... nombor Pendaftaran .................................................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang
lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam
...................................................................................................... atau mana-mana orang lain
sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:
Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing-masing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau
tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
2. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Yang benar,
Tandatangan |
: ....................................... |
Nama |
: ....................................... |
No. KP |
: ....................................... |
Tarikh |
: ....................................... |
Cap Syarikat |
: ....................................... |
Catatan:
**termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan
ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
***seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu
bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan
perolehan Kerajaan.
Alamat Penghantaran / Perkhidmatan
PTJ |
Alamat Penghantaran / Perkhidmatan |
MYPEC PLANTATION BERHAD |
23RD FLOOR, MENARA SAFUAN, 00, XXXXX XXXXXX, 00000, XX
|
Page 1 / 1
SYARAT-SYARAT, ARAHAN DAN PENJELASAN BERHUBUNG DENGAN TENDER
SYARAT-SYARAT AM
Pembida hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat di bawah ini apabila menyertai tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat boleh mengakibatkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak. Keputusan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) adalah muktamad.
Pembida hendaklah memastikan kriteria kelayakan penyertaan syarikat kepada perolehan yang diiklankan sama ada tertakluk/ tidak tertakluk kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement - FTA) dalam mengemukakan tawaran. Tawaran Pembida dari kalangan negara FTA yang menyertai perolehan yang tidak tertakluk kepada FTA tidak akan dipertimbangkan.
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah terpakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Pembida.
1 KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baharu dan belum digunakan.
2 PENGENALAN BARANG
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu (jika berkenaan) hendaklah ditunjukkan.
3 PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Pembida dikehendaki memperaku bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan adalah mengikut penentuan spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
4 PENENTUAN KOD ITEM
4.1 Pembida hendaklah mengenal pasti kod item bagi bekalan/perkhidmatan yang ditawarkan sebagai persediaan untuk penyediaan Surat Setuju Terima (SST) sekiranya berjaya.
4.2 Sila rujuk garis panduan penentuan kod item yang boleh dicapai melalui Portal ePerolehan (eP) xxxx://xxxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx/ .
4.3 Kod item wajib dikunci masuk oleh Pembida yang berjaya semasa menyetuju terima tawaran Kerajaan.
5 BARANG-BARANG SETARA
Pembida boleh membuat tawaran bagi barang setara yang sesuai, dengan syarat butiran lengkap dikemukakan.
6 BARANG EX-STOCK ATAU BARANG MALAYSIA
6.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
6.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh Pembida dan segala kos yang terlibat ditanggung oleh Pembida.
[New] PERATURAN TEMPASAL (RULES OF ORIGIN - ROO)
7.1 Bagi perolehan tertakluk kepada FTA, perolehan barangan/perkhidmatan adalah mengguna pakai
Rules of Origin (ROO) iaitu peraturan tempasal bagi menentukan sesuatu produk itu berasal dari
negara tertentu bagi penentuan Keutamaan Harga (Margin of Preference - MOP).
7.2 Pengiktirafan ROO adalah berdasarkan Sijil Tempasal (Certificate of Origin - COO) yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa negara pengeksport bagi memperaku tempasal barangan.
7 Barang Dipesan Dari Luar Malaysia
7.1 Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
7.2 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
7.3 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah digantikan oleh pembekal.
8 Tawaran Pembekal
8.1 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua zon/negeri, sebahagian zon/negeri atau satu zon/negeri sahaja jika pelawaan adalah mengikut zon/negeri. Setiap tawaran bagi setiap zon/negeri akan dianggap sebagai tawaran berasingan.
8.2 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua item, sebahagian item atau mana-mana item. Setiap tawaran bagi setiap item akan dianggap sebagai tawaran berasingan.
8.3 Tawaran harga hendaklah mengambilkira kenaan fi perkhidmatan bagi perolehan yang dilaksanakan melalui Sistem eP.
9 Harga
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun, kos tambahan yang berkaitan dan fi perkhidmatan Sistem eP. Sah laku tawaran adalah selama 180 hari dari tarikh tutup tender. Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangkamasa sah laku tawaran tidak akan dipertimbangkan.
10 Fi Perkhidmatan Sistem ePerolehan
10.1 Fi perkhidmatan Sistem eP yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam terma dan syarat bagi pendaftaran di bawah Sistem eP. Kadar fi perkhidmatan adalah seperti berikut :
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) seperti ditetapkan dalam tempoh kontrak.
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) seperti ditetapkan dalam tempoh kontrak.
11 Cukai
11.1 Pembekal hendaklah menawarkan harga bagi Tender tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta CBP 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Tender Tanpa CBP). Meskipun demikian, pembekal masih bertanggungjawab untuk mengambil kira dalam Harga Tender Tanpa CBP tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini.
11.2 Pembekal hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran CBP dengan mengemaskini maklumat
CBP dalam Modul Pengurusan Pembekal selewat-lewatnya pada tarikh tutup Tender.
11.3 Sekiranya pembekal yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Tender Tanpa CBP yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai CBP. Sebaliknya sekiranya pembekal yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka hanya Harga Tender Tanpa CBP sahaja akan disetuju terima melalui SST.
11.4 Bagi pembekal yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta CBP 2014 setelah Harga Tender Tanpa CBP tersebut disetuju terima oleh Kerajaan, maka pembekal yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan CBP semasa untuk baki Harga Kontrak yang dikenakan CBP dengan mengemukakan satu salinan surat kelulusan pendaftaran CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya.
12 Insurans
Tiada apa-apa insurans atau barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.
13 Xxxx Xxxx
Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
14 Persetujuan Penerimaan Tawaran
14.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetuju terima tawaran sebutharga yang terendah atau mana-mana tawaran sebutharga. Kerajaan berhak untukmemilih keseluruhan atau sebahagian tawaran sebutharga daripada mana-mana petender yang menyertai sebutharga ini.
14.2 Kerajaan berhak untuk mengadakan perbincangan/ rundingan lanjut dengan pembekal yang disenarai pendek berhubung dengan terma-terma tertentu untuk tawaran yang akan disetuju terima. Hak Kerajaan untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat Kerajaan menyetujui terima keputusan rundingan.
14.3 Kerajaan juga berhak untuk mengadakan bidaan di kalangan pembekal yang disenarai pendek untuk tawaran yang akan disetuju terima.
14.4 Keputusan adalah muktamad. Kerajaan adalah tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab ke atas mana-mana cadangan tawaran yang tidak berjaya.
14.5 Tindakan tatatertib boleh diambil oleh Kerajaan terhadap pembekal yang menarik balik tawaran sebelum tawaran dipertimbangkan atau yang menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan oleh Kerajaan.
15 Xxxxx Xxx Publisiti
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Kerajaan terlebih dahulu.
16 Bon Pelaksanaan
16.1 Bagi kontrak bekalan /perkhidmatan, pembekal yang berjaya hendaklah mengemukakan Surat
Setuju Terima dan Bon Pelaksanaan yang nilainya adalah seperti berikut :-
Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan atau
perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00.
Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh pembekal hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.
Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.
Bon pelaksanaan perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti mana yang dinyatakan dalam SST pembekal.
17 Tafsiran
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan pembekal bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
18 Pemeriksaan
18.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut.
18.2 Pembekal hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
18.3 Semua perbelanjaan untuk memeriksa dan menguji ini hendaklah ditanggung oleh pembekal.
19 Penolakan Barang/ Perkhidmatan
19.1 Barang/ perkhidmatan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan/ perkhidmatan yang telah dipersetujui dalam tawaran pembekal boleh ditolak.
19.2 Apabila diminta, pembekal hendaklah menyebabkan barang/ perkhidmatan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang/ perkhidmatan yang ditolak itu.
19.3 Perkara 19.1 dan 19.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
20 Kuantiti Tawaran/Kuantiti Tambahan
Kerajaan boleh memesan kuantiti tambahan dalam tempoh kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan pembekal hendaklah membekalkannya dengan harga yang sama.
ARAHAN KEPADA PEMBEKAL
Arahan kepada Pembekal ini dalam mana mempengaruhi pelaksanaan kontrak hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak.
1 Penyediaan dan Penyerahan Cadangan Tawaran
1.1 Pembekal hendaklah mengisi dengan lengkap cadangan tawaran termasuk memuat naik semua dokumen sokongan dan lampiran wajib yang disenaraikan dalam Sistem ePerolehan (eP) serta menyerahkannya secara atas talian sebelum tarikh dan waktu tutup sebutharga.
1.2 Pembekal adalah dilarang menulis, mencatatkan dan meletakkan cop nama dan memuatnaik tanda syarikat di dalam dokumen sokongan/lampiran yang dikemukakan secara atas talian. Sekiranya berbuat demikian, cadangan tawaran tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
1.3 Semua dokumen yang diserahkan oleh pembekal termasuk manual teknikal hendaklah dalam Bahasa Malaysia. Pembetulan dan pindaan boleh dibuat ke atas cadangan tawaran dan dikemaskini sebelum tarikh dan masa tutup pelawaan. Pembekal hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja bagi cadangan yang ditawarkan.
1.4 Bagi tawaran yang memerlukan penghantaran sampel produk, pembekal hendaklah memastikan ianya dihantar sebelum tarikh tutup sebutharga. Setiap sampel fizikal yang dikemukakan wajib dilekatkan dengan label yang dijana dari Sistem eP. Sampel yang dihantar tanpa label eP tidak akan dipertimbangkan.
1.5 Kerajaan akan membuat pemberitahuan kepada pembekal sekiranya terdapat apa-apa notis atau pindaan (addendum) berkaitan pelawaan sebutharga ini di dalam portal rasmi Sistem eP. Setiap notis atau pindaan (addendum) yang dilakukan akan diberi notifikasi oleh sistem kepada pembekal dan menjadi sebahagian daripada dokumen tawaran.
1.6 Pembekal bertanggungjawab memastikan penyerahan dokumen atas talian berjaya dibuat. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan pembekal dalam melaksanakan penyerahan dokumen atas talian. Sekiranya salah satu syarat tidak dipatuhi, maka cadangan tawaran tender tersebut tidak akan dipertimbangkan.
2 Perbelanjaan Penyediaan Cadangan Tawaran
Semua perbelanjaan bagi penyediaan cadangan tawaran ini hendaklah ditanggung oleh pembekal sendiri.
3 Tempoh Sah Laku Tawaran
Tempoh sah laku tawaran adalah selama 7 hari daripada tarikh tutup sebutharga sebagaimana yang ditetapkan dalam notis pelawaan. Pembekal yang telah menyerahkan cadangan tawaran tidak dibenarkan menarik diri dalam tempoh tersebut.
4 Tawaran Pilihan
Setiap pembekal tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi mana-mana butiran yang dikunci masuk. Jika terdapat tawaran pilihan, Kerajaan berhak menolak kesemua tawaran yang dikemukakan.
5 Bantahan Kepada Spesifikasi
5.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap dan bukti-bukti yang kukuh berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh pembekal dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh iklan.
Bantahan hendaklah dialamatkan kepada urusetia tender.
5.2 Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
6 Pembatalan Pelawaan
Kerajaan berhak untuk membatalkan mana-mana pelawaan yang telah diiklankan pada bila-bila masa. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pembekal kerana pembatalan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak pembekal.
7 Pemberitahuan Penerimaan
7.1 Pemberitahuan kepada pembekal yang berjaya mendapat tawaran Kerajaan akan dibuat melalui pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) di dalam Sistem eP.
7.2 Surat berkenaan mungkin mengandungi apa-apa syarat atau pindaan tambahan kepada syarat yang disertakan pada dokumen ini dan jika demikian, tawaran ini tidak boleh dianggap sebagai telah dipersetujui melainkan pengesahan bertulis daripada pembekal tentang persetujuannya terhadap syarat/pindaan tambahan itu diterima.
7.3 Apabila dipersetujui, kontrak dianggap sebagai telah dibuat antara Kerajaan dengan pembekal itu menurut syarat yang disertakan (termasuk syarat tambahan dan pindaan) dan tiada perjanjian atau syarat lain dianggap sebagai telah dimasukkan ke dalam kontrak ini.
8 Tempoh Kontrak
Tempoh kontrak adalah 12 bulan
9 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
9.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
9.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat SPRM atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
9.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan pembekal atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah di bawah Akta SPRM 2009.
9.4 Mana-mana pembekal atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini, walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi, dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
10 Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
10.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia melalui 1PP, PK 1/2013 - Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan.
10.2 Kesemua pembekal yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (nama penandatangan akuan hendaklah seperti mana yang disenaraikan di Modul Pendaftaran Pembekal Sistem eP) yang mengandungi pengakuan bahawa :
Pembekal tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak.
Kesemua maklumat tawaran dan lampiran yang dikemukakan adalah benar dan tepat.
Sekiranya pembekal didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withhold) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, tawarannya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
Pembekal yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak Kerajaan juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak.
11 Pelaksanaan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Tiada
1 PERTANYAAN
Pertanyaan Tawaran
Semua pertanyaan tawaran Tender hendaklah disalurkan kepada Urusetia Tender:-
Nama PTJ : MYPEC PLANTATION BERHAD
Alamat PTJ : 00XX XXXXX, XXXXXX XXXXXX, 00, XXXXX XXXXXX, 00000
Nama Pegawai : Xxxx Xxxxx
No. Tel. 00-00000000
Emel: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx@xxxxx.xxx
Sebarang pertanyaan selepas tarikh tutup tender tidak akan dilayan.
SYARAT-SYARAT KHAS
TERMA KONTRAK (JIKA BERKAITAN)
1 TAFSIRAN
Tawaran ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan pembekal bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa
Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai tawaran ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
2 KONTRAK
2.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana Lampiran yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen tawaran ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan pembekal yang berjaya. Pembekal yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak. Sebarang bantahan kepada syarat-syarat kontrak hendaklah dibuat semasa mengemukakan cadangan tawaran.
2.2 Kerajaan tidak terikat dengan nilai kontrak(nilai/kuantiti), lepas habis tempoh kontrak, tidak mencapai nilai/kuantiti kontrak yang ditetapkan.
3 NILAI KONTRAK
3.1 Nilai keseluruhan Kontrak ini adalah sebagaimana dalam Surat Setuju Terima (kemudian daripada
ini dirujuk sebagai “Nilai Kontrak“) dan bagi maksud Kontrak ini dan tertakluk kepada pembekal memenuhi semua terma-terma dan syarat-syarat dalam Kontrak ini, Kerajaan hendaklah sebagai ganjaran kepada perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pembekal, pada setiap bulan dalam Tempoh Kontrak berkuatkuasa membuat pembayaran kepada pembekal mengikut Xxxxxx Xxxxxxxxxx.
3.2 Pengiraan kepada Xxxxx Xxxxxxx adalah berdasarkan kepada Jadual Harga yang dinyatakan. Nilai Kontrak yang dinyatakan adalah tetap dan tiada apa-apa kenaikan atau perubahan harga perkhidmatan boleh dibuat oleh pembekal kecuali jika telah dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan.
4 PENAMATAN KONTRAK OLEH KERAJAAN
4.1 Keingkaran oleh pembekal - Dalam keadaan di mana pembekal, tanpa sebab-sebab yang munasabah:
Menghentikan atau menggantung daripada pelaksanaan dan gagal meneruskan pelaksanaan obligasi-obligasinya di bawah kontrak ini secara tetap dan tekun;
Xxxxx melaksanakan obligasi di bawah kontrak ini atau mengabaikan obligasi-obligasinya di bawah kontrak ini secara berterusan;
Melanggar mana-mana obligasinya atau gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat kontrak ini,
maka Kerajaan hendaklah memberikan notis bertulis kepada Xxxxxxxx dengan menyatakan butir-butir kegagalannya dan meminta Xxxxxxxx untuk membetulkan atau memperbaiki kegagalan tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh notis tersebut. Sekiranya Pembekal gagal membetulkan atau memperbaiki kegagalan tersebut dalam tempoh yang disebutkan atau tempoh lain yang ditentukan oleh Kerajaan, Kerajaan hendaklah berhak untuk menamatkan Kontrak ini pada bila-bila masa selepas memberikan notis penamatan kepada Pembekal.
4.2 Ingkar Am - Sekiranya pada bila-bila masa dalam tempoh Kontrak:
Jika Pembekal itu sebagai:
orang perseorangan (atau apabila Pembekal itu adalah sebuah perkongsian, mana-mana pekongsi) pada bila-bila masa dalam tempoh kontrak menjadi bankrap atau suatu perintah penerimaan atau perintah penghukuman dibuat terhadapnya atau Pembekal telah membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang-pemiutang atau;
sebuah syarikat, pada bila-bila masa dalam tempoh kontrak;
satu perintah telah dibuat atau satu resolusi telah diluluskan bagi penggulungan syarikat, kecuali bagi tujuan penyusunan semula atau penyatuan yang tidak melibatkan pencairan aset di mana kepentingan pemiutang adalah terjamin;
syarikat dibubarkan atau seorang penerima, pengurus atau penyelesai sementara (provisional liquidator) telah dilantik ke atas aset syarikat atau syarikat membuat serah hak untuk manfaat pemiutang atau membuat penyelesaian atau perkiraan dengan pemiutang atau menghentikan pembayaran atau tidak berupaya untuk membayar hutangnya;
pelaksanaan terhadap sebahagian besar aset syarikat dikenakan levi melainkan ia telah dengan suci hati memulakan prosiding untuk mengenepikan pelaksanaan tersebut,
maka Kerajaan berhak menamatkan kontrak ini serta-merta dengan memberi notis kepada pembekal bagi tujuan tersebut dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan kontrak ini tidak akan menjejaskan hak-hak lain Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa gantirugi yang terakru dalam kontrak ini.
Dalam keadaan di mana kebankrapan atau penggulungan syarikat akan berlaku, pembekal mengakujanji untuk memaklumkan Kerajaan dalam masa 90 hari mengenai niatnya untuk diisytiharkan bankrap atau menggulung syarikat. Dalam keadaan tersebut, pembekal hendaklah memberi nasihat kepada Kerajaan mengenai punca-punca lain bagi mendapatkan pembekalan barangan berkenaan.
Dalam keadaan di mana kontrak ini telah ditamatkan berdasarkan klausa di atas, Kerajaan hendaklah berhak menuntut daripada pembekal apa-apa kerugian atau gantirugi akibat daripada penamatan ini dengan tidak menjejaskan apa-apa hak lain yang ada pada Kerajaan di bawah kontrak ini.
Penamatan tersebut hendaklah tidak menjejaskan atau memprejudiskan hak-hak pihak-pihak yang telah wujud sebelum penamatan kontrak ini dan obligasi-obligasi berkaitan dengan apa-apa tindakan, perkara atau perbuatan yang berlaku sebelum penamatan di bawah kontrak ini hendaklah berterusan walaupun selepas penamatan kontrak ini.
5 PENAMATAN KONTRAK ATAS KESALAHAN RASUAH, KEGIATAN-KEGIATAN TIDAK SAH ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG
5.1 Tanpa menjejaskan apa- apa hak lain Kerajaan, sekiranya Pembekal, kakitangan atau pekerja telah disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan rasuah, kegiatan-kegiatan yang tidak sah atau menyalahi undang- undang berhubung dengan Kontrak ini atau mana-mana kontrak lain dengan Kerajaan, Kerajaan hendaklah berhak menamatkan Kontrak ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis yang berkuatkuasa secara serta-merta kepada Pembekal.
5.2 Atas penamatan sedemikian, Kerajaan hendaklah berhak kepada segala kerugian, gantirugi,
pampasan dan perbelanjaan (termasuk apa- apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang dialami oleh Kerajaan akibat daripada penamatan sedemikian.
5.3 Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Pihak-Pihak bersetuju bahawa Pembekal tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, gantirugi atau sebagainya atas penamatan Kontrak ini.
6 PENAMATAN KONTRAK ATAS KEPENTINGAN NEGARA
6.1 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan dalam Kontrak ini, Kerajaan berhak menamatkan Kontrak ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari kepada Pembekal (tanpa perlu memberi apa-apa sebab) sekiranya Kerajaan berpendapat penamatan itu perlu dilaksanakan atas kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara atau bagi tujuan polisi Kerajaan atau polisi awam.
6.2 Bagi maksud klausa ini, perkara yang berjumlah kepada "kepentingan negara", "kepentingan keselamatan negara", "polisi Kerajaan" dan "polisi awam" hendaklah diputuskan oleh Kerajaan sahaja dan keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
6.3 Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Pihak-Pihak bersetuju bahawa Pembekal tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, gantirugi atau sebagainya atas penamatan Kontrak ini.
7 POTONGAN PEMBAYARAN
7.1 Kerajaan berhak memotong apa-apa bayaran yang perlu dilakukan oleh Kerajaan kepada pembekal bagi melaksanakan hak-hak Kerajaan yang wujud di bawah kontrak ini. Potongan terhadap bayaran yang perlu dilakukan kepada Kerajaan oleh pembekal adalah seperti berikut :
8 TERMA PEMBAYARAN
Pembayaran bagi semua perkara dan skop kerja yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Harga ini mestilah sah laku dalam tempoh 180 hari daripada tarikh tutup tawaran.
9 FI PERKHIDMATAN SISTEM ePEROLEHAN
9.1 Kadar fi perkhidmatan adalah seperti berikut :
Bermasa (Bila Perlu)
(i) Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) seperti ditetapkan dalam tempoh kontrak.
9.2 Fi perkhidmatan akan dikenakan ke atas nilai invois selepas ditolak amaun bayaran balik pendahuluan, terimaan royalti dan potongan penalti atau denda.
10 BON PELAKSANAAN
10.1 Bagi kontrak bekalan /perkhidmatan, pembekal yang berjaya hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima dan Bon Pelaksanaan yang nilainya adalah seperti berikut :-
Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang
bernilai melebihi RM500,000.00.
a. Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh pembekal hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
10.2 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:
Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau
Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau
Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikatsyarikat insurans yang berlesen di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau
Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang beroperasi di Malaysia; atau
Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).
Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.
Bon Pelaksanaan boleh dilepaskan setelah segala obligasi kontrak selesai dan dilaksanakan dengan memuaskan. Surat Pelepasan (Letter of Discharge) bagi Jaminan Bank/Jaminan Syarikat Kewangan/Jaminan Bank Islam/Jaminan Insurans/ Jaminan Takaful hendaklah dikemukakan kepada Bank/Syarikat Kewangan/Bank Islam/Syarikat Insurans/ Syarikat Takaful. Salinan asal atau satu salinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah disimpan oleh Agensi sebagai rekod.
Bon pelaksanaan perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima Pembekal.
11 Denda/ Liquidated Ascertained Damages (LAD)
11.1 Pembekal dikehendaki melaksanakan pembekalan barang/ perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti bekalan/ perkhidmatan tersebut hendaklah memuaskan hati serta memenuhi kehendak Kerajaan setelah pesanan/arahan dikeluarkan oleh Kerajaan. Sekiranya pembekal gagal melaksanakan pembekalan barang/ perkhidmatan dalam tempoh dan/atau kualiti yang ditetapkan, Kerajaan berhak membatalkan pesanan/arahan yang dikeluarkan dan/atau mengenakan *Denda/ Tolakan/ Liquidated & Ascertained Damages (LAD) mengikut kadar yang termaktub di dalam kontrak.
11.2 Kadar bagi kenaan LAD untuk bekalan/ perkhidmatan adalah seperti berikut :
(BLR + 1%) x (Xxxxx Xxxxxxx / 365) x (bilangan hari lewat)
11.3 Kadar bagi denda untuk bekalan/ perkhidmatan adalah seperti berikut :
Bekalan : V (T + D) x 5%/T
V : Nilai harga peralatan yang lewat dibekalkan;
T : Tempoh bekalan mengikut kontrak dalam hari; dan
D : Bilangan hari yang lewat.
Perkhidmatan : A x B x C x 1%
: Nilai sewaan peralatan sebulan.
: Bilangan hari yang lewat.
: Bilangan peralatan.
Kerajaan berhak untuk melantik mana–mana pihak ketiga bagi melaksanakan dan
menyempurnakan apa–apa tugas atau tanggungjawab yang gagal disempurnakan oleh pembekal dalam tempoh yang ditetapkan dengan apa–apa kos yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh pembekal.
Sekiranya Kerajaan mendapati pembekal masih gagal meremedikan atau menyempurnakan perlaksanaan tugas dan tanggungjawab di bawah kontrak ini selepas tempoh yang ditetapkan, Kerajaan adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini menerusi satu Notis Penamatan kepada pembekal.
12 TEMPOH KONTRAK
Tempoh kontrak ini akan berkuatkuasa untuk tempoh selama 12 bulan iaitu bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima.
13 ADDENDA/ PINDAAN
Apa-apa perkara dalam perjanjian ini boleh dipinda dan sebarang perubahan, modifikasi, penambahan, pembatalan atau pindaan hendaklah dipersetujui secara bertulis oleh kedua-dua pihak dan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.
14 KERAHSIAAN
14.1 Kecuali dibenarkan secara bertulis oleh Kerajaan, Pembekal dan kakitangan, pekerja atau ejennya hendaklah pada bila-bila masa tidak mendedahkan kepada mana-mana orang atau badan atau entiti, sebarang maklumat sulit yang dimaklumkan kepadanya bagi tujuan pelaksanaan Kontrak ini atau diketahui olehnya dalam pelaksanaan Kontrak ini. Pembekal dan kakitangan, pekerja atau ejennya juga tidak boleh mendedahkan kepada umum sebarang maklumat berkenaan cadangan, penilaian dan pandangan yang timbul daripada pelaksanaan Kontrak ini. Pembekal dan kakitangan, pekerja atau ejennya tidak boleh membuat atau menyebabkan sebarang kenyataan media dibuat berkaitan dengan Kontrak ini tanpa kelulusan Kerajaan.
14.2 Semua maklumat termasuk maklumat terperingkat dan data-data berkaitan ketenteraan dan maklumat operasi (jika ada) yang dibekalkan oleh Kerajaan berhubung Kontrak ini tidak boleh didedahkan oleh Pembekal kepada orang lain (pihak ketiga). Pembekal adalah bertanggungjawab mematuhi peraturan-peraturan keselamatan yang berkaitan dengan maklumat terperingkat yang diuruskan olehnya dan memastikan pengendalian maklumat terperingkat tersebut adalah mengikut darjah keselamatan yang diberi kepadanya.
14.3 Klausa ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun setelah Kontrak ini luput atau ditamatkan atas apa-apa sebab.
15 HARTA INTELEKTUAL
15.1 Semua hak cipta dan hak harta intelektual yang lain bagi barangan yang dibekalkan oleh Pembekal di bawah Kontrak ini hendaklah menjadi hak Kerajaan dan Pembekal tidak boleh pada bila-bila masa atau semasa tamat tempoh atau penamatan Kontrak ini dalam apa-apa jua cara sekalipun mempersoal atau mempertikai hak Kerajaan. Hak harta intelektual di bawah klausa ini hendaklah terletak pada Kerajaan yang bebas daripada semua lien, tuntutan dan bebanan.
15.2 Pembekal hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa tuntutan jika barangan yang dibekalkan melanggar paten, hak cipta atau reka bentuk berdaftar.
15.3 Pembekal hendaklah melindung dan menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan bagi perlanggaran apa-apa paten, hak cipta atau reka bentuk berdaftar berkenaan barangan yang dibekalkan di bawah Kontrak ini dan terhadap semua kos di mana Kerajaan perlu menanggung bagi perlanggaran itu atau mana-mana tindakan yang berkaitan yang perlu bagi Kerajaan bertanggungjawab.
15.4 Jika penggunaan atau pemilikan oleh Kerajaan berkemungkinan membawa kepada apa-apa perlanggaran hak harta intelektual, maka Xxxxxxxx hendaklah secara serta-merta dan atas tanggungannya sendiri mendapatkan untuk Kerajaan hak untuk terus menggunakan atau memiliki barangan tersebut atau mengubahsuai atau menggantikan barangan tersebut untuk mengelakkan daripada perlanggaran hak harta intelektual (dalam keadaan ini, Pembekal hendaklah mengganti rugi kerugian langsung atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Kerajaan semasa pengubahsuaian atau penggantian itu).
15.5 Jika alternatif-alternatif dalam klausa di atas tidak dapat disempurnakan atas sebab-sebab tertentu, maka Pembekal hendaklah mengambil balik barangan dan membuat bayaran balik kepada Kerajaan.
16 IKLAN
Pembekal tidak boleh tanpa kelulusan bertulis Kerajaan terlebih dahulu mengiklankan atau memberi kuasa atau kebenaran kepada mana-mana orang untuk mengiklankan Kontrak ini dalam sebarang akhbar, majalah atau sebarang jenis pengiklanan lain.
17 PENEPIAN
17.1 Kegagalan Kerajaan atau Pembekal menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Kontrak ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penepian, melainkan ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu kepada pihak yang satu lagi.
17.2 Sebarang penepian oleh Kerajaan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk, dipersetujui dan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Malaysia atau pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis.
17.3 Sebarang penepian oleh Pembekal hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk, dipersetujui dan ditandatangani oleh Xxxxxxxx atau wakil yang diberikuasa olehnya secara bertulis.
18 KONTRAK KECIL
18.1 Pembekal tidak boleh membuat atau memberikan kontrak kecil terhadap Kontrak ini atau apa-apa bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
18.2 Jika Kontrak ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi kontrak kecil kepada mana-mana
pihak lain dengan persetujuan bertulis Kerajaan, Pembekal bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan pembekal kecil mematuhi terma dan syarat dalam Kontrak ini.
18.3 Sebarang isu yang timbul antara Pembekal dan pembekal kecil mengenai Kontrak ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
19 SERAH HAK ATAU NOVASI
Pembekal tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan, menyerah hak, memindahkan, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan kepada pihak ketiga semua atau sebahagian daripada obligasi, manfaat atau liabiliti daripada atau yang mungkin terbit daripada Kontrak ini.
20 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
20.1 Sebarang pertikaian antara pihak-pihak dengan apa-apa perkara di bawah Kontrak ini (kecuali berkaitan dengan Kerajaan menjalankan budi bicara mutlak di bawah Kontrak ini) boleh dirujuk kepada sebuah jawatankuasa penyelesaian pertikaian (dengan ini dirujuk sebagai "Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian") yang terdiri daripada:
Ketua Setiausaha, Malaysia sebagai Pengerusi atau mana-mana pegawai yang dilantik dan diberikuasa sewajarnya secara bertulis;
seorang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; dan
seorang wakil yang dilantik oleh Pembekal
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh melantik seorang pakar bebas dalam bidang yang berkaitan atau seorang pakar bebas untuk setiap bidang yang berkaitan (sekiranya terdapat lebih daripada satu bidang) untuk memberikan nasihat ke atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya dan segala kos, yuran dan perbelanjaan pakar bebas yang dilantik tersebut akan ditanggung secara sama rata antara kedua-dua Pihak.
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian akan menentukan prosedurnya sendiri. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah berusaha untuk mencapai suatu penyelesaian secara aman antara Pihak-Pihak apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya.
Sekiranya sebarang perkara, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tidak boleh dipersetujui oleh Pihak-Pihak yang berkenaan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tarikh rujukan dibuat, mana-mana Pihak boleh merujuk perkara, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada timbangtara.
Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi, masing-masing akan mempunyai satu undi.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian akan mengikat Pihak-Pihak.
21 TIMBANGTARA
21.1 Dalam keadaan di mana Kerajaan dan Xxxxxxxx gagal menyelesaikan apa-apa pertikaian secara aman, mana-mana pihak boleh merujuk pertikaian ini kepada timbangtara. Rujukan tersebut hendaklah dianggap sebagai persetujuan untuk ke timbangtara di bawah Akta Timbangtara 2005.
21.2 Untuk tujuan timbangtara, klausa-klausa yang berikut hendaklah terpakai:
Prosiding timbangtara hendaklah dikendalikan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pusat Timbangtara
Serantau Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Regional Arbitration Centre);
Satu (1) Penimbangtara akan dilantik oleh Pengarah Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur;
Tempat timbangtara dijalankan adalah di Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur menggunakan kemudahan dan sistem yang disediakan di pusat tersebut;
Bahasa yang akan digunakan dalam prosiding timbangtara ialah Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris;
Undang-undang yang terpakai untuk kontrak ini ialah Undang-undang Malaysia; dan
Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.
21.3 Obligasi pihak-pihak di bawah Kontrak ini hendaklah terus berkuatkuasa walaupun rujukan dibuat kepada timbangtara atau sepanjang tempoh prosiding timbangtara berlangsung.
22 FORCE MAJEURE
22.1 Kerajaan dan Pembekal tidak akan dikira sebagai memungkiri sebarang obligasi di bawah Kontrak ini sekiranya ia tidak dapat memenuhi obligasinya di bawah Kontrak ini (atau apa sahaja bahagian daripadanya) akibat daripada kejadian Force Majeure kecuali obligasi untuk membuat sebarang bayaran. Kejadian Force Majeure bermaksud:
Peperangan (sama ada diisytihar atau tidak), pertempuran, penaklukan, tindakan musuh asing;
Pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
Bencana alam semulajadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, gempa bumi, banjir dan kebakaran spontan bawah tanah atau apa-apa kuasa semulajadi yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga.
Letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;
Gelombang tekanan disebabkan oleh pesawat atau apa-apa peranti aerial yang bergerak di udara pada kelajuan sonik atau supersonic;
Rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam kecuali jika hanya melibatkan pekerja, kakitangan atau ejen Pembekal; dan
Sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain di luar kawalan pihak-pihak.
Jika kejadian Force Majeure tersebut menyebabkan salah satu pihak tidak mampu melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Kontrak ini (atau apa sahaja bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, pihak tersebut hendaklah memaklumkan pihak yang satu lagi dengan segera dalam masa empat belas (14) hari secara bertulis dari tarikh mula berlakunya kejadian Force Majeure tersebut dengan butiran terperinci serta kesannya kepada Kontrak ini serta langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Sekiranya Xxxxxxxx ingin memohon sebarang perlanjutan masa, Pembekal dikehendaki mengemukakan kepada Kerajaan segala bukti yang cukup dan diperlukan tentang kejadian tersebut dan kesannya ke atas tempoh pelaksanaan obligasi di bawah Kontrak ini. Kerajaan berhak untuk menjalankan penyiasatan terhadap kelewatan tersebut dan setelah berpuashati bahawa kelewatan tersebut adalah berpunca dari Force Majeure yang sah maka tempoh pelaksanaan obligasi di bawah Kontrak ini akan dilanjutkan selama tempoh yang sama kepada tempoh pelaksanaan obligasi yang diberi di bawah Kontrak ini telah terjejas.
Jika salah satu pihak mempertimbangkan bahawa kejadian Force Majeure tersebut akan bertambah teruk atau akan terus berlanjutan untuk satu tempoh yang akan memberi kesan kepada kegagalan niat asal Kontrak ini, maka pihak-pihak boleh bersetuju bahawa Kontrak ini akan ditamatkan atas persetujuan bersama.
Jika Kontrak ini ditamatkan akibat kejadian Force Majeure berdasarkan klausa di atas, semua hak dan obligasi pihak-pihak di bawah Kontrak ini hendaklah terhenti dan tiada Pihak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
Tiada pihak berhak menggunakan mana-mana peruntukan dalam klausa ini sekiranya pihak-pihak telah menentukan secara munasabah bahawa kejadian Force Majeure tidak berlaku.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pihak-pihak akan terus melaksanakan mana-mana obligasi yang tidak terjejas, tertunda atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya sementara menunggu pelaksanaan peruntukan klausa ini.
Dengan syarat sentiasa, klausa ini tidak akan terpakai bagi mana-mana kerosakan jentera atau mesin, pembetulan apa-apa kecacatan atau kekurangan pada jentera atau mesin, kekurangan pekerja atau ejen Pembekal atau pembetulan proses pelaksanaan obligasi oleh Pembekal yang dilakukan bagi tujuan Kontrak ini.
PTJ Muat Naik
BORANG E
4
PTJ Muat Naik
BORANG D
3
PTJ Muat Naik
LAMPIRAN A
2
Pembekal Muat Naik
Brosur / Risalah
1
Mekanisme
Tajuk
Bil.
Senarai Semak Pematuhan Teknikal
Page 1 / 1
PTJ Muat Naik
JADUAL HARGA
7
PTJ Muat Naik
BORANG G
6
PTJ Muat Naik
BORANG CA
5
PTJ Muat Naik
BORANG C
4
Muat Naik
Pembekal
dibayar
Pengesahan dari Institusi Kewangan ke atas jumlah yang telah
3
Muat Naik
Pembekal
salinan yang telah diaudit)
Xxxxx Xxxx-Kira Tahunan (Nota - Untuk syarikat ROC, ini mestilah
2
Muat Naik
Pembekal
Pengesahan dari Institusi Kewangan untuk tiga bulan Penyata Bank
1
Mekanisme
Tajuk
Bil.
Senarai Semak Pematuhan Kewangan
Page 1 / 1