SEBUTHARGA KERJA
NO. KAWALAN :
SEBUTHARGA KERJA
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI DALAM KAWASAN PADANG RAGUT BUKIT SELAMBAU DI DAERAH
KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN
NOMBOR SEBUTHARGA J(N)/KM/14/2022
DOKUMEN MEJA TAWARAN
TARIKH PELAWA : 27 OKTOBER 2022 TARIKH TAKLIMAT : TIADA
TEMPAT : -
TARIKH TUTUP :
03 NOVEMBER 2022, (SEBELUM JAM 12.00 TGH HARI)
JKR DAERAH KUALA MUDA
TEL.OFF : 00-0000000
FAX : 00- 0000000
Page 1 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
NOTIS SEBUTHARGA
Page 2 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA.
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. DASAR KENAAN GST
2.1 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014) telah dikuatkuasa mulai 1 April 2015. Oleh yang demikian, GST yang dikenakan akan dibayar kepada Petender/Penyebut Harga berdaftar GST.
2.2. Bagi tujuan tender/sebut harga ini, Petender/Penyebut Harga hendaklah menawarkan harga tawaran yang tidak ditambah nilai kenaan GST. Walaubagaimanapun, Xxxxxxxx/Penyebut Harga, sama ada berdaftar GST ataupun tidak, masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam harga tawaran apa-apa kos berkaitan dengaan kenaan GST yang perlu dibayar oleh Xxxxxxxx/Penyebut Harga kepada pihak-pihk yang membekalkan khidmat kepadanya.
2.3. Sekiranya Petender/Penyebut Harga berdaftar GST, Surat Setuju Terima/Inden Kerja berdasarkan harga tawaran dengan tambahan nilai kenaan GST akan dikeluarkan kepada Petender/Penyebut Harga yang berjaya.
2.4. Sekiranya Petender/Penyebut Harga tidak berdaftar GST, tiada tambahan nilai kenaan GST akan dimasukkan.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.5. Sekiranya Petender/Penyebut Harga berdaftar GST semasa kerja sedang berjalan, kontraktor hendaklah memaklumkan status pendaftaran dan memohon pelarasan bagi tambahan kenaan GST dan menuntut sebarang kenaan GST dengan syarat kerja semasa masih berkuatkuasa bagi baki perolehan yang belum disempurnakan.
3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
3.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
3.1.1 Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
3.1.2 Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
3.1.3 Senarai Kerja Dalam Tangan,
3.1.4 Senarai Pengalaman Xxxxx,
3.1.5 Jadual Kadar Harga (jika ada),
3.1.6 Butir-butir spesifikasi (jika ada),
3.1.7 Surat Akuan Pembida,
3.1.8 Penyata bulanan bank bagi tiga (3) bulan terakhir, deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit dan nilai kemudahan kredit tambahan yang layak/akan diperolehi oleh penyebut harga daripada bank atau institusi kewangan hendaklah dimasukkan bersama-sama dokumen sebut harga.
3.1.9 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
3.1.10 Kegagalan mengisi/menandatangani Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
3.1.11 Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan,
3.1.12 Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negative terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
3.2 ‘Integrity Pact’
3.2.1 Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran F di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau member rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini.. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
3.2.2 Surat Akaun Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
3.2.3 Penyebeut Harga yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran G beserta dengan borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan member rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripda Dokumen Kontrak.
3.3 Penyerahan Dokumen Sebut Harga.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
3.3.1 Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga J(N)/KM/14/2022 pada masa dan di tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
3.3.2 Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
3.3.3 Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
3.4 Penjelasan Lanjut.
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut.
4. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tidak melebihi Lapan (8) Minggu. Mana-mana Penyebut Harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA.
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.
6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.
7. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua Penyebut Harga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para Penyebut Harga diberi peringatan berikut:
7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawarkan atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau member apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
DOKUMEN MEJA TAWARAN
7.4 Mana-mana Kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tida kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
8. INSURAN (HANYA UNTUK PROJEK NEGERI SAHAJA)
Sebagaimana yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Sebutharga, Sebagai satu syarat terdahulu sebelum memulakan apa-apa kerja dibawah Kontrak, Penyebutharga mestilah mengambil dan mengemukakan insuran yang diperlukan kepada Pegawai Inden. Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, penyebutharga yang Berjaya hendaklah mengemukakan keperluan insuran seperti yang dinyatakan didalam kontrak insurance KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd yang beralamatkan seperti Berikut:
KSDC Insurance Brokers Sdn.Bhd, Lot 149, Tingkat 1,
Kompleks Darul Xxxx Xxxxxxx, 00000 Xxxx Xxxxx,
Kedah Darul Aman. Telefon :00-0000000
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SURAT AKUAN PEMBIDA
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi J(N)/KM/14/2022
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI DALAM KAWASAN PADANG RAGUT BUKIT SELAMBAU DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN
Saya nombor K.P yang
mewakili nombor
Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam J_K_R_K_U_A_L_A M_U_D_A
atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga *seperti di atas,. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam J_K_R_K_UA_LA M_U_D_A
atau mana-mana individu
lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga * di atas; atau
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
------------------------------------
(Nama dan Xx.Xx) Cop Syarikat:
Catatan :
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi J(N)/KM/14/2022
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI DALAM KAWASAN PADANG RAGUT BUKIT SELAMBAU DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN
Saya nombor K.P yang
mewakili nombor
Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam J_K_R_K_UA_LA M_U_D_A atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga *seperti di atas,. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam J_K_R K_U_A_L_A_M_U_D_A
atau mana-mana individu
lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga * seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga * di atas; atau
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender / sebutharga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
------------------------------------
(Nama dan Xx.Xx) Cop Syarikat:
Catatan :
DOKUMEN MEJA TAWARAN
LAPORAN BANK
LAPORAN BANK/SYARIKAT KEWANGAN KE ATAS KEDUDUKAN KEWANGAN KONTRAKTOR
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak Bank/Syarikat Kewangan dan diserahkan kepada Kontraktor dalam sampul surat berlakri untuk disertakan bersama-sama Sebut Harganya sekiranya Kontraktor Harga mempunyai kemudahan kredit dengan Bank/Syarikat Kewangan yang berkenaan)
Kepada:
(Pegawai Inden)
Nama Kontraktor :
Tajuk Sebut Harga :
A. Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan projek
Kemudahan kredit yang telah diluluskan dan kemudahan kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh Kontraktor adalah seperti berikut:-
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Bentuk Kemudahan Baki daripada yang Tambahan minimum Jumlah Kredit diluluskan yang akan diluluskan*
i) Overdraf RM RM RM
ii) Overdraf bercagar RM RM RM
iii) ERF/MARA RM RM RM
iv) RM RM RM
v) RM RM RM
Jumlah: RM RM RM
*(jika projek diawad kepada penyebut harga)
B. Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun Kontraktor Harga
……………………………………….
Tandatangan Untuk dan bagi Pihak Bank/Syarikat Kewangan
Nama Bank:
Cop Bank/Syarikat Kewangan:
Nama Pegawai:
Jawatan: Tarikh:
DOKUMEN MEJA TAWARAN
FORMAT BORANG BON PERLAKSANAAN
BORANG JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/ JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN (KONTRAK KERJA)
Sebagai balasan kepada Kontrak No. ............................. yang dibuat antara Kerajaan Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi (namakan projek), (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai ”Kontrak”) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ”Penjamin”) atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.
MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:
1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi sebanyak Ringgit
…………………………………….. (nyatakan nilai jaminan dalam perkataan) (RM
………………) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit
………………………………. (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM )
dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.
3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya.
4. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga ……………….. (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Asal”) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh kecacatan atau dalam keadaan dimana kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Xxxx Xxxx (Initial Expiry Date) Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Lanjutan” (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah
aggregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit (nyatakan
nilai Jaminan dalam perkataan) (RM )
5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah luput
apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Xxxx Xxxx (Initial Expired Date) atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.
6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK BANK/SYARIKAT KEWANGAN/SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN. PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan
tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani untuk ) ………………………………………….
Dan bagi pihak Penjamin ) Nama : …………………………….
Di hadapan ) Xxxxxxx : …………………………….
DOKUMEN MEJA TAWARAN
) Cop Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans:
………………………………………
(Saksi)
Nama : …………………………….
Jawatan : …………………………….
Cop Bank/Syarikat Kewangan/Syarikat Insurans:
2
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SYARAT-SYARAT AM
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA.
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara- cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri semua maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. RINGKASAN SEBUT HARGA
2.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas jumlah Harga Sebut Harga.
2.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, levi, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
2.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan sama ada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
2.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
2.5 Apa-apa pelarasan harga dan Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 2(iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
3. BON PELAKSANAAN, PERKESO DAN POLISI INSURANS
3.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5% daripada nilai Sebut Harga** dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya Kontraktor tidak mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank atauInsurans, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai seperti mana ditetapkan dalam peraturan mengenai tatacara pengurusan tender yang berkuat kuasa.
3.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dengan nilai minimum RM *** bagi setiap kemalangan bagi tempoh
pelaksanaan Kerja termasuk tempoh kecacatan dan ditambah tiga (3) bulan dan empat belas
(14) hari dan Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
3.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
4. BAYARAN PENDAHULUAN
4.1 Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:
4.1.1 Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000 sehingga RM500,000.
4.1.2 Tempoh siap kerja tidak kurang dari 3 bulan.
4.1.3 Permohonan daripada Kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Inden Kerja dikeluarkan.
4.1.4 Polisi Insurans telah dikemukakan oleh Kontraktor.
4.1.5 Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor sama ada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dimohon.
4.1.6 Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan dan diselesaikan selewat-
Iewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.
4.1.7 Liabiliti di bawah Jaminan Bayaran Pendahuluan akan tamat apabila Kerajaan mengutip semula jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, jika jumlah penuh
* Harga akan dipotong semasa penyediaan bayaran sekiranya Kontraktor memilih (WJP)
** Nilai bon pelaksanaan adalah 5% daripada nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST)
DOKUMEN MEJA TAWARAN
*** Pengiraan kadar liputan adalah berasaskan nilai Sebut Harga (termasuk GST sekiranya Kontraktor berdaftar GST)
5. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA.
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah memenuhi spesifikasi pelan-pelan butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA.
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
7. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA.
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja- kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden.
9. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA.
9.1 Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pembida Berjaya yangditandatangani oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.
9.2 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan dan maksud itu boleh difahamkan dengan munasabahnya dari dokumen Sebut Harga itu.
9.3 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk
10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR.
10.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran dari Pegawai Inden.
10.1.1 Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
DOKUMEN MEJA TAWARAN
10.1.2 Kemajuan Kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
10.1.4 Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah
10.2 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10.3 Walau apa pun di atas, sekiranya Kontrak ini ditamatkan di bawah perenggan 10.1 dan 10.2, Bon Pelaksanaan/WJP akan dirampas sepenuhnya.
11. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
12. KERJA PERUBAHAN
12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebut Harga ini.
12.2 Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
13. PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan sejajar dengan syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga. Tempoh Tanggungan Kecacatan bermula daripada tarikh siap kerja.
15. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
15.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan adalah selama Enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrik dimana tempoh waranti ke atas peralatan dan system adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
15.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebut Harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
15.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor dan termasuk kenaan GST (sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Kerajaan) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menggantungkan
pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan.
16. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP.
Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Pegawai Inden hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos
untuk membaiki apa-apa kecacatan yang tidak dapat dibaiki oleh Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.
17. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja Kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahankerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.
19. PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANGUNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
19.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika kontraktor, personel, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuah atau aktiviti menyalahi undang- undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian/ Kontrak ini atau mana-mana perjanjian lain yang
Kontraktor mungkin ada dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian / Kontrak ini pada bila-bila masa, dengan member notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikian kepada Kontraktor.
19.2 Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
19.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju bahawa Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
BORANG SEBUTHARGA/ SPESIFIKASI & LUKISAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 25 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 26 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 27 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 28 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 29 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Page 30 of 39
DOKUMEN MEJA TAWARAN
LALUAN PEMBINAAN JALAN PREMIX
DOKUMEN MEJA TAWARAN
LALUAN PEMBINAAN JALAN CRUSHER-RUN
MENGGANTIKAN PEMBENTUNG SEDIADA.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
MENGGANTIKAN PEMBENTUNG SEDIADA.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
PENGALAMAN KERJA
SENARAI KERJA DALAM TANGAN
Nama Projek/Kerja | Jabatan/Agensi yang Mengawasi Projek | Harga | Tarikh Mula | Tarikh Siap |
DOKUMEN MEJA TAWARAN
NOTA : SILA KEMUKAKAN BUKTI SEPERTI INDEN/LA DAN LAIN-LAIN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN UNTUK 3 TAHUN TERKINI
Nama Projek/Kerja | Jabatan/Agensi | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
Nota : SILA KEMUKAKAN BUKTI SEPERTI INDEN/LA DAN LAIN - LAIN
DOKUMEN MEJA TAWARAN
LAMPIRAN H
LAMPIRAN H
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convited by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Govermment, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
DOKUMEN MEJA TAWARAN
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government asising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Paties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
SENARAI SEMAKAN (SEBUTHARGA KERJA)
G2
NO. SEBUTHARGA J(N)/KM/14/2022
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil.
…………… (jika ada).
Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:
Tandatangan: Nama: Jawatan:
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan: Nama : Jawatan: Tarikh:
Cop Kontraktor:
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan
Bil. | Perkara/Dokumen | Semakan Syarikat | Semakan J/Kuasa Pembuka S/Harga |
1 | Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB yang masih sah tempoh. | ||
2 | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB yang masih sah tempoh. | ||
3 | Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari PKK yang masih sah tempoh. | ||
4 | Resit iBAYAQ dengan Kerajaan Negeri Kedah tahun 2022 | ||
5 | Borang Sebut Harga telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani. | ||
6 | Bill Of Quantity (BQ) | ||
7 | Penyata akaun bank syarikat untuk tiga bulan terkini (Julai 2022, Ogos 2022 dan September 2022) dan disahkan oleh Bank Berkenaan. | ||
8 | Senarai kerja dalam Tangan | ||
9 | Senarai kerja yang disiapkan (Tiga Tahun Terkini) | ||
10 | Surat Akuan Pembida | ||
11 | Lain-lain sekiranya ada.(Inden/LA dll) |