200201003726 (571389-H)
KENYATAAN TENDER
200201003726 (571389-H)
Pencadang yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk menyertai Tender di bawah:
1. Mempunyai minimum modal berbayar sebanyak RM 30,000,000.00
TAJUK & RUJUKAN | TARIKH SEMAKAN DOKUMEN TENDER | TAKLIMAT TENDER | TARIKH & MASA TUTUP | PENYERAHAN TENDER |
TAJUK: TENDER FOR THE SUPPLY OF VEHICLE FUEL FOR TM TECHNOLOGY SERVICES SDN BHD (TM) (Formerly known as WEBE DIGITAL SDN. BHD.) RUJUKAN: NNS/2023/T/04/A10/FUEL | 15 Jun 2023 (Khamis) sehingga 23 Jun 2023 (Jumaat) Nota: 1. Syarikat dibenarkan untuk menyemak dokumen tender sebelum membuat keputusan untuk menyertainya dan terhad kepada dua (2) wakil dari setiap Syarikat. 2. Syarikat tersebut hendaklah menghantar Non-Solicitation Undertaking and Non- Disclosure Agreement melalui e-mel kepada wakil sah TM. 3. TM akan menghantar pautan untuk melihat Dokumen Tender dalam masa 24 jam (hari bekerja). 4. Dokumen Tender boleh dilihat secara dalam talian pada waktu perniagaan sahaja (9.00 pagi hingga 5.00 petang). 5. Wakil sah TM: | Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Virtual Meeting menggunakan aplikasi Microsoft Teams Nota: Syarikat yang berminat untuk menyertai taklimat Tender hendaklah menghantar “Non- Solicitation Undertaking and Non- Disclosure Agreement” melalui e- mel kepada wakil sah TM selewat- lewatnya sebelum 19 Jun 2023 @ 5.00 petang. | 28 Jun 2023 (Rabu) sebelum 12.00 tengah hari | (i) Pencadang haruslah menyerahkan kertas cadangan yang lengkap menggunakan SOFTCOPY melalui One Drive dan setiap helaian dokumen perlu ditandatangani secara digital. (ii) TM akan menghantar e-mel pada 26 Jun 2023 (Isnin) berkaitan One Drive link dan kod akses bagi tujuan penyerahan kertas cadangan. (iii) Semua kertas cadangan wajib dihantar pada 28 Jun 2023 sebelum 12.00 tengah hari waktu Malaysia. Kelewatan penyerahan kertas cadangan pada waktu dan tarikh yang telah dinyatakan di atas tidak akan dilayan. Semua kos yang berkaitan dengan Tender akan ditanggung sepenuhnya oleh Pencadang. |
Hanya satu (1) tawaran Tender adalah dibenarkan daripada mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan Pencadang sepertimana yang termaktub dalam definisi di Akta Syarikat 2016 dan/atau enterprise sepertimana yang termaktub dalam definisi Akta Persaingan 2010. Jika (i) Pencadang adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat berkaitan tersebut adalah sepertimana yang termaktub dalam definasi di Akta Syarikat 2016; dan/atau (ii) Pencadang dan syarikat-syarikat berkaitan termaktub di dalam definisi "Enterprise" di dalam Akta Persaingan 2010, Pencadang tidak boleh menyertai dan mengemukakan tawaran Tender yang sama bagi tujuan Tender yang dinyatakan di atas. Sebarang pelanggaran syarat ini boleh mengakibatkan tawaran Tender ditolak atau dibatalkan.