MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.04/2013
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.04/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
29 APRIL 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.04/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
29 APRIL 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
AGENDA
1. Bacaan Doa.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Mengesahan Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.3/2013 bertarikh 29 Mac 2013.
4. Pembentangan laporan-laporan seperti berikut :-
4.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.4/2013.
4.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.4/2013 .
4.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.4/2013.
4.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.4/2013.
4.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.4/2013.
4.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.7/2013.
4.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.8/2013.
5. Ucapan Penangguhan oleh Xxxx Xx Xx Xxxx.
6. Penutup.
MESYUARAT PENUH MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.04/2013
KANDUNGAN
1. Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.03/2013.
2. Lampiran-lampiran :-
4.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.4/2013.
4.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.4/2013 .
4.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.4/2013.
4.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.4/2013.
4.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.4/2013.
4.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.7/2013.
4.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.8/2013.
KEHADIRAN
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 3/2013 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH : 29 MAC 2013 MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT 1
TINGKAT 16, MENARA MPAJ
1. Tn. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxxx Timbalan Yang DiPertua | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
4. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
5. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx | - ” |
6. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxx | - ” |
7. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - ” |
8. Pn. Cheong Chye Wah | - “ |
9. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - ” |
10. Tn. Lim Fong Len | - ” |
11. Tn. Hj. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx | - ” |
12. Pn. Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx | - ” |
13. Tn. Hj. Xxx xxx Xxxxxx | - „ |
14. Tn. Hj. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxx | - „ |
15. Tn. Hj. A. Xxxxx xxx Xxxxx | - „ |
16. Tn. Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx | - ” |
17. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal - Ahli Majlis
18. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxx - ”
19. Tn. Ho Ah Ngoh - “
TIDAK HADIR DENGAN MAAF
1. Y. Bhg. Dato‘ Xxxxxxxx xxx Xxxxx Xxxx DiPertua Majlis
2. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx Ahli Majlis, MPAJ
3. Tn. Wong Khai Pun Ahli Majlis, MPAJ
4. Tn. Hj. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx Ahli Majlis, MPAJ
TURUT HADIR (LUARAN)
1. YB. Xxxxxx Xxx Xxxx Xx XXXX Xxxxxxx
2. Cik Xxxxx Ong Pembantu ADUN Teratai
3. En. Yap Park Kin Penduduk
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. Drs. Xxxxxxx xxx Xx. Shahri
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2. En. Xxxxxx xxx Xxxx
Jabatan Undang-Undang
3. En. Xxxxx xxx Xxxxxx
Jabatan Bangunan dan Senibina
4. En. Xxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Kejuruteraan
5. En. Xxxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Belia dan Masyarakat
6. Xxxx Xxxxxx xxx Xx. Xxxxxx Xxxxxxxx Audit Dalam
7. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx xxxxx X. Isa Jabatan Perbendaharaan
8. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxx
Jabatan Perancangan Korporat
9. En. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxx Jabatan Penguatkuasa
10. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Jabatan Pelesenan
11. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxx Jabatan Perancang Bandar
12. En. Xxxxxxx Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxxx COB
13. Pn. Xxxxxxxxx xxxxx Xxxxx
Jabatan Perancangan Korporat (PRO)
14. Xxxx Xxxxxxxx xxxxx Xx Xxxxx
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
15. En. Xxxx Xxxxx xxx Xxx. Halim Bahagian OSC
16. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx xxxxx Xxxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
17. Pn. Xxxx Xxxxx xxxxx Xxxxxxxx - Xxxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxxxxx
1. BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx.
2. UCAPAN PENGERUSI
Tuan Xxx Xxxxx xxx Xxxxxxx, Timbalan Yang Xx Xxxxxx selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan pihak media yang hadir ke Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013. Dato’ YDP tidak dapat mempengerusikan Mesyuarat Majlis kerana menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan di SUK Selangor.
Tuan Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 3 April 2013 bagi memaklumkan satu kajian yang sedang dijalankan untuk mengenal pasti mekanisme yang bersesuaian untuk menangani isu-isu berkaitan kesejahteraan rakyat di kawasan bandar. Kajian ini adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Februari 2013 yang bersetuju supaya MAMPU mengkaji semula struktur Kerajaan secara menyeluruh bagi memastikan Kerajaan dapat melaksanakan agenda pembinaan negara dan kesejahteraan rakyat dengan berkesan selari dengan perubahan demografi. Maklumat-maklumat yang diperlukan semasa lawatan tersebut meliputi aspek-aspek seperti berikut:
a. struktur pentadbiran dan fungsi sedia ada;
b. mekanisme penghubung dengan masyarakat;
c. penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan dan
d. isu dan cabaran yang dihadapi.
2.2. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012 pada 12 April 2013 (Jumaat). Majlis ini akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang dan dijadualkan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tenghari.
Seramai 56 kakitangan telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 3 orang kakitangan akan menerima Anugerah Kepujian.
2.3. Majlis akan mengadakan satu program mempertingkatkan motivasi kakitangan, dan program ini dikenali sebagai Program Refresh Minda bersama Xxxxx Xxx Xxxxxxx xxx Xxx Xxxxxxxx akan diadakan:
Tarikh : 03 April 2013 ( Rabu ) Tempat : Galeri,Aras 4 Menara MPAJ. Masa : 08.15 Pagi – 11.00 Pagi
Tajuk : ”Indahnya Akhlak Rasulullah”
2.4. Majlis telah merangka kursus kepada Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC), Ahli Majlis dan Pemilik tetap bagi perumahan berstrata. Sebanyak 4 siri kursus pada tahun 2013 bermula pada bulan April 2013. Kursus ini merangkumi pentadbiran dan kewangan, pemahaman undang-undang,
hak milik premis bagi bangunan berstrata, operasi baik pulih dan penyelenggaraan, pengurusan keselamatan pengurusan berisiko, menaik taraf dan ubahsuai dan tanggungjawab pemilik premis sebagai pembayar wang penyelenggaraan. Kursus pertama akan diadakan pada 27 April 2013 di Dewan Sri Hijauan, Ukay Perdana, seterusnya 26 Mei 2013 di Dewan Perbandaran MPAJ Pandan Indah, 6 Julai 2013 di Dewan AU2 Taman Keramat dan 27 Oktober 2013 di Dewan Dato’ Xxxxx Xxxxxx.
2.5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya sedang menganjurkan Pertandingan Landskap peringkat Ampang Jaya bagi tahun 2013 bermula dari 1 Mac 2013 sehingga 30 Mei 2013. Kategori yang dipertandingkan adalah rumah banglo, rumah teres lot tepi, rumah teres lot tengah, pejabat kerajaan dan swasta dan sekolah rendah dan menengah serta masjid. Semua borang penyertaan perlu dikembali ke Urusetia Pertandingan, Jabatan Belia dan Masyarakat pada atau sebelum 31 Mei 2013.
2.6. Majlis telah memutuskan memilih kawasan Bukit Indah sebagai kawasan untuk dipertandingkan Zon Bersih Siri Ke 4 tahun 2013. Kawasan Bukit Indah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu kawasan perumahan (40%), komersial (25%-30%) dan kawasan hijau (30%). Tuan Pengerusi berharap semua yang terlibat termasuk penduduk di Bukit Indah dalam menjayakan program ini dapat melaksanakan dengan jayanya bagi mengekalkan kemenangan yang dicapai oleh Majlis pada tahun-tahun sebelumnya.
2.7. Penyata Kewangan yang berakhir pada tahun 31 Disember 2012 telah berjaya disediakan oleh Jabatan Perbendaharaan untuk diserahkan kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit pada atau sebelum 30 April 2013. Sebagai makluman, penyata pendapatan bagi tahun 2012 adalah RM141,204,269 dan penyata perbelanjaan sebanyak RM124,560,864 dengan lebihan RM16,643,405.
2.8. Majlis juga melaksanakan penggunaan Ovitrap bagi tujuan pengawasan nyamuk di kawasan Ampang Jaya terutama di kawasan wabak denggi. Penduduk kawasan terlibat dinasihatkan supaya tidak berlaku vandalisme dan memberikan kerjasama supaya kajian yang dilaksanakan dapat berjalan dengan jayanya.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 2/2013
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 2/2013 bertarikh 28 Februari 2013 disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat dicadangkan disahkan oleh Xxxx Xxxxxx Xxxx Xxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx.
4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5. KERTAS MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT (JKAPK) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2013
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 menerima dan mengambil maklum Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 1/2013 bertarikh 18 Mac 2013.
6. PERTIMBANGAN LAPORAN
6.1. LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 19 Mac 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Puan Cheong Chye Wah.
MAKLUMAN
6.2. LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 14 Mac 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx.
MAKLUMAN
6.3. LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 15 Mac 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Puan Cheong Chye Wah dan disokong oleh Tuan Xxxx Xxxx Xxxxx.
MAKLUMAN
6.4. LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 20 Mac 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxx dan Xxxx Xxxx Xxxx Xxx.
MAKLUMAN
6.5. LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 3/2013 yang telah diadakan pada 13 Mac 2013 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal.
6.5.1. Perkara 3.106 di muka surat 205
- ISU PEMBINAAN TEMBOK DI TAMAN SERAYA
Puan Cheong Chye Wah telah membangkitkan mengenai isu pembinaan tembok di Taman Seraya. Beliau memaklumkan bahawa beliau memperolehi beberapa maklumat tambahan untuk dibincangkan berkenaan orang yang tidak dikenali berjumpa penduduk dan sebab ketidakhadiran penduduk berbincang dengan Majlis serta ugutan yang diterima oleh penduduk.
Mesyuarat Majlis memutuskan isu ini dibincangkan dengan lebih teliti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Puan Cheong Chye Wah dijemput untuk membentangkan maklumat tambahan berhubung isu ini.
MAKLUMAN
6.6. LAPORAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013 bertarikh 29 Mac 2013 telah mengambil maklum dan menerima laporan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 5/2013 dan bil. 6/2013 bertarikh 8 Mac 2013 dan 25 Mac 2013.
MAKLUMAN
7. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH XXXX XX. A. XXXXX XXX XXXXX
Tuan Hj. A. Xxxxx xxx Xxxxx mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 3/2013.
Dalam ucapan beliau memberi beberapa cadangan penambahbaikan ke atas perkhidmatan Majlis iaitu:
7.1. Pihak pengurusan MPAJ diminta meningkatkan tahap keselamatan penduduk terutama di kawasan-kawasan komersial dan kawasan yang dianggap berisiko dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV). Ini bagi tujuan memastikan orang ramai yang berurusan terutama dengan institusi kewangan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan mengelakkan berlaku rompakan dan perbuatan yang tidak diingini.
7.2. Kerjasama baik yang diberikan oleh Majlis kepada Ahli Majlis sebagai satu pasukan diharapkan dapat diteruskan bagi memastikan hubungan baik ini terus terjalin dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk.
7.3. Tanggapan masyarakat terhadap perkhidmatan MPAJ. Beliau mengingatkan supaya Majlis tidak leka dengan prosedur dan KPI yang ditetapkan oleh Majlis untuk menentukan kejayaan sesuatu perkhidmatan. Selain KPI, Majlis perlu mengambil kira kepuasan pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberikan. Beliau memohon diimbangi antara KPI dan kepuasan pelanggan. Kepuasan pelanggan tercapai apabila masyarakat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sebagai contoh kerja-kerja pembersihan kawasan.
7.4. Berhubung dengan kerahsiaan maklumat, beliau memohon supaya Majlis memastikan pemberi maklumat dijamin keselamatan mereka supaya mereka tidak terdedah kepada sebarang ancaman. Sekiranya gagal, dikuatiri pemberi maklumat tidak akan memberi kerjasama lagi dalam membantu Majlis dalam menjalankan tugasan sebagai PBT setempat.
Beliau akhiri ucapan penangguhan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan kerjasama kepada beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis dan Ketua JKP Zon.
8. PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas ucapan penangguhan tersebut dan Mesyuarat ditangguhkan pada jam
11.20 pagi.
Disediakan oleh:-
Bahagian Urusetia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Minit Mesyuarat telah disyorkan untuk disahkan oleh
…………………………..........dan disokong oleh …………………………………
(ABD. XXXXX XXX XXXXXXX)
Pengerusi Mesyuarat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagiian Urusetiia
Jabatan Khiidmat Pengurusan Majjlliis Perbandaran Ampang Jaya MPM 3 2013 - 29.3.2013
4.1.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.4/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.04/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
16 APRIL 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 10.30 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Y. Bhg. Dato’ Xxxxxxxx Xxx Xxxxx, DSIS, SIS (Xxxx Xxxxxxxx, MPAJ) | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
4. Tn. Fong Teck Keong | - ’’ |
5. Tn Lim Fong Len | - ’’ |
6. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx | - ’’ |
7. Tn. Xxxx Xxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
8. Tn. Xxxx Xxxxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
9. Tn. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxx | - ’’ |
10. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long | - ’’ |
11. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx | - TYDP, MPAJ |
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx - Ahli Majlis
2. Pn. Cheong Chye Wah - ’’
3. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - ’’
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN A
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.04/2013
LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.04/2013 telah diadakan pada 16 April 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. PEMBINAAN RESTORAN TANPA KEBENARAN DI ATAS TANAH REZAB JPS DI XXXXXX XXXX 00, XXXXX XXXXXX, XXXXX HULU KELANG
Mesyuarat dimaklumkan tindakan perobohan oleh PTD Gombak telah ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tindakan : Pejabat Tanah dan Daerah Gombak
2.2. ISU PENEMPATAN SETINGGAN DI PANDAN JAYA DI BAWAH REZAB TNB
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan sentiasa memantau lokasi setinggan. Merujuk kepada surat YB. Tuan Xxxxxxxx xxxxxxxxx 25 Oktober 2012 kepada YAB MB, di mana pihak YB mencadangkan setinggan Pandan Jaya di bawah TNB dimasukkan ke dalam Program Pinjaman Kerajaan Negeri. Sehingga kini pihak Jabatan masih belum menerima sebarang maklumbalas.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.3. BANGUNAN DIBINA BERSEBELAHAN KOLAM IKAN DI TAMAN BUKIT MULIA
Mesyuarat dimaklumkan tindakan perobohan oleh PTD Gombak telah ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan.
Tindakan: Pejabat Tanah Daerah Gombak
2.4. BANGUNAN DI KAWASAN LAPANG DI BAWAH RINTISAN REZAB TNB DI TAMAN NIRWANA FASA 1
Mesyuarat dimaklumkan melalui surat TNB bertarikh 25 Mac 2013, kerja-kerja pembersihan sisa binaan yang telah dirobohkan oleh pemilik asal telah dilaksanakan pada 25 Mac 2013. Manakala kerja-kerja merobohkan struktur yang masih belum dirobohkan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan April 2013 dan dijangka selesai pada penghujung bulan Mei 2013.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.5. BINAAN RUMAH TANPA KEBENARAN MAJLIS DI XXXXX X XX XXXXXX (XX.00, XXXXX XXXXXXXX A, KG PANDAN BERHADAPAN KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN)
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan masih menunggu maklumbalas dari pihak TNB sama ada binaan tersebut memasuki rezab TNB atau tidak.
Mesyuarat dimaklumkan juga pemeriksaan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasa pada 8 April 2013 mendapati pembinaan dan penambahan struktur di Jalan F dan Lorong A, Kg Pandan telah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
2.6. GERAI MAKAN DI REZAB TNB BERHADAPAN MAJLIS NURUL HIDAYAH KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan penjaja-penjaja tersebut telah diberi
3 kali notis dan notis tersebut telah tamat. Tindakan selanjutnya tidak dapat dilaksanakan sehingga selesai proses Pilihanraya.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.7. BANCIAN AKTIVITI PERNIAGAAN DI KG PANDAN DALAM
Mesyuarat dimaklumkan isu ini telah dibincangkan dan ianya mempunyai skop yang terlalu besar dan melibatkan Jabatan Perancang Bandar, Bangunan dan Senibina, Penguatkuasa, Pelesenan dan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan (terlibat untuk penjaja sahaja).
Mesyuarat dimaklumkan tindakan ke atas peniaga nasi kukus di tepi xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0 telah diselesaikan di mana tindakan sitaan telah dibuat. Manakala bagi peniaga nasi lemak pandan tindakan notis telah dikeluarkan pada 9 April 2013 kerana meninggalkan kenderaan (lori) selepas waktu perniagaan. Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.8. TAPAK KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT MENJUAL KERETA TERPAKAI DI LORONG JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan kertas siasatan (IP) telah dipulangkan semula ke Jabatan Penguatkuasa kerana pihak Jabatan Undang-undang ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan maklumat pemilik premis.
Tindakan: Jabatan Undang-undang
2.9. GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT
Mesyuarat dimaklumkan tindakan perobohan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
2.10. PEMBINAAN PARKIR KERETA (GARAJ) DI ATAS REZAB JALAN
Mesyuarat dimaklumkan tindakan perobohan pembinaan parkir kereta (garaj) di atas rezab jalan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa /Jabatan Bangunan & Senibina
2.11. STATUS GERAI UPEN DITUKAR DI XXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan dalam proses penyediaan BQ bagi tindakan membaikpulih gerai tersebut ke struktur asal.
Tn. Xxxx Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx xxxxx selepas proses membaik pulih gerai tersebut temuduga gerai ditawarkan kepada peniaga-peniaga di gerai tersebut.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.12. TAMBAKAN TANAH HARAM DI CERUN XXXXX XXXXXX 0X
Mesyuarat dimaklumkan pihak Mahkamah Majistret mengarahkan pihak pendakwa mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemilikan tanah.
Tindakan: Jabatan Undang-undang
2.13. RUANG PERNIAGAAN DIBINA DI KAWASAN LAPANG PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan hasil semakan bersama Ahli Majlis pada 21 Mac 2013, mendapati lokasi yang dicadangkan tidak sesuai untuk didirikan gerai. Membina gerai di kawasan tersebut akan menyebabkan kawasan menjadi tidak teratur.
Pihak Jabatan dikehendaki mencari lokasi lain supaya program menempatkan semula penjaja dapat dilaksanakan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.14. STATUS TAPAK BILLBOARD DI HADAPAN PERABUT CEMPAKA
Mesyuarat dimaklumkan isu ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat ‘Taskforce’ Billboard dan Menara Telekomunikasi yang akan datang.
Tindakan: Jabatan Pelesenan
2.15. STATUS TANAH HADAPAN KEDAI KEONG HENG CHERAS INDAH
Mesyuarat dimaklumkan pengusaha telah mengemukakan rayuan kepada pihak Majlis bagi mengekalkan khemah tersebut. Sebarang tindakan penguatkuasaan akan ditangguhkan sehingga tamat Pilihanraya.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
2.16. STATUS GERAI STATIK DI SEBELAH DEWAN PERMATA 4
Mesyuarat dimaklumkan peniaga telah diberi notis dan tindakan akan dibuat selepas Pilihanraya.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.17. SEMAKAN TAPAK DI TAMAN NIRWANA 3
Wakil PTD Hulu Langat memaklumkan pemohon pernah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) tetapi telah tamat tempoh. Xxxxxxx telah membuat permohonan lanjut LMS tetapi sehingga kini masih tiada jawapan. Bangunan tersebut terletak di atas rezab kerajaan.
Tindakan: PTD Hulu Langat
2.18. BANGUNAN HARAM DI KAMPUNG KEMENSAH
Mesyuarat dimaklumkan notis roboh telah dikeluarkan pada 15 Mac 2013 kepada 2 gerai dalam tempoh 7 hari. Operasi perobohan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa/ Jabatan Bangunan & Senibina
2.19. STATUS PREMIS PERNIAGAAN SIBER KAFE DI PANDAN UTAMA
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah mengambil tindakan sitaan pada 20 Mac 2013. Pihak Jabatan dikehendaki memantau premis tersebut dari masa ke semasa.
Makluman
2.20. PEMBETULAN PAPAN TANDA TAMAN PERMAINAN KANAK- KANAK DI IKS KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan dalam tindakan pembetulan ke atas papan tanda tersebut.
Makluman
2.21. KENDERAAN BESAR DIPARKIR MENYEBABKAN TEMPAT LETAK KERETA TIDAK MENCUKUPI
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 46 (1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Pemilik diberi tempoh 24 jam untuk mengalihkan lori-lori tersebut.
Mesyuarat memutuskan pemilik lori tersebut diberi tempoh untuk mengalihkan kenderaan tersebut.
Makluman
2.22. VISUAL BERKENAAN 5 TAHUN PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan masih belum menerima sebarang permohonan mengenai spesifikasi, lokasi dan bilangan yang ingin didirikan.
Tindakan: Jabatan Pelesenan
2.23. PERHENTIAN BAS DI JALAN H, TASEK PERMAI JADIKAN KIOSK GERAI
Mesyuarat dimaklumkan semakan semula akan dibuat dan perhentian bas tersebut tidak dijadikan ‘drive thru’ yang akan mengganggu lalu lintas tetapi lebih kepada penjaja sementara untuk menjual buah-buahan atau kuih.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.24. PEMBINAAN DI CERUN DI LOT 153, LORONG 8, TASIK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan tindakan telah diselaraskan oleh Jabatan Bangunan & Senibina.
Makluman dari Jabatan Bangunan & Senibina memaklumkan pembinaan rumah di cerun tersebut adalah dalam lot sendiri dan mendapat aduan dari penduduk setempat. Sekiranya pemohon mohon untuk pembinaan tidak dapat diluluskan kerana rumah tersebut tidak cukup ‘side back’. Sebarang perobohan akan ditangguhkan.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
2.25. SAMBUNGAN BUMBUNG DI XXXXX XXXXX XXXXXXX 0X DAN XXXXX XXXXX XXXXXXX 0 MENGHALANG KERJA-KERJA KUTIPAN SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dilaksanakan mengikut jadual dan pihak kontraktor melaksanakan secara manual. Jabatan Bangunan dan Senibina dikehendaki mengambil tindakan susulan terhadap sambungan bumbung berkenaan.
Tindakan: Jabatan Bangunan dan Senibina
2.26. SAMPAH TIDAK DIANGKAT KERANA TIADA RUANG UNTUK LORI SAMPAH MASUK DI LORONG BELAKANG KAWASAN FLAT M14, M8-M15 PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan semakan menyeluruh perlu dibuat terhadap laluan lori sampah ke rumah sampah yang terhalang oleh kenderaan penduduk. Pihak Jabatan dimohon untuk membuat kajian berkaitan isu tersebut bersama-sama pihak kontraktor kawasan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.27. MASALAH TEMPAT LETAK KERETA DI BLOK M14 DAN M 15 PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan merujuk pelan susunatur yang diluluskan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) bertarikh 12 Ogos 1989, bilangan tempat letak kereta tidak dinyatakan di dalam pelan tersebut. Pihak Jabatan akan membuat semakan tapak bagi mengenalpasti punca masalah tersebut.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.28. GELANGGANG ANAK MUDA DI XXXXX XXXXXXXXX 0, XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan bahawa gelanggang anak muda tersebut dalam tindakan pembaikan oleh Pejabat Tanah sebelum proses penyerahan kepada Majlis.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.29. PEMBINAAN RUMAH TANPA MENGIKUT PELAN KELULUSAN DARIPADA PIHAK MAJLIS DI XX.0, XXXXX XXXXXXX 0/0, XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan isu ini masih dalam kes mahkamah (En. Xxx Xxx vs En. Soo). Pemilik rumah mohon supaya pelan akan dikemukakan selepas kes Mahkamah selesai.
2.30. GERAI TERBIAR DI TAMAN SAGA
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
Mesyuarat dimaklumkan notis telah ditampal di gerai tersebut pada 10 April 2013. Tindakan akan dilaksanakan selepas Pilihanraya.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.31. PEMASANGAN BENDERA PARTI
Mesyuarat dimaklumkan tindakan telah dilaksanakan pada 20 Mac 2013.
Makluman
2.32. SEMAKAN PERSEMPADANAN KAWASAN DI XXXXX 0/0X XXXXX XXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan kawasan tersebut masih berada dalam kawasan pentadbiran Majlis.
Makluman
2.33. MOHON SEMAKAN PERMOHONAN PEMBINAAN KONKRIT DI PADANG PERMAINAN DI PANDAN UTAMA
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah mengarahkan kerja- kerja ditapak diberhentikan dan mohon pihak yang terlibat mengemukakan pelan kepada pihak Jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.34. PENERANGAN BERKENAAN ‘GUARDED COMMUNITY’
Dato’ Pengerusi mohon kertas kerja berkaitan dibentangkan pada mesyuarat akan datang.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3. HAL-HAL LAIN
XXXX XXXX XXX XXX XXXXXX
3.1. KAJIAN DAN CADANGAN PEMULIHAN GERAI/TAPAK GERAI PLB DI XXXXX XXXXX XXXXXXXX 0
Beliau mencadangkan supaya dibuat kajian dan cadangan pemulihan gerai/tapak gerai PLB di Jalan Tasek Tambahan 1 agar dapat diselaraskan semula rezab jalan dan memulihkan kawasan ini dari takungan air di waktu hujan lebat.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXX XXXXX
3.2. TEBANG POKOK BULUH LIAR DI PERSIMPANGAN MASUK KE PINGGIRAN CEMPAKA DAN SEMAK DI JALAN MASUK KE LRT TAMAN CEMPAKA (SEBELAH TEMBOK PETRONAS)
Beliau menerima aduan daripada penduduk mohon ditebang pokok buluh liar sebelum masuk ke Pinggiran Cempaka dan membersihkan semak samun di Jalan masuk ke LRT Taman Cempaka (sebelah tembok Petronas) kerana bimbang terdapat ular di kawasan tersebut.
Tindakan:
Jabatan Belia & Masyarakat
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
3.3. BINAAN TIANG DAN BANGUNAN BARU DI BLOK B, BLOK C DAN DI WAKAF YB ISKANDAR
Beliau menerima aduan daripada penduduk terdapat binaan tiang dan bangunan baru di Blok B, Blok C dan di wakaf YB Iskandar di Flat Taman Dagang mohon tindakan kerana terlalu ramai pendatang asing berniaga di situ.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina / Jabatan Penguatkuasa
3.4. TIANG LAMPU DI TAPAK PARKIR KERETA DI XXXXX XXXXXXX 00
Beliau mohon pihak Majlis menyediakan tiang lampu di tapak parkir kereta di Xxxxx Xxxxxxx 00, Xxxxx Cempaka kerana tapak parkir tersebut adalah laluan pejalan kaki ke LRT.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.5. TAMPAL JALAN DI TAPAK PARKIR MASJID NURUL HIDAYAH KG PANDAN DALAM
Beliau mohon pihak Jabatan terlibat membuat tampalan jalan di tapak parkir Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan Dalam.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
TUAN FONG TECK KEONG
3.6. SEMAKAN BANGUNAN HARAM
Beliau mohon semakan bangunan haram di belakang Jalan Lim Swee Hong Pekan Ampang.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
3.7. SEMAKAN PERMOHONAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH
Beliau mohon pihak Majlis membuat semakan ke atas beberapa pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian rumah kerana didapati ada di antara mereka tidak mempamerkan permit kebenaran ubahsuai di lokasi berikut:-
i) Taman Bukit Mewah
ii) Taman Bukit Utama 1 dan 2
iii) Taman Bukit Jaya
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
XXXX XXX XXXX XXX
3.8. PENGUBAHSUAIAN RUMAH TANPA KEBENARAN
Beliau menerima aduan daripada penduduk kerana terdapat penduduk yang masih membuat pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran di Xxxxx Xxxxx Xxxxx 0.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
XXXX XXXX XXXX XXXXXXX XXX XXXXXXX XXXX
3.9. TINDAKAN NOTIS MENGOSONGKAN BANGUNAN
Beliau menerima aduan daripada penduduk berdekatan dan peniaga supaya pihak Majlis dapat mengeluarkan notis mengosongkan bangunan yang didirikan tanpa izin yang digunakan untuk aktiviti parti politik di Xxxxx 0 Xxxxxx Xxxx xxxxxxxxxx XX Pandan Jaya.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
XXXX XXXX XXX XXXXX XXX XXXXXX
3.10. POS PILIHANRAYA DI HADAPAN RESTORAN HIDAYAH INDAH
Beliau menerima aduan daripada penduduk terdapat pos pilihanraya di hadapan Restoran Hidayah Indah Taman Bukit Indah yang mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kacau ganggu.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
4.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 18APRIL2013
4.2.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
BIL.4/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL.04/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
17 APRIL 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 11.20 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx | - Xxxxxxxxx |
(TYDP, MPAJ) | |
2. Tn. Abd. Latif Bin Shaari | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
4. Tn. Fong Teck Keong | - ’’ |
5. Tn. Xxx Xxxx Xxx | - ’’ |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
7. Tn. Xxxxx Xxxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
8. Tn. Xxxx Xxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
9. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - ’’ |
10. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long | - ’’ |
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Y.Bhg. Dato‘ Xxxxxxxx Xxx Xxxxx - YDP, MPAJ
2. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxxx - ’’
4. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - ’’
LAMPIRAN B
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.04/2013
LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.04/2013 telah diadakan pada 17 April 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara berbangkit seperti berikut:
2.1. KERTAS LAPORAN OPERASI PELESENAN ANJING DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
2.1.1. Mesyuarat dimaklumkan pencapaian operasi pemeriksaan lesen anjing di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang.
2.1.2. Pelaksanaan Operasi Pelesenan Anjing ini dijalankan bagi tempoh 6 bulan bermula pada bulan Disember 2012 dan sehingga bulan Mei 2013 dengan kekerapan sekurang-kurangnya sebulan 2 kali operasi.
PENCAPAIAN OPERASI ANJING BERTUAN 2013
2.1.3. Pencapaian operasi pelesenan anjing 2013 adalah seperti berikut :
BIL | TARIKH & KAWASAN OPERASI | OPERASI PERTAMA | OPERASI KEDUA | ||||||
BIL PREMIS DISASARKAN | BIL PREMIS DILAWATI | BIL NOTIS | BIL KOMPAUN | TARIKH | BIL PREMIS DILAWATI | BIL NOTIS | BIL KOMPAUN | ||
1. | 30/1/13 TMN SERAYA | 50 | 40 | 12 | 0 | 13/2/13 | 12 | 0 | 4 |
2. | 13/2/13 TMN MEGA JAYA | 44 | 40 | 8 | 0 | 4/3/13 | 8 | 0 | 3 |
3. | 21/2/13 PANDAN VILLA KONDO PANDAN INDAH | 704 | 704 | 6 | 0 | 5/3/13 | 6 | 0 | 2 |
4. | 6/3/13 KG TASIK PERMAI | 70 | 60 | 22 | 0 | 13/3/13 | 22 | 0 | 0 |
5. | 13/3/13 KG TASIK PERMAI | 200 | 180 | 28 | 0 | 21/3/13 | 28 | 0 | 0 |
BIL | TARIKH & KAWASAN OPERASI | OPERASI PERTAMA | OPERASI KEDUA | ||||||
BIL PREMIS DISASARKAN | BIL PREMIS DILAWATI | BIL NOTIS | BIL KOMPAUN | TARIKH | BIL PREMIS DILAWATI | BIL NOTIS | BIL KOMPAUN | ||
6. | 21/3/13 KG TASIK PERMAI | 200 | 200 | 32 | 0 | 27/3/13 | 32 | 0 | 0 |
7. | 27/3/13 KG TASIK PERMAI | 200 | 180 | 27 | 0 | 3/4/13 | 27 | - | 2 |
8. | 13/4/13 PANDAN INDAH (JLN 5/1_5/26) | 450 | 384 | 52 | 0 | - | - | - | - |
JUMLAH | 1968 | 1788 | 187 | 0 | JUMLAH | 108 | 0 | 11 |
• Operasi pertama adalah pemeriksaan premis anjing dan pengeluaran notis Penguatkuasaan undang- undang bagi UUK 3(1) iaitu tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara atau melindungi seekor anjing yang telah mencapai umur 3 bulan melainkan jika anjing itu di lesenkan.
• Operasi kedua adalah pengeluaran tawaran kompaun bagi pemilik anjing yang gagal mematuhi notis.
• Terdapat 49 kawasan mengikut DUN yang memerlukan operasi ini dijalankan secara berterusan hingga November 2013.
2.1.4. Hasil daripada operasi pemeriksaan anjing sehingga bulan Mac 2013 sebanyak 147 ekor anjing telah dilesenkan.
2.1.5. Mesyuarat mengambil maklum Laporan Operasi Pelesenan Anjing Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
3. MESYUARAT TURUT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3.1 ASPEK KESIHATAN
3.1.1 PROGRAM COMBI DAN LAPORAN DENGGI DI SEKITAR AMPANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan bagi Program Combi, 14 daripada 24 JKP telah mengadakan taklimat Combi dan 9 JKP berjaya menubuhkan Skuad Denggi. Selain taklimat, pertandingan mencari jentik-jentik dan gotong-royong telah berjaya dilaksanakan. Bagi laporan denggi sehingga minggu ke 16 sebanyak 308 kes dinotifikasikan. 87 disahkan secara serologi. 164 premis daripada 4,798 premis yang diperiksa adalah positif denggi. Lokasi wabak terkawal ialah LD 255 Bukit Indah.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.2. KEMPEN TANGKAP TIKUS
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah membuat semakan terhadap aduan tikus di Kg Pandan mendapati populasi tikus di kawasan tersebut disebabkan oleh aktiviti penduduk yang tidak menjaga kebersihan. Tiada tong sampah yang bertutup dan menyalahgunakan rumah kediaman kepada perniagaan terutama restoran dan gerai. Xxxxxx menangkap tikus yang seterusnya ditunda sehingga tamat Pilihanraya.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.3. PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KE ATAS RESTORAN
Mesyuarat dimaklumkan semakan terhadap 319 premis makanan yang terdiri dari 6 kategori iaitu restoran, medan selera, gerai statik, kantin, gerai UPEN dan BOT telah dilaksanakan. Sebanyak 219 premis makanan layak diberi sijil bersih iaitu 91 gred A dan 128 gred B sementara 100 premis lagi mendapat gred C. Tindakan operasi penutupan premis sehingga Mac telah di buat meliputi 33 premis dan sebanyak 17 premis telah diarahkan tutup. Laporan keseluruhan pemeriksaan premis dan penutupan premis seperti di Lampiran 1.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2. ASPEK ALAM SEKITAR
3.2.1. KEMPEN TONG SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan notis telah dikeluarkan kepada premis yang tidak mempunyai tong sampah dan membuat ‘follow up’ ke atas premis yang telah dikeluarkan notis bagi memastikan premis tersebut menyediakan tong sampah.
Premis perniagaan yang memperbaharui lesen disyaratkan menyediakan tong sampah dan semakan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bagi memastikan ianya dipatuhi sebelum lesen diperbaharui.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.2. PEMBUANGAN SAMPAH SISA BINAAN OLEH SYARIKAT KK MUTHU (WTC 7259) DI KAWASAN ZON 9
Mesyuarat dimaklumkan kompaun yang dikenakan kepada syarikat tersebut telah dijelaskan pada 8 Mac 2013. Kerja-kerja pemindahan tong sampah telah selesai dilaksanakan oleh pihak KK Muthu. Tong disimpan di Jalan Merdeka (tapak disewa). Kontena yang yang diletakkan di hadapan rumah KK Muthu akan diambil tindakan selepas Pilihanraya.
Makluman
3.2.3. KAWASAN LAPANG YANG SEMAK DI ANTARA XXXXX XXXXX XXXXXXX 0 XXX XXXXX XXXXXXX 8A
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan dimasukkan dalam pelan tindakan bulan April 2013. Keraj-kerja pembersihan akan dilaksanakan pada 26 April 2013.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.4. SAMPAH HARAM DI XXXXX XXXXX 0/0
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan pada 15 Mac 2013.
Makluman
3.2.5. PAPAN TANDA AMARAN LARANG MEMBUANG SAMPAH DI JALAN H, JALAN J DAN JALAN PERMAI A, TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan papan tanda tersebut masih dalam tindakan pembelian.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.6. PEMBUANGAN SISA-SISA JUALAN DI TEPI JALAN JALAN ENGGANG TAMAN KERAMAT
Mesyuarat dimaklumkan penjaja berkenaan telah dikenalpasti. Pihak jabatan telah mengambil tindakan memberi nasihat dan pendidikan kesihatan kepada penjaja berkenaan.
Makluman
3.2.7. LONGKANG TERSUMBAT DI ANTARA JALAN PANDAN INDAH DENGAN PANGSAPURI SRI INAI
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan pada 9 April 2013 oleh kontraktor kawasan (PPA 38) dan dibuat secara berkala mengikut jadual 20 hari sekali pusingan.
Makluman
3.2.8. SAMBUNGAN BUMBUNG YANG PANJANG MENGHALANG LORI MASUK UNTUK KUTIPAN SAMPAH DI XXXXX XXXXX XXXXXXX 0X
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja kutipan sisa pepejal masih dilaksanakan secara manual. Jabatan Bangunan dan Senibina dimohon untuk mengambil tindakan susulan terhadap sambungan bumbung tersebut.
Tindakan :
Jabatan Bangunan & Senibina
(Minit dipindakan ke Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin)
3.2.9. PELEKAT-PELEKAT DI PAPAN TANDA, SUB STATION DAN ‘FEEDER PILLAR’
Mesyuarat dimaklumkan pembersihan pelekat-pelekat di ‘Feeder Pillar’ adalah di bawah tanggungjawab kontraktor pembersihan dan dibuat mengikut jadual manakala di dalam sub station adalah di bawah tanggungjawab TNB.
Makluman
3.2.10.PEMBERSIHAN XXXXX XX XXXXX 00, KG CHERAS BARU
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan mengikut jadual iaitu 20 hari sekali pusingan. Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan pada 11 April 2013.
Makluman
3.2.11.PEMBERSIHAN KAWASAN TAPAK PEMAJU METROPLEX DI TAMAN KOSAS
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan di kawasan ini telah dimasukkan dalam pelan tindakan bulan Mei 2013 iaitu pada 3 Mei 2013.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.12.PEMBERSIHAN KAWASAN DI KAWASAN PEMAJU TAMAN MESTIKA
Mesyuarat dimaklumkan notis telah dikeluarkan kepada milik tanah iaitu Naza TTDI Sdn. Bhd. Jika tiada tindakan pembersihan dilaksanakan oleh pemilik, pihak Jabatan akan mengambil tindakan pembersihan pada 26 Jun 2013.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2.13.TONG SAMPAH KITAR SEMULA DI KAWASAN MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan pihak Majlis membenarkan tong kitar semula di kawasan Majlis sekiranya lokasi bersesuaian dan tidak menimbulkan kacauganggu serta aduan daripada penduduk. Operator kitar semula juga dikehendaki untuk membuat kutipan setiap hari. Semakan terhadap logistik operator kitar semula akan dibuat bagi memastikan ianya berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan kutipan setiap hari dengan bilangan tong yang akan diluluskan.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
3.3.1. GELANGGANG SEPAK TAKRAW DI TASEK TAMBAHAN
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan masih menunggu proses penyerahan daripada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.2. PERMOHONAN TUKAR GUNA GELANGGANG BOLA KERANJANG KEPADA FUTSAL DI XXXXX XXXXX 0/0
Mesyuarat dimaklumkan permohonan tukar guna gelanggang bola keranjang kepada futsal sedang dalam tindakan Jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.3. TAMAN PERMAINAN BERSEBELAHAN PANGSAPURI KOJAYA
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Makluman
3.3.4. BAIK PULIH TEMPAT RIADAH DI XXXXX XXXX 0/0 XXXXX XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan pihak pemaju dalam proses baik pulih tempat tersebut sebelum membuat penyerahan kepada Majlis.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.5. CANTASAN POKOK DI XXXXX 00, XX XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja cantasan pokok telah dilaksanakan.
Makluman
3.3.6. NAIK TARAF PADANG SEPAK JALAN F1 TAMAN MELAWATI
Mesyuarat dimaklumkan proses untuk kerja pembaikan padang sedang dalam tindakan Jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.7. CANTASAN POKOK DI HADAPAN FOODCOURT PANDAN CAHAYA
Mesyuarat dimaklumkan pihak jabatan sedang menyediakan spesifikasi kerja untuk kerja-kerja cantasan pokok.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.8. CANTASAN POKOK DI XXXXX 0 XXXXX XXXXX
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja cantasan pokok telah dilaksanakan.
Makluman
3.3.9. TEBANG POKOK KETAPANG DI DATARAN ANAK MUDA DI AMPANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan pokok tersebut masih stabil. Pihak Jabatan hanya membuat kerja-kerja cantasan dan telah dilaksanakan pada 3 April 2013.
Makluman
3.3.10.NAIK TARAF PADANG AWAM DI XXXXX XXXXXXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembaikan padang dalam tindakan Jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.11.GELANGGANG FUTSAL DI XXXXX XXXXXX XXXXX 0/00
Mesyuarat dimaklumkan pihak Majlis tidak mempunyai peruntukan untuk membina padang futsal tetapi pihak Majlis akan membina padang mini futsal sahaja di kawasan tersebut. Cadangan tersebut dalam tindakan Jabatan.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.12.NAIK TARAF TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK DI XXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan hasil semakan di tapak mendapati kemudahan awam di taman permainan tersebut masih boleh digunakan lagi dan tiada keperluan untuk menaiktaraf.
Makluman
3.3.13.PAPAN TANDA NAMA DI TAMAN KELAHIRAN DI HOSPITAL PAKAR AMPANG PUTERI
Mesyuarat dimaklumkan pembaikan papan tanda tersebut dalam tindakan Jabatan.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.14.PINTU GERBANG TANAH PERKUBURAN TAMAN KOSAS ROSAK
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan tiada halangan sekiranya ada pihak luar yang ingin membaiki pintu gerbang tersebut. Pihak luar tersebut perlu berurusan dengan pihak Jabatan sebelum kerja- kerja di tapak dilaksanakan.
Makluman
3.4. LAIN-LAIN ASPEK
3.4.1. PENEMPATAN SETINGGAN BERHAMPIRAN FLAT 700 PANDAN PERDANA
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan masih belum menerima maklumbalas daripada pihak zakat mengenai bantuan kepada setinggan tersebut. Semakan di lokasi mendapati setinggan masih lagi tinggal di tapak.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
3.4.2. STATUS TAPAK TANAH KOSONG DI SEBELAH KUIL HINDU DI XXXXX 0/00 XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan telah memaklumkan melalui surat perkara ini kepada tiga (3) YB Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam pada 28 Julai 2011 dan sehingga kini tiada sebarang maklumbalas. Pihak Jabatan akan mengeluarkan semula surat kepada Jawatankuasa tersebut selepas Pilihanraya.
Tindakan :
Jabatan Bangunan & Senibina
(Minit dipindakan ke Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin)
3.4.3. AIR MASUK KE DALAM DEWAN TERUTAMA MUSIM HUJAN DI DEWAN MPAJ KG CHERAS BARU
Mesyuarat dimaklumkan hasil semakan tapak oleh Jabatan Kejuruteraan cadangan untuk membina kolam tadahan tidak bersesuaian kerana ketiadaan tanah. Cadangan jabatan adalah membina longkang permukaan bagi mengalirkan air larian dan pada dinding tembok longkang dibina lubang air bagi air mengalir dengan baik. Sebahagian longkang- longkang di kawasan tersebut juga perlu dinaiktaraf bagi sistem perparitan berjalan lancar. Pihak Jabatan dimohon menyediakan bajet.
Tindakan:
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Infrastrukutur dan Kemudahan Awam)
3.4.4. PAPAN TANDA LARANGAN BERNIAGA DI KAWASAN PERMAI COURT 1, TAMAN DATO’ XXXXX XXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan papan tanda tersebut masih dalam tindakan pembelian.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.4.5.PEMAKAIAN APRON BERSLOGAN ‘SELANGORKU’
Mesyuarat dimaklumkan pemakaian apron berslogan ‘Selangorku’ akan dilaksanakan pada penjaja pasar juadah Bulan Ramadhan yang akan datang.
Makluman
4.0. HAL-HAL LAIN
TN. XXXXX XXXXX XXX XXXXX
4.1. GELANGGANG SEPAK TAKRAW BERBUMBUNG
Beliau memohon gelanggang sepak takraw di Padang Perbandaran Ampang Jaya dijadikan gelanggang berbumbung.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
TN. FONG TECK KEONG
4.2. LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI
Beliau memaklumkan terdapat lampu jalan tidak berfungsi di Jalan Merdeka berhadapan Rumah Orang Tua dan di Jalan 3/1 berhadapan Sunrise Park Apartment.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Infrastrukutur dan Kemudahan Awam)
4.3. MENURAP JALAN
Beliau memohon Xxxxx Xxxxxxx 00, Xxxxx Xxxxxxx diturap.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Infrastrukutur dan Kemudahan Awam)
TN. XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
4.4. PEMBERSIHAN KAWASAN
Beliau mohon pihak kontraktor Palong Enterprise membuat pembersihan di kawasan cerun di Lot 541, Taman Bukit Jaya dan pemotongan rumput di kawasan lapang seluruh Bukit Antarabangsa hendaklah dibuat mengikut jadual.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
TN. SUPIRAMANY A/L SINNAPAYAL
4.5. AIR BERTAKUNG DI HADAPAN RUMAH XX.00, XXXXX XXXXX XXXXXXX 00X, XXXXX MUDA
Beliau menerima aduan daripada penduduk berkaitan terdapat satu lubang yang besar di hadapan rumah Xx.00, Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 00X, Xxxxx Xxxx. Air sering bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kawasan tersebut semak samun dan menjadi tempat pembuangan sampah. Xxxxx jabatan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.6. MOHON BINA BONGGOL SEBELUM SIMPANG JALAN RIVERIA
Penduduk tersebut juga mohon dibina bonggol sebelum simpang Jalan Riveria bagi mengurangkan kemalangan di situ.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
4.7. OPERASI TANGKAP ANJING LIAR DI PANDAN BISTARI
Beliau memohon penjelasan berhubung operasi menangkap anjing liar di Pandan Bistari dan aduan daripada seorang penduduk yang mendakwa Majlis gagal menyerahkan anjing yang ditangkap oleh Majlis untuk dijadikan anjing peliharaan walaupun permohonan telah dibuat.
Drs. Xxxxxxx xxx Xxxx Xxxxxx menjelaskan bahawa operasi anjing liar tersebut dijalankan adalah berdasarkan aduan yang diterima dan semasa operasi dijalankan hanya seekor anjing yang berjaya ditangkap. Walau bagaimanapun, semasa operasi dijalankan terdapat halangan daripada seorang penduduk yang mendakwa anjing tersebut milik beliau dan memohon untuk dibela. Mesyuarat dimaklumkan bahawa anjing yang ditangkap adalah anjing liar dan tidak bertuan. Maka Majlis boleh membuat keputusan untuk meluluskan atau tidak permohonan untuk membela anjing tersebut.
Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa ada keputusan Majlis sebelum ini bahawa pihak Majlis tiada halangan untuk sesiapa yang ingin membela anjing dengan syarat mendapatkan lesen anjing dan mematuhi syarat-syarat Majlis yang ditetapkan.
Makluman
TN. XXXXX XXXX XXX XXXXX
4.8. KONTRAKTOR TIDAK MENGANGKAT SAMPAH DI BUKIT INDAH
Beliau menerima aduan daripada penduduk berkaitan kutipan sampah yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor kawasan di Bukit Indah.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.9. PEMBERSIHAN KAWASAN DI FLAT TAMAN KOSAS
Beliau menerima aduan daripada penduduk berkaitan keengganan kontraktor kawasan untuk membersihkan kawasan di flat tersebut. Hanya pada bulan April ini sahaja kontraktor kawasan tersebut tidak membuat pembersihan. Kontraktor memberitahu flat tersebut tidak termasuk dalam spefikasi kerja mereka. Mohon pihak Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan membuat semakan ke atas isu tersebut.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
5.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 19April2013
4.3.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM BIL.4/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
BIL.04/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
23 APRIL 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 11.16 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Xxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx (Timb. YDP) | - |
2. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx | - |
4. Tn. Lim Fong Len | - |
5. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx | - |
6. Pn. Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
7. Tn. Xxxx Xxx Xxx Xxxxxx | - |
8. Tn. Xxxx Xxx Xxxxx Xxx Xxxxxx | - |
9. Tn. Xxxxx Xxxx Xxx Xxxxx | - |
10. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - |
11. Pn. Cheong Chye Wah | - |
Pengerusi
Ahli Majlis
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
’’
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Y.Bhg. Dato‘ Xxxxxxxx xxx Xxxxx | - |
2. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxx | - |
3. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxxx | - |
4. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - |
5. Tn. Xxxx Xxxx Xxx | - |
6. Tn. Xxxx X Xxxxx Xxx Xxxxx | - |
7. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx | - |
YDP, MPAJ
Ahli Majlis
’’
’’
’’
’’
’’
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN C
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL 04/2013
LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 04/2013 telah diadakan pada 23 April 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 KERTAS KERJA PERMOHONAN PERMIT KOREKAN JALAN BAGI PROGRAM PENGGANTIAN PAIP LAMA DI XXXXXXX XXXXXX XXXX, XXXXX XXXXXX, XXXXXX HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN
2.1.1. Mesyuarat dikemukakan dengan kertas permohonan permit korekan jalan bagi Program Penggantian Paip Lama di Kampung Cheras Baru Mukim Ampang, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan sepanjang 6938 meter oleh Tetuan Ghazali & Associates Sdn Bhd merupakan Jurutera Perunding yang dilantik oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
2.1.2. Berdasarkan semakan permohonan, pihak pemohon perlu mengemukakan Wang Cagaran sebanyak RM 1,505,457.87 dan yuran proses sebanyak RM 4,959.00 sebelum sebarang kelulusan boleh dikeluarkan. Untuk makluman, pihak SYABAS memaklumkan bahawa Xxxx Cagaran Berkelompok bernilai RM 5.0 juta telah dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor sepertimana yang dipersetujui oleh Mesyuarat MMKN Selangor Bil 7/2006 bertarikh 5hb April 2006.
2.1.3. Xxxx Xxxxxxx dalam bentuk Jaminan Bank kepada Kerajaan Negeri Selangor juga telah diperbaharui dan berkuatkuasa dari 1hb Januari 2013 sehingga 31hb Disember 2013 dengan nilai cagaran berjumlah RM 2.0 juta.
2.1.4. Pihak SYABAS perlu melaksanakan kerja-kerja pengorekan jalan bagi penggantian paip lama kepada paip jenis ‘Ductile Iron’ bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air dan tekanan air rendah yang sering dihadapi oleh penduduk sekitar Kampung Cheras Baru.
2.1.5. Pihak Jabatan mengesyorkan agar permohonan ini diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:-
a) Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat am berkaitan kerja-kerja pemasangan kemudahan awam di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
b) Pemohon perlu melaksanakan kerja pembaikan pada bekas korekan jalan dengan serta merta setelah kerja-kerja pengorekan jalan siap sepenuhnya dan sentiasa memantau bekas korekan jalan agar pembaikan segera boleh dilaksanakan sekiranya terdapat kerosakan pada bekas korekan yang telah diturap.
c) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja pembaikan akhir dengan penurapan keseluruhan lebar jalan sepanjang kawasan yang terlibat dengan kerja pengorekan jalan.
d) Kerja-kerja penanaman rumput dan membaiki semula bahu jalan hendaklah dilaksanakan sekiranya pengorekan jalan melibatkan bahu jalan.
e) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja penurapan akhir di tapak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat kelulusan permit korekan. Pihak Jabatan akan mengeluarkan surat arahan penurapan akhir kepada pihak pemohon supaya melaksanakan kerja penurapan akhir.
f) Sekiranya pihak pemohon gagal mengemukakan maklumbalas dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta penurapan akhir, maka pihak jabatan mengesyorkan agar pemotongan wang cagaran dibuat dan perlaksanaan pembaikan
akhir akan dilaksanakan oleh pihak jabatan melalui proses lantikan kontraktor.
g) Pihak SYABAS perlu mengemukakan pelan pengurusan trafik serta papan tanda secara terperinci kepada pihak majlis sebelum kelulusan diberikan.
h) Pihak SYABAS perlu mengemukakan cadangan penggantian paip lama secara berfasa dan penurapan akhir perlu dilaksanakan setelah penggantian paip siap sepenuhnya di sebahagian fasa tertentu termasuk ujian-ujian berkaitan seperti ujian kebocoran dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang permasalahan di tapak dan mengelakkan timbulnya ketidakselesaan pengguna jalan raya.
2.1.6. Mesyuarat bersetuju dengan permohonan permit permohonan permit korekan jalan bagi Program Penggantian Paip Lama di Kampung Cheras Baru Mukim Ampang, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan oleh Tetuan Ghazali & Associates Sdn Bhd dengan mematuhi syarat-syarat Jabatan.
2.2. KERTAS KERJA PERMOHONAN PERMIT KOREKAN XXXXX XX XXXXX 00, XXXXX XXXXXXX 0/0, XXXXX XXXXXXX 00/2A DAN XXXXX00/00, XXXXX XXXXXX, XXXXXX XXXX XXXXXX, XXXXXXXX DARUL EHSAN
2.2.1 Mesyuarat dikemukakan dengan kertas permohonan permit korekan Jalan di Jalan 27, Jalan Perdana 5/7, Xxxxx Xxxxxxx 00/2A dan Xxxxx 00/00, Xxxxx Xxxxxx,
Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd. Permohonan permit korekan jalan meliputi kerja pengorekan jalan sepanjang 1150 meter bagi kerja-kerja menaiktaraf rangkaian telekomunikasi sedia ada.
2.2.2 Berdasarkan semakan permohonan, pihak pemohon perlu mengemukakan Wang Cagaran sebanyak RM 265,6500.00 dan yuran proses sebanyak RM 635.00 sebelum sebarang kelulusan boleh dikeluarkan.
2.2.3 Cadangan permohonan permit korekan ini melibatkan sebahagian jajaran jalan yang baru diturap dan melibatkan kerja pengorekan jalan yang panjang.
2.2.4. Pihak Jabatan mengesyorkan agar permohonan ini diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:-
a) Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat am berkaitan kerja-kerja pemasangan kemudahan awam di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
b) Pemohon perlu melaksanakan kerja pembaikan pada bekas korekan jalan dengan serta merta setelah kerja-kerja pengorekan jalan siap sepenuhnya dan sentiasa memantau bekas korekan jalan agar pembaikan segera boleh dilaksanakan sekiranya terdapat kerosakan pada bekas korekan yang telah diturap.
c) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja pembaikan akhir dengan kaedah ‘Mill and Pave’
3.0 meter lebar jalan sepanjang kawasan yang terlibat dengan kerja pengorekan jalan dan melaksanakan penurapan keseluruhan lebar jalan bagi jalan-jalan yang baru diturap.
d) Kerja-kerja penanaman rumput dan membaiki semula bahu jalan hendaklah dilaksanakan sekiranya pengorekan jalan dibuat pada bahu jalan.
e) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja penurapan akhir di tapak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat kelulusan permit korekan. Pihak Jabatan akan mengeluarkan surat arahan penurapan akhir kepada pihak pemohon supaya melaksanakan kerja penurapan akhir.
f) Sekiranya pihak pemohon gagal mengemukakan maklumbalas dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta penurapan akhir, maka pihak jabatan mengesyorkan agar pemotongan wang cagaran dibuat dan perlaksanaan pembaikan akhir akan dilaksanakan oleh pihak jabatan melalui proses lantikan kontraktor.
2.2.5. Mesyuarat bersetuju dengan permohonan permit korekan Jalan di Xxxxx 00, Xxxxx Xxxxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxxxx 00/2A dan Xxxxx 00/00, Xxxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxx Xxxxxx, Xxxxxxxx Darul Ehsan oleh Tetuan Digi Telekomunications Sdn Bhd. Mematuhi syarat- syarat Jabatan.
2.3. KERTAS KERJA PERMOHONAN PERMIT KOREKAN JALAN BAGI PROGRAM PENGGANTIAN PAIP LAMA DI TAMAN KERAMAT AU1, MUKIM HULU KELANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
2.3.1 Mesyuarat dikemukakan dengan kertas permohonan permit korekan jalan bagi Program Penggantian Paip Lama di Taman Keramat AU1, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Permohonan permit korekan jalan meliputi kerja pengorekan jalan sepanjang 7651.13 meter di sekitar Taman Keramat AU1.
2.3.2 Berdasarkan pemerhatian di tapak, mendapati cadangan pengorekan jalan melibatkan jalan yang baru diturap oleh Majlis atau oleh pihak utiliti lain pada tahun 2012 .
2.3.3 Berdasarkan semakan permohonan, pihak pemohon perlu mengemukakan Wang Cagaran sebanyak RM 2,000,000.00 dan yuran proses sebanyak RM 3,826.00 sebelum sebarang kelulusan boleh dikeluarkan. Untuk makluman, pihak SYABAS
memaklumkan bahawa Xxxx Cagaran Berkelompok bernilai RM 5.0 juta telah dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor sepertimana yang dipersetujui oleh Mesyuarat MMKN Selangor Bil 7/2006 bertarikh 5hb April 2006.
2.3.4 Wang Cagaran dalam bentuk Jaminan Bank kepada Kerajaan Negeri Selangor juga telah diperbaharui dan berkuatkuasa dari 1hb Januari 2013 sehingga 31hb Disember 2013 dengan nilai cagaran berjumlah RM 2.0 juta.
2.3.5 Pihak SYABAS perlu melaksanakan kerja-kerja pengorekan jalan bagi penggantian paip lama kepada paip jenis ‘Ductile Iron’ bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air dan tekanan air rendah yang sering dihadapi oleh penduduk sekitar Taman Keramat AU1.
2.3.6. Pihak Jabatan mengesyorkan agar permohonan ini diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:-
a) Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat am berkaitan kerja-kerja pemasangan kemudahan awam di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
b) Pemohon perlu melaksanakan kerja pembaikan pada bekas korekan jalan dengan serta merta setelah kerja-kerja pengorekan jalan siap sepenuhnya dan sentiasa memantau bekas korekan jalan agar pembaikan segera boleh
dilaksanakan sekiranya terdapat kerosakan pada bekas korekan yang telah diturap.
c) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja pembaikan akhir dengan penurapan keseluruhan lebar jalan sepanjang kawasan yang terlibat dengan kerja pengorekan jalan.
d) Kerja-kerja penanaman rumput dan membaiki semula bahu jalan hendaklah dilaksanakan sekiranya pengorekan jalan melibatkan bahu jalan.
e) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja penurapan akhir di tapak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat kelulusan permit korekan. Pihak Jabatan akan mengeluarkan surat arahan penurapan akhir kepada pihak pemohon supaya melaksanakan kerja penurapan akhir.
f) Sekiranya pihak pemohon gagal mengemukakan maklumbalas dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta penurapan akhir, maka pihak jabatan mengesyorkan agar pemotongan wang cagaran dibuat dan perlaksanaan pembaikan akhir akan dilaksanakan oleh pihak jabatan melalui proses lantikan kontraktor.
g) Pihak SYABAS perlu mengemukakan pelan pengurusan trafik serta papan tanda secara terperinci kepada pihak Majlis sebelum kelulusan diberikan.
h) Pihak SYABAS perlu mengemukakan cadangan penggantian paip lama secara berfasa dan penurapan akhir perlu dilaksanakan setelah penggantian paip siap sepenuhnya di sebahagian fasa tertentu termasuk ujian-ujian berkaitan seperti ujian kebocoran dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang permasalahan di tapak dan mengelakkan timbulnya ketidakselesaan pengguna jalan raya.
2.3.7 Mesyuarat bersetuju dengan permohonan permit korekan jalan bagi Program Penggantian Paip Lama di Taman Keramat AU1, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan oleh pihak SYABAS dengan mematuhi syarat-syarat Jabatan.
2.4. KERTAS KERJA PERMOHONAN PERMIT KOREKAN JALAN DI XXXXX XXXXXXXX 0, JALAN C2 DAN XXXXX XXXXXXXX XXXXX 0, XXXXX XXXX XXXXXX, XXXXXX XXXXXX, XXXXXXXX DARUL EHSAN
2.4.1 Mesyuarat dikemukakan dengan kertas permohonan permit korekan Jalan di Xxxxx Xxxxxxxx 0, Jalan C2 dan Xxxxx Xxxxxxxx Xxxxx 0, Xxxxx Xxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxxx Darul Ehsan oleh Tenaga Nasional Berhad. Permohonan permit korekan jalan meliputi kerja pengorekan jalan sepanjang 256 meter
dari Pencawang Elektrik Xxxxx Xxxxxxxx Xxxxx 0 xx Xxxxxxxxx Xxxxxxxx Stesen Suis Country Club (K-Club).
2.4.2 Cadangan pengorekan jalan melibatkan jalan yang baru diturap oleh pihak utiliti terdahulu.
2.4.3 Berdasarkan semakan permohonan, pihak pemohon perlu mengemukakan Wang Cagaran sebanyak RM 173,750.85 dan yuran proses sebanyak RM 316.50 sebelum sebarang kelulusan boleh dikeluarkan.
2.4.4 Pihak Tenaga Nasional Berhad perlu melaksanakan kerja-kerja pengorekan jalan bagi penggantian kabel 11kV yang telah uzur dan sering mengalami kerosakan untuk mengelakkan gangguan bekalan elektrik kepada Country Club (K-Club).
2.4.5. Pihak Jabatan mengesyorkan agar permohonan ini diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:-
a) Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat am berkaitan kerja-kerja pemasangan kemudahan awam di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
b) Pemohon perlu melaksanakan kerja pembaikan pada bekas korekan jalan dengan serta merta setelah kerja-kerja pengorekan jalan siap sepenuhnya dan sentiasa memantau bekas korekan jalan agar pembaikan segera boleh
dilaksanakan sekiranya terdapat kerosakan pada bekas korekan yang telah diturap.
c) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja pembaikan akhir dengan penurapan keseluruhan lebar jalan sepanjang kawasan yang terlibat dengan kerja pengorekan jalan serta mengecat semula semua tanda jalan.
d) Kerja-kerja penanaman rumput dan membaiki semula bahu jalan hendaklah dilaksanakan sekiranya pengorekan jalan dibuat pada bahu jalan.
e) Pemohon perlu melaksanakan kerja-kerja penurapan akhir di tapak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tamat kelulusan permit korekan. Pihak Jabatan akan mengeluarkan surat arahan penurapan akhir kepada pihak pemohon supaya melaksanakan kerja penurapan akhir.
f) Sekiranya pihak pemohon gagal mengemukakan maklumbalas dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta penurapan akhir, maka pihak jabatan mengesyorkan agar pemotongan wang cagaran dibuat dan perlaksanaan pembaikan akhir akan dilaksanakan oleh pihak jabatan melalui proses lantikan kontraktor.
2.4.6 Mesyuarat bersetuju dengan permohonan permit korekan Jalan di Xxxxx Xxxxxxxx 0, Jalan C2 dan xxxxx Xxxxxxxx Xxxxx 0, Xxxxx Xxxx Xxxxxx, Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxxx Darul Ehsan oleh pihak TNB dengan mematuhi syarat-syarat Jabatan.
3. MESYUARAT MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT SEPERTI BERIKUT :
3.1 KAJIAN PENYELESAIAN TRAFIK DI JALAN DAGANG DAN SUSUR MASUK BALAI POLIS AMPANG
Pihak JKR masih menunggu peruntukan untuk membina lampu isyarat di Jalan Dagang dan susur masuk ke Balai Polis Ampang dan kerja-kerja dijangka akan dilaksanakan dalam tahun ini.
Tindakan : JKR Hulu Langat
3.2 KAJIAN ALIRAN TRAFIK
Pihak Jabatan akan melaksanakan kerja-kerja bagi cadangan projek mengatasi masalah aliran trafik di hadapan Masjid Bandar Baru Ampang dan Flat Sri Nilam melalui peruntukan SELANGORKU. Walau bagaimanapun jabatan masih belum menerima peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf tersebut.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.3 JALAN SUSUR DI MRR2 (BERHAMPIRAN JALAN F KG PANDAN) DIBESARKAN
Wakil JKR memaklumkan masih belum menerima sebarang peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya bagi kerja- kerja penambahbaikan di jalan susur di MRR2 (berhampiran Jalan F Kg Pandan).
Tindakan: JKR Ibu Pejabat
3.4 MENAIKTARAF JALAN
Kertas cadangan bagi Kerja-kerja bagi permohonan menaiktaraf Jalan F, sepanjang jalan dari simpang MRR2 hingga simpang Jalan B, Kg. Pandan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang akan datang.
3.5 JALAN BERLUBANG
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
Kerja-kerja penampalan jalan berlubang di lampu isyarat (Spektrum) Jalan Besar Ampang dan di Jalan Memanda berdekatan Petronas dan Restoran Kayu Nasi Kandar telah dilaksanakan.
Makluman
3.6 MENGECAT SEMULA TANDA JALAN DAN BONGGOL
Kerja-kerja mengecat semula tanda jalan dan bonggol di Jalan 2 dan 4 Ampang Jaya dalam tindakan kontraktor.
Makluman
3.7 TURAP JALAN
Kerja-kerja turapan jalan di Pangsapuri Sri Inai Pandan Indah telah dilaksanakan.
Makluman
3.8 TURAP JALAN
Kerja-kerja turapan jalan telah disenaraikan untuk dilaksanakan menggunakan peruntukkan MARRIS 2013 bagi lokasi berikut dan proses sebutharga telah ditutup pada 9 April 2013 :-
a) Di Jalan Kosas Utama 2 dari ‘BP Station’ sehingga ke Sekolah Menengan Taman Kosas.
b) Di Jalan Utama Taman Bukit Indah hingga Taman Kosas iaitu dari pasar pagi Kg Tengah sehingga Dewan Taman Ampang Indah.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.9 TURAP JALAN
Proses sebutharga telah ditutup pada 9 April 2013 bagi kerja-kerja penurapan jalan di Jalan Bunga Tanjung 7, Jalan Bunga Mawar 4, Jalan Teratai 1 / 2 serta Jalan Bunga Mawar 2.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.10 PERMOHONAN MENAIKTARAF JALAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan untuk menaiktaraf bahu jalan berhampiran Sekolah Rendah Pandan Indah yang sering menjadi takungan air dan rosak apabila hujan lebat dan sering berdebu apabila waktu panas tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana lokasi tersebut menjadi tempat menunggu untuk mengambil anak- anak sekolah. Walau bagaimanapun kerja-kerja pembinaan ’scupper drain’ telah dilaksanakan. Jabatan diminta untuk meletakkan ’crusher run’ di jalan tersebut.
Makluman
3.11 PERMOHONAN PEMBAHAGI JALAN DAN TANDA ARAH JALAN
Kerja-kerja pembinaan pembahagi jalan dan tanda arah jalan di Jalan Bukit Indah 5 hadapan kawasan rumah kedai kerana terdapat kenderaan yang masuk bertentangan arah jalan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2013.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.12 PEMBAIKAN JALAN DI JALAN BUKIT INDAH UTAMA
Kerja-kerja pembaikan jalan berlubang di Jalan Bukit Indah Utama akan dilaksanakan pada bulan Mei 2013.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.13 PROSES PENAMPALAN JALAN DI KAWASAN MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja penampalan jalan dilaksanakan mengikut keperluan dan secara berperingkat. Berhubung dengan aduan proses penampalan jalan yang telah dilaksanakan tidak menarik dan kurang memuaskan, dimaklumkan jika ingin diturap semula jalan-jalan di seluruh kawasan, Majlis memerlukan kos yang tinggi dan Majlis tidak mempunyai kemampuan untuk menurap semula jalan-jalan di seluruh kawasan Majlis. Pihak Jabatan akan menyelaras semula kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik dari masa ke semasa.
Makluman
3.14 PENURAPAN XXXXX XX XXXXX 0/0, XXXXX LEMBAH MAJU
Kerja-kerja pembaikan penurapan jalan di Xxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx, akan dilaksanakan dalam program ‘Zero Potholes’.
Makluman
3.15 MASALAH BANJIR DI TAMAN SERAYA
Pihak Jabatan Kejuruteraan telah memohon peruntukan Selangorku bagi projek mengatasi banjir di sekitar Jalan 5 dan Jalan 8 serta di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 00X tetapi masih belum menerima maklumbalas daripada MBI.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.16 HAKISAN TEBING SUNGAI KERAYONG
Wakil JPS Hulu Langat memaklumkan, pihak sedang memohon kelulusan peruntukan untuk mengatasi masalah hakisan tebing Sungai Kerayong yang berlaku di Xxxxx 00/0 Xxxxx Xxxxx. Lawatan tapak juga telah dibuat dan tindakan akan diambil dalam tempoh sebulan. Kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan pada awal bulan April 2013.
Tindakan: JPS Hulu Langat
3.17 KEJADIAN BANJIR DI JALAN F TAMAN MELAWATI
Jabatan telah menghantar surat makluman susulan kepada pihak JPS pada 16 April 2013 berkaitan kejadian banjir yang berlaku disebabkan halangan dari pembinaan perangkap sampah di ’monsun drain’ berhampiran di Jalan F Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan : JPS Gombak
3.18 MASALAH BANJIR DI JALAN KOLAM AIR
Mesyuarat dimaklumkan pihak JPS dalam proses perolehan bagi kerja-kerja mengatasi masalah banjir di Jalan Kolam Air Lama.
Tindakan : JPS Gombak
3.19 MASALAH BANJIR DI FLAT KOS RENDAH PANDAN MEWAH
Jabatan Kejuruteraan diminta membuat kajian semula berkenaan longkang berdekatan Flat Pandan Mewah yang tidak dapat menampung air setiap kali hujan dan berlaku banjir di kawasan tersebut.
3.20 ’SPEED BREAKER’
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
Kerja-kerja mengadakan’speed breaker’ sebelum bonggol di hadapan Pangsapuri Cengal, Cheras Hartamas telah dilaksanakan.
Makluman
3.21 KEPERLUAN `SPEED BREAKER’
Pihak JKR masih menunggu peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja meletakkan `speed breaker’ di simpang jalan ke Jalan Cempaka 8 (simpang ke Petronas dan Caltex) kerana kenderaan dari Taman Dagang terlalu laju.
3.22 MOHON BINA DAN CAT BONGGOL
Tindakan: JKR Hulu Langat
Kerja-kerja pembinaan bonggol di Xxxxx 0 Xxxxx Xxxxxxx telah dilaksanakan pada 10 April 2013.
Makluman
3.23 PAPAN TANDA JALAN ROSAK
Kerja-kerja pembaikan papan tanda jalan yang telah patah dan rosak di pembahagi jalan berhampiran Danau Mas telah dilaksanakan.
Makluman
3.24 PEMASANGAN PAPAN TANDA YANG KURANG SESUAI
Kerja-kerja mengalihkan papan tanda tunjuk arah yang kurang sesuai di Taman Bukit Segar yang ditanam di sebelah kiri jalan dan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pemandu telah dilaksanakan.
Makluman
3.25 MEMBAIKI PAPAN TANDA NAMA JALAN DI KAWASAN MAJLIS
Kerja-kerja pembaikan papan tanda nama jalan dan tunjuk arah yang telah condong telah dilaksanakan.
Makluman
3.26 PERMOHONAN MENGECAT GARISAN KUNING
Kerja-kerja mengecat garisan kuning pada bonggol di Xxxxx Xxxxxxx 0 berhadapan surau Al Falah Taman Cempaka telah dilaksanakan.
Makluman
3.27 KEPERLUAN `RAILING’
Pihak JKR akan memasang ‘guardrail’ ’ di selekoh masuk ke Jalan Cempaka dari MRR2 (Taman Bakti).
Tindakan : JKR Hulu Langat
3.28 WALKWAY’ BERBUMBUNG BERTENTANGAN PASAR PAGI TAMAN MUDA
Semakan dibuat terhadap pembinaan “walkway” berbumbung bertentangan pasar pagi Taman Muda dari segi spesifikasi dan aspek keselamatan dan tiada sebarang papan tanda makluman bagi pembinaan tersebut. Jabatan telah menghantar surat makluman kepada pihak JKR pada
30 Januari 2013 untuk tindakan selanjutnya. Jabatan dimaklumkan agensi pelaksana pembinaan tersebut adalah pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.
Tindakan : JKR Hulu Langat
3.29 ISU LONGKANG DI MASJID MARDHIAH TAMAN MELAWATI
Pihak Masjid masih belum mengemukakan cadangan ubahsuai yang berkaitan hasil daripada perbincangan dengan Jawatankuasa Masjid pada 19 Februari 2013. Surat kepada jawatankuasa masjid telah dikeluarkan pada 2 April 2013.
Makluman
3.30 LONGKANG ROSAK
Kerja-kerja pembaikan longkang yang merintangi Jalan Cheras Hartamas di hadapan Pangsapuri Kempas telah dilaksanakan.
Makluman
3.31 LONGKANG ROSAK
Kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan Sekolah Agama Kg. Cheras Baru telah dilaksanakan pada 17 April 2013.
Makluman
3.32 LONGKANG ROSAK DAN BERLUBANG
Kerja-kerja pembaikan longkang yang rosak dan berlubang di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0, Xxxxx Muda sedang dalam tindakan kontraktor.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.33 LONGKANG TERSUMBAT
Kerja-kerja pembersihan longkang tersumbat di Xxx 0000, Xxxxx Xxxxx 0, Xx Xxxxxx Xxxxx menyebabkan banjir berlaku apabila hujan lebat telah dilaksanakan pada 16 April 2013.
Makluman
3.34 PEMBAIKAN LONGKANG
Kerja-kerja pembaikan longkang di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 00 Xxxxx Xxxx kerana sering dipenuhi lumpur sedang dalam tindakan kontraktor.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.35 XXXXX XXXXXXXXXX XXXXXXXX
Kerja-kerja pembersihan longkang di tepi Sekolah Agama Lembah Jaya telah dilaksanakan pada 25 Mac 2013 dan jadual berikutnya pada 16 April 2013.
Makluman
3.36 ’CULVERT’ TERSUMBAT
Kerja-kerja pembersihan ’culvert’ tersumbat di Lorong E Kg Pandan kerana telah dipenuhi pasir telah dilaksanakan pada
30 Mac 2013. Jadual pembersihan akan datang adalah pada 20 April 2013.
Makluman
3.37 PENYELENGGARAAN ‘MONSOON DRAIN’
Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan ‘monsoon drain’ (Sungai Kongsi 8) di Taman TAR akan dilaksanakan oleh pihak JPS Gombak. Pihak JPS telah menyediakan dokumen sebutharga untuk kerja-kerja tersebut dan dijangka diiklankan pada bulan April 2013.
Tindakan : JPS Gombak
3.38 HAKISAN TANAH
Jabatan Kejuruteraan memaklumkan kerja-kerja pembaikan hakisan tanah di Riana Ukay dan Kg Sering Ukay dalam tindakan kontraktor dan dijadualkan siap dalam tempoh 6 minggu dari tarikh mula kerja pada 19 April 2013.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.39 TANAH RUNTUH
Kerja-kerja penyelenggaraan tanah runtuh di Lot 205 & 206, Kg. Cheras Baru yang berbahaya kepada penduduk sekitar telah dilaksanakan.
Makluman
3.40 TEBING RUNTUH
Jabatan sedang membuat permohonan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tebing runtuh (monsun drain) di Xxxxx Xxxxxxx 00 melalui peruntukan Geran Selangorku.
3.41 LAMPU JALAN
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
Pihak JKR masih menunggu peruntukan untuk kerja-kerja pemasangan lampu jalan di Jalan Langat dari Tasek Tambahan ke Menara Tinjau kerana kawasan tersebut gelap.
Tindakan : JKR Hulu Langat
3.42 LAMPU JALAN
Kerja-kerja pembaikan lampu jalan yang telah rosak dan tidak menyala di Jalan Bukit Belacan (depan kuari sehingga ke simpang Kg Muhibbah) telah dilaksanakan oleh pihak JKR.
Makluman
3.43 LAMPU JALAN TIDAK MENYALA
Kerja-kerja pembaikan lampu jalan yang tidak menyala di sepanjang Lorong Bunga Matahari 1B (tepi padang Taman Maju Jaya Fasa 3) telah dilaksanakan.
Makluman
3.44 MOHON PEMBAIKAN LAMPU ISYARAT
Kerja-kerja pembaikan lampu isyarat dari Ukay Perdana ke MRR2 telah dilaksanakan.
Makluman
3.45 LAMPU ISYARAT TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK
Lampu isyarat di persimpangan Carefour (hadapan satay station) yang tidak berfungsi dengan baik telah diselaraskan.
Makluman
3.46 PERMOHONAN LAMPU LIMPAH
Kerja-kerja untuk memasang lampu limpah tambahan di padang permainan di Xxxxx Xxxxx 0/0, Xxxxx Kosas fasa 2 dan di padang permainan Xxxxx Xxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxxx Indah Fasa 3 sedang dalam tindakan kontraktor.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
3.47 KEPERLUAN LAMPU JALAN DI TAMAN MESTIKA
Kerja-kerja tambahan lampu jalan di Taman Mestika kerana kawasan tersebut agak gelap adalah dibawah tanggungjawab pihak MC. Surat makluman telah dikemukakan kepada pihak MC untuk tindakan.
Tindakan : Bahagian COB
3.48 HALANGAN LALUAN KE PANGSAPURI SRI HIJAUAN
Halangan pagar yang dibina oleh penduduk Pangsapuri Sri Puteri adalah di luar kawasan JMB telah dibuka. Halangan yang terdapat di Jalan UP 2/1 juga telah dialihkan dan jalan tersebut dibuka untuk laluan awam.
Pihak pemaju perlu meminda pelan pra hitungan sekiranya dewan tersebut adalah milik Pangsapuri Sri Hijauan dan perlu menyediakan tapak gantian dewan untuk penduduk di Ukay Perdana. Surat pemakluman kepada pemaju Ukay Land Sdn.Bhd. telah dikemukakan pada 26 Februari 2013.
Pihak COB juga diminta membuat semakan untuk laluan masuk yang lebih sesuai untuk kemasukan dari luar tanpa melalui kawasan pangsapuri tersebut.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar /
Bahagian COB
3.49 LORONG TEPI RUMAH YANG BERPAGAR
Lorong tepi rumah antara rumah No. 21 dan 23 Xxxxx Xxxxx 00, Xxxxx Melur telah dipagar dan dijadikan hak individu oleh pemilik rumah. Notis telah dikeluarkan kepada pemilik rumah pada 7 Oktober 2012 dan telah tamat tempat notis. Kertas siasatan telah dihantar ke Jabatan Undang-undang pada 10 April 2013.
Tindakan : Jabatan Bangunan dan Senibina/ Jabatan Undang-Undang
3.50 BINA PAGAR DI TANAH PERKUBURAN
Kerja-kerja pembinaan pagar di Tanah Perkuburan Islam CherasBaru dalam tindakan kontraktor HNI Cemerlang.
3.51 PROGRAM ’RIVER OF LIFE’
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
Mesyuarat dimaklumkan berhubung program ROL, pihak Majlis hanya perlu mengemukakan maklumbalas kepada pihak MTES dan tidak perlu dibuat pembentangan susulan daripada keputusan minit mesyuarat EXCO MTES bil 3/2013 bertarikh 16.1.2013. Walau bagaimanapun jabatan telah membuat pembentangan berkenaan isu tersebut dengan pihak Syarikat JGA Constraction Sdn. Bhd.
Makluman
3.52 CANTAS POKOK
Kerja-kerja cantasan pokok-pokok besar di sekeliling Flat Ampang Hilir iaitu di Jalan Hilir 4 dalam tindakan kontraktor.
3.53 CANTAS POKOK
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
Kerja-kerja cantasan pokok di kawasan Bukit Indah berhadapan Sekolah Menengah Bukit Indah telah dilaksanakan.
Makluman
3.54 CANTASAN POKOK
Kerja-kerja cantasan pokok-pokok berhadapan Pangsapuri Kempas telah dilaksanakan.
Makluman
3.55 CANTAS POKOK DI TAMAN SRI WATAN
Pihak jabatan diminta membuat cantasan pokok di sekitar gerai UPEN dan tepi padang bola sepak Taman Sri Watan.
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
3.56 MENAIKTARAF PADANG DI TAMAN SRI WATAN
Kerja-kerja menambak pasir untuk mengatasi air bertakung di padang Taman Sri Watan dalam tindakan kontraktor .
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
3.57 LALUAN TREK JOGGING
Kerja-kerja pembaikan laluan trek jogging di kawasan lapang Flat Pandan Indah 3/3 berhampiran Dewan Orang Ramai dalam tindakan kontraktor.
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
3.58 PEMBAIKAN TAMAN PERMAINAN
Kerja-kerja penyelenggaraan taman permainan dan kemudahan gelanggang serta pagar di padang Xxxxx 0/0 Xxxxx Dagang akan disenaraikan dalam kerja-kerja untuk tindakan jabatan.
Tindakan : Jabatan Belia dan Masyarakat
3.59 PADANG PERMAINAN SEMENTARA DI FLAT AMPANG SAUJANA
Jabatan memaklumkan permohonan penduduk di Flat Ampang Saujana supaya diwujudkan padang permainan sementara di tapak Blok A3 yang terbiar tidak dapat dibuat kerana kawasan lapang tersebut adalah milik pemaju dan telah ada cadangan pembangunan di kawasan tersebut.
Makluman
3.60 PENYELENGGARAAN KAWASAN LAPANG
Pihak TNB telah mengadakan lawatan tapak bagi kawasan lapang di bawah kabel TNB di sekitar Lorong Enggang 15 dan Jalan Enggang Timur 1 yang ditumbuhi semak samun dan belukar. Pihak TNB akan menjalankan tindakan pembersihan di kawasan tersebut.
Tindakan :
TNB
3.61 PENYELENGGARAAN DI PENCAWANG ELEKTRIK TNB
Penyelenggaraan pencawang-pencawang elektik TNB di sekitar Taman Keramat terutama di AU 1B, AU 1A, AU 3/1 Keramat Permai perlu dilaksanakan memandangkan kebanyakan pencawang telah dipenuhi rumput dan memberi pemandangan yang tidak elok seterusnya mencemarkan imej Majlis. Pihak TNB akan memastikan penyelenggaraan dilaksanakan di lokasi seperti yang dinyatakan.
Tindakan :
TNB
3.62 SEMAK SAMUN DI JALAN MASUK KE CHERAS HARTAMAS
Semakan jabatan mendapati tanah yang berkeadaan semak samun ke jalan di laluan masuk ke Cheras Hartamas adalah milik CL Mall Sdn.Bhd. Notis untuk kerja pembersihan telah dikeluarka pada 12 Mac 2013.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
3.63 PEMBERSIHAN SEMAK SAMUN
Kerja-kerja pembersihan di tepi jalan berhampiran dengan Bayu Mas telah dilaksanakan pada 27 Mac 2013 dan jadual pembersihan akan datang pada 15 April 2013.
Makluman
3.64 SEMAK SAMUN BERSEBELAH SEKOLAH RENDAH PANDAN INDAH
Semakan jabatan mendapati tanah yang bersemak samun bersebelahan Sekolah Rendah Pandan Indah merupakan tanah rezab sekolah. Notis untuk pembersihan telah dikeluarkan pada 1 April 2013.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
3.65 PEMBERSIHAN KAWASAN TEPI SUNGAI
Semakan jabatan mendapati kawasan tepi sungai di belakang kuarters Sekolah Rendah Pandan Indah merupakan rezab JPS. Notis untuk pembersihan telah dikeluarkan pada 1 April 2013.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
3.66 PEMBERSIHAN KOLAM
Kerja-kerja pembersihan sekeliling kawasan kolam di hadapan Danau Mas telah dilaksanakan pada 27 Mac 2013 dan jadual pembersihan akan datang pada 15 April 2013.
Makluman
3.67 MENUTUP TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
Pihak pengurusan sedang mencari dana untuk mendirikan ‘boomgate’ di laluan masuk jalan yang menjadi tempat pembuangan sampah haram di Flat Pandan Indah 3/6 berhampiran rumah teres Jalan 3/6. Jabatan telah mengeluarkan surat kepada pihak LT untuk mendirikan boomgate di lokasi tersebut.
Mesyuarat juga mencadangkan supaya diadakan program pendidikan kepada masyarakat di kawasan tersebut berkenaan kaedah pembuangan sampah dengan cara yang betul.
Tindakan : Bahagian COB /
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.68 SAMPAH DAN KABEL YANG DITINGGALKAN
Pihak utiliti telah mengalihkan kabel dan membersihkan jalan yang telah dikotori di tapak Zon Hijau di hadapan Bulatan Segar Jaya 2.
Makluman
3.69 SAMPAH HARAM DI PANDAN UTAMA
Pihak jabatan dalam proses pembelian papan tanda ’Dilarang Membuang sampah’ untuk diletakkan di lokasi pembuangan sampah haram di kawasan rumah kedai Pandan Utama Fasa 1.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.70 PENIAGA MENINGGALKAN SISA BUANGAN KELAPA
Jabatan telah mengambil tindakan terhadap peniaga menjual air kelapa di Xxxxx 0/00 Xxxxx Xxxxxx yang meninggalkan sisa buangan kelapa di bahu jalan.
Makluman
3.71 PEMBUANGAN SAMPAH KE JALAN SUSUR HILLVIEW
Kerja-kerja pembersihan sampah haram di jalan susur Hillview telah dilaksanakan pada 19 April 2013.
Makluman
3.72 SAMPAH TIDAK DIKUTIP
Kerja-kerja kutipn sampah di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0, Xxxxx Xxxx xxxxxxxxxx xxxxxxxx jadual. Lokasi tersebut dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk dan peniaga yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan aduan sering berulang.
Makluman
3.73 RUMAH SAMPAH BERBAU BUSUK DI FLAT PANDAN UTAMA
Mesyuarat memohon supaya rumah sampah yang terletak di Flat Pandan Utama supaya dapat dialihkan ke lokasi yang lebih sesuai kerana keadaan rumah sampah yang telah uzur dan rosak serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan serta Jabatan Bangunan dan Senibina diminta untuk menyemak dan membuat penyelarasan berkaitan isu ini.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan/
Jabatan Bangunan dan Senibina
3.74 LAPORAN PRESTASI KONTRAKTOR
Pihak jabatan dalam penyediaan Laporan Prestasi Kontraktor bagi dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat yang akan datang.
Makluman
3.75 TONG KITAR SEMULA TANPA KEBENARAN
Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan terhadap tong kitar semula yang diletakkan tanpa kebenaran di tepi Pangsapuri Cengal namun terdapat rayuan dari pihak terlibat. Jabatan sedang meneliti perkara ini semula.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.76 ANJING LIAR
Jabatan memaklumkan telah menangkap 3 ekor anjing liar yang berkeliaran di sekitar Pangsapuri Bukit Segar dan Pangsapuri Cemara. Pemantauan dari masa ke semasa akan dilaksanakan.
Makluman
3.77 STRUKTUR GERAI YANG DITINGGALKAN
Tindakan telah ambil ke atas khemah yang ditinggalkan di atas bahu Xxxxx XX0, Xxxxx Xxxxx Xxxxx pada 14 Mac 2013.
Makluman
3.78 GERAI UPEN DI TAMAN SRI WATAN
Jabatan telah mengeluarkan notis penyediaan tong sampah kepada peniaga di Gerai UPEN di Taman Sri Watan yang tiada tempat pembuangan sampah menyebabkan peniaga membuang sampah di celah-celah lorong bangunan.
Makluman
3.79 PEMBAIKAN DEWAN ORANG RAMAI
Pihak jabatan telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dewan orang ramai di Dewan Taman Cempaka dan kerja-kerja dijangka siap pada hujung bulan April 2013.
Makluman
3.80 MEMBAIK PULIH DEWAN SRI WATAN
Kerja-kerja membaik pulih Dewan Sri Watan telah dilaksanakan.
Makluman
3.81 MOHON PAGAR DI DEWAN XXXXX XXXXX XXXXX 0/0
Mesyuarat memutuskan supaya jabatan mengadakan perbincangan bersama Ahli Majlis berkaitan berkenaan kesesuaian lokasi bagi pembinaan pagar di sekitar Dewan Orang Ramai Xxxxx 0/0 Xxxxxx Indah untuk mengatasi kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh remaja di kawasan tersebut.
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.82 PERMOHONAN MENGADAKAN PUSAT JAGAAN KANAK- KANAK
Pihak jabatan sedang menyelaraskan permohonan mengadakan tempat pusat jagaan kanak-kanak di Taman Cheras Hartamas dengan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat untuk mewartakan tapak tersebut sebagai rezab tadika. Jabatan memohon supaya proses pewartaan dibuat secepat mungkin.
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
3.83 MOHON PEMBAIKAN TANDAS DI MEDAN SELERA AU5
Kerosakan tandas di Medan Selera AU5 telah dibaiki.
Makluman
3.84 MENAIK TARAF PASAR PEKAN AMPANG
Kerja-kerja menaiktaraf pasar Pekan Ampang telah dilaksanakan.
Makluman
3.85 PEMBINAAN ’HOARDING’ DI TAPAK PEMBINAAN ’THE MARKS’
Semakan jabatan mendapati pemaju terpaksa membina ’hoarding’ mudah alih disebabkan terdapat kerja-kerja pembinaan ’basement’ di kawasan yang sepatutnya dibina ’hoarding’ mengikut pelan kelulusan ’hoarding’.
Makluman
3.86 TEMPAT LETAK KERETA DISALAHGUNA
Semakan jabatan mendapati tiada lagi lori sampah yang diletakkan di kawasan tapak tempat letak kereta bersebelahan TNB di Xxxxx 0/00 Xxxxx Xxxxxxxx.
Makluman
3.87 MOHON BAIKI ’BUS STOP’
Kerja-kerja membaiki ’bus stop’ di Ampang Avenue telah dilaksanakan.
Makluman
3.88 SETINGGAN DI KG MUHIBBAH
Pihak Jabatan telah menghantar surat kepada pihak PTD Hulu Langat pada 26 Mac 2013 untuk semakan status tanah di Jalan Sri Idaman, Kg. Muhibbah di mana terdapat 4 buah setinggan yang didiami oleh warga asing (Indonesia).
3.89 PEMBINAAN TANGKI AIR
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
Mesyuarat dengan pemaju telah dilaksanakan pada 21 Disember 2012 berkenaan pembinaan tangki air di Taman Pandan Utama, Kg Pandan fasa 1 dan 2 dan tindakan ke atas 3 buah rumah di tapak tangki air di Jalan E, Kg Pandan Dalam. Semakan jabatan pada 9 April 2013 mendapati meter individu masih belum dipasang dan dalam tindakan pihak SYABAS dan pihak pemaju.
Tindakan: Jabatan Bangunan dan Senibina
3.90 ISU PEMBINAAN TEMBOK DI TAMAN SERAYA
Berhubung isu pembinaan tembok keselamatan di hujung Xxxxx Xxxxx Xxxxxx 0 xxx 0 Xxxxx Seraya. Pihak Majlis telah mengarahkan pemohon untuk mendapatkan kebenaran dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Selain itu, pemilik rumah tersebut diminta melantik jurutera bertauliah untuk membuat pengesahan kekukuhan struktur tersebut. Pemilik rumah tersebut juga diminta mengemukakan surat tanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku terhadap tembok tersebut.
Jabatan memaklumkan sehingga kini pemilik masih belum mengemukakan sebarang maklumbalas dan dokumen seperti yang dikehendaki oleh jabatan.
Tindakan: Jabatan Bangunan dan Senibina /
Jabatan Kejuruteraan
3.91 LALUAN PEJALAN KAKI DI DEWAN ORANG RAMAI XXXXX 0/0 XXXXXX XXXXX
Kerja-kerja pembaikan laluan pejalan kaki di Dewan Orang Xxxxx Xxxxx 0/0 Xxxxxx Xxxxx xxxxx xxxxxxxxxxxx.
Makluman
3.92 BONGGOL DI JALAN E2 TAMAN MELAWATI
Semakan dilokasi mendapati tiada keperluan pembinaan bonggol di Jalan E2 – E9 Taman Melawati kerana jalan tersebut merupakan jalan mati. Surat makluman juga telah dihantar kepada ahli majlis berkaitan pada 2 April 2013.