KERAJAAN MALAYSIA
KERAJAAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN PERMOHONAN KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC/ APEC BUSINESS TRAVEL CARD (ABTC)
KANDUNGAN
GARIS PANDUAN PERMOHONAN KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC/ APEC BUSINESS TRAVEL CARD (ABTC)
A. TUJUAN
B. LATAR BELAKANG
C. PEMOHON YANG LAYAK
D. KATEGORI PEMOHON
E. PERMOHONAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
F. TATACARA PERMOHONAN SURAT PERAKUAN MITI DARI DALAM DAN LUAR NEGARA
G. TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
H. TEMPOH KELULUSAN EKONOMI-EKONOMI APEC
I. TEMPOH SAH LAKU ABTC
J. KADAR BAYARAN
K. KUTIPAN DAN CETAKAN KAD FIZIKAL
L. KAD MAYA
M. ABTC TAMAT TEMPOH
N. TARIKH KUAT KUASA
A. TUJUAN
1. Garis panduan ini dibangunkan bertujuan untuk memudah cara urusan permohonan ABTC.
B. LATAR BELAKANG
2. Skim Kad Perjalanan Perniagaan APEC atau APEC Business Travel Card (ABTC) Scheme merupakan antara inisiatif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) melalui platform Business Mobility Group (BMG) dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti perdagangan dan memudah cara prosedur keimigresenan ahli-ahli perniagaan dalam kalangan Ekonomi APEC yang terlibat.
3. Dalam perkara ini, ABTC membantu menjimatkan masa dan kos ahli- ahli perniagaan dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk ke Ekonomi-ekonomi APEC, di samping menikmati kemudahan laluan khas APEC di pintu-pintu masuk utama yang ditetapkan di Ekonomi- ekonomi APEC. Secara tidak langsung, ABTC ini dapat memperkasakan hubungan ekonomi dan jalinan perdagangan antara Ekonomi-ekonomi APEC. ABTC ini dikeluarkan dalam dua (2) bentuk, iaitu kad fizikal dan kad maya (virtual card).
4. ABTC hanya dikeluarkan kepada warganegara daripada Ekonomi APEC yang menyertai Skim ini sahaja, di mana buat masa ini, terdapat hanya 19 Ekonomi daripada 21 Ekonomi APEC yang menyertai Skim ABTC secara sepenuhnya, iaitu Australia, Brunei Darussalam, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, Malaysia, New Zealand, Peru, Filipina, Papua New Guinea, Singapura, Thailand,
Taiwan, Rusia dan Vietnam. Dua (2) Ekonomi yang tidak menyertai Skim ini secara sepenuhnya ialah Amerika Syarikat dan Kanada. Walau bagaimanapun, status penyertaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa.
C. PEMOHON YANG LAYAK
5. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:
i. merupakan warganegara Malaysia dan pemegang Pasport Malaysia Antarabangsa yang sah;
ii. tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah;
iii. bebas daripada senarai hitam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Senarai Syak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); dan
iv. mempunyai keperluan melakukan perjalanan kerap bagi urusan perniagaan dan pelaburan dalam rantau Ekonomi APEC (penilaian berdasarkan skop kerja dan peranan jawatan dalam organisasi).
D. KATEGORI PEMOHON
6. Terdapat empat (4) kategori pemohon yang layak untuk memohon ABTC, di mana pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat khusus yang telah ditetapkan bagi setiap kategori berikut:
i. Ahli Perniagaan dan Pelabur
Ahli perniagaan dan pelabur yang memegang jawatan tertinggi (C-Suite1) atau sekurang-kurangnya memegang jawatan di peringkat pengurusan (managerial level)2 dalam:
• organisasi/syarikat Milikan Tunggal (Enterprise), Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd), Berhad/Awam Berhad, termasuk bidang profesional (kejuruteraan, perakaunan, guaman dan perubatan) dengan skop kerja jelas yang mempengaruhi kepentingan industri; atau
• organisasi/syarikat di luar negara yang mempunyai hubungan jelas dengan organisasi/syarikat di Malaysia, sama ada mempunyai struktur usaha sama (joint venture structure) dengan organisasi/syarikat atau mempunyai pejabat cawangan (branch office) di Malaysia atau telah melantik organisasi/syarikat di Malaysia sebagai pengedar barangan/agen dan setara.
1Nota: C-Suite – CEO, CFO, CTO, COO dan sebagainya.
2Nota: Permohonan bagi C-Suite selain CEO dan peringkat pengurusan (managerial level) hendaklah dibuat melalui CEO/Pengarah Syarikat.
ii. Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia
Pemegang jawatan bertaraf C-Suite atau Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat/organisasi dengan skop kerja jelas yang mempengaruhi kepentingan industri. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pengarah Sumber Manusia Syarikat.
iii. Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri
• Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri/Premier, Timbalan Menteri Besar/Ketua Menteri/Premier.
• Ahli Dewan Negara (DN), Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang aktif dan kerap terlibat dengan mesyuarat/acara peringkat antarabangsa yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan dan pelaburan di Ekonomi-ekonomi APEC. Pemohon hendaklah memohon melalui Ketua Pentadbir Parlimen (bagi ahli DN dan DR) atau Ketua Pentadbir/Setiausaha DUN (bagi ahli DUN).
iv. Pegawai Kerajaan
Pegawai Kerajaan Gred 52 dan ke atas di Kementerian/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri yang aktif dan kerap terlibat dengan mesyuarat/acara peringkat antarabangsa yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan dan pelaburan di Ekonomi-ekonomi APEC. Pemohon hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan3.
3Nota: Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif dan setara, atau Timbalan-timbalan dan setara.
7. Pemohon hendaklah mendapatkan Surat Sokongan daripada Bahagian Hubungan Serantau dan Antarabangsa (BHSA), MITI selaku Kementerian bertanggungjawab bagi permohonan Surat Sokongan ABTC di Malaysia.
8. Pemohon dalam kategori Ahli Perniagaan dan Pelabur juga boleh mendapatkan Surat Sokongan daripada Pihak-pihak Yang Dilantik seperti Lampiran 1.
E. PERMOHONAN YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN
9. Permohonan ABTC yang tidak layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:
i. pekerja berwarganegara Malaysia yang bekerja di luar negara di syarikat/organisasi yang tidak mempunyai hubungan jelas dengan syarikat/organisasi di Malaysia;
ii. ahli sukan, wartawan, penghibur, pemuzik dan lain-lain yang sealiran; atau
iii. pekerja dalam industri yang tidak dibenarkan seperti pub, perjudian, nombor ramalan dan industri yang terlibat dengan pasaran gelap (black market).
F. TATACARA PERMOHONAN SURAT SOKONGAN DARI DALAM DAN LUAR NEGARA
(Carta alir proses permohonan ABTC adalah seperti Lampiran 2; Matriks penerangan bagi setiap kategori dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan ABTC adalah seperti Lampiran 3; dan Senarai Semak Permohonan ABTC adalah seperti Lampiran 4)
10. Pemohon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i. borang permohonan ABTC (seperti di Lampiran 5 atau boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI dan JIM);
ii. surat permohonan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat dengan pengesahan maklumat seperti berikut:
• nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan nombor pasport;
• jawatan dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat;
• justifikasi permohonan ABTC; dan
• deskripsi tugas pemohon.
iii. salinan kad pengenalan;
iv. salinan pasport Malaysia, termasuk muka surat depan yang mengandungi butiran dan tandatangan pemohon, di mana tempoh sah laku pasport hendaklah melebihi tiga (3) tahun;
v. gambar berukuran pasport berlatarbelakangkan biru (dua keping);
Item (vi) hingga (viii) terpakai untuk pemohon daripada kategori Ahli Perniagaan dan Pelabur termasuk bidang profesional5 (kejuruteraan,
perakaunan, guaman dan perubatan) serta kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia (kesemua dokumen hendaklah disahkan):
vi. salinan surat lantikan jawatan (appointment letter);
vii. salinan carta organisasi syarikat;
viii. salinan profil syarikat;
a. pemohon yang berada di dalam negara
• salinan profil syarikat yang dijana Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- untuk syarikat yang berdaftar sebelum Januari 2017 (tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang terkandung dalam:
• Borang 8 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Awam - Certificate of Incorporation of Public Company) atau Borang 9 (Sijil Pendaftaran Syarikat - Certificate of Incorporation of Private Company);
• Borang 13 (maklumat pertukaran nama syarikat - Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) – jika berkaitan;
• Borang 24 (maklumat pemegang saham - return of allotment of shares); dan
• Borang 48 (akuan pengarah mengenai saham - Statutory Declaration by Director of Entitlement to Qualification Shares) atau Borang 49 (maklumat pengarah, pengurus dan Setiausaha Syarikat -
return giving particulars in register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars).
- untuk syarikat yang berdaftar pada Januari 2017 dan selepasnya (tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat- maklumat yang terkandung dalam:
• Seksyen 14 (maklumat/Sijil Pendaftaran Syarikat - application for registration of a Company Limited by Guarantee);
• Seksyen 28 (maklumat pertukaran nama syarikat
- application for change of name) – jika berkaitan;
• Seksyen 58 (maklumat pengarah, pengurus dan Setiausaha Syarikat - notification of change in the register of Directors, Managers and Secretaries); xxx
• Xxxxxxx 78 (maklumat pemegang saham - return for allotment of shares).
b. pemohon yang berada di luar negara
• salinan profil syarikat yang dijana oleh Pengawal Selia Pendaftaran Perniagaan (business registration regulator) di negara berkaitan;
• salinan Permit Kerja atau Kad Penduduk Tetap bagi pemohon yang menetap di Luar Malaysia; dan
• salinan dokumen perniagaan mengenai struktur usaha sama (joint venture structure) dengan organisasi/syarikat di Malaysia, atau dokumen mengenai pembukaan/operasi pejabat cawangan (branch office) di Malaysia, atau
dokumen lantikan organisasi/syarikat di Malaysia sebagai pengedar barangan/agen dan setara.
5Nota: pemohon daripada bidang profesional hendaklah mendapatkan surat pengesahan bidang profesional pemohon daripada badan-badan ikhtisas (seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Badan Peguam Malaysia dan lain-lain)
11. Tambahan dokumen bagi permohonan daripada kategori Ahli Perniagaan dan Pelabur termasuk bidang profesional5 (kejuruteraan, perakaunan, guaman dan perubatan):
ix. profil syarikat/brosur/Laporan Tahunan Syarikat/salinan dokumen-dokumen perniagaan yang menunjukkan urusan/projek di luar negara (kesemua dokumen hendaklah disahkan) seperti:
• jemputan ke persidangan antarabangsa/pameran perdagangan di luar negara (invitations to international conference/overseas trade shows, fairs or exhibitions); dan
• kontrak dan/atau perjanjian perniagaan/pelaburan (contracts and/or business/investment agreements) dengan organisasi/ syarikat antarabangsa; dan/atau
• jemputan ke persidangan antarabangsa/pameran perdagangan di luar negara (invitations to international conference/overseas trade shows, fairs or exhibitions); dan/atau
• profil syarikat rakan perniagaan yang menerima barang/perkhidmatan (company profile of the reputable
business clients who receive a good/service from the business); dan/atau
• sebarang dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan keperluan perjalanan ke luar negara atas urusan berkaitan perniagaan (any other third party documents which can identify you, your business and your need to travel for business related purposes).
12. Tambahan dokumen bagi permohonan daripada kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia:
x. surat pengesahan daripada Setiausaha Syarikat (Company Secretary) yang menyatakan syarikat merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) atau Syarikat- syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia.
13. Permohonan yang lengkap termasuk dokumen-dokumen berkaitan yang disenaraikan hendaklah dikemukakan sendiri atau melalui wakil (perlu sertakan Surat Kuasa berkepala surat organisasi/syarikat, contoh Surat Kuasa adalah seperti di Lampiran 6) atau secara pos/kurier ke Ibu Pejabat MITI seperti alamat di bawah dalam dua (2) salinan6:
Pengarah Kanan
Bahagian Hubungan Serantau dan Antarabangsa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Aras 13, Menara MITI
No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxx Xxxx 00000 XXXXX XXXXXX
(u.p.: Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC)
6Nota: Sekiranya terdapat organisasi/syarikat yang mengemukakan dua (2) permohonan atau lebih pada satu-satu masa, dokumen-dokumen di item (vii) dan (viii) serta tambahan dokumen (ix) dan (x) masing-masing boleh dikemukakan dalam dua (2) salinan sahaja.
14. Permohonan yang lengkap juga boleh dikemukakan melalui e-mel ke xxxx@xxxx.xxx.xx.
15. Tempoh masa bagi proses permohonan Surat Sokongan MITI atau Pihak-pihak Yang Dilantik adalah 14 hari bekerja.
16. Status permohonan Surat Sokongan MITI akan dimaklumkan kepada pemohon melalui e-mel dan MITI akan mengemukakan Surat Sokongan berkenaan beserta semua dokumen-dokumen berkaitan kepada JIM. Namun, pemohon yang berhasrat untuk menyerahkan sendiri dokumen- dokumen berkenaan kepada JIM boleh berbuat demikian dengan sewajarnya dengan menyatakan hasrat berkenaan dalam borang Senarai Semak.
17. Pemohon dalam kategori Ahli Perniagaan dan Pelabur yang memohon daripada Pihak-pihak Yang Dilantik seperti Lampiran 1 hendaklah menyemak proses permohonan Surat Sokongan yang berkaitan perenggan 13, 14 dan 16 daripada Pihak-pihak Yang Dilantik berkenaan.
G. TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN DI XXX
18. Keputusan bagi setiap permohonan ABTC peringkat Malaysia akan dikeluarkan oleh JIM dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaaan Surat Sokongan MITI atau Pihak-pihak Yang Dilantik.
19. Permohonan yang berjaya di peringkat Malaysia akan menerima nombor permohonan melalui e-mel daripada MITI untuk mengakses ke laman sesawang ABTC (xxxxx://xxx.xxxx-xxx.xxx/xxxx- core/status/check.html).
20. Pemohon juga boleh memuat turun aplikasi Virtual ABTC (VABTC) di App Store atau Play Store menggunakan telefon pintar masing-masing bagi mendapat kemas kini kelulusan daripada Ekonomi-ekonomi APEC secara langsung dengan memasukkan nombor permohonan yang diberikan MITI.
21. Permohonan yang tidak berjaya akan dimaklumkan MITI atau Pihak- pihak Yang Dilantik melalui e-mel.
H. TEMPOH KELULUSAN EKONOMI-EKONOMI APEC
22. Kelulusan daripada 18 Ekonomi APEC mengambil tempoh sehingga enam (6) bulan, tertakluk kepada kelulusan Ekonomi-ekonomi APEC yang terlibat berkenaan.
I. TEMPOH SAH LAKU ABTC
23. Tempoh sah laku ABTC ini adalah maksimum lima (5) tahun.
J. KADAR BAYARAN
24. Bayaran hendaklah dijelaskan ketika pengambilan kad dengan kadar bayaran berdasarkan Akta Fi 1951 [(P.U.(A) 167 berkuat kuasa 15 Mei 2000] adalah seperti berikut:
i. Pemegang Pasport Malaysia - RM100.00
ii. Pemegang Pasport Diplomatik - Percuma
iii. Pemegang Pasport Rasmi - Percuma
K. KUTIPAN DAN CETAKAN KAD FIZIKAL
25. Pemohon yang telah mendapat kelulusan daripada 18 Ekonomi APEC dalam tempoh enam (6) bulan, perlu hadir di Pejabat Imigresen untuk membuat bayaran dan membuat kutipan kad seperti alamat di bawah:
Jabatan Imigresen Malaysia No. 15, Tingkat 5 (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62550 W.P. PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC)
26. Individu yang hadir sebagai wakil pemohon di Pejabat Imigresen perlu mengemukakan Surat Kuasa/Wakil daripada syarikat dan salinan kad pengenalan Wakil hendaklah disertakan sebagai lampiran.
27. Pemegang ABTC yang membuat pembaharuan pasport dibenarkan untuk mencetak semula kad (dengan bayaran cetakan) tertakluk kepada tempoh kelulusan ABTC sedia ada sekurang-kurangnya setahun sahaja.
28. Bagi kehilangan ABTC, cetakan semula kad yang hilang boleh dibuat (dengan bayaran cetakan) dan hendaklah disertakan dengan sesalinan laporan Polis dan pasport semasa.
29. Bagi pemohon yang memerlukan ABTC dengan segera, pemohon dibenarkan untuk mencetak Kad Interim sebanyak satu (1) kali sahaja dengan kadar bayaran RM100.00 setelah mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya sembilan (9) Ekonomi APEC sahaja.
L. KAD MAYA (VIRTUAL CARD)
30. Kad maya melalui aplikasi Virtual ABTC yang boleh dimuat naik di App Store atau Play Store tidak dikenakan sebarang bayaran. Pemegang kad boleh menggunakan kemudahan kad maya ini secara terus di pintu masuk.
M. ABTC TAMAT TEMPOH
31. Pemegang ABTC yang telah tamat tempoh boleh memohon ABTC baharu mengikut syarat-syarat semasa yang sedang berkuat kuasa, termasuk syarat tambahan, iaitu pemohon hendaklah dalam tempoh lima
(5) tahun terdahulu telah melakukan perjalanan ke Ekonomi-ekonomi APEC sekurang-kurangnya lima (5) kali.
N. TARIKH KUAT KUASA
32. Pemakaian Garis Panduan Permohonan Kad Perjalanan Perniagaan APEC/APEC Business Travel Card (ABTC) ini berkuat kuasa dari tarikh Garis Panduan ini dikeluarkan.
LAMPIRAN 1
Senarai Pihak-Pihak Yang Dilantik
1. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Malaysian Investment Development Authority - MIDA).
2. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Malaysia External Trade Development Corporation - MATRADE).
3. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia - SMECORP).
4. Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers - FMM).
5. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Malay Chamber of Commerce Malaysia – MCCM).
6. Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
(Associated Chinese Chamber of Commerce & Industry of Malaysia
- ACCCIM).
7. Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce & Industry
(MAICCI).
8. Suruhanjaya Pembekal Perkhidmatan Malaysia (Malaysian Service Providers Confederation - MSPC).
9. Malaysian International Chamber of Commerce & Industry (MICCI).
LAMPIRAN 2
Carta Alir Proses Permohonan ABTC
Mula
Proses
kelulusan JIM/Malaysia
Tolak
Tapisan
keselamatan
Lulus
Proses kelulusan
Ekonomi-ekonomi APEC
Cetakan dan pembayaran ABTC
Tamat
Cetak dan bayar ABTC
Kelulusan 19 Ekonomi- ekonomi APEC
Nombor permohonan ABTC akan di-e-mel kepada pemohon
XXX
Pemohon
Proses Permohonan Surat Sokongan MITI atau Pihak-pihak Yang Dilantik
Tolak
Semakan
Lulus
Status permohonan akan di-e-mel kepada pemohon
Pihak-pihak Yang Dilantik
MITI
LAMPIRAN 3
Penerangan bagi Setiap Kategori dan Dokumen-dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan Kad Perniagaan Perjalanan APEC
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
Penerangan bagi setiap Kategori | Ahli perniagaan dan pelaburan yang memegang jawatan tertinggi (C-Suite1) atau sekurang-kurangnya memegang jawatan di peringkat pengurusan (managerial level) dalam: • organisasi/syarikat Milikan Tunggal (Enterprise), Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd), Berhad/Awam Berhad, termasuk bidang profesional (kejuruteraan, perakaunan, guaman dan perubatan) dengan skop kerja jelas yang mempengaruhi kepentingan industri; atau • organisasi/syarikat di luar negara yang mempunyai hubungan jelas dengan organisasi/syarikat di | Pemegang jawatan bertaraf C- Suite atau Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat/organisasi dengan skop kerja jelas yang mempengaruhi kepentingan industri. | • Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri/Premier, Timbalan Menteri Besar/Ketua Menteri/Premier. • Ahli Dewan Negara (DN), Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang aktif dan kerap terlibat dengan mesyuarat/acara peringkat antarabangsa yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan dan pelaburan di Ekonomi-ekonomi APEC. | Pegawai Kerajaan Gred 52 dan ke atas di Kementerian/Jabatan/Agensi/Pi hak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri yang aktif dan kerap terlibat dengan mesyuarat/acara peringkat antarabangsa yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan dan pelaburan di Ekonomi-ekonomi APEC. |
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
Malaysia, sama ada mempunyai struktur usaha sama (joint venture structure) dengan organisasi/syarikat atau mempunyai pejabat cawangan (branch office) di Malaysia atau telah melantik organisasi/syarikat di Malaysia sebagai pengedar barangan/agen dan setara. 1Nota: C-Suite – CEO, CFO, CTO, COO dan sebagainya. | ||||
Dokumen- dokumen yang diperlukan | 1. Borang permohonan ABTC (dimuat turun dari laman sesawang MITI atau Jabatan Imigresen Malaysia - JIM). 2. Surat permohonan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat dengan pengesahan maklumat seperti berikut: • nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan nombor pasport; • jawatan dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat; • justifikasi permohonan ABTC; dan • deskripsi tugas pemohon. 3. Salinan kad pengenalan. 4. Salinan pasport Malaysia, termasuk muka surat depan yang mengandungi butiran dan tandatangan pemohon, dengan tempoh sah laku pasport hendaklah melebihi tiga (3) tahun. 5. Gambar berukuran pasport berlatarbelakangkan biru (dua keping). | |||
Nota: Permohonan hendaklah dibuat melalui CEO/Pengarah Syarikat. | Nota: Permohonan hendaklah dibuat melalui Pengarah Sumber Manusia Syarikat. | Nota: Pemohonan dalam kalangan Ahli Dewan Negara (DN), Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang aktif dan kerap terlibat dengan mesyuarat/acara peringkat antarabangsa yang berkaitan langsung dengan urusan perdagangan dan | Nota: Pemohonan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan2. 2Nota: Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif dan setara, atau Timbalan-timbalan dan setara. |
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
pelaburan di Ekonomi-ekonomi APEC hendaklah memohon melalui Ketua Pentadbir Parlimen (bagi ahli DN dan DR) atau Ketua Pentadbir/Setiausaha DUN (bagi ahli DUN). | ||||
6. Salinan surat lantikan jawatan (appointment letter). 7. Salinan carta organisasi syarikat. 8. Salinan profil syarikat: a. Pemohon yang berada di dalam negara • profil syarikat yang dijana Suruhanjaya Syarikat Malaysia - untuk Syarikat yang berdaftar sebelum Januari 2017 (tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang terkandung dalam: o Borang 8 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Awam - Certificate of Incorporation of Public Company) atau Borang 9 (Sijil Pendaftaran Syarikat - Certificate of Incorporation of Private Company); o Borang 13 (maklumat pertukaran nama syarikat - Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) – jika berkaitan; o Borang 24 (maklumat pemegang saham - Return of Allotment of Shares); dan o Borang 48 (akuan pengarah mengenai saham - Statutory Declaration by Director of Entitlement to Qualification Shares) atau Borang 49 (maklumat pengarah, pengurus dan Setiausaha Syarikat - Return Giving Particulars In Register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars). |
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
- untuk Syarikat yang berdaftar pada Januari 2017 dan selepasnya (tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat- maklumat yang terkandung dalam: o Seksyen 14 (maklumat/Sijil Pendaftaran Syarikat - Application for Registration of a Company Limited bBy Guarantee); o Seksyen 28 (maklumat pertukaran nama syarikat - Application for change of name) – jika berkaitan; o Seksyen 58 (maklumat pengarah, pengurus dan Setiausaha Syarikat - Notification of change in the Register of Directors, Managers and Secretaries); dan o Seksyen 78 (maklumat pemegang saham - Return for allotment of shares). b. Pemohon yang berada di luar negara • profil syarikat yang dijana oleh Pengawal Selia Pendaftaran Perniagaan (business registration regulator) di negara berkaitan; • salinan Permit Kerja atau Kad Penduduk Tetap bagi pemohon yang menetap di Luar Malaysia; dan • salinan dokumen perniagaan mengenai struktur usaha sama (joint venture structure) dengan organisasi/syarikat di Malaysia, atau dokumen mengenai pembukaan/operasi pejabat cawangan (branch office) di Malaysia atau dokumen lantikan organisasi/syarikat di Malaysia sebagai pengedar barangan/ agen dan setara. Nota: • pemohon daripada bidang profesional hendaklah mendapatkan surat pengesahan bidang profesional pemohon daripada badan-badan ikhtisas (seperti Lembaga Jurutera |
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Badan Peguam Malaysia dan lain-lain). • dokumen-dokumen di item 6 - 8 hendaklah disahkan. | ||||
9. Profil syarikat/brosur/Laporan Tahunan Syarikat/salinan dokumen-dokumen perniagaan yang menunjukkan urusan/ projek di luar negara (kesemua dokumen hendaklah disahkan) seperti: • jemputan ke persidangan antarabangsa/pameran perdagangan di luar negara (invitations to international conference/overseas trade shows, fairs or exhibitions); dan • kontrak dan/atau perjanjian perniagaan/pelaburan (contracts and/or business/investment agreements) dengan organisasi/syarikat antarabangsa; dan/atau • profil syarikat rakan perniagaan yang | 9. Surat pengesahan daripada Setiausaha Syarikat (Company Secretary) yang menyatakan syarikat merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) atau Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia. |
Ahli Perniagaan dan Pelabur | Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | Ahli Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri | Pegawai Kerajaan | |
menerima barang/perkhidmatan (company profile of the reputable business clients who receive a good/service from the business); dan/atau • sebarang dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan keperluan perjalanan ke luar negara atas urusan berkaitan perniagaan (any other third party documents which can identify you, your business and your need to travel for business related purposes). |
LAMPIRAN 4
SENARAI SEMAK
PERMOHONAN SURAT SOKONGAN UNTUK KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC
Nama Pemohon | : | |
Nama Organisasi/Syarikat | : |
|
Bil. | Dokumen-dokumen Yang Diperlukan (disediakan dalam 2 salinan bagi penghantaran secara serahan tangan/ pos) | Tandakan (√) | |
1. | Borang Permohonan ABTC (boleh dimuat turun daripada laman sesawang MITI atau Jabatan Imigresen Malaysia - JIM) | ||
2. | Surat Permohonan (cover letter) daripada Kementerian/JabatanAgensi Kerajaan/syarikat dengan pengesahan maklumat seperti berikut: i. nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan nombor pasport; ii. jawatan dalam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat; iii. justifikasi permohonan ABTC; dan iv. deskripsi tugas pemohon. [Surat permohonan hendaklah dicetak menggunakan kepala surat (letterhead) Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat, beralamatkan MITI (seperti di atas). Sila rujuk perkara 6 dalam Garis Panduan Permohonan ABTC 2024 untuk mendapatkan maklumat mengenai peringkat pegawai yang diiktiraf untuk menandatangani surat permohonan ini]. | ||
3. | Salinan kad pengenalan | ||
4. | Salinan pasport Malaysia, termasuk muka surat depan yang mengandungi butiran dan tandatangan pemohon (tempoh sah laku pasport hendaklah melebihi 3 tahun) | ||
5. | Gambar berukuran pasport berlatarbelakangkan biru (dua keping) | ||
Pemohon daripada kategori: • Ahli Perniagaan dan Pelabur; dan • Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia | |||
6. | Salinan surat lantikan jawatan | ||
7. | Salinan carta organisasi syarikat | ||
Pemohon Yang Bermastautin di Malaysia: | |||
8. | Salinan Profil Syarikat* yang dijana Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) • Untuk syarikat yang berdaftar sebelum Januari 2017 (tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang terkandung dalam: i. Borang 8 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Awam - Certificate of Incorporation of Public Company) atau Borang 9 (Sijil Pendaftaran Syarikat - Certificate of Incorporation of Private Company); |
Bil. | Dokumen-dokumen Yang Diperlukan (disediakan dalam 2 salinan bagi penghantaran secara serahan tangan/ pos) | Tandakan (√) |
ii. Borang 13 (maklumat pertukaran nama syarikat - Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) – jika berkaitan; iii. Borang 24 (maklumat pemegang saham - return of allotment of shares); dan iv. Borang 48 (akuan pengarah mengenai saham - Statutory Declaration by Director of Entitlement to Qualification Shares) atau Borang 49 (maklumat pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat - return giving particulars in register of Directors, Managers and Secretaries and changes of particulars). • Untuk syarikat yang berdaftar pada Januari 2017 dan selepasnya (tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016), profil syarikat ini hendaklah mengandungi maklumat-maklumat yang terkandung dalam: i. Seksyen 14 (maklumat/Sijil Pendaftaran Syarikat - application for Registration of a Company Limited by Guarantee); ii. Seksyen 28 (maklumat pertukaran nama syarikat - application for change of name) – jika berkaitan; iii. Seksyen 58 (maklumat pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat - notification of change in the Register of Directors, Managers and Secretaries); dan iv. Seksyen 78 (maklumat pemegang saham - return for allotment of shares). | ||
Xxxxxxx Xxxx TIDAK Bermastautin di Malaysia: | ||
9. | Salinan Profil syarikat* yang dijana oleh Pengawal Selia Pendaftaran Perniagaan (business registration regulator) di negara berkaitan | |
10. | Salinan Permit Kerja atau Kad Penduduk Tetap* | |
11. | Salinan dokumen perniagaan* [Contoh: struktur usaha sama (joint venture structure) dengan organisasi/syarikat di Malaysia, atau dokumen mengenai pembukaan/operasi pejabat cawangan (branch office) di Malaysia, atau dokumen lantikan organisasi/syarikat di Malaysia sebagai pengedar barangan/agen dan setara)] | |
Pemohon daripada kategori Ahli Perniagaan dan Pelabur termasuk bidang profesional | ||
12. | Profil syarikat/brosur/Laporan Tahunan Syarikat/salinan dokumen-dokumen perniagaan yang menunjukkan urusan/projek di luar negara* (Contoh: jemputan ke persidangan antarabangsa/pameran perdagangan di luar negara; dan kontrak dan/atau perjanjian perniagaan dengan organisasi/syarikat antarabangsa; dan/atau profil syarikat rakan perniagaan yang menerima barang/perkhidmatan; dan/atau sebarang dokumen daripada pihak ketiga yang boleh membuktikan keperluan perjalanan ke luar negara atas urusan berkaitan perniagaan) | |
Pemohon daripada Bidang Profesional sahaja | ||
13. | Surat Pengesahan Bidang Profesional daripada badan-badan ikhtisas (Contoh: Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Badan Peguam Malaysia dll) | |
Pemohon daripada kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) dan Syarikat- syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia sahaja | ||
14. | Surat Pengesahan daripada Setiausaha Syarikat (Company Secretary) yang menyatakan syarikat merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri) atau Syarikat-syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia. |
Bil. | Dokumen-dokumen Yang Diperlukan (disediakan dalam 2 salinan bagi penghantaran secara serahan tangan/ pos) | Tandakan (√) |
Permohonan Kali kedua dan Seterusnya bagi ABTC Tamat Tempoh | ||
15. | Salinan pasport Malaysia*, termasuk muka surat yang dicop imigresen dan/ atau bukti perjalanan ke Ekonomi-ekonomi APEC [telah melakukan perjalanan ke Ekonomi-ekonomi APEC sekurang-kurangnya lima (5) kali dalam tempoh lima (5) tahun] |
NOTA: Dokumen-dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak ini hendaklah dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada MITI. Dokumen yang bertanda [*] hendaklah dperakukan benar (certified true copy) oleh Setiausaha Syarikat Berlesen (Company Secretary)/Xxxxxxxxxxx Xxxxxx (Commissioner of Oath)/Notari Awam (Notary Public)
Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami syarat-syarat seperti yang diperuntukkan di bawah:
• permohonan untuk Surat Sokongan ABTC MITI adalah untuk rakyat Malaysia sahaja.
• permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya didapati pemohon/organisasi/syarikat dengan sengaja mengemukakan sebarang maklumat atau dokumentasi PALSU.
• kelulusan muktamad untuk permohonan ABTC adalah tertakluk kepada penilaian MITI dan JIM mengikut undang-undang, peraturan dan dasar berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
• MITI akan menyerahkan semua dokumen kepada XXX Xxxxxxxxx bagi pemohon yang berjaya mendapatkan Surat Sokongan MITI. Walau bagaimanapun, sila nyatakan di bawah jika pemohon memilih untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan terus ke JIM Putrajaya. Xxxxxxxxx memilih untuk mengemukakan sendiri ke JIM Putrajaya, Surat Sokongan MITI akan dihantar ke alamat syarikat yang berdaftar dengan SSM.
• serahan dan pengambilan Surat Sokongan MITI HANYA boleh dibuat oleh pemohon atau wakil syarikat yang diberi kuasa SAHAJA.
Sila nyatakan jika Pemohon atau Wakil Sah berhasrat untuk mengemukakan sendiri Surat Sokongan MITI dan dokumen yang diperlukan ke JIM Putrajaya | Ya/ Tidak | ||
Tandatangan | : |
| |
Nama | : |
| |
Jawatan | : |
| |
Nombor Telefon | : |
| |
Alamat E-mel | : |
| |
KEGUNAAN MITI SAHAJA | |||
Diterima Oleh | : |
| |
Tarikh | : |
| |
Catatan | : | Dokumen Lengkap Dokumen Tidak lengkap | |
Nota (jika ada) : | |||
KIV Justifikasi: _ |
LAMPIRAN 5
LAMPIRAN 6
Contoh Surat Kuasa
-Kepala Surat Organisasi/Syarikat-
Rujukan : Tarikh :
Pengarah Kanan
Bahagian Hubungan Serantau dan Antarabangsa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Aras 13, Menara MITI
No. 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxx Xxxxx Xxxx
50480 KUALA LUMPUR
Tuan,
SURAT KUASA PERMOHONAN KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC (APEC BUSINESS TRAVEL CARD – ABTC)
Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.
2. Dengan ini saya mengesahkan ( Penama/No. K/P ) telah diberi kuasa untuk mengemukakan dan mengendalikan semua permohonan surat Sokongan ABTC untuk ( Nama Pemohon No. K/P/No. Pasport )
Nama : (yang diberi kuasa) No. Kad Pengenalan : (yang diberi kuasa) No. telefon : (yang diberi kuasa)
Alamat emel : (yang diberi kuasa)
Sekian, terima kasih.
(Tandatangan Wakil Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan/syarikat)