Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.11/2022: MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG | 210107/ 210111 | 3 OGOS 2022 / | 15 OGOS 2022 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Sesi Taklimat adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga dan akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 8 Ogos 2022 (Isnin) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Weld Quay B, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No.1A, Pesara King Xxxxxx 10300 George Town, Pulau Pinang Pegawai yang dihubungi : Encik Haffian bin Mahalim (012-965 1481) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SEBUT HARGA BIL.11/2022: MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG. |
5. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 15 Ogos 2022 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak.
6.
Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 3 Ogos 2022
Borang A
Bil. | Perihal barang-barang/perkhidmatan | Harga (RM) |
SEBUT HARGA BIL. 11/2022 MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG SILA LIHAT DI LAMPIRAN A |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Ringgit Malaysia :
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Menyelesaikan penetration testing dalam tempoh 4 minggu ......** Boleh/ Tidak Boleh.......
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga: Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan :
Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
** Sila potong yang tidak berkenaan.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut harga Untuk Bekalan / Perkhidmatan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PERATURAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir perkhidmatan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
2. KEGAGALAN PENYEBUTHARGA MEMULAKAN PERKHIDMATAN
Sekiranya Penyebutharga gagal memulakan perkhidmatan selepas tujuh
(7) hari dari tarikh akhir tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Penyebutharga.
3. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK PERKHIDMATAN
Penyebutharga tidak dibenarkan mengsub-sewakan Perkhidmatan kepada syarikat-syarikat lain. Penyebutharga tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. PENOLAKAN MUTU HASIL PERKHIDMATAN OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
4.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak mutu hasil perkhidmatan dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
5. RINGKASAN SEBUT HARGA
5.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
5.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Perkhidmatan dengan sempurnanya.
5.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
5.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebutharga hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
5.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 5.4 tersebut di atas apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
5.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
6. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
6.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Penyebutharga hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
6.2 Jika Penyebutharga mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
7. KEGAGALAN PENYEBUTHARGA MENYIAPKAN PERKHIDMATAN DAN PENAMATAN PERLANTIKAN PENYEBUTHARGA
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Penyebutharga berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Penyebutharga masih gagal menyiapkan Perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Perkhidmatan terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Perkhidmatan, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Penyebutharga diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
8. PERUBAHAN PERKHIDMATAN
8.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan perkhidmatan dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
8.2 Semua perkhidmatan perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Kontraktor hendaklah digunakan.
9. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran hanya akan dibayar setelah Penyebutharga menyiapkan perkhidmatan dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
10. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH PENYEBUTHARGA
Perkhidmatan hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan perkhidmatan. Penyebutharga tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
11. PENALTI LEWAT BEKAL PERKHIDMATAN
Penalti lewat bekal perkhidmatan bagi sehari adalah seperti berikut: Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Kontrak x Bilangan Hari Yang Lewat
--------------------------
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL.11/2022: MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
Saya, nombor kad pengenalan
yang mewakili nombor Pendaftaran
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses sebutharga atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan- tindakan berikut diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi sebut harga di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana oang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25(20 akta yang sama, apabila disabitkan boleh dedenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
4. Saya sesungguhnya faham bahawa kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini mematuhi perkara 2 dalam surat akuan ini boleh menyebabkan saya atau mana-mana orang mewakili syarikat ini didakwa bagi kesalahan* di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah undang- undang masing-masing.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperolehi atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
Cop Syarikat :
(i) * termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif “kesalahan ditetapkan”) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ** Seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A(6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
Borang C
SENARAI SEMAK (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Urusetia Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh bekal) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Senarai Pengalaman Perkhidmatan / Projek Yang Berkaitan | ||
6. | *Jadual Pelaksanaan Penetration Testing Xxxx Xxxxxxxxx | ||
7. | *Senarai Kakitangan Teknikal Yang Berkelayakan beserta CV dan lampirkan sijil-sijil berkaitan i.e. Certified Ethical Hacker (CEH) or the Council of Registered Ethical Security Testers (CREST) | ||
8. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (April 2022, Mei 2022 dan Jun 2022) | ||
9. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Urusetia Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap akan tidak dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI SEBUT HARGA BAGI MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)
BIL | GENERAL SPECIFICATION | Compliance (YES/NO) * Please choose/circle/strike one | Tenderer Specification (Please specify clearly) * Compulsory to be filled | |||
SKOP PELAKSANAAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS DI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG | ||||||
1 | General Requirements | |||||
i. | Specification Schedule | All tenderer submitted in response to this Specification Schedule must contain appropriate response and documentation with respect to the requirements specified in this document. Tenderers must provide a point-by-point response to each requirement in this schedule along with documentary proof. | YES | NO | ||
ii. | Tenderers response | All tenderers responding to the bid specification shall include a written response to each numbered paragraph of the specification. | YES | NO | ||
iii. | Project past experience | Project past experience shall be attached together along with the company profile. | YES | NO | ||
iv. | Qualified Penetration Tester | Company shall provide CV and Professional Certificate on Penetration Testing technical CV. Certified Ethical Hacker (CEH) or the Council of Registered Ethical Security Testers (CREST). For company must comply and accredited to ISO 27001. | YES | NO |
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI SEBUT HARGA BAGI MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)
BIL | GENERAL SPECIFICATION | Compliance (YES/NO) * Please choose/circle/strike one | Tenderer Specification (Please specify clearly) * Compulsory to be filled | |||
2 | Penetration Testing Requirements | |||||
i | Type of Penetration Testing | Web application testing | YES | NO | ||
ii. | Web application security assessment | The scope for this assessment will cover Polaris System and its module: (a) DGIS (b) E- Bunkering (c) E- Bulk (Solid) (d) E-Bulk (Liquid) (e) E- Competency | YES | NO | ||
iii. | Vulnerability Identification | Vulnerability will be identified as below but are not limited to: (a) Cross-site Scripting (b) SQL Injection (c) Insecure Direct Object References (d) Improper Authentication and Authorisation (e) Usage of Outdated Software (f) Unreferenced File (backup, duplicates or old files) (g) Security Misconfiguration (h) Insecure Session Management (i) Business Logic | YES | NO |
LAMPIRAN A
SPESIFIKASI SEBUT HARGA BAGI MELAKSANAKAN PENETRATION TESTING UNTUK SISTEM POLARIS SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)
iv. | Tools and Software | Tenderer can use suggested tools and software to conduct testing as follows but are not limited to: (a) Burp Suite Professional (b) OWASP ZAP (c) Dirbuster (d) sqlmap (e) Recon-ng (f) Xxxxxxx.xx (g) XSStrike | YES | NO | ||
v. | Documentation | Tenderer shall provide: a) Details report based on the finding from Penetration Testing that have been conducted b) Method of testing that will be used c) Implementation schedule and duration of the testing that will be carried out | YES | NO |
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
14