Tune Protect Travel - AirAsia Pelan Dua Hala Antarabangsa (WPUA)
Tune Protect Travel - AirAsia Pelan Dua Hala Antarabangsa (WPUA)
Pelan insurans ini ditawarkan kepada individu yang membeli tiket penerbangan Antarabangsa Dua Hala (yang akan dirujuk sebagai “Orang yang Diinsuranskan/Anda”) daripada AirAsia Berhad (284669-W) atau AirAsia X Bhd. (734161-X) (AirAsia).
RINGKASAN MANFAAT
Perlindungan ini adalah seperti berikut:-
Manfaat | Jumlah yang Diinsuranskan | |
1. Manfaat Kemalangan Peribadi | ||
Kemalangan Peribadi - Kematian atau kecacatan akibat kemalangan | Sehingga RM200,000 | |
2. Manfaat Ketidakselesaan Perjalanan | ||
2(a) | Pembatalan Perjalanan - Bayaran balik untuk bahagian tiket dan penginapan yang tidak digunakan atau tidak boleh dipulangkan jika Anda tidak dapat menaiki Penerbangan yang Dijadualkan pada Tarikh Berlepas Pertama yang Dijadualkan akibat daripada kejadian Diinsuranskan | Sehingga RM5,000 |
2(b) | Memendekkan Tempoh Perjalanan - Bayaran balik untuk bahagian tiket dan penginapan yang tidak digunakan atau tidak boleh dipulangkan atau bayaran balik untuk kos tambahan Tiket Penerbangan jika Anda perlu pulang ke Malaysia lebih awal dari tarikh tiket pulang yang telah dibeli bagi sebab-sebab yang dilindungi. | Sehingga RM5,000 |
2(c) 2(c)i | Kerugian atau Kerosakan kepada Bagasi Didaftar Masuk - Melindungi kerugian atau kerosakan kepada bagasi didaftar masuk dan / atau kereta tolak bayi Penangguhan Bagasi - Untuk setiap 6 jam penangguhan berturut turut yang bermula daripada waktu ketibaan yang telah dijadualkan sehingga waktu menerima bagasi | Sehingga RM5,000 (RM150 untuk setiap satu bagasi didaftar masuk dan/atau RM300 untuk setiap satu kehilangan bagasi didaftar masuk) Sehingga RM800 (RM200.00 untuk setiap enam jam penangguhan berturut turut) |
2(d) | Jaminan Ketepatan Masa - Penangguhan penerbangan melebihi dua (2) jam penangguhan berturut turut dari waktu asal yang dijadualkan | Sehingga RM200.00 |
2(e) | Penangguhan Penerbangan AirAsia - Bayaran dengan kadar rata untuk setiap 6 jam penangguhan berikutnya dari penerbangan asal yang telah dijadualkan, tidak termasuk tempoh penangguhan diliputi dalam Seksyen 2 (d) Jaminan Ketepatan Masa | Sehingga RM1,050.00 (RM150.00 setiap 6 jam penangguhan berikutnya) |
2(f) | Penangguhan Pengangkutan Awam - Bayaran penuh untuk setiap kelewatan 6 jam berturut turut yang dikira dari masa asal bertolak untuk perjalanan yang dijadulkan oleh pengangkutan awam | Sehingga RM1,050.00 (RM150.00 untuk setiap 6 jam penangguhan berturut turut) |
2(g) | Ketinggalan Penerbangan Sambungan - Dengan syarat tiada penerbangan sambungan AirAsia yang boleh didapati dalam masa 6 jam dari jadual pelepasan penerbangan yang terlepas akibat daripada penangguhan penerbangan sambungan AirAsia. | Sehingga RM 600.00 (RM300.00 setiap 6 jam penangguhan berturut turut) |
2(h) | Kehilangan Wang Peribadi | Sehingga RM1,000.00 |
2(i) | Kos perbelanjaan akibat Kehilangan Dokumen Perjalanan | Sehingga RM1,000.00 |
2(j) | Mengubah Haluan Pernerbangan - Penangguhan lebih daripada 6 jam berturut-turut dari waktu ketibaan disebabkan oleh pengubahan haluan pernerbangan AirAsia Berjadual, akibat tindakan mogok / industri, keadaan cuaca yang buruk, kerosakan mekanikal atau sebab perubatan yang mengancam nyawa. | Sehingga RM450 (RM150 setiap 6 jam penangguhan berturut turut) |
2(k) | Elaun Rampasan Penerbangan - Apabila penerbangan anda dirampas dan Perjalanan Anda terganggu selama lebih daripada 6 jam berturut-turut | Sehingga RM 1,000 (RM500 setiap 6 jam tahanan berturut turut) |
2(l) | Faedah Penjagaan Rumah - Membayar kerugian fizikal atau kerosakan kepada Kandungan Rumah Anda di Malaysia akibat daripada berlakunya Kecurian di Rumah Anda ketika perjalanan. | Sehingga RM 3,000 |
3. Manfaat Perubatan dan Permindahan | ||
3(a) | Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan dan Penyakit - Bayaran balik kos perubatan yang dicaj akibat daripada kemalangan dan penyakit yang berlaku semasa perjalanan. | Sehingga RM175,000.00 (Akses sebanyak RM50.00 untuk setiap tuntutan) |
3(b) | Pemindahan Rawatan Kecemasan dan Penghantaran Balik Mayat - Bayaran balik bagi kos perbelanjaan akibat kematian, penyakit atau kecederaan yang tidak disengajakan | Sehingga RM300,000.00 |
3(c) | Lawatan Ehsan | Sehingga RM5,000.00 |
4. Liabiliti Peribadi | Sehingga RM500,000.00 | |
5. 24 jam Perkhidmatan Bantuan Perjalanan Seluruh Dunia | Termasuk |
Ver. 01.07.2017
Had-had lain bagi Pelan Dua Hala:-
a) Perlindungan dibawah adalah untuk perjalanan dalam lingkungan negara ketibaan sahaja. Sekiranya Anda mengembara melepasi garisan negara tersebut, perlindungan tidak akan diberikan untuk had geografi melepasi negara itu.
b) Jika Anda berlepas dengan mana-mana penerbangan terjadual, untuk perjalanan diluar Negara Ketibaan, perlindungan insurans ini akan digantung bermula apabila Anda mendaftar masuk untuk penerbangan keluar tersebut. Perlindungan akan disambung semula apabila Anda mendaftar keluar di bahagian Imigresen apabila pulang ke Negara Ketibaan Asal, bergantung kepada Tempoh Perlindungan, i.e dengan syarat tempoh tersebut masih didalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh berlepas pertama Penerbangan Terjadual Anda.
c) Jika Anda berlepas menggunakan apa sahaja jenis pengangkutan selain daripada penerbangan terjadual, untuk perjalanan keluar daripada Negara Ketibaan, perlindungan insurans ini akan digantung apabila Anda mendaftar keluar daripada bahagian Imigresen Negara Ketibaan. Perlindungan akan disambung semula apabila Anda mendaftar keluar di bahagian Imigresen apabila pulang ke Negara Ketibaan Asal, bergantung kepada Tempoh Perlindungan, i.e dengan syarat tempoh tersebut masih didalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh berlepas pertama Penerbangan Terjadual Anda.
d) Manfaat Ketidakselesaan Perjalanan dalam Tempoh Perlindungan semasa Perjalanan ini hanya terhad untuk Penerbangan Terjadual, didalam Negara Ketibaan sahaja.
e) Tempoh penerbangan mestilah tidak melebihi daripada tiga puluh (30) hari berturut-turut dari tarikh bermulanya penerbangan.
Tune Protect Travel - AirAsia - Pelan Dua Hala Antarabangsa (WPUA)
Apabila Anda telah memohon dan membayar premium untuk dilindungi oleh insurans ini dan memiliki salinan polisi Tune Protect Travel - AirAsia - Pelan Dua Hala Antarabangsa, Tune Protect Malaysia (yang akan dirujuk sebagai “Syarikat/Kami” selepas ini) bersetuju untuk melindungi individu (yang akan dirujuk sebagai “Orang yang Diinsuranskan/Anda” selepas ini) yang telah membeli tiket penerbangan antarabangsa Dua Hala daripada AirAsia Berhad atau AirAsia X Bhd. (AirAsia) terhadap sebarang kerugian seperti yang telah diinsuranskan di dalam Polisi Induk (yang akan dirujuk sebagai “Polisi”), tertakluk kepada pengecualian, pembatasan dan syarat yang terkandung di dalam Polisi.
Sijil Insurans | Merujuk kepada pengesahan Tune Protect Travel - AirAsia – Perjalanan Dua Hala Antarabangsa (WPUA) yang dikeluarkan secara elektronik apabila pembelian dibuat menerusi internet. |
Bagasi didaftar masuk | Merujuk kepada bagasi yang didaftar masuk dengan AirAsia dan disertakan dengan tag bagasi AirAsia. |
Perang Saudara | Bermaksud peperangan bersenjata antara dua atau lebih pihak dari satu negara yang sama dimana pihak- pihak tersebut terdiri daripada kumpulan yang berlainan etnik, agama dan ideologi. Definisi ini turut meliputi penentangan bersenjata, revolusi, hasutan, pemberontakan, rampasan kuasa dan kesan daripada undang-undang ketenteraan. |
Pengangkutan Awam | Bermaksud mana-mana pengangkutan darat, air dan udara, kecuali pergangkutan perjalanan udara berlesen, beroperasi di bawah lesen pengangkutan biasa untuk membawa penumpang yang membayar tambang, dan mana-mana pesawat yang mempunyai sayap tetap dan beroperasi di bawah syarikat penerbangan komersial yang mempunyai lesen bagi pengangkutan biasa untuk penumpang yang membayar tambang serta mempunyai jadual jalan laluan penerbangan tetap diantara lapangan terbang berlesen yang dikenali, sama ada diatur atau ditempah oleh Anda untuk bergerak dari satu-satu tempat dalam |
Definisi
Kemalangan | Bermaksud kejadian yang berlaku di luar kawalan dan berpunca daripada unsur- unsur luaran yang jelas dan ganas dan menyebabkan kecederaan fizikal |
AirAsia Kredit Shell | Merujuk kepada jumlah dikreditkan oleh AirAsia ke dalam AirAsia ID Anda |
Tiket Penerbangan (juga dikenali sebagai tempat duduk yang dibeli dari sistem e-tiket AirAsia ) | Bermaksud mana-mana tiket penerbangan yang dijadualkan untuk ke satu- satu destinasi pilihan Anda yang dikeluarkan oleh AirAsia. Perjalanan mestilah bermula dari Malaysia. Secara operasinya, surat pengesahan akan dikeluarkan secara elektronik bagi pembelian yang dibuat melalui internet, yang dikenali sebagai “Jadual Perjalanan”. Jadual Perjalanan tersebut akan digunakan sebagai Tiket Penerbangan. |
Asia Assistance | Merujuk kepada syarikat bantuan kecemasan dilantik oleh Kami |
Kecederaan Anggota Badan | Bermaksud kecederaan yang dialami oleh Anda yang hanya berlaku dan kesan secara langsung akibat daripada kemalangan luaran yang ngeri dan boleh dilihat kecuali kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh sebarang penyakit atau masalah kesihatan dan/atau apa-apa jenis penyakit yang disebabkan oleh kecederaan anggota badan dan/atau kecederaan yang berlaku secara beransur-ansur terhadap Anda. |
tempoh perjalanannya. | |
Negara Ketibaan | Merujuk kepada negara yang Anda dijadualkan untuk tiba |
Wabak Penyakit | Bermaksud penyakit yang merebak dengan pantas secara tiba-tiba dan memberi kesan dalam masa yang singkat, bilangan manusia yang besar di dalam satu kawasan geografi. Contohnya, SARS/Swine Flu (H1N1)/Bird Flu. |
Tarikh Pertama Perlepasan | Merujuk kepada tarikh berlepas seperti yang tertera di Jadual Penerbangan Anda. Tarikh ini juga akan berkuatkuasa sebagai tarikh permulaan Insurans seperti yang tertera di dalam Sijil Insurans. |
Peperangan Asing | Bermaksud peperangan bersenjata sama ada diisytiharkan atau tidak, diantara dua negara. |
Rampasan | Merujuk kepada penyitaan menyalahi undang-undang, atau menjalankan kawalan atau ancaman dengan kekerasan atau keganasan dengan niat salah |
Rumah | Merujuk kepada kediaman anda di Malaysia |
Kandungan Rumah | Merujuk kepada perabot rumah, lekapan, kelengkapan dan hiasan, pakaian dan barang-barang peribadi milik Anda yang kekal menetap di Malaysia. |
Hospital | Bermaksud kecuali definisi lain yang diberikan, sebuah Hospital (selain daripada institusi untuk warga emas, pesakit tenat atau pusat pemulihan, pusat penjagaan atau rumah rehat) yang beroperasi di bawah undang- undang untuk menjaga dan merawat orang yang sakit atau cedera dan mempunyai kelengkapan yang teratur untuk diagnosis dan pembedahan dan mempunyai perkhidmatan penjagaan 24-jam dan pemerhatian perubatan dan bermaksud juga sebuah tempat dimana:- |
mempunyai lesen yang sah (seperti yang dirangkan dalam undang-undang) operasi utama adalah untuk menjaga dan merawat orang yang sakit dan cedera mempunyai seorang doktor atau lebih yang bertugas pada setiap masa menyediakan khidmat penjagaan 24 jam dan sekurang-kurangnya seorang jururawat profesional berdaftar yang bertugas pada setiap masa mempunyai sistem diagnosis dan pembedahan yang teratur sama ada di dalam tempat yang sama atau di tempat lain yang telah disediakan lebih awal. | |
Ahli Keluarga Terdekat | Ahli keluarga xxxxxxxx Xxxx adalah :- (i) suami/isteri sah (ii) anak angkat dan/atau anak kandung yang sah (iii) menantu (iv) adik-beradik (v) adik-beradik ipar (vi) ibu bapa (vii) ibu bapa xxxxxx (viii) datuk nenek (ix) datuk dan nenek xxxxxx (x) cucu cicit (xi) penjaga yang sah (xii) ward (xiii) anak di bawah jagaan yang sah (xiv) anak tiri atau anak angkat (xv) ibu bapa xxxx (xvi) ibu saudara (xvii) bapa saudara (xviii) anak saudara lelaki/perempuan yang menetap di negara yang sama dengan Anda. |
Tetamu yang Diinsuranskan AirAsia | Merujuk kepada tetamu yang diinsuranskan di bawah Sijil Insurans Tune Protect Travel - AirAsia – Perjalanan Dua Hala Antarabangsa (WPUA) |
selepas Polisi Induk dihantar secara on-line oleh pihak AirAsia, yang telah sekaligus membeli perlindungan ini apabila membeli tiket penerbangan tersebut. | |
Orang yang Diinsuranskan, Anda | Merujuk kepada pelanggan AirAsia yang membeli tiket penerbangan yang telah dijadualkan dan Sijil Insurans Tune Protect Travel - AirAsia – Perjalanan Dua Hala Antarabangsa (WPUA) telah dikeluarkan di atas namanya. |
“Penerbangan Semasa” | Merujuk kepada penerbangan AirAsia yang telah diambil oleh Anda dari titik pertama berlepas dan telah membeli Polisi Perjalanan Perlindungan AirAsia |
“Penerbangan Selepas” | Merujuk kepada Jadual Penerbangan AirAsia yang telah ditempah oleh Anda untuk penerbangan yang seterusnya. |
Pandemik | Bermaksud penyakit berjangkit yang merebak, yang memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan oleh World Health Organisation (WHO) yang tersebar keseluruh populasi di seluruh kawasan yang besar atau seluruh dunia. i. kemunculan penyakit baru untuk sesuatu populasi ii. Penyakit yang menjangkiti manusia, menyebabkan penyakit yang serius ii. Penyakit yang mudah berjangkit dan berlaku di kalangan manusia |
Doktor | Xxxxxxx kepada seseorang doktor perubatan atau doktor xxxxxxxxx yang mempunyai lesen untuk memberikan khidmat perubatan atau membuat pembedahan berlandaskan undang- undang yang berkenaan untuk khidmat tersebut dilakukan, tetapi, definisi ini tidak termasuk ahli terapi dan |
fisioterapi. Doktor Xxxxxxxxx tidak boleh memberi nasihat rawatan untuk dirinya sendiri jika dia adalah Orang yang Diinsuranskan, kepada pasangan suami/isterinya, seseorang yang menaiki penerbangan untuk mengiringinya atau ahli keluarga terdekatnya. | |
Keadaan Sedia Ada | Merujuk kepada apa-apa penyakit atau keadaan kesihatan yang tidak normal yang dialami oleh Anda dalam masa 90 hari sebelum tarikh pembelian tiket penerbangan :- a. pertama kali muncul, menjadi lebih teruk dan kronik atau menunjukkan simptom-simptom yang jika muncul kepada orang-orang yang biasa, mereka akan pergi merujuk kepada doktor untuk diagnosis dan rawatan; atau b. di bawah rawatan doktor atau rawatan sudah disarankan oleh doktor; atau c. memerlukan pengambilan dadah atau ubat secara preskripsi |
Sukan Profesional | Merujuk kepada penglibatan sukan oleh Anda, di mana Anda boleh mendapat pendapatan imbuhan. |
Bayaran yang Biasa dan Berpatutan | Bermaksud cas pembayaran yang dikenakan untuk perubatan/rawatan hospital, bekalan atau servis perubatan yang diperlukan untuk merawat keadaan Anda, ia tidak boleh melebihi kos untuk rawatan perubatan yang seumpama dengannya, bekalan dan servis perubatan di tempat kos rawatan dicas; dan tidak termasuk cas-cas yang tidak akan dikenakan jika tiada insurans perlindungan. |
Penerbangan yang Dijadualkan | merujuk kepada penerbangan komersial yang telah dijadualkan oleh |
AirAsia. | |
Penyakit Serius | Apabila merujuk kepada Anda atau Ahli Keluarga Terdekat Anda, ia akan merujuk kepada penyakit yang disahkan sebagai penyakit yang mengancam nyawa dan memerlukan rawatan yang segera oleh doktor dan menyebabkan Anda atau Ahli Keluarga Terdekat Anda disahkan oleh doktor sebagai tidak sesuai untuk mengembara atau meneruskan perjalanan seperti yang dijadualkan. |
Penyakit | Bermaksud mana-mana perubahan kesihatan fizikal yang ketara oleh Anda yang memerlukan penjagaan dan rawatan oleh doktor yang bertauliah untuk merawat penyakit tersebut, dan penyakit tersebut tidak dikecualikan di dalam Polisi ini. |
Kecurian | merujuk kepada kehilangan kekal atau kerosakan barang-barang di mana: - terdapat bukti fizikal kerosakan - barang-barang diambil tanpa kebenaran Anda |
Masa | Mana-mana rujukan untuk masa atau tarikh di dalam Polisi atau di dalam konteks tempoh perlindungan adalah merujuk kepada waktu di Malaysia. |
Mengubah Haluan Pernerbangan | Merujuk kepada keadaan di mana Penerbangan Anda dialihkan ke lapangan terbang yang berbeza dari titik perlepasan atau titik ketibaan. |
Perjalanan | Merujuk kepada masa di antara Permulaan Perlindungan dan Tarikh Tamat Perlindungan. |
Permulaan Perlindungan | Pembatalan Penerbangan, perlindungan bermula daripada masa mendaftar masuk pada Tarikh Berlepas yang pertama untuk Penerbangan yang telah Dijadualkan. (2) Perlindungan untuk Manfaat Pembatalan Penerbangan bermula pada 24 jam dari tarikh pembelian tiket penerbangan untuk Penerbangan yang Dijadualkan pada Tarikh Berlepas yang pertama. |
Masa Tamat Perlindungan | (1) Selain daripada Manfaat Pembatalan Penerbangan, perlindungan luput apabila: (a) Anda meninggalkan lapangan terbang di negara destinasi ATAU (b) 30 hari daripada Tarikh Perlepasan Pertama, ATAU (c) apabila mendaftar masuk di bahagian Imigresen untuk perjalanan diluar dari Negara Ketibaan, selain daripada pulang ke Malaysia mana-mana tarikh yang lebih awal. (2) Perlindungan untuk Manfaat Pembatalan Penerbangan berakhir pada Tarikh Berlepas yang Pertama untuk penerbangan yang seterusnya. |
Tempoh Insurans
Manfaat
Masa | (1) Kecuali daripada Manfaat |
SEKSYEN 1 – MANFAAT KEMALANGAN PERIBADI
Jika berlaku apa-apa kemalangan semasa Penerbangan, dan jika Anda mengalami kecederaan fizikal disebabkan oleh kejadian tersebut yang mengakibatkan kematian atau kecacatan kepada Anda, Kami akan, tertakluk kepada pengecualian, pembatasan dan syarat seperti yang terdapat di dalam Polisi, akan membayar ganti rugi seperti yang terdapat di dalam Jadual Ganti Rugi di bawah:-
Jadual Ganti Rugi | ||
Kejadian | Peratusan Jumlah Manfaat | |
1 | Kematian akibat kemalangan | 100% |
2 | Kehilangan penglihatan secara keseluruhan dan tidak boleh dirawat untuk sebelah atau kedua-dua belah mata | 100% |
3 | Kecacatan kekal untuk sebelah atau kedua-dua belah anggota badan | 100% |
4 | Kehilangan penglihatan secara keseluruhan untuk sebelah mata dan kehilangan daya untuk satu anggota badan | 100% |
5 | Kehilangan Upaya Kekal, selain daripada kehilangan daya penglihatan atau anggota | 100% |
Kehilangan upaya mata dan anggota badan hanya akan dilindungi sekiranya :
(1) Kematian atau kehilangan upaya berlaku dalam masa seratus lapan puluh hari (180) hari kalendar selepas tarikh kejadian yang menyebabkan kematian atau kehilangan upaya tersebut;
(2) Had pembayaran maksima bagi Kami untuk dibayar kepada Anda adalah sebanyak 100% daripada Jumlah yang Diinsuranskan untuk Manfaat Kemalangan Peribadi seperti
Jika Anda, berikutan daripada kemalangan, tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada unsur-unsur yang menyebabkan kecederaan anggota badan seperti yang tertera di dalam Jadual Ganti Rugi di atas, untuk satu jangka masa sebelum diselamatkan, kecederaan tersebut akan di anggap sebagai kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan itu.
Jika Orang yang Diinsuranskan tidak dijumpai dalam masa setahun dari tarikh berlakunya penenggelaman atau terhempasnya kapal terbang yang dijadualkan dan dinaiki oleh Orang yang Diinsuranskan, beliau akan dianggap sebagai sudah meninggal dunia untuk tujuan manfaat perlindungan insurans yang diberikan.
SEKSYEN 2 – MANFAAT KETIDAKSELESAAN PERJALANAN
Selain daripada Manfaat yang diberikan seperti yang disebutkan di atas, Anda akan juga dilindungi di bawah Perlindungan Insurans Ketidakselesaan Perjalanan Udara bagi kejadian-kejadian seperti di bawah:-
Seksyen 2 (a) – Pembatalan Perjalanan
Kami akan membayar balik Anda sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Jadual Manfaat di bahagian Manfaat Pembatalan Perjalanan untuk mana-mana bahagian tiket dan penginapan yang tidak digunakan atau yang tidak boleh dipulangkan jika pada masa berlepas yang dijadualkan, Anda tidak dapat menaiki Penerbangan yang Dijadualkan pada Tarikh Berlepas Pertama yang Dijadualkan akibat daripada mana-mana kejadian seperti yang disebut di bawah:-
(a) Kejadian yang berkaitan dengan Ahli Keluarga Terdekat Anda yang mengalami:-
(i) kematian; atau
(ii) dimasukkan ke hospital, yang memerlukan kehadiran Anda, dan tidak dijangka pada waktu pembelian tiket penerbangan
yang tercatat di Pelan Perlindungan Insurans.
Perlindungan daripada Pendedahan dan Hilang
(b) Kejadian yang berkaitan dengan:-
(i) Anda perlu dimasukkan ke hospital kerana Penyakit yang serius atau kecederaan anggota badan yang serius yang tidak dijangkakan berlaku pada waktu pembelian tiket penerbangan
(ii) kerosakan serius yang dialami oleh
kenderaan Anda dalam masa 48 jam sebelum Tarikh Perlepasan Pertama;
(iii) Kerosakan serius yang dialami oleh kediaman Anda yang disebabkan oleh kebakaran, banjir atau bencana alam yang seakan dengannya seperti puting beliung, gempa bumi, taufan dan lain- lain yang memerlukan kehadiran Anda di premis pada Tarikh Perlepasan Pertama;
(iv) Anda telah diculik, ditahan, dikuarantinkan atau disepina untuk menghadiri perbicaraan sivil.
(v) Pengangkutan awam yang Anda menaiki terlibat dalam Kemalangan atau kerosakan, menghalang Anda untuk menaiki Penerbangan pada Tarikh Berlepas Pertama.
Seksyen 2 (b) – Memendekkan Tempoh Perjalanan
Kami akan membayar balik kepada Anda sehingga had maksima seperti yang tertera di Ringkasan Jadual Manfaat dalam bahagian Memendekkan Tempoh Perjalanan untuk:
(i) mana-mana bahagian tiket dan accommodation yang tidak digunakan atau yang tidak boleh dipulang semula jika Anda perlu memendekkan tempoh perjalanan dan pulang terus ke Malaysia kerana sebab-sebab yang dilindungi. ATAU
(ii) Apa-apa kos tambahan yang ditanggung untuk Tiket Penerbangan jika anda perlu kembali ke Malaysia kerana sebab-sebab yang dilindungi.
Sebab-sebab yang dilindungi termasuk:
(a) Anda perlu dimasukkan ke hospital kerana Penyakit Serius atau kecederaan anggota badan yang serius akibat kemalangan;
(b) Pemindahan Kecemasan untuk Perubatan akibat Kemalangan perlu dilakukan ke atas Anda oleh Asia Assistance.
(c) Ahli Keluarga Terdekat Anda meninggal dunia
(d) Ahli Keluarga Terdekat Anda dimasukkan ke hospital dan kehadiran Anda adalah perlu.
Perlindungan di bawah seksyen ini hanya efektif jika Anda tidak mengetahui tentang kejadian
yang akan berlaku dan menyebabkan beliau terpaksa memendekkan tempoh perjalanannya.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (a) – Pembatalan Perjalanan dan Seksyen 2 (b) – Memendekkan Tempoh Penerbangan
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk setiap kerugian yang disebabkan (secara langsung atau tidak) oleh:-
(i) perlakuan jenayah oleh Anda
(ii) peperangan, rusuhan, tunjuk perasaan dan gerakan pengganas
(iii) apa-apa keadaan kesihatan yang sedia ada
(iv) apa-apa kesan daripada punca radioaktif
(v) pencemaran alam
(vi) wabak penyakit
(vii) Pandemic
(viii) bencana alam
(ix) kejadian iklim seperti pencairan salji dan lain-lain
(x) mana-mana kerugian yang jumlah ganti rugi telah di bayar oleh AirAsia
Seksyen 2 (c) – Kerugian atau Kerosakan kepada Bagasi Didaftar Masuk
Kami akan membayar balik Anda sehingga limit maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Jadual Manfaat di bahagian Bagasi dan Barangan Peribadi, tertakluk kepada akses sebanyak RM50.00 sahaja untuk setiap tuntutan dan had sebanyak RM500.00 untuk setiap satu barang, untuk seorang Orang yang Diinsuranskan bagi satu Penerbangan yang Dijadualkan yang disebabkan oleh:-
(a) kecurian atau kerosakan yang berpunca daripada kecurian atau percubaan mencuri ;
(b) kerugian atau kerosakan kepada Bagasi Didaftar Masuk dan/atau kereta tolak bayi disebabkan oleh AirAsia.
Hanya jika sekiranya barangan ini mesti dibawa bersama oleh Anda ketika perjalanan.
(a) Kami tidak akan bertanggungjawab jika kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh:-
1. pecah atau retak bagi barangan mudah pecah
2. rampasan atau tahanan yang di arahkan oleh mana-mana pihak berkuasa am
atau kerajaan
3. tindakan jenayah
4. kerosakan secara berperingkat atau haus dan lusuh
5. kerosakan berpunca daripada serangga dan kutu
6. kerosakan yang berlaku secara semula jadi
7. kehilangan misteri
8. pengangkutan kontraban atau perdagangan haram
9. rampasan sama ada untuk dimusnahkan di bawah kuarantin atau peraturan kastam atau tidak
(b) Kami tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana kehilangan atau kerosakan harta benda yang pada waktu kejadian yang mengakibatkan kerosakan atau kehilangan, telah diinsuranskan oleh mana-mana insurans daripada syaraikat insurans yang lain, atau telah diganti semula oleh AirAsia.
Seksyen 2 (c) i – Penangguhan Bagasi
Kami akan membayar RM200.00 untuk setiap enam (6) jam bagi bagasi yang didaftar masuk dan/atau kereta tolak bayi tersebut lewat tiba, tersalah destinasi atau tersalah letak oleh AirAsia dari waktu ketibaan Orang yang Diiunsuranskan sehingga waktu menerima bagasi. Jumlah had maksima adalah seperti yang telah tercatat di dalam Jadual Manfaat.
Tempoh penangguhan akan dikira bermula pada masa ketibaan asal Penerbangan Terjadual sehingga masa sebenar bagasi diterima oleh Anda. Surat pengesahan daripada AirAsia ataupun agen yang mengendalikan tiket penerbangannya untuk jangka masa dan waktu bagasi diterima mencukupi sebagai bukti untuk tuntutan manfaat ini.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (c)i – Penanguhan Bagasi
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh:-
(a) Penangguhan Bagasi tidak dilaporkan kepada AirAsia serta merta.
(b) rampasan atau tahanan yang di arahkan oleh pihak berkuasa kastam, imigrasi dan/atau pihak awam
(c) kegagalan Anda untuk mendapatkan surat pengesahan daripada AirAsia ataupun agen
yang mengendalikan tiket penerbangannya untuk jangka masa dan waktu bagasi diterima.
(d) Anda tidak membeli peruntukan bagasi dalam penerbangan yang dijadualkan.
Polisi ini tidak akan membayar tuntutan Seksyen 2 (c) – Kerugian atau Kerosakan kepada Bagasi Didaftar Masuk dan Seksyen
2 (c) i – Penangguhan Bagasi pada masa yang sama diatas satu jadual penerbangan dengan pengecualian bagasi dijumpai rosak ketika bagasi dijumpai
Seksyen 2 (d) – Jaminan Ketepatan Masa
Jika berlakunya Penangguhan Penerbangan kepada pesawat yang dinaiki oleh Anda lebih daripada 2 jam berturut-turut dari waktu asal yang telah dijadualkan di dalam Jadual Penerbangan yang diberikan kepada Anda, Kami akan membayar ganti rugi kepada Anda sebanyak RM200.00.
Masa perjalanan bermaksud :
i. waktu yang telah dicatat di dalam jadual Anda
ii. waktu berlepas yang baru di mana AirAsia telah memaklumkan Anda tidak lebih daripada 24 jam dari waktu asal jadual penerbangan
Kelewatan itu hendaklah dikira dari masa yang dijadualkan asal sehingga bermulanya penerbangan alternatif pertama yang ditawarkan oleh AirAsia. Surat dari AirAsia ataupun agen yang mengendalikan mengesahkan jangka masa dan sebab penanguhan dan pas masuk anda dikeluarkan dalam penerbangan yang terjejas mencukupi sebagai bukti untuk tuntutan manfaat ini.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (d) – Jaminan Ketepatan Masa
Kami tidak akan bayar untuk kerugian yang disebabkan oleh:-
(a) Sebarang tindakan haram atau melanggar undang-undang yang dilakukan oleh Anda
(b) Pelanggaran undang-undang kerajaan atau kegagalan Anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tuntutan dibawah polisi berikutan amaran mogok, rusuhan atau tunjuk perasaan melalui atau menggunakan media massa
(c) kegagalan Anda untuk mendaftar masuk mengikut jadual yang diberikan
(d) kegagalan Anda untuk menaiki penerbangan yang tersedia berikutnya yang ditawarkan oleh AirAsia.
(e) Rusuhan, sekatan pengurusan aliran udara trafik atau tindakan industri telah ada pada tarikh penerbangan dijadualkan
(f) Bantahan atau larangan daripada pihak kerajaan atau Imigresen
(g) Anda tidak sesuai untuk menaiki pesawat berdasarkan surat akuan doktor
(h) Penangguhan penerbangan disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dikawal oleh AirAsia seperti cuaca buruk, kawalan trafik udara, penutupan lapangan terbang, rusuhan dan bencana alam
(i) penjadualan semula atau kelewatan yang anda telah diberitahu 24 jam sebelum waktu berlepas yang pertama yang tertera di dalam jadual perjalanan
(j) Insurans yang dibeli dalam jangka masa 4 jam daripada Jadual Penerbangan yang tertera dalam Tiket Penerbangan.
Seksyen 2 (e) – Penangguhan Penerbangan
Jika berlakunya Penangguhan Penerbangan kepada pesawat yang dinaiki oleh Anda untuk setiap 6 jam penangguhan berikutnya dari waktu asal yang telah dijadualkan di dalam Jadual Penerbangan yang diberikan kepada Anda, Kami akan membayar ganti rugi kepada Anda sebanyak RM150.00 sahaja untuk penanguhan 6 jam yang pertama dan RM150.00 untuk 6 jam seterusnya, sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Jadual Manfaat yang dikepil bersama Sijil Insurans ini.
Tempoh penangguhan akan dikira bermula pada waktu asal perjalanan yang dijadualkan seperti yang tercatat di dalam Jadual Penerbangan sehingga bermulanya penerbangan alternatif pertama yang ditawarkan oleh AirAsia, tidak termasuk tempoh penangguhan pampasan oleh Seksyen 2 (d) Jaminan Ketepatan Masa. Surat pengesahan untuk jangka masa dan sebab penanguhan daripada AirAsia ataupun agen yang menguruskan tiket penerbangan mencukupi sebagai bukti untuk tuntutan manfaat ini.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (e) – Penanguhan Penerbangan AirAsia
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh:-
(a) kegagalan Anda untuk mendaftar masuk mengikut jadual yang diberikan kepadanya.
(b) kegagalan Anda untuk menaiki penerbangan yang tersedia berikutnya yang ditawarkan oleh AirAsia.
(c) kegagalan Anda daripada AirAsia ataupun agen yang mengendalikan tiket penerbangannya untuk jangka masa dan sebab penanguhan
(d) penutupan lapangan terbang, perintah berkurung ke lapangan terbang, mogok, sekatan pengurusan aliran udara trafik atau tindakan perindustrian syarikat / pembawa yang melibatkan selain daripada AirAsia dan telah wujud pada tarikh Penerbangan yang Dijadualkan.
(e) Anda tiba lewat di lapangan terbang (kecuali untuk ketibaan lewat yang disebabkan oleh rusuhan dan tindakan industri)
(f) penjadualan semula atau kelewatan yang anda telah diberitahu 24 jam sebelum waktu berlepas yang pertama yang tertera di dalam jadual perjalanan
(g) Insurans yang dibeli dalam jangka masa 4 jam daripada Jadual Penerbangan yang tertera dalam Tiket Penerbangan.
Seksyen 2 (f) – Penangguhan Pengangkuatan Awam
Jika berlakunya kejadian di mana Pengangkutan Awam yang akan dinaiki oleh Anda mengalami penangguhan untuk sekurang-kurangnya enam
(6) jam berturut-turut dari waktu perjalanan yang telah dijadualkan di dalam jadual yang diberikan kepada Anda, dan penangguhan ini adalah disebabkan oleh cuaca yang buruk, kerosakan peralatan, tunjuk perasaan atau rampasan kenderaan (selain daripada rampasan kapal terbang) atau selain daripada tindakan industri oleh mana-mana pekerja Pengangkutan Awam, Kami akan membayar Anda sebanyak RM
150.00 bagi setiap kelewatan selama enam (6) jam berturut-turut dan diikuti dengan RM150.00 untuk 6 jam yang berturut-berturut berikutannya, sehingga had maksima seperti yang dinyatakan di dalam Ringkasan Jadual Manfaat yang telah diisu dan disertakan bersama Sijil Insurans ini.
Tempoh penangguhan akan dikira bermula dari waktu asal perjalanan yang dijadualkan untuk Pengangkutan Awam tersebut sehingga
bermulanya perjalanan Pengangkutan Awam alternatif pertama yang ditawarkan oleh bahagian Pengurusan Pengangkutan Awam tersebut. Surat pengesahan untuk jangka masa dan sebab penangguhan daripada bahagian Pengurusan Pengangkutan Awam yang berkaitan ataupun agen yang menguruskan tiket penerbangan mencukupi sebagai bukti untuk tuntutan manfaat ini.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (f) – Penangguhan Pengangkutan Awam
Kami akan membayar Anda sekiranya penangguhan penerbangan sambungan AirAsia adalah disebabkan;-
(a) Cuaca buruk di tempat berlepas atau tempat ketibaan
(b) Berlaku kemalangan kepada penerbangan sambungan
(c) Terdapat masalah teknikal kepada penerbangan sambungan
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (g) – Terlepas Penerbangan Sambungan
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerugian yang disebabkan oleh:-
(a) kegagalan Anda untuk mendaftar masuk mengikut jadual yang diberikan kepadanya
(b) kegagalan Anda untuk mendapatkan surat pengesahan daripada bahagian Pengurusan Pengangkutan Awam yang berkaitan ataupun agen yang mengendalikan tiket penerbangannya untuk jangka masa dan sebab penangguhan
(c) rusuhan atau tindakan industri oleh syarikat/pengangkutan awam yang melibatkan selain daripada AirAsia dan telah wujud pada tarikh perjalanan dijadualkan
(d) Anda tiba lewat di lapangan terbang (kecuali untuk ketibaan lewat yang disebabkan oleh rusuhan dan tindakan industri)
(e) Terjadi akibat pembatalan atau penjadualan semula Penerbangan Terjadual melainkan jika disebabkan oleh bencana alam atau kerosakan peralatan.
Seksyen 2 (g) - Terlepas Penerbangan Sambungan AirAsia
Jika berlakunya kejadian terlepas penerbangan AirAsia yang telah dijadualkan di titik pertukaran pesawat yang disebabkan oleh kelewatan Penerbangan Terjadual yang dilindungi dan tiada Penerbangan Terjadual yang lain untuk dinaiki oleh Anda dalam masa sekurang- kurangnya 6 jam berikutnya dari waktu Penerbangan Sambungan Terjadual yang terlepas, Kami akan membayar Anda sebanyak RM300.00 untuk setiap 6 jam berturut-turut penangguhan sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Jadual Manfaat untuk Terlepas Penerbangan Sambungan.
Kami tidak akan bayar untuk kerugian yang disebabkan oleh:-
(a) Sebarang tindakan haram atau melanggar undang-undang yang dilakukan oleh Anda
(b) Pelanggaran undang-undang kerajaan atau kegagalan Anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tuntutan dibawah polisi berikutan amaran mogok, rusuhan atau tunjuk perasaan melalui atau menggunakan media massa
(c) kegagalan Anda untuk mendaftar masuk mengikut jadual yang diberikan
(d) Rusuhan, sekatan pengurusan aliran udara trafik atau tindakan industri telah ada pada tarikh penerbangan dijadualkan
(e) Bantahan atau larangan daripada pihak kerajaan atau Imigresen
(f) Anda tidak sesuai untuk menaiki pesawat berdasarkan surat akuan doktor
(g) pembatalan secara sukarela bagi Penerbangan yang Dijadualkan oleh Anda
(h) Penerbangan sambungan seterusnya berlepas kurang daripada 3 jam daripada Penerbangan Semasa AirAsia
(i) Penerbangan sambungan seterusnya tidak berada dalam Lapangan Terbang yang sama ketika ketibaan penerbangan semasa AirAsia.
(j) Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan kesan-kesannya.
(k) Insurans yang dibeli dalam jangka masa 4 jam daripada Jadual Penerbangan yang tertera dalam Tiket Penerbangan.
Hanya jika:-
Polisi ini hanya akan membayar tuntutan bagi salah satu, sama ada Seksyen 2 (e) – Penangguhan Penerbangan AirAsia, Seksyen 2 (f) – Penangguhan Pengangkutan Awam ataupun Seksyen 2 (g) - Terlepas Penerbangan Sambungan AirAsia, dan bukan kesemuanya sekali.
Seksyen 2 (h) – Kehilangan Xxxx Xxxxxxxx
Kami akan membayar balik Anda sehingga had maksima seperti yang tertera di dalam bahagian Kehilangan Wang Peribadi di Ringkasan Jadual Manfaat jika betul-betul berlakunya kehilangan wang tunai, matawang atau nota bank, cek pengembara, kiriman wang pos semasa Perjalanan, dengan syarat:-
(a) barangan yang hilang adalah di dalam kawalan dan penjagaan Anda di sepanjang masa; dan
(b) barangan tersebut tidak ditinggalkan tanpa pengawasan; dan
(c) kehilangan tersebut mestilah dilaporkan kepada pihak polis yang mempunyai kuasa di tempat kejadian secepat mungkin, tetapi tidak lebih daripada 24 jam selepas kejadian kecurian itu berlaku. Dokumen bertulis daripada Polis perlulah dikepilkan bersama untuk setiap tuntutan.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (h) – Kehilangan Xxxx Xxxxxxxx
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kehilangan mana-mana wang tunai, matawang atau nota bank, cek pengembara dan kiriman wang pos yang disimpan di dalam bagasi dan di daftarkan masuk untuk penghantaran oleh Pengangkutan Awam.
Seksyen 2 (i) - Kehilangan Dokumen Perjalanan
Jika Anda hilang pasport atau visa semasa perjalanan akibat daripada rompakan, kecurian atau bencana alam, Kami akan membayar balik perbelanjaan yang munasabah untuk:
i) menggantikan passport dan visa Anda
ii) mana-mana perjalanan dan penginapan perbelanjaan tambahan untuk tujuan mendapatkan pasport dan visa gantian Anda
Dengan syarat :-
(a) Anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu dan mengawasi barangan Anda; dan
(b) dokumen perjalanan anda tidak ditinggalkan tanpa pengawasan
(c) kehilangan mana-mana pasport mestilah dilaporkan kepada polis yang berkuasa di kawasan terbabit dalam masa 24-jam dari waktu kehilangan disedari.
Seksyen 2 (j) – Mengubah Haluan Pernerbangan
Sekiranya anda terlewat tiba dari masa yang dijadualkan sekurang-kurangnya enam (6) jam berturut-turut dari jadual yang diberikan kepada Anda, dan kelewatan ini adalah disebabkan oleh Pengubahan Haluan Penerbangan Terjadual, akibat mogok / tindakan perindustrian, cuaca yang buruk syarat, kerosakan mekanikal atau mengancam nyawa sebab perubatan yang memerlukan Pertukaran laluan kecemasan ke lapangan terbang terdekat dengan kemudahan perubatan di kawasan itu, Kami akan membayar Anda RM150.00 (Ringgit Malaysia satu Ratus Lima Puluh) sahaja untuk tempoh enam (6) jam berturut-turut pertama kelewatan, diikuti oleh sejumlah RM150.00 (Ringgit Malaysia satu Ratus Lima Puluh) sahaja bagi setiap enam (6) jam berturut-turut tertangguh selepas itu, sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Manfaat.
Kelewatan itu hendaklah dikira dari masa ketibaan asal Penerbangan Terjadual sehingga masa ketibaan sebenar yang ditawarkan oleh AirAsia. Surat dari AirAsia ataupun agen yang mengendalikan mengesahkan jangka masa dan sebab penanguhan mencukupi sebagai bukti untuk tuntutan manfaat ini.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (j) – Mengubah Haluan Pernerbangan
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada: -
(a) melambatkan tiba ke destinasi akibat kelewatan pemergian Penerbangan.
(b) Kegagalan anda untuk mendapatkan pengesahan bertulis daripada AirAsia ataupun agen yang mengendalikan bilangan untuk jangka masa dan sebab bagi kelewatan tersebut.
(c) mogok atau tindakan perindustrian syarikat/pembawa yang melibatkan selain daripada AirAsia dan telah wujud pada tarikh penerbangan dijadualkan.
Seksyen 2 (k) – Xxxxx Xxxxxxxx Penerbangan
Sekiranya penerbangan anda dirampas semasa Perjalanan anda dan Anda ditahan selama lebih daripada enam (6) jam berturut-turut, Kami akan membayar Anda RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) hanya untuk tempoh enam (6) jam
berturut-turut pertama kelewatan, diikuti oleh sejumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja bagi setiap enam (6) jam berturut- turut tertangguh selepas itu, sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Manfaat.
Mana-mana tuntutan di bawah Seksyen 2 (k) - Elaun Rampasan Penerbangan mesti disertakan dengan laporan polis atau laporan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa Anda adalah mangsa rampasan dan tempoh rampasan tersebut.
Seksyen 2 (l) – Faedah Penjagaan Rumah
Kami akan, melalui bayaran atau atas pilihan kami melalui pemulihan semula atau pembaikan, melindungi Anda sehingga jumlah yang dinyatakan di dalam Ringkasan Manfaat daripada kerugian fizikal atau kerosakan akibat daripada kecurian kandungan Rumah Anda di Malaysia yang ditinggalkan kosong semasa Perjalanan.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 2 (l) – Faedah Penjagaan Rumah
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan dengan yang berikut: -
(a) apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan melalui perbuatan sengaja anda atau penglibatan anda;
(b) Kerugian harta Anda atau mana-mana bahagiannya oleh sebab perampasan, tuntutan, penahanan atau pekerjaan undang-undang atau tidak sah harta itu atau mana-mana premis, kenderaan atau benda yang mengandungi yang sama oleh mana- mana pihak berkuasa kerajaan;
(c) kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk;
(d) Kerugian yang boleh diperolehi dari mana- mana insurans lain yang diambil oleh Anda.
(e) Manfaat ini tidak melindungi: -
- Kenderaan bermotor atau bot
- Ternakan
- Basikal dan apa-apa kelengkapan atau aksesori yang berkaitan dengannya.
- Kenderaan dan alatan kenderaan, treler dan karavan, bot dan lain-lain kelengkapan pengangkutan
- Kad Identity, kredit dan pembayaran, tiket pengangkutan, wang tunai, saham dan sekuriti
- barangan antik
- Artifak
- Alat muzik, baragan lukisan, antik, barangan yang dikumpul itu, perabot
- Barangan dan makanan mudah rosak
SEKSYEN 3 – PERBELANJAAN PERUBATAN DAN PEMINDAHAN
Seksyen 3 (a) – Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan dan Penyakit
Kami akan membayar balik Anda sehingga had maksima seperti yang tercatat di dalam Ringkasan Jadual Manfaat di bahagian Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan dan Penyakit, tertakluk kepada akses sebanyak RM50.00 sahaja untuk setiap Perbelanjaan Perubatan yang Biasa dan Berpatutan yang akan dicas untuk merawat kecederaan akibat Kemalangan atau penyakit yang berlaku semasa Perjalanan. Jika Anda perlu dimasukkan ke hospital, Asia Assistance, mungkin boleh menguruskan, bergantung kepada kes-kes tertentu dan tertakluk kepada persetujuan daripada Kami, pembayaran terlebih dahulu untuk rawatan di wad akan diberikan jika:-
(a) rawatan awal mestilah diterima terlebih dahulu untuk Kemalangan tersebut semasa Perjalanan; dan
(b) semua kos perbelanjaan rawatan susulan mestilah yang dicas dalam masa 30 hari selepas Tarikh Tamat untuk Sijil Tune Protect Travel - AirAsia – Pelan Dua Hala (WPUA) yang dikeluarkan di atas nama Anda di bawah Polisi ini.
Jumlah maksima yang boleh dibayar untuk perbelanjaan Perubatan untuk mana-mana rawatan susulan di Malaysia adalah bersamaan dengan nilai 10% daripada jumlah manfaat Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan akibat Kemalangan yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Jumlah ini adalah sub-had daripada agregat keseluruhan bagi jumlah manfaat yang boleh dibayar yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat untuk Bayaran Balik Kos Perubatan Akibat Kemalangan.
Perbelanjaan perubatan yang dilindungi adalah perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan yang disyorkan oleh Doktor yang merawat untuk rawatan yang disebabkan oleh kecederaan, dan ianya termasuklah:
(a) perkhidmatan doktor
(b) penahanan di hospital dan penggunaan bilik pembedahan
(c) ubat bius (termasuk kos pengurursan), pemeriksaan atau rawatan sinar-x dan ujian makmal
(d) dadah, ubat-ubatan dan perkhidmatan dan bekalan terapeutik
Seksyen 3 (b) – Pemindahan Rawatan Kecemasan dan Penghantaran Balik Mayat
(i) Pemindahan Kecemasan untuk Perubatan
Jika berlakunya kejadian di mana Anda perlu dipindahkan untuk rawatan kecemasan yang disebabkan oleh Kemalagan yang berlaku semasa Perjalanan, Asia Assistance perlu dihubungi segera untuk meluluskan pemindahan kecemasan dan menguruskan pengangkutan pemindahan kecemasan ke pusat perkhidmatan perubatan yang terdekat yang dilengkapi dengan peralatan perubatan yang mencukupi untuk merawat kecederaan Anda. Jenis pengangkutan adalah bergantung kepada keadaan kecederaan Anda dan sama ada pengangkutan tersebut ada atau tidak.
Jika Anda perlu dihantar pulang, Asia Assistance perlu dihubungi segera untuk meluluskan pemindahan kecemasan dan menghantar pulang Anda ke rumah yang didudukinya di Malaysia. Secara alternatifnya, Asia Assistance akan menguruskan Anda untuk menyambung Perjalanan yang terganggu jika ianya praktikal untuk dilakukan, bergantung kepada kos penghantaran pulang dan tertakluk kepada had maksima seperti yang tercatat di bahagian Pemindahan Kecemasan untuk Perubatan dan Penghantaran Pulang di dalam Ringkasan Jadual Manfaat.
(ii) Penghantaran Pulang Mayat
Jika berlakunya kejadian di mana Orang yang Diinsuranskan meninggal dunia akibat Kemalangan semasa dalam Perjalanan, Asia Assistance akan menguruskan Penghantaran Pulang Mayat ke tempat tinggalnya di Malaysia tertakluk kepada had maksima seperti yang tertera di dalam bahagian Pemindahan Rawatan Kecemasan dan Penghantaran Balik Mayat di dalam Ringkasan Jadual Manfaat. Kos untuk proses pengebumian, pengawetan, keranda dan upacara pengebumian tidak termasuk di dalam perlindungan kecuali ianya telah dimandatkan oleh perundagan dan peraturan.
Polisi ini hanya akan membayar untuk tuntutan di bawah bahagian Seksyen 3 (b) (i)
- Pemindahan Kecemasan untuk Perubatan atau Seksyen 3 (b) (ii) – Penghantaran Pulang Mayat, dan bukan untuk kedua-duanya.
Seksyen 3 (c) – Lawatan Ehsan
Jika Anda dimasukkan ke wad di luar negara untuk lebih daripada 5 hari disebabkan oleh Kemalangan atau Sakit yang dihadapi semasa Perjalanan dan keadaan kesihatan beliau menghalangnya untuk dihantar pulang, Kami akan membayar kos yang berpatutan bagi tambang perjalanan (kelas ekonomi bagi pengangkutan udara atau kelas pertama bagi pengangkutan keretapi) dan kos penginapan hotel yang perlu untuk seorang saudara atau rakan untuk melawat dan menemani Anda, seperti yang disarankan oleh Doktor, sehingga had maksima seperti yang tertera di bahagian Lawatan Ehsan di dalam Ringkasan Jadual Manfaat.
Syarat Khas untuk Seksyen 3
Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar:-
(1) kos penjagaan untuk perubatan kecuali yang disarankan oleh Doktor berlesen atau yang diuruskan oleh Hospital yang dikenali
(2) untuk kerugian yang disebabkan secara langsung atau tidak, sebahagian atau keseluruhannya oleh:-
(a) peperangan awam atau asing sama ada diisytiharkan atau tidak
(b) kesan dadah, perubatan atau rawatan yang tidak diberi preskripsi oleh Doktor
(c) pengaruh alkohol berdasarkan tahap alkohol dalam darah Anda bersamaan atau lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh undang-undang penggunaan kereta.
(d) membunuh diri, cubaan membunuh diri atau apa-apa kecederaan diri sendiri yang disengajakan
(e) Anda menyertai dalam mana-mana pertandingan yang melibatkan penggunaan kenderaan bermotor darat, air atau udara
(f) Anda menyertai dalam mana-mana sukan profesional
(g) Anda menunggang atau memandu motosikal atau motor skuter dengan
sesaran enjin melebihi 125cm3
(h) Anda menaiki penerbangan sama ada sebagai penumpang berbayar ataupun tidak di dalam atau di atas pesawat yang bukan dimiliki oleh syarikat penerbangan ataupun yang tidak didaftarkan atau berlesen sebagai pengangkutan untuk penumpang membayar tambang yang berterusan dan mempunyai jadual laluan yang diterbitkan secara umum;
(i) Anda aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata mana-mana negara
(j) Penyertaan atau penglibatan Anda dalam tindakan jenayah
(k) Anda mengamalkan atau menggunakan sama ada sebagai juruterbang atau penumpang untuk kapal layar, peluncur tangan, parasail, payung terjun, belon udara panas dan yang seumpamanya atau menyertai dalam mana-mana penerbangan udara selain daripada yang dinyatakan sebelumnya.
(3) Kami tidak akan bayar untuk kos perbelanjaan:-
(a) rawatan perubatan yang dicas di Malaysia kecuali seperti yang disenaraikan di dalam Perbelanjaan Perubatan di atas
(b) keadaan sedia ada
(c) kehamilan dan kesan-kesannya
(d) ketidak stabilan mental dan emosi
(e) penyakit berjangkit melalui hubungan seks ,AIDS, jangkitan HIV dan jangkitan yang berkaitan dengan AIDS
(f) pembedahan kosmetik, selain pembedahan pembinaan semula untuk kecederaan yang diakibatkan oleh Kemalangan yang Dilindungi
(g) rawatan lanjut untuk rawatan alternatif atau rawatan lain akibat daripada kemalangan atau penyakit, rawatan “psychoanalytical”, tinggal di rumah rehat, “physiotherapy” dan “detoxification”.
(h) penjagaan mata, cermin mata, kanta lekap, alat bantuan pendengaran dan penjagaan dan pendakap gigi, kecuali ianya adalah kesan langsung akibat kecederaan yang telah pulih, dan menyebabkan harus digunakan untuk perubatan;
(i) penjagaan yang diberikan oleh seorang kiropraktor, osteopati, pakar herba, pakar akupuntur, atau mana-mana
pengamal perubatan alternatif lain
(j) pemeriksaan kesihatan yang bukan kecemasan
(k) vaksinasi dan komplikasinya.
SEKSYEN 4 – PERLINDUNGAN LIABILITI PERIBADI
Kami bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada Anda terhadap Liabiliti Peribadi untuk kerosakan dan apa-apa kos dan perbelanjaan tuntutan sehingga had maksima seperti yang tertera di dalam bahagian Liabiliti Peribadi di dalam Ringkasan Jadual Manfaat jika berlaku tuntutan terhadapnya bagi:-
(a) kemalangan yang mengakibatkan kecederaan anggota badan kepada orang lain
(b) kemalangan yang mengakibatkan kerosakan terhadap harta benda
yang berlaku semasa Perjalanan. Dengan syarat jumlah had aggregat untuk liabiliti Kami bagi kesemua tuntutan di bawah seksyen ini untuk kerosakan dan/atau kos dan perbelanjaan yang terkumpul bersama dengan persetujuan bertulis pihak Kami bagi mempertahankan atau menjelaskan sebarang tuntutan tidak melebihi had maksima seperti yang tercatat di bahagian Liabiliti Peribadi di dalam Ringkasan Jadual Manfaat.
Pengecualian Khas untuk Seksyen 4 – Perlindungan Liabiliti Peribadi
Kami tidak bertanggungjawab untuk liabiliti yang berkaitan dengan seperti yang tercatat di bawah:-
(1) mana-mana kerosakan perbuatan salah yang dilakukan dengan sengaja oleh Anda
(2) tindakan ganas dan melanggar undang- undang dengan niat oleh Anda
(3) kehilangan yang tidak boleh dinilai dengan mata wang
(4) kemalangan yang mengakibatkan kerugian atau kerosakan bagi harta benda yang dimiliki, diamanahkan untuk menjaga atau berada di bawah jagaan atau kawalan Anda atau mana-mana pekerjanya atau mana-mana ahli keluarganya atau seisi rumah.
(5) yang timbul dari mana-mana bisnes, jual-beli atau pekerjaan
(6) yang timbul daripada persetujuan
melainkan liabiliti akan timbul jika tiadanya persetujuan tersebut;
(7) kecederaan anggota badan atau penyakit yang dialami oleh seseorang yang berada di bawah kontrak pekerjaan, khidmat atau perintisan Anda apabila kecederaan atau penyakit tersebut terjadi semasa sedang bekerja dengan Anda
(8) yang terjadi akibat penggunaan, mempunyai hak milik atau memiliki senjata api, kenderaan di udara, darat dan laut, kenderaan yang digerakkan secara mekanikal, lif, haiwan daripada spesis yang merbahaya atau apa-apa jenis ternakan;
(9) kerosakan yang disebabkan oleh atau kerosakan terhadap bangunan atau sebahagian daripada bangunan yang dimiliki, disewa atau didiami oleh Anda;
(10) tuntutan yang timbul kerana Anda tidak siuman atau di bawah pengaruh atau kesan daripada dadah (selain dari dadah yang dipreskrisi oleh Doktor yang berlesen) alkohol yang memabukkan atau cecair yang melarutkan
(11) penglibatan Anda di dalam mana-mana perang sivil atau asing, sabotaj, rusuhan, demonstrasi awam, tunjuk perasaan dan mogok
Syarat Khas untuk Seksyen 4 – Perlindungan Liabiliti Peribadi
Apabila berlakunya apa-apa kejadian yang menyebabkan tuntutan dibuat di bawah Seksyen ini, Anda akan dalam masa Tiga Puluh (30) hari dari tarikh berlakunya kejadian tersebut dengan memberi notis bertulis dengan maklumat penuh kepada Kami. Setiap surat tuntutan, surat saman atau proses tuntutan akan dikepilkan bersama untuk diberikan kepada Kami oleh Anda. Tiada pengakuan tawaran, perjanjian untuk pembayaran tuntutan atau ganti rugi boleh diberikan oleh atau bagi pihak Anda tanpa bersetujuan daripada Kami yang diberikan hak untuk mengambil alih bagi pihak Anda terhadap sebarang tuntutan atau perbicaraan di atas nama Anda untuk kebaikan setiap tuntutan dan memiliki hak penuh untuk menentukan kaedah penyelesaian mana-mana tuntutan. Anda akan memberi sepenuh bantuan yang diperlukan oleh Xxxx.
Pengecualian Am bagi semua Seksyen
Insurans ini tidak melindungi:-
(1) pembayaran yang akan menyebabkan perlanggaran undang-undang kerajaan
(2) kematian atau kecederaan anggota badan yang disebabkan secara langsung ataupun tidak oleh peperangan, pencerobohan, tindakan musuh luar, permusuhan atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), pemberontakan, perang saudara, penentangan, revolusi, bangkitan kuasa, konspirasi, tindakan ketenteraan ataupun rampasan kuasa, undang-undang ketenteraan atau penawanan negeri, penyitaan, kuarantin atau peraturan kastam atau pemiliknegaraan oleh atau di bawah arahan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa awam atau tempatan.
(3) Kelewatan, serangan, rampasan, pembinasaan, tuntutan, penahanan atau tahanan oleh kastam atau mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa awam atau tempatan
(4) melanggar atau cubaan melanggar mana- mana undang-undang atau melawan penangkapan oleh pihak berkuasa yang berkenaan
(5) Orang yang Diinsuranskan berumur di bawah 9 hari atau melebihi 75 tahun (dikira dari tarikh terakhir hari lahir semasa tarikh insurans dibeli)
(6) ahli-ahli anggota bersenjata yang sedang bertugas atau mengambil bahagian dalam perkhidmatan tentera laut, tentera darat, tentera udara atau mengambil bahagian dalam operasi pertahanan yang dirancang atau dikelola oleh pihak awam atau pihak berkuasa tentera untuk menentang penjahat, pengganas atau unsur-unsur yang lain
(7) semasa penerbangan kecuali penumpang berbayar di dalam mana-mana pesawat persendirian berlesen dan/atau pesawat komersial yang dikendalikan oleh AirAsia
(8) apa-apa kecederaan fizikal atau hilang
upaya serius yang berpunca secara langsung atau tidak, disumbangkan oleh atau dipercepatkan dengan penggunaan, pembebasan atau perlepasan bahan-bahan nuklear yang secara langsung atau tidak menyebabkan kesan tindakan nuklear atau radioaktif; atau penyebaran atau penggunaan patologi atau keracunan biologi atau bahan-bahan kimia atau perlepasan bahan patologi atau keracunan biologi atau bahan-bahan kimia. Untuk tujuan pengecualian ini, kecederaan fizikal serius bermaksud kecederaan fizikal yang melibatkan risiko kematian dan/atau berlarutan, kecacatan fizikal yang nyata dan/atau berlarutan atau kerosakan fungsi anggota badan atau organ.
(9) Keadaan Sedia Ada
(10) bunuh diri, cubaan untuk membunuh diri atau mana-mana niat untuk mencederakan diri sendiri yang dilakukan oleh Anda sama ada Anda waras atau tidak waras
(11) rawatan untuk ketagihan alkohol atau dadah atau komplikasi kemalagan yang terjadi di bawah pengaruh apa juga jenis dadah;
(12) apa-apa rawatan berkaitan dengan pencegahan kehamilan atau rawatan yang berkaitan dengan kesuburan atau lain-lain kesulitan yang berpunca daripadanya
(13) psikosis, gangguan mental atau ketidakstabilan jiwa atau gangguan tidur
(14) pembedahan kosmetik atau plastik atau apa-apa pembedahan elektif
(15) apa-apa kecacatan sejak lahir di mana telah dapat dilihat dengan jelas dan telah didiagnosis sebelum tarikh polisi berkuat kuasa
(16) apa-apa cara penjagaan atau pembedahan gigi melainkan yang diperlukan akibat kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan yang dilindungi di bawah Polisi untuk gigi asal dan sihat
(17) pemeriksaan kesihatan biasa, mana-mana penyiasatan perubatan yang secara tidak langsung berkaitan dengan diagnosis kemasukan hospital, kesakitan atau kecederaan atau apa-apa rawatan
berkaitan
(18) Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau apa-apa komplikasi yang berkaitan dengan jangkitan apa-apa Human Immuno-deficiency Virus (HIV) (untuk tujuan Polisi ini, definisi untuk AIDS hendaklah sebagaimana yang digunakan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia pada 1987, atau apa-apa semakan selepas itu oleh Organisasi Kesihatan Sedunia untuk definisi tersebut; jangkitan hendaklah dianggap terjadi apabila darah atau ujian- ujian yang berkaitan yang dicadangkan oleh Kami menunjukkan sama ada wujudnya Human Immune Deficiency Virus atau antibodi untuk virus sedemikian.)
(19) apa-apa kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas sebagai anak kapal untuk mana-mana pesawat kecuali sebagai penumpang berbayar di dalam mana-mana pesawat yang mempunyai sijil udara yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ianya didaftarkan
(20) memandu atau menunggang di dalam apa- apa perlumbaan yang melibatkan kenderaan bermotor
(21) Anda tiba lewat di lapangan terbang Penerbangan yang Dijadualkan selepas masa pendaftaran rasmi
(22) kegagalan Anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi, menyelamat, atau mendapatkan semula bagasi yang hilang
(23) kegagalan Anda untuk memberitahu pihak Kami penerbangan tentang kehilangan bagasi pada destinasi yang dijadualkan dan untuk memperolehi laporan luar biasa
(24) pihak Kami tidak akan memberi perlindungan untuk mana-mana kerugian, kecederaan, kerosakan atau liabiliti guaman disebabkan atau dialami secara langsung atau tidak dari perjalanan ke atau melalui Afghanistan, Cuba, Democratic Republic of Congo, Iraq, Liberia, Sudan atau Syria
(25) terlibat, berlatih atau menyertai sukan secara profesional atau apabila Anda boleh menjana pendapatan atau hadiah melalui
penglibatan dalam sukan sedemikian
(26) penyiasatan perubatan, pemulihan, penjagaan atau penjagaan ketika pemulihan yang tidak diperlukan
(27) mana-mana kerugian, kecederaan, kerosakan atau liabiliti guaman disebabkan atau dialami secara langsung atau tidak oleh Anda jika dia adalah seorang:-
(a) pengganas
(b) anggota pertubuhan pengganas
(c) pembekal nuklear, kimia atau senjata biologi
(d) pengedar narkotik
(28) Mana-mana kerugian yang terjadi secara langsung atau tidak (secara keseluruhan atau sebahagiannya) daripada :
(a) pandemik
(b) wabak penyakit
Terma dan Syarat untuk Keseluruhan Polisi
(1) Keseluruhan Kontrak
Sijil Insurans ini mengandungi terma dan syarat untuk perlindungan insurans dan manfaat yang disediakan dengan ini sentiasa tertakluk kepada terma dan syarat Polisi Induk.
(2) Mematuhi terma dan syarat Insurans
Kami hanya akan membayar tuntutan yang dibuat ke atas Polisi ini jika Anda mematuhi segala terma dan syarat seperti yang terdapat di dalam Sijil Insurans.
(3) Xxxxx Xxxxx dalam Permohonan
Manfaat tidak akan dibayar dan Polisi ini akan dianggap terbatal pada pilihan Kami jika
(a) kegagalan untuk memberitahu atau salah nyata dalam mana-mana fakta yang berkaitan dengan Anda yang perlu diketahui untuk penyediaan insurans di bawah ini yang perlu untuk dinyatakan sebagai bukti boleh insurans
(b) sekiranya terdapat kes penipuan
(4) Perubahan
Kami berhak untuk meminda terma dan peruntukan Polisi dan pada bila-bila masa dengan persetujuan bertulis di antara Kami dan AirAsia. Apa-apa pindaan kepada
Polisi hendaklah mengikat ke atas semua orang sama ada diinsuranskan dibawah Polisi sebelum, semasa, atau selepas tarikh permindaan berkuat kuasa. Tiada perubahan yang sah di dalam Polisi selain diluluskan oleh wakil-wakil yang diberikuasa oleh Kami dan kelulusan sedemikian diendors di dalam perjanjian ini.
(5) Matawang Bayaran
Bayaran untuk apa-apa tuntutan yang dilindungi di bawah Polisi ini hendaklah dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia atau mana-mana matawang lain yang sama nilainya dengan kadar pertukaran yang lazim seperti yang diisytiharkan oleh Bank Negara pada masa bayaran berkuat kuasa sekiranya diperlukan oleh Anda atau wakil dirinya yang sah adalah dibenarkan.
(6) Had Pampasan
Had Pampasan adalah menurut Jadual Manfaat
(7) Umur
Semua umur yang dirujuk di dalam Polisi ini adalah umur Anda pada hari lahir terakhirnya
(8) Negara Menetap
Perlindungan yang diberikan kepada You adalah tertakluk kepada mereka yang menetap di Malaysia atau untuk bukan penduduk, ke atas perjalanan melalui Malaysia atau transit melalui lapangan terbang Malaysia
(9) Notis dan Langkah-langkah Tuntutan
(a) Apabila berlakunya sesuatu kejadian yang membawa kepada tuntutan, Anda hendaklah:-
(i) memberitahu Xxxx secara bertulis secepat mungkin dengan mengisi borang tuntutan seperti yang disediakan oleh Kami tetapi tidak boleh melebihi dari 30 hari daripada tarikh kejadian yang menyebabkan tuntutan
(ii) menyediakan untuk Kami bukti-bukti yang relevan, tidak hanya informasi, butir-butir, akuan, resit asal, invois, penyataan daripada Anda, repot dan lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Kami, dengan kos sendiri.
(iii) Menyediakan dokumen yang diperlukan dalam masa yang secepat mungkin untuk pemeriksaan Kami dan bekerjasama dengan Kami dalam semua hal yang berkaitan dengan kehilangan dan tuntutan. Kegagalan untuk memenuhi syarat ini boleh menyebabkan syak dalam tuntutan
(b) Informasi dan dokumen yang berikut perlu diberikan kepada Kami dalam apa juga keadaan jika berlaku tuntutan :-
(i) salinan rekod dan/atau borang cas yang berkaitan sebagai bukti pembelian Tiket Penerbangan yang telah Dijadualkan, telah dicas ke dalam akuan kad kredit Orang yang Diinsuranskan
(ii) laporan luar biasa untuk harta daripada AirAsia jika kehilangan bagasi,termasuk butir-butir Penerbangan yang telah Dijadualkan dan/atau maklumat bertulis dan pengesahan untuk penanguhan dan jumlah kehilangan
(c) Segala langkah-langkah yang perlu telah diambil oleh Orang yang Dilindungi bagi melindungi dan mendapatkan semula bagasi yang hilang dan/atau barangan peribadi. Apa-apa penangguhan dan/atau kegagalan penghantaran bagasi akan segera dilaporkan kepada mana-mana wakil AirAsia Berhad yang diberi kuasa untuk menerima laporan tersebut.
(10) Bukti Kehilangan/Kerugian
Bukti bertulis untuk kerugian perlulah diberikan kepada Kami di pejabat yang dinyatakan dalam masa 90 hari selepas tarikh kehilangan/kerugian. Sekiranya mustahil untuk menyediakan bukti-bukti tersebut di dalam jangka masa yang ditetapkan, kegagalan untuk menyediakan bukti sedemikian dalam masa yang diperuntukan tidak akan menyebabkan tuntutan tidak sah atau mengurangkan nilai tuntutan tetapi bukti-bukti tersebut haruslah diberikan kepada Kami secepat mungkin dan tiada kejadian, melainkan ketika tiada keupayaan guaman, melebihi
dari satu tahun untuk menyediakan bukti- bukti tersebut.
(11) Kesan daripada Penipuan
Apa-apa penipuan, salah nyata atau penyembunyian yang berkaitan dengan insurans ini atau apa-apa tuntutan di bawah ini akan menyebabkan perlindungan insurans dan manfaat- manfaat yang disediakan terbatal dan tidak sah.
(12) Pemeriksaan Perubatan
Kami, dengan perbelanjaan sendiri hendaklah mempunyai hak untuk meminta bukti tambahan dan meminta pemeriksaan perubatan ke Anda pada bila-bila masa dan dengan sekerap mungkin yang diperlukan semasa tempoh menunggu keputusan tuntutan dan untuk menjalankan pemeriksaan mayat sekiranya berlaku kematian asalkan ianya tidak melanggar undang- undang.
(13) Kepada Siapa Tuntutan Dibayar Pembayaran tuntutan untuk kehilangan nyawa Orang yang Diinsuranskan akan dibayar kepada penama (penama- panama) yang dipilih oleh Orang yang Diinsuranskan dan jika tiada penamaan dibuat, penerima yang sah adalah seperti yang ditentukan di bawah Akta Probet dan Pentadbiran Malaysia (untuk orang asing, bayaran sedemikian akan dibayar berdasarkan Undang-undang Probet negara asal Anda). Ganti rugi untuk semua manfaat akan dibayar kepada Orang yang Diinsuranskan atau estetnya selepas kematian. Proses untuk tuntutan termasuklah penyelesaian yang dikendalikan secara terus di antara Kami, Anda dan mungkin estet Anda, satu-satunya pelepasan akan dianggap sebagai pelepasan penuh dan muktamad untuk tuntutan yang dilaporkan.
(14) Xxxxx Xxxxxxxxx
Kami tidak bertanggungjawab untuk membuat apa-apa bayaran atau menanggung liabiliti untuk perlindungan sambungan bagi Polisi ini atau membuat pembayaran di bawah kehilangan dan tuntutan yang disebabkan atau dimana Anda atau penerima yang dilindungi di bawah Polisi ini adalah warganegara
atau sebahagian daripada kerajaan atau mana-mana negara yang tidak mengiktiraf undang-undang atau syarat- syarat yang terkandung di dalam Polisi atau Syarikat ini, Syarikat Induknya atau entiti pengawalan utamanya yang telah menubuhkan halangan atau apa-apa bentuk halangan ekonomi dimana terdapat kesan yang menghalang Kami untuk memberikan perlinduangan insurans, membuat hubungan bisnes dengannya atau menawarkan manfaat ekonomi kepada Anda atau mana-mana penerima dibawah Polisi ini. Ia juga difahami dan dipersetujui bahawa tiada manfaat atau pembayaran yang akan dibuat kepada mana-mana penama (penama-penama) yang diisytiharkan tidak boleh menerima manfaat ekonomi dibawah undang-undang dan syarat- syarat yang tertakluk di bawah Polisi dan Syarikat ini, Syarikat Induk dan entiti pengawal utamanya.
(15) Resit
Kami tidak akan mengikut mana-mana notis atau apa-apa tuduhan pecah amanah, lien, tugasan atau urusan lain dengan Sijil Insurans, Penerimaan oleh Anda untuk apa-apa pampasan yang dibayar dengan ini hendaklah dalam semua kes melepaskan liabiliti Kami.
(16) Hak Penama
Persetujuan panama tidak akan menjadi pra-syarat untuk menamatkan atau membatalkan Polisi atau untuk pertukaran penama atau untuk tujuan itu untuk apa-apa perubahan di dalam Polisi.
(17) Hak Pemilikan
Polisi ini adalah milik AirAsia.
(18) Proses Undang-undang
Tindakan undang-undang atau dalam ekuiti tidak akan diambil sama sekali selepas setahun dari tarikh berlakunya kejadian yang dilindungi.
(19) Fasal Xxxxxxx Xxxx
Apa-apa percanggahan yang terjadi di antara Kami dan Anda dan/atau wakil- wakil yang sah yang berkaitan dengan Polisi atau hak-hak dan tanggungan oleh pihak (pihak-pihak) berkaitan akan dirujuk kepada penimbangtara.
Timbangtara akan dilakukan oleh mana- mana seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam masa 14 hari dari tarikh bermulanya timbangtara. Jika ini tidak dapat dipenuhi, seorang penimbangtara yang bersesuaian akan dilantik dan tertakluk kepada Akta Timbangtara Malaysia atau mana-mana ubahsuai berkanun atau pembuatan semula dalam tempoh ia berkuat kuasa.
(20) Had Masa untuk membawa Timbangtara
Sekiranya tuntutan dibuat di bawah Polisi ini ditolak oleh Kami, Anda atau wakil dirinya yang sah akan memulakan prosedur timbangtara dalam masa 6 bulan selepas penolakan tersebut, dan sekiranya gagal berbuat demikian, Kami akan dibebaskan daripada semua liabiliti daripada tuntutan tersebut.
(21) Pembatalan
Sebaik sahaja Sijil Insurans dikeluarkan, ianya tidak boleh dibatalkan.
(22) Mematuhi Undang-undang
Mana-mana syarat yang tertakluk di dalam Polisi ini yang pada tarikh ia dikeluarkan adalah bercanggah dengan undang-undang negara di mana Sijil Insurans telah dikeluarkan dan dihantar, Polisi ini akan mengikut undang-undang Malaysia.
(23) Tanggungjawab yang Ditanggung oleh Tune Protect Malaysia
Apa-apa isu, hal atau tuntutan yang berkaitan dengan Sijil Insurans ini secara penuh atau separa adalah sepenuhnya tanggungjawab Tune Protect Malaysia, dan tidak akan dalam apa-apa hal pun melibatkan AirAsia Berhad.
(24) Bahasa yang Digunakan
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau maklumat yang tidak konsisten di dalam dokumen dan kandungan bagi versi yang diterbitkan dalam bahasa lain, kandungan yang akan diambil kira adalah dari dalam dokumen yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
(25) Perlanjutan Tempoh Perlindungan sehingga had maksima selama 3 hari (hanya untuk penerbangan dua hala) Tempoh lanjutan ini melindungi Anda yang jadual perjalanan Anda tidak mengikut waktu asal seperti yang dijadualkan disebabkan oleh penyusunan semula jadual penerbangan oleh AirAsia. Kami akan menerima tuntutan di dalam situasi ini.
(26) Perlindungan yang Serupa
Jika berlakunya kejadian di mana Anda dilindungi oleh lebih dari satu polisi yang dibeli melalui AirAsia Berhad dan/atau Syarikat Bersekutunya, manfaat akan dibayar berdasarkan jumlah manfaat yang terbesar. Jika jumlah manfaat adalah sama, Kami akan hanya melayan tuntutan yang dibuat oleh Anda di bawah perlindungan Polisi yang diisukan terlebih dahulu.
(27) Pembatalan Penerbangan oleh AirAsia/ Orang yang Diinsuranskan
(a) Polisi Insurans Perjalanan akan luput jika Anda memilih AirAsia Kredit Shell. Walaubagaimanapun premium akan dipulangkan sebagai kredit untuk Anda membeli tiket penerbangan AirAsia yang baru.
(b) Polisi Insurans Perjalanan akan luput jika Anda memilih Pengembalian Wang. Premium akan dipulangkan bersama dengan jumlah keseluruhan yang diterima daripada AirAsia.
(28) Tafsiran umum
Apabila konteksnya menghendaki, bentuk maskulin terpakai bagi feminin dan istilah tunggal termasuk jamak dan sebaliknya.
Keterangan dan Kenyataan Polisi
1. Segala usaha akan dibuat oleh Syarikat Kami untuk memenuhi tanggungjawab Kami di bawah polisi. Jika Anda tidak berpuas hati atau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Kami atau mempunyai sebarang aduan, Anda boleh menghubungi atau menulis kepada Kami.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia
(Tune Insurance Malaysia Berhad 30686-K)
Level 9, Wisma Tune, Xx.00, Xxxxxx Xxxxxx, Xxxxxxxxx Xxxxxxx 00000 Xxxxx Xxxxxx
Tel: 00-0000 0000
Fax: 00-0000 0000
2. Jika Anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan Syarikat Kami, Anda boleh mengemukakan aduan anda sama ada kepada Ombudsman for Financial Services (OFS) dalam tempoh 6 bulan dari tarikh keputusan muktamad Syarikat Kami atau kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
(a) Ombudsman For Financial Services
(Formerly known as Financial Mediation Bureau) Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia, Xx.0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxxxxx,
50000 Kuala Lumpur.
Tel: 00-00000000
Fax: 00-00000000
OR
(b) Pengarah
Jabatan Link & Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia
X.X.Xxx 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 0-000-00-0000
Fax: 000 00000000
3. Bersandarkan Akta Pencegahan Pengubahan Xxxx Xxxxx, sebarang “Transaksi yang Mencurigakan” seperti yang termaktub di bawah undang-undang hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Bank Negara Malaysia.
4. PEMBERITAHUAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN MULAI 1 APRIL 2015 Pemberitahuan bahawa pelaksanaan Akta Barangan dan Perkhidmatan (2014) (GST), Syarikat Berhak untuk mengenakan dan memungut 6% GST ke atas semua polisi yang dikeluarkan pada 1 April 2015 dan seterusnya.
Dan jumlah GST yang dikenakan hendaklah dibayar oleh pemegang polisi.
Notis
Untuk segala maksud dan tujuan, dimana terdapat konflik atau kekaburan terhadap makna dalam peruntukan Bahasa Malaysia dimana-mana bahagian kontrak, adalah dengan ini dipersetujui bahawa kontrak versi Bahasa Inggeris hendaklah digunakan.