MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2013
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
31 JULAI 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
31 JULAI 2013
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
AGENDA
1. Bacaan Doa.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Mengesahan Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.06/2013 bertarikh 28 Jun 2013.
4. Kertas Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2013.
5. Kertas Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.2/2013.
6. Xxxxxx Xxxxxxxx Rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2013.
7. Pembentangan laporan-laporan seperti berikut :-
7.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.07/2013 .
7.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.07/2013.
7.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.07/2013.
7.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.07/2013.
7.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.7/2013.
7.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.13/2013.
7.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.14/2013.
8. Ucapan Penangguhan oleh Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxxxxx.
9. Penutup.
MESYUARAT PENUH MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.07/2013
KANDUNGAN
1. Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.06/2013.
2. Kertas Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2013.
3. Kertas Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.2/2013.
4. Xxxxxx Xxxxxxxx Rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2013.
5. Lampiran-lampiran :-
7.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.07/2013 .
7.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.07/2013.
7.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.07/2013.
7.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.07/2013.
7.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.7/2013.
7.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.13/2013.
7.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.14/2013.
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 6/2013 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH : 28 JUN 2013 MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT 1
TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxxx - Xxxxxxxxx Timbalan Yang DiPertua Majlis
2. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx | - ” |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
5. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx | - ” |
7. Tn. Xxxx Xxxx Xxxxx | - ” |
8. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - ” |
9. Pn. Xxxx Xxxx Eng | - ” |
10. Tn. Xxxx Xxxx Xxx | - ” |
11. Tn. Lim Fong Len | - ” |
12. Tn. Hj. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx | - ” |
13. Tn. Hj. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx | - „ |
14. Pn. Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx | - „ |
15. Tn. Hj. Xxx xxx Xxxxxx | - „ |
16. Tn. Hj. Xxx Xxxxx xxx Xxxxxx - „
17. Tn. Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx - Ahli Majlis
18. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal - „
19. Tn. Ho Ah Ngoh - “
20. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxx - ”
TIDAK HADIR DENGAN MAAF
1. Y. Bhg. Dato‘ Xxxxxxxx xxx Xxxxx Xxxx DiPertua Majlis
2. Tn. Hj. A. Xxxxx xxx Xxxxx Ahli Majlis, MPAJ
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. Drs. Xxxxxxx xxx Xx. Shahri
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2. En. Xxxxxx xxx Xxxx
Jabatan Undang-Undang
3. En. Xxxxx xxx Xxxxxx
Jabatan Bangunan dan Senibina
4. En. Xxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Kejuruteraan
5. En. Xxxxxxxxxxxx xxx Xxxxxx Jabatan Belia dan Masyarakat
6. En. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxx Jabatan Penguatkuasa
7. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx xxxxx X. Isa Jabatan Perbendaharaan
8. En. Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxxx Audit Dalam
9. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxxx Jabatan Pelesenan
10. En. Xxxxxxx Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxx Xxxxxxxx COB
11. Pn. Xxxxxxxxx xxxxx Xxxxx
Jabatan Percangan Korporat (PRO)
12. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxx Xxxxxxxx Xxxx Xxxxx
13. Pn. Xxxxxx xxxxx Xxxxx Bahagian OSC
14. En. Xxxxx xxx Xxxx
Jabatan Khidmat Pengurusan
15. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
16. Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxxx - Urusetia Bahagian Urusetia
1. BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Xxxx Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx.
2. UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxxx, Timbalan Yang Xx Xxxxxx selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan pihak media yang hadir ke Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013. Beliau memaklumkan Dato’ Yang DiPertua tidak dapat mempengerusikan Mesyuarat Majlis pada hari ini kerana menghadiri Majlis Perasmian Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.
Tuan Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1.1. Penyata Kewangan Majlis yang berakhir pada 31 Disember 2012 telah disemak dan diaudit oleh Jabatan Audit Negeri Selangor. Pihak Audit berpendapat bahawa Penyata Kewangan Majlis telah memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Majlis, hasil operasi dan aliran tunainya adalah berdasarkan perakaunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, MPAJ telah diperakukan Sijil Bersih iaitu Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi kali yang kesepuluh. Tuan Xxxxxxxxx mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Perbendaharaan dan semua pihak yang terlibat yang menguruskan perbelanjaan dengan baik dengan harapan usaha ini dapat diteruskan.
2.1.2. Sempena kedatangan Bulan Ramadhan, sebanyak 27 lokasi Pasar Juadah dibuka dengan sebanyak 1,656 petak telah disediakan di kawasan pentadbiran MPAJ. Daripada jumlah tersebut, 1,478 petak telah ditempah oleh penjaja-penjaja yang telah membayar lesen manakala 178 petak daripadanya masih kosong dan dibuka untuk permohonan peniaga yang berminat. Senarai kekosongan tapak adalah seperti berikut:
Kampung Melayu Xxxxx Xxxx : 0 tapak Lembah Maju : 7 tapak Pandan Perdana 3/10 : 20 tapak Taman Angsana Hilir : 6 tapak
Taman Melawati : 39 tapak Taman Melawati Xxxxx X0 : 0 xxxxx Xxxxx Xxxxxxx : 0 xxxxx
Ampang Jaya : 8 tapak
Bukit Antarabangsa : 8 tapak
Cheras Indah : 4 tapak
Kg Pandan : 6 tapak
Taman Melor : 16 tapak
Ampang Waterfront : 15 tapak Xxxxx Xxxxx Xxxxx Xxxxxx 0 : 00 tapak Taman Bukit Segar Jaya : 10 tapak
2.1.3. Fenomena Denggi didapati semakin meningkat bukan sekadar di Ampang Jaya, malah di seluruh Malaysia. Antara punca berlakunya peningkatan ini semasa musim cuti sekolah. Ini kerana penghuni didapati cuai dan lalai ketika
meninggalkan rumah dan terdapat takungan air yang menyebabkan punca pembaikan jentik-jentik.
Sehubungan itu, semua pemilik kediaman diminta agar lebih berhati-hati ketika meninggalkan kediaman bagi mengelakkan gejala ini daripada berleluasa.
2.1.4. Majlis dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan mengadakan satu Seminar Integriti Warga Pihak Berkuasa Tempatan (SIW PBT) Peringkat MPAJ yang akan diadakan pada 4 Julai 2013 di Auditorium MPAJ jam 8.00 pagi – 5.00 petang dengan anggaran seramai 300 orang peserta yang melibatkan peserta-peserta daripada beberapa PBT di Malaysia. Program ini diharap dapat meningkatkan tahap integriti di khususnya penjawat awam di Pihakberkuasa Tempatan.
2.1.5. MPAJ akan menjalankan Program Kebersihan secara berperingkat bermula di lima buah kawasan pusat Bandar iaitu di Ampang Point, Bandar Baru Ampang, Taman Melawati, Pandan Indah, dan Bukit Indah.
Program akan dijalankan dengan memberikan perhatian kepada 4 fokus utama iaitu:
- Penyeliaan dan pemantauan Perkhidmatan Pembersihan Awam (PPA)
- Penyeliaan dan pemantauan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal (PPSP)
- Penyelarasan isu-isu kebersihan antara jabatan teknikal
- Tindakan aktiviti penguatkuasaan atas kesalahan semua pihak.
Tumpuan isu kebersihan ini berpunca daripda aktiviti restoren, kedai runcit/ pasar mini dan bengkel yang menggunakan kaki lima atau lorong belakang untuk aktiviti perniagaan masing-masing.
2.1.6. Majlis akan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik rumah kediaman dan premis perniagaan yang menutup longkang sehingga menghalang kerja-kerja pembersihan oleh pihak kontraktor. Notis akan dikeluarkan kepada yang terlibat supaya segera memperbetulkan keadaan di tapak dan tindakan penguatkuasaan akan diambil selepas Hari Raya nanti.
2.1.7. Pada 1 Julai 2013, genaplah 21 tahun usia penubuhan MPAJ. Sepanjang 21 tahun usia MPAJ, pelbagai pencapaian, anugerah, penambahbaikan, ragam dan cabaran telah dilalui oleh MPAJ. Mudah-mudahan dengan doa terutama daripada warga kerja dan penduduk Ampang sendiri akan lebih memberi keberkatan selama wujudnya MPAJ ini.
Sehubungan itu, pihak MPAJ telah mengatur pelbagai program untuk penduduk Ampang Jaya khasnya. Antara program yang diatur adalah Program Jom Baca `Dunia Buku Dunia Kita’ yang akan berlangsung pada 29 – 30 Jun 2013 di Menara MPAJ yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga
8.00 malam. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Karangkraf, Kaki Novel, Pustaka Syuhada, Farhana Bookstore dan Sinergi Ilmu. Selain itu, turut diadakan pertandingan `Spelling Contest’ dan pidato peringkat sekolah, Bengkel `Jewelery Making’, Jahitan Manik dan
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak di samping beberapa program yang telah dirancang.
2.1.8. Majlis akan melaksanakan projek MARRIS untuk siri kedua tahun 2013 yang melibatkan 20 projek dengan melibatkan kos sebanyak RM 4 Juta. Projek ini dijangka bermula pada minggu hadapan dan dijangka siap sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
2.1.9. Akhir sekali Tuan Pengerusi mengambil kesempatan merakamkan ucapan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang dijangka bermula pada 10 Julai 2013. Semoga ibadah puasa ini diberkati dan mendatangkan lebih kebaikan dan keinsafan kepada kita sebagai umat manusia.
Tuan Pengerusi turut memaklumkan keadaan jerebu yang berlaku telah hampir pulih dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah sekiranya jerebu berlaku lagi. Orang ramai juga diingatkan menjaga kebersihan dan tidak membuat pembakaran terbuka yang membawa kepada pencemaran udara. Pihak pemaju juga dinasihatkan supaya tapak pembinaan mereka tidak mendatangkan habuk.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 5/2013
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2013 bertarikh 31 Mei 2013 disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat dicadangkan disahkan oleh Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx dan disokong oleh Xxxx Xx. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx.
4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
5. KERTAS MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT (JKAPK) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 2/2013
Mesyuarat Penuh Majlis menerima dan mengambil maklum Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (JKAPK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 2/2013 bertarikh 20 Jun 2013.
Makluman
6. PERTIMBANGAN LAPORAN
6.1. LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 6/2013 yang telah diadakan pada 12 Jun 2013 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal.
6.1.1. Perkara 3.1.4. di muka surat 33 - Operasi Menangkap Anjing Liar
Ahli Mesyuarat Penuh Majlis mencadangkan Majlis meningkatkan usaha operasi menangkap anjing seperti mengadakan perangkap seperti perangkap musang, mengadakan kempen menangkap anjing liar dengan memberi bayaran sebanyak RM 37.00 kepada individu yang berjaya menangkap anjing seperti kempen menangkap tikus dan menambahkan bilangan kontraktor perkhidmatan menangkap anjing. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan dikehendaki mengkaji cadangan-cadangan tersebut untuk dilaksanakan.
6.1.2. Perkara 3.2.5. di muka surat 35 - Pembersihan Kawasan Di Kawasan Pemaju Taman Mestika
Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal meminta supaya pemaju Taman Mestika diberi tempoh masa untuk membersihkan kawasan mereka yang telah menjadi semak samun. Kegagalan mereka menyelenggara kawasan mengikut tempoh yang diberikan, Majlis dikehendaki mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun mengikut undang-undang yang terpakai.
MAKLUMAN
6.2. LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 6/2013 yang telah diadakan pada 10 Jun 2013 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxxxxx xxx Xxxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx dan Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal.
6.2.1. Perkara 3.82 di muka surat 81 – Pembinaan Tangki Air Di Taman Pandan Utama
Tuan Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx memaklumkan bahawa penduduk di Taman Pandan Utama, Kg Pandan Fasa 2 telah menerima 2 bil air daripada pihak Syabas dan pemaju dan meminta perkara ini disemak oleh pihak COB.
MAKLUMAN
6.3. LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 6/2013 yang telah diadakan pada 19 Jun 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Hj. Xxxx Xxxxxxx xxx Xxxxxxx Xxxx dan disokong oleh Xxxx Xx. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxxx.
MAKLUMAN
6.4. LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 6/2013 yang telah diadakan pada 21 Jun 2013 dengan pindaan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Puan Sian Xxxx Xxx dan disokong oleh Xxxx Xxxxxx xxx Xxxxxx.
6.4.1. Pindaan Perkara 2.20 di muka surat 145 – Sambungan Bumbung Di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0 X, 0X Dan Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0
Operasi perobohan sambungan bumbung di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxx 0X , 0X xxx 0 terutama di belakang 7 Eleven belum dilaksanakan.
MAKLUMAN
6.5. LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil. 6/2013 yang telah diadakan pada 20 Jun 2013 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Xxx. Xxxx xxx Xxxxx dan disokong oleh Tuan Xxxxxxxxxx a/l Sinnapayal.
MAKLUMAN
6.6. LAPORAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013 bertarikh 28 Jun 2013 telah mengambil maklum dan menerima laporan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 11/2013 dan bil. 12/2013 bertarikh 17 Jun 2013 dan 25 Jun 2013.
MAKLUMAN
7. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN XXX XXXXXXX XXXXX XXX XXXXXX
Puan Xxx Xxxxxxx xxxxx Xxx Xxxxxx mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2013. Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi kehendak Kerajaan Negeri dan pembayar-pembayar cukai untuk menjadikan MPAJ sebuah perbandaran yang aman, bersih,indah, makmur dan selamat ke arah bertaraf antarabangsa. Dalam ucapan penangguhan beliau menyampaikan perkara berikut:
7.1. Mengucapkan tahniah kepada MPAJ kerana berjaya mengekalkan Sijil Bersih untuk kali yang kesepuluh. Beliau berharap ianya dapat dikekalkan hingga selama-lamanya.
7.2. Syabas dan tahniah kepada MPAJ kerana dapat menjimatkan perbelanjaan Majlis dengan penamatan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd. Beliau mengambil kesempatan mengingatkan bahawa lebihan kewangan tidak dapat diterjemahkan kepada peningkatan mutu perkhidmatan. Dalam kata lain, wang dijimatkan haruslah disalurkan kepada penambahbaikan perkhidmatan MPAJ.
7.3. Meningkatkan perkhidmatan berkualiti dengan menekankan
`response time’ di mana tindak balas terhadap aduan dan pertanyaan pelanggan dalam masa yang singkat.
7.4. Membudayakan kualiti dan inovasi dalam menjalankan setiap aktiviti dalam Majlis daripada perkara yang paling kecil kepada isu-isu yang besar. Pembudayaan ini bermakna menjadikan kualiti dan inovasi sebagai satu kebiasaan dalam kerja-kerja harian.
7.5. Program Local Agenda 21 dijadikan suatu program di setiap zon dengan peruntukan yang dapat disediakan oleh pihak Majlis dan agensi-agensi yang terlibat. Dengan adanya kerjasama dari pihak Majlis, penduduk dan agensi-agensi swasta ini, hasrat untuk menjadikan Ampang Jaya ini aman, bersih, indah, makmur, selamat dan bertaraf antarabangsa akan dapat dicapai dalam masa yang singkat.
7.6. Dalam majlis-majlis dialog dengan penduduk, isu-isu yang sering dibangkitkan adalah isu sampah, infrastruktur dan keselamatan. Kes-kes jenayah ragut, rompak dan pecah rumah semakin meningkat di Ampang Jaya. Beliau memohon supaya diambil perhatian yang serius terhadap isu-isu keselamatan ini. Kekerapan rondaan oleh pihak keselamatan perlu dipertingkatkan dengan menambahkan anggota keselamatan. Pencahayaan lampu-lampu jalan ditambah di tempat yang sering berlaku kes-kes jenayah. Memandangkan musim perayaan semakin hampir yang mengundang bertambahnya berlaku kes pecah rumah semasa penghuni pulang ke kampung, beliau
mencadangkan MPAJ mengadakan kempen `rumah jiranku adalah rumah ku’ untuk mewujudkan kepedulian antara jiran tertangga di dalam kawasan MPAJ.
7.7. Akhir sekali beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga MPAJ dan semoga muafakat pada tahun ini akan menjadikan Ampang Jaya Perbandaran yang paling unggul di Malaysia.
8. PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas ucapan penangguhan tersebut dan Mesyuarat ditangguhkan pada jam
11.36 pagi.
Disediakan oleh:-
Urusetia Mesyuarat Bahagian Urusetia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Minit Mesyuarat telah disyorkan untuk disahkan oleh
…………………………..........dan disokong oleh …………………………………
(ABD. XXXXX XXX XXXXXXX)
Pengerusi Mesyuarat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPM 6 2013 – 28.6.2013.
4.0.
KERTAS MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LOCAL AGENDA 21 (LA 21) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.1/2013
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL 7/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA MAKLUMAN MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK LOCAL AGENDA 21 (LA 21)
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2013
JABATAN PERANCANG BANDAR
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 7/2013 berhubung minit mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat yang telah diadakan pada 26/6/2013.
2.0 LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Bil. 1/2013 telah diadakan selaras dengan teguran yang diterima dalam sesi pengauditan star rating pada awal tahun 2013 yang mengkehendaki pihak Majlis membentuk Jawatankuasa Induk dan mengadakan mesyuarat bagi tujuan menyelaras semua Pogram LA 21 .
Seterusnya Jawatankuasa Induk ini berfungsi memantau progres program yang dirancang dan dilaksanakan oleh setiap Jawatankuasa Kerja dan membuat pelaporan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
3.0 PENUTUP
Kertas ini dikemukakan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk makluman selanjutnya.
Disediakan oleh : ……………………………………………
(NORLIZA BT MASRI )
Penolong Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disemak oleh : ……………………………………………
(ZURAINA BT SAID )
Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disahkan oleh : ……………………………………………
(TN. XX XXX XXXXX XXX XXXXXXX)
Timb. Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Local Agenda (LA 21) 23/7/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LOCAL AGENDA (LA 21) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
BIL. 1/2013
Tarikh : 26 Jun 2013
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 16 , Mpaj
KEHADIRAN
1. Tuan Hj. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx
Timbalan Yang Dipertua
- Pengerusi
2. Tn. Xxxxxx xxx Xxxxx - Ahli Majlis
3. Tn. Hamsah Bin Djabir - Ahli Majlis
3. Tn. Supiramany A/L Sinnapayal - Ahli Majlis
4. Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxxxxxx Xxxx
5. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxxx Xxxxx
- Ahli Majlis
- Ahli Majlis
6. Tn. Fong Teck Keong - Ahli Majlis
7. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
8. Tn. Lim Fong Len - Ahli Majlis
9. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
10. Pn. Xxx Xxxxxxx Xx Xxx Xxxxxx - Ahli Majlis
11. Tn. Hj. Xxx Xxx Xxxxxx - Ahli Majlis
12. Tn. Xxxxx Xxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
13. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
14. Tn. Ho Ah Ngoh - Ahli Majlis
15. En. Xxxx Xxxx Xxx Xxxxxx - Xxx. Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
16. En. Najib Endone - Pejabat Belia Hulu Langat
17. Xx.Xxxx Xxxxxxx - Pejabat Belia Gombak
18. En. Xxx Xxxxxxxx - PDRM, IPD Ampang
19. Pn. Zuriani Zulkifli - AADK, Ampang
20. Xx.Xxxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxx - Jabatan Kebajikan
Masyarakat Gombak
21. Pn. Hasnina Bt Ibrahim - AADK ,Ampang
22. En. Xxxxxxx Xxxxx Bin Ismail - Jabatan Belia Masyarakat,
MPAJ
23. En. Ismail Bin Talib - Jabatan Perkhidmatan perbandaran & Kesihatan, MPAJ
24. En. Xxxx Xxxxxxxxxxxx Xxx Xxxx Xxxxx
- Jabatan Kejuteraan, MPAJ
25. Pn. Murshidah Bt Xxxx Xxx - Jabatan Korparat, MPAJ
26. Pn. Rohani bt Xxxxx Xxxxx - Jabatan Bangunan
Senibina
27. Cik Izzati Husna Bt Ismail - Jabatan Pelesenan, MPAJ
28. En. Shafie Patt Bt Abdullah - Pejabat Agama Islam
Daerah Gombak
29. En. Zulkifly Bin Sharif - COB,MPAJ
30. Cik Akma - JKP Zon 12
31. En. Wu Fwu Seah - JKP Zon 2
32. En. Shamsul Norzaen Nordin - Sime Darby melawati Dev.
Sdn Bhd
33. Pn. Xxxxxxxxxx Xx Xxx Xxxxxx 34. En. Xxxxx Xxx 35. En. Xxxx Xxxx Xxx | - - - |
36. En. Abd. Rahman | - |
37. En. Megat Xxxx Xxxxxxxxxx | - |
38. Pn. Zuraina Bt Said | - |
39. Pn. Norliza Bt Masri | - |
40. En. Xxxx Xx Xxxx Xxx Xxxxx | - |
Mitraland Melawati Sdn Bhd
Aman Kemensah Sdn Bhd
Venus Capital corp.Sdn. Bhd
Ketapang Reality Sdn Bhd Jaya Ternak Sdn Bhd
Setiausaha Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar
Pencatat Minit
Jabatan Perancang Bandar Jabatan Perancang Bandar
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan kata-kata aluan daripada Yg. Berbahagia Tuan Pengerusi kepada Ahli Majlis, wakil dari jabatan luaran, jabatan dalaman terlibat dan wakil penduduk. Untuk memberkati mesyuarat ahli mesyuarat dijemput untuk membaca surat Al Fatehah bagi yang beragama islam manakala yang beragama selain islam boleh mengikut cara masing-masing.
1.1 Tn. Pengerusi memaklumkan, mesyuarat ini adalah yang pertama diadakan dan merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Bil. 1 / 2013.
1.2 Untuk makluman semua, dalam sesi pengauditan star rating di awal tahun, pihak Majlis telah ditegur dan diminta untuk
mewujudkan Jawatankuasa Induk LA 21 bagi tujuan menyelaras semula semua program LA 21.
1.3 LA21 merupakan program perkongsian melibatkan 3 pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat setempat dan sektor swasta melalui pendekatan “bottom up” bagi merancang pembangunan yang mampan di peringkat tempatan.
1.4 Program LA 21 MPAJ ditubuhkan sejak tahun 2006 dan di Urusetiakan oleh Jabatan Belia Masyarakat . Empat Jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi merancang dan melaksanakan program LA 21 MPAJ iaitu;
1) Jawatankuasa Kerja Sosial
2) Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar
3) Jawatankuasa Kerja Ekonomi
4) Jawatankuasa Kerja kemudahan Awam & Infrastruktur
1.5 Bagi memberi kefahaman mengenai “Program Local Agenda 21” (LA 21) Ketua Pen. Pengarah, En. Xxxx Xxxx Xxxxxx dari Jab. Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , telah dijemput untuk memberi taklimat.
1.6 Seterusnya diharap dengan pembentukan Jawatankuasa ini, akan dapat mencapai matlamat dan wawasan masyarakat sepertimana terkandung dalam strategi LA 21.
Tindakan : Makluman
2.0 PEMBENTANGAN LOCAL AGENDA 21 DARI EN. XXXX XXXX XXX XXXXXX, KETUA PEN. PENGARAH, BAHAGIAN DASAR DAN PEMBANGUNAN, BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KBKT)
Perkara-perkara yang diterangkan adalah seperti berikut;
2.1 Definasi pembangunan mampan.
Antara takrifan pembangunan mampan adalah “Sustainable development refers to a mode of human development in which resource use aims to meet human needs while ensuring the sustainability of natural systems and the environment, so that these needs can be met not only in the present, but also for generations to come”.
2.2 Keperluan pembangunan mampan dalam kehidupan dan bidang strategik seperti perhutanan, pertanian, pengangkutan,sektor tenaga,pengurusan sisa pepejal dan lain-lain.
2.3 Seterusnya penerangan mengenai Local Agenda 21 iaitu suatu program tindakan pembangunan mampan selaras dengan Deklarasi Earth Summit di Rio De Janeiro yang diadakan pada Jun 1992 iaitu “Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment and Development) .
2.4 Local Agenda 21 mengandungi 4 Seksyen iaitu:
• Dimensi Ekonomi dan Sosial;
• Pemulihan dan Pengurusan Sumber untuk Pembangunan;
• Kumpulan Utama yang Perlu Dilibatkan; dan
• Cara Melaksanakan Agenda 21
2.5 Antara objektif LA 21 adalah meningkatkan kerjasama antara PBT, pihak swasta dan masyarakat dalam mencapai matlamat yang disasarkan.
2.6 Antara aktiviti setiap PBT adalah mengadakan dialog dengan komuniti dan pihak swasta untuk mengenal pasti isu dalam melaksanakan LA 21.
2.7 Seterusnya beliau menerangkan prinsip LA 21 yang mengandungi perkara berikut;
• Mengenalpasti wawasan masyarakat
• Menganalisa isu berteraskan masyarakat.
• Menyediakan Pelan Tindakan.
• Pelaksanaan dan Pemantauan
• Penilaian dan maklumbalas
2.8 Beliau memaklumkan taklimat yang dijalankan ini juga salah satu aktiviti Local Agenda 21. Ahli mesyuarat perlu turut melibatkan pihak NGO dan swasta.
2.9 Contoh program LA 21 adalah seperti pengindahan sungai yang melibatkan pihak JPS dan pemaju yang memajukan kawasan disepanjang kawasan Sungai Kelang di kawasan DBKL. Program lain adalah seperti pengkomposan dan penglibatan kelab kitar semula di sekolah.
Tindakan : Makluman
3.0 PEMBENTANGAN KERTAS MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LA 21 MPAJ 2013, OLEH PUAN ZURAINA BT SAID, PEGAWAI PERANCANG BANDAR
3.1 Pn.Zuraina Bt Said menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan untuk memaklumkan pembentukan Jawatankuasa Induk LA21 MPAJ 2013. Seterusnya beliau menerangkan struktur dan fungsi Jawatankuasa iaitu menyelaras program yang dirancang berdasarkan pelan tindakan yang telah dibentuk mengikut Jawatankuasa Kerja yang diwujudkan.
3.2 Seterusnya Pn. Xxxxxxx Xx Xxxx menerangkan objektif Jawatankuasa Induk LA 21 antaranya adalah:
i. Untuk mendedahkan masyarakat dan sektor swasta kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.
ii. Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama .
iii. Merumuskan strategi dan Pelan Tindakan Local Agenda 21.
iv. Melaksanakan Pelan Tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek pembangunan mampan supaya faedahnya dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT meliputi isu pencemaran,kebersihan,kitar semula,integrasi sosial dan lain-lain.
3.3 Pn. Zuraina Bt. Said memaklumkan perlunya kerjasama yang baik antara pihak Majlis, swasta dan masyarakat dalam merancang kearah pembangunan mampan seterusnya untuk kesejahteraan generasi akan datang.
3.4 Seterusnya Pn. Zuraina Bt. Said memaklumkan struktur organisasi Jawatankuasa Induk LA 21 MPAJ sepertimana berikut;
●Pengerusi : Yang Dipertua Majlis
●Timbalan Pengerusi : Timbalan Yang Dipertua/Setiausaha
Majlis
●Setiausaha : Pengarah Jabatan Perancang
Bandar
●Ahli Jawatankuasa :
1) Ahli Majlis 1:
2) Ahli Majlis 2 :
3) Ahli Majlis 3:
4) Ahli Majlis 4:
5) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
6) Ketua Polis IPD Ampang Jaya
7) Jabatan Kerja Rakyat Daerah Gombak dan Hulu Langat
8) Jabatan Kebajikan Masyarakat
9) Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional
10) Jabatan Belia dan Sukan Daerah Gombak dan Hulu Langat
11) Jabatan Pelajaran Daerah Gombak dan Hulu Langat
12) Agensi Anti Dadah Kebangsaan Gombak dan Hulu Langat
13) Jabatan Agama Islam Daerah Gombak dan Hulu Langat
14) Jabatan Imigresen
15) Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
16) Jabatan Kejuruteraan
17) Jabatan Belia dan Masyarakat
18) Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
19) Jabatan Perlesenan
20) Jabatan Penguatkuasa
21) Jabatan Bangunan dan Senibina
22) Jabatan Perlesenan
23) Jabatan Perancangan Korporat
24) Wakil swasta
25) Wakil penduduk
3.5 Terdapat 5 Jawatankuasa Kerja yang akan membentuk pelan tindakan untuk dilaksanakan iaitu:
a) Jawatankuasa Kerja Sosial diketuai Pengarah Jabatan Belia Masyarakat.
b) Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar diketuai Pengarah Jabatan Perkhimatan Perbandaran dan Kesihatan.
c) Jawatankuasa Kerja Kemudahan awam & Infra diketuai Pengarah Jabatan Kejuruteraan.
d) Jawatankuasa Kerja Ekonomi diketuai Pengarah Jabatan Pelesenan.
e) Jawatankuasa Bandar Selamat diketuai Pengarah Jabatan Perancang Bandar.
3.6 Semua Jawatankuasa Kerja yang telah dibentuk hendaklah mengadakan mesyuarat berkala dan melaporkan aktiviti kepada Jawatankuasa Induk.
3.7 Jawatankuasa Induk ini berfungsi memantau progres program yang dirancang dan dilaksanakan oleh setiap Jawatankuasa Kerja seterusnya melaporkan kepada KPKT.
Tindakan : Makluman
4.0 PERBINCANGAN
4.1 Tn. Meor Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx mencadangkan penglibatan semua Ahli Majlis sebagai Ahli Jawatankuasa Induk LA 21.
4.2 Tn. Pengerusi memaklumkan kehadiran 7 wakil pihak pemaju daripada 12 pemaju yang dijemput. Terdapat juga wakil pemaju yang turut mewakili badan bukan kerajaan ‘NGO’. Diharap sekiranya dilibatkan dalam Jawatankuasa Kerja pihak ini dapat memberi komitmen.
4.3 Pn. Xxxxxx Xx Xxxxx Xxxxx dari Jabatan Bangunan Senibina meminta agar program IPMC iaitu berkaitan pembangunan kilang/industri dimasukkan sebagai salah satu Program LA 21 dibawah Jawatankuasa Kerja Ekonomi.
4.4 Untuk makluman taklimat refreshment LA 21 ini juga merupakan sebahagian daripada Pogram LA 21 yang melibatkan pihak MPAJ, pihak swasta dan penduduk. Komunikasi antara pemaju dan penduduk adalah sangat dialu-alukan.
4.5 Mesyuarat Jawatankuasa Induk perlu diadakan minima 2 kali setahun.
Tindakan : Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Wakil Kg. Lembah Jaya Selatan memaklumkan masalah longkang sediada di Kg. Lembah Jaya Selatan tidak dapat menampung kapasiti air dari kawasan pembangunan di sekitar hingga mengakibatkan masalah banjir kilat.Beliau meminta MPAJ memeriksa semula perkara ini.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
5.2 Tn. Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk akan memfokuskan program Local Agenda 21. Perkara berkaitan aduan awam tidak dibincang di mesyuarat ini.
5.3 Tn. Pengerusi meminta semua pihak terlibat dalam perlaksanaan LA 21 di Ampang Jaya, meningkatkan kerjasama antara satu sama lain serta menjalin hubungan baik dengan masyarakat.
Tindakan : Makluman
6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada X.Xxx. Tn. Pengerusi kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh: | Disemak oleh: | Disahkan oleh: |
........................................................ | ..................................................... | .............................................. |
Nama : Norliza Bt Masri | Nama : Pn. Zuraina Bt Said | Tn. Xx Xxxxx Xxxxx Xxx. Hussain |
Jawatan : Pen. Peg. Perancang | Jawatan : Pegawai Perancang | : Timb. Yang Dipertua Majlis |
Bandar Jabatan : Perancang | Bandar merangkap Setiausaha | Perbandaran Ampang Jaya |
Bandar. | Mesyuarat J/K Induk LA 21 |
5.0.
KERTAS MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT
MAJIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.2/2013
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 7/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
BIL. 2/2013
JABATAN PERANCANG BANDAR
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 7/2013 berhubung minit mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat yang telah diadakan pada 27 Jun 2013.
2.0 LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dikehendaki dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis untuk mendapat persetujuan Ahli Mesyuarat sebelum dikemukakan kepada Urusetia NKRA Bandar Selamat (JPBD Semenanjung Malaysia) selaras dengan arahan dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Bandar Selamat Bil. 2/2010 bertarikh 1 Disember 2010.
3.0 PENUTUP
Kertas ini dikemukakan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk persetujuan dan makluman sebelum dikemukakan ke Unit NKRA Bandar Selamat, JPBD Semenanjung Malaysia.
Disediakan oleh :
…………………………………………… (NORLIZA BT MASRI )
Penolong Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disemak oleh :
…………………………………………… (ZURAINA BT SAID )
Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disahkan oleh :
…………………………………………… (TN. XX XXX XXXXX XXX XXXXXXX)
Timb. Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat
MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2013
Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis) Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 16 , Mpaj
KEHADIRAN
1. Tuan Hj. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx
Timbalan Yang Dipertua
- Pengerusi
2. Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxxxxxx Xxxx
- Ahli Majlis
3. Pn.Umi Kalthom Bt Ghazali - Agensi Anti Dadah
Kebangsaan , Ampang
4. Insp.Xxxxxxx Xxxxxx Xxx Xxxx Xxxx
- PDRM, IPD Ampang
5. Insp. Xxxxxx Xxx Xxxxx - PDRM, IPK Shah Alam,
Selangor
6. SM. Latif Bin Kasim - PDRM Balai Ampang
7. Xxxx Xxxxx Bin Mat Kasa - PDRM, Balai Pandan Indah
8. Xxxxx Xxxxxxxxx Xxxxxxx XX - Jab. Perancang Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia.
9. En. Muhd. Ikhwan Bin Zainal - PPD Gombak
10. Pn.Prema Letha Nair - Jabatan Perangkaan Negara
11. En. Xxxxxx Xxx Xxxxxxx - Xxxxxx
12. Tn. Hj. Xxxxxx Xxxx Xxx Xxxxxxxx - Pejabat Agama Islam
Daerah Gombak
13. En. Xxxx Xxxxxx Xxx Xxxx Xxxxxx - Pejabat Belia & Sukan
14. Norliza Bt Yen - Jab. Alam Sekitar
15. En. Johari Bin Atli - Jabatan Undang – Undang,MPAJ
16. Pn. Xxxxxxxx Xxxxxx Xx X. Isa - Jabatan Perbendaharaan
MPAJ
17. En. Xxxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Jabatan Kejuruteraan,
MPAJ
18. En. Xxxx Xxxx Xxx Xxxxxx - Jabatan Korporat, MPAJ
19. En. Xxxxxxxxxxx Xxx Xxxxx Xxxxxx
- Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,MPAJ
20. Cik Norain Bt Sidek - Jabatan Perlesenan, MPAJ
21. En. Xxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx - Jabatan Penguatkuasa
,MPAJ
22. En. Xxxx Xxxxx Amry - Jabatan Korporat, MPAJ
23. Pn. Zuraina Bt Said - Setiausaha Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar
24. Pn. Norliza Bt Masri - Pencatat Minit
Jabatan Perancang Bandar
25. Pn. Xxxx. Xx Xxxx Xxx Xxxxx - Jabatan Perancang Bandar
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan kata-kata aluan daripada Yg. Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis kepada Ahli Majlis, wakil dari jabatan luaran dan jabatan dalaman terlibat. Untuk memberkati mesyuarat ahli mesyuarat dijemput untuk membaca surat Al Fatehah bagi yang beragama islam manakala yang beragama selain islam boleh mengikut cara masing-masing.
1.1 Tn. Pengerusi memaklumkan, mesyuarat pada kali ini adalah bilangan 2/2013. Mesyuarat terdahulu iaitu bilangan 1/2013 telah diadakan pada 30/1/2013 dan minit mesyuarat telah disahkan dalam Mesyuarat Penuh Bil. 2/2013.
1.2 Dimaklumkan Program Inisiatif Pemutihan Blackspot telah diberi peruntukan RM 2.4 juta oleh pihak KDN bagi melaksanakan program di kawasan yang telah dipersetujui iaitu “Kawasan Pandan Indah, Pandan Mewah, Taman Putra dan Pandan Indah Bussiness Park”.
1.3 Untuk makluman semua , 5 langkah segera yang dilaksanakan sepertimana arahan daripada Unit NKRA, JPBD Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
• Pencahayaan
• Pengasingan laluan pejalan kaki dengan laluan bermotor
• Cermin keselamatan.
• Papan tanda amaran/peringatan
• Tempat letak motor berkunci
Seterusnya pembentangan mengenai progres pelaksanaan kerja di tapak akan diterangkan oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan.
1..4 Untuk makluman bagi tahun 2013 – 2015, Projek Bandar Selamat adalah memberi tumpuan kepada inisiatif pemutihan blackspot yang bertujuan memutihkan atau membersihkan kawasan dengan kerjasama pelbagai agensi untuk mengurangkan rasa bimbang menjadi mangsa jenayah.
1.5 Diharap program yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan penduduk dapat mencapai sasaran iaitu mengurangkan rasa bimbang penduduk dan menurunkan indeks kejadian jenayah.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2013
Minit mesyuarat Bil. 1/2012 bertarikh 30/1/2013, disahkan sepertimana dicadangkan oleh Tn. Pengerusi mesyuarat Tn. Hj. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx tanpa pindaan.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx mengucapkan terimakasih kepada MPAJ kerana telah mengambil tindakan terhadap aduan dan masalah penduduk dengan menaiktaraf lampu di kawasan padang Xxxxx Xxxxxxxxx 0, Pandan Jaya dan sekitar blok 19A hingga 32 (Fasa 2) Pandan Jaya.
Tindakan : Makluman
4.0 PELAPORAN PROGRES PROGRAM BANDAR SELAMAT OLEH EN. XXXXXX XXXXX XXX XXXXXXX ,JABATAN KEJURUTERAAN
4.1 En. Xxxxxx Xxxxx Xxx Xxxxxxx memaklumkan projek bandar selamat melibatkan 7 tajuk kerja iaitu 5 kerja pencahayaan dan 2 kerja-kerja awam. Peincian pojek adalah sepertimana berikut;
1) Cadangan kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di padang permainan , sekitar flat Jalan Mewah 3/1 dan Jalan Mewah 4, Pandan Mewah dan flat 610, Pandan Indah.
2) Cadangan kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di Jalan Mewah 3, 3/2, 3/3, 3/4, 3/5 Pandan Mewah.
3) Cadangan kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di Jalan 6/1, 6/2, 6/3, 6/4, 6/5, 6/6, 6//7, 6/8, 6/9, 6/10 dan 6/11, Pandan Indah Komersial Park.
4) Cadangan kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di Jalan Industri 1, 2, 3 dan 4, Pandan Indah Industri.
5) Cadangan kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di Jalan Pandan Utama berhampiran flat 610, Pandan Indah.
6) Cadangan membekal dan memasang laluan pejalan kaki, penghadang keselamatan dan papan tanda amaran serta kerja lain-lain yang berkaitan di Jalan Pandan Mewah 1, Jalan mewah 3/1 dan Jalan Mewah 4, Pandan Mewah.
7) Cadangan membekal dan memasang laluan pejalan kaki, penghadang keselamatan dan lain-lain kerja yang berkaitan di Xxxxx Xxxxxx Xxxxx 0 , Pandan Mewah dan Jalan Teratai 1/2, Xxxxx Xxxxx Xxxxx 0, Xxxxx Xxxxx.
4.2 Untuk makluman progress kerja-kerja pencahayaan ditapak adalah 10% manakala kerja awam yang lain adalah 15%. Dijangka pada pertengahan bulan Julai semua kerja dapat disiapkan sepertimana diminta oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor ( ICU).
4.3 Untuk makluman kos kerja pencahayaan adalah RM 1,026,445.00 manakala kerja awam adalah RM664 037.90.
Tindakan: Jab. Kejuruteraan
5.0 PELAPORAN STATISTIK JENAYAH AMPANG JAYA
5.1 Insp.Xxxxxxx Xxxxxx Xxx Xxxx Xxxx dari IPD Ampang Jaya memaklumkan terdapat penurunan kadar jenayah 7.7% bagi bulan Januari hingga Jun 2013. Bilangan kes jenayah Jan - Jun 2012 adalah 2279 berbanding 2102 kes dalam tempoh yang sama tahun 2013.
5.2 Untuk makluman juga kadar curi motokar telah menurun sebanyak 23.02% manakala jenayah curi motosikal turut menurun sebanyak 22.03%.
5.3 Untuk makluman pihak PDRM memperkukuhkan unit rondaan dan memberi tumpuan I kawasan Taman Muda dan Bandar Baru Ampang.
5.4 SM. Latif Bin Kasim dari Balai Ampang mencadangkan agar dibuat operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan agensi seperti Imegresen, dan MPAJ.
5.5 Tn. Kamis Bin Mat Kasa dari Balai Pandan Indah memaklumkan terdapat penurunan kes jenayah ragut sebanyak 34% iaitu 74 kes bagi setengah tahun 2012 dan 40 kes bagi tempoh yang sama pada 2013.
Tindakan : Makluman
6.0 PEMBENTANGAN STATUS KEMAMPANAN BANDAR (MURNINETS) 2012 OLEH PN. ZURAINA BT SAID, JABATAN PERANCANG BANDAR
6.1 Tujuan pembentangan ini adalah untuk memaklumkan kepada Jawatankuasa mengenai status kemampanan MURNInets Versi baru MPAJ 2012.
6.2 MURNInets telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan mulai tahun 2011 telah dikaji semula dan ditambahbaik kepada versi baru sebagai Malaysian Rural National Indicators Network on Sustainable Dev.Versi baru ini juga memperkenalkan indikator baru iaitu indeks kebahagiaan penduduk.
6.3 Status kemampanan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 4/12/2012. Status kemampanan MPAJ 2012 adalah lebih baik iaitu mendapat skor 92% berbanding keputusan tahun 2010 dengan skor 83.89%. MPAJ mencapai kategori status bandar mampan dengan menduduki tempat ke 3 berkongsi dengan MBSA yang turut mendapat 92%. Kedudukan ini lebih baik berbanding tahun 2010 di tempat ke 7 dari 12 PBT di Negeri Selangor.
6.4 Petunjuk yang perlu dibaiki adalah dimensi berkaitan komuniti sejahtera yang mendapat 77.33% dan petunjuk yang perlu dibaiki adalah seperti berikut:
1. Peratus unit rumah mampu milik berkualiti . Skor diperolehi adalah 2 (sederhana mampan).
2. Nisbah kes aduan kacau ganggu kepada 10 000 penduduk. Skor diperolehi adalah 2 (sederhana mampan).
3. Peratus premis perniagaan makanan gred A. Skor diperolehi adalah 2 (sederhana mampan).
4. Nisbah Kes jenayah indeks kepada 10 000 penduduk. Skor diperolehi adalah 1 (Tidak mampan).
6.5 Untuk makluman lagi tema yang mendapat skor sederhana mampan dan tidak mampan perlu di perbaiki seperti membina lebih banyak rumah mampu milik, menjalankan kempen dan sebagainya untuk meningkatkan bilangan premis makanan gred A. Masalah jenayah pula memerlukan penyelesaian dari pihak PDRM, MPAJ dan masyarakat.
Tindakan: Makluman semua dan tindakan Jab.Perkhidmatan
Perbandaran & kesihatan ,PDRM
7.0 PERBINCANGAN
7.1 Pn. Umi Kalthom Bt Xxxxxxx dari AADK Ampang memaklumkan untuk Program pemutihan blackspot, program urine test telah dijalankan di Café Cyber Tmn. Pandan Mewah.1 tangkapan dibuat di lokasi flat 610 Pandan Indah.
7.2 Seterusnya maklumat Orang Kena Pengawasan (OKP) yang telah mempunyai perintah mahkamah oleh AADK adalah seperti berikut;
1) 9 kes OKP di flat 610, Pandan Indah.
2) 8 kes OKP di flat 700, Pandan Perdana.
3) 16 kes OKP di flat AU3, Keramat.
4) 32 kes OKP di Pandan Jaya.
5) 19 kes OKP di Flat Sri Nilam.
7.3 Program lain yang dijalankan adalah “outreach” iaitu berdampingan dengan keluarga penagih.
7.4 Pn. Umi Kalthom Bt Xxxxxxx mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana telah membuat serbuan di banyak lokasi penagih dadah. Sebagai contoh di Kg. Cheras Baru, didapati lokasi penagihan telah bersih dan tiada penagih susulan dari kekerapan tindakan oleh PDRM. Walaubagaimanapun beliau mencadangkan pembersihan kawasan semak berhampiran kubur cina di Kg. Cheras Baru.
Tindakan : Jab. Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
7.5 Tn. Kamis Bin Mat Kasa dari Balai Pandan Indah memaklumkan penurunan kadar jenayah dari 978 kes jenayah Januari hingga Jun 2012 kepada 850 kes bagi tempoh yang sama pada 2013.
7.6 Maklumat dan kerjasama dari penduduk dan KRT adalah diperlukan dan memberi kesan kepada pengurangan jenayah.
Tindakan : Makluman
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx memaklumkan kewujudan “Skim Seroja” yang menggalakkan penubuhan persatuan penduduk untuk turut bekerjasama dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
8.2 Tn. Pengerusi menjelaskan untuk mencapai skor mampan, dimensi yang lemah perlu dibaiki iaitu;
1. Peratus unit rumah mampu milik berkualiti .
2. Nisbah kes aduan kacau ganggu kepada 10 000 penduduk.
3. Peratus premis perniagaan makanan gred A.
4. Nisbah Kes jenayah indeks kepada 10 000 penduduk. Skor diperolehi adalah 1 (Tidak mampan).
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar dan kesihatan, PDRM
8.3 Tn. Meor Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx memaklumkan Jalan Pandan 4/6, yang menjadi jalan pintas ke Taman Bakti dari Pandan Jaya diletak penghalang dan hanya dibenarkan untuk laluan pejalan kaki sahaja. Mohon MPAJ menyemak perkara ini.
Tindakan : Jabatan kejuruteraan
8.4 Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx memaklumkan kejadian ragut berkumpulan di Xxxxx Xxxxx 0 xxx Xxxxx Xxxxx 0, Xxxxx Xxxxxx Xxxxx.
Tindakan : PDRM
9.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih daripada X.Xxx. Tn. Pengerusi kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh:
........................................................
Nama : Norliza Bt Masri Jawatan : Pen. Peg. Perancang Bandar
Jabatan : Perancang Bandar.
Disemak oleh:
.....................................................
Nama : Pn. Zuraina Bt Said Jawatan : Pegawai Perancang Bandar merangkap Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat
Disahkan oleh:
..............................................
Tn. Xx Xxxxx Xxxxx Xxx. Hussain
: Timb. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya merangkap Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat
6.0
KERTAS MAKLUMAN RUMUSAN MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2014/2015
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.1/2013
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 7/2013 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KERTAS MAKLUMAN RUMUSAN MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2014/2015
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2013
JABATAN PERBENDAHARAAN
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Majlis berkenaan rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang telah bersidang pada 30 Julai 2013.
2.0 MAKLUMAN
2.1 Bajet Majlis tahun 2014/2015 telah dibincangkan merujuk kepada Minit Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2014/2015 Bil.1/2013 seperti di Lampiran 1.
2.2 Adalah dimaklumkan deraf bajet 2014 diluluskan dalam Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan pindaan seperti berikut:
i. Peruntukan Pembangunan akan dipinda dari RM1juta kepada RM2.7juta.
ii. Peruntukan Pembangunan sebanyak RM1.7juta, pindaan diselaraskan dari Pembelian Kenderaan
sebanyak | RM0.30juta, | Penyelenggaraan Jalan |
sebanyak | RM0.50juta, | Penyelenggaraan Lampu |
Jalan sebanyak RM0.10juta, Penyelenggaraan Pokok sebanyak RM0.10juta dan Pinjaman, RM1juta.
iii. Peruntukan Perbelanjaan Mengurus adalah sebanyak RM117.3juta, manakala Perbelanjaan Pembangunan diperuntukkan sebanyak RM2.70juta menjadikan jumlah perbelanjaan RM120juta bagi tahun 2014.
2.3 Ahli Mesyuarat turut mengambil maklum ke atas perkara berikut bagi tujuan penambahbaikan ke atas pengurusan Majlis :
i. Penglibatkan Ahli Majlis dalam perbincangan awal penyediaan bajet Majlis bagi tahun-tahun akan datang agar mereka dapat menyampaikan input dan info yang diusulkan oleh penduduk Ampang Jaya.
ii. Makluman perubahan jadual kutipan sampah dan sisa pepejal dibincangkan bersama Ahli Majlis sebelum pelaksanaan.
2.4 Tn. Supiramany a/l Sinnapayal mencadangkan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya diterima dengan pindaan serta mengambil maklum ke atas pandangan-pandangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Cadangan beliau disokong oleh Tn. Xxxxxx xxx Xxxxxx.
3.0 ASAS-ASAS MAKLUMAN
Anggaran-anggaran mengenai Hasil dan Perbelanjaan hendaklah diluluskan dalam suatu mesyuarat khas Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Seksyen 55(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
4.0 PENUTUP
Ahli Mesyuarat Penuh Majlis adalah dimohon untuk mengambil maklum berkenaan anggaran-angaran Hasil dan Perbelanjaan mengenai Bajet Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi tahun 2014/2015.
Disediakan oleh:
Pn. Xxxxxxxxxx binti Xxxx Xxxxxxxx Akauntan Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
30 Julai 2013
Disemak oleh
Pn. Xxxxxxx xxxxx Xxxxx Xxxxxxxx
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
30 Julai 2013
Disemak oleh
Pn.Xxxxxxxx Xxxxxx bt. X.Xxx Xxxxxxxx
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
30 Julai 2013
LAMPIRAN 1
MINIT MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2014/2015 BIL.1/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
30 JULAI 2013 (SELASA)
MASA
:
9.30 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MENARA MPAJ.
1. TN. ABD. XXXXX XXX XXXXXXX, TYDP/SU | - |
2. TN. XXXXX XXXXX XXX XXXX XXXXX | - |
3. TN. XXXXXX XXX XXXXXX | - |
4. TN. HO AH NGOH | - |
5. TN. XXXXX XXXXX XXX XXXXXX | - |
6. TN. XXXXXXX XXX XXXXXXXX | - |
7. PN. SIAN KENG ENG | - |
8. TN. FONG TECK KEONG | - |
9. TN. LIM FONG LEN | - |
KEHADIRAN
PENGERUSI AHLI MAJLIS
„
„
„
„
„
„
„
10. TN. XXXXX XXXXX XXX XXXXX | - ” |
11. TN. XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX | - „ |
12. TN. HJ. XXXX XXXXXXX XXX XXXXXXX SAID | - “ |
13. PN. XXX XXXXXXX XXXXX XXX XXXXXX | - ” |
14. TN. XXX XXX XXXXXX | - ” |
15. TN. HJ. XXX XXXXX XXX XXXXXX | - ” |
16. TN. XXXXX XXXX XXX XXXXX | - „ |
17. TN. SUPIRAMANY A/L SINNAPAYAL, PPN | - “ |
18. TN. HJ. A XXXXX XXX ALIAS | - „ |
19. TN. XXXX XXXX PUN | - „ |
20. TN. XXXXXXX XXX XXXXX @ SAMAT | - „ |
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Y.BHG. DATO’ XXXXXXXX XXX XXXXX DSIS,SIS, YANG DIPERTUA
2. TN. XXXXXX XXX XXXXX, AHLI MAJLIS
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. DRS. SARODIN BIN HJ. SHAHRI, JAB. PERBANDARAN DAN KESIHATAN
2. EN. XXXXXX XXX XXXX, JAB. UNDANG-UNDANG
3. EN. XXXXX XXX XXXXXX, JAB. BANGUNAN DAN SENIBINA
4. EN. XXXXXXXXXXX XXX XXXXXX, JAB. KEJURUTERAAN
5. EN. XXXXXXXXXXXX XXX XXXXXX, JAB. BELIA MASYARAKAT
6. PN. XXXXXXX XXXXX XXXX, JAB. PERANCANGAN KORPORAT
7. EN ADDY XXXXXXX XXX XXXXX, JAB. PENGUATKUASA
8. PN. XXXXXXXX XXXXXX XXXXX X. ISA, JAB. PERBENDAHARAAN
9. EN. XXXX XXXXXX XXX XXXXXX, BAHAGIAN AUDIT DALAM
10. EN. XXXX XXXXX XXX XXXXXXXX, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
11. EN. XXXXXXXXXXX X. XXXXX XXXXXX, JAB. PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
12. PN. XXXXXXX XXXXX XXXXXXX, JAB. PELESENAN
13. PN. XXXXXXX XXXXX XXXX, JAB. PERANCANG BANDAR
14. PN. MASTURA BINTI ISHAK, BAHAGIAN UKUR BAHAN
15. EN. XXXXXXXX XXXX XXXXX XXX XXXXXX, BAHAGIAN COB
16. PN. XXXXXX XXXX XXX, BAHAGIAN OSC
17. PN. XXXXXXX XXXXX XXXXX, JAB. PERBENDAHARAAN
18. PN. XXXXXXXX XXXXX XXXXXX, JAB. PERBENDAHARAAN
19. PN. XXXXXXXXXX XXXXX XXXX, JAB. PERBENDAHARAAN
20. PN. XXXX HAJAR BITI BADARUDDIN, JAB. PERBENDAHARAAN
21. PN. XXXXXXXXXX XXXXX XXXX, JABATAN PERBENDAHARAAN
22. EN. AZMIZAM BIN ABD JALIL, JABATAN PERBENDAHARAAN
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Khas Kewangan Bajet Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2014/2015 Bil.1/2013. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Xxxxxx Xxxxx bagi memberi bagi memberkati mesyuarat.
2.1 Tuan Pengerusi memaklumkan Bajet disediakan selari dengan kehendak Seksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
2.2 Makluman Tuan Pengerusi :
2.2.1 MMKN mengambil maklum senarai 12 kawasan cerun krital dan berisiko dalam kawasan MPAJ dan keputusan MMKN-45/2012 bertarikh 19/12/2012, peruntukan RM4juta secara pinjaman faedah antara 3%-4% setahun (dibayar selepas 2 tahun projek siap) bagi kerja-kerja penstabilan cerun di 5 lokasi cerun- cerun kritikal :
a) Lot 19041 Xxx XX0/0, Xxx Xxxx Xxxxxxx, Xxxx Kelang
b) Rizab jln bersebelahan Rumah Kebajikan Good Sheperd, Hulu Kelang
c) Lot36203, Xxx Xxxxxxxxx Xxxx Xxxxxx 0, Xxx Xxx Xxxxxx
d) Sebahagian Lot 27383, Xxx Xxxxxx 0, xxxxxxxxxxx xxxxxxx Xxx Xxxxxx, Xxx Xxxxx Permai
e) Rizab Hutan di Kampung Dato’ Mufti
2.2.2 Ahli mesyuarat juga dimaklumkan dalam sessi mesyuarat yang lain sebelum ini, peruntukan secara pinjaman RM16juta bagi kerja-kerja penstabilan cerun kawasan MPAJ dibincangkan dalam Mesyuarat MTES, termasuk kawasan cerun Sierra Ukay.
2.2.3 Laporan Ketua Audit Negara
2.2.3.1 Pengauditan Penyata Kewangan - Bertujuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
2.2.3.2 Pengauditan Pengurusan Kewangan - Bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan, Indeks Akauntabiliti (AI) diperkenalkan pada tahun 2007.
2.2.3.3 Penilaian secara objektif terhadap pengauditan pengurusan kewangan bagi mengukur dan menambah baik kawalan ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang.
2.2.3.4 Penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah/deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan.
2.0 PEMBENTANGAN PRESTASI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, ANGGARAN HASIL DAN PERBELANJAAN TAHUN 2014/2015
2.1 Kertas dibentangkan oleh Xxxx Xxxxxxxx Xxxxxx bt. M. Xxx, Xxxxxxxx selaku Pengarah Jabatan selaras dengan keperluan Seksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
2.2 Prestasi Hasil Sebenar bagi tahun 2012 mempamerkan RM136.95juta lebih 20.13% berbanding yang dianggarkan, RM114juta bagi tahun tersebut. Manakala Hasil sehingga bulan Jun tahun 2013 mencatatkan jumlah RM68.24juta, bersamaan 57.34% dari apa yang dianggarkan bagi tahun 2013. Ringkasnya, Hasil Sebenar 2012 meningkat dari Hasil 2011 sebanyak 7.42% dan prestasi Hasil keseluruhannya bagi tahun 2013, telah mencapai lebih daripada 50% daripada anggaran 2013.
2.3 Hasil Cukai menunjukkan peningkatan sebanyak 0.70% iaitu RM91.82juta berbanding tahun 2011. Langkah proaktif diambil oleh Majlis dalam tahun 2013 dan pencapaian sehingga Jun 2013 memperlihatkan kutipan Hasil Cukai sebanyak RM48.73juta iaitu 50.87% dari anggaran 2013.
2.4 Kutipan Hasil Bukan Cukai, Lesen mempamerkan kutipan berjumlah RM8.54juta dalam tahun 2012, RM3.69juta sehingga Jun 2013.
2.5 Terimaan faedah dari pelaburan Simpanan Tetap sehingga Jun 2013 adalah sebanyak RM1.17juta
2.6 Anggaran Hasil 2014 adalah sebanyak RM 120juta; RM119juta adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM1juta bagi peruntukan pembangunan.
2.7 Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM34.11juta adalah bagi Emolumen dan RM74.88juta disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
2.8 RM7.52juta diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
2.9 Sejumlah RM2.34juta disediakan untuk Pembelian Aset dan baki RM0.15juta ringgit untuk perbelanjaan lain.
2.10 Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM1juta disediakan bagi projek cadangan pembinaan gerai dan projek cadangan pembinaan kawasan rekreasi awam di kawasan MPAJ.
2.11 Jumlah Hasil, bagi tahun 2014 dianggarkan sebanyak RM120juta iaitu RM1juta; 0.84% lebih tinggi berbanding dengan anggaran hasil tahun 2013.
2.12 Hasil Cukai masih terus menjadi penyumbang terbesar bagi Hasil MPAJ. Hasil Cukai dijangka akan menyumbangkan sebanyak RM98.54juta atau 80.50% daripada keseluruhan hasil MPAJ dan RM21.46juta atau 19.50% adalah dari Hasil Bukan Cukai.
2.13 Peningkatan RM2.74juta bersamaan 2.86% bagi anggaran kutipan Hasil Cukai dan penurunan RM1.74juta bersamaan 7.49% bagi Hasil Bukan Cukai melalui perbandingan anggaran 2013.
2.14 Hasil Bukan Cukai seperti Lesen dan Permit dengan anggaran RM9.02juta menunjukkan penurunan 10% iaitu RM1juta berbanding anggaran tahun 2013.
2.15 Perkhidmatan & Bayaran Perkhidmatan dengan anggaran RM2.55juta menunjukkan penurunan 24.33% atau RM0.82juta. Namun, Jualan Barang-Barang dianggarkan mengalami kenaikan dari RM0.17juta kepada RM0.18juta iaitu 5.88% dari tahun sebelumnya.
2.16 Sewaan dianggarkan turut menyumbang kepada RM5.15juta, Faedah Simpanan Tetap juga dianggarkan menyumbang kepada RM1.50juta meningkat kepada 36.36% iaitu RM0.4juta dan kenaikan 37.11% iaitu RM0.82juta bagi Denda & Kompaun yang menyumbang kepada RM3.04juta berbanding anggaran tahun 2013.
2.17 Terimaan Bukan Hasil pada tahun 2014, Majlis tidak menganggarkan sebarang penerimaan namun begitu permohonan peruntukan seperti Geran Keseimbangan dan Geran Penyelenggaraan Jalan (MARRIS) daripada Kerajaan Negeri untuk pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur di dalam kawasan Majlis di bawah tajuk Dasar Kerajaan Negeri, Merakyatkan Ekonomi Selangor – Hasil Negeri untuk Rakyat, akan dipohon merujuk kepada aktiviti yang diarahkan untuk perlaksanaan.
2.18 Majlis masih menggunapakai sasaran kutipan cukai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebanyak 90% untuk kutipan cukai semasa dan 70% bagi tunggakan cukai taksiran.
2.19 Anggaran Perbelanjaan tahun 2014 adalah sebanyak RM 120juta; peruntukan 92% iaitu RM119juta adalah untuk perbelanjaan mengurus (operasi) dan 0.08% iaitu RM1juta untuk pembangunan.
2.20 Perkhidmatan Pembersihan sebanyak RM39.01juta, Penyelenggaraan Jalan, Cerun, selenggara lampu jalan dan Longkang masing-masing menyumbang sebanyak RM2.55juta daripada jumlah peruntukan perbelanjaan 2014.
2.21 Selenggara kenderaan diperuntukkan sebanyak RM0.50juta. RM4.00juta dan RM1.10juta bagi bayaran utiliti –TNB pukal dan utiliti Majlis yang mana masing-masing merupakan perbelanjaan komitmen Majlis.
2.22 Bagi perubatan dan perkhidmatan insuran diperuntukkan masing-masing sebanyak RM1.87juta dan RM1.38juta bagi tahun 2014.
2.23 Pembersihan bangunan milik Majlis seperti Menara MPAJ dan gerai diperuntukkan RM1.50juta.
2.24 Peruntukan bagi selenggara pokok ialah RM1.45juta. Pembaikan Kemudahan dan Taman diperuntukkan RM1.10juta.
2.25 Perkhidmatan jalur lebar/aplikasi internat dan CCTV diperuntukkan kepada RM0.3Juta dan RM0.62juta masing- masing. Penyelenggaraan komputer diperuntukkan sebanyak RM0.50juta.
2.26 Peruntukan tahunan Ahli Majlis RM1.44juta, pengurusan pejabat Ahli Majlis RM0.72 juta dan pentadbiran JKP RM 0.07juta.
2.27 Secara keseluruhannya, 81.11% perbelanjaan komited dianggarkan berjumlah RM96.52juta dan RM22.48juta(18.89%) bagi perbelanjaan bukan komited dari jumlah anggaran perbelanjaan 2013.
2.28 Pengindahan kawasan dan kerja-kerja selenggara pokok, RM1.50juta diperuntukkan. Pembaikan Kemudahan dan Taman, Majlis memperuntukkan RM0.95 juta.
2.29 Peruntukan bagi perkhidmatan jalur lebar / aplikasi talian internet dan prosesan data komputer serta closed-circuit television (CCTV) diperuntukkan sebanyak RM0.30juta dan RM0.35juta masing-masing. Penyelenggaraan komputer dan alatan data diperuntukkan RM0.15juta.
2.30 Peruntukan tahunan untuk aktiviti Jawatankuasa Penduduk (JKP) anjuran Ahli Majlis kawasan RM1.44juta, pengurusan pejabat Ahli Majlis RM0.72juta dan pentadbiran JKP RM0.07juta.
2.31 Secara keseluruhannya, 82.94% perbelanjaan komited dianggarkan berjumlah RM99.53juta dan selebihnya RM20.47juta bagi perbelanjaan bukan komited dari jumlah anggaran perbelanjaan 2014.
3.0 PERBINCANGAN
3.1. Tn. Xxx xxx Xxxxxx mewakili sebahagian Ahli Majlis mencadangkan agar peruntukan pembangunan 2014 dinaikkan dari RM1juta kepada RM4.3juta dengan mengurangkan dari peruntukan aktiviti perbelanjaan mengurus. Cadangan disokong oleh Tn. Abd. Jalil.
3.2. Beliau mencadangkan tambahan peruntukan pembangunan 2014 dari peruntukan pembelian kenderaan
– RM0.5juta, penyelenggaraan jalan – RM0.5juta, penyelenggaraan pokok – RM0.3juta, pinjaman ditangguhkan pembayarannya RM1juta dan Emolumen – RM1juta.
3.3. Dengan tambahan sebanyak RM3.3juta ini akan membawa kepada pindaan peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada RM4.3juta.
3.4. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa peruntukan pembelian kendaraan, Majlis bercadang membeli sebuah Backhoe dianggarkan berharga RM130ribu hingga RM180ribu, 3 buah lori 6 tan dianggarkan berharga RM130ribu sebuah dan 3 buah kenderaan(menggantikan Pajero yang akan lupus) dianggarkan berharga RM360ribu.
3.5. Ahli mesyuarat dimaklumkan sekiranya peruntukan penyelenggaraan jalan dikurangkan RM1juta akan memberi impak pencapaian prestasi dan pematuhan aduan.
3.6. Tn. Hj. Meor Rithuan mencadangkan agar diambil dari RM0.2juta dari penyelenggaraan jalan dan penyelenggaraan lampu RM0.1juta.
3.7. Peruntukan penyelenggaraan pokok adalah untuk menyelesaikan aduan tidak termasuk perancangan untuk selenggara di kawasan Ampang.
3.8. Pn. Maizatul mengesyorkan ahli mesyuarat tidak membuat satu penetapan agar pembayaran pinjaman ditangguhkan atau dikurangkan pada tahun 2014. Sekiranya penetapan dibuat oleh kerajaan negeri, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis. Ahli mesyuarat juga dimaklumkan sekiranya kerajaan negeri mempertimbangkan rayuan dari Majlis, ia memberi impak kepada pemberian MARRIS dan kemudahan yang lain.
3.9. Ahli mesyuarat dimaklumkan bagi peruntukan Emolumen mengambilkira pelarasan gaji, kenaikan tahunan, waran penjawatan (sepenuhnya) kepada gred yang lebih tinggi.
3.10. Tn. Xxxxx Xxxxx mencadangkan projek pembangunan :
i. Dewan Desa Lembah Permai
ii. Dewan Tasek Permai, Jalan D
iii. Gerai di Ampang Point di tapak letak kereta
iv. Dewan Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa (baikpulih)
v. Gerai di Flat Taman Dagang (naiktaraf)
vi. Dewan Saujana Elite, Taman Mulia Jaya
vii. Gerai MPAJ, Xxxxx 0/0
viii. Medan Selera Springville, Xxxxx 0/0 (xxxxxxxxx)
ix. Dewan Sg. Sering (naiktaraf)
x. Padang permainan Sg. Sering (naiktaraf)
xi. Dewan Cheras Baru (naiktaraf)
xii. Lanskap di Xxxxx Xxxxxxx 0/0 - walkaway
4.0 KEPUTUSAN MESYUARAT
4.1 Ahli Mesyuarat bersetuju ke atas keputusan perkara berikut:
i. Peruntukan Pembangunan akan dipinda dari RM1juta kepada RM2.7juta.
ii. Peruntukan Pembangunan sebanyak RM1.7juta, pindaan diselaraskan dari Pembelian Kenderaan sebanyak RM0.30juta, Penyelenggaraan Jalan sebanyak RM0.50juta, Penyelenggaraan Lampu Xxxxx – XX0.00xxxx, Xxxxxxxxxxxxxxx Xxxxx – RM0.10juta dan Pinjaman RM1juta.
4.2 Ringkasan cadangan dan keputusan pindaan adalah seperti berikut :
Bil. | Aktiviti | Jabatan | Impak | Cadangan | Keputusan |
1. | Pembelian Kenderaan | Pentadbiran | Kurang | 0.5 | 0.3 |
2. | Penyelenggaraan Jalan | Kejuruteraan | Kurang | 0.5 | 0.2 |
3. | Penyelenggaraan Lampu Xxxxx | Xxxxxxxxxxxx | Xxxxxx | - | 0.1 |
4. | Penyelenggaran Pokok | Lanskap | Kurang | 0.3 | 0.1 |
5. | Pinjaman | Perbendaharaan | Kurang | 1 | 1 |
6. | Emolumen | Majlis | Kurang | 1 | - |
Jumlah pindaan RM’juta | 3.3 | 1.7 |
4.3 Peruntukan Perbelanjaan Mengurus adalah sebanyak RM117.3juta, manakala Perbelanjaan Pembangunan diperuntukkan sebanyak RM2.70juta menjadikan jumlah perbelanjaan RM120juta bagi tahun 2014.
4.4 Ahli Mesyuarat turut mengambil maklum ke atas perkara berikut bagi tujuan penambahbaikan ke atas pengurusan Majlis:
iii. Penglibatkan Ahli Majlis dalam perbincangan awal penyediaan bajet Majlis bagi tahun-tahun akan datang agar mereka dapat menyampaikan input dan info yang diusulkan oleh penduduk Ampang Jaya.
iv. Makluman perubahan jadual kutipan sampah dan sisa pepejal dibincangkan bersama Ahli Majlis sebelum pelaksanaan.
v. Agihan kad perayaan sempana perayaan Deepavali juga diwujudkan untuk edaran Ahli Majlis dan kakitangan.
4.4 Tn. Supiramany a/l Sinnapayal mencadangkan Bajet 2014/2015 Majlis Perbandaran Ampang Jaya diterima dengan pindaan serta mengambil maklum ke atas pandangan-pandangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Cadangan beliau disokong oleh Tn. Xxxxxx xxx Xxxxxx.
5.0 PENUTUP
Tuan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengahari.
DISEDIAKAN OLEH:
XXXXXXXXXX XXXXX XXXX JABATAN PERBENDAHARAAN
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
30 Julai 2013
DISEMAK OLEH:
MAIZATUL HANISA BT. M. ISA JABATAN PERBENDAHARAAN
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
30 Julai 2013
DISAHKAN OLEH:
TN. XXX XXXXX XXX XXXXXXX XXXXXXXX YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
30 Julai 2013
7.1.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
BIL.7/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL.07/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
11 JULAI 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 11.40 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx (Timbalan Xxxx Xxxxxxxx, MPAJ) | - Pengerusi |
2. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Abd. Xxxxx xxx Xxxxxx | - ” |
4. Tn. Xxxxxxx xxx Xxxxxxxx | - „ |
5. Tn. Xxxxxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
6. Tn. Xxxxx Xxxxx xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
7. Tn. Fong Teck Keong | - ’’ |
8. Tn. Xxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
9. Tn. Xxx Xxxx Xxx | - ’’ |
10. Tn. Xxxxx Xxxx xxx Xxxxx | - ’’ |
11. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - ’’ |
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Y. Bhg. Dato’ Xxxxxxxx Xxx Xxxxx, DSIS, SIS - YDP, MPAJ
2. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx - Ahli Majlis
TURUT HADIR
1. Tn. Wong Khai Pun - Ahli Majlis
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN A
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.07/2013
LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.07/2013 telah diadakan pada 11 Julai 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1. ASPEK KESIHATAN
2.1.1. PROGRAM COMBI DAN LAPORAN DENGGI DI SEKITAR AMPANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan sehingga minggu epid 28 (8 Julai 2013), sebanyak 16 daripada 24 JKP telah mengadakan taklimat COMBI dan 8 JKP lagi masih belum menubuhkan skuad denggi.
Bagi kes denggi sehingga minggu Epid ke 28 sehingga
8 Julai 2013, dilaporkan 607 kes denggi dimana 602 Xxxxx Xxxxxx (DD) dan 5 Demam Denggi Berdarah (DDB). Terdapat 7 lagi lokasi wabak denggi terkawal iaitu di Taman Dato Xxxxx Xxxxxx ( Permai Court), Pandan Indah Jalan 1/7 – 1/19, Permai Putri Kondo, Xxxx Xxxxxxx, Appt Residensi Bestari (Ukay Perdana), Taman Melawati Jalan J dan Bukit Teratai Jalan 1/8 – 1/16.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat aduan demam denggi meningkat kebelakangan ini akibat dari musim panas tempoh hari, aktiviti semburan giat dijalankan seperti biasa.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.1.2. KEMPEN TANGKAP TIKUS
Mesyuarat dimaklumkan Jabatan telah mengambil tindakan kawalan tanpa menunggu penglibatan penduduk dan masyarakat dalam Program Tangkap Tikus. Aktiviti terkini ialah menabur racun Racumin di lubang-lubang yang berpotensi menurunkan kadar pembiakan tikus. Kempen meracun tikus akan diteruskan mengikut kawasan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.1.3. PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KE ATAS RESTORAN
Mesyuarat dimaklumkan sehingga Jun 2013 sebanyak
552 premis diperiksa, 158 premis adalah Gred A, 237 premis Gred B dan manakala Gred C 156 premis. Sebanyak 46 buah kompaun telah dikeluarkan. Operasi penutupan premis tak suci bersama PKD Hulu Langat telah dijalankan pada 19 Jun 2013. Sebanyak 13 premis diperiksa, 8 buah diarahkan tutup di bawah Akta Makanan 1983. Status keseluruhan premis dan laporan operasi penutupan seperti Lampiran 1. Dicadangkan agar dicatatkan perkataan bersih atau kurang bersih mengikut gred yang diperolehi dan dipamerkan di premis bagi pelanggan jelas memilih ke premis restoran mana yang diingini.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.1.4. XXXXXX MENANGKAP TIKUS DI BAZAR TAMAN MELAWATI
Mesyuarat dimaklumkan beberapa siri operasi telah dijalankan di Bazar Taman Melawati. Operasi yang dijalankan pada 14 Jun 2013, sebanyak 15 ekor bangkai tikus telah dikutip dan dilupuskan.
Tindakan kawalan rodensia boleh diteruskan ke kawasan-kawasan medan selera atau Bazar lain secara berperingkat.
Makluman
2.2. ASPEK ALAM SEKITAR
2.2.1. KEMPEN TONG SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan peringatan penyediaan tong sampah kepada premis bagi bulan Jun 2013 adalah sebanyak 112 notis dan kompaun 42 . Lokasi notis diberikan di Xxxxx Xxxxxx 00, Xxxxx Xxxxxx 0/0, Xxxxx Xxxxx Xxxxx 1, 2, 3, 4 dan 5. Manakala kompaun dibeikan di Xxxxx Xxxxxxx 0, 2, 9 dan Jalan Bunga Tanjung dan Jalan Dagang 10 dan 12.
Ceramah penyediaan tong sampah di rumah berstrata kepada penghuni telah dilaksanakan di 3 lokasi iaitu Dewan Perbandaran Pandan Indah, Dewan AU 2 Taman Keramat dan Dewan Kehijauan Ukay Perdana. Kempen masih diteruskan di peringkat kawasan perniagaan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.2. KAWASAN LAPANG YANG SEMAK DI ANTARA XXXXX XXXXX XXXXXXX 0 DAN BUNGA TANJUNG 8A DAN 8B (TANAH PEMAJU METROPLEX)
Mesyuarat dimaklumkan kawasan tersebut tidak dapat dibersihkan sepenuhnya disebabkan terdapat halangan (hoarding). Pemaju hendaklah dihubungi bagi penyelenggaraan kawasan tersebut. Sekiranya pemaju gagal menyelenggarakan kawasan, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut undang-undang yang terpakai.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar/ Jabatan Penguatkuasaa
2.2.3. PAPAN TANDA AMARAN LARANGAN MEMBUANG SAMPAH DI JALAN H, JALAN J DAN JALAN PERMAI A, TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan penyediaan papan tanda tersebut dalam proses kelulusan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.4. PEMBERSIHAN KAWASAN TAPAK PEMAJU METROPLEX DI TAMAN KOSAS
Mesyuarat dimaklumkan tapak kawasan lapang tersebut akan dibersihkan pada bulan Ogos ini.
Tindakan: Jabatan Belia dan Masyarakat/
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.5. PEMBERSIHAN KAWASAN DI KAWASAN PEMAJU TAMAN MESTIKA
Mesyuarat dimaklumkan notis telah dikeluarkan kepada milik tanah iaitu Naza TTDI Sdn. Bhd. Jika tiada tindakan pembersihan dilaksanakan oleh pemilik, pihak Jabatan akan mengambil tindakan selanjutnya.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.6. PEMBERSIHAN KAWASAN DI FLAT TAMAN KOSAS
Mesyuarat dimaklumkan pembersihan gotong royong di Flat Taman Kosas di Xxxxx 0/00 xxxxx xxxxxxxxxxxx.
Makluman
2.2.7. KERJA PEMBERSIHAN DI LERENG BUKIT
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan di xxxxxx xxxxx Xxxxxx 0 Xx. Sri Tanjung telah dilaksanakan mengikut jadual. Jadual seterusnya adalah pada 13 Julai 2013 dan pembersihan hanya dilakukan di bahagian bawah cerun mengikut spesifikasi.
Makluman
2.2.8. PEMBERSIHAN KAWASAN DEWAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan berpagar di Dewan JKP Zon 00 xx Xxxxx Xxxxxxx 0/0X Taman Bkt Teratai dilakukan mengikut jadual pada 9 Julai 2013.
Makluman
2.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
2.3.1. GELANGGANG SEPAK TAKRAW DI TASEK TAMBAHAN
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak jabatan masih belum menerima surat penyerahan tapak daripada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat walau bagaimanapun kerja-kerja telah siap dilaksanakan dan digunakan serta diuruskan oleh JKK. Permohonan pembinaan longkang di padang tersebut akan dibuat setelah penyerahan tapak diterima.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.2. PERMOHONAN TUKAR GUNA GELANGGANG BOLA KERANJANG KEPADA FUTSAL DI XXXXX XXXXX 0/0
Mesyuarat dimaklumkan permohonan tukar guna gelanggang bola keranjang kepada futsal di Xxxxx Xxxxx 0/0 masih dalam tindakan penyelenggaraan jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.3. BAIK PULIH TEMPAT RIADAH DI XXXXX XXXX 0/0 XXXXX XXXXXX XXXX
Kerja-kerja pemotongan rumput dilaksanakan mengikut jadual. Perkara tersebut telah dimajukan kepada kontraktor kawasan.
Makluman
2.3.4. NAIK TARAF PADANG BOLA SEPAK DI JALAN F1 TAMAN MELAWATI
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembaikan padang telah siap dilaksanakan.
Makluman
2.3.5. NAIK TARAF PADANG AWAM DI XXXXX XXXXXXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan penyelenggaraan padang tersebut di dalam tindakan kontraktor.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.6 GELANGGANG FUTSAL DI XXXXX XXXXXX XXXXX 0/00
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja membina gelanggang futsal telah siap dilaksanakan.
Makluman
2.3.7. PEMOTONGAN POKOK BULUH DI JALAN PERSIARAN BUKIT JAYA
Pokok-pokok buluh telah ditebang. Penanaman pokok bunga tanjung akan dilaksanakan kemudian.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.8. MENCANTAS POKOK
Pokok-pokok bermasalah di sekitar kawasan perumahan Flat PKNS Xxxxx 0X Xxxxxx Xxxx akan dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.9. POKOK BESAR
Sebatang pokok pong-pong telah rimbun di hadapan rumah No. 0, Xxxxx Xxxxx Xxxxxx 0 akan dicantas.
Sebatang pokok Batai hidup liar terlalu besar dan tidak stabil akan ditebang di hadapan Pangsapuri Intan, Jalan Bukit Permai.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.10. PADANG FUTSAL
Mesyuarat dimaklumkan terdapat 3 tapak pilihan yang akan dicadangkan kepada Ahli Majlis kawasan untuk sebuah padang futsal dibina di Taman Kencana.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.11. NAIK TARAF PADANG
Padang awam di Xxxxx Xxxxxx 00, Xxxxx Xxxxx Ampang di dalam perancangan naik taraf oleh pihak Jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.12. PENGIKTIRAFAN LOKASI PELANCONGAN BUKIT SAGA
Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada cadangan menjadikan Bukit Saga sebagai lokasi pelancongan sukan buat masa ini.
Makluman
2.4. LAIN-LAIN ASPEK
2.4.1. PENEMPATAN SETINGGAN BERHAMPIRAN FLAT 700 PANDAN PERDANA
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan masih belum menerima maklumbalas daripada pihak zakat mengenai bantuan kepada setinggan tersebut. Semakan di lokasi mendapati setinggan masih lagi tinggal di tapak.
Makluman
2.4.2. PAPAN TANDA LARANGAN BERNIAGA DI KAWASAN PERMAI COURT 1, TAMAN DATO’ XXXXX XXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan pemasangan papan tanda larangan untuk berniaga masih dalam tindakan pembelian.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.4.3. BILIK KHAS UNTUK AHLI MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebuah bilik khas kemudahan Ahli Majlis masih dalam perancangan untuk mencari bilik yang lebih sesuai.
Tindakan: Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.4.4. PAPAN TANDA LARANGAN
Papan tanda larangan di Lot 541 telah siap dipasang manakala papan tanda di Xxxxx XX 0/0 dan BU 2/5 dalam perlaksanaan.
Makluman
2.4.5. GERAI UPEN TAMAN SRI WATAN
a) Jabatan PBK diminta membaiki tandas rosak.
b) Jabatan Kejuruteraan sedang dalam penyediaan spesifikasi untuk kerja-kerja pemasangan lampu di tempat letak kereta, penurapan jalan dan pemasangan papan tanda di gerai UPEN .
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan/
Jabatan Kejuruteraan
2.4.6. BENDERA PARTI POLITIK
Pihak Jabatan telah manjalankan operasi menurunkan bendera dan bahan kempen pada 5 Julai 2013 dan 10 Julai 2013 di kawasan Taman Melawati, Taman Permata dan di Xxxxx Xxxxxxxxx Xxxxxx 2 (MMR2). Operasi masih diteruskan.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
2.4.7. PENYEMBELIHAN AYAM DI PASAR PAGI TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam pengurusan pasar pagi pihak Majlis tidak membenarkan aktiviti penyembelihan ayam di tapak. Tindakan perlu diambil ke atas peniaga yang menjalankan penyembelihan di pasar pagi terbuka.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.4.8. PENJAJA PASAR MALAM DI TAMAN MUDA (HARI JUMAAT DAN AHAD)
Mesyuarat dimaklumkan Persatuan Penjaja Pasar Malam tidak membenarkan peniaga membuka meja dan kerusi untuk pelanggan. Kaedah yang dibenarkan ialah secara ‘take away’ sahaja. Tindakan penguatkuasaan diambil secara berterusan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.4.9. KESTABILAN CERUN DI ZON11
Mesyuarat dimaklumkan terdapat 22 cerun di kawasan Zon 11 dan di bawah pemantauan Jabatan Kejuruteraan. Di Kampung Tengah terdapat 3 cerun. Pemantauan secara berjadual dilaksanakan oleh unit cerun, Jabatan Kejuruteraan.
Makluman
2.4.10. PERASMIAN PROGRAM ZON BERSIH DI BUKIT INDAH
Perbincangan awal bersama Ahli Majlis kawasan Tuan Xxxxx Xxxx X. Xxxxx pada 9 Julai 2013 mencadangkan Majlis Pelancaran Zon Bersih MPAJ 2013 akan diadakan selepas hari raya. Tarikh terkini akan dibincang semula.
Makluman
2.4.11. GERAI-GERAI HARAM
Tindakan penguatkuasaan sitaan telah dibuat keatas pertumbuhan gerai-gerai di Mutiara Court, Taman Bukit Permai dan sub-station TNB, Bukit Permai pada 5 Julai 2013 yang melibatkan 3 stall dan sebuah lori serta peralatan lain seperti kerusi, meja dan tong gas.
Jabatan diminta mengambil tindakan ke atas gerai- gerai haram yang masih beroperasi di sub-station TNB Bukit Permai.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3. HAL-HAL LAIN
3.1. ASPEK ALAM SEKITAR
XXXX XXXXX XXXX XXX XXXXX
3.1.1. RUMAH SAMPAH DI AMPANG WATERFRONT
Rumah sampah berdekatan Restoren Sekinchan Ikan Bakar dicadangkan agar ditutup dan dijadikan kiosk perniagaan. Rumah sampah tersebut menimbulkan bau busuk dan disyorkan supaya setiap premis perniagaan menyediakan tong sampah masing- masing.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XXX XXXX XXX
3.1.2. KUTIPAN SAMPAH
Kontraktor di kawasan Cheras Indah hanya mengambil sampah yang berada di bahagian atas tong sahaja tanpa mengambil keseluruhan di dalamnya. Perkara ini sudah lama dimaklumkan tetapi masih berulang.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandararn & Kesihatan
XXXX XXXXXXXXXX A/L SINNAPAYAL
3.1.3 KUTIPAN SAMPAH
Sampah tidak diangkat hingga 3 hari @ 5 hari di Xxx 00, Xxxxx X, Xxxxxx X0, Xx Xxxxxx Xxxx.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XX. XXXXX XXXXX XXX XXXXX
3.1.4. PEMBERSIHAN LONGKANG
Mohon agar pembersihan longkang-longkang dilakukan di Xxxxx Xxxxx Xxxxxxxx 0, Xxxxx Xxxx Xxxx Fasa 3, dan membaiki longkang yang telah pecah.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan/
Jabatan Kejuruteraan
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXXXX
3.1.5. SAMPAH HARAM
Pembuangan sampah haram di lokasi tanah kosong Xxxxx 0/00 xxx Xxxxx 0/00, Xxxxx Xxxxxxxx xxxxxxx xxxxx.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
XXXX XXXXXX XXX XXXXXX
3.1.6. BANGUNAN KITAR SEMULA
Persatuan Penduduk memohon untuk menggunakan Bangunan Kitar Semula di Jalan 4M sebagai kegunaan pejabat dan keperluan penduduk.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2. ASPEK KEMASYARAKATAN
XXXX XXXXXX XXX XXXXXX
3.2.1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Dicadangkan sebuah Taman Permainan Kanak-kanak di Xxxxx 0 Xxxxxx Xxxx xxxxxx xxxxxxxxxx Xxxxxxx Xxxx Xxxx, Xxxxxx Xxxx.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
3.2.2. PEMBAIKAN TAPAK FUTSAL
Lampu dan pagar di tapak futsal Taman Bukit Jaya yang dibina oleh ADUN yang terdahulu kini telah rosak dan perlu dibaiki.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3.2. TUNGGUL POKOK
Mohon agar tunggul pokok yang telah lama tumbang dan tunggul-tunggul yang terbiar setelah kerja-kerja pemotongan dilaksanakan di Xxxxx Xxxxxx 0, Jalan Mulia 1/1 dan Jala Mulia 2/5 dapat diambil tindakan dan dibersihkan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.3. POKOK MATI
Mohon diambil tindakan terhadap pokok yang telah mati di sekitar Taman Bukit Utama 0, Xxxxx Xxxxx Xxxxxxxxxxxx, Taman Kelab Ukay dan sekitarnya.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
TUAN FONG TECK KEONG
3.2.4. CANTAS POKOK
Terdapat pokok yang perlu dicantas di Jalan Taman Perdana berhampiran Surau Al-Mutmainnah, Jalan Perdana 3 dan Jalan Perdana 10/6.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
XXXX XXX XXXX XXX
3.2.5. POKOK BESAR BELUM DICANTAS
Terdapat pokok besar di bulatan Xxxxx Xxxxx 00, Xxxxx Xxxxx xxxxx dicantas .
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXXX
3.2.6. CANTAS POKOK
Terdapat pokok-pokok yang perlu dicantas di Xxxxx Xxxxxx Xxxxx 0/00 dan Jalan Pandan Indah 1/11A, juga jalan di sekitatnya.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.7. GARISAN GELANGGANG
Mohon agar dapat dibuat semula garisan gelanggang bola keranjang di Padang Perbandaran.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
TUAN HO AH NGOH
3.2.8. POKOK TUMBANG
Terdapat pokok tumbang di Xxxxx Xxxxx 0, Xxxxx Xxx Angsana Hilir masih belum di alihkan menyebabkan longkang tersumbat.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
XXXX XXXXX XXXX XXX XXXXX
3.2.9. TEBANG POKOK
Mohon pokok di lereng bukit / cerun di hadapan Emereld Hill Bukit Indah ditebang.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3. LAIN-LAIN ASPEK
XXXX XXXXXXX XXX XXXXXXXX
3.3.1. IKLAN HARAM
Terdapat iklan haram seperti pengubahsuaian rumah, ubat kuat, pinjaman wang, penjualan hartanah di gantung secara haram di kawasan Taman Zoo View, kawasan perumahan Kemensah Height dan Tropika Kemensah.
Tindakan: Jabatan Pelesenan
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXX XXXXX
3.3.2. KESTABILAN CERUN
Pemantauan cerun di belakang Jalan BU 1/5 dan berhadapan Jalan LO 2/5 kerana terdapat pokok yang tidak sepatutnya tumbuh di cerun berkenaan.
Tindakan: Jabatan Kejureteraan
XXXX XXXXXXXXXX A/L SINNAPAYAL
3.3.3. PARKIR KREN DI DEWAN TAMAN KENCANA DAN LORI PANJANG DI XXXXX 0, XXXXX XXXXXX
Mohon dipindahkan sebuah kren tersimpan lama berdekatan Dewan Taman Kencana dan lori panjang di hadapan rumah di Xxxxx 0, Xxxxx Xxxxxx.
XXXX XXX XXXX XXX
3.3.4. KERETA BURUK
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
Terdapat banyak kereta buruk yang terbiar di seluruh kawasan Teratai.
a) 2 buah di Xxxxx 00, Xxxxx Xxxxx (sebelah dewan)
b) 1 buah di Pasar pagi, Taman Muda
c) 4 buah di Xxxxx Xxxxxxxxx 0, Xxxxxx Xxxxx
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
3.3.5. TUGAS-TUGAS AHLI MAJLIS DI ZON 20
Tuan Xxx Xxxx Xxx membangkitkan banyak aduan diterima di kawasan Pandan Perdana Zon 20 dan mencadangkan Tuan Wong Khai Pun sebagai Ahli Majlis yang menjalankan tugas buat sementara waktu dan mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut bermula dari 1 Julai 2013 sehingga Majlis mendapat surat rasmi berhubung penamatan perkhidmatan Puan Cheong Chye Wah sebagai Ahli Majlis.
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
4.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 15JULAI 2013
7.2.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN BIL.7/2013
MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.07/2013
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH
:
17 JULAI 2013
MASA
:
9.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Y.Bhg. Dato‘ Xxxxxxxx Xxx Xxxxx | - Pengerusi |
(YDP, MPAJ) | |
2. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxxxxx | - Ahli Majlis |
3. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxxx Xxxxx | - ’’ |
4. Tn. Xxxxx Xxxxx Xxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
5. Tn. Fong Teck Keong | - ’’ |
6. Tn. Xxx Xxxx Xxx | - ’’ |
7. Tn. Xxxx Xxxxxxx Xxx Xxxxxxx Xxxx | - ’’ |
8. Tn. Xx Xxx Xxx Xxxxxx | - ’’ |
9. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long | - ’’ |
7. Tn. Xxxxxxx Xxx Xxxxx | - ’’ |
8. Tn. Abd. Xxxxx Xxx Xxxxxxx | - TYDP, MPAJ |
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Tn. Xxxx Xxx Xxxxx Bin Dollah - Ahli Majlis
2. Tn. Xxxx X Xxxxx Xxx Xxxxx - ’’
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN B
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.07/2013
LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.07/2013 telah diadakan pada 17 Julai 2013 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 PEMBINAAN RESTORAN TANPA KEBENARAN DI ATAS TANAH REZAB JPS DI XXXXXX XXXX 00, XXXXX XXXXXX, XXXXX HULU KELANG
Wakil dari PTD Gombak memaklumkan akan membuat semakan semula isu berkaitan perobohan dan akan memaklumkan kepada Majlis.
Tindakan: PTD Gombak
2.2. ISU PENEMPATAN SETINGGAN DI PANDAN JAYA DI BAWAH REZAB TNB
Mesyuarat dimaklumkan, hasil semakan pada 2 Jun 2013 mendapati bancian masih sama dan tiada perubahan di tapak. Pihak Majlis masih menunggu Program Pinjaman Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu ini.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.3. BANGUNAN DIBINA BERSEBELAHAN KOLAM IKAN DI TAMAN BUKIT MULIA
Wakil dari pihak PTD Gombak memaklumkan akan memanjangkan isu tersebut ke unit berkaitan untuk tindakan lanjut. Notis akan dikeluarkan untuk pemilik mengosongkan bangunan tersebut dan sebarang tindakan perobohan akan dilaksanakan selepas Hari Raya.
Tindakan: PTD Gombak
2.4. BINAAN RUMAH TANPA KEBENARAN MAJLIS DI XXXXX X XX XXXXXX (NO. 00, XXXXX XXXXXXXX A, KG PANDAN BERHADAPAN KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN)
Mesyuarat dimaklumkan, notis kedua telah dikeluarkan oleh pihak jabatan dan telah tamat tempoh. Namun sehingga kini pemilik masih belum mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis. Mesyuarat bersetuju perkara ini dibawa ke Mahkamah memandangkan tiada kerjasama dari pemilik rumah.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
2.5 BINAAN TANPA KEBENARAN DI BAWAH REZAB TALIAN RENTIS TNB DARI KG PANDAN KE KG TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan perobohan adalah di bawah tanggungjawab TNB. Pihak jabatan akan membantu pihak TNB menyelaraskan tindakan perobohan tersebut.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.6 BANCIAN AKTIVITI PERNIAGAAN DI KG PANDAN DALAM
Mesyuarat dimaklumkan pemantauan sentiasa dilakukan dan notis dikeluarkan kepada penjaja di Jalan F, Kg. Pandan. Pihak jabatan juga membuat pemantauan pembinaan gerai haram di Jalan Pandan Laman. Mesyuarat bersetuju mana-mana gerai baru tanpa kelulusan diambil tindakan roboh dengan segera.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.7 TAPAK KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT MENJUAL KERETA TERPAKAI DI LORONG JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat memutuskan untuk memberi tempoh 1 bulan kepada pemilik untuk mengalihkan kenderaan tersebut.
Tindakan: Jabatan Undang-Undang
2.8 GERAI HARAM (BANANA CAFE) DI AMPANG WATER FRONT
Mesyuarat dimaklumkan, bangunan perniagaan tanpa kebenaran termasuk gerai ‘Banana Cafe’ terletak atas sebahagian rezab Jalan Ampang dan Bukit Belacan juga terlibat dengan cadangan jajaran Lebuhraya SUKE. Pihak jabatan telah mengemukakan surat ke PTD Hulu Langat bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenai perkara tersebut. Perobohan gerai tersebut ditangguhkan.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa/Jabatan Perancang Bandar
2.9 PEMBINAAN PARKIR KERETA (GARAJ) DI ATAS REZAB JALAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan pada struktur yang menimbulkan kacauganggu.
Tindakan: Jabatan Bangunan dan Senibina/
Jabatan Penguatkuasa
2.10 STATUS GERAI UPEN DI TUKAR DI XXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan, kerja-kerja pembaikan gerai tersebut telah selesai dan akan diserahkan kepada Unit Penjaja, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan. Pihak jabatan juga diminta memastikan meter individu dipasang di setiap gerai UPEN.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.11 TAMBAKAN TANAH HARAM DI CERUN XXXXX XXXXXX 0X
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh sebutan kes masih belum diperolehi dari pihak mahkamah.
Tindakan: Jabatan Undang-Undang
2.12 RUANG PERNIAGAAN DIBINA DI KAWASAN LAPANG PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, tiada lokasi yang sesuai untuk didirikan gerai @ kiosk penjaja di kawasan lapang di Pandan Jaya. Jabatan mensyorkan mana-mana penjaja yang aktif sahaja dibenarkan menjaja secara sementara `take away’ mengikut syarat-syarat permit/lesen penjaja sementara.
Makluman
2.13 KHEMAH DI HADAPAN KEDAI KEONG HENG CHERAS INDAH
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan mengarahkan kepada pemilik kedai supaya khemah dan kenderaan di alihkan sedikit ke dalam supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya dan tidak menghalang pandangan pengguna jalan raya.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
2.14 STATUS GERAI STATIK DI SEBELAH DEWAN PERMATA
Mesyuarat dimaklumkan sebuah gerai telah ditanggalkan struktur oleh penjaja sendiri dan sebuah gerai yang mempunyai permit sementara mohon ditangguhkan selepas Hari Raya. Walau bagaimanapun, Ahli Majlis kawasan mohon tindakan segera diambil ke atas gerai tersebut.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.15 SEMAKAN TAPAK DI TAMAN NIRWANA 3
Wakil PTD Hulu Langat memaklumkan sehingga kini pemohonan pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tidak diluluskan kecuali untuk pembaharuan LPS bagi tujuan papan iklan.
Makluman
2.16 BANGUNAN HARAM DI KG KEMENSAH
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan perobohan telah dilaksanakan oleh Majlis pada 9 Julai 2013.
Makluman
2.17 PEMBINAAN DI CERUN DI LOT 153, LORONG 8, TASIK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, pihak Jabatan telah memohon pemilik rumah mengemukakan pengesahan jurutera bertauliah berkenaan struktur rumah yang melebihi ‘set back’ dan tembok penahan. Tanggungjawab kukuhan
struktur adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah tersebut.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina/
Jabatan Kejuruteraan
2.18 SAMBUNGAN BUMBUNG DI XXXXX XXXXX XXXXXXX 0X,0X DAN XXXXX XXXXX XXXXXXX 0
Mesyuarat dimaklumkan, operasi perobohan telah dilaksanakan pada 11 Jun 2013 dan 4 struktur lagi telah dibuka sendiri oleh pemilik kedai.
Makluman
2.19 SAMPAH TIDAK DIANGKAT KERANA TIADA RUANG UNTUK LORI SAMPAH MASUK DI LORONG BELAKANG KAWASAN FLAT M14, M8-M15 PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, Bahagian COB telah mengeluarkan surat kepada pihak pengurusan agar mengeluarkan notis kepada semua penduduk berkenaan tatacara meletak kenderaan agar tidak menghalang laluan keluar masuk lori sampah.
Makluman
2.20 MASALAH TEMPAT LETAK KERETA DI BLOK M14 DAN M15 PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan (perobohan) 2 buah gerai di kawasan tersebut perlu
dilaksanakan kerana telah menggunakan tempat letak kereta di kawasan Blok M14 dan M15, Pandan Jaya.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.21 GELANGGANG ANAK MUDA DI XXXXX XXXXXXXXX 0 XXXXXX XXXX
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan masih tiada apa-apa makluman daripada Pejabat Daerah sehingga kini.
Tindakan:
Jabatan Belia & Masyarakat
(Minit dipindahkan ke Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
2.22 PEMBINAAN RUMAH TANPA MENGIKUT PELAN KELULUSAN DARIPADA PIHAK MAJLIS DI RUMAH XX.0 XXXXX XXXXXXX 0/0 XXXXXX XXXXXXX
Mesyuarat dimaklumkan isu ini masih dalam kes mahkamah (En. Xxx Xxx vs En. Soo). Pemilik rumah mohon supaya pelan akan dikemukakan selepas kes mahkamah selesai.
Tindakan: Jabatan Bangunan & Senibina
2.23 GERAI TERBIAR DI TAMAN SAGA
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan merobohkan struktur akan dibuat pada 24 Julai 2013. Penangguhan ini disebabkan terdapat meter TNB yang aktif di gerai tersebut.