KONTRAK NO: …………………….
KONTRAK NO: …………………….
PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENYENGGARAAN MESIN PENYALIN UNTUK KEGUNAAN
.................................................................
ANTARA
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DIWAKILI OLEH
...........................................................
DAN
............................................................... (NO. SYARIKAT: ...................
PERJANJIAN INI dibuat pada .............................. haribulan ............................. 201...
ANTARA
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh
........................................................ yang beralamat di
............................................................................. (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Kerajaan”) di satu pihak;
DAN
……………………………. (No.Syarikat: ……………) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mempunyai alamat berdaftarnya di (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Syarikat”) di pihak yang satu lagi, Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat adalah seperti di
Lampiran A.
(kedua-dua Kerajaan dan Syarikat boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak” atau bersesama sebagai “Pihak-Pihak”).
BAHAWASANYA-
A. Kerajaan telah melalui surat setuju terima (SST) Bil bertarikh
…………………………….. bersetuju untuk melantik Syarikat untuk membekalkan perkhidmatan penyewaan dan penyelenggaraan mesin penyalin seperti di Jadual 1 Perjanjian ini. Salinan Surat Setuju Terima adalah seperti di Lampiran B.
B. Syarikat bersetuju untuk menyewakan dan menyediakan Khidmat Penyenggaraan bagi mesin penyalin tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di bawah Perjanjian ini.
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Definisi
Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan berikut membawa maksud yang ditetapkan baginya melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain
“Khidmat Penyenggaraan” | bermaksud kerja-kerja penyenggaraan, pembaikan dan penggantian mana-mana bahagian atau alat ganti yang rosak agar Peralatan tersebut dapat beroperasi dengan baik dan memuaskan hati Kerajaan dan membekalkan peralatan guna habis (consumables) seperti toner, drum, roller, pencuci, bahan kimia dan dawai kokot secara percuma kepada Kerajaan; |
“Peralatan” | bermaksud unit mesin penyalin jenama ............... seperti spesifikasi yang dinyatakan di Jadual 1 Perjanjian ini dan hendaklah termasuk semua penggantian, pembaharuan atau penambahan yang dibuat dari semasa ke semasa terhadap mesin penyalin tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya serta sebarang aksesori yang ditambahkan kepada mesin penyalin tersebut; |
“Premis” | bermaksud ...................................... seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perjanjian ini; |
“Waktu Perniagaan Biasa” | bermaksud waktu pejabat Kerajaan iaitu mulai 7.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin – Jumaat dan tidak termasuk hari cuti umum dan cuti am bagi Negeri Sembilan. |
“Sewa” | bermaksud sewa bulanan yang mesti dibayar oleh Kerajaan kepada Syarikat dalam tempoh Perjanjian atau sebarang pelanjutan selepas itu seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perjanjian ini; |
“Perjanjian” | bermaksud Perjanjian ini dan termasuklah jadual- jadual serta lampiran yang dilampirkan; |
“Jadual” | Bermaksud jadual yang dilampirkan kepada Perjanjian ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada dan dibaca bersama Perjanjian ini. |
1.2 TAFSIRAN
Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini adalah seperti berikut:
(a) resital-resital, klausa-klausa, lampiran-lampiran dan apa-apa dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada jumlah majmuk dan juga sebaliknya;
(c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan ataupun tidak diperbadankan;
(d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan yang ditakrifkan;
(e) rujukan kepada klausa hendaklah bermaksud rujukan kepada klausa- klausa dalam Perjanjian ini;
(f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya;
(g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan undang- undang yang telah dipinda, disemak, atau dicetak semula;
(h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada xxxxxx-xxxxxx dalam perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam Perjanjian ini;
(i) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;
(j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari kelepasan
am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan;
(k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditarifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di Malaysia;
(l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang sama dengannya;
(m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis;
(n) mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun” adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan atau tahun tersebut menurut kalendar Gregory;
(o) sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini dari semasa ke semasa; dan
(p) sebutan mengenai salah satu Pihak kepada Perjanjian ini atau mana-mana dokumen atau Perjanjian lain hendaklah termasuk penggantinya dan pemegang serah haknya yang dibenarkan.
2. TARIKH KUAT KUASA DAN TEMPOH PERJANJIAN
Perjanjian ini hendaklah dianggap sebagai telah berkuat kuasa bagi tempoh
………………. (……) tahun sahaja iaitu mulai ……………………… dan berakhir pada ………………………. (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tempoh Perjanjian”).
PPUUNS:
Tarikh kuat kuasa kontrak (effective date) hendaklah sama dengan tarikh Surat Setuju Terima (SST) ditandatangani oleh Syarikat manakala tarikh perjanjian ialah tarikh perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
3. PELANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN
3.1 Syarikat boleh memohon kepada Kerajaan Negeri untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian dengan membuat permohonan secara bertulis tidak kurang dari tiga (3) bulan sebelum tamat Tempoh Perjanjian jika Syarikat berniat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan permohonan tersebut atau sebaliknya.
3.2 Sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, Pihak-Pihak hendaklah berunding dan memuktamadkan terma-terma dan syarat- syarat pelanjutan tersebut tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum tamatnya Tempoh Perjanjian.
3.3 Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelanjutan tersebut, Perjanjian ini akan dengan sendirinya tamat selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
4. SKOP PERJANJIAN
Syarikat bersetuju menyediakan perkhidmatan penyewaan Peralatan dan Khidmat Penyenggaraan mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Jadual 1.
5. BAYARAN SEWA DAN BAYARAN TAMBAHAN
5.1 Sebagai balasan bagi Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat dan tertakluk kepada Kluasa 11 Perjanjian ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membayar kepada Syarikat—
(a) sewa Peralatan sebanyak Ringgit Sahaja
(RM.....................) setiap bulan (kemudian daripada ini disebut sebagai “Sewa Bulanan”) selama Tempoh Perjanjian;
(b) caj sesalinan mengikut bacaan meter pada Peralatan adalah pada kadar Ringgit ................................ (RM...........) sahaja untuk sesalinan hitam/putih dan Ringgit ........................ (RM ) sahaja untuk salinan
berwarna (kemudian daripada ini disebut sebagai “Bayaran Tambahan”).
5.2 Caj sesalinan tidak akan dikenakan bagi salinan-salinan yang rosak berpunca daripada kerosakan Peralatan yang bukan disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya. Kerajaan hendaklah menyimpan salinan-salinan yang rosak untuk tempoh satu (1) bulan bagi tujuan semakan oleh Syarikat. Syarikat hendaklah merekodkan jumlah salinan yang rosak ke dalam buku log Khidmat Penyenggaraan dan membuat tolakan kepada Bayaran Tambahan seperti dinyatakan dalam Klausa 5.1 (b).
5.3 Syarikat hendaklah mengemukakan jumlah tuntutan Bayaran Sewa Bulanan dan Bayaran Tambahan bagi setiap bulan selepas Perkhidmatan dilaksanakan setelah ditolak salinan yang rosak seperti dalam Klausa 5.2 berserta dokumen lengkap kepada Kerajaan tidak lewat dari 10 haribulan bagi setiap bulan kalendar.
5.4 Kerajaan hendaklah dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan tuntutan di bawah Klausa 5.3 mengesahkan dan memaklumkan secara bertulis jumlah tuntutan Bayaran Sewa Bulanan dan Bayaran Tambahan yang kena dibayar kepada Syarikat.
5.5. Setelah menerima pengesahan tuntutan di bawah Klausa 5.4, Syarikat hendaklah mengemukakan dua (2) salinan asal invois cukai bersama dokumen yang berkaitan kepada Kerajaan.
5.6. Tertakluk kepada tolakan di bawah Klausa 11 dan klausa-klausa yang terpakai dalam Perjanjian ini, pembayaran menurut Klausa 5.5 hendaklah dibuat oleh Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan invois cukai serta dokumen lengkap daripada Syarikat.
5.7 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Klausa 5.1 adalah tetap dan apa-apa permohonan bagi tujuan kenaikan harga atau lain-lain tuntutan oleh Syarikat tidak akan dibenarkan melainkan dipersetujui sebaliknya oleh Kerajaan melalui pindaan kepada Perjanjian ini.
5.8 Sebarang isu yang timbul antara Syarikat dengan mana-mana pihak ketiga berhubung dengan Peralatan, Khidmat Penyenggaraan, bayaran Sewa Bulanan dan Bayaran Tambahan dalam Perjanjian ini adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
6. BON PELAKSANAAN
6.1. Tanggungjawab Menyerahkan Bon Pelaksanaan
Syarikat hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan dalam bentuk sebagaimana yang dilampirkan dalam Lampiran C telah diserahkan kepada Kerajaan semasa menandatangani Perjanjian ini bagi menjamin pelaksanaan obligasi-obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini.
6.2. Syarat-syarat Bon Pelaksanaan
6.2.1. Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan pada kadar.........
peratus (…....%) [2.5% atau 5%] daripada Anggaran Nilai Perjanjian setahun sebanyak RM sahaja.
PPUUNS:
Kadar bon pelaksanaan yang perlu diserahkan oleh Syarikat adalah seperti berikut (a) 2.5% bagi kontrak perkhidmatan dengan nilai perjanjian untuk tempoh setahun kurang daripada RM500,000; dan (b) 5.0% bagi kontrak perkhidmatan dengan nilai perjanjian setahun lebih daripada RM500,000.
6.2.2. Nilai Bon Pelaksanaan hendaklah pada setiap masa tidak kurang daripada nilai yang diperuntukkan di dalam Klausa 6.2.1.
6.2.3. Bon Pelaksanaan hendaklah sah laku dari tarikh ia dikeluarkan sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
6.2.4. Walau apa pun terkandung di dalam Perjanjian ini, Kerajaan berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan atau sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Syarikat gagal melaksanakan obligasi di bawah
Perjanjian ini atau jika memungkiri apa-apa terma atau syarat dalam Perjanjian ini tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang lain.
6.3. Bon Pelaksanaan Tambahan
Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan di bawah Bon Pelaksanaan ini yang menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut berkurangan daripada jumlah yang dinyatakan dalam Klausa 6.2.1, Syarikat hendaklah menyerahkan suatu bon pelaksanaan tambahan kepada Kerajaan mengikut Klausa 6.2 di mana Kerajaan hendaklah memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang mempunyai agregat tidak kurang daripada Ringgit………...(RM ) pada setiap masa.
6.4. Bon Pelaksanaan Lanjutan
Sekiranya tempoh sah laku Bon Pelaksanaan yang dinyatakan di Klausa 6.2.1 akan luput, Syarikat hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan yang baharu sebelum atau pada tarikh luput tempoh sah laku Bon Pelaksanaan tersebut dengan nilai yang sama dengan jumlah bon pelaksanaan yang akan luput.
PPUUNS:
Klausa Bon Pelaksanaan ini hanya perlu dimasukkan sekiranya nilai perjanjian untuk setahun melebihi RM200,000. Sekiranya nilai perjanjian untuk setahun kurang daripada RM200,000 klausa ini tidak perlu dimasukkan dalam perjanjian.
7. OBLIGASI KERAJAAN
7.1 Kerajaan dengan ini bersetuju dengan Syarikat seperti berikut:
(a) tertakluk kepada pematuhan Syarikat terhadap terma-terma dan syarat- syarat Perjanjian ini, membayar Bayaran Sewa dan Bayaran Tambahan yang patut dibayar seperti mana yang diperuntukkan di bawah Klausa 5 Perjanjian ini;
(b) membenarkan Syarikat dan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Syarikat pada setiap masa yang sesuai memasuki Premis di mana tempat Peralatan diletakkan atau disimpan pada masa itu untuk memeriksa dan menguji keadaan Peralatan, menjalankan Khidmat Penyenggaraan, pembaikan dan penggantian Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya, tertakluk kepada suatu notis dalam tempoh yang munasabah diberikan kepada Kerajaan terlebih dahulu;
(c) menjaga dan memastikan bahawa Peralatan berada dalam milik Kerajaan sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan tidak memindahkan Peralatan atau mana-mana bahagiannya dari Premis tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Syarikat dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya;
(d) hanya menggunakan alat-alat ganti dan bekalan bahan yang berkaitan dengan dan menjadi pelengkap kepada Peralatan dan bahan-bahan lain yang dibekalkan oleh Syarikat;
(e) tidak menyebabkan atau membenarkan Peralatan dilekatkan, dipasang atau dikepilkan pada Premis sebagai lekapan;
(f) memaklumkan kepada Syarikat tentang sebarang perubahan tempat Peralatan hendak diletakkan;
(g) memberi ganti rugi kepada Syarikat atas segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku terhadap Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya sekiranya kehilangan dan kerosakan tersebut disebabkan oleh kecuaian, kesalahan atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya;
(h) membayar semua kos pembaikan yang dilakukan dan alat ganti yang dibekalkan kepada Kerajaan jika pembaikan dan penggantian tersebut berpunca daripada kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya;
(i) tidak menjual, menyerah hak, menyewa, atau menggadai Peralatan atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Syarikat;
(j) memberitahu Syarikat tentang sebarang perubahan alamat Kerajaan;
(k) melantik dua (2) orang kakitangan Kerajaan (kemudian daripada ini disebut sebagai “Juruteknik Kerajaan”) yang hendaklah diberi latihan secukupnya oleh Syarikat berkenaan dengan cara-cara penggunaan, pengurusan dan penyenggaraan Peralatan dengan baik dan berkesan;
(l) memaklumkan kepada Syarikat jika terdapat sebarang perubahan Juruteknik Kerajaan untuk mengendalikan Peralatan tersebut;
(m) mengelak daripada membaiki, menyenggara atau dengan apa-apa cara lain mengusik Peralatan atau menghapus plat nama Syarikat pada Peralatan;
(n) membayar khidmat penyenggaraan tambahan kepada Syarikat pada kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua Pihak jika Kerajaan memerlukan Khidmat Penyenggaraan di luar Waktu Perniagaan Biasa.
7.2 Pengalihan Peralatan
Tertakluk kepada Klausa 7.1(c) Perjanjian ini, Kerajaan boleh, pada bila-bila masa, meminta Syarikat untuk mengalihkan Peralatan ke tempat lain DENGAN SYARAT kos pengalihan atau pemindahan tersebut hendaklah dipersetujui bersama terlebih dahulu dan dibayar menurut prosedur dalam Klausa 5 Perjanjian ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah tempat tersebut telah diperihalkan dalam Perjanjian ini.
8. OBLIGASI SYARIKAT
8.1 Di sepanjang tempoh Perjanjian ini, Syarikat hendaklah:
(a) memberi jaminan bahawa Peralatan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini adalah produk keluaran semasa, baru, tulen dan belum pernah digunakan kecuali bagi maksud ujian mutu dan berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan dari segi pembuatan dan reka bentuk DENGAN SYARAT Peralatan tersebut tidak diubah suai oleh Kerajaan tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada Syarikat;
(b) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kos dan perbelanjaan dalam menyediakan perkhidmatan dan penyenggaraan di bawah Perjanjian ini;
(c) menghantar dan memasang Peralatan di Premis yang ditetapkan dengan syarat Peralatan yang dipasang dan dihantar hendaklah produk baru dan
berada dalam keadaan yang boleh digunakan dan beroperasi dengan baik. Jika dalam Tempoh Perjanjian, Peralatan yang dihantar dan dipasang didapati cacat dan Kerajaan tidak dapat menggunakan Peralatan tersebut bagi tujuan ia disewakan serta Syarikat tidak mampu untuk membaiki kecacatan tersebut, maka Kerajaan boleh:
(i) menolak Peralatan dan menamatkan Perjanjian ini; atau
(ii) menolak Peralatan dan Syarikat hendaklah menggantikannya dengan Peralatan baru yang mempunyai spesifikasi yang sama atau lebih baik daripada Peralatan sebelumnya dan Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa untuk baki Tempoh Perjanjian ini.
(d) memastikan Peralatan yang disewakan berada dalam keadaan yang boleh digunakan dan beroperasi dengan baik dan untuk tujuan ini, Syarikat hendaklah menyediakan Khidmat Penyenggaraan sekurang-kurangnya
................... (......) kali sebulan bagi membolehkan Peralatan tesebut diperiksa dan dibaiki tanpa mengenakan apa-apa caj tambahan kepada Kerajaan. Khidmat Penyenggaraan tersebut hendaklah dibuat dalam Waktu Perniagaan Biasa atau mengikut aturan sepertimana yang dipersetujui bersama oleh Syarikat dan Kerajaan;
(e) membekalkan alat-alat ganti yang tulen dan setaraf tanpa apa-apa kos tambahan kepada Kerajaan Negeri DENGAN SYARAT Khidmat Penyenggaraan yang diberikan bukan disebabkan oleh kecuaian atau tindakan sengaja Kerajaan. Apa-apa perkhidmatan yang dijalankan oleh Syarikat hendaklah dilakukan dalam tempoh Waktu Perniagaan Biasa dan jika perlu pada bila-bila masa yang dipersetujui bersama oleh Syarikat dan Kerajaan;
(f) memberi jaminan bahawa pelaksanaan Khidmat Penyenggaraan, pembaikan dan pembekalan alat-alat ganti ke atas Peralatan akan berjalan dengan sempurna dan dijamin daripada apa-apa kekurangan, kesilapan dan kecacatan dari segi bahan dan kemahiran kerja;
(g) bertindak kepada aduan kerosakan Peralatan yang dibuat oleh Kerajaan di mana masa untuk Syarikat memberi Khidmat Penyenggaraan, pembaikan dan penggantian alat-alat ganti hendaklah dalam masa 3 hingga 4 jam waktu bekerja yang dikira dari waktu panggilan dibuat DENGAN SYARAT panggilan dibuat sebelum jam 3.00 petang pada hari yang sama. Jika panggilan diterima selepas jam 3.00 petang, Khidmat Penyenggaraan, pembaikan dan penggantian alat-alat ganti hendaklah dibuat sebelum jam
12.00 tengahari pada keesokan harinya dan sekiranya keesokan hari itu jatuh pada hari cuti maka penyenggaraan hendaklah dilakukan pada hari berikutnya.
(h) menghantar juruteknik yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memeriksa, menyelaras dan menyenggara Peralatan;
(i) mengajar dan melatih Juruteknik Kerajaan Negeri yang dilantik menurut
Klausa 7.1(k) untuk memeriksa, menyelaras dan menyenggara Peralatan;
(j) menginsurankan Peralatan daripada kehilangan, kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran dan kecuaian pada nilai penggantian penuh dengan syarikat insurans yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah polisi insurans yang komprehensif;
(k) mengganti rugi Kerajaan atas apa-apa kerosakan yang berlaku ke atas Peralatan yang berpunca daripada kelalaian, kecuaian atau perbuatan sengaja Syarikat, pekerjanya, agen-agennya atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihaknya;
(l) membenarkan Kerajaan yang telah membayar sewa dan melaksanakan serta mematuhi persetujuan-persetujuan yang terkandung dalam Perjanjian ini memegang dan menikmati secara aman dan tenteram Peralatan sepanjang Tempoh Perjanjian ini tanpa gangguan atau kekacauan daripada Syarikat atau mana-mana orang yang menuntut secara sah melalui, di bawah atau sebagai pemegang amanah bagi Syarikat;
(m) tidak boleh menyerah hak kesemua atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau membuat apa-apa perjanjian kecil bagi tujuan Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan;
(n) tidak boleh menerima milik, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar atau apa-apa faedah yang terbit atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini kepada pihak ketiga tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan;
(o) membekalkan secara percuma segala Peralatan guna habis (consumables) seperti toner, drum, roller, pencuci, bahan kimia, dawai kokot dan bahan- bahan lain sepanjang Tempoh Perjanjian ini tetapi tidak termasuk bekalan kertas;
(p) memastikan apa-apa isu yang mungkin berbangkit antara Syarikat dengan mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan Peralatan dan Khidmat Penyenggaraan, termasuklah hal yang berkaitan dengan bayaran Sewa Bulanan dan Bayaran Tambahan, dan apa-apa perkara lain, hendaklah ditangani dan diselesaikan oleh Syarikat dan tidak boleh dikaitkan dengan Kerajaan dengan apa cara jua; dan
(q) menyedia dan menyenggara buku log Khidmat Penyenggaraan bagi setiap pembaikan, penyenggaraan, penggantian alat ganti dan sebagainya, di
mana setiap kali perkhidmatan tersebut dilaksanakan, buku log tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil Pihak-Pihak dan mengemukakannya kepada Kerajaan Negeri apabila diminta dari semasa ke semasa untuk berbuat sedemikian.
(r) membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Pekerja (SOCSO) untuk setiap pekerja yang dilantik mengikut mana yang berkenaan.
9. PENGHANTARAN, TEMPAT PEMASANGAN DAN PEMERIKSAAN PERALATAN
9.1 Syarikat hendaklah memastikan Peralatan dihantar ke tempat pemasangan di Premis pada atau sebelum tarikh sebenar penghantaran perlu dibuat. Syarikat juga hendaklah menghantar dan memasang Peralatan tersebut sehingga ianya berada dalam keadaan boleh digunakan dan beroperasi dengan baik.
9.2 Syarikat hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan dua (2) hari sebelum Peralatan tersebut dihantar bagi tujuan penyediaan tempat pemasangan dan segala kos penyediaan tempat pemasangan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kerajaan.
9.3 Jika berlaku kelewatan dalam menyediakan tempat pemasangan tersebut, Kerajaan hendaklah memberitahu Syarikat terlebih dahulu agar tarikh penghantaran tersebut dapat diubah kepada masa yang lebih sesuai.
9.4 Kerajaan hendaklah memaklumkan kepada Syarikat jika berlaku sebarang perubahan tempat Peralatan hendak diletakkan. Syarikat hendaklah menanggung segala kos pemasangan dan penghantaran Peralatan termasuk apa-apa kerosakan atau kecacatan yang berlaku di tempat di mana Peralatan ditempatkan.
9.5 Kerajaan hendaklah memeriksa Peralatan semasa Peralatan dihantar kepada Kerajaan. Tertakluk kepada Klausa 10, Kerajaan adalah dianggap telah memeriksa Peralatan dan berpuas hati dengan keadaan Peralatan apabila Syarikat tidak menerima apa-apa notis bertulis daripada Kerajaan tentang ketidakpuasan hatinya terhadap Peralatan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemasangan Peralatan, kecuali apa-apa kerosakan atau kecacatan yang tidak dapat dikesan oleh Kerajaan dalam pemeriksaan yang patut.
10. PENERIMAAN PERALATAN
10.1 Walaupun setelah menerima Peralatan dari Syarikat, Kerajaan sentiasa berhak menolak penerimaan Peralatan jika Peralatan tidak menepati spesifikasi atau syarat-syarat yang ditentukan dalam Perjanjian.
10.2 Jika dalam Tempoh Perjanjian, Peralatan didapati rosak atau tidak dapat digunakan untuk tujuan ia disewa dan kerosakan tersebut bukan berpunca daripada kecuaian, kelalaian atau tindakan sengaja Kerajaan atau kakitangannya, Syarikat hendaklah menyenggara dan membaiki Peralatan tersebut tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
10.3 Jika dalam Tempoh Perjanjian, Peralatan didapati berada dalam keadaan tidak memuaskan hati dan Kerajaan tidak dapat menggunakan Peralatan tersebut untuk tujuan ia disewa dan Syarikat tidak mengambil tindakan untuk menyenggara atau membaiki Peralatan tersebut dalam tempoh masa tiga (3) hari Waktu Perniagaan Biasa dari tarikh pemberitahuan, Kerajaan berhak:
(a) menolak Peralatan tersebut dan Syarikat dikehendaki menggantikannya dengan peralatan baru yang sama kapasitinya tanpa apa-apa bayaran tambahan kepada Kerajaan dan Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa untuk baki Tempoh Perjanjian; atau
(b) menamatkan Perjanjian ini di bawah Klausa 14.1.1(a).
10.4 Dalam keadaan berlaku kerosakan ke atas Peralatan yang tidak boleh diperbaiki di Premis, Syarikat bolehlah, tertakluk kepada kebenaran bertulis Kerajaan terlebih dahulu, mengalihkan Peralatan ke suatu tempat kerja yang lebih sesuai bagi membolehkan kerja penyenggaraan dan pembaikan ke atas kerosakan tersebut dijalankan dengan sempurna. Bagi maksud ini, Syarikat hendaklah memastikan suatu peralatan alternatif yang sama kapasitinya dibekalkan kepada Kerajaan sebagai gantian sementara kerja pembaikan tersebut dijalankan tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
10.5 Jika –
(a) Syarikat didapati masih gagal untuk memperbaiki kerosakan ke atas Peralatan tersebut; atau
(b) Peralatan telah diambil oleh Syarikat untuk diperbaiki tetapi Syarikat gagal untuk mengembalikan Peralatan,
dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh Peralatan tersebut dialihkan dari Premis, maka Syarikat hendaklah menggantikannya dengan peralatan yang baru tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.
11. TOLAKAN (SET OFF)
Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Syarikat mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini daripada apa-apa wang yang Syarikat berhutang kepada Kerajaan atas kadar ...................... Peratus (..........%) atau
sebanyak Ringgit ................. (RM.....) sahaja daripada harga Bayaran Sewa Bulanan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Klausa 5.1 sekiranya:
(a) Syarikat gagal memberikan perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan hati Kerajaan seperti yang diperuntukan dalam Jadual 1 Perjanjian ini;
(b) Syarikat tidak melaksanakan tangungjawab mengikut mana-mana terma dan syarat dalam Perjanjian ini;
(c) berlakunya kehilangan atau kerosakan kepada harta Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian, kelalaian atau salah laku Syarikat, wakilnya atau pekerja-pekerja yang ditugaskan olehnya.
12. HAK KERAJAAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA PUNCA LAIN
12.1. Kerajaan berhak mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain Syarikat jika Syarikat tidak dapat melaksanakan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripada Perkhidmatan.
12.2. Sekiranya Kerajaan mendapatkan Perkhidmatan dari punca lain selain Syarikat di bawah Klausa 12.1, Kerajaan boleh mengenakan kos tersebut terhadap Syarikat termasuk dengan merampas apa-apa jumlah daripada Bon Pelaksanaan.
PPUUNS:
Perkataan “termasuk dengan merampas apa-apa jumlah daripada Bon Pelaksanaan” hanya terpakai sekiranya perjanjian ini mempunyai peruntukan berkenaan dengan Bon Pelaksanaan.
12.3. Jika jumlah di bawah Klausa 12.2 tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut secara bertulis baki wang tersebut daripada
Syarikat dan Syarikat hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas menerima tuntutan bertulis itu.
12.4. Sekiranya Syarikat gagal membuat pembayaran selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.3 di atas atau apa-apa tempoh lain yang diberikan oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Syarikat.
13. PELAKSANAAN PERJANJIAN
Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini jika mendapati tahap operasi Peralatan dan Khidmat Penyenggaraan yang diberikan tidak memuaskan hati Kerajaan. Penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa selepas satu (1) bulan Perjanjian ini berkuatkuasa bagi menentukan sama ada tahap pencapaian Syarikat tercapai atau tidak. Kegagalan Syarikat memberikan perkhidmatan yang memuaskan membolehkan Kerajaan menamatkan Perjanjian ini menurut Klausa 13 Perjanjian ini.
14. REPRESENTASI DAN WARANTI
Syarikat dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa:
(a) ia adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah undang-undang Malaysia;
(b) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(c) ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(d) pelaksanaan Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada
–
(i) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
(ii) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau asetnya;
(e) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa dengan Kementerian Kewangan Malaysia melainkan diberikan pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan;
(f) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbangtara, pertikaian atau prosiding sedang atau berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau tanggungjawab di bawah Perjanjian ini; dan
(g) tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang- undang telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan Perjanjian ini,
dan Syarikat mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini berdasarkan representasi dan waranti di atas.
15. PENAMATAN PERJANJIAN
14.1 Penamatan Oleh Kerajaan
14.1.1 Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini sekiranya Syarikat:
(a) gagal melaksanakan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan hati Kerajaan serta tidak mengikuti mana-mana terma atau syarat Perjanjian ini;
(b) menggantung pelaksanaan mana-mana bahagian atau keseluruhan Perkhidmatan tanpa alasan munasabah; atau
(c) gagal mematuhi sebarang arahan atau permohonan Kerajaan tanpa alasan yang munasabah,
15.1.2 Dalam keadaan di atas, Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada Syarikat (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”) menyatakan kemungkiran yang berlaku dan mengkehendaki Syarikat untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau mana-mana tempoh yang ditetapkan dalam Notis Kemungkiran tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi”).
15.1.3 Jika Syarikat gagal untuk mengambil tindakan untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam Tempoh Remedi atau mana-mana tempoh lain yang dipersetujui oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini secara serta merta dengan memberikan notis penamatan kepada Syarikat (“Notis Penamatan”).
15.1.4 Kerajaan juga berhak menamatkan Perjanjian ini secara serta merta dengan memberikan notis penamatan kepada Syarikat sekiranya:
(a) Mahkamah membuat suatu perintah atau suatu ketetapan diluluskan bahawa Syarikat itu digulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan atau penyatuan);
(b) Syarikat pada bila-bila masa menjadi bankrap atau satu pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang dilantik bagi menguruskan aset Syarikat;
(c) Syarikat membuat sesuatu pindah hak atau serah hak bagi faedah pemiutang atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau tidak berupaya menyelesaikan hutang;
(d) tindakan dikenakan ke atas sebahagian besar aset Syarikat, melainkan Syarikat telah mengambil langkah dengan suci hati bagi mengenepikan tindakan tersebut;
(e) pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan sebagai pembekal kepada Kerajaan telah dibatalkan atau tidak diperbaharui;
15.2 Kesan-kesan Penamatan oleh Kerajaan
15.2.1 Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 15.1 –
(a) semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta merta;
(b) Kerajaan –
(i) berhak menuntut daripada Syarikat ganti rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan Perjanjian ini;
(ii) berhak merampas keseluruhan atau sebahagian Bon Pelaksanaan;
PPUUNS:
Klausa ini hanya perlu dimasukkan sekiranya perjanjian ini mengandungi Klausa Bon Pelaksanaan.
(iii) berhak mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Syarikat hendaklah menanggung kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi meneruskan Perkhidmatan; dan
(iv) tertakluk kepada apa-apa tolakan yang dibenarkan di bawah Klausa 11, hendaklah membayar kepada Syarikat apa-apa pembayaran bagi Perkhidmatan yang perlu dibayar dan terakru di bawah Perjanjian ini setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian.
(c) Syarikat –
(i) serta-merta menghentikan Perkhidmatan dan semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
(ii) memasuki Kawasan Perkhidmatan untuk mengalih dan mengambil manamana kelengkapan atau harta kepunyaan Syarikat atas kos dan perbelanjaan Syarikat sendiri; dan
(iii) mengemukakan kepada Kerajaan laporan terperinci berhubung dengan bayaran Perkhidmatan dan lain-lain pembayaran yang tertunggak daripada Kerajaan (sekiranya ada) setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada Kerajaan..
15.2.2 Kedua-dua pihak bersetuju jika Perjanjian ditamatkan di bawah Klausa 15.1, Syarikat tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya selain dari yang diperuntukkan mengikut Klausa 15.2.1(a)(iv). Pihak-pihak selanjutnya bersetuju bahawa pembayaran oleh Kerajaan menurut Klausa 15.2.1(a)(iv) adalah terjumlah kepada suatu penyelesaian penuh dan muktamad antara Xxxxx-Xxxxx.
15.3 Penamatan Oleh Syarikat
15.3.1 Syarikat berhak menamatkan Perjanjian ini jika –
(a) Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk membuat Bayaran Sewa Bulanan dan Bayaran Tambahan kepada Syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan; atau
(b) Kerajaan tanpa sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya yang secara langsung menjejaskan obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini.
15.3.2. Jika keadaan yang dinyatakan di bawah Klausa 15.3.1 berlaku, maka Syarikat boleh memberikan notis secara bertulis yang memaklumkan keingkaran tersebut kepada Kerajaan dan mengkehendaki Kerajaan meremedikan kemungkiran yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penerimaan notis atau mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh PihakPihak.
15.3.3 Jika keadaan di bawah Klausa 15.3.1 masih berterusan selepas tempoh yang ditetapkan atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak,
maka Syarikat boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan Notis Penamatan kepada Kerajaan.
15.4 Kesan-kesan Penamatan Oleh Syarikat
15.4.1 Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 15.3 –
(a) Syarikat hendaklah serta-merta menghentikan Perkhidmatan dan semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Syarikat dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
(b) Syarikat hendaklah memasuki Premis untuk mengalih dan mengambil mana-mana kelengkapan atau harta kepunyaan Syarikat atas kos dan perbelanjaan Syarikat sendiri;
(c) Syarikat hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan laporan terperinci berhubung dengan Bayaran Perkhidmatan dan lain-lain pembayaran yang tertunggak daripada Kerajaan (sekiranya ada) setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada Kerajaan; dan
(d) tertakluk kepada apa-apa tolakan yang dibenarkan di bawah Klausa 11 bagi Perkhidmatan yang telah diberikan oleh Syarikat sehingga tarikh penamatan Perjanjian, Kerajaan hendaklah membayar kepada Syarikat apa-apa pembayaran bagi Perkhidmatan yang perlu dibayar dan terakru di bawah Perjanjian ini setakat pada tarikh Notis Penamatan Perjanjian.
15.4.2. Kedua-dua pihak bersetuju jika Perjanjian ditamatkan di bawah Klausa 15.3, Syarikat tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian termasuk
kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya selain dari yang diperuntukkan mengikut Klausa 15.4.1(d). Pihak-pihak selanjutnya bersetuju bahawa pembayaran oleh Kerajaan menurut Klausa 15.4.1(d) adalah terjumlah kepada suatu penyelesaian penuh dan muktamad antara Pihak-Pihak.
15.6 Penamatan Awal Dengan Notis
(a) Walau apa pun yang dinyatakan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini lebih awal daripada Tempoh Perjanjian atas apa jua sebab sekalipun dengan memberikan notis satu (1) bulan secara bertulis.
(b) Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 15.6(a), maka kesan- kesan penamatan mengikut Klausa 15.2 adalah terpakai.
(c) Penamatan Perjanjian ini di bawah Klausa 15.6 ini tidak menjejaskan hak mana-mana Pihak untuk mengambil tindakan mengenai apa-apa pelanggaran terma dan syarat Perjanjian ini yang telah berlaku sebelum tarikh Perjanjian ini ditamatkan oleh Kerajaan.
16. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI HARAM ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG
16.1 Tanpa menjelaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Syarikat, prinsipal, personel atau pekerjanya disabitkan oleh Mahkamah bagi perbuatan rasuah atau aktiviti haram atau menyalahi undang-undang berkaitan Perjanjian ini atau mana- mana perjanjian lain yang dimasuki oleh Syarikat dengan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan perjanjian ini dengan serta merta dengan memberikan notis kepada Syarikat.
16.2 Jika Perjanjian ini ditamatkan mengikut Klausa 16.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 15.2 adalah terpakai dan Kerajaan adalah berhak kepada sebarang kerugian, kos dan perbelanjaan yang berbangkit akibat daripada penamatan tersebut.
17. PENAMATAN ATAS KEPENTINGAN NEGARA, KESELAMATAN NEGARA, DASAR KERAJAAN ATAU DASAR AWAM
17.1 Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis tidak kurang daripada tempoh tiga puluh (30) hari (tanpa sebarang obligasi untuk menyatakan sebabnya), jika Kerajaan i berpandangan penamatan tersebut perlu atas sebab kepentingan Negara, keselamatan Negara, dasar Kerajaan atau dasar awam.
17.2 Bagi maksud Klausa ini, penentuan maksud “kepentingan Negara”, “keselamatan Negara”, “dasar Kerajaan” atau “dasar awam” hendaklah ditentukan oleh Kerajaan. Penentuan tersebut hendaklah bagi apa-apa tujuan dan niat, adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
17.3 Jika Perjanjian ditamatkan mengikut Klausa 17.1, kesan-kesan penamatan mengikut Klausa 15.4 adalah terpakai.
17.4 Kedua-dua pihak bersetuju Syarikat tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya termasuk kerugian keuntungan selain daripada yang diperuntukkan mengikut Klausa 15.2.1(b)(iv) dan 15.4.1(d)
18. FORCE MAJEURE
18.1 Pihak-Pihak adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud—
(a) peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas;
(c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;
(e) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
(f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
(g) sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana- mana Pihak.
Walau bagaimanapun, keadaan Force Majeure adalah tidak termasuk kemerosotan ekonomi, dana yang tidak mencukupi, atau masalah kewangan di pihak Syarikat dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini.
18.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta memaklumkan akan kejadian Force Majeure tersebut kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan butir-butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.
18.3 Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam klausa ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa satu kejadian Force Majeure tidak berlaku.
18.4 Syarikat hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure betul-betul berlaku sebelum Syarikat dapat melepaskan tanggungjawabnya mengikut Klausa 18.1.
18.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa 18.1 di atas, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.
18.6 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan
obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu pelaksanaan peruntukan klausa ini.
19. JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
19.1 Jika apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatannya, tidak dipersetujui oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini, maka pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan itu hendaklah diselesaikan secara baik oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini;
19.2 Sekiranya pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatannya gagal diselesaikan secara baik, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini boleh merujuk pertikaian ini kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang dianggotai oleh:
(a) Pengarah atau wakil yang dilantik sebagai pengerusi;
(b) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Kerajaan; dan
(c) seorang (1) wakil yang dilantik daripada Syarikat.
19.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut hendaklah menentukan prosedurnya sendiri.
19.4 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut hendaklah bermesyuarat dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai penyelesaian yang sebaiknya di atas perkara yang dirujukkan kepadanya.
19.5 Jika hal, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik oleh Pihak-Pihak, mana- mana Pihak boleh merujuk hal, pertikaian atau tuntutan tersebut kepada timbang
xxxx dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian membuat keputusan.
19.6 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi memegang satu undi.
19.7 Sebarang keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak yang terlibat.
20. XXXXXXX XXXX
20.1 Jika berlaku apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau penamatannya tidak dipersetujui oleh pihak-pihak, maka pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada penimbang tara yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan sekiranya tiada persetujuan, penimbang tara hendaklah dilantik atas permohonan salah satu pihak kepada Perjanjian ini oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan kepada timbang tara mengikut pengertian Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini.
20.2 Setiap timbang tara hendaklah didengar di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur dengan menggunakan semua peraturan-peraturan, kemudahan dan sistem yang ada di Pusat Timbang Tara tersebut atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh penimbang tara dan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
20.3 Rujukan berkenaan apa-apa pertikaian, perbezaan, perkara atau tuntutan kepada timbang tara menurut Klausa 20 ini dan/atau penerusan apa-apa prosiding timbang tara yang berbangkit daripada rujukan itu tidak, dengan apa-apa cara,
bertindak sebagai penepian tanggungjawab Pihak-Pihak untuk melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini.
21. HAK MILIK PERALATAN
Hak milik ke atas Peralatan adalah terletak pada Syarikat dan akan kekal sepanjang Tempoh Perjanjian. Selepas tamat Tempoh Perjanjian, Peralatan akan diambil semula oleh Syarikat tanpa sebarang caj kepada Kerajaan.
22. ALAT GANTI DAN BEKALAN TAMBAHAN
Syarikat dengan ini mengaku janji akan membekalkan bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 8(o) secara percuma dan memberikan Khidmat Penyenggaraan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Kerajaan.
23. LIABILITI
Syarikat tidak akan bertanggungan terhadap segala kerugian, kecederaan atau kerosakan yang dialami oleh Kerajaan akibat daripada kecacatan atau kerosakan pada Peralatan kecuali jika kerugian, kecederaan atau kerosakan tersebut disebabkan oleh kelalaian, kecuaian atau perbuatan sengaja oleh Syarikat, pekerjanya, agen-agennya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya.
24. KERAHSIAAN
24.1 Syarikat atau sesiapa sahaja yang diambil berkerja olehnya tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang atau mana-mana Pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud perlaksanaan Perjanjian ini di antara Pihak-pihak tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu.
24.2 Klausa 24 ini hendaklah terus berkuat kuasa walau pun setelah Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh mana-mana pihak atas apa-apa sebab sekalipun.
25. NOTIS
25.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dalam Bahasa Melayu. Notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh mana- mana Pihak kepada Perjanjian ini dari masa ke semasa secara bertulis:
(a) bagi pihak Kerajaan:
..............................................
No. Tel..................................
No. Faks................................
(b) bagi pihak Syarikat:
……………………………….. No. Tel………………………. No. Faks…………………….
25.2 Pihak-pihak hendaklah memaklumkan Pihak yang satu lagi sekiranya berlaku pertukaran alamat atau entiti.
26. PENEPIAN HAK
Kegagalan mana-mana Pihak untuk melaksanakan apa-apa hak atau remedinya tidak boleh dianggap sebagai suatu penepian terhadap hak atau remedi tersebut melainkan jika penepian tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
Kerajaan atau Syarikat atau seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh Kerajaan atau Syarikat untuk tujuan tersebut.
27. KONTRAK KECIL
27.1 Syarikat tidak boleh memberi kontrak kecil terhadap Perjanjian ini atau mana- mana bahagian Perjanjian ini dengan tanpa mendapat kelulusan bertulis Kerajaan terlebih dahulu.
27.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi kontrak kecil kepada mana-mana pihak lain dengan persetujuan bertulis Kerajaan, Syarikat bersetuju tanpa syarat untuk terus bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi memastikan kontraktor kecil mematuhi terma- terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.
27.3 Syarikat tidak boleh mempertanggungkan kepada pihak ketiga apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini dan apa- apa faedah yang terlibat dari atau mungkin terbit daripada Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Kerajaan.
27.4 Sebarang isu yang timbul antara Syarikat dan kontraktor kecil mengenai Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.
28. SERAH HAK
Syarikat tidak boleh menyerah hak kesemua atau mana-mana bahagian Perjanjian ini atau menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa- apa jua daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini kepada pihak lain dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan.
29. KOS DAN DUTI SETEM
Apa-apa kos dan duti stem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Syarikat.
30. TANGGUNG RUGI DAN INDEMNITI
Syarikat hendaklah menanggung rugi Kerajaan, pekerjanya dan agennya daripada dan terhadap segala tindakan, prosiding, kehilangan, kerugian, ganti rugi, pampasan, kos (termasuk kos undang-undang), caj dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan bagi atau akibat kehilangan, kerosakan harta atau kecederaan diri yang berpunca daripada tindakan, kecuaian atau ketidakjujuran Syarikat, agen atau mana-mana pekerja Syarikat.
31. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
31.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.
31.2 Syarikat hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
31.3 Syarikat hendaklah memastikan Pengawal dan mana-mana kontraktor kecil yang dilantik di bawah Xxxxxx 27 turut mematuhi segala peruntukan undang-undang
yang berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
32. PINDAAN
Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui suatu perjanjian tambahan dan ditandatangani oleh kedua-dua Pihak.
33. MASA
Masa hendaklah menjadi intipati dalam Perjanjian ini.
34. IKATAN PERJANJIAN
Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti-pengganti dan penerima pindahmilik Syarikat.
35. KEBOLEHASINGAN
Jika mana-mana klausa daripada Perjanjian ini didapati menyalahi undang- undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang sekarang atau undang-undang masa hadapan, klausa tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah terkandung sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan klausa-klausa lain hendaklah kekal berkuatkuasa sepenuhnya dan mempunyai kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa klausa yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut.
37. TAJUK-TAJUK DAN TAJUK KECIL
Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada klausa-klausa dalam Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan dalam mentafsirkan Perjanjian ini.
38. DOKUMEN PERJANJIAN
Jadual dan Lampiran-lampiran kepada Perjanjian ini hendaklah menjadi sebahagian daripada dan dibaca bersama dengan Perjanjian ini.
39. KESELURUHAN PERJANJIAN
Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman di antara Pihak-Pihak berkenaan dengan Perkhidmatan dan mengatasi serta membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi, persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuat kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung, di antara Pihak-Pihak terhadap atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau perkara- perkara yang melibatkan Perkhidmatan dalam Perjanjian ini.
( Ruangan di bawah sengaja dibiarkan kosong )
PADA PENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, Pihak-Pihak pada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun mula-mula yang tertulis di atas.
Untuk dan bagi pihak Kerajaan )
) ...........................................
Di hadapan:
Nama : )
No. K/P : ) ..…………………………….
Jawatan : )
Untuk dan bagi pihak Syarikat )
) .........................................
Di hadapan :
Nama : )
No. K/P : ) …………………………….
Jawatan : )
JADUAL 1
SPESIFIKASI MESIN PENYALIN YANG DIBEKALKAN
LAMPIRAN A
SIJIL PENDAFTARAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965
LAMPIRAN B SURAT SETUJU TERIMA
PPUUNS:
Tatacara dan Format Piawai Surat Setuju Terima yang perlu diguna pakai adalah seperti yang ditetapkan dalam 1PP/PK4.2.
LAMPIRAN C BON PELAKSANAAN
Sebagai balasan kepada Perjanjian No. ................................. yang dibuat antara Kerajaan Negeri Sembilan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan [Syarikat Sdn. Bhd.] (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Syarikat”), bagi
membekal Perkhidmatan…………………… bagi tempoh mulai ............. hingga ................
(kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Perjanjian”) kami yang bertandatangan di bawah (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Penjamin”) atas permohonan Syarikat, mengakujanji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Perjanjian tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini.
MAKA Penjamin dengan ini bersetuju seperti berikut:
1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta-merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan daripada Syarikat atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi Ringgit ................. (RM ) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk
membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas.
2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi Ringgit ................. (RM.........) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin.
3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Syarikat dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa persetujuan Penjamin atau sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Syarikat atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya.
4. Jaminan ini adalah jaminan yang berterusan dan tidak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Tarikh Mati
Asal”) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas Tarikh Tamat Perjanjian atau di dalam keadaan di mana Perjanjian dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Perjanjian dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Xxxxxx Xxxx Xxxx (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tarikh Mati Lanjutan”) (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregat maksimum yang Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit
............. (RM ).
5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah luput apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Xxxx Xxxx (Initial Expiry Date) atau Tarikh Xxxx Xxxxxxxx (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan Perjanjian.
SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN INI ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN.
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangan untuk )
Dan bagi pihak Penjamin )
di hadapan )
)
)
)
...........................................................
(saksi) Nama:
Jawatan