Contract
Terma dan syarat berikut akan terpakai kepada Pelanggan yang melanggan perkhidmatan potongan Zakat Simpanan yang ditawarkan oleh Bank (sebagaimana didefinisikan di bawah)(“Terma dan Syarat”).
Pelanggan diingatkan untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat ini. Sekiranya ada klausa di dalam Terma dan Syarat ini yang tidak difahami oleh Pelanggan, Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas dan/atau berbicara dengan wakil Bank.
1.0. Definisi
Di dalam Terma dan Syarat ini, setiap pernyataan berikut, kecuali di mana konteksnya menghendaki sebaliknya, mempunyai makna berikut:
“Akaun” bermakna sebarang atau kesemua Akaun Semasa atau Akaun Simpanan individu (CASA/CASA-i) islamik dan/atau konvesional atau Deposit Berjangka-i/Deposit Tetap Pelanggan atau akaun bersama Pelanggan yang mana Pelanggan merupakan pemegang akaun utama dengan Affin Bank atau Bank.
“Affin Bank” bermakna Affin Bank Berhad [No. Pendaftaran 197501003274(25046-T)], sebuah bank berlesen yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Level 19, Menara AFFIN, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur dan termasuk pengganti sahnya dan serahan hak.
“Affin Islamic” bermakna Affin Islamic Bank Berhad [No. Pendaftaran 200501027372(709506-V)], sebuah bank Islam berlesen yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Level 19, Menara AFFIN, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur dan termasuk pengganti sahnya dan serahan hak.
“Tahun Taksiran” bermakna tempoh antara 1 November tahun kalendar semasa sehingga 31 Oktober tahun kalendar berikutnya.
“Akaun Diperuntukan” bermakna Akaun yang Pelanggan peruntukan untuk pengiraan Nisab semasa Tahun Taksiran.
“Bank” bermakna Affin Bank and Affin Islamic sebagaimana yang ditafsirkan di atas.
“Tarikh Akhir” bermakna 31 Oktober tahun kalendar semasa.
“Nisab” bermakna harga 85 gram emas di akhir Tahun Taksiran berdasarkan pengiraan oleh Pusat Pungutan Zakat (“PPZ”) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”).
“Perkhidmatan” bermakna perkhidmatan yang ditawarkan oleh Affin Islamic untuk membayar Zakat Simpanan bagi pihak Pelanggan melalui dana di dalam Akaun Diperuntukan.
“Akaun Potongan Zakat” bermakna sebarang Akaun Pelanggan dengan Bank yang dikenal pasti oleh Pelanggan untuk pendebitan bayaran Zakat.
“Pusat Pungutan Zakat” bermakna agensi pungutan Zakat negeri atau PPZ sebagai mana disenaraikan di dalam laman web Bank di XxxxxXxxxxx.xxx dari masa ke semasa.
“Zakat Simpanan” bermakna Zakat yang dikenakan ke atas baki minimum Akaun Diperuntukan Pelanggan.
“Kadar Zakat Simpanan” bermakna 2.50% dari keseluruhan baki minimum Akaun Diperuntukan semasa Tahun Taksiran.
“Bayaran Zakat Simpanan” bermakna Zakat Simpanan perlu dibayar (selepas taksiran) kepada Pusat Pungutan Zakat.
2.0. Prinsip Syariah
2.1 “Wakalah” merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) memberi kuasa kepada pihak lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksankan tugas tertentu atas perkara yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa pengenaan fi.
2.2 Di bawah Perkhidmatan ini, Pelanggan melantik Affin Islamic sebagai ejen untuk mengira dan membayar Zakat Simpanan dari keseluruhan baki minimum di dalam Akaun Diperuntukan Pelanggan dengan Bank kepada Pusat Pungutan Zakat pilihan Pelanggan.
3.0. Pendaftaran Akaun Diperuntukan
3.1. Pendaftaran Akaun Diperuntukan perlu di buat sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum Tarikh Akhir. Sebarang Akaun Diperuntukan yang didaftarkan kurang dari enam (6) bulan dari Tarikh Akhir akan dikeluarkan dari Tahun Taksiran semasa dan hanya akan dimasukan pada Tahun Taksiran berikutnya.
3.2. Pendaftaran atau penukaran Akaun Potongan Zakat atau Akaun Diperuntukan boleh dibuat pada sebarang masa sebelum Tarikh Akhir.
3.3. Pelanggan dikehendaki untuk mengisi Borang Potongan Zakat Simpanan untuk pendaftaran, penukaran atau penamatan Perkhidmatan di sebarang cawangan Bank di seluruh negara.
3.4. Pelanggan boleh memilih untuk memasukan akaun bersama untuk taksiran dan potongan Zakat Simpanan jika Pelanggan merupakan pemegang akaun utama. Akaun amanah hanya boleh diperuntukan sebagai Akaun Diperuntukan jika Pelanggan merupakan benefisari tunggal akaun amanah tersebut
3.5. Akaun jenis berikut adalah dikeluarkan dari Perkhidmatan:
3.5.1. Akaun Amanah.
3.5.2. Akaun yang telah dicagarkan atau atas lien sebagai sekuriti pembiayaan/pinjaman Pelanggan dengan Bank.
3.5.3. Akaun yang telah dibekukan, digantung, disekat atau dihadkan oleh Bank atau oleh sebarang pihak untuk apa juga sebab samada atau tidak tindakan tersebut sah atau sebaliknya.
3.6. Pelanggan perlu memastikan bahawa akaun yang dikenal pasti sebagai Akaun Diperuntukan adalah betul dan tepat. Bank tiada sebarang obligasi untuk memastikan bahawa akaun yang dirujuk di Klausa 3.5 di atas adalah dikeluarkan sebagai Akaun Diperuntukan dan tidak akan bertangungjawab ke atas sebarang kehilangan, kos, perbelanjaan atau kerugian yang Pelanggan mungkin alami atau terjadi.
4.0. Pengiraan Zakat dan Pembayaran
4.1. Keseluruhan baki minimum dari Akaun Diperuntukan Pelanggan semasa Tahun Taksiran akan digunakan untuk mengira keseluruhan Zakat Simpanan.
4.2. Jika keseluruhan baki minimum dalam Tahun Taksiran di bawah Nisab, Affin Islamic tidak akan meneruskan dengan Perkhidmatan tersebut untuk Tahun Taksiran tersebut.
4.3. Keseluruhan Bayaran Zakat Simpanan kena dibayar akan dikira pada Tarikh Akhir. Affin Islamic akan mendebitkan Bayaran Zakat Simpanan dari Akaun Potongan Zakat Pelanggan dan mengkreditkan Pusat Pungutan Zakat yang dipilih oleh Pelanggan.
4.4. Pelanggan perlu memastikan bahawa Akaun Potongan Zakat mempunyai baki yang mencukupi untuk membolehkan Bayaran Zakat Simpanan. Jika baki tidak mencukupi, Affin Islamic tidak akan meneruskan proses pendebitan dan Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk membayar zakat itu sendiri.
4.5. Resit Bayaran Zakat Simpanan akan dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat terus kepada Pelanggan. Affin Islamic tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa resit tersebut dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat. Pelanggan perlu menghubungi Pusat Pungutan Zakat terus jika resit tidak dikeluarkan/diterima.
4.6. Affin Islamic akan meneruskan Perkhidmatan tersebut untuk setiap Tahun Taksiran sehinggan Perkhidmatan tersebut ditamatkan oleh Pelanggan. Penamatan boleh dimaklumkan kepada Affin Islamic oleh Pelanggan di sebarang cawangan Bank seluruh negara.
4.7. Ilustrasi
Pendaftaran Diperuntukan & Taksiran Zakat
Jenis Akaun | Tarikh Pendaftaran | StatusTaksiran Zakat |
Akaun Simpanan-i Islamik 1 | 1 Mac | Layak untuk Tahun Taksiran semasa |
Akaun Semasa-i Islamik 1 | 1 Jun | Tidak layak untuk Tahun Taksiran semasa |
Deposit Berjangka Islamik 1 | 15 Februari | Layak untuk Tahun Taksiran semasa |
Akaun Simpanan Konvensional 2 | 2 April | Layak untuk Tahun Taksiran semasa |
Pengiraan Taksiran Zakat berdasarkan baki minimum Tahun Taksiran semasa
Contoh 1
Akaun Diperuntukan | Tarikh Baki Minimum | Baki Minimum (RM) |
Akaun Simpanan-i Islamik 1 | 15 Ogos | 31,500.50 |
Deposit Berjangka Islamik 1 | 16 Februari | 60,000.00 |
Akaun Simpanan Konvensional 2 | 30 Mei | 10,000.30 |
Jumlah | 101,500.80 | |
Nisab setakat 31 Oktober | 22,185 | |
Xxxxxxxx Xxxxx (101,500.80 X 2.5%) | 2,537.52 |
Contoh 2
Akaun Diperuntukan | Tarikh Baki Minimum | Baki Minimum (RM) |
Akaun Simpanan-i Islamik 1 | 15 Ogos | 5,000.50 |
Deposit Berjangka Islamik 1 | 16 Februari | 10,000.00 |
Akaun Simpanan Konvensional 2 | 30 Mei | 3,000.30 |
Jumlah | 18,000.80 | |
Nisab setakat 31 Oktober | 22,185 | |
Tidak layak untuk Taksiran Zakat | - |
5.0. Fi and Caj
5.1. Tiada sebarang fi dan caj dikenakan atas Perkhidmatan.
6.0. Penetapan Terma oleh Bank Negara Malaysia
Kemudahan ini pada setiap masa dikawal selia oleh kaedah, peraturan dan/atau arahan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang badan berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank.
7.0. Terma dan Syarat Tambahan
7.1. Terma dan Syarat ini perlu dibaca bersama dengan Terma Dan Syarat Umum Yang Diterima Pakai Bagi Semua Akaun Deposit/Produk/Perkhidmatan Islamik (TSU) dan juga terma dan syarat yang mengawal selia setiap produk/pakej/program yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini. TSU tersebut dan Terma dan Syarat ini boleh di dapati di XxxxxXxxxxx.xxx. Sekiranya terdapat ketidakseragaman atau percanggahan antara TSU dan Terma dan Syarat ini, Terma dan Syarat ini akan terpakai hanya sekadar jika ianya relevan dan terpakai untuk Perkhidmatan tersebut.
7.2. Notifikasi permulaan Perkhidmatan/penerimaan Perkhidmatan tersebut akan tersedia kepada Pelanggan. Notifikasi tersebut adalah mutlak dan mengikat Pelanggan kecuali Affin Islamic dimaklumkan secara bertulis sebarang kesilapan/ketidakseliaan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notifikasi (klausa ini tertakluk kepada kaedah akhir notifikasi). Affin Islamic akan mengeluarkan semula notis pindaan (jika ada).
7.3. Affin Islamic tidak diperlukan untuk meneruskan obligasinya jika ianya dihalang untuk melaksanakanya akibat kesan lansung atau tidak lansung dari bencana alam, rusuhan, pergolakan awam, tindakan pengganas, mogok pekerja, terkunci keluar, kebakaran, banjir, kemalangan, kegagalan mesin atau komputer/sistem computer atau sebarang yang diluar kawalan munasabah Affin Islamic.
7.4. Perkhidmatan tersebut kekal efektif walaupun selepas kematian atau kebankrapan Pelanggan kecuali notis tentang kematian, kebankrapan Pelanggan atau penamatan Perkhidmatan tersebut diterima oleh Affin Islamic.
7.5. Affin Islamic boleh atas budi bicaranya menamatkan atau menggantung Perkhidmatan tersebut pada sebarang masa dengan memberi notis bertulis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan atau melalui pengeposan di laman web Bank.
7.6. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan, penggantungan atau penyambungan Perkhidmatan tersebut tidak akan melayakkan Pelanggan untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Bank untuk sebarang dan kesemua kehilangan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sebagai kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan, penggantungan atau penyambungan tersebut kecuali dan jika kehilangan atau kerugian tersebut disebabkan oleh kemungkiran, kecuaian atau fraud oleh Bank.
7.7. Affin Islamic berhak untuk mengkaji semula, meminda dan/atau menyemak Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan. Sebarang pindaan/semakan kepada Terma dan Syarat ini akan dimaklumkan melalui pengeposan di laman web Bank atau notis bertulis kepada Pelanggan sebelum kemasukan sebarang pindaan/semakan. Pelanggan bersetuju untuk mengakses laman web Bank di XxxxxXxxxxx.xxx pada selang masa yang tetap untuk melihat Terma dan Syarat terkini dan hendaklah memastikan bahawa Pelangan maklum mengenai sebarang pindaan/semakan kepada Terma dan Syarat ini. Terma dan Syarat terkini yang disediakan di laman web Bank akan menggantikan semua Terma dan Syarat Perkhidmatan sebelumnya.
7.8. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan pindaan/semakan yang dibuat kepada Terma dan Syarat ini, Pelanggan hendaklah memberitahu Affin Islamic tentang perkara yang sama dalam masa dua puluh satu (21) hari kalendar selepas notifikasi mengenai pindaan/semakan tersebut. Pelanggan kemudiannya berhak untuk menamatkan Perkhidmatan dengan memfailkan Borang Perkhidmatan Potongan Zakat Simpanan di sebarang cawangan Bank, di seluruh negara. Jika Pelanggan terus menggunakan Perkhidmatan tersebut selepas notis pindaan/semakan, Pelanggan dianggap telah menerima pindaan/semakan tersebut.
7.9. Pelanggan memberi kuasa kepada Affin Islamic untuk mendedahkan sebarang maklumat yang berkaitan berkenaan dengan butiran Pelanggan (termasuk maklumat peribadi) kepada Pusat Pungutan Zakat bagi tujuan pelengkapan Perkhidmatan tersebut mengikut budi bicara Affin Islamic.
7.10. Pelanggan memberi kuasa kepada Affin Islamic untuk memotong Bayaran Zakat Simpanan daripada Akaun Potongan Zakat Pelanggan pada sebarang masa yang Affin Islamic anggap sesuai mengikut budi bicara Affin Islamic walau apa pun terma dan syarat yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini berkaitan pembayaran zakat Pelanggan.
7.11. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar sebarang Zakat Simpanan keatas sebarang atau kesemua akaun deposit Pelanggan dengan institusi/agensi kewangan lain.
7.12. Terma dan Syarat ini akan dikawal selia oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Bank dan Pelanggan adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.