LAIN-LAIN ARAHAN KEPADA KONTRAKTOR i) Kontraktor dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya seorang (1) pekerja di kawasan Section A, seorang pekerja (1) di kawasan Section B, seorang pekerja
(1) di kawasan Section C dan tiga (3) orang pekerja di Section D bagi menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pencucian.
ii) Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja untuk mengelap atau menadah air hujan yang meresap ke dalam mana-mana bahagian bangunan apabila diarahkan tanpa melibatkan pertambahan kos tuntutan.
iii) Kontraktor dikehendaki membersihkan serta menjaga barangan perhiasan seperti bingkai gambar, jam dinding, batuan, bunga-bungaan, akuarium dan lain-lain perhiasan tersebut mestilah dalam keadaan yang baik dan bersih. (sekiranya ada)
iv) Kontraktor hendaklah menyediakan peralatan yang lengkap untuk membuat kerja tanpa pertambahan kos tuntutan. Kelengkapan peralatan termasuk penyapu, mop, mesin pencuci/pengilat lantai, vakum permaidani dan lain-lain peralatan dan bahan-bahan pencucian yang tidak berbahaya.
v) Setiap peralatan perlulah dikhaskan.
a. Mop untuk mengelap lantai tandas perlu berasingan dengan mop untuk mengemop lantai lain. (Terutamanya di Section D, SPCT)
b. Kain mengelap sinki dan cermin tandas perlu berasingan dengan kain mengelap peralatan di ruang pejabat.
vi) Kontraktor dikehendaki bertanggungjawab ke atas semua kerosakan harta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang disebabkan kecuaian atau kemalangan dari penggunaan kelengkapan oleh pekerja-pekerja atau bahan-bahan pencucian terhadap bangunan yang dinyatakan secara jelas dalam dokumen ini.
vii) Sebarang kehilangan atau kecurian harta kerajaan yang berlaku semasa kerja-kerja pembersihan dan pencucian adalah dibawah tangungjawab kontraktor.
viii) Kontraktor perlu menyediakan pekerja apabila diperlukan untuk sesuatu majlis atau acara jabatan walaupun pada hari cuti atau tamat waktu pejabat tanpa sebarang pertambahan kos tuntutan. Berikut disertakan jadual spesifikasi dan kekerapan kerja yang perlu dipatuhi :-
A. Section A – Tingkat 2 (Suite 1)