PERBADANAN SUKAN SARAWAK
PERBADANAN SUKAN SARAWAK
NOTIS TENDER
1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :
NO. RUJUKAN TENDER | TAJUK TENDER | BUTIRAN PENDAFTARAN | YURAN DOKUMEN TENDER (RM) | JENIS TAWARAN (TERBUKA/ BUMIPUTERA SAHAJA) | TARIKH, MASA DAN LOKASI TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK | TARIKH TUTUP PENGAMBILAN/ PENJUALAN DOKUMEN TENDER | TARIKH TUTUP DAN MASA PENYERAHAN DOKUMEN TENDER | |
T/SSC/02/2022 | TERM CONTRACT FOR SERVICING AND MAINTENANCE OF SPORT FLOOD LIGHTING SYSTEM FOR TWO (2) YEARS AT PETRA JAYA SPORTS COMPLEX, STADIUM HOCKEY PADUNGAN AND PETANQUE CENTRE, SANTUBONG | UPKJ | RM 200.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) | TERBUKA | TARIKH: 21 APRIL 2022 (KHAMIS) MASA: 9:30 PAGI LOKASI: BILIK MESYUARAT, ARAS 1, STADIUM SARAWAK | 09 MEI 2022 (ISNIN) | 10 MEI 2022 (SELASA) SEBELUM JAM 12:00 TENGAHARI | |
KELAS | BX/C | |||||||
KEPALA | V | |||||||
SUB- KEPALA | 5 (c) | |||||||
MAKLUMAT MENGENAI NOTIS TENDER BOLEH DIPEROLEHI DI LAMAN WEB RASMI PERBADANAN SUKAN SARAWAK |
2. Hanya penender yang menghadiri Taklimat Tender & Lawatan Tapak sahaja yang dibenarkan untuk membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Xxxxxxx / Rakan Kongsi / Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA (jika berkenaan), COP RASMI SYARIKAT dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan) sebelum dokumen tender dijual kepada kontraktor yang layak.
3. Bayaran Yuran Dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk Bankdraft /Money Order / Postal Order /Tunai yang dibayar atas nama PERBADANAN SUKAN SARAWAK.
4. Contoh Dokumen Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 22 April 2022 hingga 09 Mei 2022 pada waktu pejabat di alamat Unit Akaun, Aras Bawah, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Xxxxx Xxxxxxx, Xxxxx Xxxx, 00000 Xxxxxxx, Xxxxxxx.
5. Penender adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen tender lebih awal dari tarikh dan masa tutup yang ditetapkan untuk mengelakkan kesukaran dan kesulitan semasa berurusan untuk mengemukakan dokumen tender pada hari tender ditutup.
6. Ini adalah berikutan arahan atau peraturan khusus yang perlu dipatuhi oleh pelawat sebelum memasuki premis kerajaan dan bagi memastikan petender sebelum tarikh dan masa tutup tender.
7. Perbadanan Sukan Sarawak tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender lewat untuk mengemukakan dokumen tender pada masa dan tarikh yang ditetapkan disebabkan arahan atau peraturan khusus yang perlu dipatuhi sebelum memasuki premis kerajaan.
8. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik / Wakil Syarikat / Firma ke dalam Peti Tawaran dengan menggunakan sampul berlakri serta mempunyai catatan Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 12:00 tengahari pada tarikh tutup di alamat seperti di bawah :-
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak
d/a Stadium Sarawak Xxxxx Xxxxxxx, Xxxxx Xxxx 00000 Xxxxxxx
Sarawak.
9. Dokumen Tender yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Perbadanan Sukan Sarawak tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.