KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
No Sebutharga : LUAS/S/26/2015
PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PERALATAN DAN SISTEM KESELAMATAN RANGKAIAN
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
Tawaran adalah di pelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di dalam kod bidang 210102, 210103, 210104, 210105,
dan 210106.
Tempoh tawaran sebut harga dibuka selama 7 (tujuh) hari iaitu bermula pada 21 Oktober 2015 (Rabu) sehingga 27 Oktober 2015 (Selasa).
Dokumen tawaran sebut harga boleh dimuat naik melalui portal Lembaga (xxx.xxxx.xxx.xx) atau di pejabat Lembaga semasa waktu pejabat.
Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah di faks, e-mail ataupun dihantar terus kepada Pengarah Lembaga Urus Air Selangor sebelum atau pada 27 Oktober 2015 (Selasa) hari di alamat berikut :-
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan Xx.0, Xxxxx Xxxxx, Xxxxxxx 00 00000 Xxxx Xxxx,
Selangor Darul Ehsan
No Faks : 03-55101800
Pegawai yang boleh dihubungi :-
Pn. Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxxx ( Tel : 00-00000000 ext : 1105) En. Xxxxxx Xxx Xxxxx (Tel : 00-00000000 xxx: 0000)
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berkaitan hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khusus oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.
4. BARANG-BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5. PENYETUJUAN
a. Lembaga tidak terikat untuk menyetujui terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga.
b. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
a. Lembaga adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
b. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
a. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang- barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
b. Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri. dan ia hendaklah membayar balik kepada Lembaga segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.
c. Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Lembaga untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkinan kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah di Shah Alam sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURAN
Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EK-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PEMBUNGKUSAN
a. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
b. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang catat, hendaklah diganti oleh penjual.
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu , jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. XXXX XXXX
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
17. PEMBUNGKUSAN
a. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
b. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
c. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
DOKUMEN-DOKUMEN LAIN YANG PERLU DIKEMUKAKAN :-
1. Sijik Kementerian Kewangan
2. Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT (Borang A)
3. Borang Non Disclosure Agreement (NDA) (Borang B)
4. Maklumat AM Latar Belakang Penyebut Harga (Borang C)
5. Rekod Pengalaman Kerja (Borang D)
6. Kakitangan Teknikal (Borang E)
7. Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxx (Borang F)
8. Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja (Bukan Projek Jabatan) Semasa Penyebut Harga (Borang G)
* Mohon Rujuk Terma Rujukan yang telah disediakan.
** Rujuk Borang yang telah disediakan.
JADUAL TAWARAN HARGA
JADUAL TAWARAN HARGA
SEBUTHARGA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN
PERALATAN DAN SISTEM KESELAMATAN RANGKAIAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
Bil. | Perihal Perkhidmatan | Unit Ukuran | Kuantiti/ Kekerapan | Kadar Seunit (RM) | Harga (RM) | Catatan |
1. 2. | Perkhidmatan Penyelengggaraan Pencegahan Peralatan dan Sistem Keselamatan Rangkaian LUAS. GST ( 6%) | LOT | 1 LOT | |||
JUMLAH KESELURUHAN (RM) |
……………………………....... Tandatangan Penyebutharga
Nama Penuh :…………………………………………………………..
No. K/P :…………………………………………………………..
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUTHARGA PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN
PERALATAN DAN SISTEM KESELAMATAN RANGKAIAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
BIL | SPESIFIKASI TEKNIKAL | PATUH (YA/TIDAK) | KETERANGAN TAWARAN TERPERINCI (WAJIB DIISI) |
1.0 | UMUM | ||
1.1 | Penyebutharga dikehendaki menyediakan perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan Peralatan dan Sistem Keselamatan Rangkaian LUAS. | ||
1.2 | Penyebutharga TIDAK DIBENARKAN sama sekali melantik pihak ketiga atau pembekal lain untuk melaksanakan perkhidmatan ini. | ||
1.3 | Penyebutharga WAJIB mempunyai mana-mana pensijilan Linux dan Microsoft. | ||
1.4 | Penyebutharga hendaklah menyenaraikan semua perisian termasuk perisian pihak ketiga yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ini. | ||
2. | SKOP PERKHIDMATAN | ||
2.1 | Server Firewall pfSense. a) Membuat pembersihan fizikal server; b) Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan |
pastikan dalam keadaan baik dan bersih; c) Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti; d) Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’; e) Membuat salinan pendua konfigurasi server; f) Menyemak dan menaiktaraf versi pfSense; g) Menaiktaraf ’Packages’ yang sedang digunakan jika perlu; h) Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’; i) Mengemaskini perisian antivirus/malware; j) Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia; k) Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik; l) Memeriksa ‘Server Error’ dan semua jenis Log; m) Menyenaraikan akaun pengguna yang dijana; n) Menyenaraikan port rangkaian yang dibuka dan yang ditutup; o) Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing (VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan; p) Memastikan server Firewall berfungsi dan beroperasi dengan lancar. | |||
2.2 | Router Rangkaian Maya (VPN) a) Membuat pembersihan fizikal router. b) Membuat salinan pendua konfigurasi router; |
c) Menyemak dan menaiktaraf versi Tomato; d) Menyemak dan memastikan tetapan masa adalah sama dengan server Friewall; e) Menyemak dan memastikan VPN Client berkomunikasi dengan VPN Server dengan lancar; f) Memastikan hubungan rangkaian pejabat cawangan Bangi dengan ibu pejabat LUAS beroperasi dengan lancar. | |||
2.3 | Server Zabbix NMS a) Membuat pembersihan fizikal server; b) Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih; c) Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti; d) Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’; e) Membuat salinan pendua konfigurasi server; f) Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’; g) Mengemaskini perisian antivirus/malware; h) Menyemak dan menaiktaraf versi Zabbix; i) Memeriksa ‘Server Error’ dan ‘Event Log’; j) Memasang Zabbix Client pada semua peralatan ICT yang ditetapkan; k) Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing |
(VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan; l) Memastikan Zabbix berfungsi dan beroperasi dengan lancar. | |||
2.4 | Server MS Active Directory a) Membuat pembersihan fizikal server; b) Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih; c) Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti; d) Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’; e) Membuat salinan pendua konfigurasi server; f) Mengemaskini servis Microsoft dan ’Security Patches’; g) Memeriksa ’Active Directory Health’; h) Mengemaskini perisian antivirus/malware; i) Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia; j) Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik; k) Memeriksa ‘Server Error’ dan ‘Event Log’; l) Memeriksa ‘AD Backup & Restore’; m) Memastikan Active Directory berfungsi dan beroperasi dengan lancar. | ||
2.5 | Server Emel Zimbra a) Membuat pembersihan fizikal server; b) Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan |
baik dan bersih; c) Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti; d) Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’; e) Membuat salinan pendua konfigurasi server; f) Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’; g) Mengemaskini perisian antivirus/malware; h) Menyemak dan menaiktaraf versi Zimbra jika perlu; i) Memeriksa ‘Server Error’ dan semua jenis ‘Log’; j) Menyenaraikan akaun pengguna yang dijana; k) Menyenaraikan port rangkaian yang dibuka dan yang ditutup; l) Menyemak dan menaiktaraf versi Fail2ban jika perlu; m) Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik; n) Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia; o) Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing (VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan; p) Memastikan Zimbra berfungsi dan beroperasi dengan lancar. | |||
2.6 | Laporan Penuh dan Cadangan | ||
2.6.1 | Penyebutharga hendaklah menyediakan laporan lengkap dan terperinci bagi keseluruhan |
aktiviti penyelenggaraan pencegahan yang telah dilaksanakan merangkumi: a) Laporan ‘Vulnerability Assessment and Penetration Testing (VAPT)’. b) Cadangan tindakan pengukuhan bagi jangkamasa segera, pendek dan panjang. | |||
2.6.2 | Penyebutharga perlu menyediakan dan membekalkan minima dia (2) set dokumentasi dan laporan dalam bentuk ’hardcopy’ dan ’softcopy’. |
TERMA RUJUKAN
TERMA RUJUKAN
PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN PERALATAN DAN SISTEM KESELAMATAN RANGKAIAN
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
1. LATAR BELAKANG
1.1. Penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan ke atas peralatan dan sistem rangkaian LUAS sekali setiap tahun. Selenggaraan ini dilaksanakan bagi memastikan peralatan dan sistem rangkaian LUAS berada dalam keadaan baik, beroperasi secara optimum dan mempunyai jangkahayat yang lebih lama selaras dengan ketetapan dalam Dasar Keselamatan ICT LUAS Versi 1.1.
1.2. Peralatan yang akan diselenggara termasuklah server Firewall pfSense, router rangkaian maya (VPN), server MS Active Directory, server Zabbix NMS dan server emel Zimbra. Spesifikasi peralatan adalah seperti di Lampiran 1.
1.3. Sehubungan itu, LUAS bercadang untuk melantik pembekal perkhidmatan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan mengikut skop perkhidmatan dan tempoh masa yang ditetapkan.
2. OBJEKTIF PELANTIKAN
2.1. Pembekal perkhidmatan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan ke atas peralatan dan sistem rangkaian LUAS.
3. SKOP PERKHIDMATAN
3.1. Skop perkhidmatan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:
3.1.1. Server Firewall pfSense.
3.1.1.1. Membuat pembersihan fizikal server;
3.1.1.2. Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih;
3.1.1.3. Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti;
3.1.1.4. Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’;
3.1.1.5. Membuat salinan pendua konfigurasi server;
3.1.1.6. Xxxxxxxx dan menaiktaraf versi pfSense;
3.1.1.7. Menaiktaraf ’Packages’ yang sedang digunakan jika perlu;
3.1.1.8. Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’;
3.1.1.9. Mengemaskini perisian antivirus/malware;
3.1.1.10. Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia;
3.1.1.11. Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik;
3.1.1.12. Memeriksa ‘Server Error’ dan semua jenis Log;
3.1.1.13. Menyenaraikan akaun pengguna yang dijana;
3.1.1.14. Menyenaraikan port rangkaian yang dibuka dan yang ditutup;
3.1.1.15. Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing (VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan;
3.1.1.16. Memastikan server Firewall berfungsi dan beroperasi dengan lancar.
3.1.2. Router Rangkaian Maya (VPN)
3.1.2.1. Membuat pembersihan fizikal router.
3.1.2.2. Membuat salinan pendua konfigurasi router;
3.1.2.3. Xxxxxxxx dan menaiktaraf versi Tomato;
3.1.2.4. Menyemak dan memastikan tetapan masa adalah sama dengan server Friewall;
3.1.2.5. Menyemak dan memastikan VPN Client berkomunikasi dengan VPN Server dengan lancar;
3.1.2.6. Memastikan hubungan rangkaian pejabat cawangan Bangi dengan ibu pejabat LUAS beroperasi dengan lancar.
3.1.3. Server Zabbix NMS.
3.1.3.1. Membuat pembersihan fizikal server;
3.1.3.2. Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih;
3.1.3.3. Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti;
3.1.3.4. Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’;
3.1.3.5. Membuat salinan pendua konfigurasi server;
3.1.3.6. Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’;
3.1.3.7. Mengemaskini perisian antivirus/malware;
3.1.3.8. Menyemak dan menaiktaraf versi Zabbix;
3.1.3.9. Memeriksa ‘Server Error’ dan ‘Event Log’;
3.1.3.10. Memasang Zabbix Client pada semua peralatan ICT yang ditetapkan;
3.1.3.11. Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing (VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan;
3.1.3.12. Memastikan Zabbix berfungsi dan beroperasi dengan lancar.
3.1.4. Server MS Active Directory.
3.1.4.1. Membuat pembersihan fizikal server;
3.1.4.2. Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih;
3.1.4.3. Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti;
3.1.4.4. Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’;
3.1.4.5. Membuat salinan pendua konfigurasi server;
3.1.4.6. Mengemaskini servis Microsoft dan ’Security Patches’;
3.1.4.7. Memeriksa ’Active Directory Health’;
3.1.4.8. Mengemaskini perisian antivirus/malware;
3.1.4.9. Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia;
3.1.4.10. Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik;
3.1.4.11. Memeriksa ‘Server Error’ dan ‘Event Log’;
3.1.4.12. Memeriksa ‘AD Backup & Restore’;
3.1.4.13. Memastikan Active Directory berfungsi dan beroperasi dengan lancar.
3.1.5. Server Emel Zimbra.
3.1.5.1. Membuat pembersihan fizikal server;
3.1.5.2. Memeriksa keadaan kipas penyejuk dan pastikan dalam keadaan baik dan bersih;
3.1.5.3. Memeriksa dan memastikan penggunaan ruang cakera tidak melebihi 80% dari kapasiti;
3.1.5.4. Melaksanakan ‘Disk Cleanup and Defragmentation’;
3.1.5.5. Membuat salinan pendua konfigurasi server;
3.1.5.6. Mengemaskini servis Linux dan ’Security Patches’;
3.1.5.7. Mengemaskini perisian antivirus/malware;
3.1.5.8. Menyemak dan menaiktaraf versi Zimbra jika perlu;
3.1.5.9. Memeriksa ‘Server Error’ dan semua jenis ‘Log’;
3.1.5.10. Menyenaraikan akaun pengguna yang dijana;
3.1.5.11. Menyenaraikan port rangkaian yang dibuka dan yang ditutup;
3.1.5.12. Menyemak dan menaiktaraf versi Fail2ban jika perlu;
3.1.5.13. Memastikan tetapan RAID1 berfungsi dengan baik;
3.1.5.14. Memastikan tetapan masa server mengikut standard Malaysia;
3.1.5.15. Melaksanakan ‘Vulnerabiliti Assessment and Penetration Testing (VAPT)’ dan mengambil tindakan pengukuhan;
3.1.5.16. Memastikan Zimbra berfungsi dan beroperasi dengan lancar.
3.1.6. Memberi cadangan peningkatan teknologi ke atas peralatan dan sistem keselamatan rangkaian sedia ada untuk tindakan pengukuhan.
3.1.7. Menyediakan laporan terperinci bagi ke atas semua kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan yang telah dilaksanakan.
4. BIDANG KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN
4.1. Mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang berikut tetapi tidak terhad:
4.1.1. Mengendalikan Pfsense, Active Directory, Zabbix dan Zimbra Collaboration Suite sekurang-kurangnya 5 tahun.
4.1.2. Mempunyai Pensijilan Linux dan Microsoft.
5. TEMPOH PERKHIDMATAN
5.1. Tempoh perkhidmatan bagi kerja-kerja selenggaraan pencegahan adalah selama dua (2) minggu mulai dari tarikh surat setuju terima ditandatangani. Kerja-kerja selenggaraan pencegahan boleh dibuat di luar waktu pejabat bagi mengurangkan gangguan operasi dan perkhidmatan kepada pelanggan LUAS.
5.2. Pihak pembekal perkhidmatan hendaklah menyediakan Jadual Pelaksanaan yang terperinci dan lengkap sebelum memulakan kerja-kerja selenggaraan.
6. KOS PERKHIDMATAN DAN PERINGKAT PEMBAYARAN
6.1. Pihak pembekal perkhidmatan akan menerima pembayaran secara sekaligus (Lump Sum) setelah pihak LUAS berpuas hati terhadap kerja-kerja selenggaraan pencegahan yang dilaksanakan.
7. PENYERAHAN KERJA
7.1. Pihak pembekal perkhidmatan hendaklah mengemukakan satu laporan lengkap bagi kerja-kerja selenggaraan pencegahan yang telah dilaksanakan.
8. TEMPOH JAMINAN
8.1. Pihak pembekal perkhidmatan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja – kerja penyelenggaraan yang dibuat dan hendaklah memastikan kestabilan operasi semua server dan sistem rangkaian LUAS sepanjang tempoh jaminan iaitu selama 1 tahun mulai tarikh Perakuan Kerja Siap oleh pihak LUAS.
9. PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT LUAS DAN AKTA RAHSIA RASMI 1972
9.1. Pihak pembekal dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT (DKICT) LUAS Versi 1.1 serta WAJIB menandatangani borang Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT LUAS. Lihat Lampiran 2.
9.2. Pihak pembekal adalah tertakluk terhadap kepatuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan menyimpan kerahsiaan maklumat Kerajaan serta
WAJIB menandatangani borang ‘Non-disclosure Agreement (NDA)’. Lihat Lampiran 3.
10. HASIL YANG DIHARAPKAN
10.1. Pihak pembekal perkhidmatan hendaklah menyelenggara secara fizikal dan maya ke atas server Firewall pfSense, router rangkaian maya (VPN), server MS Active Directory, server Zabbix NMS dan server emel Zimbra dan memastikan kesemua server dan peralatan yang diselenggara dapat beroperasi dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
11. MAKLUMAT, BAHAN DAN KEMUDAHAN YANG AKAN DISEDIAKAN
11.1. Pihak LUAS akan menyediakan satu (1) akaun login sementara untuk pembekal bagi tujuan pengujian semasa kerja-kerja selenggaraan pencegahan dibuat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan.
Disediakan oleh:
XXXXXXX XXXXX XXXXXXX
Pegawai Teknologi Maklumat, Unit Teknologi Maklumat, Lembaga Urus Air Selangor.
LAMPIRAN 1
SENARAI PERALATAN RANGKAIAN DAN SISTEM KESELAMATAN UNTUK PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
NO | Description | Firewall | Active Directory | Emel Zimbra | Zabbix |
1. | Machine & Model Type | NA-510 | Dell Power Edge R320 | Dell Power Edge R320 | HP DX7300 |
2. | Processor Technology | 3.07 GHz | 2.80GHz | 2.80GHz | 1.86 GHz |
3. | No of processors | Intel Core i3 CPU 540 | Intel(R) Xeon(R) CPU E5-1410 0 | Intel(R) Xeon(R) CPU E5-1410 0 | Intel® Core™2 6300 |
4. | Total Physical Memory | 4GB | 16GB | 16GB | 1GB |
5. | Total Internal Hard Disk (GB) - raw | 230 GB (2x) | 1 TB (2x) | 1 TB (2x) | 80 GB |
6. | Raid Protection User for Internal Hard Disk | Raid 1 | Raid 1 | Raid 1 | None |
7. | Ethernet Card (MB) | 100/1000 | 100/1000 | 100/1000 | 100/1000 |
8. | OS Version | FreeBSD 8.3 Relase-p16 | Win Server 2012 64bit | CentOS release 6.5 (Final) | CentOS 6.6 |
9. | Number of users accessing server | IT Staff | 100 + | 100 + | IT Staff |
10. | Any remote connections to the server? | Yes | Yes | Yes | Yes |
11. | Type of Database | _ | _ | _ | - |
12. | Application/ Firmware | pfSense 2.2.2 | - | Zimbra 8.0.6_GA_5922 (build 20131203103705) | Zabbix 2.4.1 |
BORANG
1. Maklumat AM Latar Belakang Penyebut Harga (Borang A)
2. Rekod Pengalaman Kerja (Borang B)
3. Kakitangan Teknikal (Borang C)
4. Xxxxxxx Xxxxx Xxxxxx (Borang D)
5. Laporan Penyelia Projek Atas Prestasi Kerja (Bukan Projek Jabatan) Semasa Penyebut Harga (Borang E)
6. Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT (Borang F)
7. Borang Non Disclosure Agreement (NDA) (Borang G)
BORANG A – MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA
1. Nama: …………………………………………………………………………………………
2. Alamat:………………………………………
………………………………………
………………………………………
No. Telefon: ……………….. No. Fax: ………………..
3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (Sertakan Salinan Pendaftaran)
(a) No. Pendaftaran: ……………………………………
(b) Xxxxxx daftar: …………………. Sah hingga: ………………….
(c) Kod bidang: ………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
(d) Taraf (Bumiputera/Bukan Bumiputera):
……………………………………………….
(e) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari ……………… hingga ………………
4. Bagi Syarikat Sdn Bhd. nyatakan:
(a) Modal dibenarkan : RM………………………
(b) Modal dibayar : RM………………………
5. Perniagaan Utama lain, jika ada :
(a) …………..…………………………… sejak …………………..
(b) …………..…………………………… sejak …………………..
6. Ahli-ahli Syarikat
(a) Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
(a) Ahli-ahli Lembaga Pengarah (Samb.)
Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
(b) Ahli-ahli Pengurusan
Nama | Jawatan | Kelulusan Akademik/Iktisas |
BORANG B – REKOD PENGALAMAN KERJA
(Senarai semua kerja yng disiapkan+ dalam 5 tahun lepas)
Bil. | Nama Kontrak/Projek + | Nilai Kontrak (RM) | Tempoh Kontrak ** | Tarikh Mula | Tarikh Akhir | Tarikh Akhir Sebenar | Nama dan Alamat Pegawai Penguasa/ Jurutera Perunding | Nama dan Alamat Majikan |
+ Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan.
Hanya pengalaman kerja yang mempunyai salinan surat tawaran/ pelantikan di dalam profail syarikat sahaja diterima.
** Tempoh Kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.
BORANG C – KAKITANGAN TEKNIKAL
(Butir-butir Kakitangan Teknikal Yang Ada Dalam Penggajian Penyebut Harga Masa Kini)
*Nama dan No. K/P | Umur | Kelulusan Professional/ Pendidikan** | Tahun Kelulusan | Tarikh Diambil Bekerja | Jawatan yang Disandang/Tugas - Tugas semasa | Pengalaman Lepas (Jawatan disandang, nama projek dan majikan dan tempoh bekerja dan sebagainya) |
* Salinan Borang KWSP `A’ setiap pekerja bagi bulan caruman terakhir dan salinan perjanjian perkhidmatan ahli professional yang diambil khidmat secara kontrak hendaklah disertakan.
** Sila sertakan salinan sijil kelulusan atau sijil keahlian Badan-badan Professional.
BORANG D – SENARAI KERJA SEMASA
(Senarai semua di dalam tangan/ sedang berjalan dan belum siap termasuk kontrak yang baru diperoleh)
Bil. | Nama Kontrak/Projek + | Nilai Kontrak (RM) | Tempoh Kontrak ** | Tarikh Mula | Tarikh Akhir | Tarikh Akhir Sebenar | Nama dan Alamat Pegawai Penguasa/ Jurutera Perunding | Nama dan Alamat Majikan |
+ Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah disertakan.
Hanya pengalaman kerja yang mempunyai salinan surat tawaran/ pelantikan di dalam profail syarikat sahaja diterima.
** Tempoh Kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.
SULIT
BORANG E – LAPORAN PENYELIA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA (BUKAN PROJEK JABATAN) SEMASA PENYEBUT HARGA
(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawasi projek dan diserahkan kepada Kontraktor dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya)
Kepada:
……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
Nama Kontraktor:
……………………………..………………………………………………………… Nama Projek Yang Dilaksanakan
......................................................................……..………………………………..………
…………………………………………………………………………………………………
No. Kontrak :
Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan) : RM ………………………...
Xxxx Xxx Prima dan Peruntukan Sementara : RM ………………………...
Xxxxx Xxxxx Pembina : RM ………………………..
Xxxxxx Xxxxx Xxxxx : …………. Tempoh Kontrak: minggu
Tarikh Penyiapan Asal : ………….
Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan hari
Lanjutan Masa Seterusnya:
Yang difikirkan/ dijangka layak diperakukan :………hari
Atas Sebab-sebab : (i) ……………………………………..
(ii) ……………………………………..
Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan): Pencapaian sebenar : ………% Mengikut Jadual %
Tarikh Kerja dijangka akan dapat disiapkan: ……………
Xxxxx Xxxxxxxx Xxxxx Xxxx Telah Siap : RM ………………………...
Xxxxx Xxxx Kerja Yang Belum Siap : RM ………………………...
Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor:
(Nyatakan apa-apa kepujian dan/atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan/perakuan yang diambil/dipertimbang berhubung dengan prestasi Kontraktor melaksanakan Kontrak)
Tandatangan Penyelia Projek : ………………………
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Borang F
SURAT AKUAN PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT
Nama (Huruf Besar) :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Bahagian / Syarikat :
Adalah dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa :-
1. Saya bersih daripada sebarang rekod sabitan salah laku jenayah lampau;
2. Saya telah membaca, memahami dan akur akan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan ICT LUAS;dan
3. Jika saya ingkar kepada peruntukan-peruntukan yang ditetapkan, maka tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas diri saya.
Tandatangan : .....................................................
Tarikh : .....................................................
Pengesahan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO), Unit Teknologi Maklumat
............................................................
(Nama Pegawai Keselamatan ICT)
b.p. Pengarah Lembaga Urus Air Selangor
Tarikh: ..........................................
Borang G
BORANG NON DISCLOSURE AGREEMENT (NDA)
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PIHAK KETIGA BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah dirujuk kepada peruntukan- peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu benda adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup.
Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya perolehi dalam
……………………………………………………………………………………………………………….
adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada semasa atau selepas melaksanakan
……………………………………………………………………………………………..
Tandatangan | :……………………………………………………….. |
Nama | :……………………………………………………….. |
No. Kad Pengenalan | :……………………………………………………….. |
Jawatan | :……………………………………………………….. |
Syarikat | :……………………………………………………….. |
Xxxxxx | :……………………………………………………….. |
Disaksikan oleh: | |
Tandatangan | :……………………………………………………….. |
Nama | :……………………………………………………….. |
No. Kad Pengenalan | :……………………………………………………….. |
Jawatan | :……………………………………………………….. |
Jabatan | :……………………………………………………….. |
Xxxxxx | :……………………………………………………….. |
Cop Jabatan | :……………………………………………………….. |