⇒ RUJUKAN
⇒ RUJUKAN
KONTRAK diantara PEMAIN/KELAB & PENGANJUR ACARA
Kontrak ini dibuat pada hari bulan 20
DIANTARA
PEMAIN (No. K/P) yang beralamat di [jika bawah umur – sila dapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa)
atau
KELAB (No. Pendaftaran) yang beralamat di
DAN
PENGANJUR ACARA (No. Pendaftaran) yang beralamat di
PEMAIN/KELAB dan PENGANJUR ACARA dirujuk berasingan sebagai “Pihak” atau secara kolektif sebagai “Pihak yang terlibat”.
BAHAWASANYA :
A. PEMAIN/KELAB merupakan profesional permainan Sukan Elektronik di Malaysia yang mana butir-butir PEMAIN/ KELAB adalah sepertimana di dalam LAMPIRAN A Kontrak ini.
B. PENGANJUR ACARA merupakan sebuah syarikat/persatuan yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang mana butir-butir PENGANJUR ACARA secara terperinci adalah sepertimana di dalam LAMPIRAN B Kontrak ini.
C. PENGANJUR ACARA berhasrat untuk menjalankan aktiviti (selepas ini dirujuk sebagai “Aktiviti tersebut”) dan PEMAIN/KELAB telah menyatakan persetujuan menjadi peserta kepada Aktiviti tersebut selaras dengan terma dan syarat di dalam Kontrak ini.
D. Pihak yang terlibat dalam melaksanakan perkara-perkara di atas berhasrat memeterai perjanjian ini bagi mengawal selia hubungan di antara satu sama lain dan untuk menyatakan hak tugas dan tanggungjawab masing-masing dan perjanjian bersama berkaitan dengan hubungan kedua-dua Pihak.
DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH PIHAK YANG TERLIBAT SEPERTI BERIKUT :
1. SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN
a. PEMAIN/KELAB bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat Aktiviti tersebut seperti berikut :- i.
b. PEMAIN/KELAB bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat Polisi Anti Doping dan menjalankan ujian doping pada .
2. TEMPOH AKTIVITI
a. Pihak yang terlibat dengan ini bersetuju bahawa Kontrak ini diguna pakai sepanjang tempoh Aktiviti tersebut bermula pada sehingga .
3. FORMAT PERTANDINGAN
a. Jadual pertandingan
b. Proses pembantahan
4. STRUKTUR PUSINGAN
a. Sistem pemberian mata
b. PENGANJUR ACARA berakujanji untuk tidak membuat sebarang perubahan kepada format pertandingan dan struktur pertandingan sepanjang tempoh aktiviti berlangsung.
5. HADIAH PERTANDINGAN
a. PENGANJUR ACARA berakujanji untuk memberikan hadiah pertandingan seperti di bawah dan dalam tempoh selepas keputusan rasmi diumumkan.
6. MEDIUM KOMUNIKASI RASMI
Sebarang hebahan berkenaan Aktiviti tersebut akan dibuat oleh PIHAK PENGANJUR melalui platform-platform berikut :-
a. Alamat Lawang Sesawang (Website)
b. Emel
c. Media sosial
d. Telefon No.
7. KOS PENDAFTARAN DAN PENARIKAN DIRI
a. Yuran Pendaftaran berjumlah RM .
b. Tarikh akhir bayaran Yuran Pendaftaran .
c. Yuran Pendaftaran hanya akan dikembalikan kepada PEMAIN/KELAB sekiranya :-
i. PEMAIN/KELAB menarik diri sebelum tarikh .
ii. Aktiviti tersebut dibatalkan oleh PENGANJUR ACARA dan PENGANJUR ACARA bertanggungjawab membayar penalti kepada PEMAIN/KELAB.
d. Xxxxx Xxxxxxxxxxx akan di lucuthak dan tidak akan kembalikan kepada PEMAIN/KELAB sekiranya :-
i. Pemain jika disabitkan bersalah menggunakan bahan di bawah Senarai Bahan Terlarang.
8. KEWAJIPAN PIHAK YANG TERLIBAT
a. Kewajipan PEMAIN/KELAB
i. Memahami dan mematuhi syarat-syarat pertandingan, format pertandingan dan struktur pertandingan sebelum mendaftar;
ii. Mematuhi jadual aktiviti dan perlawanan yang ditetapkan oleh PENGANJUR ACARA;
iii. Melakukan penstriman di platform-platform media (sekiranya perlu)
iv. Memaklumkan status tajaan dan pra-syarat termasuk sekatan penajaan yang diterima secara peribadi kepada KELAB (sekiranya ada);
v. Menghadiri upacara promosi secara maya atau fizikal mengikut terma-terma yang dipersetujui dengan pihak PENGANJUR ACARA (sekiranya ada);
vi. Menjaga tatatertib, tingkah laku dan reputasi sepanjang tempoh Kontrak termasuk tingkah laku di media sosial dan ketika pertandingan,
b. Kewajipan PENGANJUR ACARA
i. Menyediakan syarat-syarat pertandingan, format pertandingan dan struktur pertandingan;
ii. Memastikan Kod tatatertib dan Polisi Anti Doping dapat diakses pada setiap masa melalui medium komunikasi rasmi PENGANJUR ACARA;
iii. Mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum membenarkan mana-mana individu bawah umur untuk terlibat di dalam Aktiviti tersebut;
iv. Mendapatkan hak penyiaran dan penstriman daripada pihak yang terlibat yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Aktiviti Sukan Elektronik tersebut dipertontonkan kepada orang awam;
v. Menyediakan peralatan termasuk penyelenggaraan untuk PEMAIN termasuk internet akses dan kemudahan-kemudahan lain (sekiranya ada);
vi. Memberikan perlindungan insurans kepada PEMAIN/ KELAB yang menyertai Aktiviti tersebut;
vii. Penganjur Acara dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam sebarang aktiviti pertaruhan, perjudian, loteri, atau transaksi yang berkait dengan pertandingan Sukan Elektronik;
viii.Memastikan tag nama, logo dan imej yang akan digunakan oleh PEMAIN/KELAB ketika Aktiviti Sukan Elektronik tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau lucah atau mempunyai unsur-unsur sensitif yang melibatkan seksual, perkauman, agama serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;
ix. PENGANJUR ACARA bertanggungjawab untuk memastikan maklumat peribadi peserta dikumpul setelah mendapat persetujuan daripada PEMAIN/KELAB dan maklumat peribadi tersebut tidak disalahgunakan untuk tujuan selain daripada untuk Aktiviti Sukan Elektronik atau dijual dan dikongsi kepada mana-mana pihak di dalam dan di luar negara tanpa kebenaran.
9. PENAMATAN DAN KESAN PENAMATAN KONTRAK
a. Pihak yang terlibat dengan ini bersetuju bahawa Kontrak ini tamat pada , kecuali kedua-dua Pihak bersetuju memperbaharui Kontrak ini.
b. Kontrak ini boleh ditamatkan oleh PEMAIN/KELAB sebelum tamat tempoh dan dengan segera, apabila berlakunya sebarang daripada yang berikut :-
i. PENGANJUR ACARA melakukan kemungkiran di bawah Kontrak ini;
ii. PENGANJUR ACARA ingkar terhadap sebarang kewajipan atau terma dan syarat Kontrak ini, dan sekiranya pengingkaran tersebut boleh diperbaiki, PENGANJUR ACARA gagal untuk memperbaiki keingkaran itu dalam tempoh hari dari notis bertulis oleh PEMAIN/KELAB;
iii. PENGANJUR ACARA menggunakan hak intelek, tag permainan dan hak imej PEMAIN/KELAB tanpa persetujuan PEMAIN/KELAB;
iv. PENGANJUR ACARA memberhentikan pengendalian perniagaannya, pembubaran atau ditutup, memasukkan atau menggabungkan dengan atau ke dalam entiti lain atau menjual sebahagian besar asetnya.
c. Penamatan Kontrak ini tidak boleh memberi kesan atau mengurangkan sebarang kewajipan atau hak-hak yang timbul sebelum tarikh penamatan. Sebarang kos yang tertunggak akan terhutang dan perlu dibayar oleh PENGANJUR ACARA kepada PEMAIN/KELAB mengikut terma Kontrak ini.
d. Pihak yang terlibat harus memulangkan kepada pihak yang lagi satu semua akses, data, bahan rujukan, manual, dokumentasi, perisian dan semua yang berkaitan yang diberikan untuk tujuan Aktiviti tersebut sepanjang tempoh Kontrak ini.
10. KERAHSIAAN
Pihak yang terlibat tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diterima daripada Pihak yang mendedahkan termasuk dan tidak terhad kepada maklumat mengenai Kontrak ini kepada sebarang pihak ketiga tanpa persetujuan Pihak yang mendedahkan. Semua pendedahan
maklumat di bawah Kontrak ini kepada Pihak penerima akan dianggap sebagai sulit melainkan khusus ditetapkan sebagai tidak sulit pada masa pendedahan.
11. NOTIS
Semua notis atau komunikasi antara pihak yang terlibat hendaklah diberikan oleh penghantaran tangan, pos berdaftar atau mel elektronik kepada wakil PEMAIN/KELAB atau PENGANJUR ACARA.
12. MASA
Masa merupakan intipati Kontrak ini.
13. PINDAAN
Sebarang pindaan hendaklah dibuat secara bertulis melalui perjanjian tambahan, disahkan, ditandatangani serta dipersetujui oleh kedua-dua Pihak.
14. PENYERAHAN HAK
Sebarang hak dan kewajipan pihak yang terlibat tidak boleh diserah hak, dipindah milik atau dinovasi secara keseluruhan dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi.
15. DUTI SETEM
Duti Setem yang harus dibayar bagi Kontrak ini akan ditanggung PENGANJUR ACARA.
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, pihak yang terlibat kepada Kontrak ini telah menurunkan tandatangan pada hari dan tahun seperti tertera di atas.
Ditandatangani oleh PEMAIN/KELAB ]
No Kad Pengenalan/No. Pendaftaran ]
Disaksikan oleh ]
Nama ]
No Kad Pengenalan ]
Ditandatangani oleh PENGANJUR ACARA ]
No Pendaftaran ]
Disaksikan oleh ]
Nama ]
No Kad Pengenalan ]