KERAJAAN MALAYSIA
KERAJAAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG
Kenyataan Sebutharga
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor bumiputera bagi seluruh NEGERI PULAU PINANG yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred Kategori dan pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran kerja seperti berikut:
Bil | Butir-butir Tawaran | Tempat Dokumen diperolehi | Syarat Pendaftaran | Tarikh dan Tempat Taklimat | Tarikh Tutup Sebutharga |
1 | No. Sebutharga: JPS/N/SH/BPB/2/2021 KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. | Dengan muat turun melalui Laman Web: xxxx://xx.xxxxxx. xxx.xx | Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE12 | Tarikh Iklan: 24 Disember 2021 Tarikh Jual: 27 Disember 2021 Tiada Taklimat dan Lawatan Tapak | Isnin, 3 Januari 2022 Jam 12.00 tengahari |
2. Taklimat sebutharga dan Lawatan Tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN mengikut pematuhan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.2 (Kaedah Pelaksanaan Perolehan /Projek Kerajaan
Tahun 2020 (Kuatkuasa 23 April 2020). Walau bagaimanapun, kontraktor disarankan untuk melawat sendiri kawasan atau tapak BH berkenaan di koordinat (5.165506,100.481461), (5.164764, 100.481764), (5.164300, 100.482061), (5.164075, 100.482192) dan tapak MP di koordinat (5.165411,
100.481308), (5.164864, 100.481489), (5.164328, 100.482039), (5.164303, 100.482233), (5.164006,
100.481975), (5.164408, 100.482544) sepertimana yang nyatakan dalam dokumen sebut harga. Dalam hal ini, sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri Kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah perlu diteruskan.
3. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No.Sebutharga dan dimasukan ke dalam Peti Sebutharga Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang pada hari Isnin, 03hb Januari 2022 sebelum jam 12.00 tengahari.
** Sebarang Masalah Boleh Menghubungi Pegawai Yang Berkenaan Seperti Dibawah:
NOORHUZAIME BIN MD NOOR – 04 650 5423
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG
DOKUMEN SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA : JPS/N/SH/PP/BPB/02/2021
KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN.
PULAU PINANG
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG
NO. SEBUTHARGA : JPS/N/SH/PP/BPB/02/2021
TAJUK KERJA : KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG
JADUAL KANDUNGAN
Bil | Butiran | Xxxx Xxxxx |
0. | Kenyataan Sebutharga Dokumen A – Arahan Kepada Petender (Lampiran 4) Dokumen B - Syarat-Syarat Sebutharga (Lampiran 5) - Tambahan Syarat Bagi Arahan Kepada Penyebut Harga Dalam Dokumen Sebut Harga (Lampiran 5A) Dokumen C – Borang Sebutharga (Lampiran 6) Dokumen D1 – Surat Akuan Pembida (Lampiran 9A) Dokumen D2 – Surat Akuan Pembida Berjaya (Lampiran 9B) Dokumen E – Spesifikasi Dokumen F – Ringkasan Sebutharga Dokumen G – Senarai Lukisan Dokumen K – Dokumen-dokumen sokongan a) Kebenaran Semakan daripada Agensi Rujukan/Laporan Kredit Syarikat (Lampiran 7) b) Laporan Bank/Syarikat Kewangan ke atas Kedudukan Kewangan Penyebutharga c) Senarai Kerja Yang Telah Disiapkan d) Senarai Kerja Dalam Tangan e) Senarai Semakan Sebutharga (Bekalan / Perkhidmatan / Kerja) | (i) |
2. | A/1 –A/5 | |
3. | ||
B/1 – B/6 | ||
B/7-B/8 | ||
4. | C/1 | |
5. | D/1 | |
6. | D/2 | |
7. | SI/1 – S/65 | |
8. | SOT/1-BQ3-3/3 | |
9. | LOD/1 | |
10. | K/1 – K/12 |
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
1.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Projek Pembinaan Dalam Tempoh PKP atau mana- mana SOP atau peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.
1.2 Dalam melaksanakan projek kecil, kontraktor yang telah dilantik bertanggungjawab mematuhi syarat-syarat berikut:
a) Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh Inden Kerja/Surat Setuju Terima dikeluarkan dan mematuhi Manual Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN). Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja/Surat Setuju Terima boleh dibatalkan oleh Agensi Pelaksana dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor;
b) Kontraktor perlu memastikan kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi butiran dalam Surat Tawaran/Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran/ Dokumen Sebut Harga dan arahan Agensi Pelaksana;
c) Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya mempunyai perlindungan di bawah PERKESO (warganegara/penduduk tetap) atau perlindungan insuran Workmen’s Compensation untuk semua pekerja dengan mengemukakan salinan Nombor Kod Pendaftaran PERKESO atau perlindungan insuran yang mana berkaitan kepada Agensi Kerajaan sebelum memulakan kerja. Walau bagaimanapun, bagi tujuan memulakan kerja, nota perlindungan dan resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Agensi Pelaksana berhak mengambil tindakan sewajarnya;
d) Kontraktor boleh menuntut semula pembayaran yang dilakukan untuk pembelian insuran yang berkaitan dengan memasukkan butiran dalam tuntutan pembelian insuran berserta dokumen-dokumen sokongan. Amaun tuntutan insuran tersebut hendaklah sama dengan senarai kuantiti [Xxxx of Quantity (BQ)];
e) Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang yang berkuat kuasa. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat berkenaan;
f) Kontraktor dikehendaki menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan dan kegagalan memenuhi tanggungan kecacatan akan menjejaskan peluang kontraktor untuk mendapat projek Kerajaan di masa hadapan;
2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga, keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.
3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
3.1 Penyediaan Sebutharga
Penyebutharga adalah diwajibkan mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:
a) Ringkasan Sebutharga perlu diisi sepenuhnya dan ditandatangani oleh Penyebutharga.
b) Borang Sebutharga perlu diisi dengan menyatakan harga secara pukal (Lump Sum) dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja. Borang ini perlu ditandatangani oleh Penyebutharga dan saksinya.
c) Pegawai yang menandatangani Ringkasan Sebutharga dan Borang Sebutharga ini hendaklah Pegawai Syarikat Yang ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
d) Butir-butir spesifikasi (jika ada)
e) Senarai Kerja Dalam Tangan
f) Senarai Pengalaman Kerja
g) Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk penyata akaun bank untuk
3 bulan yang terkini,deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit dan nilai kemudahan kredit yang layak/akan diperolehi oleh penyebutharga daripada institusi kewangan.*
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas ringkas Penyebutharga hendaklah menandatangani semua pembetulan
* Bagi kerja melebihi RM 200,000.00 (Gred G 2) sahaja
3.2 ‘Intergrity Pact’
a) Penyebutharga wajib mengemukakan surat Akuan Pembida Seperti di Dokumen D1 di mana ia berjanji untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil syarikat yang menandatangani surat akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.
b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian sebutharga peringkat pertama. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh pegawai Syarikat yang bertauliah, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian peringkat pertama (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.
c) Kontraktor yang Berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Dokumen D2 beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berjanji tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada perjanjian Sebutharga.
3.3 Penyerahan Dokumen Sebuharga
a. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan No. sebutharga serta tajuk sebutharga dan hendaklah dimasukan ke dalam Peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Kenyataan sebutharga.
b. Penghantaran dokumen sebut harga hendaklah dibuat menggunakan kaedah:-
i) Pos / kurier
ii) Khidmat penghantar
iii) Serahan tangan
iv) Agensi/Kontraktor perlu mematuhi arahan semasa PKP seperti penjarakkan sosial, menyediakan ‘hand sanitizer’, pemakaian penutup muka dan lain-lain
v) Agensi tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan penerimaan dokumen sebut harga oleh syarikat / kontraktor
c. Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan atas sebab apa sekalipun, tidak akan dipertimbangkan.
3.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Penyebutharga boleh menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang atau melalui Talian Telefon 04 – 6505423 untuk penjelasan lanjut.
4. RINGKASAN SEBUTHARGA
4.1 Ringkasan sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.
4.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
5. TEMPOH SIAP KERJA
Agensi perlu menetapkan tempoh penyiapan yang munasabah dengan mengambil kira situasi semasa PKP dan kemungkinan lanjutan tempoh PKP pada masa akan datang.
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi SEPULUH (10)
minggu/bulan.
6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA
Semua Perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.
7. TEMPOH SAH SEBUTHARGA
Sebutharga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sah. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebutharga menarik balik sebutharganya sebelum tamat tempoh sebutharga.
8. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
Semua penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebutharga diberi peringatan berikut:
8.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
8.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam. Maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
8.3 Tanpa Prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
8.4 Mana-mana kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bina.Kontraktor adalah disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas kos projek. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. BON PELAKSANAAN*, INSURANS DAN PERKESO
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan* sebanyak 5 % daripada nilai sebutharga dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 5% daripada nilai sebutharga
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti dibawah fasal 9(d).
* Potong jika tidak diperlukan
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.3 Kontraktor bertanggungjawab memastikan kerja elektrik yang dilaksanakan di samping mematuhi semua undang-undang,peraturan dan pekeliling serta undang- undang kecil yang diluluskan oleh PBT;
4. PELAKSANAAN FIZIKAL
Kontraktor perlu mematuhi syarat-syarat dan garis panduan MITI, KKM, MKN, PBT, Jawatankuasa Bencana Daerah dan lain-lain agensi penguatkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor dikehendaki untuk membuat akuan rasmi bahawa pihaknya tidak akan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor lain atau menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja/Surat Setuju Terima tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Agensi Pelaksana. Tindakan penamatan kontrak dan pembatalan pendaftaran akan diambil ke atas kontraktor yang melanggar peraturan ini.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
6.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan didalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapatkan persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan
7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUTHARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama Lain. Kontraktor melaksanakan kerja hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar.Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen SebutHarga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
9. BAYARAN PENDAHULUAN
(Jika sebutharga melebihi RM 200,000.00 )
Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000.00 yang mana lebih rendah jika mematuhi kesemua syarat berikut:-
i. Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM 200,0000.00 dan keatas.
ii. Tempoh siap kerja tidak kurang daripada 3 bulan .
ii. Permohonan daripada kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh milik tapak.
iv. Polisi insurans telah dikemukakan oleh kontraktor .
v. Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor samada.
10. BAYARAN BALIK PENDAHULUAN
(Jika sebutharga melebihi RM 200,000.00)
Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan. Potongan akan mula dibuat setelah kemajuan kerja mencapai 25% dan semua bayaran balik hendaklah selesai semasa projek siap pada tahap 75%.
11. BAYARAN KERJA
Bayaran atas kerja yang telah dilaksanakan akan dibuat seperti berikut:
i. Bayaran sepenuhnya iaitu setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna dan menyerahkan inden kerja asal: ATAU
ii. Kontraktor hendaklah dibayar secara bayaran mengikut kemajuan bagi setiap bulan dan bayaran penuh bagi baki kerja hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari atau tempoh yang ditetapkan selaras dengan syarat kontrak setelah projek disahkan siap sepenuhnya.
iii. Bayaran berperingkat tertakluk kepada maksimum dua (2) kali bayaran bagi sebutharga yang tempoh siapnya melebihi satu (1) bulan tetapi tidak melebihi dua
(2) bulan. Bayaran pertama akan dibuat apabila kemajuan kerja mencapai sekurang-kurangnya 50% dari nilai sebutharga atau satu (1) bulan, yang mana lebih awal. Manakala bayaran kedua adalah merupakan bayaran akhir: ATAU
iv. Bagi sebutharga yang tempoh penyiapannya melebihi dua (2) bulan, bayaran kemajuan secara bayaran interim akan dibuat sehingga semua kerja disiapkan. Bayaran terakhir kepada kontraktor hendaklah dianggap sebagai perakuan bayaran muktamad kepada kontraktor atas keseluruhan kerja yang telah dilaksanakan.
v. Mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek selepas menerima bayaran kemajuan akan diambil tindakan tatatertib termasuk disenaraihitamkan.
12. KERJA PERUBAHAN
12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
13. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
13.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebutharga hendaklah sekurang-kurangnya enam
(6) bulan dari tarikh siap kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam bulan (6) bulan boleh dikenakan.
13.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
13.3 Sekirannya kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor.
14. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia kepada Pegawai Inden.
15. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan munasabah. Tempoh Tanggungan Kecacatan adalah bermula daripada tarikh siap kerja.
16. DENDA LEWAT GANTIRUGI
Kegagalan kontraktor pada masa yang telah ditetap menyebabkan kontraktor akan dikenakan denda lewat gantirugi sebanyak RM 100/hari setelah sijil kegagalan penyiapkan dikeluarkan.
16. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
17. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
17.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden.
17. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
a. Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang menyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab yang munasabah.
b. Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan kerja pada tarikh siap kerja atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.
c. Kemajuan kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
d. Penggantungan perlaksanaan keseluruhan atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab munasabah.
e. Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan munasabah: dan
f. Apabila kontraktor diisytihar bankrap oleh pihak yang sah.
17.2 Sekiranya perlantikan kontraktor ditamatkan, pengesyoran untuk tindakan tatatertib oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia akan dibuat terhadap kontraktor.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
TAMBAHAN SYARAT BAGI ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA
1. Kerajaan menawarkan kemudahan pembiayaan melalui SME-Go Scheme kepada mana- mana kontraktor yang berminat dan berkelayakan tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran tunai atau cagaran lain.
2. SME-Go Scheme merupakan satu pembiayaan alternatif kepada kontraktor untuk melaksanakan projek Kerajaan. Kontraktor tidak tertakluk untuk memilih pembiayaan melalui SME-Go Scheme. Kontraktor diberi pilihan untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan lain berdasarkan pertimbangan perniagaan (business-to- business assessment) jika tidak memilih pembiayaan melalui SME-Go Scheme.
3. Kontraktor hendaklah memahami terma dan syarat mengenai SME-Go Scheme
daripada SME Bank. Kontraktor boleh merujuk maklumat lanjut di laman sesawang SME Bank (xxx.xxxxxxx.xxx.xx) dalam membuat pertimbangan.
4. Pembiayaan Melalui SME-Go Scheme:
a. Pembiayaan SME-Go Scheme ini adalah ditawarkan kepada kontraktor Gred G2 dan G3 bagi semua perolehan kerja di bawah PRE PRIHATIN dan projek pembangunan bagi tahun 2020 yang bernilai di antara RM200,000 sehingga RM800,000.
b. SME-Go Scheme merupakan satu pembiayaan alternatif kepada kontraktor untuk melaksanakan projek Kerajaan. Kontraktor tidak wajib memilih pembiayaan melalui SME-Go Scheme.
c. Kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan adalah layak untuk mendapatkan kemudahan wang pendahuluan sebanyak 25% daripada nilai kontrak ataumaksimum RM100,000, yang mana lebih rendah, tertakluk kontraktor memenuhi syarat bayaran pendahuluan kepada peraturan perolehan yang berkuat kuasa. Antara syarat bayaran pendahuluan adalah kontraktor hendaklah menyediakan jaminan bank.
d. SME Bank akan mengeluarkan jaminan bank sebagai syarat mendapatkan bayaran pendahuluan tanpa mengenakan keperluan kepada kontraktor untuk mengemukakan cagaran.
e. Kerajaan akan membayar terus wang pendahuluan kepada SME Bank sebagai memenuhi keperluan cagaran bank untuk kontraktor mendapatkan pembiayaan pinjaman modal kerja;
f. Pembiayaan kepada kontraktor akan diberikan oleh SME Bank sehingga 100% daripada kos kontrak dengan kenaan caj sebanyak 7% setahun. Pembiayaan ini memerlukan kontraktor mencagarkan bayaran kepada SME Bank melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment -DOA).
g. Pengeluaran pembiayaan daripada SME Bank kepada kontraktor dibuat secara berperingkat berdasarkan Harga Kontrak. Pembiayaan ini bukan sahaja dapat memudahkan aliran tunai kontraktor bagi tujuan pembayaran kepada pembekal, gaji pekerja dan kos lain berkaitan, malah turut dapat membantu kontraktor menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan tanpa perlu menunggu bayaran tuntutan kemajuan kerja.
h. Bayaran bagi tuntutan kemajuan kerja oleh kontraktor akan dibuat oleh Agensi Kerajaan kepada SME Bank.
i. SME Bank akan melaksanakan penyelarasan semula ke atas pembayaran yang diterima daripada Agensi Kerajaan dan sebarang lebihan, selepas tolakan dibuat ke atas baki pembiayaan akan disalurkan kepada kontraktor selaras dengan terma dan syarat dalam DOA serta perjanjian pembiayaan.
j. Kontraktor wajib menandatangani Surat Kebenaran Semakan Daripada Agensi Rujukan/Laporan Kredit ke atas Syarikat untuk tujuan semakan laporan kredit syarikat seperti di Lampiran C. Surat tersebut hendaklah dikemukakan kepada agensi penyebut harga semasa mengemukakan tawaran harga.
5. Kontraktor wajib menandatangani Surat Kebenaran Semakan Daripada Agensi Rujukan/Laporan Kredit ke atas Syarikat untuk tujuan semakan laporan kredit syarikat seperti di Lampiran 3. Syarikat juga hendaklah membuat pilihan sama ada ingin memilih untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan SME-Go Scheme yang ditawarkan oleh SME Bank melalui lampiran tersebut. Surat tersebut hendaklah dikemukakan kepada agensi penyebut harga semasa mengemukakan tawaran harga.
BORANG SEBUTHARGA
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Banjir,
Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, Paras 55, KOMTAR,
00000 Xxxxx Xxxxxx, Xxxxxx
Tuan,
Sebutharga Untuk : JPS/N/SH/PP/BPB/02/2021
KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Pentender, Syarat-syarat Xxxxxxxxxx,Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan dibawah ini, adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:……………………….…………………....................................................................
..................................................................................................(RM… )
2 Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dengan sempurna dan memuaskan dalam masa Sepuluh (10) minggu dari tarikh mula kerja seperti yang ditetapkan didalam Surat Setuju Terima.
Bertarikh pada …………………. Haribulan……………..20………
……………………..………… (Tandatangan Petender )
Nama Penuh : ……………..…..…….………...
No. K/P : ……………………………………...
Alamat : …………………….……..………….
……………………………….………………….
…………………………..……………………… Atas sifat : …………………………..…………
Meteri atau Cop Syarikat
……………………..…………. ( Tandatangan Saksi )
Nama Penuh : …………..……………………
No. K/P : ……………………………………...
Alamat : …………………….……..………….
……………………………….………………….
…………………………..………………………
SURAT AKUAN PEMBIDA
Tajuk : KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI REKABENTUK TERPERINCI UNTUK RANCANGAN TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG
No. sebutharga : JPS/N/SH/PP/BPB/02/2021
Saya,………...………......................................................nombor K.P ………………………………..........yang mewakili
………………………………………….…………………......... nombor Pendaftaran…………………....................................
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau manamana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
……….................…………..
Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
LAMPIRAN 9B
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Tajuk : KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI REKABENTUK TERPERINCI UNTUK RANCANGAN TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG
No. sebutharga : JPS/N/SH/PP/BPB/02/2021
Saya,………...………......................................................nombor K.P ………………………………..........yang mewakili
………………………………………….…………………......... nombor Pendaftaran…………………....................................
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cubamenawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau manamana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
……….................…………..
Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
RINGKASAN SEBUT HARGA
SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI REKABENTUK TERPERINCI BAGI CADANGAN TEBATAN BANJIR SG. PERMATANG RAWA (BAHAGIAN HULU) DI KG. TANAH LIAT, DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
PREAMBLE
Related Documents
The Agreement, Specifications and the Drawings shall be read in conjunction with the Bills of Quantities. The prices entered into the Bills of Quantities shall provide for full compliance with all the provisions of the above documents.
Clauses Quoted
A reference clause number set against any item in the Bills of Quantities indicates a clause in the Specifications in which work covered by the item is described. Further requirements for the work in question may also be stated in other clauses in the Specifications or on the Drawings and the Contract Rates shall be deemed to cover also the cost of complying with any such further requirements.
Rates and Prices
The rates and prices in the Bills of Quantities (comprehensively referred to as the Contract Rates) shall, except insofar as may be otherwise expressly provided for in the Contract, be deemed to cover all the Contractor's liabilities and obligations under the Contract and for all matters and things necessary for the proper execution and completion the Works. No payment shall be made in respect of anything described in the Contract for which no corresponding item is given in the Bills of Quantities, and the cost thereof shall be deemed to be included in and covered by the Contract Rates as aforesaid. Overheads, profits, insurances, etc., shall all be deemed to have been included in the Contract Rates.
General descriptions of work and materials are not necessarily repeated in the Bills of Quantities and reference should be made to the Specifications for this information. The rates and prices inserted in the Bills of Quantities shall be the full inclusive cost of the work described and of all general liabilities and obligations set forth or implied in the documents on which the tender is based. All items in the Bills of Quantities shall be priced in Ringgit Malaysia.
Every item shall be priced. Payment for items in the Bills of Quantities against which rates or prices have not been entered by the Contractor shall be deemed to be included in the rates or prices entered against other items in the Bills of Quantities.
Quantities
All quantities in the Bills of Quantities are provisional and shall be subjected to re-measurement.
The quantities of the various items are approximate only and shall not be considered as limiting or extending the amount of work to be provided by the Surveyor under the Contract. The basis payment shall be the actual quantities ordered and carried out as measured by the S.O. and valued at the rates or prices quoted in the Bills of Quantities where applicable or otherwise at such rates or prices which may be fixed within the terms of the Contract.
There shall be no claims for variations whatsoever if the final quantities are higher or lower than those shown in the Bills of Quantities.
Measurement
Except where an item in the Bills of Quantities clearly indicates to the contrary, the measurement of the Works shall be as described in the Specifications.
Lump Sum Items
Progress payment against all Lump Sum items will be paid in proportion to the extent the relevant services have been provided, in the opinion of the S.O. at the end of the period in question.
Units of Measurement
Except where expressly shown to the contrary, the metric/SI units of measurement shall apply throughout the Contract. The following are some abbreviations used:-
Units Abbreviation
kilometer km
meter m
millimeter mm
square millimeter mm2
square meter m2
cubic meter m3
liter l
diameter dia.
outside diameter od / OD
finished internal diameter fid / FID
kilogram kg
tonne t
hectare ha
lump sum LS
provisional sum PS
number nr/ No.
set set
second s
minute min
hour h
day d
week wk
month mth
man hour man-h
man-month man-mth
percentage %
Ringgit Malaysia RM
KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SANGLANG, NIBONG TEBAL, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
SITE INVESTIGATION WORKS SUMMARY OF BILLS OF QUANTITIES
BILL NO. | DESCRIPTION | PAGE | AMOUNT (RM) |
BILL NO. 1 | GENERAL CONDITION & PRELIMINARIES | BQ1-1/1 | |
BILL NO. 2 | DEEP BORING WITH BORING PLANTS | BQ2-1/4 - BQ2-3/4 | |
BILL NO. 3 | LABORATORY TEST AND OTHER FIELD TESTS | BQ3-1/3 - BQ3-2/3 | |
TOTAL COST (RM) |
TIME SCHEDULE
(Tenderers must fill in the time for completion below) Field works : …………4 weeks
Laboratory : …………4 weeks
Report : …………2 weeks
Total : …………10 weeks
Note : All weeks stated are to be reckoned from the date of order to commence Works
Signature of Tenderer ……………………………………………….…... Date : …………………………………………………………
Name of Tenderer : ………………………………………...……….…..… Signature of Witness : ………………………………………
Address : …………………………………………………………………... Name of Witness : …………………………………………
…………………………………………………………………………..……
…………………………………………………………………………..……
BILL NO.1 : GENERAL CONDITION & PRELIMINARIES
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
1.1 | Performance Bond, insurance of works, insurance | ||||
against personel injuries and damage to property, | |||||
Workmen's Compensation, insurance and/or | |||||
SOCSO | |||||
1.1.1 | Provide insurance against personal injuries and | sum | |||
damage to property | |||||
1.1.2 | Provide Workmen's Compensation Insurance and/ | sum | |||
or SOCSO | |||||
1.1.3 | Provide Performance Bond | sum | |||
1.1.4 | Setting out the Works. | sum | |||
1.1.5 | Contractor's superintendence. | sum | |||
1.1.6 | Supply five (5) copies of the final report. | sum | |||
1.1.7 | Allow for compliance with each and every Terms and | sum | |||
Conditions of Contract and Preliminaries excluding | |||||
items already mentioned. | |||||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
2.1 | BORING PLANT - MOBILIZATION | 3 40 40 40 40 28 Rate only Rate only | |||
2.1.1 | Mobilisation of boring plants and all and every | Sum | |||
required ancillaries to complete works under this | |||||
contract to the site including erecting the plants at the | |||||
first borehole location if necessary, staging on barges | |||||
or any other means of supporting and stabilisaton the | |||||
boring plant above water level, erecting, dismantling | |||||
and demobilisation from the site after completion of | |||||
works. | |||||
2.1.2 | Moving the plant from each position to the next, | Nos | |||
including, if necessary, dismantling and re-erecting on | |||||
ground or on supports in Item 2.1.1 above, including | |||||
the provision of any staging if necessary for test | |||||
location on land. | |||||
2.2 | BORING IN SOILS | ||||
2.2.1 | Carry out boring whether cased or uncased as | ||||
specified : | |||||
2.2.1.1 | Depth from natural ground or water bed level not | Meter | |||
exceeding 10m. | |||||
2.2.1.2 | - Ditto - exceeding 10m but not exceeding 20m | Meter | |||
2.2.1.3 | - Ditto - exceeding 20m but not exceeding 30m | Meter | |||
2.2.1.4 | - Ditto - exceeding 30m but not exceeding 40m | Meter | |||
2.2.1.5 | - Ditto - exceeding 40m but not exceeding 50m | Meter | |||
2.3 | DRILLING IN ROCK | ||||
2.3.1 | Carrying out diamond core drilling of 54.0 mm dia. | ||||
in any kind of rock and depth including delivery of | |||||
cores in standard boxes to approved laboratory and | |||||
terminated at 3m in solid bedrock. | |||||
2.3.1.1 | Depth from natural ground or water bed level not exceeding 10m. | Meter | |||
2.3.1.2 | - Ditto - exceeding 10m but not exceeding 20m | Meter | |||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
2.3 | DRILLING IN ROCK (CONTINUED) - Ditto - exceeding 20 m but not exceeding 30m - Ditto - exceeding 30 m but not exceeding 40m - Ditto - exceeding 40 m but not exceeding 50m IN-SITU FIELD TEST Carrying out Standard Penetration Test (SPT) and obtaining disturved samples including packaging and transport as per Specification: Depth from existing ground level not exceeding 10 m - Ditto - exceeding 10m but not exceeding 20m - Ditto - exceeding 20m but not exceeding 30m - Ditto - exceeding 30m but not exceeding 40m - Ditto - exceeding 40m but not exceeding 50m SAMPLING Obtain disturb samples with split-barrel tubes or otherwise for the purpose of doing classification tests on these samples : Depth from existing ground level not exceeding 10 m - Ditto - exceeding 10m but not exceeding 20m - Ditto - exceeding 20m but not exceeding 30m - Ditto - exceeding 30m but not exceeding 40m - Ditto - exceeding 40m but not exceeding 50m | ||||
Meter | 12 | ||||
Meter | 12 | ||||
Meter | 6 | ||||
2.4 | |||||
2.4.1 | |||||
2.4.1.1 | No. | 24 | |||
2.4.1.2 | No. | 28 | |||
2.4.1.3 | No. | 28 | |||
2.4.1.4 | No. | 24 | |||
2.4.1.5 | No. | 24 | |||
2.5 | |||||
2.5.1 | |||||
2.5.1.1 | |||||
Meter | 24 | ||||
2.5.1.2 | Meter | 28 | |||
2.5.1.3 | Meter | 28 | |||
2.5.1.4 | Meter | 24 | |||
2.5.1.5 | Meter | 28 | |||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
2.5.2 | SAMPLING (CONTINUED) Obtain undisturbed samples with piston sampler : Depth from existing ground level not exceeding 10 m - Ditto - exceeding 10m but not exceeding 20m - Ditto - exceeding 20m but not exceeding 30m - Ditto - exceeding 30m but not exceeding 40m - Ditto - exceeding 40m but not exceeding 50m To determine overnight water table level and collecting water sample | ||||
2.5.2.1 | No. | 4 | |||
2.5.2.2 | No. | 4 | |||
2.5.2.3 | No. | 4 | |||
2.5.2.4 | No. | 4 | |||
2.5.2.5 | No. | 4 | |||
2.5.3 | |||||
No. | 4 | ||||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
COLLECTION PAGE PAGE BQ2-1/4 PAGE BQ2-2/4 PAGE BQ2-3/4 | |||||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |
SOIL INVESTIGATION WORK
BILL NO.3 : LABORATORY TEST & OTHER FIELD TESTS (ALL PROVISIONALS)
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
Test number mentioned are given in | |||||
BS 1377:1990 unless otherwise stated. | |||||
3.1 | CLASSIFICATION TEST | ||||
3.1.1 | Carry out classification test : | ||||
3.1.1.1 | Moisture Content | No. | 12 | ||
3.1.1.2 | Liquid Limit | No. | 12 | ||
3.1.1.3 | Plastic Limit | No. | 12 | ||
3.1.1.4 | Plasticity Index | No. | 12 | ||
3.1.1.5 | Linear Shrinkage | No. | 12 | ||
3.1.1.6 | Specific Gravity | No. | 12 | ||
3.1.1.7 | Particle size distribution for coarse grained soils | No. | 8 | ||
3.1.1.8 | Particle size distribution for fine grained soils | No. | 8 | ||
3.2 | SOIL STRENGTH TEST | ||||
3.2.1 | Carry out strength tests on undisturbed samples: | ||||
3.2.1.1 | Unconsolidated undrained triaxial compression test | ||||
without pore water pressure measurement | |||||
involving at least 3 specimens to obtain friction angle | |||||
(o) and cohesion value. | No. | 8 | |||
3.2.1.2 | One dimensional Consilidation test | No. | 8 | ||
3.3 | ROCK STRENGTH TESTS | ||||
3.3.1 | Carry out strength tests on undisturbed samples | ||||
a) Unconfined compression test | No. | 6 | |||
CARRIED TO COLLECTION |
SOIL INVESTIGATION WORK
BILL NO.3 : LABORATORY TEST & OTHER FIELD TESTS (ALL PROVISIONALS)
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
3.4 | SOIL CHEMICAL TEST | ||||
3.4.1 | Carry out chemical tests on soil or water samples. | ||||
3.4.1.1 | Organic matter content | No. | 6 | ||
3.4.1.2 | Total sulphate content of soils | No. | 6 | ||
3.4.1.3 | Sulphate content of groundwater | No. | 6 | ||
3.4.1.4 | pH value test | No. | 6 | ||
3.5 | OTHER FIELD TESTS | ||||
3.5.1 | To carry out JKR/Mackintosh Probes as per | ||||
Specification to maximum depth from natural groud or | |||||
water bed not to exceed 15m or 400 blow/300mm | |||||
whichever come first | No. | 6 | |||
CARRIED TO COLLECTION |
SOIL INVESTIGATION WORK
BILL NO.3 : LABORATORY TEST & OTHER FIELD TESTS (ALL PROVISIONALS)
ITEM NO. | DESCRIPTION | UNIT | QTY | RATE (RM) | AMOUNT (RM) |
COLLECTION PAGE PAGE BQ3 -1/3 PAGE BQ3 -2/3 | |||||
TOTAL CARRIED TO SUMMARY |