TERMA DAN SYARAT BAGI BSN SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM)
TERMA DAN SYARAT BAGI BSN SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM)
(Tarikh Efektif: 17/01/2023)
Berikut ialah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian BSN SSP (Sijil Simpanan Premium) di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka BSN SSP, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah dan peraturan berikut termasuk mana-mana perubahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Notis yang Memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh kuatkuasa.
(b) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional (BSN).
(c) “Laman Web Bank” merujuk kepada laman web rasmi Bank iaitu xxx.xxx.xxx.xx.
(d) “BSN SSP” bermaksud Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan mengikut kontrak Mudarabah serta tertakluk kepada Kaedah-Kaedah BSN SSP di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974.
(e) “Pelanggan” bermaksud pemegang BSN SSP termasuk individu berumur 12 tahun dan ke atas.
(f) “Kadar Keuntungan Indikatif” bermaksud jangkaan Kadar keuntungan yang terpakai untuk BSN SSP, seperti yang dipaparkan di laman web Bank dan / atau di cawangan dari semasa kesemasa.
(g) “Baki Minimum Bulanan” bermaksud baki minimum yang terdapat bagi bulan semasa.
(h) “Mudarabah” adalah kontrak antara pemilik modal (rabbul mal) dan pengusaha (mudarib) di mana pemilik modal menyediakan modal untuk diuruskan oleh pengusaha dan sebarang keuntungan yang terhasil dari modal tersebut dikongsi di antara pemilik modal dan pengusaha mengikut nisbah perkongsian keuntungan (NPK) yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh pemilik modal.
(i) "Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK)" bermaksud nisbah perkongsian keuntungan yang telah ditetapkan untuk dikongsi antara pemilik modal dan pengusaha.
(j) “Langganan” bermaksud transaksi deposit BSN SSP yang dilakukan oleh Pelanggan.
(k) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan/atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(l) “Pemenang” bermaksud Pelanggan yang memenangi Cabutan BSN SSP yang dipilih melalui Enjin Cabutan BSN SSP.
1.2 Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan Terma dan Syarat ini.
1.3 Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya.
2. KONSEP SHARIAH
2.1 Konsep shariah yang digunapakai adalah Mudarabah yang melibatkan kontrak antara pemilik modal iaitu Pelanggan dan pengusaha iaitu Bank di mana Pelanggan menyediakan modal untuk diuruskan oleh Bank dan sebarang keuntungan yang terhasil dari modal tersebut dikongsi di antara Pelanggan dan Bank mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh Pelanggan selagi mana kerugian tersebut tidak disebabkan oleh tindakan salah laku (ta’addi), cuai (taqsir) atau pelanggaran syarat-syarat (mukhalafah al-shurut) oleh Bank.
2.2 Pelanggan dengan ini bersetuju dengan mengekalkan BSN SSP dengan Bank termasuk hadiah cabutan dan keuntungan (dividen) sekiranya ditukarkan kepada BSN SSP di bawah nama Pelanggan adalah berdasarkan kontrak Mudarabah dan hanya akan dihentikan serentak setelah pembubaran kontrak Mudarabah antara Pelanggan dan Bank.
3. PEMBUKAAN BSN SSP
3.1 BSN SSP hendaklah tertakluk kepada keperluan Bank termasuk umur minimum, amaun langganan minimum, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
3.2 BSN SSP terbuka kepada akaun Individu sahaja. Akaun Bersama dan Amanah adalah tidak dibenarkan.
3.3 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa-apa carian termasuk tetapi tidak terhad kepada carian insolvensi/ kebankrapan termasuk saringan AML/CFT ke atas Pelanggan mengikut polisi Bank.
3.4 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai budi bicara untuk meminta Pelanggan mengemukakan sebarang dokumen sokongan tambahan bagi tujuan langganan BSN SSP.
3.5 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan langganan BSN SSP oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank.
4. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
4.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan selaras dengan polisi Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
5. KEUNTUNGAN
5.1 Sebarang keuntungan (dividen), jika ada, akan dibahagikan kepada Pelanggan dan Bank berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) yang dipersetujui pada penghujung setiap tempoh genap tahun Kewangan.
5.2 Keuntungan (dividen) BSN SSP akan dikira berdasarkan Baki Minimum Bulanan dan hanya akan dibayar sekiranya peletakan memenuhi keseluruhan bulan berdasarkan fomula berikut:
Baki Minima Bulanan X Kadar Keuntungan Indikatif* X Bilangan Hari / 365 (Bukan Tahun Lompat) @ 366 (Tahun Lompat)
*Nota: Rujuk kadar keuntungan indikatif semasa di Laman Web Bank.
5.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa keuntungan (dividen), sekiranya ada, akan dibayar berdasarkan kriteria berikut:-
(a) Keuntungan (dividen) berjumlah RM10 dan ke atas akan ditukarkan kepada BSN SSP di bawah nama Pelanggan, di dalam gandaan RM10. Lebihan baki yang tinggal (jika ada) akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan/ semasa Pelanggan di BSN.
(b) Keuntungan (Dividen) berjumlah RM1 sehingga kurang daripada RM10 akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan/ semasa Pelanggan di BSN; ATAU
(c) Keuntungan (dividen) yang bernilai kurang daripada RM1 akan disalurkan ke Akaun Kebajikan yang diluluskan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
5.4 Merujuk kepada perkara 5.3 di atas, Pelanggan yang tidak mempunyai akaun simpanan/ semasa BSN untuk tujuan pengkreditan keuntungan (dividen) boleh menuntut keuntungan (dividen) melalui mana-mana kaunter cawangan BSN dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pembayaran keuntungan (dividen). Sekiranya tidak dituntut, keuntungan (dividen) tersebut akan diklasifikasikan sebagai “Wang Tidak Dituntut”.
5.5 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula Nisbah Perkongsian Keuntungan dengan mengemukakan notis yang memadai kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di Laman Web Bank.
6. SLIP TRANSAKSI BSN SSP
6.1 Pihak Bank tidak lagi akan mengeluarkan sijil BSN SSP dan sebaliknya telah memperkenalkan BSN SSP tanpa sijil dimana pihak Bank akan mengeluarkan slip transaksi langganan BSN SSP. Slip transaksi ini dianggap sebagai dokumen yang sah sebagai bukti simpanan BSN SSP. Slip transaksi
/ sijil BSN SSP ini tidak berharga kepada sesiapa yang menjumpainya kecuali kepada pemilik atau penyimpan BSN SSP. Jika slip transaksi tersebut hilang, penyimpan hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri yang sah seperti kad pengenalan atau pasport ke mana-mana kaunter Cawangan BSN.
7. PENEBUSAN
7.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa BSN SSP boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian daripadanya selepas empat puluh lima (45) hari dari tarikh langganan.
7.2 Penebusan BSN SSP boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank atau mana-mana saluran perbankan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
8. CABUTAN BSN SSP
8.1 BSN SSP yang tidak ditebus adalah layak menyertai Cabutan BSN SSP yang dijalankan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada kriteria cabutan dan kelayakan cabutan seperti yang dinyatakan oleh pihak Bank di Laman Web Bank dari semasa ke semasa.
8.2 Pelanggan berikut TIDAK LAYAK untuk menyertai Cabutan BSN SSP:-
(a) Kakitangan tetap dan/atau kontrak BSN, termasuk anak syarikatnya dan/atau syarikat-syarikat berkaitan ("Kakitangan"); dan
(b) Mana-mana Pelanggan / Kakitangan yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
9. HADIAH CABUTAN & PEMENANG
9.1 Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai, kredit atau apa- apa yang lain sama ada sebahagian atau keseluruhan. Hadiah boleh dilihat di Laman Web Bank.
9.2 Pelanggan bersetuju bahawa BSN tidak memberi sebarang representasi atau jaminan berkenaan dengan kualiti dan/ atau kesesuaian hadiah serta tidak bertanggungjawab untuk memberi apa-apa jenis hadiah gantian disebabkan kecacatan bahan atau buatan oleh syarikat pengeluaran di bawah jaminan atau sebaliknya termasuk hadiah yang telah diisytiharkan hilang atau dicuri oleh mana-
mana mahkamah. Pemenang hendaklah berurusan secara terus dengan pembekal bagi semua maklumat jaminan atau tuntutan tanpa membabitkan BSN.
9.3 Bagi hadiah yang berbentuk kenderaan, pendaftaran pemilik perlu dibuat atas nama pemenang. Pihak Bank akan menanggung kos pendaftaran kenderaan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi kos yang ditanggung, ianya akan ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
9.4 Setelah kenderaan didaftarkan atas nama pemenang, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekalipun terhadap kerosakan atau kecacatan kenderaan tersebut atau perkhidmatan pada masa hadapan dan/atau termasuk penyelenggaraan kenderaan yang dijadualkan.
9.5 Tertakluk kepada pematuhan prosedur dan polisi Bank, Hadiah Cabutan BSN SSP perlu dituntut oleh pemenang atau waris pemenang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh Cabutan BSN SSP. Pihak Bank tidak akan melayan sebarang tuntutan selepas tamat tempoh tersebut.
9.6 Sekiranya pemenang telah meninggal dunia sebelum tuntutan Hadiah dibuat, waris yang sah boleh menuntut hadiah Cabutan BSN SSP sama ada berupa BSN SSP atau kenderaan atau barangan dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh cabutan atau tarikh kematian pemenang (yang mana terdahulu) dimana-mana cawangan Bank mengikut Polisi bank.
9.7 Pemenang atau warisnya yang sah adalah dianggap telah melepaskan hak mereka jika gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang telah ditetapkan.
9.8 Pihak Bank akan melantik syarikat pembekal yang sah bagi urusan pembekalan dan penghantaran hadiah (kecuali hadiah berbentuk BSN SSP) kepada pemenang. Kaedah dan cara penghantaran hadiah akan ditentukan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara pihak Bank.
9.9 Pemenang bersetuju dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk berkongsi maklumat mereka sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak Bank kepada syarikat pembekal untuk tujuan penghantaran hadiah.
9.10 Syarikat pembekal yang sah akan menghubungi pemenang secara terus untuk mengatur urusan penghantaran hadiah.
9.11 Hadiah perlu dituntut oleh pemenang sendiri. Tuntutan oleh pihak ketiga tidak akan dilayan (Tertakluk kepada syarat kategori cabutan).
9.12 Bagi hadiah berbentuk BSN SSP, pemenang adalah dinasihatkan untuk menyemak hadiah mereka di mana-mana Cawangan Bank dengan mengemukakan surat pemakluman dan dokumen pengenalan diri.
9.13 Pemenang bersetuju bahawa Bank dari semasa ke semasa boleh untuk menukar atau menggantikan mana-mana hadiah dengan mana-mana barangan dengan nilai yang sama atau rendah termasuk dari model yang berlainan dari semasa ke semasa dengan mengemukakan notis mencukupi sebelum penukaran atau penggantian dilaksanakan dan ianya tidak boleh dipertikaikan dengan cara apa jua.
9.14 Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan hadiah Cabutan BSN SSP boleh dipos ke alamat Ibu Pejabat BSN yang dinyatakan seperti di perkara 10.4 terma dan syarat ini.
10. KEPUTUSAN CABUTAN BSN SSP & PEMAKLUMAN KEPADA PEMENANG
10.1 Keputusan dan pengumuman Cabutan boleh dilihat melalui Laman Web Bank.
10.2 Pemenang akan dihubungi oleh Bank melalui surat atau apa-apa bentuk mel elektronik berdasarkan alamat terakhir / nombor kontak yang diberikan kepada bank semasa melanggan BSN SSP. Notis pemakluman rasmi kepada pemenang akan dihantar ke alamat terakhir pemenang yang terdapat di dalam rekod Bank dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Keputusan Cabutan disiarkan.
10.3 Pemenang Hadiah Utama perlu mengemukakan maklumat dan dokumen berikut kepada pihak Bank untuk tujuan pengesahan tuntutan tertakluk kepada polisi dan prosedur Bank untuk menuntut hadiah:
(a) Salinan kad pengenalan (KP) / Pasport atau mana-mana dokumen yang diperlukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(b) Alamat; dan
(c) Nombor telefon
10.4 Pemenang hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen seperti yang diyatakan di perkara
10.3 melalui serahan atau pos ke alamat Ibu Pejabat BSN yang dinyatakan seperti berikut:-
Seksyen Sokongan Perniagaan Jabatan Deposit & Pembayaran, Tingkat 8, Wisma BSN,
000, Xxxxx Xxxxxx,
50450 Kuala Lumpur
Telefon/ Faks: 00-00000000 Samb. 12620 / 15694
10.5 Pemenang dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana dokumen yang dihantar oleh pemenang.
10.6 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa penentuan pemenang adalah muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau protes akan dilayan.
11. LIABILITI
11.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi BSN SSP oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara langsung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
11.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalty, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar Terma dan Syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau BSN SSP di Bank.
11.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke ats apa-apa Butiran Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
11.4 Pelanggan yang membuat langganan dan/atau mengambil bahagian dalam mana-mana kempen berkaitan BSN SSP adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan disini.
11.5 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung (termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik secara langsung atau tidak langsung secara insiden, berkepentingan, berteladan, punitif atau kerosakan khas kepada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun ia berlaku samada dari segi kontrak, salah laku, kecuaian atau apa- apa sahaja tindakan yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan Cabutan atau Hadiah BSN SSP.
11.6 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Keputusan BSN terhadap sebarang perkara berkaitan BSN SSP dan Cabutan BSN SSP adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau cubaan untuk mempertikaikan apa-apa keputusan tidak akan dilayan.
11.7 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa melainkan Terma dan Syarat tertentu yang dinyatakan di dalam ini, semua terma dan syarat lain yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah dan peraturan sedia ada yang mengawal BSN SSP hendaklah terus terpakai.
12. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
12.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah bayar atau terkredit ke dalam akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
13. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
13.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
14. FI DAN CAJ
14.1 Bank adalah berhak untuk mengenakan perkara-perkara berikut ke atas BSN SSP:
(a) Kos, fi dan caj yang dikenakan ke atas transaksi yang dilaksanakan dan untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Bank pada kadar tersebut yang terpakai dari semasa ke semasa;
(b) Apa-apa caj perkhidmatan ke atas BSN SSP (jika ada) yang selaras dengan peraturan manamana badan/persatuan/pihak berkuasa kawal selia atau Bank; dan
(c) Apa sahaja caj yang boleh dikenakan atau apa-apa transaksi atau perkhidmatan ke atas Pelanggan pada masa ini atau pada masa akan datang yang dikenakan oleh undang-undang atau yang perlu dikenakan caj
14.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk mengenakan dan / atau mengubah fi dan caj dari semasa ke semasa kepada Pelanggan dan fi dan caj tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank untuk diterima pakai. Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Fi dan Caj Bank, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan terhadap fi dan caj akan dimaklumkan kepada Pelanggan dengan memberikan Notis Yang Memadai sebelum tarikh kuatkuasa pelaksanaannya. Pemakluman akan dimaklumkan kepada Pelanggan secara bertulis atau elektronik atau melalui paparan di Cawangan dan Laman Web Bank.
15. PERTUKARAN BUTIRAN
15.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang dibenarkan atau butiran lain dengan mengunjungi Cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
15.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod pihak Bank adalah dianggap telah diserahkan kepada pelanggan.
15.3 Sekiranya tandatangan pelanggan digunakan sebagai pengesahan, tandatangan yang sama hendaklah digunakan seperti yang terdapat di dalam rekod pihak Bank ketika membuat urusan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
16. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
16.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi
undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
16.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
16.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
16.4 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana, menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
17. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
17.1 Bank tidak akan mendedahkan data peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel kepada mana-mana pihak luar yang lain daripada pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak-Pihak Dibenarkan") selain daripada untuk tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun Pelanggan, melainkan jika Bank mendapat kebenaran daripada Pelanggan, atau sama ada terletak di bawah tanggungjawab undang-undang atau apa-apa kewajipan lain untuk berbuat demikian:
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu, wakil dan pejabat cawangan; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana- mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan pembiayaan Pelanggan.
17.2 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang berkaitan dengan Perlindungan Akta Data Peribadi 2010 yang ditandatangani dengan Bank dan sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma yang terkandung di sini dengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
17.3 Pelanggan dengan ini bersetuju memberikan keizinan kepada BSN dan/atau sekutu berkenaan dengannya, untuk menggunakan Data Peribadi dan Butiran Penyertaan seperti yang diberikan kepada BSN untuk tujuan BSN SSP.
17.4 Para pemenang dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada bank untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar atau maklumat lain pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan dan promosi semasa dan akan datang dengan cara apa pun yang difikirkan sesuai oleh bank dan / atau penyedia perkhidmatannya yang sah.
17.5 Pelanggan mengakui bahawa maklumat yang diberikan oleh Pelanggan kepada Bank, termasuk maklumat mengenai Pelanggan dan sebarang akaun yang boleh dilaporkan boleh dikongsi dengan pihak berkuasa cukai negara/ bidang kuasa dimana akaun ini diselenggara, dimiliki dan/atau dipertukar dengan mana-mana pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negara dimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun.
18. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
18.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk namun tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
19. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
19.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi Notis Yang Memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
19.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web Bank atau premis Bank atau melalui mel elektronik, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank secara bertulis atau melalui iklan dipaparkan di cawangan dan Laman Web Bank.
19.3 Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut adalah dianggap mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam bahan-bahan promosi pengiklanan berkaitan BSN SSP ini.
20. KETAKSAHAN SEBARANG PERUNTUKAN
20.1 Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah apa-apa undang-undang atau apa-apa jua alasan, peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan dan keupayaan menguatkuasakan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.
21. KESAN MENGIKAT
21.1 Terma dan syarat ini hendaklah mengikat waris/pemegang serah hak dan pengganti hak Pelanggan dan Bank.
22. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
22.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.