PERJANJIAN UTAMA SEWA RUANG BANGUNAN/ KANTIN
16
Lampiran 3(c)
PERJANJIAN UTAMA SEWA RUANG BANGUNAN/ KANTIN
PERJANJIAN : ……………………………………………
TEMPOH PERJANJIAN : …………………………………………..
JENIS PERNIAGAAN : PERKHIDMATAN KAFETARIA ............
................................................................
............................. (nama PTJ)
DI ANTARA : PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
DAN
SYARIKAT .................................................
....................................................................
▇▇▇▇ CAGARAN : RM ....................
▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇
PENYELENGGARAAN : RM .....................
▇▇▇▇ CAGARAN UTILITI : RM .....................
NILAI SEWA : RM ..................... SEBULAN
LOKASI : .................................................................
.................................................................
.................................................................
PERJANJIAN UTAMA SEWA RUANG BANGUNAN/ KANTIN
PERJANJIAN ini dibuat pada .............. haribulan ............... 20.... di antara PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 (Disemak - 1988) yang beralamat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, Aras 2, Blok Menara 4G3, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, ▇▇▇▇▇▇▇ ▇, ▇▇▇▇▇ Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 Putrajaya ( kemudian dari ini disebut sebagai “TUAN TANAH” ) di satu pihak dan SYARIKAT ............................... yang beralamat di .................................................... ( kemudian dari ini disebut sebagai “PENYEWA” ) di pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA TUAN TANAH ialah tuan punya berdaftar di atas bangunan Kafetaria...........................(Nama PTJ)( kemudian ini disebut “Bangunan tersebut” ) yang terletak di atas sekeping tanah yang diperihalkan sebagai ........................................................................( kemudian daripada ini disebut “Tanah tersebut” ).
DAN BAHAWASANYA TUAN TANAH telah bersetuju bagi tujuan PERJANJIAN INI memperuntukkan sewa sebahagian ruang Bangunan tersebut dengan keluasan 750 meter persegi sebagaimana ditunjukkan dalam pelan di Lampiran ‘A’ ( kemudian dari ini disebut sebagai “PREMIS DEMIS” ) kepada PENYEWA dan PENYEWA telah bersetuju menerima sewaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat PERJANJIAN INI.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK DI ATAS SEPERTI BERIKUT :-
FASAL 1 - DEFINISI
Dalam PERJANJIAN INI, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, istilah berikut akan membawa maksud seperti berikut :-
‘TUAN TANAH’ ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan suatu Pertubuhan Perbadanan telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 ( Disemak 1988 ), mentadbir segala hartabenda yang terletak hakmilik pada Kerajaan Persekutuan.
‘PREMIS DEMIS’ merupakan satu ruang bangunan tersebut dengan keluasan 750 meter persegi sebagaimana ditunjukkan dalam pelan di Lampiran ‘A’ yang telah dikhaskan untuk Kafetaria …………………………. semata-mata dan tiada lain daripada ini termasuklah segala kelengkapan-kelengkapan dan pemasangan-pemasangan yang telah sedia ada di dalam ruang tersebut semasa penyerahan dibuat.
FASAL 2 - TEMPOH PERJANJIAN
PERJANJIAN INI akan berkuatkuasa mulai ………………… hingga ……………….. selama ……………. tahun sahaja.
FASAL 3 - PENYERAHAN PREMIS DEMIS
PENYEWA adalah bertanggungjawab untuk menyerah kembali PREMIS DEMIS dengan sempurna kepada TUAN TANAH berserta dengan kelengkapan-kelengkapan dan pemasangan-pemasangan padanya yang jika ditanggalkan akan merosakkan bangunan tersebut apabila tempoh PERJANJIAN INI tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat PERJANJIAN INI. PENYEWA walaubagaimanapun, boleh memindahkan mana-mana kelengkapan atau pemasangan yang dipasang olehnya selepas menandatangani PERJANJIAN INI dengan syarat ia menggantikan apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh pemindahan itu.
FASAL 4 - ▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇
PENYEWA hendaklah pada tarikh PERJANJIAN INI ditandatangani menyerahkan:-
▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ sewa premis sebanyak RM …………… ( Ringgit Malaysia: ……………………………………………….. ) yang merupakan …………….. bulan kadar sewaan premis demis.
▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ penyelenggaraan sebanyak RM ………….. (Ringgit Malaysia ………………… Sahaja) untuk pembayaran bagi penyelenggaraan dan pembaikan yang terpaksa dilakukan oleh sebab kecuaian atau kelemahan pengurusan pihak syarikat atas…………………………..(nama Ketua Jabatan PTJ).
▇▇▇▇ Cagaran Utiliti sebanyak RM …………… (Ringgit Malaysia …………………………..Sahaja) untuk pembayaran bil elektrik dan bil air.
▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇ sewa hendaklah dibayar kepada ………………………….
(Ketua PTJ atau KSU KKM) dalam bentuk Deraf Bank yang akan dikembalikan kepada PENYEWA selepas tamat tempoh Tiga (3) bulan daripada tarikh PERJANJIAN INI luput tanpa dibayar apa-apa faedah atau imbuhan.
TUAN TANAH sentiasa berhak, selain dari apa-apa remidi lain yang diberi hak kepadanya di bawah PERJANJIAN INI oleh PENYEWA, merampas atau memotong mana-mana atau kesemua wang cagaran tersebut seandainya didapati satu atau beberapa perlanggaran syarat PERJANJIAN INI.
Pihak PENYEWA sentiasa mempunyai hak menuntut Wang Cagaran seperti di Fasal 4.1.1. melalui Sijil Tiada Tuntutan.
FASAL 5 - KADAR SEWAAN
5.1. PENYEWA adalah dikehendaki membayar sebulan penuh bagi setiap bulan sebanyak RM ………………… ( Ringgit Malaysia: …………………. Sahaja ) melalui Deraf Bank atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tidak lewat dari Empat Belas (14) haribulan setiap bulan.
5.2. Kadar pembayaran sewa adalah sentiasa tertakluk kepada penilaian semasa yang akan dikaji semula setiap tempoh Satu (1) tahun, jika difikirkan perlu, oleh pihak TUAN TANAH.
5.3. Dimana berlaku kegagalan penjelasan sewa PREMIS DEMIS, pihak TUAN TANAH sentiasa berhak merampas kesemua atau mana-mana deposit di Fasal 4.1.1 bagi tujuan tersebut.
FASAL 6 – PEMBAYARAN BIL-BIL
Adalah menjadi tanggungjawab pihak PENYEWA menguruskan sendiri segala pembayaran kadar yuran, lesen serta bayaran-bayaran lain yang akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi yang berkaitan.
Pihak TUAN TANAH tidak bertanggungjawab atas kegagalan PENYEWA mematuhi maksud Fasal 6.1. di atas.
FASAL 7 – HAK PENJUALAN
7.1. Bagi tujuan ini pihak PENYEWA hendaklah memastikan segala undang-undang semasa mengenai Perkhidmatan Kafetaria Kakitangan (Jenis Separuh Kering) dipatuhi dengan tepat.
FASAL 8 – TANGGUNGJAWAB PENYEWA
8.1. Adalah menjadi tanggungjawab pihak PENYEWA menguruskan sendiri segala pembayaran kadar yuran, lesen serta bayaran-bayaran lain yang akan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi yang berkaitan.
8.2. Pihak TUAN TANAH tidak bertanggungjawab atas kegagalan PENYEWA mematuhi maksud Fasal 6.1. di atas.
8.3. Pihak PENYEWA tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan, tambahan serta menyerah, menyewa atau melepaskan premis demis kepada pihak lain tanpa membuat persetujuan secara bertulis dari pihak TUAN TANAH terlebih dahulu. Pihak PENYEWA akan bertanggungjawab di atas semua kerosakan yang berlaku akibat daripada kecuaian PENYEWA dan membayar kepada TUAN TANAH apa-apa bayaran yang dikenakan akibat kerosakan tersebut.
8.4. Pihak PENYEWA hendaklah menguruskan sendiri untuk mendapatkan apa-apa kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain undang-undang berkaitan untuk Perkhidmatan Kafetaria Kakitangan (Jenis Separuh Kering).
8.5. PENYEWA tidak dibenarkan menyewa kecil (sublet) atau melepaskan TAPAK itu atau mana-mana bahagiannya kepada pihak lain tanpa kelulusan bertulis daripada TUAN TANAH.
8.6. Pihak PENYEWA hendaklah mendapatkan perlindungan insuran yang memuaskan dan mencukupi bagi melindungi kemungkinan tuntutan dan kepentingan mana-mana pihak termasuk pihak ketiga selama tempoh sewaan berkuatkuasa. Salinan Perlindungan Insuran itu hendaklah diserah kepada pihak TUAN TANAH semasa PERJANJIAN INI ditandatangani oleh kedua belah pihak.
8.7. Pihak PENYEWA hendaklah patuh kepada semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain undang-undang berkaitan untuk Perkhidmatan Kafetaria Kakitangan (Jenis Separuh Kering). Tuan Tanah tidak bertanggungjawab ke atas tindakan undang-undang yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi Kerajaan di atas kegagalan PENYEWA mematuhi undang-undang.
8.8. Pihak PENYEWA bertanggungjawab sepenuhnya bagi melindungi TUAN TANAH dari sebarang tindakan undang-undang atau apa-apa tuntutan pihak ketiga yang dibuat di dalam dan luar mahkamah.
8.9. Pihak PENYEWA hendaklah menggunakan PREMIS DEMIS bagi tujuan penyediaan makanan seperti Lampiran A (1) dan penjualan makanan dan minuman yang dipersetujui oleh Kerajaan dan tidak boleh digunakan untuk lain-lain tujuan.
8.10. Pihak PENYEWA bertanggungjawab mematuhi sepenuhnya spesifikasi
kontrak kafeteria seperti di Jadual A dan ianya hendaklah dibaca bersekali dengan Dokumen Perjanjian ini dan menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian ini.
8.11. Pihak PENYEWA tidak dibenarkan mempamerkan sebarang bentuk iklan perniagaan atau sebagainya tanpa kelulusan TUAN TANAH melainkan iklan yang berbentuk nama atau pengenalan PENYEWA terlibat.
8.12. Pihak PENYEWA hendaklah mendapatkan Lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempoh bermulanya PERJANJIAN INI. Lesen tersebut hendaklah dipamerkan di ruang premis demis. Sekiranya Lesen berkenaan tidak diperolehi dan dipamerkan dalam tempoh yang ditetapkan, PERJANJIAN INI boleh ditamatkan. Permohonan Lesen hendaklah dilakukan secara tahunan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamatnya tempoh Lesen berkenaan.
8.13. Pihak PENYEWA hendaklah menguruskan sendiri untuk mendapatkan apa-apa kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain undang-undang berkaitan untuk tujuan perkhidmatan Kafetaria …………………. serta patuh kepada semua syarat-syarat yang dikenakan dan bertanggungjawab ke atas tindakan undang-undang yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain agensi Kerajaan di atas kegagalan PENYEWA mematuhi undang-undang.
8.14. Pihak PENYEWA hendaklah mematuhi segala garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Unit Kesihatan Awam, ………………………
(nama PTJ) / Pihak Berkuasa Tempatan dan mematuhi segala teguran dalam tempoh masa yang diarahkan. Kegagalan untuk mematuhi garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh ▇▇▇▇▇ ▇▇▇▇▇▇▇▇ Unit Kesihatan Awam,
……………………… (nama PTJ)/ Pihak Berkuasa Tempatan membolehkan
PERJANJIAN INI ditamatkan.
FASAL 9 – MASA PERKHIDMATAN
9.1. TUAN TANAH membenarkan PENYEWA memberi perkhidmatan setiap hari dalam tempoh PERJANJIAN INI bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam melainkan diarah tutup oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
9.2. Pihak PENYEWA hendaklah mempamerkan dengan terang dan jelas waktu operasi Kafetaria ………………… di pintu masuk utama.
FASAL 10 - PEMERIKSAAN PREMIS DEMIS
10.1. Pihak TUAN TANAH sentiasa mempunyai hak kebebasan keluar masuk bagi tujuan pemeriksaan Kafetaria ………………….. ini pada tiap-tiap masa yang difikirkan bersesuaian.
FASAL 11- DENDA
11.1. PENYEWA adalah sentiasa dikehendaki memperbaiki mana-mana bahagian PREMIS DEMIS yang didapati rosak atau cacat akibat kelakuan atau tindakan para pekerjanya dan/ atau ejennya, dalam masa yang ditetapkan oleh TUAN TANAH.
11.2. Di mana tindakan di Fasal 11.1 di atas telah gagal dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan, TUAN TANAH sentiasa mempunyai hak untuk:-
11.2.1. Melantik kontraktor lain memperbaiki segala kerosakan dan kecacatan tersebut, dan bagi tujuan ini, PENYEWA adalah dikehendaki menanggung kos pembaikan tersebut dan/ atau;
11.2.2. Merampas wang cagaran setimpal dengan kos pembaikan tersebut.
FASAL 12- “FORCE MAJEURE”
12.1. TUAN TANAH dan/ atau PENYEWA adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi kehendak PERJANJIAN INI jika tindakan, ketinggalan atau kegagalan ini timbul daripada keadaan-keadaan yang berikut :-
12.1.1. Rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak.
12.2. Dalam keadaan yang disebut di Fasal 12.1.1. di atas yang menyebabkan mana-mana pihak tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab di bawah PERJANJIAN INI, maka PERJANJIAN INI boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
FASAL 13 – TIMBANGTARA (‘ARBITRATION’)
13.1. Jika berlaku apa-apa pertikaian atau tuntutan yang timbul dari atau berkenaan dengan PERJANJIAN INI atau perlanggaran atau penamatan berkenaan PERJANJIAN INI, yang tidak dapat diselesaikan secara baik atau aman oleh pihak-pihak yang terlibat, hal, pertikaian atau tuntutan tersebut hendaklah dirujuk kepada Penimbangtara yang hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat atau sekiranya tidak ada persetujuan, hendaklah dicalonkan oleh Pengarah Pusat Timbangtara Serantau, Kuala Lumpur, di atas permintaan atau permohonan oleh satu pihak yang terlibat, dan apa-apa rujukan hendaklah dianggap sebagai satu rujukan kepada timbangtara mengikut cara yang diperuntukan oleh Akta Timbangtara 2005. Keputusan yang diberikan oleh ▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇ adalah muktamad dan mengikat ke atas pihak-pihak terlibat.
13.2. Setiap Timbangtara hendaklah dijalankan di Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur dengan menggunakan kesemua kemudahan-kemudahan dan kelengkapan-kelengkapan yang tersedia di pusat tersebut atau mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh Penimbangtara dan dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
13.3. Apa-apa rujukan kepada mana-mana hal, pertikaian atau tuntutan kepada timbangtara selaras dengan Fasal ini dan/ atau perlanjutan prosiding timbangtara akibat daripadanya hendaklah tanpa menyentuh apa-apa tuntutan oleh mana-mana satu pihak terhadap pihak yang satu lagi mengenai apa-apa perlanggaran terdahulu terhadap mana-mana persetujuan atau syarat yang terkandung dalam PERJANJIAN INI.
FASAL 14 - PENAMATAN PERJANJIAN
14.1. Dengan memberi Tiga Puluh (30) hari notis secara bertulis kepada PENYEWA, TUAN TANAH boleh terus menamatkan PERJANJIAN INI tanpa membayar apa-apa pampasan atau gantirugi:-
14.1.1. Jika sekiranya PENYEWA telah didapati melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat dalam PERJANJIAN INI;
14.1.2. Tanpa prejudis terhadap lain-lain hak kerajaan, jika kerajaan berpuas hati bahawa syarikat, kakitangan, pekerja, agen atau orang yang di gajikan terlibat dengan rasuah atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan PERJANJIAN INI atau perjanjian-perjanjian lain yang dimeterai oleh syarikat tersebut dengan Kerajaan, Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis secara serta-merta mengenai penamatan perjanjian tersebut dengan syarikat; dan
14.1.3. Dengan penamatan sebegitu, Kerajaan berhak ke atas segala kerugian, kos-kos, kerosakan dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan disebabkan oleh penamatan perjanjian.
14.1.4. Sekiranya TUAN TANAH menghendaki PREMIS DEMIS tersebut bagi apa-apa maksud sekalipun.
14.2. Tiada apa-apa tindakan seperti Fasal 14.1.1., 14.1.2., 14.1.3 dan 14.1.4. di atas akan menyentuh mana-mana hak TUAN TANAH untuk mendapatkan balik gantirosak.
14.3. Kedua-dua belah pihak, TUAN TANAH atau PENYEWA berhak menamatkan perjanjian pada bila-bila masa dengan memberi Tiga Puluh (30) hari notis secara bertulis.
FASAL 15 - PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
15.1. PERJANJIAN INI hendaklah sentiasa tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia.
FASAL 16 – PERJANJIAN INI MENGIKAT PENGGANTI ATAU PENERIMA SERAH
HAK
16.1. PERJANJIAN INI hendaklah mengikat dan memberi faedah kepada wakil, pengganti, penerima serah hak TUAN TANAH dan PENYEWA.
FASAL 17 - DUTI SETEM
17.1. Apa-apa duti setem yang mesti dibayar dengan PERJANJIAN INI ditanggung oleh PENYEWA.
FASAL 18 - ALAMAT SURAT MENYURAT
18.1. Semua surat-menyurat mengenai PERJANJIAN INI hendaklah dialamatkan seperti di bawah :-
18.1.1. TUAN TANAH
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN,
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH
DAN GALIAN PERSEKUTUAN,
ARAS 2, PODIUM 1,
WISMA SUMBER ASLI,
NO. 25, PERSIARAN PERDANA, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62574 PUTRAJAYA.
18.1.2. PENYEWA
PENGURUS,
SYARIKAT ……………………………
………………………………………….
FASAL 19 - PENUKARAN ALAMAT
19.1. ▇▇▇▇▇▇▇ adalah diminta memberitahu TUAN TANAH secara bertulis dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari sebelum berlakunya sebarang pertukaran alamat.
FASAL 20 - HAK MEMBUAT PINDAAN PERJANJIAN
20.1. Kedua-dua pihak dalam PERJANJIAN INI sentiasa berhak untuk membuat pindaan terhadap PERJANJIAN INI pada setiap masa di sepanjang tempoh kuatkuasa PERJANJIAN INI, jika difikirkan perlu.
20.2. Apa-apa pindaan kepada Perjanjian hendaklah dibuat secara bertulis dengan persetujuan kedua-dua pihak. Pindaan ini juga hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada PERJANJIAN INI.
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN DI ATAS, pihak-pihak dalam PERJANJIAN INI telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun seperti yang mula-mula bertulis di atas.
Perturunkan Cop Mohor
Pertubuhan Perbadanan
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dihadapan:
................................................................... ]
................................................................... ]
................................................................... ]
Ditandatangani oleh : ................................ ]
.................................................................. ]
................................................................... ]
No. Kad Pengenalan untuk........................ ]
Dan bagi pihak PENYEWA ]
Saksi:-
................................................................... ]
Nama:
No. Kad Pengenalan
.
