PERJANJIAN UNTUK MENYEWA PETI SIMPAN SELAMAT
Cawangan No.
PERJANJIAN UNTUK MENYEWA PETI SIMPAN SELAMAT
Perjanjian ini dibuat pada hari bulan 20 antara Public Bank Berhad [196501000672 (6463-H)], sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 27, Menara Public Bank, 000, Xxxxx Xxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx (“Bank”) di satu pihak;
DENGAN
Pihak yang butir-butirnya tercatat dalam Jadual A Perjanjian ini, di satu pihak yang lain (“Penyewa”). KINI ADALAH DENGAN INI dipersetujui seperti yang berikut:
1. TAKRIFAN
1.1 Dalam Perjanjian ini, ungkapan yang berikut hendaklah melainkan konteksnya sebaliknya menghendaki, bermaksud menunjukkan yang berikut:
Perkataan | Maksud |
“Akses” atau “akses” | hendaklah termasuk kuasa untuk membuka Peti tersebut, memeriksa, merekod, menyentuh, mengendalikan, mengeluarkan, menambah kepadanya, berurusan dengan dan melakukan semua perkara berkaitan dengan kesemua atau mana-mana bahagian isi kandungan Peti berkenaan. |
“Perjanjian” | bermaksud perjanjian ini termasuk apa-apa perubahan, pindaan dan/atau pengubahsuaian yang dibuat dari semasa ke semasa oleh Bank. |
“Undang-undang yang diterima pakai” | bermaksud semua statut, undang-undang, peraturan, garis panduan, arahan, perintah dan pekeliling yang berkaitan atau diterima pakai sama ada dikeluarkan oleh mahkamah, tribunal, badan atau pihak berkuasa kerajaan atau organisasi kawal selia sendiri dengan bidang kuasa ke atas Bank. |
“Orang yang Dibenarkan” | bermaksud mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Penyewa termasuk tetapi tidak terhad pada pemegang mandat yang dilantik oleh Penyewa untuk mendapat akses kepada Peti tersebut dan memberi arahan kepada Bank berkaitan dengan Peti berkenaan. |
“Peti” | bermaksud Peti Simpan Selamat yang mana butir-butir dinyatakan dalam Perkara 4 Jadual Perjanjian ini. Sekiranya Peti tersebut ditukarkan atau dipindahkan semula ke mana-mana cawangan lain atau mana-mana tempat lain seperti yang ditentukan oleh Bank, ia hendaklah merujuk pertukaran atau pemindahan semula kotak berkenaan. |
“Anak Kunci” | merujuk anak kunci untuk akses kepada Peti tersebut yang diberi kepada Penyewa atau juga dikenali sebagai anak kunci ‘B’. |
“Pihak-pihak” | hendaklah merujuk kepada Bank dan Penyewa. |
“PIBB” | merujuk Public Islamic Bank Berhad. |
“Kumpulan Public Bank” | bermaksud cawangan Bank, agensi, wakil, pegawai, sekutu persatuan atau perbadanan yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada subsidiarinya dan pegawai, kakitangan atau ejen masing-masing. |
“Kawasan Peti Simpan Selamat” | bermaksud lokasi atau kawasan di mana Peti tersebut di simpan di cawangan Bank. |
2. RUJUKAN
2.1 Perkataan yang mempunyai maksud mufrad termasuk jamak dan sebaliknya.
2.2 Perkataan yang mempunyai maksud jantina maskulin termasuk jantina feminin dan neuter dan sebaliknya.
2.3 | Suatu rujukan kepada orang termasuk mana-mana orang biasa, perbadanan, sama ada diperbadankan atau tidak dan peguam mereka, wakil, wasi, pentadbir, pengganti serah hak dan pemegang serah hak yang dibenarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Perjanjian ini akan mengikat ke atas mereka itu. | |
2.4 | Satu rujukan kepada “termasuk” atau “contohnya” atau perkataan lain seumpamanya apabila memperkenalkan contoh tidak terhad kepada maksud perkataan yang dicontohkan. | |
2.5 | Sekiranya terdapat lebih seorang daripada Penyewa, obligasi dan liabiliti Penyewa di bawah Perjanjian ini hendaklah bersama dan bersesama. Bagi mengelakkan keraguan, tiada seorang pun Penyewa yang perlu dilepaskan, atau liabilitinya terjejas oleh apa-apa pelepasan, pengeluaran, masa, pertimbangan, konsesi, pengecualian atau keizinan pada masa yang diberi atau dilaksanakan oleh Bank berkaitan dengan Penyewa. | |
2.6 | Tajuk dan tajuk kecil Perjanjian ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak harus diambil pertimbangan dalam mengadakan peruntukan dalam Perjanjian ini. | |
3. | TERMA | |
3.1 | Penyewa bersetuju untuk menyewa Peti daripada Bank untuk tempoh satu (1) tahun, bermula pada tarikh seperti yang dinyatakan dalam Perkara 5 Jadual A Perjanjian ini (“Tarikh Penyewaan”) dan berakhir pada tarikh yang dinyatakankan dalam Perkara 6 Jadual A Perjanjian ini (secara kolektif dirujuk sebagai “Tempoh Permulaan”) tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. | |
3.2 | Apabila Tempoh Permulaan berakhir, Perjanjian ini secara automatik akan diperbaharui setiap tahun kecuali ditamatkan mengikut terma dalam Perjanjian ini dan sentiasa dengan syarat sewa tahunan telah dibayar. | |
3.3 | Sekiranya Xxxxxxx tidak bercadang untuk membaharui Perjanjian ini selepas tamatnya Tempoh Pemulaan atau tempoh berikutnya, Penyewa hendaklah memberi kepada Bank notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan sebelum tamatnya Tempoh Permulaan atau tempoh berikutnya. | |
4. | SEWA | |
4.1 | Sebagai balasan kerana Bank bersetuju untuk menyewa Peti itu kepada Penyewa, Penyewa akan membayar satu jumlah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 7 Jadual A Perjanjian ini sebagai sewa tahunan bagi penyewaan Peti tersebut. | |
4.2 | Sewa tahunan perlu dibayar setiap tahun. Sewa tahunan pertama hendaklah dibayar pada Tarikh Penyewaan dan sewa tahunan berikutnya hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum Tarikh Penyewaan pada ulang tahun berikutnya. | |
4.3 | Semua sewa tahunan yang dibayar kepada Bank tidak akan dipulangkan dan tidak akan diproratakan walaupun sekiranya Perjanjian ini ditamatkan sebelum berakhirnya Tempoh Permulaan atau tempoh berikutnya oleh mana-mana pihak kepada Perjanjian ini atas apa jua sebab. | |
4.4 | Bank berhak untuk menyemak sewa tahunan dari semasa ke semasa dengan memberi notifikasi kepada Penyewa. | |
5. | DEPOSIT | |
5.1 | Penyewa dikehendaki membayar satu jumlah yang dinyatakan dalam Perkara 8 Jadual A Perjanjian ini sebagai deposit untuk kunci (“Deposit Kunci”) pada atau sebelum Tarikh Penyewaan. | |
5.2 | Bank berhak untuk menyemak Deposit Kunci dari semasa ke semasa dengan memberi notifikasi kepada Xxxxxxx. Sekiranya Deposit Kunci permulaan yang dibayar kepada Bank kurang daripada Deposit Kunci yang disemak semula itu, Penyewa dikehendaki menambah untuk perbezaan amaun, jika tidak Bank berhak untuk mendebit daripada akaun yang disenggara oleh Penyewa dengan Bank atau PIBB untuk amaun tersebut atau menamatkan Perjanjian itu dengan serta-merta. | |
5.3 | Deposit Kunci tidak boleh digunakan untuk menolak selesai sewa tahunan atau pembayaran yang terhutang dan perlu dibayar oleh Penyewa kepada Bank di bawah Perjanjian ini, kecuali dipersetujui oleh Bank secara bertulis. |
6. | ANAK KUNCI | ||
6.1 | Setiap Peti mestilah mempunyai dua (2) set Anak Kunci, iaitu Anak Kunci ‘A’ (bagi Kunci ‘A’ Peti tersebut) yang akan disimpan oleh Bank dan dua (2) Anak Kunci ‘B’ (bagi Kunci ‘B’ Peti tersebut). | ||
6.2 | Penyewa mengesahkan dan mengakui dalam borang yang dilampirkan dalam Lampiran 1 bahawa: | ||
6.2.1 | Beliau telah menerima dua (2) Anak Kunci ‘B’ dan telah mencuba kedua-dua anak kunci; dan | ||
6.2.2 | Kedua-dua anak kunci itu adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan, dan kedua-duanya boleh digunakan untuk mengunci dan membuka Peti berkenaan. | ||
6.3 | Penyewa mengaku janji untuk menyimpan Anak Kunci tersebut di bawah jagaan, simpanan dan milikan eksklusifnya. | ||
Anak Kunci Hilang, Dicuri atau Tersalah Letak | |||
6.4 | Sekiranya mana-mana Anak Kunci itu dikatakan hilang, dicuri atau tersalah letak, Penyewa dikehendaki melaporkan mengenai kehilangan, kecurian atau tersalah letak itu kepada Bank dengan serta-merta. | ||
6.5 | Bank akan meminta Xxxxxxx untuk mengemukakan bukti tentang kehilangan, kecurian atau tersalah letak itu termasuk laporan polis berkaitan yang dibuat oleh Penyewa. | ||
6.6 | Tertakluk pada pematuhan terhadap syarat-syarat Bank termasuk pemulangan Anak Kunci yang tidak hilang, tidak dicuri atau tersalah letak, Bank boleh mengikut budi bicaranya atau atas permintaan Penyewa mendapatkan Anak Kunci ganti atau Anak Kunci baharu untuk kunci ‘B’ Peti tersebut yang mana semua kos dan perbelanjaan yang dialami berikutan penggantian atau Anak Kunci baharu itu akan ditanggung oleh Penyewa. Sekiranya Penyewa gagal untuk membayar bagi kos dan perbelanjaan tersebut kepada Bank, Bank berhak untuk tidak menyerahkan Anak Kunci ganti atau Anak Kunci baharu kepada Penyewa. | ||
6.7 | Semua pembaikan, penggantian dan/atau pengubahan kepada dan/atau bagi Peti tersebut, kunci dan/atau Anak Kunci Peti tersebut hendaklah dibuat secara eksklusif oleh pekerja yang dilantik oleh Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Xxxxxxx. Bank tidak dipertanggungjawabkan bagi apa-apa ganti rugi terhadap isi kandungan Peti tersebut dan/atau kerugian yang dialami oleh Penyewa berikutan daripada atau berkaitan dengan pembaikan, penggantian dan/atau pengubahan yang dibuat oleh pekerja berkenaan. | ||
6.8 | Deposit Kunci itu tidak akan digunakan untuk menolak apa-apa kos dan perbelanjaan yang dialami bagi penggantian Anak Kunci berkenaan, kecuali dipersetujui oleh Bank secara bertulis. Sekiranya Deposit Anak Kunci itu digunakan untuk menolak kos dan perbelanjaan, Penyewa dikehendaki menokok amaun yang kurang, jika tidak, Bank berhak untuk mendebit daripada akaun yang disenggara oleh Penyewa dengan Bank atau PIBB untuk amaun tersebut atau menamatkan Perjanjian dengan serta merta. | ||
6.9 | Sekiranya Anak Kunci yang hilang, dicuri atau tersalah letak itu dijumpai atau diperoleh semula kemudiannya, Xxxxxxx mengaku janji untuk memulangkan Anak Kunci itu kepada Bank dengan serta- merta. | ||
Kunci Pendua | |||
6.10 | Penyewa mengaku janji untuk tidak membuat atau menyebabkan Anak Kunci itu dipenduakan dalam apa juga keadaan. Bank berhak untuk merampas mana-mana Anak Kunci yang dipenduakan. | ||
7. | MANDAT UNTUK MENGENDALIKAN | ||
7.1 | Bank berhak untuk bertindak menurut kaedah pengendalian Peti tersebut yang diberikan oleh Penyewa kepada Bank termasuk permintaan untuk mengakses Peti tersebut, menamatkan Perjanjian ini dan memulangkan Deposit Kunci. |
7.2 | Sekiranya terdapat perubahan dalam kaedah pengendalian Peti tersebut, Penyewa akan memaklumkan kepada Bank secara bertulis dan memberi kesemua dokumen yang diperlukan oleh Bank. Bank akan melaksanakan perubahan sekiranya ia berpuas hati bahawa kesemua dokumen berkenaan dengan perubahan itu telah disempurnakan. | ||
Bagi mengelakkan keraguan, sehingga perubahan sedemikian dibuat, kaedah pengendalian Peti tersebut hendaklah mengikut kaedah pengendalian sedia ada dan Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank yang berdasarkan kaedah pengendalian tersebut. | |||
7.3 | Apa-apa arahan yang diberi oleh Penyewa atau Orang yang Dibenarkan berkaitan dengan Perjanjian ini dan/atau Peti tersebut akan mengikat ke atas Penyewa. | ||
8. | AKSES KEPADA PETI | ||
8.1 | Dengan syarat terma Perjanjian dan apa-apa keperluan yang ditetapkan oleh Bank dipatuhi, Bank akan, semasa penerusan Perjanjian ini, membenarkan Penyewa untuk mengakses Peti tersebut pada waktu perbankan biasa Bank. | ||
8.2 | Penyewa mengesahkan bahawa beliau telah memeriksa Peti tersebut pada Tarikh Penyewaan dan Peti tersebut adalah dalam keadaan baik dan sempurna. | ||
8.3 | Xxxxxxxxx Xxxxxxx adalah seorang individu, Xxxxxxx tidak layak untuk membenarkan mana-mana orang untuk akses kepada Peti tersebut, kecuali dipersetujui oleh Bank secara bertulis. | ||
8.4 | Sekiranya Penyewa adalah sebuah syarikat, perkongsian, kelab, persatuan, pertubuhan atau badan kerajaan atau berkanun, Penyewa bersetuju bahawa Orang yang Dibenarkan akan mempunyai kuasa penuh untuk mengakses Peti tersebut dan semua tindakan yang dibuat atau diambil oleh Orang yang Dibenarkan akan mengikat ke atas Penyewa. | ||
8.5 | Bank berhak untuk tidak membenarkan Penyewa untuk mengakses Peti tersebut di bawah keadaan yang berikut: | ||
8.5.1 | Amaun yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini termasuk sewa tahunan masih tertunggak; | ||
8.5.2 | Penyewa mungkir atau gagal untuk mematuhi terma Perjanjian ini; | ||
8.5.3 | Bank mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat atau dokumen yang diberi oleh Penyewa adalah tidak betul, tidak tepat dan/atau tidak benar; | ||
8.5.4 | Bank, mengikut pandangannya, tidak berpuas hati dengan kelakuan atau tingkah laku Penyewa atau kelakuan atau tingkah laku Penyewa boleh menjejaskan kepentingan Bank; | ||
8.5.5 | Sekiranya Bank berdepan dengan keadaan kecemasan; | ||
8.5.6 | Kerja-kerja pembaikan atau pengubahan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan boleh menjejaskan keselamatan Peti tersebut atau Penyewa, pada pandangan Bank; | ||
8.5.7 | Kehadiran pelawat penting atau istimewa dalam premis Bank; | ||
8.5.8 | Apabila menerima perintah mahkamah yang menghalang akses kepada Peti tersebut oleh Penyewa; | ||
8.5.9 | Apabila menerima petisyen penggulungan, petisyen kebankrapan, permohonan untuk perintah injunksi terhadap Penyewa atau berkaitan dengan Peti tersebut atau isi kandungannya; | ||
8.5.10 | Sekiranya isi kandungan Peti tersebut dilekatkan, dirampas atau terkesan oleh perintah mahkamah, garis panduan, arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan atau atau mana-mana pihak berkuasa dengan bidang kuasa ke atas Bank; | ||
8.5.11 | Bagi mematuhi Undang-undang yang Diterima Pakai; |
8.5.12 | Sekiranya apa-apa prosiding termasuk prosiding guaman berkenaan dengan Penyewa, Peti tersebut dan/atau isi kandungannya; | ||
8.5.13 | Keadaan lain seumpamanya yang Bank anggap wajar; dan | ||
dalam keadaan sedemikian, Bank tidak bertanggungjawab terhadap Penyewa bagi apa-apa kerugian, kos dan/atau perbelanjaan yang dialami/ditanggung oleh Penyewa berikutan keengganan tersebut. | |||
8.6 | Bagi Penyewa bersama atau sekiranya Penyewa adalah perkongsian, syarikat, persatuan, pertubuhan, kelab atau badan kerajaan atau berkanun, | ||
8.6.1 | Sekiranya berlaku pertikaian antara Penyewa dan/atau Orang yang Dibenarkan; atau | ||
8.6.2 | Apabila menerima arahan daripada Penyewa dan/atau Orang yang Dibenarkan berkenaan dengan Perjanjian ini dan/atau Peti tersebut; | ||
Bank berhak untuk tidak membenarkan Penyewa atau Orang yang Dibenarkan untuk mengakses Peti tersebut dan hanya membenarkan akses sedemikian atas arahan semua Penyewa bersama atau Orang yang Dibenarkan, tanpa mengira kaedah pengendalian Peti berkenaan. Dalam keadaan sedemikian, Bank tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Xxxxxxx atas keengganannya untuk membenarkan akses kepada Peti tersebut. | |||
9. | PEMINDAHAN SEMULA/PERPINDAHAN PETI | ||
9.1 | Bank boleh pada bila-bila masa memindahkan semula atau memindahkan Peti tersebut ke mana-mana cawangan lain atau mana-mana tempat lain seperti yang ditentukan oleh Bank dengan memberi notis satu (1) bulan kepada Penyewa. | ||
10. | TIDAK MENYERAH HAK/MENYEWAKAN SEMULA | ||
10.1 | Penyewa tidak boleh menyerah hak atau menyewakan semula Peti tersebut kepada mana-mana orang lain. | ||
11. | BANK BUKAN BAILI ATAU PEMEGANG AMANAH | ||
11.1 | Bank bukan baili atau pemegang amanah bagi isi kandungan Peti tersebut. Ini tidak akan dilaksanakan melalui apa-apa notis atau amanah atau hak sama rata yang dikepilkan dengan isi kandungan Peti tersebut tidak kira sama ada Bank menerima notis atau amanah atau hak sedemikian. | ||
12. | LIEN | ||
12.1 | Selain dan tanpa prejudis terhadap apa-apa hak yang Bank mungkin ada di bawah Perjanjian ini dan dari segi undang-undang, Bank akan mempunyai lien am atau cagaran ke atas isi kandungan Peti tersebut sekiranya terdapat wang yang terhutang dan perlu dibayar oleh Penyewa kepada Bank, sama ada berikutan daripada Perjanjian ini atau sebaliknya. | ||
13. | ISI KANDUNGAN PETI | ||
13.1 | Penyewa tidak boleh menggunakan atau membenarkan Peti tersebut digunakan untuk: | ||
13.1.1 | Tujuan yang menyalahi undang-undang termasuk sebagai saluran bagi atau untuk memudahkan aktiviti yang dilarang oleh Undang-undang yang diterima pakai; | ||
13.1.2 | Pendepositan tunai atau wang, perolehan atau dana dalam apa-apa juga mata wang, sama ada untuk tujuan menyorok atau sebaliknya dan sama ada diperoleh secara haram atau tidak bagi tujuan untuk mengelakkan daripada apa-apa Undang-undang yang diterima pakai; | ||
13.1.3 | Apa-apa tujuan lain selain daripada untuk mendeposit barang yang bersesuaian yang boleh diinsuranskan oleh Penyewa. |
14. | MEMECAH PETI UNTUK MEMBUKANYA | ||
14.1 | Penyewa hendaklah apabila diminta oleh Bank, membenarkan Bank, ejen, wakil atau kakitangannya untuk memeriksa isi kandungan Peti tersebut bagi tujuan untuk memastikan Penyewa mematuhi Undang-undang yang diterima pakai dan Fasal 13 Perjanjian ini. | ||
14.2 | Bank berhak untuk memecahkan Peti tersebut untuk membukanya mengikut prosedur pengendalian operasi Bank dan sekiranya terdapat pakej berpateri atau penyangga yang berpateri atau berkunci dalam Peti tersebut, Bank berhak untuk membuka kunci dan/atau mengeluarkan penyangga berpateri/berkunci itu di bawah keadaan yang berikut: | ||
14.2.1 | Sebagai mematuhi Undang-undang yang diterima pakai atau perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank; | ||
14.2.2 | Pada pandangan Bank, Penyewa telah melanggar Fasal 13 Perjanjian ini; atau | ||
14.2.3 | Penyewa gagal untuk mematuhi permintaan Bank menurut Fasal 14.1 Perjanjian ini; dan | ||
dalam keadaan sedemikian, Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. | |||
14.3 | Sekiranya Bank melaksanakan haknya di bawah Fasal 14.2 Perjanjian ini, Bank berhak untuk berurusan dengan atau melupuskan isi kandungan Peti tersebut mengikut kaedah seperti yang dinyatakan dalam Fasal 18.7, 18.8, 18.9 and 18.10 Perjanjian ini atau menghantar isi kandungan itu kepada pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan mengikut arahan, pekeliling, perintah dan/atau notis yang dikeluarkan atau diberikan kepada Bank. Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. | ||
14.4 | Bank tidak boleh mencabar kesahan apa-apa arahan, perintah dan pekeliling yang dikeluarkan oleh mana- mana mahkamah, tribunal, badan atau pihak berkuasa kerajaan atau organisasi kawal selia sendiri dengan bidang kuasa ke atas Bank. | ||
14.5 | Sekiranya Bank menjalankan haknya untuk membuka Peti tersebut di bawah apa-apa keadaan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini termasuk tetapi tidak terhad pada membuka secara memecahkannya, ia akan dilakukan di hadapan sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai Bank. Senarai inventori isi kandungan yang ada dalam Peti tersebut akan disediakan dan ditandatangani oleh dua (2) orang pegawai Bank yang menyaksikan Peti tersebut dibuka. Senarai inventori berkenaan adalah konklusif bagi isi kandungan Peti tersebut apabila ia dibuka untuk semua tujuan. Walau apa pun, Bank berhak untuk menukar prosedur dengan mendapatkan seorang peguam untuk membuka Peti tersebut. | ||
14.6 | Semua kos dan perbelanjaan yang dialami oleh Bank berkaitan dengan membuka secara memecahkan Peti tersebut akan hanya ditanggung oleh Penyewa. | ||
15. | BARANG YANG HILANG YANG DITEMUI DI DALAM KAWASAN PETI SIMPAN SELAMAT | ||
15.1 | Penyewa bersetuju bahawa Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa barang yang tercicir oleh Penyewa, sama ada daripada Peti tersebut atau di kawasan Peti Simpan Selamat tersebut. | ||
15.2 | Sekiranya apa-apa barang ditemui di dalam kawasan Peti Simpan Selamat tersebut bukan milik Xxxxxxx, Xxxxxxx perlu menyerahkannya kepada Bank. | ||
15.3 | Senarai barang yang ditemui di kawasan Peti Simpan Selamat tersebut akan dipamerkan pada papan notis Bank di cawangan di mana Peti tersebut ditempatkan dan Penyewa yang merupakan pemilik barang itu boleh menuntutnya dalam tempoh satu (1) bulan kalendar dari tarikh notis diberi. | ||
15.4 | Sekiranya Penyewa gagal untuk menuntut barang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, Bank berhak untuk melupuskan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Fasal 18.7, 18.8, 18.9 dan 18.10 Perjanjian ini. Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. |
16. | TINDAKAN PERWAKILAN DAN JAMINAN | ||
16.1 | Penyewa mewakilkan dan menjamin bahawa: | ||
16.1.1 | Beliau mempunyai kapasiti guaman dan kuasa penuh untuk membuat Perjanjian, mengekalkan, mengakses dan memberi semua arahan berkaitan dengan Peti tersebut; | ||
16.1.2 | Tiada orang lain selain daripada Penyewa yang mempunyai kepentingan dalam isi kandungan Peti tersebut; | ||
16.1.3 | Tiada prosiding kebankrapan atau penggulungan dimulakan atau akan diambil terhadap Penyewa; | ||
16.1.4 | Semua maklumat yang diberi oleh Penyewa kepada Bank berkaitan dengan Peti tersebut dan Perjanjian ini tidak mengandungi apa-apa kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan atau tertinggal untuk menyebut apa-apa fakta; | ||
16.1.5 | Beliau tidak menyedari dan tidak dengan sengaja menyembunyikan apa-apa maklumat atau fakta yang mungkin menyebabkan Bank melanggari Undang-undang yang diterima pakai dengan membuat Perjanjian ini dengan Penyewa; dan | ||
16.1.6 | Beliau tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. | ||
17. | PENGGULUNGAN/KETAKSOLVENAN/KEMATIAN | ||
17.1 | Bagi individu, apabila berlaku kematian, ketakupayaan mental atau kebankrapan ke atas Penyewa, Bank boleh membekukan atau menunda akses kepada Peti tersebut tanpa bertanggungjawab terhadap Penyewa sehingga Bank menerima bukti memuaskan mengenai orang yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengakses Peti tersebut. | ||
17.2 | Walau apa pun dalam Fasal 17.1, Bank berhak untuk membenarkan: | ||
17.2.1 | Mana-mana orang yang menuntut sebagai layak untuk mentadbir harta pusaka Penyewa untuk mengakses Peti tersebut bagi tujuan untuk menyediakan inventori bagi permohonan untuk mendapatkan geran probet dan surat kuasa mentadbir untuk harta pusaka Penyewa; dan | ||
17.2.2 | Mana-mana orang yang menuntut sebagai pelaksana harta pusaka Penyewa untuk mengakses Peti tersebut dan mendapatkan wasiat atau dokumen perwasiatan Penyewa. Sekiranya Bank mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu berkemungkinan bukannya wasi bagi harta pusaka Penyewa, Bank tidak akan membenarkan orang itu daripada memindahkan wasiat atau dokumen perwasiatan daripada Peti tersebut. Dalam apa jua keadaan, Bank berhak untuk mendapatkan sesalinan wasiat atau dokumen perwasiatan Penyewa. | ||
17.3 | Tanpa prejudis terhadap Fasal 17.1 di atas, bagi Penyewa bersama, doktrin ketahanan hidup boleh diguna pakai sekiranya berlaku kematian salah seorang Penyewa. Bank dibenarkan untuk bertindak berdasarkan arahan Penyewa yang hidup termasuk tetapi tidak terhad pada penamatan Perjanjian ini dan akses kepada Peti tersebut oleh Penyewa yang hidup itu. Apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank berdasarkan arahan yang diberi oleh Penyewa yang hidup akan mengikat ke atas setiap Penyewa dan wakil peribadi masing- masing yang dilantik. | ||
17.4 | Bagi Xxxxxxx bukan individu, | ||
17.4.1 | Bank boleh menolak untuk menerima atau bertindak atas arahan yang diberi oleh mana-mana Orang yang Dibenarkan oleh Penyewa yang telah diisytiharkan bankrap tanpa bertanggungjawab kepada Penyewa; | ||
17.4.2 | Selepas petisyen penggulungan atau apa-apa notis pembubaran dikemukakan terhadap Penyewa, Bank boleh membekukan atau menunda akses kepada Peti tersebut tanpa bertanggungjawab kepada Penyewa sehingga Bank menerima bukti memuaskan mengenai orang yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengakses Peti tersebut. |
17.5 | Bagi syarikat, pertubuhan, kelab, persatuan, badan kerajaan atau berkanun atau perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, sekiranya Orang Dibenarkan meninggal dunia, Bank dibenarkan untuk bertindak atas arahan Orang Dibenarkan yang hidup berkaitan dengan Perjanjian ini dan Peti tersebut seolah- olah Orang Dibenarkan yang meninggal dunia itu bukanlah Orang yang Dibenarkan berkaitan dengan Peti tersebut sehingga Bank menerima notifikasi secara bertulis daripada Penyewa mengenai apa-apa pertukaran atau perubahan pada kaedah pengendalian Peti tersebut. | ||
18. | PENAMATAN | ||
Penamatan oleh Bank | |||
18.1 | Bank boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab sekali pun dengan memberi notis satu (1) bulan terlebih dahulu kepada Penyewa. | ||
18.2 | Walau apa pun fasal dalam Perjanjian ini, Bank boleh menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta apabila berlakunya keadaan yang berikut: | ||
18.2.1 | Tiada pembayaran apa-apa amaun yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini termasuk sewa tahunan; | ||
18.2.2 | Penyewa mungkir atau mengugut untuk memungkiri apa-apa fasal di bawah Perjanjian ini; | ||
18.2.3 | Penyewa tidak mematuhi Undang-undang yang diterima pakai; | ||
18.2.4 | Apa-apa tindakan perwakilan, jaminan atau aku janji yang dibuat kepada Bank oleh Penyewa tidak betul atau mengelirukan; | ||
18.2.5 | Penyewa meninggal dunia atau menjadi tidak upaya, tidak waras, taksolven, bankrap atau membenarkan apa-apa penghakiman untuk terus tidak dipatuhi bagi tempoh selama dua puluh satu (21) hari; | ||
18.2.6 | Sekiranya Penyewa melakukan apa-apa tindakan kebankrapan atau tidak dapat membayar hutangnya, atau menunda hutangnya atau membuat apa-apa komposisi atau aturan dengan atau untuk manfaat pemiutangnya; | ||
18.2.7 | Sekiranya apa-apa resolusi diluluskan atau sekiranya petisyen dikemukakan terhadap Penyewa; | ||
(a) Untuk kebankrapan, penyelesaian, pembubaran; atau | |||
(b) Untuk pelantikan penyelesai, penerima, dan/atau pengurus, pemegang amanah atau pengurus kehakiman atau pegawai yang setara; | |||
18.2.8 | Sekiranya penyelesai, penerima, dan/atau pengurus, pemegang amanah, pengurus kehakiman atau pegawai yang sama dilantik untuk semua atau bahagian penting aset Penyewa; | ||
18.2.9 | Sekiranya pelaksanaan atau apa-apa bentuk tindakan pemulihan atau penguatkuasaan dikenakan atau diambil terhadap mana-mana aset Penyewa; | ||
18.2.10 | Pada bila-bila masa selepas pemeteraian Perjanjian ini, undang-undang dan peraturan yang mengawal Bank menjadikannya tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak mungkin bagi Bank untuk membenarkan Penyewa atau untuk terus membenarkan Penyewa untuk menyewa Peti tersebut atau untuk mematuhi obligasi Bank di bawah Perjanjian ini; | ||
18.2.11 | Terdapat siasatan yang sedang atau akan dijalankan oleh polis, pihak berkuasa atau pengawal selia terhadap Penyewa; | ||
18.2.12 | Terdapat litigasi (sama ada sivil atau jenayah) prosiding arbitrasi atau pentadbiran yang akan, sedang dijalankan atau akan dikenakan terhadap Penyewa; | ||
18.2.13 | Terdapat laporan yang dibuat terhadap Penyewa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; |
18.2.14 | Penyewa telah dituduh dan didapati bersalah bagi apa-apa kesalahan jenayah atau mempunyai rekod jenayah; | |
18.2.15 | Bank mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Peti tersebut digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. | |
Penamatan oleh Penyewa | ||
18.3 | Bagi Penyewa bersama atau sekiranya terdapat lebih daripada satu (1) Orang yang Dibenarkan: | |
18.3.1 | Sekiranya kaedah pengendalian Peti tersebut adalah salah seorang Penyewa bersama atau Orang yang Dibenarkan, adalah dipersetujui bahawa Bank boleh meneruskan untuk menamatkan Perjanjian ini selepas menerima arahan bertulis yang dilaksanakan dengan sewajarnya oleh salah seorang Penyewa bersama atau Orang yang Dibenarkan. Arahan tersebut mengikat ke atas semua Penyewa bersama (jika individu) dan Penyewa (jika syarikat, pertubuhan, kelab, perkongsian, badan kerajaan atau berkanun atau persatuan); | |
18.3.2 | Sekiranya kaedah pengendalian Peti tersebut adalah berdasarkan kombinasi Penyewa bersama atau Orang yang Dibenarkan, adalah dipersetujui bahawa Bank boleh meneruskan untuk menamatkan Perjanjian ini selepas menerima arahan bertulis yang dilaksanakan dengan sewajarnya menurut kaedah pengendalian Peti tersebut. Arahan tersebut mengikat ke atas semua Penyewa bersama (jika individu) dan Penyewa (jika syarikat, pertubuhan, kelab, perkongsian, badan kerajaan atau berkanun atau persatuan). | |
Kesan daripada Penamatan | ||
18.4 | Selepas Perjanjian ini ditamatkan, fasal yang berikut akan diterima pakai: | |
18.4.1 | Kesemua isi kandungan Peti tersebut akan dikeluarkan oleh Penyewa dengan serta-merta dan Peti tersebut akan diserahkan kepada Bank dalam keadaan baik; | |
18.4.2 | Kesemua Anak Kunci yang diberikan oleh Bank kepada Penyewa akan dipulangkan kepada Bank dalam keadaan baik; dan | |
18.4.3 | Deposit untuk Anak Kunci akan dipulangkan kepada Penyewa tanpa dikenakan faedah selepas ditolak apa-apa amaun yang terhutang dan perlu dibayar oleh Penyewa kepada Bank termasuk apa-apa kos, perbelanjaan dan/atau penalti yang dialami atau dicaj oleh Bank berkenaan dengan pembaikan atau penggantian Peti tersebut dan/atau Anak Kunci sentiasa dengan syarat bahawa kesemua Anak Kunci telah dipulangkan kepada Bank. | |
18.5 | Selepas Anak Kunci dipulangkan kepada Bank, dianggap bahawa kesemua isi kandungan dalam Peti tersebut telah dikeluarkan oleh Penyewa. Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Penyewa gagal untuk mengeluarkan kesemua isi kandungan Peti tersebut sebelum Anak Kunci dipulangkan. | |
Kegagalan untuk mengeluarkan isi kandungan Peti tersebut atau memulangkan Anak Kunci selepas Perjanjian ini ditamatkan | ||
18.6 | Sekiranya Penyewa gagal untuk mengeluarkan kesemua isi kandungan Peti tersebut atau memulangkan kesemua Anak Kunci pada atau sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dikuatkuasakan, Bank berhak untuk mengambil langkah-langkah yang berikut tanpa notis selanjutnya kepada Penyewa: | |
18.6.1 | Mengenakan caj yang bersamaan dengan sewa tahunan bagi tempoh bermula sehari selepas penamatan Perjanjian ini dikuatkuasakan sehingga hari apabila isi kandungan dikeluarkan dari Peti tersebut, kesemua isi kandungan Peti tersebut tidak lagi disimpan dengan Bank dan semua Anak Kunci telah dipulangkan kepada Bank atau sehingga hari Bank memecah Peti tersebut untuk membukanya, mana-mana yang lebih dahulu; dan/atau | |
18.6.2 | Memecah Peti tersebut untuk membukanya berdasarkan prosedur pengendalian Bank dan kesemua isi kandungan dalam Peti tersebut akan dikeluarkan. Sekiranya terdapat pakej berpateri atau penyangga yang berpateri atau berkunci dalam Peti tersebut, Bank berhak untuk membuka kunci dan/atau mengeluarkan penyangga berpateri/berkunci itu. Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau apa-apa kerugian yang dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. |
18.7 | Tanpa prejudis terhadap apa-apa hak dan remedi yang Bank mungkin ada di bawah undang-undang dan/atau Perjanjian ini, Bank berhak untuk: | ||
18.7.1 | Menyerahkan isi kandungan yang dikeluarkan dari Peti tersebut dengan cara yang Bank anggap sesuai, dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Penyewa; | ||
18.7.2 | Mengekalkan isi kandungan yang dikeluarkan dari Peti tersebut dalam Peti tersebut atau tempat lain yang Bank anggap sesuai dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Penyewa; | ||
18.7.3 | Menghapuskan isi kandungan yang dikeluarkan dari Peti tersebut dengan cara yang Bank anggap sesuai termasuk melalui lelongan awam, pemusnahan atau menyerahkannya kepada polis atau pihak berkuasa yang berkaitan dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Xxxxxxx; dan | ||
dalam keadaan sedemikian, Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. Semua risiko berikutan tindakan tersebut terletak ke atas Penyewa semata-mata. | |||
18.8 | Sekiranya Bank melupuskan isi kandungan Peti tersebut melalui jualan, Bank berhak untuk menggunakan hasil jualan itu untuk membayar apa-apa amaun yang terhutang dan perlu dibayar oleh Penyewa di bawah Perjanjian ini serta hutang dan liabiliti lain yang Penyewa mungkin terhutang dengan Bank, sama ada berikutan daripada perjanjian bertulis, perintah mahkamah, penghakiman atau sebaliknya (“Amaun Terhutang”). | ||
18.9 | Sekiranya terdapat lebihan selepas perolehan digunakan bagi penyelesaian Akaun Terhutang kepada Bank, lebihan itu akan diletakkan dalam akaun yang tidak menghasilkan faedah. Sekiranya wang itu tidak dituntut dan dikelaskan sebagai wang tak dituntut berdasarkan Undang-undang yang diterima pakai, Bank akan menyerahkan wang itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan menurut Undang-undang yang Diterima pakai. | ||
18.10 | Sekiranya isi kandungan Peti tersebut tidak boleh dijual atau tidak dijual oleh Bank atas apa jua sebab, Bank berhak untuk, sekiranya tidak dapat menghubungi Penyewanya, membuat laporan polis dan selepas itu, menyerahkan barang yang tidak boleh dijual atau tidak dijual itu kepada polis atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan atau memusnahkan barang berkenaan. Bank tidak bertanggungjawab bagi apa- apa kerugian dan/atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Penyewa berikutan tindakan Bank itu. | ||
19. | PENGECUALIAN LIABILITI | ||
19.1 | Isi kandungan Peti tersebut didepositkan dalam Peti tersebut oleh Penyewa atas risikonya sendiri. | ||
19.2 | Bank dianggap tidak mengetahui bentuk atau nilai isi kandungan dalam Peti tersebut. | ||
19.3 | Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang dan tanpa prejudis kepada apa-apa fasal lain dalam Perjanjian ini, Bank termasuk para pengarah, pegawai dan kakitangannya tidak bertanggungjawab atas kerosakan kepada atau kehilangan isi kandungan Peti tersebut, sama ada di dalam Peti tersebut atau di dalam kawasan Peti Simpan Selamat yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung daripada peristiwa yang berikut: | ||
19.3.1 | Kecuaian, keingkaran yang disengajakan, tindakan penipuan atau ketertinggalan oleh Bank atau pegawai, kakitangan, pekerja, ejen atau kontraktornya; | ||
19.3.2 | Peti tersebut dibuka dan isi kandungannya dikeluarkan oleh mana-mana orang, sama ada dibenarkan atau tidak, yang membawa bersamanya Anak Kunci ‘B’; | ||
19.3.3 | Penyewa hilang Anak Kuncinya; | ||
19.3.4 | Tindakan mereka yang menyamar sebagai Penyewa atau Orang yang Dibenarkan; | ||
19.3.5 | Kecurian, rompakan, pecah masuk, masuk secara paksa atau salah atau pecah masuk, secara kekerasan atau tidak, bersenjata atau tidak; |
19.3.6 | Bencana alam atau bencana lain termasuk kebakaran, banjir, angin, ribut, gempa bumi, tanah runtuh, letupan atau runtuhan bangunan atau struktur atau mana-mana bahagiannya; | ||
19.3.7 | Apa-apa serangan, penyusupan, kebocoran, penyerapan atau hakisan oleh atau apa-apa organisme atau benda dalam apa jua bentuk, sama ada hidup atau tidak dan sama ada pepejal, cecair atau gas; | ||
19.3.8 | Menurut apa-apa Undang-undang yang Diterima Pakai atau perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank; | ||
19.3.9 | Dalam melaksanakan hak, kuasa dan remedi Bank di bawah Perjanjian ini dan/atau undang- undang; | ||
19.3.10 | Peperangan, rusuhan, sabotaj, kekacauan umum, rampasan, nationalisasi atau permintaan atau kemusnahan, atau kerosakan harta benda oleh atau mengikut arahan pihak berkuasa kerajaan atau awam; | ||
19.3.11 | Sebab-sebab di luar kawalan Bank. | ||
19.4 | Tanpa prejudis kepada apa-apa fasal dalam Perjanjian ini, Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa ganti rugi dan/atau kerugian, secara langsung atau tidak langsung, terpencil, boleh dilihat, yang diakibatkan atau sebaliknya yang dialami atau ditanggung oleh Penyewa. | ||
19.5 | Tanpa prejudis kepada apa-apa fasal di bawah Perjanjian ini dan yang menjejaskan keluasan makna Fasal 19, sekiranya liabiliti Bank kepada Penyewa bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi di bawah Perjanjian ini, berkaitan dengan Peti tersebut dan isi kandungannya tidak melebihi jumlah sebanyak RM10,000 dalam agregat. | ||
20. | INSURANS | ||
20.1 | Penyewa mengakui bahawa beliau telah dinasihatkan oleh Bank dan bersetuju untuk menginsuranskan semua isi kandungan Peti tersebut bagi dan sehingga nilai penuh yang boleh diinsuranskan terhadap kesemua yang di luar jangkaan dengan penginsurans pilihan Penyewa sendiri, tanpa mengira sama ada Bank telah mengambil apa-apa insurans berkaitan dengan isi kandungan Peti tersebut. | ||
20.2 | Melainkan dikehendaki oleh undang-undang, Bank tidak berkewajipan untuk menginsuranskan Peti tersebut dan/atau isi kandungannya terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi atau untuk luar jangka lain. Walau bagaimanapun, Bank boleh (tetapi tidak berkewajipan) atas kehendaknya sendiri untuk mengambil insurans berkenaan atas terma dan syarat yang Bank anggap wajar. | ||
20.3 | Sekiranya Bank mengambil apa-apa insurans berkaitan dengan Peti tersebut dan/atau isi kandungannya, sama ada atas kehendaknya sendiri atau mengikut keperluan oleh pengawalselianya, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia atau mana-mana penguatkuasa atau badan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, | ||
20.3.1 | Perlindungan insurans akan tertakluk pada terma polisi insurans dan sehingga perlindungan maksimum sebanyak RM10,000 sahaja; dan | ||
20.3.2 | Apabila berlakunya apa-apa peristiwa yang berpotensi membenarkan Bank untuk mengemukakan tuntutan di bawah polisi insurans, Penyewa akan dengan segera melakukan semua tindakan yang diperlukan untuk membantu dari segi tuntutan, termasuk menyediakan dokumen dan bukti yang diperlukan, membuat laporan polis dan menyempurnakan pendokumenan yang perlu. | ||
Dalam semua keadaan, Bank tidak bertanggungjawab terhadap Penyewa bagi apa-apa kegagalan atau keengganan penginsurans untuk membuat bayaran berkaitan dengan tuntutan Penyewa atau apa-apa ketaksahan polisi insurans atas apa jua sebab. |
21. | TANGGUNG RUGI | ||
21.1 | Selain dan tanpa prejudis kepada apa-apa hak atau remedi yang ada pada Bank (mengikut undang-undang atau sebaliknya) dan sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, Penyewa akan menanggung rugi dan mengelakkan Bank daripada menanggung rugi sepenuhnya daripada dan terhadap semua tuntutan, kerugian, kos, ganti rugi, liabiliti, caj dan perbelanjaan termasuk fi guaman dan kos dan semua cukai barang dan perkhidmatan, cukai-cukai lain, duti dan levi yang boleh dibayar bagi kos, caj dan perbelanjaan yang Bank akan tanggung atau alami disebabkan oleh: | ||
21.1.1 | Penyewa tidak mematuhi atau melanggari Perjanjian ini; | ||
21.1.2 | Bank bertindak mengikut arahan yang dikatakan diberi oleh Bank menurut Perjanjian ini termasuk tetapi tidak terhad pada penamatan Perjanjian ini; | ||
21.1.3 | Apa-apa perubahan dalam Undang-undang yang Diterima Pakai termasuk tetapi tidak terhad pada undang-undang percukaian atau peraturan mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank; | ||
21.1.4 | Apa-apa tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak terhdap Penyewa bagi atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa penggunaan Peti tersebut yang menyalahi undang- undang, penipuan, kecuaian atau tidak dibenarkan; | ||
21.1.5 | Pemeliharaan atau penguatkuasaan hak Bank di bawah Perjanjian ini; | ||
21.1.6 | Pematuhan oleh Bank akan apa-apa kehakiman, perintah mahkamah, dikri, arahan, undang- undang, peraturan atau perintah yang dikeluarkan oleh mana-mana tribunal atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank; atau | ||
21.1.7 | Apa-apa penglibatan Bank dalam prosiding dalam apa jua bentuk bagi melindungi atau yang berkaitan dengan Perjanjian ini. | ||
22. | PENDEDAHAN MAKLUMAT | ||
22.1 | Tanpa prejudis kepada apa-apa hak pendedahan lain yang Bank mungkin ada di bawah undang-undang, Penyewa bersetuju dan memberi keizinan kepada Bank termasuk kakitangan Bank, ejen atau mana-mana orang yang Bank memberi kebenaran untuk mengakses rekod Bank berkaitan dengan Penyewa untuk mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan dengan Penyewa, Perjanjian ini dan Peti tersebut kepada mereka yang berikut: | ||
22.1.1 | Mana-mana satu atau lebih anggota Kumpulan Public Bank bagi tujuan: | ||
(a) Pelaporan; | |||
(b) Pelaksanaan fungsi berpusat termasuk tetapi tidak terhad pada audit, risiko, pengurusan, kewangan dan teknologi maklumat; | |||
(c) Pematuhan dasar, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan Public Bank; | |||
(d) Pelaksanaan korporat; | |||
(e) Mengelak penipuan dan jenayah; | |||
(f) Pemungutan hutang; | |||
(g) Penyumberluaran fungsi dan/atau operasi Bank; | |||
(h) Penyiasatan dan menghalang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti jenayah; | |||
(i) Memperbaiki dan menambah penyediaan perkhidmatan oleh Bank atau Kumpulan Public Bank kepada Penyewa; |
22.1.2 | Mana-mana orang yang mempunyai kaitan dengan apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil oleh Bank untuk melindungi, memelihara dan menguatkuasakan hak Bank di bawah Perjanjian ini; | ||
22.1.3 | Mana-mana orang yang Bank lantik bagi tujuan untuk melaksanakan atau berkaitan dengan tujuan prestasi atau berkaitan dengan prestasi perkhidmatan atau fungsi pengoperasian yang telah disumberluarkan; | ||
22.1.4 | Juruaudit, peguam dan penasihat profesional Bank; | ||
22.1.5 | Polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan siasatan berkaitan dengan kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki; | ||
22.1.6 | Pencetak stationeri Bank, vendor sistem komputer yang digunakan oleh Bank dan kepada orang yang memasang dan menyenggaranya dan pembekal barang dan perkhidmatan yang dilantik oleh Bank; | ||
22.1.7 | Mana-mana agensi penarafan; | ||
22.1.8 | Peserta sebenar atau bakal peserta atau peserta kecil berkaitan dengan apa-apa obligasi Bank di bawah perjanjian antara Bank dengan Penyewa atau pemegang serah hak, novati dan penerima pindahan; | ||
22.1.9 | Mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank atau mana-mana ahli Kumpulan Public Bank; | ||
22.1.10 | Mana-mana pihak berkuasa percukaian atau penyiasatan bagi tujuan untuk memudahkan pertukaran maklumat berkaitan dengan hal-ehwal cukai; | ||
22.1.11 | Mana-mana pihak yang perlu untuk Bank bagi pelaksanaan obligasinya di bawah Perjanjian ini; | ||
22.1.12 | Mana-mana orang yang Bank atau mana-mana ahli dalam Kumpulan Public Bank dibenarkan atau dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa undang-undang di negara ini; dan | ||
22.1.13 | Orang yang Dibenarkan. | ||
22.2 | Bank dan Kumpulan Public Bank boleh bertindak dalam apa jua cara yang Bank anggap wajar sekiranya perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam apa jua bidang kuasa diserahkan kepada Bank. Penyewa bersetuju bahawa beliau tidak akan mempertanggungjawabkan Bank bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi berkaitan dengan tindakan Bank. | ||
22.3 | Penyewa mengesahkan bahawa beliau telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Notis Privasi yang dikeluarkan oleh Bank yang boleh didapati melalui xxx.xxxxxxx.xxx. Penyewa bersetuju bahawa kandungan Notis Privasi ini akan dianggap sebagai telah digabungkan secara rujukan dalam Perjanjian ini. | ||
23. | CUKAI | ||
23.1 | Penyewa perlu membayar apa-apa cukai atau levi yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan di bawah undang-undang berkenaan (dan hendaklah termasuk apa-apa pindaan kepada undang-undang, peraturan, garis panduan, keputusan atau arahan tersebut) untuk dibayar kepada badan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas bank berkenaan dengan fi dan caj yang dikenakan atau dialami oleh Bank dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Bank berkaitan dengan Perjanjian ini. | ||
23.2 | Apa-apa cukai atau levi yang dialami oleh Bank berkaitan dengan Perjanjian ini dan apa-apa barang atau perkhidmatan yang disediakan di bawah Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh dan dicaj kepada Penyewa dan sekiranya Bank membuat apa-apa pembayaran, Penyewa bertanggungjawab untuk membayar balik kepada Bank amaun yang telah dibayar itu. |
24. | KOS | ||
24.1 | Semua kos dan perbelanjaan termasuk kos guaman, caj dan perbelanjaan yang dialami oleh Bank berkaitan dengan Perjanjian ini, bagi pemeliharaan atau penguatkuasaan hak Bank di bawah Perjanjian ini atau bagi apa-apa prosiding guaman, sama ada Bank terlibat secara langsung atau tidak langsung akan ditanggung oleh Penyewa. | ||
24.2 | Bank berhak untuk mendebit akaun Penyewa yang disenggara dengan Bank atau PIBB bagi kos, caj dan perbelanjaan berkenaan. | ||
25. | NOTIS DAN KOMUNIKASI | ||
25.1 | Apa-apa notis, tuntutan, permintaan atau komunikasi yang dihantar oleh Bank kepada Penyewa boleh: | ||
25.1.1 | Dihantar dengan tangan ke alamat Penyewa terakhir yang diketahui oleh Bank; | ||
25.1.2 | Dihantar melalui pos (berdaftar, AR berdaftar, biasa atau seumpamanya) kepada Penyewa ke alamat terakhir yang diketahui oleh Bank; | ||
25.1.3 | Dihantar melalui faksimile ke nombor faksimile terakhir yang diketahui oleh Bank; | ||
25.1.4 | Dihantar melalui mel elektronik ke alamat mel elektronik terakhir yang diketahui oleh Bank; | ||
25.1.5 | Dihantar melalui mesej pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon mudah alih terakhir yang diketahui oleh Bank; atau | ||
25.1.6 | Disampaikan kepada Penyewa dengan meletakkannya melalui laman web Bank. | ||
25.2 | Notis, tuntutan atau komunikasi itu akan dianggap sebagai telah diterima oleh Penyewa: | ||
25.2.1 | Pada masa penghantaran ke alamat Penyewa, jika dihantar melalui tangan; | ||
25.2.2 | Pada hari ketiga (3) (termasuk hari pengeposan) dari tarikh ia diposkan; | ||
25.2.3 | Pada masa transmisi faksimile selesai dibuat; | ||
25.2.4 | Pada masa mel secara elektronik selesai dibuat; | ||
25.2.5 | Pada masa penghantaran mesej pesanan pendek (SMS) selesai dibuat; atau | ||
25.2.6 | Pada masa diletakkan di laman web Bank. | ||
25.3 | Penyewa bersetuju untuk memaklumkan kepada Bank dengan serta-merta mengenai apa-apa perubahan surat-menyurat, pengeposan atau alamat tempat kediaman dan maklumat untuk menghubunginya (“Maklumat”). Sekiranya Penyewa tidak memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa perubahan dalam Maklumat ini, Penyewa bersetuju bahawa Bank boleh hanya bergantung pada mana-mana alamat dan/atau maklumat untuk menghubungi seperti yang terdapat dalam rekod Bank atau yang diperoleh oleh Bank daripada apa-apa komunikasi yang dikatakan diberi oleh Penyewa kepada Bank. | ||
25.4 | Apa-apa kegagalan oleh Xxxxxxx untuk memaklumkan kepada Bank mengenai perubahan dalam Maklumatnya yang menyebabkan kelewatan atau surat-menyurat dan/atau notis tidak sampai kepadanya tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan Bank di bawah Perjanjian ini. | ||
25.5 | Bagi Penyewa bersama, Bank akan hanya menghantar notis atau berhubung dengan mereka menggunakan alamat surat-menyurat yang diberi oleh Penyewa dan notis serta komunikasi tersebut akan dianggap sebagai telah dihantar kepada semua Penyewa bersama. |
26. | HAK UNTUK MENDEBIT | ||
26.1 | Tanpa menjejaskan apa-apa hak lain yang Bank mungkin ada di bawah Perjanjian ini atau melalui pelaksanaan, Bank boleh pada bila-bila masa mendebit akaun Penyewa yang disenggara dengan Bank atau PIBB, sama ada secara individu atau bersama, bagi apa-apa wang yang perlu dibayar oleh Penyewa kepada bank di bawah Perjanjian ini. | ||
27. | HAK UNTUK MENOLAK SELESAI | ||
27.1 | Selain daripada apa-apa hak am untuk menolak selesai yang Bank mungkin ada di bawah undang-undang atau perjanjian lain, Bank boleh memberi notis tujuh (7) hari kepada Penyewa atau apa jua tempoh lain seperti yang dikehendaki di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa, yang mana terdahulu, untuk menolak selesai apa-apa amaun yang terhutang dan perlu dibayar oleh Penyewa kepada Bank di bawah Perjanjian ini dengan mana-mana akaun Penyewa yang disenggara dengan Bank atau PIBB. | ||
27.2 | Apabila notis seperti yang disebut di atas dikeluarkan, Penyewa bersetuju bahawa Bank berhak untuk menguntukkan atau menunda baki kredit sebelum menolak selesai. Penyewa tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan apa-apa baki kredit tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Bank terlebih dahulu. | ||
28. | DASAR ANTISOGOKAN DAN ANTIRASUAH BANK | ||
28.1 | Bank telah melaksanakan Dasar Antisogokan dan Antirasuah (“Dasar ABAC”) yang menerima pakai “pendekatan toleransi sifar” terhadap apa juga bentuk sogokan dan rasuah dalam menjalankan perniagaannya. Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar ABAC itu, sila layari laman web Bank. | ||
28.2 | Penyewa perlu memastikan Dasar ABAC itu dipatuhi dan tidak akan melakukan apa-apa tindakan sogokan atau rasuah yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Antirasuah Malaysia 2009 (“Akta SPRM”), garis panduan, undang-undang kecil, peraturan dan apa-apa enakmen semula Akta SPRM berkenaan. | ||
28.3 | Bank berhak untuk menamatkan Perjanjian ini serta-merta sekiranya Penyewa didapati melanggari Dasar ABAC itu atau didapati terlibat dengan apa-apa tindakan sogokan atau amalan rasuah. | ||
29. | FORCE MAJEURE | ||
29.1 | Sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian ini berikutan apa-apa sebab di luar kawalan Bank termasuk tetapi tidak terhad pada: | ||
29.1.1 | Peralatan, sistem atau transmisi yang rosak atau gagal untuk berfungsi; | ||
29.1.2 | Kebakaran, gempa bumi, banjir, letupan, bencana alam, ketentuan Tuhan, tindakan keganasan, peperangan (yang diisytiharkan atau tidak), kemalangan, epidemik, pandemik, mogok, sekatan masuk, pertikaian buruh, embargo, rusuhan, gangguan sivil, tsunami; | ||
29.1.3 | Kegagalan atau gangguan telekomunikasi, internet, bekalan air dan minyak; atau | ||
29.1.4 | Apa-apa keadaan lain dalam bentuk force majeure, iaitu peristiwa luar jangka yang menghalang Bank daripada melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian ini, | ||
Bank tidak akan dalam apa juga cara bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan, kerugian, kerosakan atau kesukaran yang Pemegang Akaun mungkin alami berikutan kegagalan untuk melaksanakannya. | |||
30. | PENEPIAN | ||
30.1 | Apa-apa kegagalan atau penangguhan oleh Bank untuk melaksanakan hak dan remedi yang tersedia kepada Bank di bawah Perjanjian ini atau undang-undang tidak harus dianggap sebagai penepian oleh Bank untuk melaksanakan hak dan remedi tersebut. |
30.2 | Sekiranya Bank memutuskan untuk tidak melaksanakan hak yang Bank mungkin ada berkaitan dengan pelanggaran oleh Penyewa, ia tidak akan dianggap sebagai penepian hak Bank dan Bank mengekalkan hak itu pada bila-bila masa selepas itu untuk menguatkuasakan dengan ketat atau bertegas akan haknya berkaitan dengan pelanggaran tersebut atau pelanggaran berikutnya oleh Penyewa. | |
31. | KEBOLEHASINGAN | |
31.1 | Sekiranya mana-mana fasal dalam Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, fasal yang tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu hendaklah dianggap sebagai tidak dimasukkan dalam Perjanjian ini dan baki fasal dalam Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa, dikuatkuasakan dan tidak akan terjejas dalam apa jua cara oleh fasal yang tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu. | |
32. | PINDAAN | |
32.1 | Bank boleh meminda, mengubah suai, menyemak semula dan/atau mengubah fasal dalam Perjanjian ini dengan memberi notis awal kepada Penyewa. Pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan/atau pengubahan fasal yang akan dikuatkuasakan pada tarikh efektif yang dinyatakan dalam notis berkenaan. | |
32.2 | Sekiranya Penyewa terus menyewa Peti tersebut, Penyewa dianggap bersetuju dengan fasal pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan perubahan berkenaan. | |
32.3 | Sekiranya Penyewa tidak bersetuju dengan pindaan, pengubahsuaian, semakan semula dan perubahan berkenaan, Penyewa hendaklah menamakan Perjanjian ini mengikut kaedah seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. | |
33. | REMEDI TERKUMPUL | |
33.1 | Hak, kuasa dan keistimewaan yang disediakan di bawah Perjanjian ini adalah terkumpul dan tidak eksklusif terhadap apa-apa hak, remedi dan keistimewaan yang diperuntukkan oleh undang-undang, dalam mana-mana perjanjian lain antara Pihak-pihak atau seumpamanya. | |
34. | PEMELIHARAAN HAK DAN KELAYAKAN | |
34.1 | Penyewa bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan dalam mana-mana bahagian Perjanjian ini, hak dan kelayakan Bank seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan berkesan dan mengatasi apa-apa penamatan atau penggantungan Perjanjian dan/atau Peti tersebut. | |
35. | PENYERAHHAKAN | |
35.1 | Pemegang Akaun tidak boleh menyerah dan/atau memindah hak mana-mana hak dan obligasinya di bawah Perjanjian ini. | |
35.2 | Bank boleh menyerah dan/atau memindah hak kesemua atau mana-mana hak, hak milik obligasi dan kepentingannya di bawah Perjanjian ini kepada mana-mana orang yang Bank anggap wajar. | |
36. | BAKAL PENGGANTI | |
36.1 | Perjanjian ini akan mengikat ke atas waris, wakil peribadi, pengganti Xxxxxxx dari segi hak milik dan pengganti dan penerima serah hak Bank. | |
37. | PENGESAHAN KEFAHAMAN TERHADAP PERJANJIAN | |
37.1 | Penyewa mengesahkan bahawa beliau telah membaca terma dan syarat Perjanjian ini dan faham akan setiap terma dan syarat dalam Perjanjian ini. |
38. | UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENGAWAL | |
38.1 | Perjanjian ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan menurut Undang-undang Malaysia dan Penyewa tanpa boleh batal perlu mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia. | |
38.2 | Penyewa bersetuju untuk mengetepikan apa-apa bantahan atas sebab kesesuaian tempat, bidang kuasa atau sebab-sebab yang sama. | |
[RUANGAN DI BAWAH INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG] |
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang mula-mula bertulis di atas. | ||
Untuk Bank | ||
DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak | ) | |
PUBLIC BANK BERHAD | ) | |
[196501000672 (6463-H)] | ) | |
disaksikan oleh: | ) | ……………………………………… |
Nama: No. KP: | ||
……………………………………… | ||
Nama (Saksi): No. KP: | ||
Untuk Penyewa Untuk Penyewa Individu | ||
DITANDATANGANI oleh Penyewa | ) | |
disaksikan oleh: | ) | ……………………………………… |
Nama (Penyewa): No. KP: | ||
) | ||
…………………………………………….. | ) | ……………………………………… |
Nama (Saksi): | Nama (Penyewa): No. KP: | |
) | ||
) | ……………………………………… | |
Nama (Penyewa): No. KP: | ||
) | ||
) | ……………………………………… | |
Nama (Penyewa): No. KP: | ||
Untuk Penyewa Bukan Individu | ||
DITANDATANGANI untuk dan bagi | ) | |
pihak Penyewa | ) | ……………………………………… |
disaksikan oleh: | Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | |
No. KP: | ||
) | ||
……………………………………… | ) | ……………………………………… |
Name (Saksi): No. KP: | Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | |
No. KP: | ||
Cap Getah Syarikat/Firma | ) | |
) | ……………………………………… | |
Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | ||
……………………………………………… | No. KP: | |
) | ||
) | ……………………………………… | |
Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | ||
No. KP: |
Jadual A
Bil. | Huraian | Butir-butir |
1. | Nama Penyewa | |
2. | No. KP/Pasport/Pendaftaran Syarikat/Pendaftaran Perniagaan/ ID | |
3. | Alamat | |
4. | No. Peti Simpan Selamat dan Cawangan Bank | |
5. | Tarikh Penyewaan Peti Simpan Selamat | |
6. | Tarikh Tamat Penyewaan Peti Simpan Selamat | |
7. | Sewa Tahunan | |
8. | Deposit Anak Kunci |
Lampiran 1 | |
Pengakuan dan Pengesahan oleh Penyewa | |
Kepada: Public Bank Berhad [196501000672 (6463-H)] | |
Saya/Kami, mengakui dan mengesahkan bahawa saya/kami telah: | |
(1) Menerima dua (2) anak kunci “B” bagi peti simpan selamat nombor: di cawangan _; | |
(2) Telah mencuba kedua-dua anak kunci ‘B’ dan kedua-duanya sesuai dengan kunci ‘B’ dan boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kunci ‘B’ peti simpan selamat berkenaan dan kedua-dua anak kunci ‘B’ dan kunci ‘B’ adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan; dan | |
(3) Telah memeriksa peti simpan selamat berkenaan dan peti tersebut adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan. | |
Bertarikh hari bulan , | |
Untuk Penyewa Individu | |
………………………………………………. | ………………………………………………. |
Nama (Penyewa): | Nama (Penyewa): |
No. KP: | No. KP: |
………………………………………………. | ………………………………………………. |
Nama (Penyewa): | Nama (Penyewa): |
No. KP: | No. KP: |
Untuk Penyewa Bukan Individu | |
Untuk dan bagi pihak Penyewa | |
………………………………………………. | ………………………………………………. |
Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): |
No. KP: | No. KP: |
………………………………………………. | ………………………………………………. |
Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): | Nama (Penandatangan yang Diberi Kuasa oleh Penyewa): |
No. KP: | No. KP: |
Cap Getah Syarikat/Firma | |
………………………………………………. |