PANDUAN DOKUMEN
PANDUAN DOKUMEN
GERAN “BRING YOUR OWN DEVICE” (BYOD)
(√) Penerangan
1. Sila pastikan bahawa dokumen yang diterima lengkap seperti berikut:
- Surat tawaran Geran “Bring Your Own Device” (BYOD)
- Memorandum Penerimaan
- 3 salinan Perjanjian Geran “Bring Your Own Device” (BYOD)
2. Memorandum Penerimaan
- Memorandum Penerimaan yang telah ditandatangani hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan kepada Seksyen Perkhidmatan Kakitangan Jabatan Bendahari.
- Sekiranya pihak urusetia tidak menerima memorandum tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran tersebut adalah dianggap luput.
3. Perjanjian Geran “Bring Your Own Device” (BYOD)
- Perjanjian ini hendaklah ditandatangani tiga (3) salinan.
- Satu (1) salinan hendaklah dikemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta disetem hasil secukupnya berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh LHDN (selaras dengan Akta Setem 1949).
- 2 salinan perjanjian (termasuk yang disetem hasil) hendaklah dikemukakan kepada Seksyen Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari bagi tujuan penyaluran geran.
- Penyaluran geran tidak akan dibuat sekiranya dokumen perjanjian tidak dikemukakan kepada Seksyen Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari.
4. Pengesahan Pembelian Perkakasan
- Perkakasan BYOD, dokumen salinan resit dan waranti hendaklah diserahkan kepada Sektor Pengurusan Teknologi Komputer, Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh geran BYOD diterima bagi memastikan peranti yang digunakan mempunyai kawalan keselamatan dan direkodkan.
- Sekiranya pengesahan dan penyerahan dokumen tersebut gagal dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh geran BYOD diterima, maka kemudahan geran BYOD tersebut akan dianggap sebagai terbatal dan dengan itu, penerima geran dikehendaki membayar semula (reimburse) kemudahan BYOD tersebut kepada Universiti secara sekali gus.
5. Perlindungan Insuran
- Perlindungan insuran terhadap perkakasan yang dibeli akan dilaksanakan setelah semakan fizikal laptop dan resit disemak serta diperakukan di peringkat Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK).
- Anggaran harga bagi perlindungan insuran adalah sejumlah RM30 setahun (tertakluk kepada sebutharga yang diberikan oleh agensi insuran).
- Bayaran Premium insuran tersebut akan dibuat melalui potongan gaji secara tahunan sehingga genap tempoh pejanjian selama 4 tahun.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Seksyen Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari seperti berikut:
Nama | Alamat E-mel |
Xxxxxxx Xxxxxxx Xxxxxx | |
Xxxxx Xxxxxxx |
Sila simpan dokumen ini untuk rujukan