MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
DI ANTARA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
DAN
ABC SDN BHD
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INI dibuat pada ........ haribulan …………………. 20 (selepas ini dirujuk sebagai "Memorandum");
DI ANTARA
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, sebuah institusi pengajian tinggi awam yang diperbadankan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan bagi maksud Memorandum ini diwakili oleh …………………………………… yang beralamat di 11800 USM, Pulau Pinang (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "USM") di satu pihak;
DAN
ABC (No. Syarikat................................) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, dan mempunyai alamat perniagaannya di .............................................................. (selepas ini dirujuk sebagai "ABC"), di satu pihak yang lain.
(USM dan ABC, selepas ini akan dirujuk secara kolektif sebagai "Pihak-Pihak" dan secara individu sebagai "Pihak", di mana bersesuaian)
BAHAWASANYA: -
A. USM merupakan sebuah universiti penyelidikan ulung di Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan dan menguatkan program pembelajarannya dan telah mengambil banyak inisiatif dalam melengkapkan kecemerlangan pendidikannya. Dengan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran, pengalaman, dan kumpulan pakar pelbagai bidang di kalangan kakitangannya, USM telah melaksanakan banyak kerjasama kolaboratif dengan pelbagai pihak dalam usahanya untuk meningkatkan pengisian penyelidikan dan mengukuhkan jaringan industrinya.
B. ABC adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam ………………………………………………..
C. Berikutan perbincangan antara USM dan ABC, Pihak-Pihak berhasrat untuk mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan tinggi dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada Pihak-Pihak, dan bersetuju bahawa kerjasama dan usahasama ini akan memberi peluang dan manfaat kepada Pihak-Pihak.
D. Memorandum ini menyediakan kerangka dan niat umum Pihak-Pihak bagi membentuk suatu kerjasama ke arah penyediaan perjanjian yang muktamad.
ADALAH DENGAN INI difahami seperti berikut:
1. Objektif Memorandum
1.1 USM dan ABC akan berusaha untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam kerjasama ini untuk projek-projek yang saling memberi manfaat kepada Pihak-Pihak, antara lain: -
i) penyelidikan bersama dalam .......................................;
ii) penyertaan bersama dalam..........................................; dan
iii) mana-mana projek-projek lain yang akan dikenal pasti dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak pada peringkat selepas ini.
1.2 Bagi mencapai objektif Memorandum ini, Pihak-Pihak akan berusaha atas dasar kepentingan bersama iaitu pada lingkungan undang-undang, perlembagaan, peraturan-peraturan dan/atau dasar masing-masing.
1.3 Memorandum ini hendaklah menjadi asas persetujuan bagi Pihak-Pihak untuk mengkaji kemungkinan mengadakan kerjasama sehingga satu perjanjian dimeterai oleh Pihak-Pihak atas terma dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
2. Kerahsiaan
2.1 Tiada Pihak dibenarkan menerbit atau, menzahirkan pada bila-bila masa kepada mana-mana pihak ketiga, isi kandungan Memorandum ini atau apa-apa Maklumat Sulit Pihak lain yang diperolehi hasil kerjasama dari Memorandum ini, tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak yang satu lagi
2.2 Bagi tujuan Memorandum ini, "Maklumat Sulit" ertinya mana-mana dan semua maklumat teknikal dan bukan teknikal termasuk paten, hak cipta, rahsia perdagangan, pengetahuan dan maklumat keempunyaan, teknik, lakaran, lukisan, gambar rajah, kaedah, proses, radas, kelengkapan, algoritma, program perisian, dokumen sumber perisian, dan formula yang berkaitan dengan teknologi atau ciptaan, dan termasuk tanpa had, maklumat masing-masing mengenai penyelidikan, kerja-kerja uji kaji, pembangunan perincian reka bentuk dan spesifikasi, kejuruteraan, maklumat kewangan, keperluan pemerolehan, senarai pelanggan, ramalan perniagaan, jualan dan perdagangan dan pelan pemasaran dan maklumat yang ditetapkan secara bertulis untuk menjadi sulit atau melalui sifat yang bertujuan untuk pengetahuan semata-mata pihak yang menerima atau jika secara lisan diberikan secara meyakinkan dan disahkan dengan segera secara bertulis seperti yang telah didedahkan sebagai sulit atau keempunyaann untuk tujuan Memorandum ini, yang disampaikan oleh pihak yang mendedahkan kepada pihak yang menerima, bertulis, lisan, digital, magnetik, fotografi dan/atau apa-apa bentuk jua;
3. Memorandum Yang Tidak Mengikat
Walau apapun kenyataan dan kewajipan yang terkandung di sini, Memorandum ini tidak mewujudkan hubungan undang-undang di antara Pihak-Pihak baik undang-undang domestik mahupun antarabangsa, dan Pihak-Pihak tidak terikat di sisi undang-undang sehingga dan melainkan jika satu perjanjian muktamad telah dirunding dan disempurnakan dengan sewajarnya oleh wakil-wakil yang diberi kuasa USM dan ABC. Kecuali keingkaran di bawah klausa 2 Memorandum ini, Memorandum ini tidak boleh menimbulkan sebarang proses perundangan di antara Pihak-Pihak.
4. Keesahan, Penamatan dan Pembaharuan Memorandum
4,1 Memorandum ini adalah sah dan berkuat kuasa selama tiga (3) tahun dari tarikh Memorandum ini tanpa mengira tarikh berlainan ianya ditandatangani.
4.2 Pihak-Pihak boleh menamatkan Memorandum ini dengan memberikan satu (1) bulan notis bertulis kepada Pihak yang satu lagi. Tanpa mengambil kira tempoh atau penamatan awal Memorandum ini, obligasi Pihak-Pihak dalam klausa 2 akan terus wujud dan kekal mengikat Pihak-Pihak bagi tempoh lima (5) tahun dari tamat tempoh atau penamatan awal Memorandum ini (sebagai mana yang berkenaan) atau, tamat tempoh atau penamatan awal tempoh yang diperbaharui (mengikut mana-mana yang berkenaan) sebagaimana yang diperuntukkan dalam klausa 4.3 di sini.
4.3 Memorandum ini boleh diperbaharui dengan persetujuan bersama secara bertulis Xxxxx-Xxxxx.
5. Notis
Apa-apa notis atau komunikasi antara Pihak-Pihak hendaklah diserahkan ke alamat yang dinyatakan dalam Memorandum ini, atau dihantar kepada nombor faksimili atau e-mel Pihak-Pihak.
6. Variasi
Syarat dan terma yang ditetapkan dalam Memorandum ini tidak boleh dipinda, diubah, ditukar atau sebaliknya diubah suai tanpa persetujuan bersama Pihak-Pihak dan apa-apa pindaan, pengubahsuaian, perubahan dan pengubahsuaian hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak kepada Memorandum ini.
7. Undang-Undang digunapakai
Memorandum ini hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan Pihak-Pihak dengan ini mengemukakan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.
8. Penyelesaian Pertikaian
Pihak-Pihak bersetuju bahawa semua pertikaian yang timbul akibat daripada Memorandum ini hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan dan perbincangan dan dengan tujuan untuk penyelesaian secara baik bagi faedah bersama Pihak-Pihak tanpa merujuk kepada pihak ketiga atau sebarang tribunal domestik atau antarabangsa.
9. Pelaksanaan Memorandum
Pertukaran salinan Memorandum ini dan halaman tandatangan melalui faksimili atau elektronik lain penghantaran hendaklah menjadi pelaksanaan dan penyampaian yang berkesan Memorandum ini dan boleh digunakan sebagai ganti Memorandum bagi segala maksud.
10. Serahhak
Melainkan jika dipersetujui selainnya secara bertulis, Pihak-Pihak tidak boleh memindahkan hakmilik atau menyerah hak semua atau mana-mana hak, kewajipan, kepentingan atau faedah di bawah Memorandum ini kepada mana-mana pihak ketiga.
11. Nama, Jata Rasmi dan Logo
11.1 Mana-mana pihak tidak akan menggunakan, dan tidak boleh membenarkan mana-mana orang atau entiti lain untuk menggunakan nama, akronim, jata rasmi, logo, tanda perniagaan (atau apa-apa perubahan kepadanya) atau lain-lain Harta Intelek (selepas ini dirujuk sebagai “Bahan Jenama”) yang dimiliki oleh atau boleh dikaitkan dengan Pihak yang satu lagi di atas apa-apa penerbitan, dokumen, kertas kerja, persembahan audio atau visual, atau untuk tujuan publisiti.
11.2 Sebarang penggunaan Bahan Jenama Pihak yang lain untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam klausa 11.1 di atas, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis Pihak yang memiliki Bahan Jenama tersebut dan patuh dengan sebarang syarat penggunaan oleh Pihak yang memiliki Bahan Jenama tersebut.
12. E-Komunikasi
Pihak-Pihak mengakui dan bersetuju bahawa komunikasi elektronik merupakan kaedah komunikasi yang diterima untuk komunikasi maklumat di antara Pihak-Pihak tanpa penggunaan kertas. Sebarang komunikasi dan tandatangan elektronik yang telah dihantar atau ditandatangani di antara Pihak-Pihak pada masa lalu, kini dan akan datang, adalah mempunyai kuasa dan kesan yang sama seperti tandatangan yang diturunkan di atas kertas.
13. Kerjasama dan Hubungan Bersama
Pihak-Pihak sedar bahawa adalah tidak memadai untuk menjangka dan menangani setiap isu yang melibatkan kerjasama Pihak-Pihak di dalam Memorandum ini. Oleh itu, Pihak-Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka dalam menjalankan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kepentingan bersama di bawah Memorandum ini selaras dengan semangat dan kerjasama yang erat.
[BAKI MUKA SURAT INI ADALAH SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]
BAGI MENYAKSIKAN Memorandum Persefahaman ini di antara USM dan ABC, kedua-dua pihak menurunkan tandatangan di bawah ini pada tarikh dan tahun yang bertulis di atas:
DITANDATANGANI OLEH untuk dan bagi pihak
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
................................................................... PROFESOR DATUK DR. XXXX XXXXXX Xxxx Xxxxxxxx
|
DITANDATANGANI OLEH untuk dan bagi pihak
ABC
............................................................. [ nama & jawatan ]
|
|
Di hadapan:
……………………………………………………… [nama & jawatan Ketua Jabatan ]
|
Di hadapan:
……………………………………………………… [nama & jawatan ]
|
|
Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia – PP1 Mukasurat 7