PERJANJIAN PERKHIDMATAN KUTIPAN PEMBAYARAN
PERJANJIAN PERKHIDMATAN KUTIPAN PEMBAYARAN
Perjanjian ini akan mengelola penyertaan Syarikat dalam Perkhidmatan Kutipan Pembayaran dengan Maybank. Dengan mengakses atau menggunakan Perjanjian ini atau mana-mana bahagian di dalamnya, sama ada melalui peranti mudah alih dan/atau apa-apa medium elektronik tersedia lain, Syarikat dianggap menerima terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. Syarikat dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan apa-apa dasar dan prosedur yang akan Maybank maklumkan kepada Syarikat dari masa ke masa.
BAHAGIAN 1: AM
1. TAKRIFAN
Dengan ini dipersetujui perkara seperti yang berikut:
Dalam Perjanjian ini, perkataan dan pengungkapan yang ditakrifkan di bawah hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya kecuali di mana konteks atau bidang memerlukan selainnya:
Pengungkapan ini.... | Bermaksud... |
“Perjanjian” | Perjanjian Perkhidmatan Kutipan Pembayaran dan penambahan (jika ada) |
“Benefisiari Penipuan” | Pihak yang bermanfaat sepenuhnya daripada Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran, atau Arahan Pembayaran Penipuan. |
“Pengeluar Bil” | Syarikat yang bersetuju untuk menyertai Skim JomPAY. |
“Kod Pengeluar Bil” | Kod angka-abjad yang unik yang mengenal pasti sama ada: (i) seorang Pengeluar Bil; atau (ii) kategori produk atau perkhidmatan pengeluar bil bagi tujuan menyalurkan Pembayaran kepada Syarikat. |
“Modul Pengurusan Pengeluar Bil”, atau “BMM” | Aplikasi berasaskan web untuk menyimpan maklumat Pengeluar Bil yang boleh diakses oleh Pengeluar Bil, Bank Pembayar, Maybank dan Pengendali Skim. |
“Sistem Pemberitahuan Pengeluar Bil”, atau “BNS” | Sistem pemberitahuan dalam talian yang dikendalikan oleh Pengendali Skim untuk menyediakan RTN kepada Pengeluar Bil tersebut yang telah memilih untuk menerima pemberitahuan. |
“Hari Perniagaan” | Mana-mana hari antara dan termasuk Isnin hingga Jumaat dan tidak termasuk hari cuti dan tidak termasuk hari hujung minggu dan akan mengikut hari perniagaan di Wilayah Persekutuan Malaysia. |
“Akaun Kad” | “Akaun kad debit, akaun kad kredit, akaun kad caj dan akaun kad prabayar. |
“CASA” | Akaun semasa dan akaun simpanan. |
Saluran | Perbankan Dalam Talian Xxxxxxx0x.xxx, JomPAY dan mana-mana saluran baharu yang diperkenalkan oleh Maybank dari masa ke masa. |
“Syarikat”, atau “Anda” | Mana-mana syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016, perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian 1961, perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau orang lain, firma atau syarikat, pekerjanya, pembantunya atau ejennya yang menurut Perjanjian Kutipan Pembayaran ini bersetuju untuk menerima atau menyebabkan pejabat, kedai dan lokasinya di Malaysia menerima pembayaran yang dibuat oleh Pelanggan secara terus daripada akaun Maybanknya. Syarikat akan dirujuk sebagai “Syarikat Penerima” dalam Surat Tawaran juga. |
“Akaun Kutipan Syarikat” | Akaun yang disimpan oleh Syarikat bersama Maybank bagi tujuan mengkreditkan pembayaran dan menerima pembayaran yang dibuat oleh pelanggan. Akaun Kutipan Syarikat boleh dibuka bersama Maybank atau Maybank Islamic. |
Muka surat 1 dari 18
“Pelanggan” | Mana-mana orang atau orang-orang yang merupakan pemegang mana- mana akaun perbankan yang disimpan di Maybank dan juga merupakan pelanggan atau pelanggan-pelanggan Syarikat yang menggunakan Perkhidmatan tersebut. | ||
“Kemudahan Enjin Pembayaran Debit” | Kemudahan Perbankan Dalam Talian Xxxxxxx0x.xxx yang disepadukan dalam laman sesawang anda | ||
“Arahan Pembayaran Salah” | Arahan Pembayaran yang dibuat secara salah atau tidak benar seperti berikut: (i) Peserta memaparkan kemasukan salah kepada akaun bank Pengeluar Bil/Pembayar atau menjana Xxxxxx Xxxxxxxxxx tidak sah, salah, tersasar atau dibuat dua kali bagi pihak Pengeluar Bil/Pembayar disebabkan ralat teknikal atau operasi; (ii) Ralat teknikal atau operasi pada Pengendali Skim yang menghasilkan Arahan Pembayaran tidak benar atau dibuat dua kali; dan (iii) Arahan Pembayaran Tersilap yang ditujukan kepada Pengeluar Bil/Pembayar yang salah, mengandungi nombor rujukan penerima yang salah, menyatakan jumlah yang salah, atau dibuat dua kali. | ||
“Force Majeure” (Hal luar jangka dan tidak dapat dielakkan) | Tindakan, pengabaian atau keadaan yang disandarkan oleh salah satu pihak Perjanjian ini sebagai kejadian force majeure dan yang mana pihak tersebut tidak boleh secara munasabah menjangka atau menghalang termasuk tetapi tidak terhad kepada kejadian bencana alam, tindakan atau pengabaian kerajaan persekutuan atau negeri, mogok, sekatan masuk, rusuhan, tindakan perang, epidemik, peraturan kerajaan yang dikenakan selepas tarikh pelaksanaan Perjanjian ini, kebakaran, gempa bumi atau bencana semula jadi yang lain. | ||
“Arahan Pembayaran Penipuan” | Pembayaran yang telah didorong oleh ketakjujuran atau kaedah penipuan dan di mana Xxxxxxxx meminta dibayar balik. Ia termasuk kes di mana Xxxxxxxx membuat Pembayaran disebabkan invois palsu yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang berpura-pura sebagai Pengeluar Bil (sedangkan dia bukan Pengeluar Bil) atau pihak ketiga yang menyamar sebagai Pengeluar Bil. | ||
“Tempoh Titik Potong Hari yang Sama IBG” | Tempoh akhir pada Hari Perniagaan di mana dana daripada Arahan Pembayaran: Dimulakan sebelum tempoh akhir ini, akan dikreditkan pada Hari Perniagaan yang sama; Dimulakan selepas tempoh akhir ini, akan dikreditkan pada Hari Perniagaan yang berikutnya. | ||
“Interbank GIRO” atau “IBG” | Sistem pembayaran dan pindahan dana antara bank yang memudahkan pembayaran dan kutipan melalui pertukaran transaksi terdigital antara bank. | ||
“JomPAY” | Jenama, ikon, logo dan tanda untuk skim JomPAY. | ||
“Maybank”, “MBB”, “Bank”, “kita”, “kami” | Malayan Banking Berhad (Company No. 196001000142), yang mempunyai alamat berdaftar di Xxxxxxx 00, Xxxxxx Xxxxxxx, 000 Xxxxx Xxx Xxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx. | ||
“Maybank Islamic” | Maybank Islamic Berhad (Company No. 200701029411), yang mempunyai alamat berdaftar di Xxxxxxx 00, Xxxxxx X, Dataran Maybank, 0, Xxxxx Xxxxxx, 00000 Xxxxx Xxxxxx adalah anak syarikat milik sepenuhnya Maybank. | ||
“Arahan Pembayaran Tersilap” | Pembayaran yang telah dibuat, atau tidak dibuat, kepada seseorang atau untuk jumlah yang tidak menurut Arahan Pembayaran Pembayar atau mengandungi kesilapan dalam Arahan Pembayaran daripada Pembayar yang menyebabkan pembayaran yang: (i) ditujukan kepada Pelanggan yang salah; (ii) mengandungi Nombor Rujukan Penerima yang salah: (iii) menyatakan amaun yang salah; atau |
(iv) dibuat dua kali. | |||
“PayNet” | Payments Network Malaysia Sdn Bhd. | ||
Transaksi Antara Bank atau “Off-us” | Semua Arahan Pembayaran di mana Bank Pembayar dan Maybank bukan Bank yang sama. | ||
Transaksi Dalaman atau “On- us” | Semua Arahan Pembayaran di mana Bank Pembayar dan Maybank adalah Bank yang sama. | ||
“Jumlah Tertunggak” | Apa jua jumlah yang perlu dibayar kepada Syarikat daripada Pelanggan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian, faedah, liabiliti, perbelanjaan, fi perundangan dan sebagainya. | ||
“Peserta” | Bank yang menjadi ahli Skim tersebut. | ||
“Pihak” | Secara kolektif bermaksud Syarikat dan Maybank, dan “Pihak” merujuk kepada salah satu daripada mereka. | ||
“Pembayar” | Individu, syarikat, badan korporat, perniagaan (termasuk pemilik tunggal dan perkongsian), agensi kerajaan, badan berkanun, persatuan, dan pelanggan Bank lain yang membuat Pembayaran kepada Pengeluar Bil yang menggunakan Skim tersebut. | ||
“Bank Pembayar” | Peserta dalam Skim tersebut yang menawarkan perkhidmatan yang membolehkan Pembayar memulakan Arahan Pembayaran. | ||
“Xxxxxx Xxxxxxxxxx” atau “Pembayaran” | Arahan daripada Pembayar kepada Bank Pembayarnya yang mengarahkan Bank Pembayar untuk: Mengeluarkan dana daripada akaun bank Pembayar; dan Menghantar kemasukan IBG untuk memindah dana kepada Maybank untuk membayar Pengeluar Bil bagi sesuatu Bil. | ||
“Pemberitahuan Masa Nyata” atau “RTN” | Suatu bentuk pesanan elektronik yang dihantar kepada Pengeluar Bil untuk memberi notis awal mengenai pembayaran masuk daripada Pembayar sebaik sahaja akaun bank Pembayar telah didebitkan dengan jayanya untuk Arahan Pembayaran kepada Syarikat. | ||
“Nombor Rujukan Penerima” atau “RRN” | Pengecam unik yang diberikan oleh Pengeluar Bil kepada Pembayar dirujuk sebagai Ruj-1 dan Ruj-2 pada Bil. | ||
“Peserta Bertanggungjawab” | Peserta yang: (i) menyebabkan Xxxxxx Xxxxxxxxxx Salah; (ii) menyebabkan dana didebitkan secara salah daripada Pelanggan; atau (iii) menyebabkan dana ditujukan kepada pihak yang salah. |
“Penarikan Balik” | Transaksi yang: (i) dimulakan oleh Pengeluar Bil untuk membatalkan Arahan Pembayaran Salah; (i) boleh melibatkan pelarasan debit atau kredit dilakukan kepada akaun Pembayar yang berkaitan dengan Arahan Pembayaran Salah tersebut; dan boleh melibatkan pelarasan kepada akaun (akaun-akaun) bank Syarikat yang dinamakan dalam Arahan Pembayaran Salah tersebut, jika dana daripada Arahan Pembayaran Salah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bank tersebut. |
“Jadual” | Dokumen yang dilampirkan dalam perjanjian ini dan dokumen lain seperti yang dipersetujui untuk dimasukkan dan/atau diganti dan/atau dikeluarkan oleh kedua-dua Pihak dalam dokumen ini dari masa ke masa sebagai tambahan kepada Perjanjian ini. |
“Skim” | Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PayNet yang memudahkan pembayaran bil merata seluruh industri melalui penggunaan Kod Pengeluar Bil dan Nombor Rujukan Penerima standard. |
“Pengendali Skim” atau “SO” | Pemilik dan pengendali Skim JomPAY. |
“Perkhidmatan” | Perkhidmatan pembayaran di mana Pelanggan boleh membuat pembayaran daripada akaun mereka atau mana-mana akaun yang disimpan di Maybank kepada Syarikat melalui Saluran yang disediakan oleh Maybank |
“Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran” | Pembayaran yang dibuat tanpa kebenaran Pembayar yang dianggap telah membuat pembayaran tersebut. Ia termasuk kes di mana Xxxxxx Xxxxxxxxxx telah dibuat oleh pihak ketiga yang telah mendapat akses tanpa kebenaran kepada akaun Pembayar dan membuat Arahan Pembayaran tanpa kebenaran daripada akaun Pembayar untuk membuat pembayaran lain. |
“Kerugian yang Tidak Boleh Diperoleh Semula” | Sebahagian daripada dana yang telah dikreditkan kepada pihak yang salah disebabkan oleh Pembayaran Salah atau Pembayaran Penipuan yang tidak boleh dikembalikan setelah Peserta menggunakan semua proses perolehan semula dana. |
2. TAFSIRAN
Dalam Perjanjian ini kecuali konteksnya memerlukan selainnya :
(1) rujukan kepada mana-mana undang-undang atau peruntukan di dalamnya hendaklah termasuk apa-apa pengubahsuaian berkanun dan penguatkuasaan semula apa-apa peruntukan undang-undang di dalamnya dan semua instrumen undang-undang dan berkanun yang dikeluarkan oleh undang-undang atau peruntukan tersebut;
(2) rujukan kepada mana-mana dokumen atau perjanjian hendaklah dianggap termasuk rujukan kepada dokumen atau perjanjian seperti yang telah dipinda, diganti, ditambah, dipelbagai atau ditukar dari masa ke masa;
(3) rujukan kepada klausa yang perlu dibaca dalam hal subklausa, perenggan, dan subperenggan sebagai rujukan kepada subklausa, perenggan dan subperenggan seperti yang diperlukan;
(4) rujukan kepada mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini atau dokumen atau perjanjian lain yang berkaitan atau dilampirkan hendaklah melibatkan pengganti hakmilik atau serah hak yang dibenarkan;
(5) tajuk kepada xxxxxx hanyalah untuk pemudahan sahaja dan tidak akan memberi kesan kepada tafsiran di dalamnya;
(6) perkataan yang menggambarkan bilangan tunggal hendaklah termasuk bentuk jamak dan begitu juga sebaliknya;
(7) perkataan yang menggambarkan individu hendaklah termasuk orang perundangan dan semula jadi dan begitu juga sebaliknya;
(8) perkataan yang menggambarkan mana-mana gender hendaklah merangkumi semua gender; dan
(9) semua lampiran dan jadual yang dilampirkan dalam dokumen ini hendaklah ditafsir sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini.
3. DOKUMEN PERJANJIAN
3.1 Semua lampiran, jadual, dan dokumen lain yang dilampirkan dalam dokumen ini, jika ada, akan membentuk sebahagian daripada dan hendaklah dimasukkan ke dalam Perjanjian ini.
3.2 Sekiranya terdapat apa-apa ketakkonsistenan atau apa-apa kesamaran antara perkataan dalam salah satu dokumen yang disenaraikan di atas, maka terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini akan mengatasinya.
PART 2: SALURAN XXXXXXX0X.XXX PENDEBITAN AKAUN
4. PENERIMAAN PEMBAYARAN
4.1 Pelanggan boleh membuat pembayaran kepada Syarikat dengan mendebitkan akaun mereka dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut.
4.2 Sebagai balasan untuk premis dan pelbagai kewajipan Pihak yang terkandung dalam perjanjian ini, Syarikat dengan ini bersetuju secara dasarnya untuk menerima pembayaran daripada Maybank sebagai penyelesaian dan melepaskan Jumlah Tertunggak Pelanggan yang boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke masa selepas ini semasa perlanjutan Perjanjian ini menjadi perlu dibayar dan boleh dibayar kepada Syarikat berdasarkan terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini.
5. AKAUN KUTIPAN SYARIKAT
5.1 Syarikat akan mengekalkan akaun dengan cawangan yang ditetapkan oleh Maybank bagi tujuan mengkreditkan perolehan pembayaran melalui Perkhidmatan tersebut (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Akaun Kutipan”). Maybank berhak menolak daripada Akaun Kutipan Syarikat untuk caj perkhidmatan perlu dibayar daripada Syarikat kepada Maybank atas Perkhidmatan yang diberikan.
6. FI
6.1 Syarikat akan membayar fi yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
7. MENGEMAS KINI REKOD
7.1 Pengemaskinian akaun Pelanggan dengan Syarikat hendaklah dilakukan melalui fail dan/atau laporan yang diberikan oleh Maybank kepada Syarikat melalui FTP/Emel atau cara lain yang boleh dipersetujui oleh Pihak dalam perjanjian ini dari masa ke masa.
7.2 Maybank akan menguruskan penghantaran fail dan/atau laporan pada Hari Perniagaan yang berikutnya kepada Syarikat menurut tarikh transaksi/transaksi-transaksi yang dibuat oleh Pelanggan.
7.3 Sekiranya fail dan/atau laporan yang disediakan oleh Maybank kepada Syarikat tidak boleh diproses atau ia bukan fail dan/atau laporan yang betul, maka Syarikat hendaklah memaklumkan Maybank dengan segera hal yang sama pada Hari Perniagaan yang sama berikutan penghantaran tersebut.
7.4 Syarikat akan menentusahkan dan mengemaskinikan kandungan fail dan/atau laporan dan jumlah pembayaran yang dibuat oleh Maybank ke dalam akaun Pelanggan dengan Syarikat pada Hari Perniagaan yang sama berikutan penghantaran fail dan/atau laporan tersebut dan sekiranya terdapat apa-apa percanggahan yang timbul daripadanya, Syarikat dengan ini beraku janji untuk memaklumkan dengan segera kepada Maybank akan percanggahan tersebut dalam tempoh 24 jam selepas menerima pembayaran tersebut.
7.5 Sekiranya Syarikat tidak dapat mengemaskinikan pembayaran yang khusus yang dibuat oleh Maybank atas apa-apa pun sebab, Syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Maybank secara bertulis dalam tempoh 24 jam selepas menerima pembayarantersebut.
7.6 Maybank hendaklah setelah dimaklumkan mengenai percanggahan itu seperti yang disebut dalam Klausa 7.3, 7.4 dan 7.5 di atas dalam dokumen ini mengambil langkah untuk merektifikasi dan mengemaskinikan perkara yang sama.
8. PENYELESAIAN PEMBAYARAN
8.1 Maybank akan membuat setiap pembayaran kepada Akaun Kutipan Syarikat secara harian berikutan pembayaran oleh Pelanggan (Pelanggan-Pelanggan) melalui Perkhidmatan ini. Bagi tujuan klausa ini, jumlah pembayaran hendaklah bermaksud jumlah pembayaran yang terkumpul pada akhir hari tersebut.
8.2 Syarikat dengan ini bersetuju bahawa pembayaran boleh dibuat secara pindahan bank atau cara lain seperti yang boleh dipersetujui oleh Pihak dalam perjanjian ini dari masa ke masa DENGAN SYARAT BAHAWA dalam hal Pembayaran melalui pindahan bank, Maybank akan menghantar satu salinan penyata pindahan bank kepada Syarikat.
9. CAJ PERKHIDMATAN
9.1 Caj Perkhidmatan hendaklah ditetapkan dalam Surat Tawaran. Caj Perkhidmatan mungkin berubah dari masa ke masa atas budi bicara tunggal Maybank menurut keadaan pasaran semasa.
9.2 Maybank berhak menolak, pada setiap hari pertama setiap bulan selama tempoh Perjanjian ini daripada Akaun Pengumpulan Syarikat untuk caj perkhidmatan perlu dibayar daripada Syarikat kepada Maybank bagi perkhidmatan yang diberikan.
9.3 Syarikat dengan ini bersetuju bahawa caj perkhidmatan tidak akan dipindahkan kepada Pelanggan (Pelanggan-Pelanggan) dalam apa jua bentuk.
10. REKOD
10.1 Syarikat hendaklah menyimpan rekod transaksi atau dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut antara Syarikat dan Pelanggan dan bersetuju untuk menjaga rekod tersebut bagi tempoh sepuluh
(10) bulan dari tarikh transaksi tersebut.
10.2 Syarikat diperlukan untuk menyediakan satu salinan rekod transaksi atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut antara Syarikat dan Pelanggan kepada Maybank jika diarahkan untuk melakukannya oleh Maybank secara bertulis.
10.3 Kedua-dua Pihak berkewajipan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada apa-apa penyiasatan atau pertanyaan oleh Maybank atau Syarikat berkaitan dengan mana-mana transaksi yang berada dalam tempoh sepuluh (10) bulan dari tarikh transaksi termasuk menyedia dan menghantar dokumen transaksi kepada Maybank atau sebaliknya.
11. WAAD OLEH SYARIKAT
11.1 Syarikat dengan ini mewaadkan Maybank untuk mematuhi dan melaksanakan semua kewajipannya di bawah Perjanjian ini.
12. PENINGKATAN MASALAH PEMBAYARAN BIL
12.1 Dalam keadaan biasa, Pelanggan boleh membuat aduan mengenai mana-mana pembayaran yang dipertikaikan kepada Maybank. Maybank akan menjalankan satu siasatan dan menasihat Syarikat melalui emel jika perlu dalam tempoh 24 jam daripada masa dapatan semula kes tersebut.
12.2 Sekiranya mana-mana aduan yang dibuat secara langsung kepada Syarikat oleh Pelanggan mengenai pembayaran mereka, maka Syarikat boleh menujukan semula aduan / panggilan tersebut kepada Maybank untuk tindakan yang lebih lanjut.
13. PERTIKAIAN PEMBAYARAN BIL
13.1 Berikut adalah Kategori Pertikaian Pembayaran Bil Maybank:
(A) pembayaran berganda;
(B) pembayaran terlebih;
(C) syarikat penerima salah;
(D) nombor bil/akaun salah; atau
(E) pembayaran tanpa kebenaran (kes penipuan)
13.2 Untuk kategori A, B, dan C, Maybank akan meneruskan proses pembayaran balik sebaik sahaja sifat aduan tersebut telah ditentukan oleh kedua-dua Pihak (Syarikat dan Maybank). Proses penentusahan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari penerimaan aduan tersebut oleh Maybank dan proses pembayaran balik hendaklah diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari yang berikutnya susulan penyelesaian proses penentusahan.
13.3 Sekiranya Xxxxxxxxx meminta untuk membawa ke hadapan pembayaran terlebih kepada bil yang akan datang, Maybank akan menentusahkan dan mengesahkan permintaan dengan Syarikat melalui emel. Selepas menerima surat penentusahan daripada Maybank, Syarikat mestilah meneruskan proses mengemaskinikan pembayaran kepada akaun Pelanggan dengan Syarikat pada Hari Perniagaan yang sama.
13.4 Bagi kategori D, Syarikat hendaklah meneruskan dengan mengemas kini pembayaran kepada akaun pelanggan / nombor akaun bil yang betul pada Hari Perniagaan yang sama selepas menerima surat pemberitahuan secara emel daripada Maybank. Tiada proses pembayaran balik diperlukan untuk jenis D. Jika Pelanggan telah membuat pembayaran lagi satu kepada akaun / nombor akaun bil yang betul, maka Maybank akan meneruskan proses pembayaran balik seperti di Lampiran 1.
13.5 Bagi kategori E, proses pembayaran balik akan dimulakan selepas siasatan penuh mengenai aduan pembayaran tanpa kebenaran telah disempurnakan oleh Maybank.
13.6 Sekiranya terdapat pertikaian antara Syarikat dan Pelanggan (Pelanggan-Pelanggan) berhubung pembayaran yang dibuat kepada Syarikat tersebut melalui Perkhidmatan tersebut, maka Syarikat akan menerima pernyataan atau laporan yang dikumpulkan oleh Maybank sebagai bahan bukti kukuh fakta yang dinyatakan di dalamnya termasuk untuk tujuan apa-apa prosiding undang-undang.
14. PROSES PEMBAYARAN BALIK
14.1 Setelah siasatan dan penentusahan, Maybank akan mengeluarkan surat melalui emel kepada Syarikat yang meminta pembayaran balik.
14.2 Maybank akan membuat tindakan susulan dengan Syarikat melalui emel atau panggilan telefon mengenai status permintaan
tersebut. Setelah ditentusahkan, Maybank akan mendebit Akaun Kutipan Syarikat dan mengkreditkan akaun Pelanggan sewajarnya selepas menerima surat kebenaran. Sekiranya tiada jawapan yang dikeluarkan oleh Syarikat dalam tempoh dua minggu daripada pengeluaran permintaan pembayaran balik tersebut, maka Maybank berhak mendebit daripada Akaun Kutipan Syarikat dan mengkreditkan akaun Pelanggan sewajarnya.
14.3 Maybank akan menghantar surat pemberitahuan melalui emel kepada Syarikat sebaik sahaja proses pembayaran balik telah dilaksanakan dengan jayanya.
15. TEMPOH KEBALIKAN PROSES PEMBAYARAN BALIK
15.1 Syarikat mesti memaklumkan kepada Maybank melalui emel mengenai status penentusahan apa-apa permintaan untuk pembayaran balik dalam tempoh satu minggu dari tarikh emel tersebut dihantar oleh Maybank.
15.2 Maybank akan bertanggungjawab pada usahanya yang terbaik untuk membuat tindakan susulan dengan Syarikat bagi status penentusahan. Tempoh kebalikan untuk apa-apa proses pembayaran balik untuk diselesaikan ialah empat belas (14) Hari Perniagaan dari tarikh aduan diterima oleh Maybank.
15.3 Syarikat dengan ini beraku janji untuk mendaftar alamat Universal Resources Located (“URL”) miliknya dengan Maybank jika ia terpakai untuk Kemudahan Enjin Pembayaran Debit bersama Xxxxxxx0x.xxx. Syarikat beraku janji juga bahawa jika terdapat perubahan pada alamat URLnya, maka Syarikat akan memaklumkan kepada Maybank secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan alamat URLnya.
PART 3: SALURAN SKIM JOMPAY
16. AKSES SKIM JOMPAY
16.1 Sebagai balasan untuk fi yang dibayar kepada Maybank, maka Maybank bersetuju untuk memudahkan penyertaan Syarikat dalam Skim tersebut menurut terma dan syarat ini.
16.2 Syarikat dengan ini bersetuju untuk mematuhi semua peraturan operasi JomPAY yang dikeluarkan oleh Pengendali Skim yang terpakai kepada Syarikat seperti yang ditunjukkan dalam terma dan syarat ini termasuk apa-apa semakan semula pada masa hadapan yang akan dimaklumkan oleh Maybank kepada Syarikat.
17. FI
17.1 Syarikat akan membayar fi yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
18. JENIS PEMBAYARAN
18.1 Syarikat akan menerima semua Pembayaran yang mengeluarkan dana daripada CASA dan secara pilihan Pembayaran (Pembayaran-Pembayaran) yang mengeluarkan dana dari talian akaun kredit.
19. KEWAJIPAN SYARIKAT
19.1 Syarikat tidak akan mengenakan apa-apa fi kepada Pelanggan (Pelanggan-Pelanggan) yang membuat Pembayaran (Pembayaran-Pembayaran) melalui Skim JomPay.
19.2 Syarikat akan memastikan bahawa ia mempunyai dan mengekalkan prosedur dan sistem yang mencukupi untuk menerima dan memproses secara pantas Arahan Pembayaran yang diterima daripada Maybank dan mengkredit atau mendebit secara pantas dan tepat mengikut mana-mana yang berkenaan akan amaun setiap Arahan Pembayaran kepada akaun Pembayar yang terpakai dengan Syarikat.
19.3 Syarikat mestilah tidak membuat apa-apa jaminan atau perwakilan berhubung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan yang boleh mengikat Maybank, Pengendali Skim, Bank Pembayar atau mana-mana Peserta lain dalam Skim ini.
19.4 Syarikat mestilah mewujudkan dan mengekalkan dasar yang adil untuk pembetulan ralat dan memudahkan pemulangan dana untuk Arahan Pembayaran Tersilap dan Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran.
19.5 Syarikat akan bersetuju dan membenarkan Maybank untuk menzahirkan maklumatnya berhubung proses pembayaran seperti yang mungkin dikehendaki secara wajarnya oleh Pengendali Skim untuk perkhidmatan JomPAY.
19.6 Syarikat yang telah diberi lesen yang tidak boleh dipindahkan untuk menggunakan Jenama JomPAY tidak boleh memberi lesen atau memberi hak tersebut kepada mana-mana pihak ketiga lain. Syarikat hendaklah mematuhi garis panduan
jenama JomPAY pada setiap masa.
19.7 Bagi tujuan Klausa 19.6, Syarikat akan bertanggungan atas apa-apa tuntutan, ganti rugi dan perbelanjaan yang timbul daripada atau disebabkan daripada penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran jenama JomPAY. Sekiranya berlaku pelanggaran tersebut, maka hak meminjam lesen Syarikat dalam menggunakan jenama XxxXXX akan ditarik balik dan berhenti serta-merta, dan sehubungan itu Perjanjian ini akan ditamatkan sewajarnya. Selepas penamatan, Xxxxxx 19.8 akan terpakai dengan sewajarnya.
19.8 Selepas penamatan Perjanjian ini, Syarikat akan melakukan yang berikut:
a) Menasihat dengan segera Pelanggannya bahawa mereka tidak lagi menerima Pembayaran melalui JomPAY dari tarikh kuat kuasa penamatan akses Syarikat kepada JomPAY;
b) Syarikat akan terus mengekalkan akaun bersama Maybank untuk mengkreditkan kutipan bil bagi tempoh tidak kurang daripada lima (5) hari perniagaan selepas tarikh kuat kuasa penamatan;
c) Xxxx memastikan bahawa transaksi sedang diproses disempurnakan;
d) Memberhentikan semua promosi dan pengiklanan yang berkaitan, atau yang boleh dilihat berkait dengan Skim JomPAY;
e) Mengeluarkan semua jenama dan tanda JomPAY daripada saluran pembayaran Syarikat; dan
f) Mengembalikan kepada Pengendali Skim semua perisian, dokumen dan aset hak harta intelek kepada XxxXXX.
19.9 Kesemua Klausa 19 dalam dokumen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga penamatan Perjanjian ini. Penamatan tidak memberi kesan kepada apa-apa hak kedua-dua pihak yang terakru dan kewajipan yang ditanggung sebelum penamatan.
20. KEWAJIPAN MAYBANK
20.1 Jika Syarikat menerima RTN, Maybank hendaklah menyediakan jaminan yang tak boleh dibatalkan kepada Syarikat bahawa Syarikat akan menerima dana yang dinyatakan dalam RTN tersebut. Dengan jaminan yang tak boleh dibatalkan ini bahawa dana akan dikreditkan, Syarikat boleh menghantar barangan atau menyediakan perkhidmatan berdasarkan penerimaan RTN,
20.2 Maybank akan melaksanakan langkah-langkah yang munasabah yang dianggap perlu untuk mengesan, mengurangkan, menyelesaikan dan menghalang tindakan penipuan, sama ada sebenar atau disyaki.
21. PEMULANGAN DANA
21.1 Syarikat akan membantu Maybank dalam penyiasatan Arahan Pembayaran Tersilap, Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran, Arahan Pembayaran Penipuan, dan akan membuat pembayaran balik yang perlu kepada Pembayar, Bank Pembayar (seperti yang diperlukan keadaan), sekiranya didapati Syarikat tersebut bertanggungjawab untuk Pembayaran Tersilap, Pembayaran Tanpa Kebenaran atau Pembayaran Penipuan tersebut (seperti yang diperlukan keadaan).
21.2 Sekiranya Pembayaran Salah disebabkan oleh Syarikat selepas penentusahan dan pengesahan daripada Syarikat berkaitan Pembayaran Salah tersebut, maka Xxxxxx akan segera membalikkan semua pendebitan yang dibuat secara salah kepada akaun Pelanggan tanpa mengambil kira sama ada dana telah dipulangkan daripada pihak terkesan lain.
22. ARAHAN XXXXXXXXXX XXXXX/PEMBAYARAN TERSILAP
22.1 Maybank akan memaklumkan Syarikat sebaik sahaja Maybank menerima permintaan untuk memulangkan dana yang telah dikreditkan secara salah kepada Syarikat disebabkan Arahan Pembayaran Salah/Pembayaran Tersilap. Syarikat mestilah memudahkan proses pemulangan dana yang dinyatakan dalam Klausa 22.2.
22.2 Selepas menerima permintaan pemulangan dana daripada Arahan Pembayaran Salah / Pembayaran Tersilap, Maybank berhak mendebit Akaun Kutipan Syarikat untuk mendapatkan semula dana dalam tempoh satu (1) Hari Perniagaan setelah syarat-syarat yang berikut dipenuhi:
i. Jika permintaan pemulangan dana diterima dalam tempoh dua puluh satu (21) Hari Perniagaan dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap dan:
a) Maybank berpuas hati sepenuhnya bahawa dana yang telah dikreditkan secara salah kepada Akaun Kutipan Syarikat;
b) Dana telah dikreditkan kepada Akaun Kutipan Syarikat;
c) Syarikat tidak bertindak dalam kebergantungan pada RTN;
d) RTN tersebut (jika terpakai) tidak dihantar kepada Syarikat;
e) Terdapat baki yang mencukupi dalam Akaun Kutipan Syarikat untuk membayar jumlah yang dipulangkan; dan
f) Maybank telah membuat pemberitahuan kepada Syarikat berhubung pendebitan yang dicadangkan daripada Akaun Kutipan Syarikat.
i. Jika permintaan pemulangan dana untuk Arahan Pembayaran Salah / Arahan Pembayaran Tersilap diterima antara dua puluh dua (22) Hari Perniagaan hingga tujuh (7) bulan dari tarikh Arahan Pembayaran Salah / Arahan Pembayaran Tersilap dan:
a) Maybank berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah dikreditkan secara salah kepada Akaun Kutipan Syarikat;
b) Terdapat baki yang mencukupi dalam Akaun Kutipan Syarikat; dan
c) Maybank telah memaklumkan Syarikat tentang pemulangan permintaan dana, mengemukakan butiran Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap yang didakwa, tetapi Syarikat tidak memberi kepada Maybank, dalam tempoh empat belas (14) Hari Perniagaan pemberitahuan bertulis, bukti yang munasabah bahawa Syarikat berhak ke atas dana tersebut.
i. Jika permintaan pemulangan dana diterima selepas tujuh (7) Bulan dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap dan:
a) Maybank berpuas hati sepenuhnya bahawa dana telah dikreditkan secara salah kepada Akaun Kutipan Syarikat; dan
b) Maybank telah mendapatkan kebenaran Syarikat secara bertulis untuk mendebit Akaun Kutipan Syarikat untuk pemulangan dana, dan Syarikat telah memberi kebenaran untuk mendebit akaunnya.
22.3 Apabila Syarikat menerima permintaan bertulis untuk kebenaran daripada Maybank seperti yang dijelaskan dalam Klausa 22.2(iii)(b), Syarikat semunasabahnya tidak boleh menahan kebenaran untuk mendebit akaunnya bila terdapat permintaan pemulangan dana yang sah dan Syarikat hendaklah memaklumkan kepada Maybank secara bertulis sama ada kebenaran diberikan dalam tempoh empat belas (14) Hari Perniagaan dari tarikh permintaan bertulis untuk kebenaran.
23. ARAHAN PEMBAYARAN TANPA KEBENARAN DAN/ATAU PENIPUAN
23.1 Maybank akan memaklumkan Syarikat sebaik sahaja Maybank menerima permintaan untuk memulangkan dana yang telah dikreditkan kepada Syarikat disebabkan Arahan Pembayaran Tanpa kebenaran/Penipuan. Syarikat mestilah memudahkan proses pemulangan dana yang dinyatakan dalam Klausa 22.2.
23.2 Jika Syarikat menerima Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran Dan/Atau Penipuan, Syarikat hendaklah:
a) Dengan segera mengambil semua langkah yang boleh dilakukan untuk menghalang penggunaan atau permohonan dana yang dipindah tanpa kebenaran/secara penipuan untuk manfaat Penerima Pemalsuan;
b) mengemukakan kepada Maybank dalam tempoh tujuh (7) Hari Perniagaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, maklumat boleh dihubungi, nombor kad pengenalan / nombor pasport untuk mengenal pasti secara konklusif Penerima Penipuan tersebut;
c) mengambil semua langkah yang boleh dilakukan di bawah undang-undang untuk mendapatkan semula dana daripada penerima dana yang tidak dihasratkan tetapi tidak terhad kepada membalikkan kredit, pengeluaran ke atas deposit atau jaminan kewangan lain yang diletakkan / ditempatkan oleh Penerima Pemalsuan bersama Syarikat, memberhentikan penghantaran barangan, menggantung perkhidmatan yang telah dibayar oleh Penerima Penipuan, mengambil semula barangan yang telah dihantar kepada Penerima Penipuan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Penerima Penipuan; dan
d) Xxxxxxxxxxx dengan segera maklumat yang dikehendaki dalam Klausa 23.2 (b) kepada Bank Pembayar untuk memudahkan penyiasatan Bank Pembayar.
23.3 Sekiranya Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran dan/atau Penipuan diterima oleh Syarikat, Maybank akan melakukan yang berikut (selepas menyedari penipuan tersebut):
a) Memaklumkan Syarikat akan RTN yang berkaitan dengan Arahan Pembayaran Penipuan dan tentang Arahan Pembayaran Penipuan tersebut; dan
b) Menyiasat Syarikat tersebut untuk menentukan sama ada Syarikat itu terbabit dalam penipuan tersebut. Jika Maybank mempunyai sebab yang mencukupi untuk mengesyaki bahawa Syarikat itu terlibat dalam penipuan tersebut atau mendapat manfaat daripada penipuan tersebut, maka Maybank akan menghalang pengeluaran atau penggunaan baki dana dalam Akaun Kutipan Syarikat bersama Maybank sehingga terdapat penyelesaian yang memuaskan akan Kerugian yang Tidak Boleh Diperoleh Semula. Syarikat hendaklah membantu siasatan Maybank.
23.4 Sekiranya Syarikat itu bertanggungjawab ke atas Arahan Pembayaran Penipuan, Klausa 33.4 akan terpakai dengan sewajarnya.
24. KETERSEDIAAN DANA
24.1 Syarikat hendaklah memberi kredit kepada akaun Pembayar bersama Syarikat pada Hari Perniagaan di mana Arahan Pembayaran dimulakan oleh Pembayar kepada Syarikat, dengan syarat Xxxxxx Xxxxxxxxxx telah dimulakan sebelum Waktu Titik Potong Hari yang Sama IBG untuk Hari Perniagaan tersebut.
24.2 Maybank hendaklah memastikan Syarikat mengakui bahawa Arahan Pembayaran yang dibuat oleh Pembayar pada Hari Perniagaan dianggap telah diterima oleh Syarikat pada hari yang sama, dengan syarat Arahan Pembayaran tersebut telah dimulakan sebelum Waktu Titik Potong Hari yang Sama IBG untuk Hari Perniagaan tersebut.
25. KELEWATAN DALAM PEMBAYARAN
25.1 Tertakluk kepada Klausa 25.2, Syarikat mengakui bahawa kelewatan boleh berlaku dalam memproses Arahan Pembayaran dalam keadaan yang berikut:
a) Arahan Pembayaran dibuat pada hari cuti umum;
b) Hari selepas Pembayar memberi Arahan Pembayar merupakan hari cuti umum; dan
c) Arahan Pembayaran diterima sama ada pada bukan Hari Perniagaan atau selepas Waktu Titik Potong Hari yang Sama IBG pada Hari Perniagaan.
25.2 Walaupun dijangkakan terdapat kelewatan dalam prestasi Maybank akan Perjanjian ini akibat daripada sebab-sebab yang dinyatakan dalam Klausa 25.1, kelewatan tersebut hendaklah tidak melebihi daripada satu (1) Hari Perniagaan.
26. PENYELESAIAN PERTIKAIAN
26.1 Syarikat boleh membuat aduan dengan Pengendali Skim jika terdapat apa-apa dakwaan tentang ketakpatuhan Maybank kepada JomPAY. Pengendali Skim hendaklah menyemak aduan dan dakwaan tersebut menurut Xxxxxx 26.2.
26.2 Syarikat berhak merujukkan apa-apa pertikaian kepada Pengendali Skim jika terdapat dakwaan ketakpatuhan Peserta kepada JomPAY. Pengendali Skim akan menyemak aduan dan dakwaan tersebut, tetapi semakan tersebut akan terbatas kepada:
a) Penentuan sama ada berlakunya ketakpatuhan;
b) Xxxxxxxxxx remedi untuk Peserta memperbetulkan atau menangani ketakpatuhan; dan
c) Penentuan jika penalti terpakai untuk ketakpatuhan.
26.3 Semua keputusan yang dikeluarkan oleh Pengendali Skim sebagai respons kepada aduan daripada Syarikat hendaklah mengikat secara prima facie ke atas Maybank.
26.4 Sekiranya terdapat pertikaian antara Syarikat dan Pelanggan (Pelanggan-Pelanggan) berhubung pembayaran yang dibuat kepada Syarikat tersebut melalui Perkhidmatan tersebut, maka Syarikat hendaklah menerima kenyataan atau laporan yang dikumpulkan oleh Maybank sebagai bahan bukti kukuh fakta yang dinyatakan di dalamnya termasuk untuk tujuan apa-apa prosiding undang-undang.
27. TANGGUNG RUGI
27.1 Syarikat bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Maybank, pekerja dan ejennya dilindungi daripada apa-apa dan semua kerugian, tuntutan, tindakan guaman, permintaan, tindakan, dan prosiding termasuk semua fi atau caj undang- undang dan berkaitan lain yang munasabah (“Liabiliti”) yang mungkin dialami atau ditanggung atau boleh bertanggungan oleh Maybank hasil daripada:
a) Apa-apa kecuaian, salah nyata atau penipuan bagi pihak Syarikat, pekerja, dan ejennya berhubung prestasi kewajipannya atau pelaksanaan mana-mana haknya di bawah Perjanjian ini;
b) Apa-apa tuntutan oleh Pembayar, Bank Pembayar, Pengendali Skim atau mana-mana orang lain atas apa-apa pelanggaran oleh Syarikat akan mana-mana undang-undang terpakai;
c) Kegagalan syarikat untuk mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah Perjanjian ini; atau
d) Apa-apa penggunaan jenama JomPaY oleh Syarikat selain daripada yang dibenarkan oleh Perjanjian ini.
e) Kecuali setakat mana liabiliti tersebut timbul atau ditanggung oleh Maybank atas sebab apa-apa tindakan atau pengabaian pada bahagiannya yang disebut dalam Klausa 27.1 (a) hingga (d).
27.2 Maybank hendaklah memberi notis akan apa-apa tuntutan seperti itu kepada Syarikat sekiranya tuntutan dibuat terhadap Maybank berhubung dengan apa-apa layak untuk ditanggung rugi menurut Klausa 27.1.
27.3 Maybank tidak bertanggungan kepada Syarikat atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami Syarikat hasil daripada:
a) pembayaran yang hilang atau salah; dan
b) kelewatan atau gangguan disebabkan oleh apa-apa kegagalan sistem yang di luar kawalan munasabah Maybank.
27.4 Bagi tujuan klausa ini, kerugian atau kerosakan termasuk apa-apa kerugian atau kerosakan berbentuk akibat atau ekonomi.
28. PENGGANTUNGAN & PENAMATAN Penggantungan
28.1 Pengendali Skim atau Maybank, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhak menggantung akses Syarikat di bawah keadaan yang berikut, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a) Syarikat melakukan pelanggaran Perjanjian ini, peraturan, garis panduan, pengawalaturan, pekeliling atau undang- undang yang terpakai yang berkaitan dengan JomPAY yang telah dimaklumkan oleh Maybank kepada Syarikat.
b) Syarikat mempunyai kawalan operasi yang terkurang atau proses pengurusan risiko yang tidak mencukupi, yang menyebabkan ancaman berpotensi kepada kestabilan, integriti, keselamatan dan kecekapan Skim dan/atau IBG;
c) Syarikat disyaki atas sebab yang munasabah, telah melakukan atau akan melakukan tindakan menipu berhubung Skim tersebut;
d) Pengendali Skim menetapkan bahawa Syarikat tidak aktif dalam Skim, selepas tempoh selama dua belas (12) bulan di mana Syarikat tidak menerima sebarang Arahan Pembayaran.
28.2 Selepas penggantungan Syarikat dalam Skim tersebut:
a) Perkhidmatan yang disediakan kepada Syarikat di bawah Skim tersebut akan digantung serta-merta;
b) Syarikat tidak boleh lagi mendapat akses kepada BMM;
c) Syarikat akan berhenti mengeluarkan apa-apa bil kepada Pembayar atau menerima Pembayaran daripada Bank (Bank-Bank) Pembayar;
d) Syarikat tidak boleh lagi mempunyai akses/hubungan dengan Maybank melalui Kod (Kod-Kod) Pengeluar Bil;
e) Syarikat bertanggungjawab untuk mencari kaedah alternatif untuk mengeluarkan bil dalam tempoh penggantungan;
f) Syarikat mestilah mengambil semua langkah yang munasabah untuk membantu Maybank untuk memaklumkan kepada setiap Pembayar yang terkesan oleh tindakan tersebut bahawa Syarikat tidak lagi menyertai Skim tersebut, dalam bentuk yang diarahkan oleh Maybank;
g) Syarikat mestilah memberhentikan semua aktiviti promosi dan pengiklanan yang berkaitan atau boleh dianggap berkaitan dengan Skim JomPAY;
h) Syarikat akan mengeluarkan semua jenama JomPAY daripada sandaran, saluran pemasaran dan laman sesawang Syarikat; dan
i) Syarikat mestilah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Maybank untuk meminimumkan impak ke atas Pembayar disebabkan penggantungan atau penamatan tersebut.
Penamatan
28.3 Pengendali Skim atau Maybank, dalam hal yang berkaitan, berhak menamatkan perkhidmatan yang disediakan di bawah Perjanjian ini atau Skim JomPAY di bawah keadaan yang berikut, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a) Perjanjian ini antara Syarikat dan Maybank ditamatkan atau telah luput;
b) Syarikat melanggar Perjanjian ini, peraturan, garis panduan, pengawalaturan, pekeliling atau undang-undang yang terpakai yang berkaitan dengan JomPAY yang telah dimaklumkan oleh Maybank kepada Syarikat.
c) Syarikat gagal untuk meremedi atau mengambil langkah-langkah untuk meremedi pelanggarannya di bawah Perjanjian ini sehingga memuaskan Maybank atau Pengendali Skim, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Maybank;
d) Syarikat mempunyai kawalan operasi yang terkurang atau proses pengurusan risiko yang tidak mencukupi, yang menyebabkan ancaman berpotensi kepada kestabilan, integriti, keselamatan dan kecekapan Skim dan/atau IBG;
e) Perintah (Perintah-Perintah) Mahkamah yang memberi kesan kepada keahlian dan/atau status kesahan Syarikat atau Maybank;
f) Arahan (Arahan-Arahan) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau kerajaan yang memberi kesan kepada keahlian dan/atau status kesahan Syarikat atau Maybank;
g) Insolvensi Syarikat;
h) Keahlian Maybank dalam Skim, IBG atau RENTAS ditamatkan atau digantung dan Syarikat belum lagi melantik pengganti;
i) Pengendali Skim menetapkan Syarikat tidak aktif atau Syarikat dianggap tidak aktif bila tiada transaksi JomPAY bagi tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut
28.4 Selepas penamatan Perjanjian ini, penyertaan Syarikat dalam Skim JomPAY ditamatkan secara automatik dan Syarikat tidak boleh lagi mempunyai apa-apa akses kepada Skim JomPAY dan perkhidmatan yang disediakan di bawah Skim JomPAY.
29. PENGIKLANAN DAN PENGGUNAAN LOGO
Syarikat dilarang daripada menggunakan mana-mana nama, logo dan/atau tanda dagangan Maybank atau mana-mana hak harta intelek lain tanpa kebenaran atau kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Maybank.
29.1 Syarikat diberikan kebenaran untuk menggunakan denotasi atau petunjuk tanda dagangan jenama JomPAY, semata-mata bagi tujuan hebahan, penunjukkan dan pengiklanan bahawa Syarikat menerima Arahan Pembayaran melalui Skim tersebut.
29.2 Sekiranya berlaku ketakpatuhan atau pelanggaran atau pelanggaran berpotensi atau penyalahgunaan jenama JomPAY, maka Pengendali Skim atau Maybank mempunyai hak mutlak untuk membatalkan kebenaran yang diberikan dan Syarikat akan menghentikan semua penggunaan denotasi dan tanda dagangan jenama JomPAY oleh Syarikat dengan atau tanpa memberikan apa jua sebab.
29.3 Jika Syarikat berhasrat untuk menggunakan denotasi atau petunjuk pendaftaran atau pemilikan tanda dagangan berhubung dengan mana-mana tanda selain jenama JomPAY, tetapi digunakan dalam perkaitan dengan jenama JomPAY, maka Syarikat boleh melakukannya dengan syarat penggunaan tersebut tidak akan terkesan secara buruk terhadap hak Pengendali Skim dalam jenama JomPAY; dan spesifikasi untuk penggunaan tersebut dimaklumkan secara bertulis kepada Maybank, dan Maybank memberi kelulusan bertulisnya kepada spesifikasi itu sebelum penggunaan tersebut.
29.4 Syarikat tidak akan menggunakan jenama JomPAY dengan cara untuk mewujudkan tanggapan bahawa barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat ditaja, dikeluarkan, ditawarkan atau dijual oleh pemilik jenama JomPAY. Syarikat tidak boleh mengguna pakai “JomPAY” atau mana-mana jenama JomPAY lain sebagai apa-apa bahagian dalam nama perniagaannya atau menggunakannya ke atas mana-mana barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk jualan.
29.5 Syarikat mestilah dengan segera memaklumkan kepada Maybank secara bertulis setelah menyedari apa-apa pelanggaran atau pelanggaran berpotensi jenama JomPAY.
30. MENGKREDIT KEPADA SYARIKAT
30.1 Maybank dikehendaki untuk mengkredit kepada akaun bank Syarikat dengan dana daripada pembayaran JomPAY yang masuk dan membuatkan dana masuk tersedia untuk penggunaan tanpa halangan Syarikat dalam tempoh dua (2) jam daripada penjelasan IBG untuk transaksi antara bank (Off-us) dan dalam tempoh lima (5) minit mendebitkan dana tersebut dari akaun bank Pembayar untuk transaksi dalaman (On-us) kecuali bagi situasi di mana Syarikat bersetuju secara spesifik menulis atas penghantaran terlewat atau berkelompok.
30.2 Maybank mestilah membuat pembayaran secara penuh kepada Syarikat dan tidak akan menolak apa-apa fi daripada perolehan pembayaran yang perlu dibayar kepada Syarikat, kecuali situasi d mana Syarikat bersetuju secara spesifik dan bertulis bahawa fi XxxXXX hendaklah ditolak daripada Arahan Pembayaran.
31. KELUAR DARIPADA SKIM SECARA SUKARELA
31.1 Syarikat mempunyai pilihan untuk menamatkan akses mereka kepada Skim JomPAY dengan mengeluarkan pemberitahuan bertulis terlebih dahulu kepada Maybank. [Nota kepada Maybank: Sila tambah apa-apa kehendak tambahan bagi penamatan tersebut, jika ada.]
32. PERUNTUKAN MAKLUMAT PENYESUAIAN
32.1 Maybank akan menyediakan kepada Syarikat maklumat minimum yang berikut, bagi tujuan memudahkan proses penyesuaian dan perakaunan untuk pembayaran penerimaan dan fi Syarikat:
a) RRN (Ruj-1);
b) RRN (Ruj-2), mana yang terpakai;
c) Nombor Rujukan JomPAY;
d) Nilai Transaksi;
e) Tarikh dan Masa Debit;
f) Nama Pembayar;
g) Nama Bank Pembayar;
h) Jenis Akaun;
i) Saluran Pembayaran;
j) Nilai transaksi keseluruhan kasar;
k) Jumlah volum transaksi; dan
l) Jumlah fi/komisen yang dikenakan.
32.2 Maybank hendaklah menghantar kepada Syarikat, maklumat yang diterangkan dalam Klausa 32.1, secara minimum dengan cara yang berikut:
a) Fail data atau fail elektronik;
b) Penyata atau e-penyata;
c) Emel; atau
d) Laporan, sama ada elektronik atau salinan keras.
PART 4: AM
33. LIABILITI KE ATAS KERUGIAN YANG TIDAK DAPAT DIPEROLEH SEMULA
33.1 Bagi Arahan Pembayaran Salah / Pembayaran Tersilap / Pembayaran Tanpa Kebenaran Dan/Atau Penipuan yang tidak dapat diperoleh semula sebahagiannya atau diperoleh semula seluruhnya, maka jumlah yang tidak dapat diperoleh semula akan dianggap sebagai Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula dan Pihak yang menyebabkan Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula akan bertanggungan untuk menanggung kerugian tersebut.
33.2 Jika Maybank mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk menamatkan siasatan dengan menetapkan bahawa Syarikat telah menyebabkan Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula, maka Maybank akan memaklumkan Syarikat tersebut dan Maybank berhak untuk membeku dana tersebut dalam Akaun Kutipan Syarikat sehingga penyelesaian yang memuaskan akan Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula tersebut. Jumlah yang dibekukan hendaklah tidak melebihi jumlah Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula tersebut.
33.3 Syarikat bersetuju untuk mengambil semua langkah untuk mendapatkan semula Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula
jika Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula tersebut disebabkan oleh kesalahan atau kecuaiannnya. Walau apa pun yang dinyatakan sebelum ini, bahagian ini tidak akan menghalang Maybank daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat, setakat mana yang dibenarkan undang-undang, untuk membayar balik Kerugian yang Tidak Dapat Diperoleh Semula yang ditanggung.
33.4 Maybank akan membayar balik fi JomPAY dan fi IBG (jika terpakai) yang ditanggung untuk Arahan Pembayaran Salah / Pembayaran Tersilap / Pembayaran Tanpa Kebenaran Dan/Atau Penipuan, jika ralat tersebut bukan disebabkan oleh Syarikat kecuali dalam situasi di mana Syarikat membuat keputusan untuk membayar balik sebahagian daripada pembayaran terlebih. Jika syarikat memilih untuk membayar sebahagian daripada pembayaran terlebih kepada Pembayar, maka Syarikat akan menanggung fi transaksi untuk melaksanakan pembayaran balik tersebut.
34. PERWAKILAN DAN JAMINAN
34.1 Syarikat mengakui dan bersetuju bahawa kewajipan kerahsiaan termasuk tetapi tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam Klausa 36, penzahiran fi dan caj yang terkandung dalam Perjanjian ini; dan apa-apa teknologi atau pengetahuan berkaitan dengan Skim tersebut atau prestasi Perjanjian ini.
34.2 Syarikat bersetuju untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di mana ia terikat dan tidak akan melakukan apa- apa tindakan yang akan menyebabkan Maybank, Bank Pembayar dan Pengendali Skim melanggar mana-mana undang-undang perlindungan data peribadi.
34.3 Syarikat mengesahkan bahawa apa-apa penyata yang diberi kepada Maybank sebagai perwakilan tepat fakta setakat mana pada pengetahuan Peniaga dan benar serta teratur pada setiap masa.
35. PENAFIAN
35.1 Pengendali Skim dan Maybank tidak akan bertanggungan atas apa-apa tuntutan, tindakan, permintaan, kos, perbelanjaan, kerugian, dan kerosakan (sebenar dan berkaitan) termasuk kos perundangan yang ditanggung atau dialami oleh Syarikat akibat atau disebabkan oleh Maybank berhubung operasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Maybank dalam Skim tersebut. Syarikat bersetuju bahawa ia akan berkomunikasi dan menyelesaikan apa-apa pertikaian berhubung hal yang disebut sebelum ini dengan Maybank.
36. KERAHSIAAN
36.1 Syarikat akan menganggap apa-apa maklumat yang diterima atau dimiliki hasil daripada Perjanjian ini, sebagai sulit dan tidak akan menggunakan maklumat tersebut selain untuk tujuan ia diberikan.
36.2 Klausa 36.1 tidak akan terpakai untuk maklumat yang:
a) sedang atau telah pada masa penggunaan atau penzahiran menjadi pengetahuan umum tanpa apa-apa pelanggaran Perjanjian ini oleh semua Pihak;
b) sedang atau telah pada masa penggunaan atau penzahiran diketahui secara umum oleh syarikat yang terlibat dalam perniagaan yang sama atau seumpamanya sebagai Pihak atas dasar bukan sulit melalui tindakan tidak salah Pihak tersebut;
c) diperoleh secara sah oleh satu Pihak daripada pihak ketiga tanpa apa-apa kewajipan oleh Pihak tersebut untuk mengekalkan hak milik atau kerahsiaan maklumat tersebut;
d) diketahui oleh satu Pihak sebelum penzahiran di bawah dokumen ini tanpa apa-apa kewajipan untuk memastikan ia sulit dan maklumat tersebut tidak dizahirkan oleh Pihak lain di bawah Perjanjian ini;
e) dibangunkan secara bebas oleh satu Pihak tanpa merujuk kepada atau mengguna Maklumat Sulit Pihak yang satu lagi;
f) perlu dizahirkan atau didedahkan oleh mana-mana mahkamah, tribunal, kerajaan atau pihak berkuasa dengan bidang kuasa kompeten atau oleh mana-mana statut, peraturan atau kehendak undang-undang lain, panel pengambilalihan atau badan awam atau kuasi-awam lain seperti yang dikehendaki undang-undang dan di mana Pihak tersebut dikehendaki undang-undang untuk membuat penzahiran tersebut. Pihak tersebut akan mengeluarkan pemberitahuan seberapa segera yang boleh sebelum penzahiran tersebut dibuat.
37. PERUBAHAN DAN PENEPIAN
37.1 Walau apa pun peruntukan lain dalam dokumen ini, Maybank berhak pada setiap masa membuat penambahan, penepian, atau perubahan akan apa-apa terma dan syarat ini. Mana-mana penambahan, penepian, atau perubahan hendaklah berkuat kuasa selepas penerimaan pemberitahuan secara bertulis oleh Syarikat.
37.2 Apa-apa peruntukan dalam dokumen ini tidak boleh diketepikan kecuali secara bertulis yang ditanda tangan oleh Pihak yang membenarkan penepian tersebut.
37.3 Sekiranya berlaku keingkaran akan mana-mana terma Perjanjian ini oleh mana-mana Pihak dalam perjanjian ini, tiada
kegagalan atau kelewatan dalam melaksanakan mana-mana hak, kuasa, atau remedi terkumpul kepada Xxxxx yang tidak mengingkari di bawah Perjanjian ini akan melemahkan pelaksanaan pada masa hadapan atau lanjutan mana-mana hak, kuasa, atau remedi tersebut; atau ditafsir sebagai penepian ke atasnya atau apa-apa keakuran dalam keingkaran tersebut, mahupun apa-apa tindakan Pihak yang tidak mengingkari berhubung apa-apa keingkaran juga tidak akan memberi kesan atau melemahkan mana-mana hak, kuasa, atau remedi Pihak yang tidak mengingkari berhubung apa-apa keingkaran lain atau berikutnya.
38. KEBOLEHASINGAN
38.1 Sekiranya mana-mana terma, syarat, atau peruntukan Perjanjian ini dilihat sebagai pelanggaran akan mana-mana undang- undang, statut, atau peraturan terpakai; perkara yang sama dianggap dikeluarkan daripada Perjanjian ini dan tidak akan dikuat kuasa dan dilaksanakan, dan Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya seperti terma, syarat, atau peruntukan tersebut pada asalnya tidak dinyatakan dalam Perjanjian ini. Walau apa pun yang di atas, sekiranya berlaku pengeluaran tersebut, maka semua Pihak akan berunding dengan suci hati untuk bersetuju dengan terma yang diterima secara bersama dan peruntukan alternatif yang memuaskan yang menggantikan peruntukan yang dikeluarkan. Jika keseluruhan atau mana-mana bahagian peruntukan Perjanjian ini terbatal, tidak boleh dikuatkuasakan atau salah di sisi undang-undang dalam satu bidang kuasa, maka baki Perjanjian ini hendaklah boleh dikuatkuasakan dan sah dalam bidang kuasa lain.
39. UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN RASUAH
39.1 Syarikat menyatakan dan menjamin bahawa ia:-
(1) menjalankan perniagaannya dalam pematuhan dengan Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang terpakai dan menerapkan dan mengekalkan dasar dan prosedur yang dirangka untuk mempromosi dan mencapai pematuhan dengan Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang terpakai;
(2) menjalankan operasinya pada setiap masa dengan mematuhi Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang terpakai dan tiada prosiding undang-undang, pengawalseliaan atau pentadbiran di dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau agensi berhubung mana-mana Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang telah dimulakan atau (pada pengetahuan dan kepercayaan yang terbaik) diberi amaran terhadapnya;
(3) beraku janji untuk memaklumkan dengan segera kepada Maybank secara bertulis jika berhubung dengan Perjanjian ini atau perniagaan tersebut hasil daripadanya bahawa Syarikat tersebut;
(i) menerima atau menyedari akan apa-apa permintaan daripada pegawai kerajaan atau mana-mana orang untuk apa-apa pembayaran, hadiah, janji, kewangan atau kelebihan lain sama ada ketara atau tak ketara, termasuk hadiah atau sogokan, atau mengizinkan atau membenarkan apa-apa tindakan yang dinyatakan di sini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai tujuan atau kesan sogokan awam atau komersial atau penerimaan atau keakuran dalam sogokan, pemerasan, pemudahan pembayaran atau cara yang menyalahi undang-undang atau tidak wajar lain dalam mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, kelebihan komersial atau prestasi yang tidak wajar akan apa-apa fungsi atau aktiviti;
(ii) menyedari akan mana-mana tingkah laku pekerjanya yang tidak konsisten dengan Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang terpakai;
(4) bahawa tidak ada daripadanya atau pekerja, subkontraktor, perunding bebas, ejennya atau pihak yang berkaitan dengannya merupakan pegawai kerajaan atau orang lain yang boleh memberi pengaruh yang menyalahi undang- undang bagi pihaknya sendiri. Jika mana-mana yang disebut di atas merupakan seorang pegawai kerajaan, Syarikat hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Maybank secara bertulis akan perkara tersebut.
(5) hendaklah mengambil semua usaha yang munasabah untuk mengekalkan kawalan dan prosedur dalaman yang mencukupi bagi memastikan pematuhan Undang-Undang Pencegahan Rasuah termasuk tetapi tidak terhad kepada prosedur untuk memastikan bahawa semua transaksi direkodkan secara tepat dan dilaporkan dalam bukunya untuk menunjukkan dengan sebenarnya aktiviti yang mana ia terlibat seperti tujuan setiap transaksi dan kepada siapa ia dibuat atau daripada siapa ia diterima.
(6) bersetuju bahawa pihak Maybank mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan Perjanjian ini dengan mengeluarkan notis bertulis serta-merta sekiranya ia menyedari akan pelanggaran jaminan atau aku janji, atau kesalahan akan Undang-Undang Pencegahan Rasuah yang terpakai di Syarikat tersebut.
40. PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM
40.1 Syarikat menyatakan dan menjamin bahawa ia, anak syarikatnya atau mana-mana daripadanya atau pegawai, pengarah, penyelia, pengurus, ejen, atau pekerja mereka akan mematuhi Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram pada setiap masa.
40.2 Syarikat beraku janji bahawa ia tidak akan:-
(1) terlibat, secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan perolehan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(2) memperoleh, menerima, mempunyai, menyamar, memindah, mengubah, menukar, membawa, melupus,
mengguna, mengeluarkan daripada atau membawa masuk ke Malaysia perolehan daripada apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang; atau
(3) menyembunyi, menyelindung atau mengubah penentuan sifat sebenar, sumber, lokasi, pergerakan, pelupusan, hak milik, hak kepada, atau pemunyaan, hasil daripada apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.
41. SEKATAN
41.1 Syarikat ataupun mana-mana anak syarikatnya, atau mana-mana pengarah, pegawai atau pekerjanya atau mereka, ataupun, pada pengetahuan Syarikat, mana-mana ejen, gabungan atau wakil Syarikat tersebut, bukanlah individu atau entiti yang sedang, atau sedang dimiliki atau dikawal oleh seorang individu atau entiti yang pada masa ini tertakluk kepada apa-apa sekatan yang ditadbir atau dikuat kuasa oleh Amerika Syarikat, Pejabat Jabatan Perbendaharaan A.S Kawalan Aset Asing (“OFAC”), Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, atau pihak berkuasa sekatan berkenaan lain (secara kolektif, “Sekatan”), mahupun terletak, diuruskan atau pemastautin dalam sebuah negara atau wilayah yang tertakluk kepada Sekatan.
41.2 Syarikat ataupun mana-mana anak syarikatnya tidak secara sedar terlibat dalam, dan atau tidak pada masa ini mengetahui terlibat dalam, apa-apa urusan atau transaksi dengan mana-mana individu atau entiti, atau mana-mana negara atau wilayah, yang pada masa urusan atau transaksi tersebut sedang atau tertakluk kepada Sekatan.
43.3 Bahawa Syarikat bersetuju bahawa jika Maybank dikehendaki untuk menzahirkan apa-apa maklumat berhubung mana-mana transaksi atau akaun, jika apa-apa pembayaran atau transaksi lain berhubung dengan mana-mana akaun disekat, dibeku, dilewatkan, ditolak atau dibatalkan kerana didakwa atau disyaki berkaitan dengan sekatan atau disyaki melibatkan pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan, maka Maybank tidak akan bertanggungan atas mana-mana penzahiran tersebut untuk apa-apa kerugian, liabiliti, penalti, kos atau perbelanjaan secara langsung, tidak langsung atau berkaitan dalam apa cara pun yang timbul berhubung atau disebabkan oleh yang dinyatakan ini, dan Maybank hendaklah ditanggung rugi sepenuhnya dan memastikan Maybank ditanggung rugi terhadap semua kerugian, liabiliti, penalti, kos atau perbelanjaan tersebut yang boleh ditanggung oleh Maybank.
42. PENGGANTUNGAN DAN/ATAU PENAMATAN
42.1 Walau apa pun hak-hak lain yang boleh dilaksanakan oleh Maybank di bawah Perjanjian ini, Maybank berhak menggantung bagi tempoh masa yang ditetapkan atau menamatkan Perkhidmatan tersebut untuk Syarikat di bawah terma Perjanjian ini dengan serta-merta selepas berlakunya mana-mana yang berikut:
(i) apabila Syarikat tersebut pada pendapat atau pertimbangan Maybank sedang atau telah terlibat dalam transaksi penipuan atau salah di sisi undang-undang, atau sekiranya berlaku keluarbiasaan dalam mana-mana transaksi; atau
(ii) apabila Syarikat gagal mematuhi mana-mana kewajipannya di bawah terma Perjanjian ini yang boleh atau sebenarnya menyebabkan Maybank menanggung kerugian kewangan.
42.2 Maybank boleh menamatkan Perjanjian ini pada tarikh yang ditetapkan dalam notis bertulis penamatan diberi kepada Syarikat tersebut sekiranya berlaku keingkaran, secara keseluruhan atau sebahagiannya, tanpa memberi Syarikat tersebut apa-apa masa tambahan atau peluang untuk memperbaikinya jika berada dalam mana-mana keadaan yang berikut:
(i) Syarikat melakukan pelanggaran material Perjanjian ini yang tidak boleh diremedikan;
(ii) Maybank mempunyai sebab untuk mempercayai atau atas budi bicara mutlaknya bahawa Syarikat tersebut telah melaksanakan atau mengemukakan transaksi yang menipu atau palsu untuk pembayaran;
(iii) Syarikat melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai atau mana-mana dasar yang mana Syarikat tersebut telah diberi notis;
(iv) tertakluk kepada berlakunya Kejadian Force Majeure (hal luar jangka dan tidak dapat dielakkan)
(v) Syarikat muflis;
(vi) Syarikat menjalani perubahan kawalan;
(vii) Syarikat berhenti untuk menjalankan sesuatu bahagian daripada Perniagaannya yang berkaitan dengan peruntukan Perkhidmatan tersebut atau bahagian yang besar di dalamnya atau melupuskan kesemua atau sebahagian daripada asetnya; atau
(viii) Syarikat bergabung dengan atau menjadi entiti lain.
42.3 Semua Pihak pada bila-bila masa boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi Pihak yang satu lagi notis enam puluh
(60) hari terlebih dahulu secara bertulis akan niatnya tetapi penamatan tersebut tidak akan menimbulkan prasangka dan menjejaskan hak kedua-dua Pihak untuk menuntut apa-apa jumlah tertunggak yang perlu dibayar daripada Pihak yang lagi satu sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini.
43. PERJANJIAN KESELURUHAN
Perjanjian ini membentuk keseluruhan terma dan syarat yang dipersetujui antara semua Pihak dalam perjanjian ini
berhubung isi kandungan Perjanjian ini dan mengatasi dalam semua perkara dalam perwakilan,jaminan, perjanjian, dan aku janji terdahulu; jika ada; yang dibuat antara semua Pihak dalam Perjanjian ini berhubung isi kandungan Perjanjian ini sebelum pelaksanaannya.
44. PINDAAN DAN PERUBAHAN
Semua peruntukan Perjanjian ini seperti yang dipinda, diubah suai dan ditambah dari masa ke masa hendaklah dibaca sebagai dokumen bersepadu tunggal yang menerapkan pindaan, pengubahsuaian dan penambahan tersebut tetapi dengan syarat bahawa tiada pindaan, pengubahsuaian dan penambahan kepada Perjanjian ini akan berkuat kuasa kecuali ia dibuat secara bertulis dan ditanda tangan sewajarnya oleh wakil semua Pihak yang diberi kuasa sewajarnya dalam Perjanjian ini.
45. Maybank berhak memperkenalkan saluran baharu untuk menyokong Perkhidmatan tersebut dari masa ke masa, tanpa kebenaran Syarikat. Syarikat bersetuju untuk menggunakan usahanya yang terbaik untuk mengemas kini maklumat pembayaran ke dalam rekod Pelanggan yang disenggara oleh Syarikat dengan segera. Sekiranya Syarikat tidak dapat mengemas kini rekod pembayaran atas apa-apa jua sebab, maka Syarikat hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Maybank secara bertulis dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan pembayaran tersebut.
46. FORCE MAJEURE (HAL LUAR JANGKA DAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN)
Semua Pihak tidak akan bertanggungan atas apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian ini jika kelewatan atau kegagalan diakibatkan oleh Force Majeure. Setiap pihak hendaklah memaklumkan kepada pihak yang satu lagi secara bertulis seberapa segera yang boleh dilakukan selepas berlakunya setiap kejadian Force Majeure. Kejadian atau tindakan tidak boleh dikecualikan atau dilewatkan oleh Force Majeure jika ia boleh dielak secara munasabah melalui penggunaan sumber alternatif, pelan penyelesaian atau cara lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
47. KERAHSIAAN
Setiap Pihak hendaklah mengambil semua maklumat yang diterima daripada Pihak yang satu lagi sebagai maklumat sulit, yang telah atau menjadi pemilikannya, berkaitan dengan, di bawah atau hasil daripada Perjanjian ini (“Maklumat Sulit”). Kedua-dua pihak tidak boleh menzahirkan apa-apa Maklumat Sulit Pihak yang satu lagi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis pihak yang satu lagi.
48. PENEPIAN
Masa akan menjadi asas dalam Perjanjian ini tetapi tiada kegagalan untuk melaksanakan atau tiada kelewatan dalam melaksanakan pada pihak Maybank akan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan di bawah Perjanjian ini akan bertindak sebagai penepian kepadanya, mahupun apa-apa pelaksanaan tunggal atau sebahagian apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan tidak akan menghalang apa-apa pelaksanaan lanjutan lain di dalamnya atau pelaksanaan akan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan lain. Hak dan remedi yang disediakan dalam dokumen ini adalah kumulatif dan tidak termasuk apa-apa hak atau remedi yang disediakan undang-undang.
49. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsir dalam semua hal menurut undang-undang Malaysia dan semua Pihak di dalam perjanjian ini dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia dalam semua hal berkaitan dengan kewajipan dan liabiliti semua pihak di bawah Perjanjian ini.
50. NOTIS
Apa-apa notis yang dikehendaki dibuat dalam dokumen ini hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh ditanda tangan oleh dan bagi pihak Maybank oleh mana-mana Pegawai yang Diberi Kuasa Maybank atau oleh mana-mana peguamcara atau firma peguamcara yang bertujuan bertindak untuk Maybank dan bagi pihak Syarikat oleh mana-mana Pegawai yang Diberi Kuasa Syarikat dan notis tersebut hendaklah dianggap telah diserahkan secukupnya kepada kedua-dua Pihak dalam perjanjian ini jika ia ditinggalkan di alamat kedua-dua Pihak yang dinyatakan di atas atau dihantar secara surat berdaftar kepada mana- mana alamat yang dinyatakan di atas dan dalam hal yang disebut sebelum ini Perkhidmatan tersebut akan dianggap telah dibuat sepuluh (10) hari selepas tarikh pengeposan.
51. KESAN MENGIKAT
Perjanjian ini hendaklah kekal sah dan mengikat walau apa pun perubahan sama ada dengan cara penyatuan, pembentukan
semula atau sebaliknya kepada perlembagaan kedua-dua Pihak dan hendaklah mengikat kepada semua pengganti hakmilik dan serah hak Pihak masing-masing selepas itu, dengan syarat bahawa Syarikat tersebut tidak boleh menyerah hak Perjanjian ini atau mana-mana hak atau kewajipannya di bawah Perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Maybank yang tidak akan ditahan secara tidak munasabah.
52. TANGGUNG RUGI
52.1 Syarikat hendaklah menanggung rugi Maybank untuk semua kos, kerugian, tuntutan, ganti rugi, perbelanjaan atau prosiding yang ditanggung atau dialami olehnya yang timbul daripada atau berkaitan dengan:
(1) apa-apa penipuan, ketakjujuran, salah laku tidak bertanggungjawab atau yang disengajakan, kecuaian, menyalahnyatakan, pelanggaran tugas, pelanggaran statut atau kegagalan untuk bertindak atau pengabaian pada pihak Syarikat, mana-mana kakitangan Syarikat atau subkontraktor Syarikat;
(2) Syarikat, mana-mana kakitangan Syarikat atau subkontraktor Syarikat gagal mematuhi semua undang-undang yang terpakai (termasuk penalti yang dialami Maybank).
52.2 Bagi tujuan mengelakkan keraguan, Syarikat dengan ingin bersetuju bahawa Maybank berhak menuntut yang berikut, tetapi tidak terhad kepada, sebagai kerugian langsung:
(1) perbelanjaan atau caj sia-sia yang diberi keterlaluan hasil daripada apa-apa keingkaran Syarikat;
(2) kehilangan data; atau
(3) apa-apa kerugian, denda, perbelanjaan pengawalseliaan atau kerugian lain yang ditanggung Maybank akibat pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh BNM dan mana-mana undang-undang yang terpakai oleh Syarikat dan apa-apa kos lanjutan yang ditanggung secara langsung oleh Maybank untuk memenuhi syarat tambahan yang dikenakan oleh BNM hasil daripada pelanggaran tersebut oleh Syarikat.
52.3 Klausa ini akan tidak terkesan oleh penamatan Perjanjian ini.
53. PERUBAHAN DALAM PERLEMBAGAAN/PERUBAHAN DALAM PEMILIKAN
53.1 Syarikat dengan ini beraku janji untuk memaklumkan Maybank akan apa-apa perubahan dalam perlembagaan Syarikat sama ada oleh persaraan, pemecatan, kematian atau kemasukan mana-mana rakan atau Pihak termasuk mana-mana pengarah dan pemegang saham, penyatuan, pembentukan semula, atau sebaliknya dan hendaklah memastikan bahawa semua niat dan tujuan firma, syarikat, atau kebimbangan yang terhasil menjadi seperti kewajipan yang secara asalnya wujud di bawah Perjanjian ini.
53.2 Di mana Syarikat merupakan pemilikan tunggal atau perkongsian, kegagalan Syarikat untuk memaklumkan kepada Maybank akan perubahan tersebut seperti yang dikehendaki di bawah syarat ini hendaklah menyebabkan pemilik tunggal atau rakan kongsi (mengikut mana-mana yang berkenaan) Syarikat tersebut (seperti yang dimaklumkan kepada Maybank sebelum perubahan tersebut) bertanggungan untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Maybank sejak perubahan itu.
54. PENZAHIRAN MAKLUMAT
54.1 Dengan ini dipersetujui antara kedua-dua Pihak dalam perjanjian ini bahawa Maybank dibenarkan untuk menzahirkan, memberitahu, mendedahkan dan/atau menyediakan apa-apa maklumat berkenaan Syarikat tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran dalam dokumen ini kepada ejennya, pembantunya, dan/atau subkontraktor yang dilantik atau diambil oleh Maybank, termasuk tetapi tidak terhad kepada penzahiran menurut mana-mana undang-undang atau peraturan bertulis.
55. PROSES PERKHIDMATAN ATAU UNDANG-UNDANG
55.1 Kedua-dua Pihak dengan ini bersetuju bahawa penyerahan apa-apa Writ Saman atau apa-apa proses undang-undang berhubung apa-apa tuntutan akibat atau berkaitan dengan Perjanjian ini boleh dilakukan dengan menghantar satu salinannya dengan tangan atau pos berdaftar prabayar atau pos biasa ke alamat kedua-dua Pihak yang berkenaan yang dinyatakan sebelum ini dalam dokumen ini, dan penyerahan tersebut hendaklah dianggap diserahkan sewajarnya selepas tamat lima (5) hari dari tarikh ia diposkan atau, jika dihantar secara tangan, pada hari ia dihantar.
55.2 Tidak ada perubahan alamat kedua-dua Pihak yang dinyatakan dalam dokumen ini akan berkuat kuasa atau mengikat ke atas kedua-dua Pihak kecuali Pihak tersebut telah memberi pihak yang satu lagi notis sebenar akan perubahan alamat tersebut, dan tidak ada apa yang dilakukan yang bersandarkan subklausa (1) di atas akan terkesan dan dijejaskan oleh apa-apa perubahan yang berikutnya dalam alamat tersebut di mana Pihak yang satu lagi tidak mempunyai pengetahuan sebenar pada masa tindakan telah dibuat atau dijalankan.
56. KOS
56.1 Syarikat bersetuju untuk membayar semua fi perundangan (atas asas peguamcara dan klien) dan kos dan perbelanjaan lain yang ditanggung dan/atau dialami oleh Maybank berhubung dengan atau bersampingan dengan Perjanjian ini termasuk fi dan duti setem (jika ada) berhubung dengan penyediaan dan pelaksanaan Perjanjian ini.
57. CUKAI
(1) Kecuali dinyatakan secara jelas sebaliknya, apa-apa fi dan semua jumlah yang kena dibayar atau pampasan lain untuk disediakan di bawah Perjanjian ini tidak termasuk apa-apa cukai terpakai yang dikenakan oleh kerajaan di bawah undang-undang semasa.
(2) Semua pembayaran atau jumlah lain yang kena dibayar oleh Maybank akan dibayar selepas penolakan atau penahanan seperti yang dikehendaki undang-undang terpakai.
(3) Apa-apa cukai atau levi masa ini atau kemudian dari ini yang dikenakan oleh undang-undang atau dikehendaki untuk dibayar berhubung dengan apa-apa wang kena dibayar kepada atau akan diterima oleh Maybank atas apa-apa perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung oleh Maybank (kecuali dilarang undang-undang) hendaklah dibayar oleh Syarikat.
(4) Semua cukai, duti atau caj kerajaan lain masa ini dan kemudian daripada ini yang dikenakan atau dilevikan berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di bawah Perjanjian ini, hendaklah dibayar oleh Syarikat.
(5) Syarikat dengan ini bersetuju bahawa Maybank berhak untuk mendebit mana-mana xxxxx (akaun-akaun) Syarikat tersebut bersama Maybank atau anak syarikatnya untuk cukai atau levi tersebut yang kena dibayar oleh Syariat tersebut. Sekiranya pendebitan tersebut menyebabkan akaun perbankan Syarikat mengalami pengeluaran berlebihan, maka faedah pada kadar (kadar-kadar) semasa Maybank atau anak syarikatnya akan dikenakan sewajarnya kepada Syarikat tersebut.
58. BAHASA
58.1 Semua komunikasi antara kedua-dua Pihak berhubung Perjanjian ini hendaklah dibuat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
59. DOKUMEN ELEKTRONIK
59.1 Syarikat bersetuju untuk menerima Perjanjian ini dalam bentuk elektronik dan dengan ini menjelaskan dan menjamin telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Perjanjian tersebut.
59.2 Kedua-dua Pihak dengan ini bersetuju menurut Akta Perdagangan Elektronik 2006, dilaksanakan dan salinan Perjanjian yang diimbas dihantar kepada kedua-dua Pihak secara elektronik hendaklah dianggap sebagai sah dan pelaksanaan undang-undang, keesahan dan kebolehan untuk menguat kuasa Penjanjian ini tidak akan dinafikan.
60. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
60.1 Syarikat dengan ini mengakui bahawa Terma dan Syarat Perjanjian dalam dokumen ini bukanlah sepenuhya dan Maybank berhak menambah, mengubah atau mengeluarkan mana-mana Terma dan Syarat tersebut dan apa-apa penambahan, pengubahsuaian atau pengeluaran hendaklah mengikat ke atas Syarikat dan dianggap telah dibawa kepada perhatian Syarikat dengan cara penerbitan di portal Maybank di xxxxx://xxx.xxxxxxx0x.xxx.xx/xxxxxxx0x/xxxxxxxx/xx/xxxxxxxx/xxxxxxxx/xxxxxxx_xxxxxxx/xxxxxx.xxxx atau dimaklumkan dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh Maybank atas budi bicaranya sebelum pelaksanaan. Semua terma dan syarat yang terdahulu akan dibatalkan dan diganti secara keseluruhannya oleh Terma dan Syarat baharu.