Perjanjian Pengguna Penyata Elektronik – Terma dan Syarat (Push & Pull)
Perjanjian Pengguna Penyata Elektronik – Terma dan Syarat (Push & Pull)
1.0 UMUM
1.1 Terma dan Syarat yang terkandung dalam dokumen ini dan semua tambahan, pindaan dan variasi daripadanya hendaklah secara bersama membentuk penerimaan dan persetujuan antara anda dengan RHB Bank/RHB Islamic Bank (“RHB”) (“Perjanjian ini”), bagi tujuan pendaftaran dan melihat e-Penyata anda.
1.2 Terma dan Syarat yang mengikat Perkhidmatan e-Penyata termasuk kaedah, peraturan, Terma dan Syarat yang mengawal kad kredit dan/atau semua akaun perbankan (“Akaun”) yang lain. Sekiranya terdapat apa-apa unsur tidak konsisten antara Terma dan Syarat sedemikian dalam dokumen ini, Terma dan Syarat ini hendaklah mengatasi berkaitan Perkhidmatan e-Penyata sahaja.
1.3 Penggunaan perkhidmatan ini tertakluk pada semua undang- undang dan peraturan yang terpakai dan bahawa Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Perbankan Atas Talian di xxx.xxxxxxxx.xxx dan Terma dan Syarat capaiannya. Laluan dan penggunaan yang tidak dibenarkan adalah dilarang sama sekali.
1.4 Jika berlaku apa-apa percanggahan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
2.0 TAKRIF
Dalam Terma dan Syarat ini, melainkan konteksnya menurut dokumen ini menghendaki yang selainnya, perkataan dan ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai maksud yang berikut:
a) Perkataan “kami”, “kita”, “Bank” dan “RHB” bermaksud RHB Bank dan/atau RHB Islamic Bank Berhad. Perkataan “anda” bermaksud pemilik dan/atau pemilik bersama yang akaunnya didaftarkan untuk mendapatkan Perkhidmatan e-Penyata sama ada melihat e- Penyata dalam Perbankan Atas Talian RHB atau yang dihantar secara elektronik ke alamat e-mel internet anda.
b) “Perbankan Atas Talian” bermaksud perkhidmatan Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, yang membolehkan Pelanggan memiliki akses ke Akaun dan / atau untuk melakukan perbankan tertentu dan / atau transaksi lain (termasuk tanpa batasan pengiriman arahan ke Bank, dana pemindahan, pembayaran bil) dengan cara elektronik melalui penggunaan komputer peribadi atau telefon bimbit atau alat akses lain.
d) “e-Penyata” bermaksud Penyata Akaun Perbankan Konvensional/ Penyata Akaun Perbankan Islam dalam bentuk elektronik yang boleh dilihat dalam Perbankan Atas Talian RHB atau yang dihantar ke dalam peti e-mel anda, yang boleh anda lihat dan cetak daripada terminal komputer anda.
e) "Perkhidmatan e-Penyata" bermaksud perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Bank kepada anda, dan apabila pendaftaran anda berjaya, anda boleh mengakses e-Penyata daripada Laman Web Perbankan Atas Talian RHB untuk dilihat atau anda akan dapat menerima e-Penyata melalui e-mel anda, mengikut pilihan yang anda buat, untuk menyemak serta mencetaknya.
f) “Tarikh Penyata” bermaksud tarikh yang dinyatakan pada e- Penyata anda.
g) Perkataan yang membawa maksud tunggal termasuk yang jamak dan sebaliknya.
h) Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki termasuk perempuan dan neuter dan sebaliknya.
i) Apa-apa terma perbankan yang tidak dinyatakan, ditakrifkan atau dihuraikan dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan sejajar dengan amalan umum bank dan institusi kewangan di Malaysia.
j) Apa-apa istilah berkaitan teknologi komputer yang tidak dinyatakan, ditakrifkan atau dihuraikan secara khusus dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan menurut amalan umum dan perdagangan syarikat komputer dan industri teknologi maklumat di Malaysia.
k) Sekiranya terdapat dua orang atau lebih atau pihak yang terkandung dalam ungkapan “anda”, perjanjian, waad, ketetapan, aku janji, Terma dan Syarat yang dinyatakan yang akan anda buat dan atas anda dalam dokumen ini hendaklah dianggap dibuat oleh anda dan di pihak anda menurut dokumen ini, hendaklah disifatkan dibuat oleh atau mengikat ke atas orang atau pihak sedemikian secara bersama dan berasingan.
3.0 PENERIMAAN PERJANJIAN
3.1 Perkhidmatan e-Penyata akan disediakan mengikut pilihan yang anda telah buat apabila berjaya mendaftar untuk Perkhidmatan e- Penyata:
a. Melihat e-Penyata daripada Laman Web Perbankan Atas Talian RHB, yang anda telah mendaftar sebagai pengguna atau
b. Menghantar e-Penyata secara terus ke alamat e-mel yang anda berikan.
RHB berhak untuk menolak pendaftaran anda menurut budi bicara sendiri.
3.2 RHB berhak mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat termasuk skop Perkhidmatan e-Penyata pada bila-bila masa menurut budi bicaranya dengan memberikan notis awal dua puluh satu (21) hari kepada pemegang akaun. Pendaftaran berterusan anda bagi Perkhidmatan e-Penyata selepas diberitahu mengenai perubahan sedemikian akan dianggap sebagai penerimaan anda bagi perkara yang sama.
3.3 Anda hendaklah memberikan alamat e-mel terkini semasa pendaftaran Perkhidmatan e-Penyata. Anda hendaklah juga memberitahu RHB akan apa-apa perubahan dalam alamat e-mel anda dengan mengemas kini alamat e-mel terkini anda di Perbankan Atas Talian atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan atau melawat mana-mana cawangan RHB kami untuk mengemas kini perubahan alamat e-mel dan/ atau dalam apa-apa cara yang disarankan oleh RHB menurut budi bicaranya sendiri. Pihak Bank memperakui bahawa alamat e-mel anda yang diberikan adalah milik dan kepunyaan anda.
3.4 Apabila pendaftaran bagi Perkhidmatan e-Penyata berjaya, anda akan menerima e-mel atau pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit anda setiap bulan atau secara berkala, mengikut mana-mana yang berkaitan, bermula dari tarikh penyata yang berikutnya bagi akaun (melainkan Perkhidmatan e-Penyata ditamatkan dan/atau dibatalkan mengikut mana-mana yang berkaitan) memberitahu anda bahawa e-Penyata adalah tersedia untuk dilihat dan dicetak.
3.5 Apabila pendaftaran bagi Perkhidmatan e-Penyata bagi Perbankan Atas Talian berjaya, e-Penyata anda akan diaktifkan serta-merta kecuali bagi Akaun Deposit Tetap yang akan diaktifkan pada hari berikutnya selepas pendaftaran. E-Penyata dapat dilihat berdasarkan tarikh dan kitaran penyata akaun/ kad selepas tarikh pendaftaran.
3.6 Anda bertanggungjawab sepenuhnya:
a) Untuk memuat turun perisian komputer yang sesuai seperti Acrobat Reader dan/atau apa-apa perisian komputer yang lain yang dikehendaki untuk menyemak dan mencetak e-Penyata, sebagaimana dinasihatkan oleh RHB;
b) Untuk menetapkan, menyelenggara dan menyemak semula secara seragam aturan, parameter atau konfigurasi berkaitan capaian ke komputer peribadi anda, peti e-mel dan Perkhidmatan Perbankan Atas Talian;
c) Untuk melihat dan memeriksa e-Penyata dengan serta-merta dan dalam cara yang tepat pada masanya. Dalam apa-apa keadaan, kemasukan dan baki yang ditunjukkan dalam e-Penyata akan dianggap betul melainkan anda memberitahu Bank akan apa-apa percanggahan dalam masa 14 hari dari tarikh dalam e-Penyata, tanpa mengambil kira bila anda membuka e-Penyata;
d) Memberitahu pihak Bank dengan serta-merta dengan menghantar e- mel ke xxxxxx.xxxxxxxx@xxxxxxxx.xxx atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB di 1300 888 742 sekiranya berlaku kelewatan atau kesilapan/kegagalan penghantaran e-Penyata atau jika terdapat apa-apa ketidakseragaman/ tuntutan akan apa-apa debit yang tidak dibenarkan yang muncul dalam e-Penyata, yang sekiranya tiada, anda disifatkan telah mendapat dan menerima semua butirannya.
e) Untuk mengelakkan e-mel e-Penyata RHB daripada dimasukkan secara automatik ke dalam fail e-mel spam, anda dinasihatkan memasukkan alamat e-mel kami ke dalam Buku Alamat dan/atau senarai ‘Pengirim Dibenarkan’ apabila mendaftar untuk Perkhidmatan e-Penyata.
3.7 E-Penyata yang disediakan untuk dilihat dan dicetak dalam Perbankan Atas Talian hanya akan disimpan bagi tempoh selama 6 (enam) bulan dari tarikh e-Penyata masing-masing atau bagi tempoh sedemikian sebagaimana yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya sendiri dengan memberikan notis yang munasabah kepada anda terlebih dahulu. (hanya terpakai bagi pelanggan yang memilih e-Penyata untuk dilihat melalui Perbankan Atas Talian kami sahaja)
3.8 RHB akan dianggap telah menghantar dan anda telah menerima Penyata akaun apabila:
a.e-Penyata tersedia di Perbankan Atas Talian di xxx.xxxxxxxx.xxx pada tarikh penyata yang relevan yang akan dianggap sebagai tarikh penghantaran e-Penyata
b. e-Penyata telah dihantar ke alamat e-mel anda pada tarikh penyata yang relevan yang telah anda pilih untuk menerima e- Penyata anda melalui e-mel.
3.9 Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, atau apabila berlakunya peristiwa tertentu sebagaimana ditentukan oleh RHB, RHB boleh menghantar Penyata Akaun bercetak ke alamat penghantaran terakhir yang diketahui atau yang direkodkan. Dengan menggunakan Perkhidmatan e-Penyata dan/atau e-mel sebagai cara transmisi, anda dengan ini bersetuju untuk melepaskan RHB daripada apa-apa/semua tanggungjawab dan liabiliti yang timbul daripada salah guna sedemikian dan seterusnya bersetuju untuk membebaskan pihak Bank daripada semua kerugian, kos, ganti rugi yang anda alami dan berpunca atau disebabkan oleh anda terhadap apa-apa kesilapan, kelewatan atau masalah dalam penghantaran atau sekatan yang tidak dibenarkan atau tidak sah, pengubahan, manipulasi data elektronik atau selainnya.
3.10 Akaun Simpanan/-i, Akaun Semasa/-i, Multi Currency Account / Qard Multi Currency Account-i, Kad Kredit/-i, Pembiayaan Perumahan dan Pembiayaan Harta Komersial. dan Pembiayaan Peribadi/-i, e-Penyata akan tersedia untuk tatapan anda. Pengeluaran penyata berdasarkan kertas untuk produk-produk tersebut telah ditamatkan kecuali untuk pelanggan di dalam golongan yang dikecualikan.Pelanggan yang tergolong didalam golongan yang dikecualikan adalah mereka yang berumur 60 tahun dan keatas, dan juga pelanggan yang telah mengisyhtiharkan kepada pihak bank bahawa mereka tergolong di dalam golongan kurang upaya atau tidak mempunyai akses kepada internet. Penyata berdasarkan kertas boleh diperolehi dimana-mana cawangan bank kami diatas permintaan pihak pelanggan secara percuma jika dipohon didalam masa 13 bulan dari tarikh penyata tersebut. Sekiranya permohonan dibuat selepas 13 bulan dari tarikh penyata, caj penyata kedua akan dikenakan seperti mana yang tertera di dalam caj perkhidmatan bank di laman web RHB. Untuk produk- produk perbankan yang lain, penyata berdasarkan kertas akan dihasilkan berdasarkan pilihan anda. Apabila pendaftaran Perkhidmatan e-Penyata berjaya, penyata bercetak bagi akaun tidak akan lagi dihasilkan dan dihantar kepada anda ke alamat terakhir anda yang diketahui. Pihak Bank akan menghasilkan e- Penyata pada tarikh penyata yang relevan dan anda bersetuju menerima dan melihat e-Penyata tepat pada masanya.
3.11 Ketersediaan Perkhidmatan e-Penyata hendaklah atas budi bicara pihak Bank. Pihak Bank berhak untuk mengubah suai, menyekat,
menarik balik, membatalkan, menggantung atau tidak meneruskan Perkhidmatan e-Penyata tanpa memberikan apa-apa sebab sekalipun selepas memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, dan dengan menggunakan Perkhidmatan e-Penyata selepas apa-apa ubahsuaian atau perubahan telah dilaksanakan, anda akan dianggap telah bersetuju dengan ubahsuaian atau perubahan sedemikian.
3.12 Pihak Bank mahupun mana-mana pihak ketiga tidak membuat representasi atau menjamin bahawa anda akan mempunyai akses yang berterusan dan/atau tanpa gangguan kepada Perbankan Atas Talian kami dan/atau sistem RHB dan/atau Perkhidmatan e-Penyata dan/atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau apa-apa fungsi yang sama tidak akan mempunyai kesilapan. Perkhidmatan e- Penyata diberikan kepada anda “sebagaimana adanya” dan “sebagaimana disediakan” dan RHB dan penyedia perkhidmatannya tidak membuat representasi atau waranti berkaitan Perkhidmatan e-Penyata termasuklah tanpa had ke atas prestasi, ketersediaan, kandungan atau fungsinya.
3.13 Di bawah apa-apa keadaan sekalipun, melainkan berpunca daripada kecuaian dan keingkaran dengan sengaja, RHB atau pengarah, kakitangan, ejennya atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga tidak akan dipertanggungjawabkan bagi apa-apa ganti rugi berturutan, langsung, tidak langsung, luar jangka, ganti rugi khas atau punitif, kerugian, perbelanjaan dan apa jua pun yang boleh terhasil daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan e-Penyata atau kelewatan dalam mengepos atau tidak mengepos e- Penyata kepada Perkhidmatan e-Penyata walaupun jika RHB telah dinasihati akan kemungkinan berlakunya ganti rugi sedemikian.
3.14 Walaupun RHB komited mengambil langkah munasabah dan menggunakan ikhtiar terbaik kami untuk memastikan bahawa maklumat yang dihantarkan dan diterima adalah selamat, anda menerima risiko yang berkaitan dalam penggunaan Perkhidmatan e- Penyata dan bahawa RHB tidak boleh menjamin keselamatan maklumat yang dimaksudkan dan bahawa maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Anda bersetuju untuk tidak menyebabkan RHB bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami yang timbul daripada pendedahan sebagaimana dinyatakan dalam dokumen ini.
4.0 KESELAMATAN
Anda bersetuju melindungi kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda, Nombor Akaun, Pengenalan Pengguna dan Kata Laluan. Anda faham bahawa Pengenalan Pengguna dan Kata Laluan anda dengan sendirinya atau bersama-sama dengan maklumat yang berkaitan dengan Akaun anda boleh terdedah kepada laluan yang tidak dibenarkan kepada Akaun anda, e-Penyata atau apa-apa maklumat lain dalamnya yang berkaitan dengan Akaun anda.
5.0 CAJ BANK
RHB berhak mengenakan yuran/caj ke atas Perkhidmatan e-Penyata dengan memberikan notis awal dua puluh satu hari (21) terlebih dahulu kepada anda dan anda hendaklah terikat dengan serta-merta apabila tamat tempoh tarikh notis dan ia berkuatkuasa ke atas anda dan sedemikian untuk membuat pembayaran sedemikian bagi e- Penyata yang seterusnya. Xxxxx xxxxx/caj akan ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicaranya sendiri. Anda dengan ini memberi kuasa kepada RHB untuk mendebit yuran/caj daripada mana-mana akaun anda (sama ada deposit, semasa dan/atau selainnya) dengan RHB pada bila-bila masa dengan apa cara sekali pun dan kekerapan yang ditentukan oleh pihak Bank.
Sekiranya anda memerlukan Penyata Akaun bercetak, anda boleh berkunjung ke cawangan RHB yang berdekatan, di mana bayaran akan dikenakan.
6.0 PENAMATAN
Pembatalan Perkhidmatan e-Penyata boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak dengan memberikan notis terlebih dahulu. Apabila dibatalkan, pihak Bank hendaklah pada tarikh penyata berikutnya yang relevan menghasilkan dan menghantar penyata bercetak ke alamat terakhir anda yang diketahui atau alamat penghantaran yang direkodkan atau dalam cara sebagaimana yang dianggap sesuai oleh pihak Bank. Meskipun berlakunya pembatalan perkhidmatan, anda masih terikat kepada Terma dan Syarat ini setakat ianya berhubung kait dengan obligasi atau liabiliti yang masih belum terlaksana atau dilepaskan.
7.0 PENGASINGAN
Sekiranya mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut hendaklah dikecualikan daripada Terma dan Syarat ini, dan bahagian yang dikecualikan tersebut tidak seharusnya menjejaskan penguatkuasaan di sisi undang-undang akan Terma dan Syarat ini dalam apa-apa cara dan terma selebihnya hendaklah dikuatkuasakan secara berasingan sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan yang boleh memberikan kesan ke atas maksud sedia ada yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini.
8.0 PELEPASAN
Jika RHB gagal untuk atau cuai dalam menguatkuasakan mana-mana Terma dan Syarat atau selainnya berkaitan Perkhidmatan e-Penyata atas apa-apa sebab sekalipun, RHB tidak akan dianggap telah melepaskan haknya terhadap apa-apa kemungkiran yang sebelumnya, sedang berterusan atau yang selanjutnya, akan perkara yang sama atau mana-mana peruntukan lain yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.