POLITEKNIK MALAYSIA KUCHING, SARAWAK
No. Siri: …………………
POLITEKNIK MALAYSIA KUCHING, SARAWAK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
DOKUMEN SEBUTHARGA
NAMA PROJEK
KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KOD PROJEK PKS.400-2/12/2/91
ISI KANDUNGAN
Bil. | Xxxxxxx | Xxxx Xxxxx |
0. | Senarai Semak | 1 – 2 |
2. | Borang SebutHarga Kerja | 3 – 4 |
3. | Arahan Kepada PenyebutHarga | 5 – 9 |
4. | Lampiran F- Surat Akuan Pembida | 10 – 11 |
5. | Syarat-Syarat SebutHarga Untuk Kerja | 12 – 16 |
6. | Spesifikasi | 17 – 20 |
7. | Ringkasan Sebut Harga | 21 – 25 |
8. | Profil Syarikat | 26 – 32 |
9. | Akuan Lawatan Tapak Bagi Tujuan Lawatan | 33 - 34 |
10. | Pelan Politeknik Kuching Sarawak Xxxxx Xxxxxxxx Berkaitan. | 35 – 39 |
SENARAI SEMAK
Sila tandakan (√ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.
Bil. | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Construction Industry Development Board (CIDB) atau Salinan Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
2. | Salinan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) / Salinan Surat Pengiktirafan Status Bumiputera Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. | ||
3. | Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Dari Construction Industry Development Board (CIDB). | ||
4. | Borang Sebut Harga Kerja Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
5. | Arahan Kepada Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
6. | Lampiran F – Surat Akuan Pembida. | ||
7. | Pematuhan Kepada Spesifikasi. | ||
8. | Ringkasan Sebut Harga Diisi dengan Lengkap dan Ditandatangani. | ||
9. | Profil Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur. | ||
10. | Borang Maklumat Penyebut Harga Diisi dengan Lengkap. | ||
11. | Carta Organisasi Syarikat Disertakan dengan Lengkap dan Teratur | ||
12. | Senarai Ahli-Ahli Syarikat Diisi dengan Lengkap. | ||
13. | Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor. | ||
14. | Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor. | ||
15. | Pelan-Pelan Berkaitan Lengkap Disertakan. | ||
16. | Sesalinan penyata bank bagi bulan Julai 2022, Ogos 2022 dan September 2022 (Dokumen Wajib) transaksi beserta baki. Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pegawai bank (Nama dan Nombor ID beserta Cop Jawatan Pegawai/ Bank) yang mengeluarkan penyata tersebut. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA. Adalah dimaklumkan bahawa dokumen penyata bank amat penting untuk mengukur keupayaan kewangan/modal penyebutharga. |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat serta terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Cop Syarikat : | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada) Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : |
BORANG SEBUTHARGA KERJA
BORANG SEBUTHARGA KERJA
Kod Projek | : | PKS.400-2/12/2/91 |
Tarikh Tutup | : | 13 OKT 2022 ( KHAMIS ) |
Politeknik kuching Sarawak KM 22 Jalan Matang
93050 kuching Sarawak
Tuan,
NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Di bawah dan tertakluk kepada Xxxxxx Xxxxxxxxxxxxx, Syarat–Syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan Ringkasan Sebut Harga serta Pelan–Pelan, saya yang menandatangani di ruangan bawah adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja–kerja tersebut bagi JUMLAH HARGA SEBANYAK :
Ringgit Malaysia : ......................................................................................................................................................
............................................................................................................... ( RM )
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja–kerja ini dalam tempoh masa MINGGU dari tempoh mula kerja
seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran kerja.
…………………………………… …………………………………….
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh : ………………………............… Nama Penuh : ……………………….........
No. K.P : ............................................... No. K.P : ..........................................
Nama Syarikat : ............................................... Alamat :........................................................
Alamat Syarikat : …………………………………. ………………………….............……
………………………………………….............….. …………………....................………
………………………………………….............….. ……………………….............………
No. Telefon Pejabat : …………………................. No. Telefon Bimbit : .....................................
No. Telefon Bimbit : …………………................. Tarikh : ........................................................
Nama Bank : ...........................................
No.Akaun bank : ……………………….……… ………………....……...........
COP SYARIKAT
Tarikh : ...........................................
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor WAJIB mengisi (menggunakan dakwat) dengan lengkap dan menghantar ke Politeknik Kuching, Sarawak maklumat-maklumat seperti berikut:
(a) Borang Sebut Harga Kerja.
(b) Arahan Kepada Penyebutharga.
(c) Lampiran F – Surat Akuan Pembida.
(d) Ringkasan Sebut Harga.
(e) Profil Syarikat.
(f) Borang Maklumat Penyebutharga.
(g) Carta Organisasi Syarikat.
(h) Senarai Ahli-Ahli Syarikat.
(i) Jadual Pengalaman Kerja Kontraktor.
(j) Jadual Kerja-Kerja dalam Perlaksanaan Kontraktor.
(k) Pelan-pelan Berkaitan.
(l) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir (Julai 2022, Ogos 2022 dan September 2022).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah menandatangani ringkas di atas semua pembetulan.
Setiap Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat di atas apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat-syarat di bawah ini membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan pada bahagian atas sebelah kiri sampul itu dengan butiran berikut:
KOD PROJEK : PKS.400-2/12/2/91
NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
(b) Dokumen hendaklah dihantar terus ke Peti Sebut Harga yang telah disediakan atau diposkan ke alamat seperti dibawah;
Tingkat Bawah Bangunan Pentadbiran Politeknik kuching Sarawak
XX 00 Xxxxx Xxxxxx 00000 xxxxxxx Xxxxxxx
Sebutharga yang dihantar dengan tangan oleh pihak tuan/puan hendaklah dimasukkan ke dalam peti-peti sebut harga yang disediakan seperti alamat di atas sebelum atau pada 13 OKT 2022 (KHAMIS) jam 12.00 tengahari.
(c) Sebut harga yang diserahkan atau dihantar selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Satu (1) Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan Satu (1) Tawaran Sebut Harga sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan.
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 7 MINGGU.
4. PINDAAN ATAU PENGURANGAN DOKUMEN
Borang Sebut Harga dan dokumen berkaitan tidak boleh ditanggalkan di antara satu dengan yang lain. Tiada pindaan (melainkan mengisi di tempat yang kosong ) akan dibuat kepada lampiran yang ada.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyebutharga sendiri.
6. MATAWANG
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.
8. PENJELASAN
Jika ada keraguan pada mana-mana bahagian oleh penyebutharga, ia perlu dilaporkan kepada Politeknik Kuching, Sarawak serta-merta bagi mendapatkan penjelasan sebelum menghantar dokumen sebut harga. Tafsiran sebenar dokumen sebut harga hanya sah apabila Addenda secara rasmi oleh Jawatankuasa Sebut Harga seperti Para 9.
9. ADDENDA
Addenda boleh diedarkan sebelum tarikh tutup sebut harga bagi menjelaskan Dokumen Sebut Harga atau pembetulan kepada mana-mana pindaan yang perlu dan ia adalah merupakan sebahagian daripada Dokumen Sebut harga tersebut. Bukti penerimaan adalah melalui pengisian borang yang dikepilkan bersama Addenda. Kegagalan untuk mengakui sebarang Addenda boleh menyebabkan sebut harga ditolak.
10. KAWALAN KEBERSIHAN
Kontraktor diingatkan supaya memberi perhatian yang berat mengenai kebersihan tapak kerja. Kontraktor hendaklah mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
11. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(c) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
(d) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Saya mengaku, telah membaca dan memahami keseluruhan perkara di dalam “Arahan Kepada Penyebut Harga” yang dinyatakan.
...................................................... ............................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh :............................................. Nama Penuh : .....................................
No. K/P :..................................................... No. K/P : .............................................
Jawatan :................................................... Alamat : ..............................................
..............................................
..............................................
Tarikh : ................................................
Alamat Syarikat : .......................................................
........................................................
.......................................................
Tarikh : ......................................................................
.................................................................................
Cop Syarikat
LAMPIRAN F SURAT AKUAN PEMBIDA
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA: PKS.400-2/12/2/91
Saya, …………………………………………… nombor K.P… yang
(Nama Wakil Syarikat)
mewakili ……………………………………………………………………….. nombor pendaftaran (Nama Syarikat)
………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat bercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1. Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2. Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3. Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
……………………………………… Tandatangan Kontraktor
Nama Penuh : ……………………….
Jawatan : ………………………............
No. KP : ……………………………….
Xxxxxx : ……………………………….
…………………………………….
Cop Syarikat
Catatan : Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa sekiranya penandatangan bukan penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat.
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA
SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebutharganya.Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. BON PELAKSANAAN / INSURANS (JIKA BERKAITAN)
2.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan 5% Bon Pelaksanaan daripada jumlah harga tawaran dalam bentuk WangJaminan Pelaksanaan (WJP). Bon Pelaksanaan ini akan dikembalikan selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) tamat.
2.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP). Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Politeknik Kuching, Sarawak semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Politeknik Kuching, Sarawak berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-Syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pejabat atau wakilnya.
3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling serta undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(a) Suruhanjaya Tenaga/Sarawak Energy Berhad.
(b) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.
(c) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik.
(d) Jabatan Bomba dan Penyelamat.
(e) Pihak Berkuasa Tempatan.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Sebut Harga tanpa sebab munasabah, tawaran itu akan dibatalkan oleh Politeknik Kuching, Sarawak dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
5. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
5.1 Pejabat atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah mengemukakan baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu mematuhi spesifikasi sekiranya diminta oleh pihak Politeknik Kuching, Sarawak. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
5.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
5.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan didalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Politeknik Kuching, Sarawak secara bertulis.
6. RINGKASAN SEBUT HARGA
6.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurnanya.
6.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh kerja.
6.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Politeknik Kuching, Sarawak tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum kerja dikeluarkan.
6.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 6.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
6.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
7. PECANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerjadengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar.Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
7.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa pecanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pejabat untuk mendapatkan keputusan.
8. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
8.1 Politeknik Kuching, Sarawak berhak membatalkan kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Politeknik Kuching, Sarawak;-
(a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Politeknik Kuching, Sarawak tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9. PERUBAHAN KERJA
9.1 Politeknik Kuching, Sarawak boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.
9.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Politeknik Kuching, Sarawak akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Politeknik Kuching, Sarawak dan kontraktor hendaklah digunakan.
10. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
10.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga adalah enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah enam (6) bulan dan dalam kes- kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
10.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Politeknik Kuching, Sarawak dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas koskontraktor sendiri.
10.3 Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Politeknik Kuching, Sarawak berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, Politeknik Kuching, Sarawak berhak surat pengesyoran kepada Construction Industry Development Board (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran kontraktor, dan menghantar salinan- salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/KetuaJabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-Borang Inden Xxxxx Xxxx iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Politeknik Kuching, Sarawak.
12. PERAKUAN SIAP KERJA
Politeknik Kuching, Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
13. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Politeknik Kuching, Sarawak akan mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
14. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
SPESIFIKASI
SPESIFIKASI
1. Kerja-kerja awalan (general and premininaries)
a. PIHAK KONTRAKTOR WAJIB menyediakan perlindungan insuran Premium seperti di bawah dan perlu dinyatakan di dalam invoice.
i. Insuran Kerja
ii. Insuran Tanggungan Awam
b. Menyediakan 2 set Laporan Bergambar bagi kerja sebelum, semasa dan selepas siap kerja.
i. Jadual gerak kerja sepanjang tempoh kerja dijalankan.
ii. Laporan harian tapak.
iii. Laporan cuaca.
iv. Gambar sebelum, semasa dan selepas kerja siap hendaklah menunjukkan keadaan di tempat yang sama.
v. Lain-lain (resit, surat aduan dan sebagainya yang diterima semasa kerja dilakukan). (Jika ada)
vi. Laporan hendaklah dikepil atau disediakan dalam bentuk folio.
c. Persediaan Di Tapak
i. Kontraktor hendaklah melakukan kerja-kerja pengukuran di tapak seperti yang telah dicadangkan;
ii. Penyediaan tapak bina hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor supaya tidak mengganggu kawalan trafik di tapak bina;
iii. Segala pergerakan jentera dan xxxx hendaklah dalam keadaan terkawal dan teratur;
iv. Pihak kontraktor hendaklah menanggung segala kerosakan yang mana tidak termasuk di dalam sebut harga sama ada disengajakan atau tidak; dan
v. Kerja-kerja pembersihan setelah kerja disiapkan hendaklah dilakukan oleh pihak kontraktor.
2. Kerja-kerja Awam
i. Kerja meroboh menanggal Jubin,mangkuk tandas,sinki dan dinding pada bahgian yg terlibat sahaja.
ii. Susunan rekabentuk dinding dengan ketinggian 1.5m dan keluasan serta lepaan hendaklah merujuk pada sukatan yg di tentukan dalam sebutharga dan oleh pihak Penguasa.(lampiran lukisan).
iii. Kerja-kerja memecah,mengorek saluran kumbahan di permukaan lantai hendaklah dalam keadaan teratur dan terancang termasuk kerja-kerja pemasangan baharu tanpa melibatkan masalah pada tandas lain dan di tapak bina.
iv. Kerja-kerja pemasangan jenis kemasan termasuk sukatan hendaklah di lakukan pada bahagian terlibat sahaja dan merujuk pada lampiran sebutharga(lantai,dinding epoxy,kemasan cat).Warna dan corak kemasan hendaklah di tentukan oleh pihak Penguasa terlebih dahulu.
v. Bagi peralatan/barangan seperti Wash Basin(WB),Water Cistern (WC),Hand Bidet hendaklah jenis yang berkualiti,sesuai dan mengikut spesifikasi yang di tetapkan.
vi. Permukaan ramp ke tandas hendaklah mengikut cerunan yang sesuai dan di pasang Jubin Non Slip atau yang setara.
vii. Saluran kumbahan mengunakan saiz 100mm UPVC dengan fitting yang berkualiti dan sesuai.
viii. Kerja-kerja pemasangan baru handrail/railing pemegang dengan menggunakan jenis stainless steel mengikut diameter 30mm-50mm.
ix. Saluran bekalan air (perpaipan) menggunakan pembuluh HDPE yang bersaiz 20mm/25mm (surface) untuk semua lokasi dengan kaedah pemasangan yang kemas dan teratur.
3. Kerja-kerja Elektrik
i. Kerja-kerja mengalih kedudukan lampu/Automatic hand dryer dan membuat pemasangan pendawaian semula pada kedudukan yang sesuai.
ii. Membuka dan memasang semula sambungan pendawaian lampu T8 LED 2 x 8watt mengikut kedudukan yang sesuai dan mengikut spesifikasi JKR.
iii.
4. Lain-lain perkara.
i. Electricity and water supply
The Contractor shall make his own arrangement with Client Department for the necessary usage of the existing facilities on water and electricity supply.
ii. Any part ro area of the buliding disturbed during the execution of this contract works must be made good by the contractor at his own expense.
5. LAIN-LAIN CADANGAN / METHOD STATEMENT YANG BERSESUAIAN (UNTUK DIISI PIHAK KONTRAKTOR) (JIKA ADA)
...................................................... ............................................................
Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh :............................................. Nama Penuh : .....................................
No. K/P :..................................................... No. K/P : .............................................
Jawatan :................................................... Alamat : ..............................................
..............................................
..............................................
Tarikh : ................................................
Alamat Syarikat : .......................................................
........................................................
.......................................................
Tarikh : ......................................................................
.................................................................................
Cop Syarikat
RINGKASAN SEBUTHARGA
RINGKASAN SEBUTHARGA
NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Bil. | Keterangan Kerja atau Bahan - bahan | Unit | Kuantiti | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
UKURAN YANG DINYATAKAN DI DALAM RINGKASAN SEBUTHARGA ADALAH UKURAN ANGGARAN. UKURAN SEBENAR BERGANTUNG KEPADA UKURAN DI TAPAK. SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG KERJA-KERJA TAMBAHAN (VARIATION ORDER) TIDAK DIBENARKAN. | |||||
1 | KERJA-KERJA PENDAHULUAN (PRELIMINARIES & GENERAL) | ||||
a | Kerja-kerja pendahuluan yang terkandung di dalam Syarat-Syarat Kontrak dan Spesifikasi Kerja. | X.Xxxxx | |||
2 | BANGUNAN STAFF/ PENTADBIRAN/ STOR PUSAT/ DJP/ DK1/ BK B/ C/ JKPK/ JTMK | ||||
2 | TANDAS LELAKI DAN PEREMPUAN | ||||
a | Kerja-kerja meroboh, membuka dan menanggalkan dinding bata, jubin lantai (bahagian terlibat sahaja), dinding (bahagian terlibat sahaja), sinki (table top), mangkuk tandas, pintu serta kerangka pintu dan saluran berkaitan termasuk kerja-kerja penyediaan tapak | H.Pukal | |||
b | Kerja-kerja mengalih kedudukan lampu/ Automatic hand dryer termasuk memasang semula beserta sambungan pendawaian berkaitan di tandas Lelaki bawah (Pentadbiran) dan Tandas Perempuan DJP | X.Xxxxx | |||
c | Kerja kerja memasang bata merah brickwall in common bricks in cement mortar (1:3) as specified. inc. w/cement plaster 20mm | m2 | 32 | ||
d | Kerja-kerja memasang baru kerangka pintu jenis aluminium beserta pintu tandas jenis aluminium beserta papan tanda OKU dan termasuk aksesori bagi kerja-kerja berkaitan (size 1000mm x 2100mm including fixing but excluding ironmongery including frame) | bil. | 18 | ||
Jumlah Keseluruhan Di bawa ke BQ 2/4 |
BQ 1/4
Bil. | Keterangan Kerja atau Bahan - bahan | Unit | Kuantiti | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
Jumlah daripada muka surat BQ 1/4 | |||||
e | Kerja-kerja membaikpulih dan memasang baru permukaan lantai dengan menggunakan jenis epoxy flake floor coating mengikut tatacara pemasangan pengilang/pengeluar. (2 warna mengikut corak yang dikehandaki oleh pihak Jabatan) | sq.ft | 781 | ||
f | Kerja-kerja membaikpulih dan memasang baru permukaan dinding dengan menggunakan jenis epoxy flake wall coating mengikut tatacara pemasangan pengilang/pengeluar mengikut ketinggian 1.5m (1 warna mengikut corak yang dikehandaki oleh pihak Jabatan) | sq.ft | 1843 | ||
g | Kerja-kerja menyedia dan memasang baru saluran kumbahan '100mm Diameter UPVC sewage pipe underground pipe jointed with socket connectors and fixed with brackets and distance pieces.' dari mangkuk tandas ke saluran kumbahan sedia ada | H.Pukal | |||
h | Kerja-kerja mengorek dan membuka permukaan lantai konkrit/apron sehingga ke manhole bagi penyediaan saluran kumbahan di tandas Lelaki DJP | X.Xxxxx | |||
i | Kerja-kerja menyedia dan memasang baru saluran kumbahan '100mm Diameter UPVC sewage pipe underground pipe jointed with socket connectors and fixed with brackets and distance pieces.' dari mangkuk tandas ke manhole di tandas Lelaki DJP | m | 1.5 | ||
j | Kerja-kerja menyedia dan memasang baru mangkuk tandas OKU jenis duduk 'Pedestal W.C. set including cistern as specified' dan segala kelengkapan berkaitan mengikut arahan Pegawai Penguasa | bil | 17 | ||
k | Membuka dan memasang baru penapis saluran air sisa lantai (floor strainer) yang mempunyai penapis | bil | 17 | ||
l | Kerja-kerja memasang baru railling/handrail pemegang jenis stainless steel berdiameter 30mm - 50mm (Rujuk Lukisan disediakan) | bil | 17 | ||
Jumlah Keseluruhan Di bawa ke BQ 3/4 | |||||
BQ 2/4 |
Bil. | Keterangan Kerja atau Bahan - bahan | Unit | Kuantiti | Kadar (RM) | Amaun (RM) |
Jumlah daripada muka surat BQ 2/4 | |||||
m | Kerja-kerja memasang baru sinki muka 576mm x 426mm Wash basin complete with tap hole stopper, 32mm-38mm waste fitting with chain and plug and painted bracket support termasuk saluran paip berkaitan | bil | 22 | ||
n | Kerja-kerja mengecat sebahagian dalaman ruang tandas OKU menggunakan cat emulsi.(bahagian terlibat sahaja) | H.Pukal | |||
o | Kerja-kerja membina baru ramp konkrit serta laluan dibahagian pintu masuk tandas beserta jubin (tile)300mm x 300mm x 8.5mm Thick non-slip heavy duty homogenous tiles including mortar screed as specified. | bil | 14 | ||
p | Kerja-kerja membuka, membaikpulih dan menganti serta memasang baru cermin muka dengan menggunakan kerangka aluminium berukuran 600mm x 350mm | bil | 22 | ||
q | Membuka dan memasang lampu T8 LED 2x8 watt beserta sambungan dan pendawaian berkaitan di tandas Lelaki dan Perempuan Stor Pusat mengikut spesifikasi ditetapkan oleh JKR | bil | 6 | ||
r | Memasang baru saluran perpaipan dengan menggunakan pembuluh paip HDPE paip bersaiz 20mm/25mm (surface) termasuk alat- alat penyambungan paip dam aksesori berkaitan | H.Pukal | |||
Alat-alat paip: | |||||
i. | Pili paip untuk sinki muka. | bil | 22 | ||
ii. | Brass two way quarter turned bib tap heavy duty | bil | 17 | ||
iii | Pili injap ‘stopper’ untuk tangki simbah mangkuk tandas dan sinki muka. | bil | 39 | ||
iv | Hand bidet' jenis stainless steel | bil | 18 | ||
Jumlah Ke Lampiran Harga Keseluruhan | |||||
BQ 3/4 |
LAMPIRAN HARGA KESELURUHAN | ||
BIL | BUTIRAN KERJA | HARGA (RM) |
A | NAMA PROJEK : KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK | |
JUMLAH KESELURUHAN DIBAWA KE BORANG SEBUTHARGA | ||
Ringgit Malaysia :....................................................................................................................... | ||
................................................................................................................................................. | ||
................................................................................................................................................. | ||
TEMPOH SIAP KERJA (MINGGU) | ||
........................................................ | ||
(Tandatangan Kontraktor) | ||
Nama :............................................................................. | ||
Cop Kontraktor :................................................................ | ||
Tarikh :............................................................................. | ||
......................................................... | ||
(Tandatangan Saksi) | ||
Nama :............................................................................ | ||
Tarikh :............................................................................ | ||
BQ 4/4 |
PROFIL SYARIKAT
BORANG MAKLUMAT PENYEBUTHARGA
A. ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
Semua butiran di lampiran ini hendaklah diisi oleh penyebutharga dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan dokumen sebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebutharga ini ditolak atau/dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas penyebutharga berkenaan.
B. LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA
1. Nama Syarikat : ..........................................................................................................
2. Nama Pemilik Syarikat : ..............................................................................................
3. Alamat Berdaftar Syarikat: ..........................................................................................
..........................................................................................
..........................................................................................
4. No. Telefon Pejabat : ..................................................................................................
5. No. Telefon Bimbit : ....................................................................................................
6. No. Faks Pejabat : ......................................................................................................
C. MAKLUMAT SYARIKAT
1. SIJIL PENDAFTARAN (ORDINAN NAMA-NAMA PERNIAGAAN, BAB 64)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Jenis Perniagaan : ...................................................................................
: ...................................................................................
: ...................................................................................
2. ORDINAN PERNIAGAAN, PROFESSION DAN PERLESENAN PERDAGANGAN (BORANG I)
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
3. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
(a) Gred : ........................... Kategori : Pengkhususan Berdaftar:
......................................................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
4. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) Kelas : ........................... Kepala : .................... Sub-Kepala : ...........................
(b) Tarikh didaftarkan : ...................................................................................
(c) Tempoh Sah Laku : ...................................... Hingga ................................
D. STATUS BUMIPUTERA
1. PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
2. UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING(UPKJ), PEJABAT SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI SARAWAK
(a) No. Pendaftaran : ...................................................................................
(b) Tempoh Sah laku : ....................................... Hingga ...............................
E. MAKLUMAT KEWANGAN
Modal Disimpan : ..............................................................................................
Modal Pusingan Terkumpul : ..............................................................................................
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
Catatan : Lakaran dan tulisan menggunakan pen hitam. Nama dan jawatan hendaklah ditulis dengan jelas.
SENARAI AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT
Bil. | Nama | Jawatan | Saham Modal Dipegang |
PENGALAMAN KERJA KONTRAKTOR
Nama Projek | Jabatan/Agensi/Perunding Xxxx Xxxxxxxx Projek | Harga | Tempoh | Tarikh Siap Sebenar |
KERJA KERJA DALAM PERLAKSANAAN KONTRAKTOR
Projek | Jabatan/Agensi/ Perunding Yang Mengawal Projek | Harga Kontrak | Tempoh Kontrak | Peratusan Kemajuan Semasa (Nyatakan tarikh) |
AKUAN LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN LAWATAN
ALT
AKUAN LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN TAWARAN
Sebutharga No : PKS.400-2/12/2/91
KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
1. Saya/kami mengaku bahawa saya/kami telah melawat tapak bangunan untuk memperolehi gambaran sebenarnya berhubung dengan keadaan tapak sebelum membuat tawaran.
2. Saya/kami mengaku bahawa saya/kami telah melihat dan meneliti spesifikasi dengan sepenuh hati saya/kami untuk memperolehi jumlah harga tawaran.
Nama Syarikat :
Alamat :
Tarikh :
Tandatangan dan
Cop Syarikat :
Pengesahan oleh pihak POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Nama dan Cop Jawatan :
Tarikh :
Tandatangan :
• Sila kepilkan bersama Dokumen Xxxxxxxxxx semasa menyerahkan sesuatu Sebutharga yang berkenaan.