SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
b) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal MBPJ xxx.xxxx.xxx.xx. Sila muat turun tatacara permohonan jawatan kosong;
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
d) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM, STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga;
e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK;
f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temu duga;
g) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA;
h) Xxxxxxxxxxxx untuk menghadiri temu duga ditanggung sendiri oleh xxxxxxx.
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR ATAU IBU/ BAPA DILAHIRKAN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.
TARIKH IKLAN DIBUKA : 20 DISEMBER 2023 (RABU) TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 JANUARI 2024 (RABU)
Iklan pengisian jawatan dipaparkan di portal Majlis Bandaraya Petaling Jaya xxx.xxxx.xxx.xx
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SENARAI JAWATAN TETAP
LAMPIRAN 1
BIL. | SKIM PERKHIDMATAN | GRED | JUMLAH KEKOSONGAN |
1. | JURURAWAT | U29 | 1 |
2. | PEMBANTU AWAM | H11 | 2 |
JUMLAH | 3 |
SENARAI JAWATAN KONTRAK
BIL. | SKIM PERKHIDMATAN | GRED | JUMLAH KEKOSONGAN |
1. | PENOLONG KURATOR | S29 | 1 |
2. | PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN | S29 | 1 |
3. | PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG | L29 | 1 |
JUMLAH | 3 |
TARIKH IKLAN DIBUKA : 20 DISEMBER 2023 (RABU) TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 JANUARI 2024 (RABU)
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA XXXXX XXXX XXXXX XXX, 00000 XXXXXXXX JAYA.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG – GRED L29 (KONTRAK)
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
b) Klasifikasi Perkhidmatan: Perundangan dan Kehakiman (L)
c) Taraf Jawatan : Kontrak
d) Kekosongan Jawatan 1
XXXXXX XXXX
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
L29 | RM1,773.00 | RM5,674.00 | |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM145.00 | ||
ELAUN | IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM | RM160.00 | |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN | RM300.00 | ||
BANTUAN XXXX HIDUP | RM350.00 |
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,773.00); atau
(b) diploma undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,847.86).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
1. Memberi khidmat nasihat.
2. Memantau perjalanan sistem e-litigasi & e-agreement supaya lancar dan mengenalpasti keperluan dari semasa ke semasa.
3. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi terkini.
4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA XXXXX XXXX XXXXX XXX, 00000 XXXXXXXX JAYA.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN – GRED S29 (KONTRAK)
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
b) Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial (S)
c) Taraf Jawatan : Kontrak
d) Kekosongan Jawatan 1
XXXXXX XXXX
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
S29 | RM1,493.00 | RM5,672.00 | |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM145.00 | ||
ELAUN | IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM | RM160.00 | |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN | RM300.00 | ||
BANTUAN XXXX HIDUP | RM350.00 |
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(c) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(d) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
1. Membantu menyelaras media sosial rasmi Majlis iaitu tik tok, Facebook, Instagram dan lain-lain.
2. Membantu penulisan / skrip penerbitan video bulanan Majlis, video korporat dan lain-lain bahan promosi di media elektronik.
3. Membantu penyelaras paparan visual di info tv, e-billboard milik Majlis.
4. Membantu mengaturkan sidang media, menyediakan kenyataan akhbar bagi pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis.
5. Membantu PP(KK) untuk membuat semakan keratan akhbar tempatan setiap hari dan penyediaan maklumbalas isu-isu berkaitan.
6. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi terkini.
7. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA XXXXX XXXX XXXXX XXX, 00000 XXXXXXXX JAYA.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
PENOLONG KURATOR – GRED S29 (KONTRAK)
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
b) Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial (S)
c) Taraf Jawatan : Kontrak
d) Kekosongan Jawatan 1
XXXXXX XXXX
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
S29 | RM1,493.00 | RM5,672.00 | |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM145.00 | ||
ELAUN | IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM | RM160.00 | |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN | RM300.00 | ||
BANTUAN XXXX HIDUP | RM350.00 |
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(c) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
(d) diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
1. Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
2. Bertanggungjawab untuk mengesan, menerima, mengumpul, merekodkan, mengklasifikasikan, ke atas setiap koleksi muzium yang diterima untuk tujuan direkodkan.
3. Bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan, pemeliharaan, pemuliharaan serta keselamatan terhadap setiap koleksi yang diperolehi.
4. Membuat kajian dan penyelidikan tentang sejarah, latar belakang serta keaslian sesuatu perkara atau bahan yang mempunyai nilai sejarah.
5. Berperanan sebagai pegawai rujukan kepada pengguna yang memerlukan bahan atau maklumat berkaitan dengan Petaling Jaya.
6. Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan pentadbiran muzium, pembangunan dan perolehan koleksi, latihan, promosi serta pengurusan maklumat Unit Muzium.
7. Bertanggungjawab sebagai penerima aset alih Jabatan/Bahagian.
8. Merancang dan mengendalikan aktiviti serta program yang bersesuaian untuk Unit Muzium.
9. Menyediakan laporan bulanan, laporan tahunan, laporan mesyuarat, laporan lawatan dan laporan aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh Unit Muzium.
10. Merancang dan menyediakan pameran thematik (bertema) untuk setiap 3 bulan sekali.
11. Memantau, mengendalikan dan mengemaskini laman web muzium.
12. Merancang dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecil serta mesyuarat jawatankuasa PROTEM muzium Petaling Jaya.
13. Bersedia untuk bertugas secara giliran pada hari sabtu dan ahad jika diperlukan.
14. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi terkini.
15. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA XXXXX XXXX XXXXX XXX, 00000 XXXXXXXX JAYA.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
JURURAWAT – GRED U29 (TETAP)
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
b) Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan (U)
c) Taraf Jawatan : Tetap
d) Kekosongan Jawatan 1
XXXXXX XXXX
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
U29 | RM1,797.00 | RM5,753.00 | |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM145.00 | ||
ELAUN | IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM | RM160.00 | |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN | RM300.00 | ||
BANTUAN XXXX HIDUP | RM350.00 |
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) ; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS:
1. Menjalankan sesi klinik bayi dan kanak-kanak termasuk memberi imunisasi dan pendidikan kesihatan.
2. Memberi ubat-ubatan kepada pesakit mengikut arahan Pegawai Perubatan di bilik dispensary.
3. Menerima bekalan ubatan dari pembekal ubat.
4. Membantu Pegawai Perubatan dalam menjalani sesi klinik pesakit luar (OPD) dan menghantar pesakit ke hospital bagi kes-kes kecemasan.
5. Memberi rawatan kepada pesakit seperti yang diarahkan oleh Pegawai perubatan termasuklah:
i. Memberi therapi neubelizer bagi pesakit asthma
ii. Mencuci luka pesakit (dressing) dan melakukan pemecahan bisul (I&D).
iii. Menjahit luka pesakit dan membuka jahitan luka (STO).
iv. Melakukan “ECG” bagi pesakit yang mengadu mengalami sakit dada.
v. Melakukan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian darah, timbang berat dan pengukuran ketinggian pesakit.
6. Bertanggungjawab memberi suntikan pengendalian makanan (suntikan typhoid) kepada penjaja pada setiap hari selasa, khamis & jumaat dari jam 10.00 pagi
– 12.30 tengahari (sesi pagi) dan 2.00 petang – 4.00 petang (sesi petang).
7. Bertugas sebagai petugas perubatan bagi acara Majlis seperti Mesra Rakyat atau sukan - sukan yang dianjurkan oleh Majlis.
8. Menghadiri mesyuarat dan membuat tindakan susulan jika terdapat sesuatu program yang akan dijalankan.
9. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi terkini.
10. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA XXXXX XXXX XXXXX XXX, 00000 XXXXXXXX JAYA.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
PEMBANTU AWAM – GRED H11 (TETAP)
a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
b) Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran (H)
c) Taraf Jawatan : Tetap
d) Kekosongan Jawatan 2
XXXXXX XXXX
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
H11 | RM1,218.00 | RM2,939.00 | |
KENAIKAN GAJI TAHUNAN | RM80.00 | ||
ELAUN | IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM | RM95.00 | |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN | RM300.00 | ||
BANTUAN XXXX HIDUP | RM350.00 |
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
SYARAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah lelaki dan berbangsa India sahaja kerana skop tugas adalah melibatkan pengurusan mayat bukan beragama Islam.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
1. Membantu menyelaras, melaksana dan memantau tempahan pembakaran mayat dan pengkebumian jenazah beragama kristian / bukan islam.
2. Membantu, melaksana, menyelaras dan memantau pengurusan aduan awam dan pembersihan / pencucian dan penyelenggaraan bangunan pejabat unit krematorium dan kawasan tanah perkuburan bukan islam di kawasan tanah perkuburan bukan islam Majlis.
3. Membantu, melaksana, menyelaras dan memantau pelantikan kontraktor kerja-kerja pembersihan awam Majlis.
4. Menyelaras dan melaksana kutipan harian krematorium dan perkuburan bukan islam (kutipan harian night safe).
5. Menyediakan laporan bulanan krematorium dan pengebumian bukan islam (data pusara).
6. Membantu perlaksanaan inventori, aset dan pelupusan.
7. Membantu, melaksana dan memantau pelaksanaan proses fail unit krematorium.
8. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi terkini.
9. Lain – lain tugas yang di arahkan dari masa ke semasa.