DAN
UTHM/RMC/BPG/002/2021
UNIVERSITI XXX XXXXXXX ONN MALAYSIA (UTHM) PERJANJIAN GERAN PENYELIDIKAN
(SKIM PEMBANTU PENYELIDIK)
PERJANJIAN ini adalah diperbuat pada …............. haribulan…………………….……………tahun......................
DI ANTARA
………………………………………………………………………………………………................................................ (Huruf Besar)
No.Kad Pengenalan yang beralamat di
…………………………………………………………………………………………………………………….…………….
.……..…………………………………………………………………………………………………...................................
....................................................................................................................................
(kemudian daripada ini disebut sebagai “PELAJAR”) sebagai pihak pertama;
DAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang beralamat di 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim (kemudian daripada ini disebut sebagai “UNIVERSITI”) sebagai pihak kedua;
DAN
.............................…………………………………………………………………………………............(Huruf Besar)
No. Kad Pengenalan………………………………………………....................................yang beralamat di
…...............................................................................................................................................................................
………………………………………………………………………………...…………………………………….................
.....…………...……………………………………………………………..................................................................................
(kemudian daripada ini disebut sebagai “PENJAMIN”) sebagai pihak ketiga.
BAHAWASANYA:-
A. UNIVERSITI telah bersetuju memberikan pembiayaan Geran Penyelidikan (Skim Pembantu Penyelidik) daripada apa-apa sumber yang ditetapkan oleh Universiti kepada PELAJAR bagi mengikuti kursus pengajian (penyelidikan sepenuh masa) seperti yang ditetapkan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM yang dinyatakan dalam Fasal 11 Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut sebagai “SURAT TAWARAN PROGRAM”);
B. PELAJAR telah menerima SURAT TAWARAN PROGRAM dan bersetuju untuk menerima pembiayaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan SURAT TAWARAN PROGRAM tersebut;
C. XXXXXXXX telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada PELAJAR bagi tujuan pematuhan semua syarat-syarat dan terma-terma Perjanjian ini dan selanjutnya bersetuju untuk menanggung Universiti terhadap segala liabiliti-liabiliti, atau kerugian, atau kehilangan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh UNIVERSITI disebabkan kemungkiran PELAJAR terhadap Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
FASAL 1 DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Definisi
Di dalam Perjanjian ini, melainkan konteksnya mengkehendaki maksud yang lain, perkataan-perkataan di bawah diberi maksud seperti berikut:
“PEMBIAYAAN” ertinya sejumlah nilai tajaan yang dikeluarkan oleh UNIVERSITI kepada PELAJAR merangkumi bantuan-bantuan seperti dinyatakan di dalam SURAT TAWARAN PROGRAM;
“PENGAJIAN” ertinya kursus peringkat IJAZAH KEDOKTORAN / SARJANA (yang mana berkaitan)
yang akan diikuti oleh PELAJAR seperti yang dinyatakan di dalam SURAT TAWARAN PROGAM; dan
“SURAT TAWARAN PROGRAM” ertinya surat daripada Universiti Xxx Xxxxxxx Onn Malaysia kepada PELAJAR.
1.2 Tafsiran
(a) Tajuk-tajuk dan tajuk-tajuk kecil kepada peruntukan-peruntukan dan bahagian-bahagian di dalam Perjanjian ini dimasukkan bertujuan untuk memudahkan pembacaan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian atau untuk dibuat pertimbangan dalam mentafsirkan Perjanjian ini;
(b) rujukan kepada mana-mana statut atau peruntukan statutori adalah merangkumi rujukan- rujukan kepada statut atau peruntukan statutori yang dipinda dan digubal semula;
(c) rujukan kepada lampiran, fasal, sub-fasal atau jadual adalah rujukan kepada lampiran, fasal, sub- fasal atau jadual dalam Perjanjian ini.
FASAL 2 PERSETUJUAN PELAJAR
PELAJAR dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN dengan ini bersetuju bahawa:-
(a) PELAJAR akan dengan bersungguh-sungguh mengikuti dan meneruskan PENGAJIAN dan menghadiri semua kursus latihan yang disyaratkan yang berkaitan dengan PENGAJIANnya untuk mendapatkan IJAZAH KEDOKTORAN / SARJANA (yang mana berkaitan) atau setaraf yang dikehendaki oleh UNIVERSITI seperti yang dinyatakan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM dan bahawa PELAJAR akan menyempurnakan PENGAJIANnya dalam masa yang ditetapkan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM atau dalam sesuatu masa yang lebih lama lagi sebagaimana yang diluluskan oleh UNIVERSITI kemudiannya;
(b) PELAJAR hendaklah menjelaskan sendiri yuran PENGAJIANnya kepada UNIVERSITI bermula pada semester pertama PENGAJIAN hingga selesai tempoh PENGAJIANnya. Sekiranya gagal, maka UNIVERSITI berhak untuk memotong daripada pembiayaan yang diterima melalui geran ini, mana- mana jumlah yang patut dibayar kepada UNIVERSITI tanpa memberikan sebarang notis;
(c) PELAJAR dalam tempoh PENGAJIANnya, akan sentiasa mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang berkuatkuasa di UNIVERSITI dan juga akan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa ke atasnya dari semasa ke semasa;
(d) PELAJAR hendaklah mencapai KPI penerbitan pada tahun pertama iaitu dengan menerbitkan SATU (1) penerbitan jurnal berindeks Scopus.
(e) PELAJAR hendaklah mengemukakan Laporan Kemajuan PENGAJIAN setiap semester PENGAJIANnya atau apa-apa laporan yang membawa maksud yang sama kepada UNIVERSITI, jika diarahkan berbuat demikian;dan
(f) PELAJAR yang telah menamatkan PENGAJIAN dengan jayanya hendaklah memaklumkan kepada pihak UNIVERSITI dalam tempoh lima belas (15) hari atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan UNIVERSITI dari tarikh tamat PENGAJIAN.
FASAL 3 PEMBIAYAAN UNIVERSITI
Sebagai balasan bagi perkara-perkara yang tersebut di atas, UNIVERSITI dengan ini bersetuju:-
(a) bahawa UNIVERSITI akan memberi pembiayaan kepada PELAJAR (selepas ini disebut “PEMBIAYAAN”) untuk membiayai PENGAJIAN PELAJAR di UNIVERSITI seperti yang dinyatakan di dalam SURAT TAWARAN PROGRAM;
(b) bahawa UNIVERSITI akan membayar PEMBIAYAAN tersebut seperti dinyatakan di dalam SURAT TAWARAN PROGRAM.
FASAL 4 PENJAMIN
4.1 Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika pada bila-bila masa dalam tempoh Perjanjian ini
berkuatkuasa,PENJAMIN─
(a) Meninggal dunia;
(b) tidak lagi bermastautin dalam Malaysia;
(c) berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) bulan berturut-turut kecuali berkhidmat dengan kerajaan;
(d) diisytiharkan sebagai bankrap;atau
(e) memperolehi suatu perintah pentadbiran pemakan gaji
maka dalam tiap-tiap hal yang demikian itu, PELAJAR hendaklah mendapatkan seorang PENJAMIN untuk menggantikan PENJAMIN yang pertama tersebut, dan tiada seorang pun boleh menggantikan PENJAMIN itu melainkan dia dipersetujui terima oleh UNIVERSITI dan dia bersetuju menjadi PENJAMIN mengikut terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
4.2 Jika PELAJAR gagal untuk menggantikan XXXXXXXX yang disebut dalam perenggan 4.1 Fasal ini, UNIVERSITI boleh, menurut opsyennya, pada bila-bila masa selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak UNIVERSITI di bawah Perjanjian ini, PELAJAR tidak berhak untuk menuntut apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.
FASAL 5 SYARAT-SYARAT SEMASA PENGAJIAN
Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa atau pada bila-bila masa dalam tempoh
PENGAJIAN, PELAJAR─
(a) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara sekalipun yang pada pendapat UNIVERSITI mungkin menjatuhkan nama baiknya atau nama baik Malaysia dan / atau tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh UNIVERSITI tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentinganUNIVERSITI;
(b) tidak boleh menukar bidang kursus PENGAJIAN, mod PENGAJIAN penyelidikan sepenuh masa , tajuk penyelidikan selain daripada yang ditetapkan oleh UNIVERSITI, menangguhkan PENGAJIAN, atau berhenti daripada PENGAJIAN tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada UNIVERSITI;
(c) tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa atau apa-apa jua cara dan bentuk tajaan lain bagi tujuan PEMBIAYAAN PENGAJIANnya;
(d) hendaklah menunjukkan usaha dan mencapai kejayaan yang memuaskan di dalam PENGAJIANnya;
(e) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa cara jua pun yang pada pendapat UNIVERSITI mungkin menjatuhkan nama baik UNIVERSITI;
(f) tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis dari UNIVERSITI dan UNIVERSITI, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu;
(g) tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh UNIVERSITI tidak selaras dengan kepentingan PELAJAR atau kepentingan UNIVERSITI. Sekiranya PELAJAR telah mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan dan kemudiannya telah diberitahu oleh UNIVERSITI bahawa kegiatan tersebut adalah tidak selaras dengan kepentingannya atau kepentingan UNIVERSITI maka PELAJAR hendaklah berhenti dengan serta merta daripada mengambil bahagian selanjutnya;
(h) bertanggungjawab untuk memulangkan apa-apa bayaran yang terlebih bayar oleh UNIVERSITI. Bayaran yang terlebih bayar oleh UNIVERSITI tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh notis diberikan oleh UNIVERSITI.
FASAL 6 PELANGGARAN DAN PENAMATAN PERJANJIAN
Sekiranya PELAJAR─
6.1 di dalam Tempoh PENGAJIANnya─
(a) ditamatkan PENGAJIAN oleh pihak UNIVERSITI;atau
(b) melakukan pelanggaran kepada peruntukan di bawah Fasal 5 Perjanjian ini atau mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini,atau
(c) tidak mencapai KPI penerbitan pada tahun pertama iaitu SATU (1) penerbitan jurnal berindeks Scopus,atau
(d) tidak menamatkan PENGAJIANnya dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam SURAT TAWARAN PROGRAM atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan UNIVERSITI kemudiannya,
maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, UNIVERSITI boleh menurut budibicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELAJAR dan PENJAMIN hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak, apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diminta oleh UNIVERSITI─
(a) membayar balik kepada UNIVERSITI sejumlah wang sehingga seperti yang telah dikeluarkan oleh UNIVERSITI kepadanya atau ditetapkan kemudiannya oleh UNIVERSITI;dan
(b) membayar balik semua kos dan perbelanjaan termasuk dan tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara-anakguam, untuk menuntut, menyaman dan mandapatkan balik jumlah PEMBIAYAAN yang telah dibayar kepada PELAJAR atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawah Perjanjian ini.
6.2 Walau apapun peruntukan lain di dalam Perjanjian ini, UNIVERSITI boleh dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada PELAJAR untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa memberi apa-apa sebab, dan selepas tamat tempoh satu (1) bulan tersebut, maka Perjanjian ini adalah terbatal dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak UNIVERSITI di bawah Perjanjian ini, segala faedah dan tanggungan PELAJAR atau PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah terhenti.
FASAL 7 ALAMAT DAN PENYERAHAN NOTIS
7.1 PELAJAR dan PENJAMIN adalah bertanggungjawab memaklumkan kepada UNIVERSITI melalui notis bertulis, pertukaran alamat PELAJAR dan PENJAMIN, jika ada.
7.2 Sebarang notis bertulis dan / atau proses pemula mahkamah yang perlu dihantar kepada PELAJAR dan PENJAMIN di bawah Perjanjian ini dianggap telah disampaikan dengan sempurna sekiranya ia ditinggalkan di alamat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini atau dalam notis pertukaran alamat atau alamat terakhir yang diketahui atau dihantar melalaui pos berdaftar kepada mana-mana alamat tersebut yang berkenaan.
FASAL 8 MASA SEBAGAI INTIPATI KEPADA PERJANJIAN
Masa di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati kepada Perjanjian ini.
FASAL 9 PINDAAN
Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
FASAL 10 DUTI SETEM
Kos duti setem bagi tujuan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh PELAJAR.
FASAL 11 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah dalam segala hal ditadbirkan dan ditentukan serta ditafsirkan berdasarkan undang- undang Malaysia.
FASAL 12 JADUAL DAN LAMPIRAN
12.1 Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa SURAT TAWARAN PROGRAM rujukan …………………
.......................................................... xxxxxxxxx .................................. hendaklah dibaca bersama dan
menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.
12.2 Selain daripada SURAT TAWARAN PROGRAM seperti disebutkan di dalam perenggan 12.1 Fasal ini, mana-mana Jadual atau Lampiran selepas ini hendaklah dibaca, ditafsirkan dan diambil kira sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.
[bahagian muka surat ini sengaja dibiarkan kosong]
PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL TERSEBUT DI ATAS maka pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
................................................ DITANDATANGANI OLEH ]
Nama PELAJAR :…………………………………………………………………………..
No Xxx Xxxxxxxxxx :…………………………………………………………………………...
Di hadapan
Tandatangan Saksi :.......................................................................................................
Nama Saksi :.......................................................................................................
No.Xxx Xxxxxxxxxx :............................…………………..................................................
Pekerjaan :.......................................................................................................
Alamat :.......................................................................................................
........................................................................................................
........................................................................................................
................................................ DITANDATANGANI OLEH ]
Dan bagi pihak (nama)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Di hadapan
Tandatangan Saksi :...........................................................................................................
Nama Saksi :.........................................................................................................
No.Xxx Xxxxxxxxxx : ...........................................................................................................
Pekerjaan :.........................................................................................................
Alamat :.........................................................................................................
..........................................................................................................
..........................................................................................................
................................................ DITANDATANGANIOLEH ]
Nama PENJAMIN :……………………………………………………………………...……..
No Xxx Xxxxxxxxxx :………………………………………………………………………...…...
Di hadapan
Tandatangan Saksi :............................................................................................................
Nama Saksi :.............................................................................................................
No.Xxx Xxxxxxxxxx :...........................................................................................................
Pekerjaan :...........................................................................................................
Alamat :...........................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................
JADUAL SATU
XXXXXX XXXXXXXXX GERAN PENYELIDIKAN (SKIM PEMBANTU PENYELIDIK) DOKTOR FALSAFAH / SARJANA (PENYELIDIKAN)
Kategori Pembantu Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) | Sarjana – Penyelidikan (Sepenuh Masa) | Doktor Falsafah (Sepenuh Masa) |
Jumlah Pembiayaan Maksima Atau Tertakluk Kepada Peruntukan Yang Diluluskan | RM 27,000.00 | RM 45,000.00 |
Elaun Bantuan Saraan Bulanan | RM 1,500.00 / bulan | RM 1,500.00 / bulan |
LAMPIRAN SATU
(SURAT TAWARAN GERAN PENYELIDIKAN)
LAMPIRAN 2
TERMA DAN SYARAT RESEARCH ENHANCEMENT – GRADUATE GRANT (RE-GG)
1. PELAJAR mestilah berdaftar sebagai pelajar di bawah Program Pengajian Siswazah dengan Mod Pengajian Penyelidikan Sepenuh Masa di Universiti ini.
2. PELAJAR tidak boleh menerima apa-apa biasiswa, dermasiswa atau apa-apa jua cara dan bentuk tajaan lain bagi tujuan pembiayaan pengajiannya.
3. PELAJAR akan dibayar elaun sebanyak RM1,500.00 / bulan melalui RE-GG (“Elaun”). Pembayaran
yuran pengajian atau apa-apa yuran berkaitan adalah di bawah tanggungjawab PELAJAR.
4. PELAJAR hendaklah menjelaskan sendiri yuran pengajiannya kepada Universiti bermula pada semester pertama pengajian hingga selesai tempoh pengajiannya. Sekiranya terdapat tunggakan, Universiti berhak memotong apa-apa jumlah yang patut dibayar kepada Universiti daripada Elaun tersebut tanpa memberikan sebarang notis kepada PELAJAR.
5. Tempoh lantikan ini adalah tertakluk kepada sumber peruntukan geran yang ada.
6. Prestasi akademik PELAJAR perlu berstatus Kedudukan Baik di sepanjang tempoh lantikan sebagai Pembantu Penyelidik.
7. Saluran peruntukan kewangan bagi agihan kedua akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada pencapaian KPI penerbitan pada tahun pertama. KPI yang perlu dicapai pada tahun pertama bagi Xxxxxxxx Xxxxxxxxxx Xxxxxxxx PhD adalah SATU (1) penerbitan jurnal berindeks Scopus.
8. Sekiranya KPI tidak tercapai pada tahun pertama, agihan peruntukan kedua (tahun berikutnya) tidak akan diberikan dan geran akan ditamatkan serta merta.
9. Kos duti setem bagi tujuan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh PELAJAR.
10. PELAJAR tidak akan dicarumkan ke dalam caruman KWSP bagi tujuan RE-GG ini.
11. Universiti pada bila-bila masa boleh menamatkan pelantikan ini dengan terlebih dahulu memberi satu
(1) bulan notis bertulis kepada PELAJAR.
12. PELAJAR juga pada bila-bila masa boleh menamatkan pelantikan ini dengan terlebih dahulu memberi satu (1) bulan notis bertulis.
13. PELAJAR tidak dibenarkan memberi apa-apa maklumat berkenaan hal ehwal Universiti ini atau projek penyelidikan yang dilaksanakan kepada mana-mana pihak ketiga atau sesiapa juga yang tidak berkenaan.
14. Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Perjanjian Geran Penyelidikan (Skim Pembantu Penyelidik) yang ditandatangani di antara PELAJAR dan Universiti.