TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN KONVENSIONAL
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN KONVENSIONAL
(Tarikh Berkuat kuasa : 01/01/2024)
Berikut ialah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian Akaun Konvensional di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka Akaun Konvensional, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah dan peraturan berikut, termasuk mana-mana perubahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
A. TERMA DAN SYARAT AM
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Akaun” bermaksud BSN GIRO, BSN GIRO Akaun Syarikat, BSN GIRO eSaver, BSN Basic Savings, BSN GIRO Premium, BSN GIRO Premium Akaun Syarikat, BSN CHESS (Child Higher Education Savings Scheme) dan BSN SEDAR (Skim Simpanan Dari Pendapatan)
(b) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional.
(c) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan/atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(d) “Laman Web Bank” merujuk kepada laman web rasmi Bank iaitu xxx.xxx.xxx.xx.
(e) “Notis yang memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh kuatkuasa.
(f) "Pelanggan" bermaksud Pemegang Akaun termasuk individu, perkongsian, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, organisasi dan badan-badan berkanun, melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
(g) “Perbankan Internet BSN” merujuk kepada Perbankan Internet Bank iaitu xxx.xxxxx.xxx.xx.
(h) Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan Terma dan Syarat ini.
(i) Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya.
2. PEMBUKAAN AKAUN
2.1 Pembukaan Akaun hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh Bank dan tertakluk kepada keperluan-keperluan Bank termasuk umur minima, deposit minima, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
2.2 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa-apa carian (sekiranya perlu) dan/atau usaha wajar ke atas butiran yang dikemukakan oleh Pelanggan mengikut keperluan di bawah polisi Bank.
2.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Xxxxxxxxx mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan pembukaan Akaun, apabila perlu.
2.4 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan pembukaan Akaun oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank bagi pembukaan Akaun.
2.5 Akaun Amanah boleh dibuka oleh ibu atau bapa atau penjaga yang sah sebagai pemegang amanah kepada anak/penama yang berusia di bawah umur tujuh (7) tahun. Akaun amanah juga boleh dibuka atas sebab-sebab lain yang dianggap sesuai oleh pihak Bank.
2.6 Pengeluaran kad debit bagi Akaun adalah tertakluk kepada terma dan syarat berkaitan dengan kad debit. Tiada pengeluaran kad debit bagi pembukaan akaun BSN CHESS dan BSN SEDAR.
3. DEPOSIT DAN PENGELUARAN
3.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta sebarang dokumen sokongan daripada Pelanggan bagi tujuan transaksi deposit, apabila perlu.
3.2 Setiap deposit akan disertakan dengan resit yang dikeluarkan oleh Bank. Resit yang dikeluarkan oleh Bank hanya sah jika ia disahkan oleh mesin dan/atau diakui oleh pegawai Bank yang diberi kuasa.
3.3 Deposit boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank, mesin deposit tunai (CDM), Ejen Bank, Perbankan Internet BSN dan/atau mana-mana saluran yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
3.4 Deposit melalui cek hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun setelah cek jelas. Jika cek tidak laku, Bank akan menghubungi Pelanggan untuk mengambil sendiri notifikasi cek tak laku atau atas permintaan Pelanggan diposkan secara pos berdaftar ke alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan pihak Bank, di atas risiko Pelanggan sendiri dan apa-apa perbelanjaan yang berkaitan akan didebitkan dari Akaun Pelanggan.
3.5 Pengeluaran boleh dibuat (tertakluk kepada baki Akaun sedia ada dan had pengeluaran) di mana- mana cawangan Bank, mesin teller automatik (ATM), Ejen Bank, Perbankan Internet BSN atau mana-mana saluran lain yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
4. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
4.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan yang diperlukan oleh pihak Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
5. PENYATA AKAUN
5.1 Pelanggan pada bila-bila masa boleh memohon penyata Akaun bercetak melalui kaunter Bank tertakluk kepada fi dan caj yang ditetapkan oleh Bank, yang mana berkenaan.
5.2 Pelanggan perlu menyemak setiap transaksi yang direkodkan di dalam penyata dan memaklumkan pihak Bank sekiranya terdapat apa-apa kesilapan, ketidaksamaan, percanggahan, tuntutan atau pengeluaran yang tidak dibenarkan atau apa-apa perincian yang dibuat, diproses atau dibayar akibat pemalsuan, penipuan, kecuaian atau pendedahan daripada pihak ketiga. Sekiranya Bank tidak menerima apa-apa bantahan dalam tempoh empat belas hari (14) hari kalendar dari tarikh penyata dikeluarkan, penyata tersebut adalah dianggap betul dan tepat.
6. FAEDAH
6.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula kadar faedah dengan mengemukakan notis kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di Laman Web Bank.
6.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa segala pemberitahuan tentang kadar faedah akan dipaparkan dengan jelas di Laman Web Xxxx.Xxxx dan disediakan di ruang perbankan Bank.
7. LIABILITI
7.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi Akaun yang dibuka oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara langsung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
7.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar Terma dan Syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau Akaun Pelanggan di Bank.
7.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas apa-apa Butiran
Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
8. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
8.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan Akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah tersilap bayar atau terkredit ke dalam Akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
9. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
9.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
10. AKAUN BERSAMA
10.1 Pelanggan Akaun Bersama hendaklah secara bersama dan berasingan mengaku janji untuk menanggungrugi dan melepaskan Bank daripada apa-apa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain dalam apa jua pun dan pada bila-bila masa, yang timbul daripada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pelanggan Akaun Bersama.
10.2 Sama ada secara salah seorang atau bersama, kuasa yang diberikan kepada penandatangan diberi kuasa untuk mengendalikan Akaun Bersama hendaklah dianggap termasuk tanpa had bagi perkara yang berikut:
(a) Pengeluaran apa-apa jumlah Akaun Bersama;
(b) Penerusan dan penutupan Akaun Bersama;
(c) Penggunaan apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Bank untuk membayar bil atau memindahkan dana daripada Akaun Bersama;
(d) Penggunaan apa-apa perkhidmatan elektronik yang dari semasa ke semasa yang disediakan oleh Bank menurut terma dan syarat dan pembayaran semua fi, kos atau perbelanjaan berhubung dengannya daripada Akaun Bersama;
(e) Pemberian apa-apa arahan tetap bagi pembayaran daripada Akaun Bersama;
(f) Pemberian apa-apa tanggung rugi bertulis yang diperlukan oleh Bank berhubung dengan pengendalian Akaun Bersama atau apa-apa yang disebut sebelum ini; dan
(g) Secara umum kuasa untuk memohon, membatal, mengubah suai atau melakukan semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana perkara yang disebut di atas.
10.3 Apabila Bank menerima pemakluman kematian salah seorang Pelanggan Akaun Bersama, Bank dengan ini berhak untuk membuat pembayaran baki Akaun tersebut kepada Pelanggan Akaun Bersama yang masih hidup.
11. AKAUN SYARIKAT
11.1 Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap semua liabiliti dan peruntukan yang mentadbir Akaun Syarikat.
11.2 Arahan dan mandat yang diberikan untuk pengendalian Akaun Syarikat akan berkuat kuasa secara berterusan sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan dan mandat baharu dan akan terpakai tanpa mengambil kira sebarang perubahan dalam pengarah/ keanggotaan, yang mana berkaitan, sama ada dengan kematian, kebankrapan dan/atau persaraan.
12. PENUTUPAN AKAUN
12.1 Penutupan Akaun oleh Pelanggan hendaklah dilakukan di mana-mana cawangan Bank. Bagi Akaun Bersama, penutupan Akaun hendaklah selaras dengan terma dan syarat mandat yang diberikan oleh Pelanggan.
12.2 Pelanggan hendaklah mematuhi semua syarat Bank, jika ada, bagi penutupan Akaun. Bank berhak mengenakan fi penutupan Akaun sebanyak:
(a) RM20 jika Akaun ditutup oleh Pelanggan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembukaan Akaun (terpakai untuk BSN GIRO, BSN GIRO Akaun Syarikat, BSN GIRO eSaver, BSN GIRO Premium dan BSN GIRO Premium Akaun Syarikat sahaja);
(b) RM20 jika Akaun ditutup oleh Pelanggan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembukaan Akaun (terpakai untuk BSN Basic Savings sahaja );
(c) RM5 jika akaun ditutup oleh pelanggan sebelum tamat kontrak (terpakai untuk BSN CHESS dan BSN SEDAR sahaja).
12.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk:
(a) Menutup mana-mana Akaun jika nama Pelanggan terdapat dalam senarai hitam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan;
(b) Menutup mana-mana Akaun atas apa-apa sebab sekalipun dengan memberikan notis yang memadai mengenai tujuan tersebut.
13. XXXXX XXXXXX / XXXX TAK DITUNTUT
13.1 Akaun yang tiada transaksi dilakukan oleh Pelanggan dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut- turut akan dianggap sebagai “Akaun Dorman”.
13.2 Bagi akaun BSN GIRO, BSN GIRO Akaun Syarikat, BSN GIRO eSaver, BSN Basic Savings, BSN GIRO Premium dan BSN GIRO Premium Akaun Syarikat, Fi perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan dan ditolak dari akaun selagi mana akaun tersebut kekal dorman sehingga akaun tersebut diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut. Sekiranya baki akaun adalah RM10 dan ke bawah, baki akaun tersebut akan ditolak sebagai fi perkhidmatan dan akaun kemudiannya akan ditutup.
13.3 Tiada Fi perkhidmatan akan dikenakan bagi BSN CHESS dan BSN SEDAR.
13.4 Untuk pengaktifan semula Akaun Dorman, Pelanggan hendaklah melakukan transaksi deposit atau pengeluaran tunai di kaunter cawangan Bank atau memberi arahan kepada Bank untuk pengaktifan semula akaun tertakluk kepada pengesahan identiti Pelanggan. Tiada caj akan dikenakan bagi pengaktifan semula Akaun Dorman.
13.5 Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir akan diklasifikasikan sebagai "Wang Tak Dituntut". Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan xxxx xxxx dalam Akaun kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan Wang Tak Dituntut tersebut oleh Pelanggan hendaklah dilakukan secara terus kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
13.6 Sebelum pemindahan wang dilaksanakan Bank akan memberikan notis yang memadai,
memaklumkan Pelanggan berkenaan pemindahan wang akibat daripada Xxxxx Xxxxxx. Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan pilihan untuk pengaktifan semula Akaun atau penutupanAkaun bagi mengelakkan wang dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
14. FI DAN CAJ
14.1 Bank berhak untuk mengenakan dan menolak daripada Akaun bagi perkara-perkara berikut:
(a) Kos, fi dan caj yang dikenakan ke atas transaksi yang dilaksanakan dan untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Bank pada kadar yang terpakai dari semasa ke semasa;
(b) Apa-apa caj perkhidmatan ke atas Akaun yang selaras dengan peraturan mana-mana badan/ persatuan/ pihak berkuasa kawal selia Bank; dan
(c) Apa sahaja caj yang boleh dikenakan atau apa-apa transaksi atau perkhidmatan ke atas Pelanggan pada masa ini atau pada masa akan datang yang dikenakan oleh undang-undang atau yang perlu dikenakan caj.
14.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk mengenakan dan / atau mengubah fi dan caj dari semasa ke semasa kepada Pelanggan dan fi dan caj tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank untuk diterima pakai. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan terhadap fi dan caj akan dimaklumkan kepada Pelanggan dengan memberikan notis yang memadai sebelum tarikh kuatkuasa pelaksanaannya. Pemakluman akan diberikan kepada Pelanggan secara bertulis atau elektronik atau melalui paparan di cawangan dan Laman Web Bank.
14.3 Fi dan caj yang terkandung dalam Jadual Fi dan Caj Bank boleh diakses melalui Laman Web Bank atau Community Wall di cawangan Bank dan Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Fi dan Caj Bank, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
15. PERTUKARAN BUTIRAN
15.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang diberi kuasa atau butiran lain dengan mengunjungi cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
16. PEMBEKUAN AKAUN
16.1 Pihak Bank berhak untuk membekukan Akaun pada bila-bila masa berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang, arahan BNM atau siasatan atau perintah mahkamah, peraturan atau enakmen, kebankrapan Pelanggan, penggulungan syarikat, kematian Pelanggan (ketaksiuman atau atas budi bicara pihak Bank).
16.2 Pelanggan hendaklah berunding dengan pihak Bank bagi tujuan tidak membekukan akaun bersama bukti yang sesuai yang memuaskan hati pihak Bank bahawa tindakan itu telah ditarik balik dengan sewajarnya.
16.3 Pelanggan seterusnya bersetuju bahawa jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam apa-apa tindakan guaman yang timbul daripada tindakan Bank membekuan Akaun atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun itu memulakan apa-apa tindakan guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interpleader terhadap mana-mana pihak termasuk Pelanggan untuk apa-apa relief atau pengisytiharan yang wajar yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti, kerugian, ganti rugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau selainnya termasuk kos atas dasar peguam cara dan pelanggan) yang mungkin diberikan kepada Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank, hendaklah ditanggung rugi oleh Pelanggan.
17. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
17.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
17.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
17.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
17.4 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana, menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
18. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
18.1 Pelanggan membenarkan dan memberi kuasa kepada Bank untuk mengutip, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi Pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi di bawah Klausa ini mempunyai maksud yang sama sepertimana di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Data Peribadi”).
18.2 Pelanggan membenarkan dan bersetuju untuk Bank mendedahkan hal ehwal atau Akaun Pelanggan berdasarkan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan Data Peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel bagi tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun Pelanggan kepada mana-mana pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak- Pihak Dibenarkan"):-
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu, dan wakil; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hakhak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh manamana undang-undang atau mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan Pelanggan; atau
(i) Pihak berkuasa cukai negara/ bidang kuasa dimana akaun ini diselenggara, dimiliki dan/atau dipertukar dengan mana-mana pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negara dimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun
.
18.3 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang boleh diakses di laman web Bank xxx.xxx.xxx.xx. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma yang terkandung di sini dengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
18.4 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Pelanggan mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan mengikut proses yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Walaubagaimanapun, penarikan balik kebenaran Pelanggan boleh menjejaskan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan.
19. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
19.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa- apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung ataudialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
20. TERMA DAN SYARAT KHUSUS
20.1 Terma dan Syarat Khusus yang dinyatakan di bawah akan mengawal Akaun pelanggan mengikut jenis akaun dan jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan dengan Terma dan Syarat Am ini, Terma dan Syarat Khusus hendaklah diguna pakai.
21. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
21.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi notis yang memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
21.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web atau premis Bank atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
22. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
22.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
B. TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI BSN GIRO, BSN GIRO AKAUN SYARIKAT, BSN GIRO ESAVER, BSN BASIC SAVINGS, BSN GIRO PREMIUM DAN BSN GIRO PREMIUM AKAUN SYARIKAT
1. FAEDAH
1.1 Faedah akan dikira berdasarkan baki harian pada kadar yang ditentukan oleh Bank dan akan dikreditkan ke dalam Akaun secara bulanan.
2. PENYATA AKAUN
2.1 Penyata Akaun disediakan melalui Perbankan Internet BSN i.e. myBSN (bagi Pelanggan individu) atau BSNebiz (bagi Pelanggan bukan individu) secara bulanan. Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna untuk mendapatkan e-Penyata.
C. TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI BSN CHESS (CHILD HIGHER EDUCATION SAVINGS SCHEME)
1. KELAYAKAN
1.1 BSN CHESS terbuka kepada semua Warganegara Malaysia termasuk penduduk tetap dan warganegara asing.
1.2 BSN CHESS menawarkan 3 jenis akaun:
(a) Akaun Persendirian: Pelanggan mestilah berumur di antara 12 hingga 18 tahun dan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/ penjaga yang sah.
(b) Akaun Bersama: Akaun dibuka bersama individu berumur 12 tahun dan ke atas, di mana salah seorang Pelanggan mestilah berumur 18 tahun ke atas.
(c) Akaun Amanah: Akaun dibuka oleh Ibubapa/ Penjaga yang sah yang menjadi pemegang amanah kepada anak/ penama. Had umur anak/ penama mestilah di antara 1 hari hingga 18 tahun.
2. DEPOSIT DAN PENGELUARAN
2.1 Pelanggan perlu meletakkan deposit minimum sebanyak RM50.00 sebulan untuk layak menerima
faedah dan bonus ke atas faedah. Akaun ini akan ditutup sekiranya tiada deposit dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.
2.2 Deposit boleh dibuat secara tunai atau cek di mana-mana kaunter Bank atau secara arahan tetap melalui akaun Giro BSN (auto debit) atau melalui potongan gaji bulanan. Pelanggan dibenarkan untuk melakukan deposit pendahuluan untuk simpanan bulanan dengan memaklumkan kepada pihak Bank.
2.3 Pengeluaran hanya dibenarkan satu (1) kali dalam setahun di mana-mana kaunter Bank dan amaun pengeluaran mestilah tidak melebihi 20% daripada amaun baki simpanan semasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran adalah tidak digalakkan.
3. FAEDAH DAN BONUS
3.1 Faedah dikira berdasarkan baki minimum bulanan pada kadar yang ditentukan oleh Bank dan akan dikreditkan ke dalam akaun dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.
3.2 Simpanan bulanan mestilah diterima dalam tempoh tujuh (7) hari pertama setiap bulan untuk layak menerima faedah bulan tersebut.
3.3 Bonus ke atas faedah akan dikira berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Bank dan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:
(a) Pengeluaran yang dibuat tidak melebihi satu (1) kali bagi tahun berkenaan dan tidak melebihi 20% daripada baki simpanan semasa, dan
(b) Tiada kegagalan dalam deposit bulanan.
3.4 Bonus dalam bentuk unit BSN SSP akan diberikan kepada akaun BSN CHESS yang layak berdasarkan kepada syarat-syarat dibawah:
(a) Membuat simpanan bulanan secara lengkap selama setahun dari bulan Januari hingga Disember; dan
(b) Tiada sebarang pengeluaran dilakukan dalam tahun tersebut.
4. PENYATA AKAUN
4.1 Penyata akaun akan dikeluarkan dua (2) kali setahun (pada bulan Januari dan Julai). Caj akan dikenakan bagi pengeluaran Penyata tambahan atas permintaan pelanggan.
5. AKAUN MATANG
5.1 BSN CHESS (Individu, Bersama atau Amanah) akan matang apabila anak/ penama mencapai umur 21 tahun dan apabila ini berlaku, Pelanggan akan diberi pilihan berikut:-
(a) Menutup akaun dan mengeluarkan baki yang tinggal; atau
(b) Menutup akaun dan mengarahkan pihak Bank untuk memindahkan baki ke dalam akaun BSN yang lain.
(c) Jika tiada arahan diberikan dalam masa yang munasabah yang dianggap wajar oleh Bank, Bank berhak menukar akaun BSN CHESS kepada akaun simpanan yang mempunyai kadar faedah nominal dan semua ganjaran akaun BSN CHESS akan terhenti.
D. TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI BSN SEDAR (SIMPANAN DARI PENDAPATAN)
1. DEPOSIT DAN PENGELUARAN
1.1 Pelanggan perlu meletakkan simpanan bulanan minimum sebanyak RM50.00 (”Simpanan Bulanan”) setiap bulan bagi tempoh simpanan BSN SEDAR iaitu selama 24 bulan (“Tempoh
Simpanan”). Deposit dalam gandaan amaun Simpanan Bulanan adalah dibenarkan.
1.2 Simpanan Bulanan boleh dibuat secara tunai atau cek dimana-mana kaunter Bank. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengkreditkan akaun melalui potongan gaji (secara aturan terlebih dahulu dengan majikan) atau arahan tetap (debit dari akaun simpanan yang lain).
1.3 Tempoh Simpanan BSN SEDAR akan bermula pada hari pertama dalam bulan di mana akaun dibuka sehingga ke hari terakhir dalam bulan ke 24. Pelanggan hendaklah mendepositkan Simpanan Bulanan dalam tempoh tujuh (7) hari pertama setiap bulan untuk layak menerima faedah bagi bulan tersebut.
1.4 Tiada pengeluaran dibenarkan sepanjang Tempoh Simpanan BSN SEDAR. Namun, pengeluaran kesemua jumlah faedah dan bonus adalah dibenarkan setelah lengkap dua belas (12) bulan tempoh simpanan berikutnya.
1.5 Pengeluaran bagi BSN SEDAR boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank.
2. FAEDAH DAN BONUS
2.1 Faedah akan dikira berdasarkan baki minimum bulanan pada kadar yang ditentukan oleh Bank dan akan dikreditkan ke dalam Akaun BSN SEDAR setiap ulang tahun.
2.2 Sekiranya Pelanggan gagal mendepositkan Simpanan Bulanan selama tujuh (7) bulan berturut- turut, faedah dan bonus tidak akan dibayar.
2.3 Faedah tidak akan dibayar ke atas apa-apa simpanan pendahuluan yang dilakukan oleh pelanggan.
2.4 Bonus ke atas faedah akan dikira berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Bank dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
2.5 Faedah dan bonus akan dikreditkan ke dalam Akaun BSN SEDAR selepas dua belas (12) bulan dan dua puluh empat (24) bulan.
3. PENYATA AKAUN
3.1 Penyata Akaun BSN SEDAR boleh didapati di mana-mana kaunter Bank.
4. BUKU AKAUN
4.1 Buku Akaun adalah hakmilik Bank dan hendaklah ditunjukkan apabila diminta oleh Bank.
4.2 Pelanggan dinasihatkan agar menyimpan Buku Akaun di tempat yang selamat.
4.3 Pelanggan dikehendaki melaporkan kepada pihak Bank secara bertulis sekiranya berlaku kehilangan atau kemusnahan Buku Akaun.
4.4 Pelanggan tidak dibenarkan memadam atau meminda apa-apa maklumat di dalam Buku Akaun.
5. TEMPOH SIMPANAN TAMAT
5.1 Tempoh Simpanan di bawah BSN SEDAR akan tamat apabila tempoh simpanan mencapai tempoh matang pada bulan ke dua puluh empat (24), dan selepas itu Pelanggan tidak perlu membuat simpanan lanjut.
5.2 Apabila tamat tempoh simpanan, Pelanggan mempunyai pilihan untuk:
(a) Mengekalkan kesemua jumlah simpanan di dalam akaun untuk membolehkan Pelanggan terus menikmati faedah dan bonus selanjutnya. Untuk mengelak sebarang kekeliruan, jumlah faedah dan bonus yang tidak dikeluarkan daripada akaun akan menjadi sebahagian dari jumlah pokokuntuk tempoh simpanan berikutnya;atau
(b) Mengeluarkan kesemua jumlah simpanan beserta fedah dan bonus yang diperolehi dan menutup akaun; atau
(c) Mengarahkan pihak Bank untuk memindahkan kesemua baki ke dalam akaun BSN yang lain dan menutup BSN SEDAR.
5.3 Tempoh simpanan juga akan ditamatkan sekiranya Pelanggan tidak membuat sebarang Simpanan Bulanan selama tempoh tujuh (7) bulan berturut-turut dimana klausa 2.2 Terma dan Syarat Kusus Bagi BSN SEDAR (Skim Simpanan Dari pendapatan) akan terpakai. Baki simpanan akan kekal di dalam BSN SEDAR sehingga Pelanggan menutup akaun.
TERMA DAN SYARAT BAGI AKAUN ISLAMIK
(Tarikh Efektif: 01/01/2024)
Berikut ialah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian Akaun Islamik di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka Akaun Islamik, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah dan peraturan berikut termasuk mana-mana perubahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Akaun” bermaksud BSN GIRO-i, BSN GIRO-i Akaun Syarikat, BSN GIRO-i eSaver, BSN Basic Savings-i, BSN GIRO-i Premium dan BSN GIRO-i Premium Akaun Syarikat.
(b) “Baki Hari” merujuk kepada bilangan baki hari daripada tarikh semasa sehingga Tarikh Matang Harga Jualan tersebut.
(c) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional.
(d) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan/atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(e) “Dagangan Komoditi” bermaksud transaksi jual beli selaras dengan prinsip-prinsip Syariah Tawarruq.
(f) “Deposit Bersih Harian” merujuk kepada baki penghujung hari setiap pemegang akaun atau pelanggan pada mana-mana hari, tidak termasuk apungan dan hanya mewakili perbezaan positif deposit harian tolak pengeluaran harian.
(g) “Harga Belian” bermakna harga untuk urusan pembelian Komoditi yang dilakukan oleh pihak Bank sebagai ejen Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan jumlah Deposit Bersih Harian Pelanggan.
(h) “Harga Jualan” bermakna bayaran oleh pihak Bank dalam transaksi Murabahah Komoditi untuk membeli Komoditi daripada Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan Harga Belian ditambah dengan margin keuntungan.
(i) “Hari Niaga” bermaksud hari bekerja di mana pihak Bank beroperasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur (tidak termasuk cuti umum).
(j) “Hari Urusniaga Perdagangan” merujuk kepada hari di mana transaksi pembelian Komoditi dilakukan oleh pihak Bank dengan Pembekal iaitu setiap hari termasuk cuti umum.
(k) “Jumlah Baki" merujuk kepada jumlah keseluruhan deposit Pelanggan setakat 31 Disember yang perlu dilaksanakan akad Tawarruq bagi tempoh setahun yang akan datang.
(l) “Kadar Keuntungan Siling (KKS)” merujuk kepada kadar yang digunakan untuk mengira Keuntungan Siling.
(m) “Kadar Keuntungan Efektif (KKE)” bermaksud kadar keuntungan sebenar yang digunakan untuk mengira keuntungan terakru dan pengkreditan keuntungan.
(n) “Komoditi” bermakna barangan atau aset pendasar yang dibenarkan oleh Xxxxxxx.
(o) “Keuntungan Sebenar” merujuk kepada keuntungan terakru yang dikira pada KKE dan hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan secara berkala sebagai sebahagian penyelesaian Harga Jualan.
(p) “Keuntungan Siling” merujuk kepada keuntungan siling yang dikira pada KKS dan merupakan komponen keuntungan Harga Jualan.
(q) “Laman Web Bank” merujuk kepada laman web rasmi Bank iaitu xxx.xxx.xxx.xx.
(r) “Murabahah” merujuk kepada jual dan beli aset di mana kos pemerolehan dan margin keuntungan dinyatakan kepada pembeli.
(s) “Notis yang Memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh kuatkuasa.
(t) "Pelanggan" bermaksud Pemegang Akaun termasuk individu, perkongsian, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, organisasi dan badan-badan berkanun, melainkan
dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
(u) “Pembekal” bermakna peniaga Komoditi dan / atau pembekal yang berurusan dengan Bank.
(v) “Penghujung Hari (PH)” merujuk kepada masa tamat penghujung hari pada jam 2359.
(w) “Perbankan Internet BSN” merujuk kepada Perbankan Internet BSN iaitu xxx.xxxxx.xxx.xx.
(x) “Qard” merujuk kepada kepada kontrak meminjamkan duit daripada Pelanggan sebagai pemberi pinjaman kepada Bank sebagai peminjam di mana Bank berkewajipan untuk membayar semula jumlah yang sama apabila diminta oleh Pelanggan mengikut Terma dan Syarat yang telah di persetujui.
(y) “Rebat” merujuk kepada ‘pengecualian hak tuntutan’ yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kewajipan yang harus diberi. Di bawah produk ini, rebat yang diberikan oleh Pelanggan kepada pihak Bank ke atas Harga Jualan adalah pada Tarikh Matang atau Tarikh Penamatan seperti yang dirujuk di Fasal 8 di sini
(z) “Tarikh Matang” merujuk kepada 31 Disember setiap tahun di mana Transaksi Jualan dilaksanakan.
(aa) “Tarikh Penamatan” adalah tarikh Pelanggan menamatkan Akaun tersebut dan mengeluarkan kesemua baki.
(bb) “Tawarruq” terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana kontrak pertama melibatkan penjualan aset kepada pembeli secara bayaran tertangguh. Kemudian, pembeli dalam urusan Jualan pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dengan segera. Dalam produk ini, Bank sebagai ejen Pelanggan akan membeli Komoditi pada Harga Belian daripada pembekal dan Bank sebagai ejen Pelanggan kemudian, menjual Komoditi kepada pihak Bank pada Harga Jualan secara Murabahah yang mana hendaklah dibayar kepada Pelanggan pada Tarikh Matang (selepas mengambil kira sebarang rebat, jika ada). Pihak Bank kemudiannya menjual Komoditi tersebut kepada pihak ketiga secara tunai.
(cc) “Wakalah” bermaksud suatu kontrak di mana satu pihak (muwakkil) memberi kebenaran kepada pihak yang lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, sama ada secara sukarela atau dengan fi.
(dd) Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan Terma dan Syarat ini.
(ee) Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya
2. PRINSIP SYARIAH
2.1 Konsep Syariah yang digunapakai adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.
2.2 Konsep Tawarruq ini juga melibatkan kontrak Wakalah (kontrak Perwakilan) dengan menggunapakai struktur ‘dual agency’ yang merangkumi:
(a) Pelantikan Bank sebagai wakil pelanggan untuk membeli Komoditi daripada pihak ketiga
(b) Pelantikan Bank sebagai wakil pelanggan untuk menyempurnakan penjualan Komoditi secara Murabahah kepada Bank.
3. PEMBUKAAN AKAUN
3.1 Pembukaan akaun hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh Bank dan tertakluk kepada keperluan-keperluan Bank termasuk umur minima, deposit minima, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
3.2 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa-apa carian (sekiranya perlu) dan/atau usaha wajar ke atas butiran yang dikemukakan oleh Pelanggan mengikut keperluan di bawah polisi Bank.
3.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan pembukaan akaun, apabila perlu.
3.4 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan pembukaan akaun oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau Pelanggan tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank bagi pembukaan Akaun.
3.5 Akaun Amanah boleh dibuka oleh ibu atau bapa atau penjaga yang sah sebagai pemegang amanah kepada anak/ penama yang berusia di bawah umur tujuh (7) tahun. Akaun amanah juga boleh dibuka atas sebab-sebab yang dianggap sesuai oleh pihak Bank.
3.6 Pengeluaran kad debit bagi akaun adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkaitan dengan kad debit.
4. DEPOSIT DAN PENGELUARAN
4.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta sebarang dokumen tambahan (jika perlu) daripada Pelanggan bagi tujuan transaksi deposit, apabila perlu.
4.2 Setiap deposit akan disertakan dengan resit yang dikeluarkan oleh Bank. Resit yang dikeluarkan oleh Bank hanya sah jika ia disahkan oleh mesin dan/atau diakui oleh pegawai Bank yang diberi kuasa.
4.3 Deposit boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank, mesin deposit tunai (CDM), Ejen Bank, Perbankan Internet BSN dan/atau mana-mana saluran yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
4.4 Deposit melalui cek hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun setelah cek jelas. Jika cek tidak laku, Bank akan menghubungi Pelanggan untuk mengambil sendiri notifikasi cek tak laku atau atas permintaan Pelanggan diposkan secara pos berdaftar ke alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan pihak Bank, di atas risiko Pelanggan sendiri dan apa-apa perbelanjaan yang berkaitan akan didebitkan dari Akaun Pelanggan.
4.5 Pengeluaran boleh dibuat (tertakluk kepada baki Akaun sedia ada dan had pengeluaran) di mana- mana cawangan Bank, mesin teller automatik (ATM), Ejen Bank, Perbankan Internet BSN atau mana-mana saluran lain yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
5. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
5.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan yang diperlukan oleh pihak Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
6. PERLANTIKAN BANK SEBAGAI EJEN
6.1 Pelanggan bersetuju melantik Bank dan Bank bersetuju menerima pelantikan sebagai ejen kepada Pelanggan secara wakil mutlak untuk melaksanakan semua pembelian dan penjualan Komoditi selaras dengan terma dan syarat.
6.2 Pelanggan bersetuju bahawa perwakilan yang diberikan kepada Bank seperti yang dinyatakan pada Klausa 2.2 terpakai kepada semua urusan deposit Pelanggan bagi Akaun tersebut.
6.3 Bank hanya akan bertindak sebagai ejen (membeli dan menjual Komoditi) dan tidak akan menerima, atau dilihat sebagai menerima apa-apa tanggungjawab tambahan untuk, atau mempunyai apa-apa tanggungjawab tambahan untuk, atau mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Pelanggan.
6.4 Pihak Bank akan, dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam membeli dan menjual komoditi, menjaga kepentingan pihak Pelanggan dan menjalankan tanggungjawab secara ikhlas.
6.5 Pelanggan mengakui, walaupun komoditi yang terlibat di dalam transaksi Komoditi Tawarruq boleh dihantar secara fizikal, Pelanggan bersetuju bahawa penghantaran komoditi secara fizikal ini tidak akan dilaksanakan. Namun sekiranya, Xxxxxxxxx berhasrat untuk mengambil milikan fizikal komoditi tersebut, Pelanggan perlu mengambil milikan fizikal tersebut mengikut cara yang bersesuaian dengan kos yang ditanggung olehnya sendiri.
6.6 Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi Bank terhadap segala tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, ganti-rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa-apa bentuk yang mungkin ditanggung oleh Bank akibat daripada tindakan sebagai ejen Pelanggan dalam transaksi Komoditi Tawarruq atau disebabkan pelanggaran obligasi oleh Pelanggan kecuali tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, ganti-rugi, kos dan perbelanjaan tersebut adalah disebabkan oleh salah laku sengaja, kecuaian melampau atau penipuan pihak Bank. Tanggung rugi ini akan terus berkuatkuasa meskipun terma dan syarat ini ditamatkan dan apa-apa jumlah yang perlu dibayar di bawah ini tidak akan dikenakan potongan sama ada melalui tolak selesai, tuntutan balas atau sebaliknya.
6.7 Bank sebagai ejen kepada Pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya Pelanggan mengalami kerugian atau kerosakan ke atas kepentingan Pelanggan (Muwakkil) kecuali kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan oleh salah laku sengaja, kecuaian melampau, penipuan atau pelanggaran syarat-syarat tertentu oleh Bank.
6.8 Sekiranya Bank sebagai ejen tidak dapat melakukan Transaksi Dagangan Tawarruq pada hari deposit yang sama, jumlah deposit (Dana) akan dianggap sebagai Qard oleh Pelanggan kepada Bank. Qard dihentikan setelah pelaksanaan dan penyelesaian Transaksi Dagangan Tawarruq tersebut.
6.9 Pelanggan dengan ini bersetuju dengan mengekalkan akaun dengan Bank, pelantikan Bank sebagai ejen kepada Pelanggan akan berterusan dan hanya akan dihentikan serentak setelah pembubaran kontrak Tawarruq antara Pelanggan dan Bank.
7. TRANSAKSI PERDAGANGAN TAWARRUQ
7.1 Dengan membuka Akaun, Pelanggan bersetuju untuk melantik Bank sebagai ejen Pelanggan melalui akad Wakalah untuk melaksanakan perkara berikut:
(a) Membeli komoditi daripada Pembekal; dan
(b) Menyempurnakan penjualan komoditi kepada Bank secara Murabahah pada Harga Jualan secara bayaran tertangguh.
7.2 Bank sebagai ejen Pelanggan, akan membeli komoditi pada Harga Belian daripada Pembekal secara tunai tertakluk kepada Hari Urusniaga Perdagangan.
7.3 Selepas itu, Bank sebagai ejen Pelanggan yang telah dilantik akan menyempurnakan penjualan komoditi kepada Bank secara Murabahah pada Harga Jualan secara bayaran tertangguh.
7.4 Seterusnya, Bank akan menjual komoditi yang dimilikinya kepada Pembekal yang lain secara tunai pada harga bersamaan dengan Harga Belian.
7.5 Dagangan komoditi berikutnya akan dilakukan sebagaimana ditentukan oleh Bank seperti berikut:
(a) Pada Hari Urusniaga Perdagangan yang jatuh pada hari Niaga berikutnya setelah tarikh deposit, tertakluk kepada jumlah Deposit Bersih Harian.
(b) Pada Hari Urusniaga Perdagangan yang jatuh pada hari Niaga berikutnya setiap Tahun Baru pada Jumlah Baki.
7.6 Transaksi Komoditi Tawarruq akan dilaksanakan setiap hari berdasarkan jumlah Deposit Bersih Harian pada masa yang ditetapkan iaitu 11.59 malam.
7.7 Harga Jualan adalah dikira seperti berikut:
Harga Jualan = Harga Belian + Keuntungan Siling
7.8 Keuntungan Siling akan dikira berdasarkan formula berikut:
Keuntungan Siling = Harga Jualan x KKS x Baki Hari / 365 atau 366
7.9 Harga Jualan akan dibayar secara bayaran tertangguh oleh Bank kepada Pelanggan seperti di bawah:
(a) Pembayaran keuntungan sebenar pada KKE berdasarkan pengiraan keuntungan dan kekerapan pengkreditan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 8 di bawah;
(b) Pengeluaran wang dari Akaun oleh Xxxxxxxxx;
(c) Penutupan akaun.
7.10 Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mengambil fizikal dan penyerahan komoditi tertakluk kepada syarat-syarat minimum dan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh penyedia Platform Komoditi. Permintaan bagi penyerahan komoditi boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank pada waktu urusniaga perbankan dan urusan penyerahan di antara Pelanggan dan Platfrom Komoditi adalah ditanggung sendiri oleh Pelanggan.
7.11 Pengeluaran akan dianggap sebagai sebahagian bayaran dari Harga Jualan oleh Bank kepada Pelanggan dan perlu berkadaran dengan amaun pengeluaran oleh Pelanggan.
7.12 Pada Tarikh Matang, pihak Bank akan melaburkan / memperbaharui semula Jumlah Baki di dalam Akaun Pelanggan dan akan memasuki Dagangan Komoditi baharu untuk satu tempoh yang akan matang pada 31 Disember pada tahun berikutnya.
8. KEUNTUNGAN
8.1 Keuntungan akan dikira berdasarkan baki harian pada kadar yang ditentukan oleh Bank dan akan dikreditkan ke dalam Akaun secara bulanan.
8.2 Formula pengiraan keuntungan adalah seperti di bawah:
Baki Harian x KKE x Bilangan Hari / 365 atau 366
8.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula kadar keuntungan (KKE) dengan mengemukakan notis kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di Laman Web Bank.
9. REBAT / IBRA’
9.1 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memberikan rebat di bawah konsep Ibra’ tertakluk kepada berlakunya peristiwa tertentu yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a) Pengeluaran sebelum Tarikh Matang;
(b) Semasa penamatan Akaun sebelum Xxxxxx Xxxxxx;
(c) Perbezaan antara KKS dan KKE pada Tarikh Matang;
9.2 Formula pengiraan Rebat (Ibra’) adalah seperti di bawah:
Rebat = Agregat Keuntungan Siling – Agregat Keuntungan Sebenar telah Dibayar
10. PENYATA AKAUN
10.1 Penyata akaun disediakan melalui saluran Perbankan Internet BSN i.e. myBSN (bagi pelanggan individu) atau BSNebiz (bagi pelanggan bukan individu) secara bulanan. Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna myBSN/ BSNebiz untuk mendapatkan e-Penyata.
10.2 Pelanggan pada bila-bila masa boleh memohon penyata akaun bercetak melalui kaunter Bank tertakluk kepada fi dan caj yang ditetapkan oleh Bank, yang mana berkenaan.
10.3 Pelanggan perlu menyemak setiap transaksi yang direkodkan di dalam penyata dan memaklumkan pihak Bank sekiranya terdapat apa-apa kesilapan, ketidaksamaan, percanggahan, tuntutan atau pengeluaran yang tidak dibenarkan atau apa-apa perincian yang dibuat, diproses atau dibayar akibat pemalsuan, penipuan, kecuaian atau pendedahan daripada pihak ketiga. Sekiranya Bank tidak menerima apa-apa bantahan dalam tempoh empat belas hari (14) hari kalendar dari tarikh penyata dikeluarkan, penyata tersebut adalah dianggap betul dan tepat.
11. LIABILITI
11.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi akaun yang dibuka oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara lansung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
11.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalti, caj, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar terma dan syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau akaun Pelanggan di Bank.
11.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke ats apa-apa Butiran Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
12. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
12.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah tersilap bayar atau terkredit ke dalam akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
13. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
13.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
14. AKAUN BERSAMA
14.1 Pelanggan Akaun Bersama hendaklah secara bersama dan berasingan mengaku janji untuk menanggungrugi dan melepaskan Bank daripada apa-apa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain dalam apa jua pun dan pada bila-bila masa yang
ditanggung yang timbul daripada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pelanggan Akaun Bersama.
14.2 Sama ada secara salah seorang atau bersama, kuasa yang diberikan kepada penandatangan diberi kuasa untuk mengendalikan Akaun Bersama hendaklah dianggap termasuk tanpa had bagi perkara yang berikut:
(a) Pelantikan Bank sebagai ejen seperti yang dinyatakan dalam klausa 6.
(b) Pengeluaran apa-apa jumlah Akaun Bersama;
(c) Penerusan dan penutupan Akaun Bersama;
(d) Penggunaan apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Bank untuk membayar bil atau memindahkan dana daripada Akaun Bersama;
(e) Penggunaan apa-apa perkhidmatan elektronik yang dari semasa ke semasa disediakan oleh Bank menurut terma dan syarat dan pembayaran semua fi, kos atau perbelanjaan berhubung dengannya daripada Akaun Bersama;
(f) Pemberian apa-apa arahan tetap bagi pembayaran daripada Akaun Bersama;
(g) Pemberian apa-apa tanggung rugi bertulis yang diperlukan oleh Bank berhubung dengan pengendalian Akaun Bersama atau apa-apa yang disebut sebelum ini; dan
(h) Secara umum kuasa untuk memohon, membatal, mengubah suai atau melakukan semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana perkara yang disebut di atas.
14.3 Apabila Bank menerima pemakluman kematian mengenai salah seorang Pelanggan Akaun Bersama, Bank dengan ini berhak untuk membuat pembayaran baki Akaun tersebut kepada Pelaggan Akaun Bersama yang masih hidup.
15. AKAUN SYARIKAT
15.1 Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap semua liabiliti dan peruntukan yang mentadbir Akaun Syarikat.
15.2 Arahan dan mandat yang diberikan untuk pengendalian Akaun Syarikat akan berkuat kuasa secara berterusan sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan dan mandat baharu dan akan terpakai tanpa mengambil kira sebarang perubahan dalam pengarah/ keanggotaan, yang mana berkaitan, sama ada dengan kematian, kebankrapan dan/atau persaraan.
16. PENUTUPAN AKAUN
16.1 Penutupan Akaun oleh Pelanggan hendaklah dilakukan di mana-mana cawangan Bank. Bagi akaun Bersama, penutupan Akaun hendaklah selaras dengan terma dan syarat mandat yang diberikan oleh Pelanggan.
16.2 Pelanggan hendaklah mematuhi semua syarat Bank, jika ada, bagi penutupan akaun. Bank berhak mengenakan fi penutupan akaun sebanyak:
(a) RM20 jika akaun ditutup oleh Pelanggan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembukaan akaun (terpakai untuk BSN GIRO-i, BSN GIRO-i Akaun Syarikat, BSN GIRO-i eSaver, BSN GIRO-i Premium dan BSN GIRO-i Premium Akaun Syarikat);
(b) RM20 jika akaun ditutup oleh Pelanggan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pembukaan akaun (terpakai untuk BSN Basic Savings-i).
16.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk:
(a) Menutup mana-mana Akaun jika nama Pelanggan terdapat dalam senarai hitam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan;
(b) Menutup mana-mana Akaun atas apa-apa sebab sekalipun dengan memberikan notis yang memadai mengenai tujuan tersebut.
17. XXXXX XXXXXX / XXXX TAK DITUNTUT
17.1 Akaun yang tiada transaksi dilakukan oleh Pelanggan dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut- turut akan dianggap sebagai “Akaun Dorman”.
17.2 Fi perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan dan ditolak dari Akaun selagi mana Akaun tersebut kekal dorman sehingga Akaun diklasifikasikan sebagai “Wang Tak Dituntut yang mana klausa 17.4 adalah terpakai. Sekiranya baki RM10 dan ke bawah, baki Akaun tersebut akan ditolak sebagai fi perkhidmatan dan akaun kemudiannya akan ditutup.
17.3 Untuk pengaktifan semula Akaun Dorman, Pelanggan hendaklah melakukan transaksi deposit atau pengeluaran tunai di kaunter Cawangan Bank atau memberi arahan kepada Bank untuk pengaktifan semula akaun tertakluk kepada pengesahan identiti Pelanggan. Tiada caj akan dikenakan ke atas pengaktifan semula Xxxxx Xxxxxx.
17.4 Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir akan diklasifikasikan sebagai "Wang Tak Dituntut". Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan xxxx xxxx dalam Akaun kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk Wang Tak Dituntut tersebut oleh Pelanggan hendaklah dilakukan secara terus kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
17.5 Sebelum pemindahan wang dilaksanakan Bank akan memberikan notis yang memadai, memaklumkan Pelanggan berkenaan pemindahan wang akibat daripada Xxxxx Xxxxxx. Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan pilihan untuk pengaktifan semula Akaun atau penutupanAkaun bagi mengelakkan wang dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
18. FI DAN CAJ
18.1 Bank berhak untuk mengenakan dan menolak daripada Akaun bagi perkara-perkara berikut:
(a) Kos, fi dan caj yang dikenakan ke atas transaksi yang dilaksanakan dan untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Bank pada kadar yang terpakai dari semasa ke semasa;
(b) Apa-apa caj perkhidmatan ke atas Akaun yang selaras dengan peraturan mana-mana badan atau persatuan atau pihak berkuasa kawal selia Bank; dan
(c) Apa sahaja caj yang boleh dikenakan atau apa-apa transaksi atau perkhidmatan ke atas Pelanggan pada masa ini atau pada masa akan datang yang dikenakan oleh undang-undang atau yang perlu dikenakan caj.
18.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk mengenakan dan / atau mengubah fi dan caj dari semasa ke semasa kepada Pelanggan dan fi dan caj tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank untuk diterima pakai. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan terhadap fi dan caj akan dimaklumkan kepada Pelanggan dengan memberikan notis yang memadai sebelum tarikh kuatkuasa pelaksanaannya. Pemakluman akan diberikan kepada Pelanggan secara bertulis atau elektronik atau melalui paparan di cawangan dan Laman Web Bank.
18.3 Fi dan caj yang terkandung dalam Jadual Fi dan Caj Bank boleh diakses melalui Laman Web Bank atau Community Wall di cawangan Bank dan Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Fi dan Caj Bank, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
19. PERTUKARAN BUTIRAN
19.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang diberi kuasa atau butiran lain dengan mengunjungi
cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
20. PEMBEKUAN AKAUN
20.1 Pihak Bank berhak untuk membekukan Akaun pada bila-bila masa berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang, arahan BNM atau siasatan atau perintah mahkamah, peraturan atau enakmen, kebankrapan Pelanggan, penggulungan syarikat, kematian Pelanggan (ketaksiuman atau atas budi bicara pihak Bank).
20.2 Pelanggan hendaklah berunding dengan pihak Bank bagi tujuan tidak membekukan akaun bersama bukti yang sesuai yang memuaskan hati pihak Bank bahawa tindakan itu telah ditarik balik dengan sewajarnya
20.3 Pelanggan seterusnya bersetuju bahawa jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam apa-apa tindakan guaman yang timbul daripada tindakan Bank dalam membekuan Akaun atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun itu memulakan apa-apa tindakan guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interpleader terhadap mana-mana pihak termasuk Pelanggan untuk apa-apa relief atau pengisytiharan yang wajar yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti, kerugian, ganti rugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau selainnya termasuk kos atas dasar peguam cara dan Pelanggan) yang mungkin diawadkan kepada Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank, hendaklah ditanggung rugi oleh Pelanggan.
21. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
21.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
21.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
21.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
20.2 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana,
menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
22. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
22.1 Pelanggan membenarkan dan memberi kuasa kepada Bank untuk mengutip, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi Pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi di bawah Klausa ini mempunyai maksud yang sama sepertimana di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Data Peribadi”).
22.2 Pelanggan membenarkan dan bersetuju untuk Bank mendedahkan hal ehwal atau Akaun Pelanggan berdasarkan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan Data Peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel, bagi tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun Pelanggan kepada mana-mana pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak- Pihak Dibenarkan"):-
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu dan wakil; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hakhak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh manamana undang-undang atau mana- mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan Pelanggan; atau
(i) Pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negaradimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun.
22.3 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang boleh diakses di laman web Bank xxx.xxx.xxx.xx. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma yang terkandung di sinidengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
22.4 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Pelanggan mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan mengikut proses yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Walaubagaimanapun, penarikan balik kebenaran Pelanggan boleh menjejaskan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank
kepada Pelanggan.
23. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
23.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa- apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung ataudialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
24. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
24.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi notis yang memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
24.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web atau premis Bank atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
25. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
25.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
TERMA DAN SYARAT BAGI TERM DEPOSIT
(Tarikh Berkuat kuasa : 01/01/2024)
Berikut adalah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian Term Deposit di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka Term Deposit, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah (aturan) dan peraturan di bawah termasuk mana-mana perubahan atau penambahan padanya sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Akaun” bermaksud BSN Term Deposit dan BSN Term Deposit Senior Citizen.
(b) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional.
(c) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan / atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(d) “Hari Niaga” bermaksud hari bekerja di mana pihak Bank beroperasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur (tidak termasuk cuti umum).
(e) “Notis yang memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh kuat kuasa.
(f) "Pelanggan" bermaksud Pemegang Akaun termasuk individu, perkongsian, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, organisasi dan badan-badan berkanun, melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
(g) Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan substantif Terma dan Syarat ini.
(h) Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya.
2. PEMBUKAAN AKAUN
2.1 Pembukaan Akaun hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh Bank dan tertakluk kepada keperluan Bank termasuk umur minima, deposit minima, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
2.2 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa- apa carian (sekiranya perlu) dan/atau usaha wajar ke atas butiran yang dikemukakan oleh Pelanggan semasa pendaftaran pembukaan Akaun mengikut polisi Bank.
2.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Xxxxxxxxx mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan pembukaan Akaun, apabila perlu.
2.4 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan pembukaan Akaun oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank bagi pembukaan Akaun.
3. PELETAKAN DEPOSIT
3.1 Akaun terbuka kepada semua individu dan bukan individu berdasarkan umur seperti berikut:
(a) BSN Term Deposit – Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara yang mempunyai alamat tetap di Malaysia yang berumur 7 tahun & ke atas dan perusahaan perniagaan yang beroperasi di Malaysia
(b) BSN Term Deposit Senior Citizen – Warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun & ke atas.
3.2 Setiap deposit hendaklah bersama dengan resit yang dikeluarkan oleh Bank dan apa- apa dokumen lain yang dikemukakan oleh Pelanggan yang mungkin diperlukan oleh Bank. Resit yang dikeluarkan
oleh Bank hanya sah jika disahkan oleh mesin dan/atau pegawai Bank yang diberi kuasa.
3.3 Deposit melalui cek hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun setelah cek jelas. Jika cek tidak laku, Bank akan menghubungi Pelanggan untuk mengambil notifikasi cek tak laku atau atas permintaan Pelanggan diposkan secara pos berdaftar ke alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan pihak Bank, di atas risiko Pelanggan sendiri dan apa- apa perbelanjaan yang berkaitan akan didebitkan dari Akaun.
3.4 Peletakan deposit akan berkuatkuasa pada Hari Niaga.
4. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
4.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan yang diperlukan oleh pihak Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
5. FAEDAH
5.1 Faedah akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan Pelanggan yang dibuka dengan bank.
5.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula kadar faedah dengan mengemukakan notis kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di laman sesawang Bank. Sebarang perubahan pada kadar faedah akan terpakai kepada peletakan baharu / pembaharuan Akaun.
5.3 Faedah akan dibayar kepada Pelanggan tertakluk kepada jumlah peletakan deposit minimum dan tempoh peletakan seperti berikut:
(a) BSN Term Deposit
Tempoh (Bulan) | Peletakan Minimum (RM) | Kekerapan Pembayaran Faedah | |
Individu | Bukan Individu | ||
1 | 1,000 | 1,000 | Pada Tarikh Matang |
3 | 500 | 1,000 | Pada Tarikh Matang |
6 - 12 | 500 | 1,000 | Pada Tarikh Matang |
5,000 | 5,000 | Setiap Bulan | |
15 - 60 | 500 | 1,000 | Setiap 6 bulan / Pada Tarikh Matang |
5,000 | 5,000 | Setiap Bulan / Setiap 6 bulan |
(b) BSN Term Deposit Senior Citizen
Tempoh (Bulan) | Peletakan Minimum (RM) | Kekerapan Pembayaran Faedah |
12 - 60 | 5,000 – 50,000 | Setiap 4 bulan |
12 - 60 | > 50,000 | Setiap bulan |
6. PENEBUSAN
6.1 Penebusan awal Akaun sebelum tarikh matang adalah tertakluk kepada tarikh peletakan / pembaharuan seperti berikut:
(a) Bagi peletakan / pembaharuan sebelum 1 Januari 2019, tertakluk kepada:
• Penebusan dilakukan selepas tempoh 1 bulan atau lebih dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan layak mendapat 50% daripada faedah terakru.
• Penebusan dilakukan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan tidak layak menerima sebarang faedah.
(b) Bagi peletakan / pembaharuan pada atau selepas 1 Januari 2019, Pelanggan tidak akan menerima sebarang faedah tanpa mengambil kira bilangan bulan yang telah lengkap. Sekiranya faedah telah dikredit ke dalam akaun simpanan Pelanggan sebelum penebusan awal dilakukan, Bank berhak untuk mendapat semula faedah daripada amaun prinsipal pada masa penebusan awal.
7. PEMBAHARUAN AKAUN
7.1 Akaun yang telah matang dan tidak ditebus oleh Pelanggan akan diperbaharui secara automatik oleh Bank. Pembaharuan tersebut adalah tertakluk kepada terma & syarat sedia ada kecuali kadar faedah yang akan dikenakan adalah pada kadar yang berkuatkuasa semasa pembaharuan dibuat.
7.2 Akaun tidak boleh dipindah milik, diniagakan atau dicagarkan kepada pihak lain tanpa kelulusan bertulis dari pihak Bank.
8. LIABILITI
8.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi Akaun yang dibuka oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara langsung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
8.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar Terma dan Syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau Akaun Pelanggan di Bank.
8.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas apa-apa Butiran
Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
9. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
9.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan Akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah tersilap bayar atau terkredit ke dalam Akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
10. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
10.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
11. AKAUN BERSAMA
11.1 Pelanggan Akaun Bersama hendaklah secara bersama dan berasingan mengaku janji untuk menanggungrugi dan melepaskan Bank daripada apa-apa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain dalam apa jua pun dan pada bila-bila masa, yang timbul daripada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pelanggan Akaun Bersama.
11.2 Sama ada secara salah seorang atau bersama, kuasa yang diberikan kepada penandatangan diberi kuasa untuk mengendalikan Akaun Bersama hendaklah dianggap termasuk tanpa had bagi perkara yang berikut:
(a) Pengeluaran apa-apa jumlah Akaun Bersama;
(b) Penerusan dan penutupan Akaun Bersama;
(c) Penggunaan apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Bank untuk membayar bil atau memindahkan dana daripada Akaun Bersama;
(d) Penggunaan apa-apa perkhidmatan elektronik yang dari semasa ke semasa yang disediakan oleh Bank menurut terma dan syarat dan pembayaran semua fi, kos atau perbelanjaan berhubung dengannya daripada Akaun Bersama;
(e) Pemberian apa-apa arahan tetap bagi pembayaran daripada Akaun Bersama;
(f) Pemberian apa-apa tanggung rugi bertulis yang diperlukan oleh Bank berhubung dengan pengendalian Akaun Bersama atau apa-apa yang disebut sebelum ini; dan
(g) Secara umum kuasa untuk memohon, membatal, mengubah suai atau melakukan semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana perkara yang disebut di atas.
11.3 Apabila Bank menerima pemakluman kematian salah seorang Pelanggan Akaun Bersama, Bank dengan ini berhak untuk membuat pembayaran baki Akaun tersebut kepada Pelanggan Akaun Bersama yang masih hidup.
12. AKAUN SYARIKAT
12.1 Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap semua liabiliti dan peruntukan yang mentadbir Akaun Syarikat.
12.2 Arahan dan mandat yang diberikan untuk pengendalian Akaun Syarikat akan berkuat kuasa secara berterusan sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan dan mandat baharu dan akan terpakai tanpa mengambil kira sebarang perubahan dalam pengarah/ keanggotaan, yang mana berkaitan, sama ada dengan kematian, kebankrapan dan/atau persaraan.
13. PENUTUPAN AKAUN
13.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk:
(a) Menutup mana-mana Akaun jika nama Pelanggan terdapat dalam senarai hitam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan;
(b) Menutup mana-mana Akaun walau atas apa-apa sebab sekalipun dengan memberikan notis yang memadai mengenai tujuan tersebut.
14. XXXX TAK DITUNTUT
14.1 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memastikan akaun mereka aktif dengan sentiasa mengemaskini akaun tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam 7 tahun dari tarikh transaksi terakhir dilakukan.
14.2 Mana-mana xxxx berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir (selain daripada transaksi kredit / debit yang dikendalikan oleh Bank dan pembaharuan automatik Akaun oleh sistem) akan diklasifikasikan sebagai "Wang Tak Dituntut". Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Xxxxxxxxx Xxxx Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak Dituntut.
14.3 Bank hendaklah memberikan notis yang memadai, memaklumkan Pelanggan berkenaan pemindahan wang akibat daripada Akaun dorman sebelum pemindahan wang dilaksanakan. Pelanggan juga hendaklah dimaklumkan berkenaan pilihan untuk pengaktifan semula Akaun atau penutupan Akaun bagi mengelakkan wang dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
14.4 Pelanggan boleh mengaktifkan Akaun mereka dengan mengemaskini Akaun di manamana cawangan Bank atau memberi arahan kepada Bank untuk pengaktifan semula akaun tertakluk kepada pengesahan identiti Pelanggan.
14.5 Faedah ke atas Akaun akan diberhentikan apabila Xxxxx telah menjadi Wang Tak Dituntut.
15. PERTUKARAN BUTIRAN
15.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang diberi kuasa atau butiran lain dengan mengunjungi cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
16. PEMBEKUAN AKAUN
16.1 Pihak Bank berhak untuk membekukan Akaun pada bila-bila masa berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang, arahan BNM atau siasatan atau perintah mahkamah, peraturan atau enakmen, kebankrapan Pelanggan, penggulungan syarikat, kematian Pelanggan (ketaksiuman atau atas budi bicara pihak Bank).
16.2 Fasal di atas merujuk kepada pemegang akaun individu, akaun bersama atau akaun syarikat.
16.3 Pelanggan hendaklah berunding dengan pihak Bank bagi tujuan tidak membekukan akaun bersama bukti yang sesuai yang memuaskan hati pihak Bank bahawa tindakan itu telah ditarik balik dengan sewajarnya.
16.4 Pelanggan seterusnya bersetuju bahawa jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam apa-apa tindakan guaman yang timbul daripada tindakan Bank membekuan Akaun atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun itu memulakan apa-apa tindakan guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interpleader terhadap mana-mana pihak termasuk Pelanggan untuk apa-apa relief atau pengisytiharan yang wajar yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti, kerugian, ganti rugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau selainnya termasuk kos atas dasar peguam cara dan pelanggan) yang mungkin diberikan kepada Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank, hendaklah ditanggung rugi oleh Pelanggan.
17. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
17.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
17.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
17.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
17.4 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau
agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana, menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
18. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
18.1 Pelanggan membenarkan dan memberi kuasa kepada Bank untuk mengutip, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi Pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi di bawah Klausa ini mempunyai maksud yang sama sepertimana di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Data Peribadi”).
18.2 Pelanggan membenarkan dan bersetuju untuk Bank mendedahkan hal ehwal atau Akaun Pelanggan berdasarkan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan Data Peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel bagi tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun Pelanggan kepada mana-mana pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak- Pihak Dibenarkan"):-
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu, dan wakil; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hakhak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh manamana undang-undang atau mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan Pelanggan; atau
(i) Pihak berkuasa cukai negara/ bidang kuasa dimana akaun ini diselenggara, dimiliki dan/atau dipertukar dengan mana-mana pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negara dimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun
.
18.3 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang boleh diakses di laman web Bank xxx.xxx.xxx.xx. Sekiranya berlaku apa-apa
percanggahan di antara terma yang terkandung di sini dengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
18.4 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Pelanggan mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan mengikut proses yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Walaubagaimanapun, penarikan balik kebenaran Pelanggan boleh menjejaskan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan.
19. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
19.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa- apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung ataudialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
20. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
20.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi notis yang memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
20.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web atau premis Bank atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
21. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
21.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
TERMA DAN SYARAT BAGI TERM DEPOSIT ISLAMIK
(Tarikh Efektif: 01/01/2024)
Berikut ialah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian Term Deposit Islamik di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka Term Deposit Islamik, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah (aturan) dan peraturan di bawah termasuk manamana perubahan atau penambahan padanya sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Akaun” BSN Term Deposit-i and BSN Term Deposit-i Senior Citizen.
(b) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional.
(c) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan/atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(d) “Dagangan Komoditi” bermaksud transaksi jual beli selaras dengan prinsip-prinsip Syariah Tawarruq.
(e) “Harga Belian” bermakna harga untuk urusan pembelian Komoditi yang dilakukan oleh pihak Bank sebagai ejen Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan jumlah Deposit Bersih Harian Pelanggan.
(f) “Harga Jualan” bermakna bayaran oleh pihak Bank dalam transaksi Murabahah Komoditi untuk membeli Komoditi daripada Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan Harga Belian ditambah dengan margin keuntungan.
(g) “Hari Niaga” bermaksud hari bekerja di mana pihak Bank beroperasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur (tidak termasuk cuti umum).
(h) “Hari Urusniaga Perdagangan” merujuk kepada hari di mana transaksi pembelian Komoditi dilakukan oleh pihak Bank dengan Pembekal iaitu setiap hari termasuk cuti umum.
(i) “Komoditi” bermakna barangan atau aset pendasar yang dibenarkan oleh Xxxxxxx.
(j) “Murabahah” merujuk kepada jual dan beli aset di mana kos pemerolehan dan margin keuntungan dinyatakan kepada pembeli.
(k) “Notis yang Memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar dari tarikh kuatkuasa.
(l) "Pelanggan" bermaksud Pemegang Akaun termasuk individu, perkongsian, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, organisasi dan badan-badan berkanun, melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
(m) “Pembekal” bermakna peniaga Komoditi dan / atau pembekal yang berurusan dengan Bank.
(n) “Rebat” merujuk kepada ‘pengecualian hak tuntutan’ yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kewajipan yang harus diberi.
(o) “Tarikh Matang” kepada tarikh di mana deposit Pelanggan boleh dikeluarkan berdasarkan kepada tempoh matang yang dipersetujui dan dinyatakan di dalam Akaun.
(p) “Wakalah” bermaksud suatu kontrak di mana satu pihak (muwakkil) memberi kebenaran kepada pihak yang lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, sama ada secara sukarela atau dengan fi.
(q) Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan Terma dan Syarat ini.
(r) Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya.
2. KONSEP SYARIAH
2.1 Konsep Syariah yang digunapakai adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.
2.2 Konsep Tawarruq ini juga melibatkan kontrak Wakalah (kontrak Perwakilan) dengan menggunapakai struktur ‘dual agency’ yang merangkumi:
(a) Pelantikan Bank sebagai wakil pelanggan untuk membeli Komoditi daripada pihak ketiga
(b) Pelantikan Bank sebagai wakil pelanggan untuk menyempurnakan penjualan Komoditi secara Murabahah kepada Bank.
3. PEMBUKAAN AKAUN
3.1 Pembukaan akaun hendaklah dibuat melalui borang yang ditetapkan oleh Bank dan tertakluk kepada keperluan-keperluan Bank termasuk umur minima, deposit minima, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
3.2 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa-apa carian (sekiranya perlu) dan/atau usaha wajar ke atas butiran yang dikemukakan oleh Pelanggan mengikut keperluan di bawah polisi Bank.
3.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan pembukaan akaun, apabila perlu.
3.4 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan pembukaan akaun oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau Pelanggan tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank bagi pembukaan Akaun.
4. PELETAKAN DEPOSIT
4.1 Akaun terbuka kepada semua individu dan bukan individu berdasarkan umur seperti berikut:
(a) BSN Term Deposit-i – Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara yang mempunyai alamat tetap di Malaysia yang berumur 15 tahun & ke atas dan perusahaan perniagaan yang beroperasi di Malaysia.
(b) BSN Term Deposit-i Senior Citizen – Warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun & ke atas.
4.2 Setiap deposit hendaklah bersama dengan resit yang dikeluarkan oleh Bank dan apaapa dokumen lain yang dikemukakan oleh Pelanggan yang mungkin diperlukan oleh Bank. Resit yang dikeluarkan oleh Bank hanya sah jika disahkan oleh mesin dan/atau pegawai Bank yang diberi kuasa.
4.3 Deposit melalui cek hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun setelah cek jelas. Jika cek tidak laku, Bank akan menghubungi Pelanggan untuk mengambil notifikasi cek tak laku atau atas permintaan Pelanggan diposkan secara pos berdaftar ke alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan pihak Bank, di atas risiko Pelanggan sendiri dan apaapa perbelanjaan yang berkaitan akan didebitkan dari Akaun.
4.4 Peletakan deposit akan berkuatkuasa pada Hari Niaga.
5. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
5.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan yang diperlukan oleh pihak Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
6. PERLANTIKAN BANK SEBAGAI EJEN
6.1 Pelanggan bersetuju melantik Bank dan Bank bersetuju menerima pelantikan sebagai ejen kepada Pelanggan secara wakil mutlak untuk melaksanakan semua pembelian dan penjualan Komoditi selaras dengan terma dan syarat.
6.2 Pelanggan bersetuju bahawa perwakilan yang diberikan kepada Bank seperti yang dinyatakan pada Klausa 2.2 terpakai kepada semua urusan deposit Pelanggan bagi Akaun tersebut.
6.3 Bank hanya akan bertindak sebagai ejen (membeli dan menjual Komoditi) dan tidak akan menerima, atau dilihat sebagai menerima apa-apa tanggungjawab tambahan untuk, atau mempunyai apa-apa tanggungjawab tambahan untuk, atau mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Pelanggan.
6.4 Pihak Bank akan, dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam membeli dan menjual komoditi, menjaga kepentingan pihak Pelanggan dan menjalankan tanggungjawab secara ikhlas.
6.5 Pelanggan mengakui, walaupun komoditi yang terlibat di dalam transaksi Komoditi Tawarruq boleh dihantar secara fizikal, Pelanggan bersetuju bahawa penghantaran komoditi secara fizikal ini tidak akan dilaksanakan. Namun sekiranya, Xxxxxxxxx berhasrat untuk mengambil milikan fizikal komoditi tersebut, Pelanggan perlu mengambil milikan fizikal tersebut mengikut cara yang bersesuaian dengan kos yang ditanggung olehnya sendiri.
6.6 Pelanggan bersetuju untuk menanggung rugi Bank terhadap segala tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, ganti-rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa-apa bentuk yang mungkin ditanggung oleh Bank akibat daripada tindakan sebagai ejen Pelanggan dalam transaksi Komoditi Tawarruq atau disebabkan pelanggaran obligasi oleh Pelanggan kecuali tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, ganti-rugi, kos dan perbelanjaan tersebut adalah disebabkan oleh salah laku sengaja, kecuaian melampau atau penipuan pihak Bank. Tanggung rugi ini akan terus berkuatkuasa meskipun terma dan syarat ini ditamatkan dan apa-apa jumlah yang perlu dibayar di bawah ini tidak akan dikenakan potongan sama ada melalui tolak selesai, tuntutan balas atau sebaliknya.
6.7 Bank sebagai ejen kepada Pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya Pelanggan mengalami kerugian atau kerosakan ke atas kepentingan Pelanggan (Muwakkil) kecuali kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan oleh salah laku sengaja, kecuaian melampau, penipuan atau pelanggaran syarat-syarat tertentu oleh Bank.
6.8 Pelanggan dengan ini bersetuju dengan mengekalkan akaun dengan Bank, pelantikan Bank sebagai ejen kepada Pelanggan akan berterusan dan hanya akan dihentikan serentak setelah pembubaran kontrak Tawarruq antara Pelanggan dan Bank.
7. TRANSAKSI PERDAGANGAN TAWARRUQ
7.1 Dengan membuka Akaun, Pelanggan bersetuju untuk melantik Bank sebagai ejen Pelanggan melalui akad Wakalah untuk melaksanakan perkara berikut:
(a) Membeli komoditi daripada Pembekal; dan
(b) Menyempurnakan penjualan komoditi kepada Bank secara Murabahah pada Harga Jualan secara bayaran tertangguh.
7.2 Bank sebagai ejen Pelanggan, akan membeli komoditi pada Harga Belian daripada Pembekal secara tunai tertakluk kepada Hari Urusniaga Perdagangan.
7.3 Selepas itu, Bank sebagai ejen Pelanggan yang telah dilantik akan menyempurnakan penjualan komoditi kepada Bank secara Murabahah pada Harga Jualan secara bayaran tertangguh.
7.4 Seterusnya, Bank akan menjual Komoditi yang dimilikinya kepada Pembekal yang lain secara tunai pada harga bersamaan dengan jumlah deposit Pelanggan.
7.5 Transaksi Komoditi Tawarruq akan dilaksanakan setiap hari berdasarkan setiap jumlah deposit oleh Pelanggan pada tarikh peletakan deposit.
7.6 Pelanggan mempunyai hak untuk memohon dan mengambil fizikal dan penyerahan Komoditi tertakluk kepada syarat-syarat minimum dan mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh penyedia Platform Komoditi. Permintaan bagi penyerahan Komoditi boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank pada waktu urusniaga perbankan dan urusan penyerahan di antara Pelanggan dan Platfrom Komoditi adalah ditanggung sendiri oleh Pelanggan.
7.7 Pada Tarikh Matang, Bank akan membayar Harga Jualan berdasarkan kepada kaedah pembayaran yang dipilih oleh Pelanggan sepertimana di dalam Borang Permohonan Akaun.
8. KEUNTUNGAN
8.1 Keuntungan akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan Pelanggan yang dibuka dengan bank.
8.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula kadar keuntungan dengan mengemukakan notis kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di laman sesawang Bank. Sebarang perubahan pada kadar keuntungan akan terpakai kepada peletakan baharu / pembaharuan Akaun.
8.3 Keuntungan akan dibayar kepada Pelanggan tertakluk kepada jumlah peletakan deposit minimum dan tempoh peletakan seperti berikut:
(a) BSN Term Deposit-i
Tempoh (Bulan) | Peletakan Minimum (RM) | Kekerapan Pembayaran Keuntungan | |
Individu | Bukan Individu | ||
1 | 1,000 | 1,000 | Pada Tarikh Matang |
3 - 12 | 500 | 500 | Pada Tarikh Matang |
15 - 60 | 500 | 500 | Setiap 6 bulan / Pada Tarikh Matang |
(b) BSN Term Deposit-i Senior Citizen
Tempoh (Bulan) | Peletakan Minimum (RM) | Kekerapan Pembayaran Keuntungan |
12 - 60 | 5,000 – 50,000 | Setiap 4 bulan |
12 - 60 | > 50,000 | Setiap bulan |
9. PENEBUSAN
9.1 Penebusan awal atau permintaan awal terhadap Harga Jualan (amaun deposit beserta keuntungan) Akaun sebelum tarikh matang adalah tertakluk kepada tarikh peletakan / pembaharuan seperti berikut:
(a) Bagi peletakan / pembaharuan sebelum 1 Januari 2019, Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberikan rebat (Ibra’) dengan melepaskan sebahagian atau keseluruhan keuntungan daripada Harga Jualan sepertimana yang telah dipersetujui bersama Bank dan seterusnya bersetuju dengan ketetapan berikut :
• Penebusan dilakukan selepas tempoh 1 bulan atau lebih dari tarikh peletakan / pembaharuan, Pelanggan layak mendapat 50% daripada keuntungan terakru.
• Penebusan dilakukan dalam tempoh kurang daripada 1 bulan dari tarikh peletakan / pembaharuan, pelanggan tidak layak menerima sebarang keuntungan.
(b) Bagi peletakan / pembaharuan pada atau selepas 1 Januari 2019, Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberikan rebat (Ibra’) dengan melepaskan keseluruhan keuntungan daripada Harga Jualan. Pelanggan tidak akan menerima sebarang keuntungan tanpa mengambil kira bilangan bulan yang telah lengkap. Sekiranya keuntungan telah dikredit ke dalam akaun simpanan Pelanggan sebelum penebusan awal dilakukan, Bank berhak untuk mendapat semula keuntungan daripada amaun prinsipal pada masa penebusan awa;
10. PEMBAHARUAN AKAUN
10.1 Akaun yang telah matang dan tidak ditebus oleh Pelanggan akan diperbaharui secara automatik oleh Bank. Pembaharuan tersebut adalah tertakluk kepada terma & syarat sedia ada kecuali kadar keuntungan yang akan dikenakan adalah pada kadar yang berkuatkuasa semasa pembaharuan dibuat.
10.2 Akaun tidak boleh dipindah milik, diniagakan atau dicagarkan kepada pihak lain tanpa kelulusan bertulis dari Bank.
11. LIABILITI
11.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi akaun yang dibuka oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara lansung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
11.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalti, caj, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar terma dan syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau akaun Pelanggan di Bank.
11.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke ats apa-apa Butiran Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
12. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
12.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah tersilap bayar atau terkredit ke dalam akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
13. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
13.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
14. AKAUN BERSAMA
14.1 Pelanggan Akaun Bersama hendaklah secara bersama dan berasingan mengaku janji untuk menanggungrugi dan melepaskan Bank daripada apa-apa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain dalam apa jua pun dan pada bila-bila masa yang
ditanggung yang timbul daripada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pelanggan Akaun Bersama.
14.2 Sama ada secara salah seorang atau bersama, kuasa yang diberikan kepada penandatangan diberi kuasa untuk mengendalikan Akaun Bersama hendaklah dianggap termasuk tanpa had bagi perkara yang berikut:
(a) Pelantikan Bank sebagai ejen seperti yang dinyatakan dalam klausa 6.
(b) Pengeluaran apa-apa jumlah Akaun Bersama;
(c) Penerusan dan penutupan Akaun Bersama;
(d) Penggunaan apa-apa kemudahan yang disediakan oleh Bank untuk membayar bil atau memindahkan dana daripada Akaun Bersama;
(e) Penggunaan apa-apa perkhidmatan elektronik yang dari semasa ke semasa disediakan oleh Bank menurut terma dan syarat dan pembayaran semua fi, kos atau perbelanjaan berhubung dengannya daripada Akaun Bersama;
(f) Pemberian apa-apa arahan tetap bagi pembayaran daripada Akaun Bersama;
(g) Pemberian apa-apa tanggung rugi bertulis yang diperlukan oleh Bank berhubung dengan pengendalian Akaun Bersama atau apa-apa yang disebut sebelum ini; dan
(h) Secara umum kuasa untuk memohon, membatal, mengubah suai atau melakukan semua perkara yang berkaitan dengan mana-mana perkara yang disebut di atas.
14.3 Apabila Bank menerima pemakluman kematian mengenai salah seorang Pelanggan Akaun Bersama, Bank dengan ini berhak untuk membuat pembayaran baki Akaun tersebut kepada Pelaggan Akaun Bersama yang masih hidup.
15. AKAUN SYARIKAT
15.1 Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap semua liabiliti dan peruntukan yang mentadbir Akaun Syarikat.
15.2 Arahan dan mandat yang diberikan untuk pengendalian Akaun Syarikat akan berkuat kuasa secara berterusan sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan dan mandat baharu dan akan terpakai tanpa mengambil kira sebarang perubahan dalam pengarah/ keanggotaan, yang mana berkaitan, sama ada dengan kematian, kebankrapan dan/atau persaraan.
16. PENUTUPAN AKAUN
16.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk:
(a) Menutup mana-mana Akaun jika nama Pelanggan terdapat dalam senarai hitam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan;
(b) Menutup mana-mana Akaun walau atas apa-apa sebab sekalipun dengan memberikan notis yang memadai mengenai tujuan tersebut.
17. XXXX TAK DITUNTUT
17.1 Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memastikan akaun mereka aktif dengan sentiasa mengemaskini akaun tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam 7 tahun dari tarikh transaksi terakhir dilakukan.
17.2 Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir (selain daripada transaksi kredit / debit yang dikendalikan oleh Bank dan pembaharuan automatik Akaun oleh sistem) akan diklasifikasikan sebagai "Wang Tak Dituntut". Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Xxxxxxxxx Xxxx Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak
Dituntut.
17.3 Bank hendaklah memberikan notis yang memadai, memaklumkan Pelanggan berkenaan pemindahan wang akibat daripada Akaun dorman sebelum pemindahan wang dilaksanakan. Pelanggan juga hendaklah dimaklumkan berkenaan pilihan untuk pengaktifan semula Akaun atau penutupan Akaun bagi mengelakkan wang dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
17.4 Pelanggan boleh mengaktifkan Akaun mereka dengan mengemaskini Akaun di manamana cawangan Bank atau memberi arahan kepada Bank untuk pengaktifan semula akaun tertakluk kepada pengesahan identiti Pelanggan.
17.5 Keuntungan ke atas Akaun akan diberhentikan apabila Xxxxx telah menjadi Wang Tak Dituntut.
18. PERTUKARAN BUTIRAN
18.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang diberi kuasa atau butiran lain dengan mengunjungi cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
19. PEMBEKUAN AKAUN
19.1 Pihak Bank berhak untuk membekukan Akaun pada bila-bila masa berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang, arahan BNM atau siasatan atau perintah mahkamah, peraturan atau enakmen, kebankrapan Pelanggan, penggulungan syarikat, kematian Pelanggan (ketaksiuman atau atas budi bicara pihak Bank).
19.2 Fasal di atas merujuk kepada pemegang akaun individu, akaun bersama atau akaun syarikat.
19.3 Pelanggan hendaklah berunding dengan pihak Bank bagi tujuan tidak membekukan akaun bersama bukti yang sesuai yang memuaskan hati pihak Bank bahawa tindakan itu telah ditarik balik dengan sewajarnya
19.4 Pelanggan bersetuju bahawa jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam apa-apa tindakan guaman yang timbul kerana tindakan Bank dalam Pembekuan Akaun atau jika Bank sebelum atau selepas Pembekuan Akaun itu memulakan apa-apa tindakan guaman terhadap mana-mana pihak termasuk Pelanggan untuk apa-apa relief atau pengisytiharan yang wajar yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti, kerugian, ganti rugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau selainnya termasuk kos berdasarkan rundingan peguam cara dengan pelanggan) yang mungkin diawadkan kepada Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank, hendaklah ditanggung rugi oleh Pelanggan.
20. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
20.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
20.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
20.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
20.2 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana, menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
21. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
21.1 Pelanggan membenarkan dan memberi kuasa kepada Bank untuk mengutip, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi Pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi di bawah Klausa ini mempunyai maksud yang sama sepertimana di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Data Peribadi”).
21.2 Pelanggan membenarkan dan bersetuju untuk Bank mendedahkan hal ehwal atau Akaun Pelanggan berdasarkan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan Data Peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel, bagi tujuan yang berkaitan dengan pengendalian akaun Pelanggan kepada mana-mana pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak- Pihak Dibenarkan"):-
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu dan wakil; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hakhak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh manamana undang-undang atau mana- mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan Pelanggan; atau
(i) Pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negaradimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun.
21.3 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang boleh diakses di laman web Bank xxx.xxx.xxx.xx. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma yang terkandung di sinidengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
21.4 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Pelanggan mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan mengikut proses yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Walaubagaimanapun, penarikan balik kebenaran Pelanggan boleh menjejaskan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan.
22. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
22.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa- apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung ataudialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
23. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
23.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi notis yang memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
23.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web atau premis Bank atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank.
24. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
24.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
TERMA DAN SYARAT BSN MYFORTUNE
(Tarikh Efektif: 1 Januari 2024)
1. Definisi dan Tafsiran
1.1. Melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
a) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional.
b) “Harga Belian” bermakna harga untuk urusan pembelian Komoditi yang dilakukan oleh pihak Bank sebagai ejen Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan jumlah deposit.
c) “Harga Jualan” bermakna bayaran oleh pihak Bank dalam transaksi Murabahah Komoditi untuk membeli Komoditi daripada Pelanggan yang mana jumlahnya bersamaan dengan Harga Belian ditambah dengan margin keuntungan.
d) “Hari Niaga” bermaksud hari bekerja di mana Bank beroperasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur (tidak termasuk cuti umum).
e) “Komoditi” bermakna barangan atau aset pendasar yang dibenarkan oleh Xxxxxxx.
f) “Murabahah” merujuk kepada jual dan beli aset di mana kos pemerolehan dan margin keuntungan dinyatakan kepada pembeli.
g) “Notis yang memadai” bermaksud notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh kuatkuasa.
h) "Pelanggan" bermaksud Pemegang Skim termasuk organisasi perniagaan atau bukan perniagaan, badan kerajaan, syarikat yang diperbadankan di Malaysia, entiti, kelab, persatuan dan lain-lain, melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat ini atau oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
i) “Rebat” merujuk kepada ‘pengecualian hak tuntutan’ yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang mempunyai kewajipan yang harus diberi.
j) “Skim” bermaksud BSN MyFortune, iaitu deposit skim di bawah produk BSN Term Deposit-i di mana Pelanggan adalah layak untuk cabutan di bawah Skim ini seperti yang dinyatakan di Terma dan Syarat BSN MyFortune Kempen.
k) “Tarikh Matang” merujuk kepada tarikh di mana deposit Pelanggan boleh dikeluarkan berdasarkan kepada tempoh matang yang dipersetujui dan dinyatakan di dalam Skim.
l) “Wakalah” bermaksud suatu kontrak di mana satu pihak (muwakkil) memberi kebenaran kepada pihak yang lain sebagai ejennya (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam hal- hal yang boleh diwakilkan, sama ada secara sukarela atau dengan fi.
2. Konsep Syariah
2.1. Konsep Syariah yang digunapakai adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.
2.2. Konsep Tawarruq ini juga melibatkan kontrak Wakalah (kontrak Perwakilan) dengan menggunapakai struktur ‘dual agency’ yang merangkumi:
a) Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk membeli Komoditi daripada pihak ketiga.
b) Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk menyempurnakan penjualan Komoditi secara Murabahah kepada Bank.
2.3. Terma dan syarat bagi pelantikan bank sebagai wakil dan transaksi perdagangan Tawarruq adalah seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat bagi Term Deposit Islamik dari semasa ke semasa.
1
3. Kelayakan
3.1. Skim ini terpakai kepada semua Pelanggan bukan individu yang baharu dan sedia ada dengan Bank yang terdiri daripada entiti perniagaan atau bukan perniagaan, termasuk perkongsian, pemilikan tunggal, syarikat, kelab, persatuan, organisasi dan badan berkanun atau entiti-entiti yang lain yang terima oleh Bank dari semasa ke semasa.
4. Permohonan
4.1. Pelanggan yang ingin menyertai Skim ini boleh membuat permohonan melalui borang yang ditetapkan oleh pihak Bank.
4.2. Kelayakan adalah tertakluk kepada umur minimum, deposit minimum, dokumen pengenalan yang lengkap dan lain-lain keperluan yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
5. Peletakan Deposit
5.1. Pelanggan hendaklah mendepositkan minimum RM5,000 bagi pembukaan Skim.
5.2. Peletakan deposit akan berkuatkuasa pada Hari Niaga.
5.3. Tempoh peletakan bagi Skim ialah 1,3,6,9 dan 12 bulan.
6. Penebusan
6.1. Penebusan awal atau permintaan awal terhadap Harga Jualan (amaun deposit beserta keuntungan) Skim sebelum tarikh matang adalah dibenarkan bagi jumlah deposit prinsipal sahaja. Pelanggan dengan ini mengesahkan dan bersetuju untuk memberi rebat (Ibra’) dengan melepaskan keseluruhan keuntungan dari Harga Jualan yang dipersetujui, di mana tiada keuntungan akan diberikan tanpa mengira tempoh bulan lengkap ketika penebusan awal.
7. Pembaharuan
7.1. Pelanggan boleh membuat pembaharuan automatik / rollover bagi Skim ini dengan memberi arahan pembaharuan automatik semasa peletakan deposit.
7.2. Pembaharuan automatik / rollover yang dinyatakan di dalam klausa 8.1 di atas adalah dibenarkan untuk jumlah prinsipal atau jumlah prinsipal bersama keuntungan ketika tempoh matang.
7.3. Skim tidak boleh dipindah milik, diniagakan atau dicagarkan kepada pihak lain tanpa kelulusan bertulis dari Bank.
8. Keuntungan
8.1. Kadar keuntungan bagi Skim akan ditentukan terlebih dahulu oleh Bank. Kadar keuntungan adalah tersedia dan dipaparkan di cawangan-cawangan Bank dan laman xxx.xxx.xxx.xx (“laman sesawang Bank”).
8.2. Keuntungan akan dibayar pada tempoh matang dan akan dikreditkan ke dalam akaun deposit Pelanggan dengan Bank.
2
8.3. Bank berhak mengikut budi bicara pada bila-bila masa untuk menyemak semula kadar keuntungan dengan mengemukakan notis kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank dan/atau di laman sesawang Bank. Sebarang perubahan pada kadar keuntungan hanya akan terpakai kepada peletakan baharu / pembaharuan Skim.
9. Xxxx Tak Dituntut
9.1. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memastikan Skim mereka aktif dengan sentiasa mengemaskini Skim tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam 7 tahun dari tarikh transaksi terakhir dilakukan.
9.2. Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir (selain daripada transaksi kredit / debit yang dikendalikan oleh Bank dan pembaharuan automatik Skim oleh sistem) akan diklasifikasikan sebagai "Wang Tak Dituntut". Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Xxxxxxxxx Xxxx Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak Dituntut.
9.3. Bank hendaklah memberikan notis yang memadai, memaklumkan Pelanggan berkenaan pemindahan wang tersebut dan Pelanggan boleh mengaktifkan Skim mereka mengikut kaedah dan syarat pengaktifan seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat bagi Term Deposit Islamik dari semasa ke semasa.
9.4. Keuntungan ke atas Skim akan diberhentikan apabila Skim telah menjadi Wang Tak Dituntut.
10. Lain-lain Terma dan Syarat
10.1. Dengan menyertai Skim ini, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Terma dan Syarat bagi Term Deposit Islamik dan terma dan syarat berkaitan yang dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa yang boleh didapati di laman sesawang Bank.
10.2. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mengakses laman sesawang Bank secara berkala untuk memastikan Pelanggan sentiasa dikemaskini dengan apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma dan Syarat.
10.4. Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang dibenarkan atau butiran lain dengan mengunjungi Cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
10.5. Bank berhak untuk menambah, memansuh atau meminda mana-mana peruntukan yang terkandung di sini dengan memberi notis yang memadai kepada Pelanggan.
10.6. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat dengan mana-mana pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau berhubung Skim ini, Terma dan Syarat terkini di laman sesawang Bank adalah terpakai.
10.7. Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
3
TERMA DAN SYARAT BAGI BSN SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM)
(Tarikh Efektif: 01/01/2024)
Berikut ialah Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan dan pengendalian BSN SSP (Sijil Simpanan Premium) di Bank Simpanan Nasional. Dengan membuka BSN SSP, Pelanggan dengan ini bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan kaedah-kaedah dan peraturan berikut termasuk mana-mana perubahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
1. DEFINISI DAN TAFSIRAN
1.1 Melainkan tujuan menyatakan sebaliknya, takrif dan taksiran berikut hendaklah terpakai:
(a) “Notis yang Memadai” bermaksud notis dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh kuatkuasa.
(b) “Bank” bermaksud Bank Simpanan Nasional (BSN).
(c) “Laman Web Bank” merujuk kepada laman web rasmi Bank iaitu xxx.xxx.xxx.xx.
(d) “BSN SSP” bermaksud Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan mengikut kontrak Mudarabah serta tertakluk kepada Kaedah-Kaedah BSN SSP di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974.
(e) “Pelanggan” bermaksud pemegang BSN SSP termasuk individu berumur 12 tahun dan ke atas.
(f) “Kadar Keuntungan Indikatif” bermaksud jangkaan Kadar keuntungan yang terpakai untuk BSN SSP, seperti yang dipaparkan di laman web Bank dan / atau di cawangan dari semasa kesemasa.
(g) “Baki Minimum Bulanan” bermaksud baki minimum yang terdapat bagi bulan semasa.
(h) “Mudarabah” adalah kontrak antara pemilik modal (rabbul mal) dan pengusaha (mudarib) di mana pemilik modal menyediakan modal untuk diuruskan oleh pengusaha dan sebarang keuntungan yang terhasil dari modal tersebut dikongsi di antara pemilik modal dan pengusaha mengikut nisbah perkongsian keuntungan (NPK) yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh pemilik modal.
(i) "Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK)" bermaksud nisbah perkongsian keuntungan yang telah ditetapkan untuk dikongsi antara pemilik modal dan pengusaha.
(j) “Langganan” bermaksud transaksi deposit BSN SSP yang dilakukan oleh Pelanggan.
(k) “Butiran Keselamatan” termasuk tetapi tidak terhad kepada Kata Laluan Elektronik dan apa- apa maklumat sulit lain dan/atau kod keselamatan yang digunakan berkaitan dengan Akaun Pelanggan.
(l) “Pemenang” bermaksud Pelanggan yang memenangi Cabutan BSN SSP yang dipilih melalui Enjin Cabutan BSN SSP.
1.2 Tajuk kecil, tajuk dan pembahagian peruntukan kepada seksyen dan fasal dalam Terma dan Syarat ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam tafsiran peruntukan Terma dan Syarat ini.
1.3 Perkataan yang menunjukkan mufrad merangkumi jamak dan sebaliknya.
2. KONSEP SHARIAH
2.1 Konsep shariah yang digunapakai adalah Mudarabah yang melibatkan kontrak antara pemilik modal iaitu Pelanggan dan pengusaha iaitu Bank di mana Pelanggan menyediakan modal untuk diuruskanoleh Bank dan sebarang keuntungan yang terhasil dari modal tersebut dikongsi di antara Pelanggandan Bank mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh Pelanggan selagi mana kerugian tersebut tidak disebabkan oleh tindakan salah laku (ta’addi), cuai (taqsir) atau pelanggaran syarat-syarat (mukhalafah al-shurut) oleh Bank.
2.2 Pelanggan dengan ini bersetuju dengan mengekalkan BSN SSP dengan Bank termasuk hadiah cabutan dan keuntungan (dividen) sekiranya ditukarkan kepada BSN SSP di bawah nama Pelanggan adalah berdasarkan kontrak Mudarabah dan hanya akan dihentikan serentak setelah pembubaran kontrak Mudarabah antara Pelanggan dan Bank.
3. PEMBUKAAN BSN SSP
3.1 BSN SSP hendaklah tertakluk kepada keperluan Bank termasuk umur minimum, amaun langganan minimum, dokumen pengenalan dan keperluan lain yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
3.2 BSN SSP terbuka kepada akaun Individu sahaja. Akaun Bersama dan Amanah adalah tidak dibenarkan.
3.3 Pelanggan bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menjalankan apa-apa carian termasuk tetapi tidak terhad kepada carian insolvensi/ kebankrapan termasuk saringan AML/CFT ke atas Pelanggan mengikut polisi Bank.
3.4 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai budi bicara untuk meminta Pelanggan mengemukakan sebarang dokumen sokongan tambahan bagi tujuan langganan BSN SSP.
3.5 Bank berhak untuk menolak sebarang permohonan langganan BSN SSP oleh Pelanggan sekiranya Pelanggan gagal mengemukakan maklumat dan/atau dokumen yang sah dan tepat dan/atau tidak memenuhi mana-mana keperluan atau syarat tambahan yang dikenakan oleh Bank.
4. PENGESAHAN DOKUMEN PENGENALAN
4.1 Semua transaksi yang dilakukan di Bank adalah tertakluk kepada bukti pengenalan selaras dengan polisi Bank dan hendaklah disahkan mengikut cara dan kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalpastian melalui pengesahan cap ibu jari, yang dianggap sesuai dan diterima pakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk bergantung kepada mana-mana proses pengesahan ke atas dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh pihak Pelanggan dan meneruskan untuk melaksanakan transaksi perbankan yang berkaitan.
5. KEUNTUNGAN
5.1 Sebarang keuntungan (dividen), jika ada, akan dibahagikan kepada Pelanggan dan Bank berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) yang dipersetujui pada penghujung setiap tempoh genap tahun Kewangan.
5.2 Keuntungan (dividen) BSN SSP akan dikira berdasarkan Baki Minimum Bulanan dan hanya akan dibayar sekiranya peletakan memenuhi keseluruhan bulan berdasarkan fomula berikut:
Baki Minima Bulanan X Kadar Keuntungan Indikatif* X Bilangan Hari / 365 (Bukan Tahun Lompat) @ 366 (Tahun Lompat)
*Nota: Rujuk kadar keuntungan indikatif semasa di Laman Web Bank.
5.3 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa keuntungan (dividen), sekiranya ada, akan dibayar berdasarkan kriteria berikut:-
(a) Keuntungan (dividen) berjumlah RM10 dan ke atas akan ditukarkan kepada BSN SSP di bawah nama Pelanggan, di dalam gandaan RM10. Lebihan baki yang tinggal (jika ada) akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan/ semasa Pelanggan di BSN.
(b) Keuntungan (Dividen) berjumlah RM1 sehingga kurang daripada RM10 akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan/ semasa Pelanggan di BSN; ATAU
(c) Keuntungan (dividen) yang bernilai kurang daripada RM1 akan disalurkan ke Akaun Kebajikan yang diluluskan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
5.4 Merujuk kepada perkara 5.3 di atas, Pelanggan yang tidak mempunyai akaun simpanan/ semasa BSN untuk tujuan pengkreditan keuntungan (dividen) boleh menuntut keuntungan (dividen) melalui mana-mana kaunter cawangan BSN dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pembayaran keuntungan (dividen). Sekiranya tidak dituntut, keuntungan (dividen) tersebut akan diklasifikasikan sebagai “Wang Tidak Dituntut”.
5.5 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyemak semula Nisbah Perkongsian Keuntungan dengan mengemukakan notis yang memadai kepada Pelanggan dengan memaparkan kadar semak semula di cawangan-cawangan Bank atau di Laman Web Bank.
6. SLIP TRANSAKSI BSN SSP
6.1 Pihak Bank tidak lagi akan mengeluarkan sijil BSN SSP dan sebaliknya telah memperkenalkan BSN SSP tanpa sijil dimana pihak Bank akan mengeluarkan slip transaksi langganan BSN SSP. Slip transaksi ini dianggap sebagai dokumen yang sah sebagai bukti simpanan BSN SSP. Slip transaksi
/ sijil BSN SSP ini tidak berharga kepada sesiapa yang menjumpainya kecuali kepada pemilik atau penyimpan BSN SSP. Jika slip transaksi tersebut hilang, penyimpan hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri yang sah seperti kad pengenalan atau pasport ke mana-manakaunter Cawangan BSN.
7. PENEBUSAN
7.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa BSN SSP boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian daripadanya selepas empat puluh lima (45) hari dari tarikh langganan.
7.2 Penebusan BSN SSP boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank atau mana-mana saluran perbankan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
8. CABUTAN BSN SSP
8.1 BSN SSP yang tidak ditebus adalah layak menyertai Cabutan BSN SSP yang dijalankan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada kriteria cabutan dan kelayakan cabutan seperti yang dinyatakan oleh pihak Bank di Laman Web Bank dari semasa ke semasa.
8.2 Pelanggan berikut TIDAK LAYAK untuk menyertai Cabutan BSN SSP:-
(a) Kakitangan tetap dan/atau kontrak BSN, termasuk anak syarikatnya dan/atau syarikat-syarikat berkaitan ("Kakitangan"); dan
(b) Mana-mana Pelanggan / Kakitangan yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
9. HADIAH CABUTAN & PEMENANG
9.1 Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai, kredit atau apa- apa yang lain sama ada sebahagian atau keseluruhan. Hadiah boleh dilihat di Laman Web Bank.
9.2 Pelanggan bersetuju bahawa BSN tidak memberi sebarang representasi atau jaminan berkenaan dengan kualiti dan/ atau kesesuaian hadiah serta tidak bertanggungjawab untuk memberi apa-apa jenis hadiah gantian disebabkan kecacatan bahan atau buatan oleh syarikat pengeluaran di bawah
jaminan atau sebaliknya termasuk hadiah yang telah diisytiharkan hilang atau dicuri oleh mana mana mahkamah. Pemenang hendaklah berurusan secara terus dengan pembekal bagi semua maklumat jaminan atau tuntutan tanpa membabitkan BSN.
9.3 Bagi hadiah yang berbentuk kenderaan, pendaftaran pemilik perlu dibuat atas nama pemenang. Pihak Bank akan menanggung kos pendaftaran kenderaan tersebut. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi kos yang ditanggung, ianya akan ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
9.4 Setelah kenderaan didaftarkan atas nama pemenang, pihak Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekalipun terhadap kerosakan atau kecacatan kenderaan tersebut atau perkhidmatan pada masa hadapan dan/atau termasuk penyelenggaraan kenderaan yang dijadualkan.
9.5 Tertakluk kepada pematuhan prosedur dan polisi Bank, Hadiah Cabutan BSN SSP perlu dituntut oleh pemenang atau waris pemenang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh Cabutan BSN SSP. Pihak Bank tidak akan melayan sebarang tuntutan selepas tamat tempoh tersebut.
9.6 Sekiranya pemenang telah meninggal dunia sebelum tuntutan Hadiah dibuat, waris yang sah boleh menuntut hadiah Cabutan BSN SSP sama ada berupa BSN SSP atau kenderaan atau barangan dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh cabutan atau tarikh kematian pemenang (yang mana terdahulu) dimana-mana cawangan Bank mengikut Polisi bank.
9.7 Pemenang atau warisnya yang sah adalah dianggap telah melepaskan hak mereka jika gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang telah ditetapkan.
9.8 Pihak Bank akan melantik syarikat pembekal yang sah bagi urusan pembekalan dan penghantaran hadiah (kecuali hadiah berbentuk BSN SSP) kepada pemenang. Kaedah dan cara penghantaran hadiah akan ditentukan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara pihak Bank.
9.9 Pemenang bersetuju dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk berkongsi maklumat mereka sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak Bank kepada syarikat pembekal untuk tujuan penghantaran hadiah.
9.10 Syarikat pembekal yang sah akan menghubungi pemenang secara terus untuk mengatur urusan penghantaran hadiah.
9.11 Hadiah perlu dituntut oleh pemenang sendiri. Tuntutan oleh pihak ketiga tidak akan dilayan (Tertakluk kepada syarat kategori cabutan).
9.12 Bagi hadiah berbentuk BSN SSP, pemenang adalah dinasihatkan untuk menyemak hadiah mereka di mana-mana Cawangan Bank dengan mengemukakan surat pemakluman dan dokumen pengenalan diri.
9.13 Pemenang bersetuju bahawa Bank dari semasa ke semasa boleh untuk menukar atau menggantikan mana-mana hadiah dengan mana-mana barangan dengan nilai yang sama atau rendah termasuk dari model yang berlainan dari semasa ke semasa dengan mengemukakan notis mencukupi sebelum penukaran atau penggantian dilaksanakan dan ianya tidak boleh dipertikaikan dengan cara apa jua.
9.14 Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan hadiah Cabutan BSN SSP boleh dipos ke alamat Ibu Pejabat BSN yang dinyatakan seperti di perkara 10.4 terma dan syarat ini.
10. KEPUTUSAN CABUTAN BSN SSP & PEMAKLUMAN KEPADA PEMENANG
10.1 Keputusan dan pengumuman Cabutan boleh dilihat melalui Laman Web Bank.
10.2 Pemenang akan dihubungi oleh Bank melalui surat atau apa-apa bentuk mel elektronik berdasarkan alamat terakhir / nombor kontak yang diberikan kepada bank semasa melanggan BSN SSP. Notis pemakluman rasmi kepada pemenang akan dihantar ke alamat terakhir pemenang yang terdapat di dalam rekod Bank dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Keputusan Cabutan disiarkan.
10.3 Pemenang Hadiah Utama perlu mengemukakan maklumat dan dokumen berikut kepada pihak Bank untuk tujuan pengesahan tuntutan tertakluk kepada polisi dan prosedur Bank untuk menuntuthadiah:
(a) Salinan kad pengenalan (KP) / Pasport atau mana-mana dokumen yang diperlukan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(b) Alamat; dan
(c) Nombor telefon
10.4 Pemenang hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen seperti yang diyatakan di perkara
10.3 melalui serahan atau pos ke alamat Ibu Pejabat BSN yang dinyatakan seperti berikut:-
Seksyen Sokongan Perniagaan Jabatan Deposit & Pembayaran, Tingkat 8, Wisma BSN,
000, Xxxxx Xxxxxx,
50450 Kuala Lumpur
Telefon/ Faks: 00-00000000 Samb. 12620 / 15694
10.5 Pemenang dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana dokumen yang dihantar oleh pemenang.
10.6 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa penentuan pemenang adalah muktamad. Tiada sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau protes akan dilayan.
11. LIABILITI
11.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab untuk atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh operasi BSN SSP oleh Pelanggan dengan Bank melainkan kerugian tersebut adalah secara langsung disebabkan oleh kecuaian pihak Bank secara sengaja.
11.2 Pelanggan bersetuju akan bertanggungjawab dan menanggung rugi Bank secara penuh ke atas kesemua penalty, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan (guaman atau selainnya termasuk kos atas rundingan peguam cara dengan klien) yang ditanggung oleh Bank akibat:-
(a) Pelanggan melanggar Terma dan Syarat ini;
(b) Pelanggan melakukan penipuan;
(c) Pelanggan mendedahkan Butiran Keselamatan kepada mana-mana orang lain atau dalam apa-apa e-mel atau di laman web yang bukan milik Bank;
(d) Kegagalan Pelanggan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan Butiran Keselamatan dirahsiakan dan/atau selamat pada setiap masa;
(e) Kegagalan Pelanggan untuk melaporkan pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut seberapa segera yang mungkin sebaik sahaja menyedari tentang pelanggaran atau kehilangan itu;
(f) Bank mengeluarkan mandat yang sah yang diminta oleh Xxxxxxxxx;
(g) Bank menguatkuasakan mana-mana haknya terhadap Pelanggan;
(h) Bank mematuhi mana-mana keperluan kawal selia; dan/atau
(i) Bank mematuhi apa-apa penghakiman Mahkamah atau apa-apa Perintah Mahkamah, sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau tidak, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan tribunal, entiti yang ditubuhkan secara sah atau pihak berkuasa, yang timbul daripada apa-apa tindakan atau prosiding (melalui atau selain Mahkamah) dan yang terpakai untuk atau ditujukan kepada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Pelanggan, dan/atau BSN SSP di Bank.
11.3 Tanggung rugi yang diperuntukkan di atas tidak akan terpakai kepada perbankan elektronik yang dibenarkan untuk dilakukan oleh Bank setakat kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung yang timbul daripada:
(a) Kegagalan Bank untuk memaklumkan Pelanggan tentang obligasi Pelanggan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan Butiran Keselamatan, serta obligasi Pelanggan untuk memaklumkan Bank dengan segera sekiranya berlaku pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke atas perkara tersebut;
(b) Kegagalan Bank untuk menyediakan Pelanggan dengan cara yang sewajarnya untuk memaklumkan Bank tentang apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan atau yang dipertikaikan;
(c) Kerosakan teknikal atau kekurangan yang terbukti dalam sistem dan kelengkapan di bawah kawalan penuh Bank;
(d) Kelemahan atau pendedahan yang terbukti dalam ciri keselamatan dan kawalan yang diguna pakai oleh Bank;
(e) Transaksi yang berlaku selepas Pelanggan memaklumkan Bank tentang transaksi yang tidak dibenarkan atau tentang pelanggaran, pendedahan atau kompromi ke ats apa-apa Butiran Keselamatan dengan syarat pelanggaran, pendedahan atau kompromi Butiran Keselamatan tersebut bukan disebabkan oleh tindakan Pelanggan;
(f) Transaksi yang berlaku sebelum Pelanggan menerima apa-apa Butiran Keselamatan yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Akaun Pelanggan; dan/atau
(g) Butiran Keselamatan yang dipalsukan, rosak, tamat tempoh atau dibatalkan dengan syarat perkara tersebut bukan disebabkan oleh tindakan atau pengabaian Pelanggan sendiri.
11.4 Pelanggan yang membuat langganan dan/atau mengambil bahagian dalam mana-mana kempen berkaitan BSN SSP adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan disini.
11.5 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung (termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik secara langsung atau tidak langsung secara insiden, berkepentingan, berteladan, punitif atau kerosakan khas kepada mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun ia berlaku samada dari segi kontrak, salah laku, kecuaian atau apa- apa sahaja tindakan yang timbul akibat daripada atau berkaitan dengan Cabutan atau Hadiah BSN SSP.
11.6 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Keputusan BSN terhadap sebarang perkara berkaitan BSN SSP dan Cabutan BSN SSP adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. Sebarang surat- menyurat, rayuan, bantahan atau cubaan untuk mempertikaikan apa-apa keputusan tidak akan dilayan.
11.7 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa melainkan Terma dan Syarat tertentu yang dinyatakan di dalam ini, semua terma dan syarat lain yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah dan peraturan sedia ada yang mengawal BSN SSP hendaklah terus terpakai.
12. HAK UNTUK MENDEBIT AKAUN DAN PELARASAN
12.1 Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk membuat pendebitan akaun ke atas sebarang amaun berkaitan yang telah bayar atau terkredit ke dalam akaun dan/atau oleh sebab mana-mana keralatan operasi Bank dan/atau sistem dan/atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Bank dengan memberikan notis yang memadai kepada Pelanggan sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
13. HAK UNTUK TOLAK SELESAI
13.1 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menolak selesai atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun bagi tujuan pengurangan dan/atau pelepasan sebarang jumlah terhutang kepada Bank, dengan memberikan notis tujuh (7) hari sebelum tarikh kuatkuasa kepada Pelanggan.
14. FI DAN CAJ
14.1 Bank adalah berhak untuk mengenakan perkara-perkara berikut ke atas BSN SSP:
(a) Kos, fi dan caj yang dikenakan ke atas transaksi yang dilaksanakan dan untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Bank pada kadar tersebut yang terpakai dari semasa ke semasa;
(b) Apa-apa caj perkhidmatan ke atas BSN SSP (jika ada) yang selaras dengan peraturan manamana badan/persatuan/pihak berkuasa kawal selia atau Bank; dan
(c) Apa sahaja caj yang boleh dikenakan atau apa-apa transaksi atau perkhidmatan ke atas Pelanggan pada masa ini atau pada masa akan datang yang dikenakan oleh undang-undang atau yang perlu dikenakan caj
14.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk mengenakan dan / atau mengubah fi dan caj dari semasa ke semasa kepada Pelanggan dan fi dan caj tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank untuk diterima pakai. Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Fi dan Caj Bank, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan terhadap fi dan caj akan dimaklumkan kepada Pelanggan dengan memberikan Notis Yang Memadai sebelum tarikh kuatkuasa pelaksanaannya. Pemakluman akan dimaklumkan kepada Pelanggan secara bertulis atau elektronik atau melalui paparan di Cawangan dan Laman Web Bank.
15. PERTUKARAN BUTIRAN
15.1 Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang dibenarkan atau butiran lain dengan mengunjungi Cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
15.2 Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod pihak Bank adalah dianggap telah diserahkan kepada pelanggan.
15.3 Sekiranya tandatangan pelanggan digunakan sebagai pengesahan, tandatangan yang sama hendaklah digunakan seperti yang terdapat di dalam rekod pihak Bank ketika membuat urusan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
16. ANTI PENCEGAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
16.1 Pelanggan hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa tiada dana yang dipindahkan ke dan
dari akaun adalah hasil daripada, atau akan digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang yang melanggar mana-mana Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
16.2 Pelanggan berakujanji tidak akan:
(a) Menggunakan akaun, secara langsung atau tidak langsung, untuk transaksi yang melibatkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang;
(b) Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang;
(c) Menggunakan sebarang wang daripada akaun untuk sebarang pengubahan wang haram atau tujuan lain yang menyalahi undang-undang.
16.3 Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk meminta Pelanggan untuk memberikan Bank semua dokumen, maklumat dan kebenaran yang diperlukan oleh Bank untuk membuka dan menyelenggara Akaun Pelanggan bagi memenuhi keperluan Know Your Customer, Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan keperluan Anti-Pembiayaan-Keganasan dan mana-mana undang- undang dan peraturan lain yang Bank perlukan atau bersetuju untuk mematuhinya. Pelanggan mesti memberitahu Bank dengan segera, secara bertulis, sebarang perubahan dalam mana-mana dokumen, maklumat atau kebenaran yang diberikan kepada Bank, dan memberikan Bank dokumen sokongan dan bukti sebarang perubahan tersebut.
16.4 Untuk mematuhi undang-undang tempatan atau luar negara, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, dan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia atau agensi penguatkuasaan, dasar, amalan baik, sekatan atau embargo kerajaan, keperluan pelaporan di bawah perundangan dan tuntutan transaksi kewangan atau permintaan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan pertukaran yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, Bank mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan yang dipercayai perlu, termasuk pembekuan dana, menghalang operasi akaun, menolak permintaan untuk dana daripada Pelanggan, tidak membenarkan Pelanggan menggunakan produk, atau menangguhkan atau membatalkan transaksi. Bank tidak perlu memaklumkan Pelanggan sehingga masa yang munasabah selepas ia dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang atau polisi tersebut. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang tindakan yang diambil atau sebarang kelewatan atau kegagalan oleh Bank, dalam melaksanakan mana-mana kewajipannya atau kewajipan lain.
17. PENDEDAHAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN DATA PERIBADI
17.1 Pelanggan membenarkan dan memberi kuasa kepada Bank untuk mengutip, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi Pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi di bawah Klausa ini mempunyai maksud yang sama sepertimana di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Data Peribadi”).
17.2 Pelanggan membenarkan dan bersetuju untuk Bank mendedahkan hal ehwal atau akaun Pelanggan berdasarkan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan Data Peribadi Pelanggan termasuk alamat, nombor telefon atau alamat e-mel, bagi tujuan yang berkaitan dengan pengendalian BSN SSP Pelanggan, proses cabutan BSN SSP, pengumuman pemenang, pengiklanan dan promosi semasa berhubung BSN SSP kepada mana-mana pihak yang disenaraikan di bawah ("Pihak-Pihak Dibenarkan"):-
(a) Mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah Bank, subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan, sekutu, dan wakil; atau
(b) Pihak ketiga yang berkenaan seperti penasihat profesional, rakan perniagaan strategik dan
pakatan, penyedia perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau insurans/broker Takaful, peniaga, pembekal, rakan niaga dan ejen perniagaan yang menyokong aktiviti operasi Bank dan yang berada di bawah kewajipan undang-undang untuk kerahsiaan data anda; atau
(c) Mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan hak dan/atau kewajipan Bank di bawah apa-apa transaksi antara Bank dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional); atau
(d) Mana-mana agensi penarafan atau pembekal langsung / tidak langsung perlindungan kredit kepada Bank; atau
(e) Mana-mana pihak seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau mana- mana kerajaan, separa kerajaan, pentadbiran, badan/penyeliaan kawal selia atau pihak berkuasa, mahkamah atau tribunal; atau
(f) Mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bank bagi penilaian kredit atau kajian semula kredit Pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank; atau
(g) Apa-apa agensi rujukan jenayah kewangan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen masing-masing; atau
(h) Mana-mana penjamin atau penyedia cagaran untuk kemudahan pembiayaan Pelanggan; atau
(i) Pihak berkuasa cukai negara/ bidang kuasa dimana akaun ini diselenggara, dimiliki dan/atau dipertukar dengan mana-mana pihak berkuasa cukai negara/ bidangkuasa lain atau negara/ negara dimana Pelanggan boleh menjadi pemastautin cukai menurut perjanjian antara kerajaan dimana Bank mempunyai kewajiban untuk membuat pertukaran terhadap apa-apa maklumat akaun.
17.3 Pelanggan dengan ini secara nyata bersetuju pendedahan tersebut dan mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa terma-terma yang terkandung di dalamnya hendaklah tertakluk kepada Polisi Privasi yang boleh diakses di laman web Bank xxx.xxx.xxx.xx. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma yang terkandung di sinidengan terma yang dinyatakan dalam Polisi Privasi, terma dan syarat di dalam Polisi Privasi akan diguna pakai.
17.4 Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Pelanggan mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan mengikut proses yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Walaubagaimanapun, penarikan balik kebenaran Pelanggan boleh menjejaskan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan.
17.5 Pelanggan dengan ini bersetuju memberikan keizinan kepada BSN dan/atau sekutu berkenaan dengannya, untuk menggunakan Data Peribadi dan Butiran Penyertaan seperti yang diberikan kepada BSN untuk tujuan BSN SSP.
17.6 Para pemenang dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada bank untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar atau maklumat lain pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan dan promosi semasa dan akan datang dengan cara apa pun yang difikirkan sesuai oleh bank dan / atau penyedia perkhidmatannya yang sah.
18. KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA
18.1 Walau apa pun peruntukan lain yang terkandung dalam dokumen ini, sekiranya pihak Bank tidak dapat melaksanakan apa-apa operasi atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atas apa-apa sebab di luar kawalan Bank, termasuk namun tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, wabak, pandemik, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, bencana alam atau apa-apa faktor yang bersifat tidak boleh dijangka Bank tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kemungkiran obligasi, kesulitan, kerugian, kecederaan, kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh Pelanggan akibat daripadanya.
19. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
19.1 Walau apapun yang terkandung disini, Bank berhak dengan memberi Notis Yang Memadai sebelum tarikh berkuatkuasa, untuk menambah, menggugur atau meminda mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan, penambahan, pengguguran atau pindaan ("Pindaan") kepada peruntukan di dalam ini akan mengikat Pelanggan dan Bank dianggap telah membuat pemakluman kepada Pelanggan melalui notis tersebut. Kesemua Terma dan Syarat sebelumnya akan terbatal dan digantikan sepenuhnya oleh Terma dan Syarat terkini.
19.2 Sebarang pemakluman daripada Bank kepada Pelanggan boleh dihantar secara peribadi atau melalui pos berdaftar / biasa kepada Pelanggan di alamat semasa yang disimpan oleh Bank atau melalui paparan di Laman Web Bank atau premis Bank atau melalui mel elektronik, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank secara bertulis atau melalui iklan dipaparkan di cawangan dan Laman Web Bank.
19.3 Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut adalah dianggap mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam bahan-bahan promosi pengiklanan berkaitan BSN SSP ini.
20. KETAKSAHAN SEBARANG PERUNTUKAN
20.1 Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah apa-apa undang-undang atau apa-apa jua alasan, peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahihan dan keupayaan menguatkuasakan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.
21. KESAN MENGIKAT
21.1 Terma dan syarat ini hendaklah mengikat waris/pemegang serah hak dan pengganti hak Pelanggan dan Bank.
22. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL & BIDANG KUASA
22.1 Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
TERMA DAN SYARAT BAGI BSN MYFIRST / BSN SMART JUNIOR
(Tarikh Efektif : 01/01/2024)
BAHAGIAN A – TERMA DAN SYARAT AM
1. Permohonan
1.1. Pelanggan perlu mempunyai akaun simpanan BSN (Amanah) untuk layak menyertai keahlian BSN MyFirst dan akaun simpanan BSN (Individu) untuk keahlian BSN Smart Junior (“BSJ”).
1.2. Permohonan keahlian BSN MyFirst / BSJ hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang ditetapkan yang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh pemohon / ibu / bapa / penjaga sah.
2. Deposit and Pengeluaran
2.1. Pelanggan hendaklah membuat deposit minimum permulaan seperti yang ditetapkan oleh pihak BSN.
2.2. Pelanggan hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran sekali dalam sebulan daripada jumlah baki simpanan semasa dan tertakluk kepada baki minimum yang ditentukan oleh BSN dari semasa ke semasa.
3. Perubahan butiran Pelanggan
3.1. Pelanggan hendaklah dengan segera memaklumkan pihak Bank sebarang pertukaran alamat, nombor untuk dihubungi, penandatangan yang dibenarkan atau butiran lain dengan mengunjungi Cawangan Bank, sekiranya gagal, pihak Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui di dalam rekod Bank.
4. Lain-lain terma dan syarat
4.1. Dengan menyertai BSN MyFirst / BSJ, pelanggan bersetuju:-
a) Untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Terma dan Syarat Akaun Simpanan BSN
/ Akaun Simpanan Islamik BSN serta mana-mana Terma dan Syarat berkaitan yang dikenakan oleh BSN dari semasa ke semasa yang boleh didapati di xxx.xxx.xxx.xx (Laman Web BSN).
b) Untuk mengakses Laman Web BSN secara berkala untuk memastikan pelanggan sentiasa dikemaskini dengan apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma dan Syarat.
d) BSN berhak mengubah, menghapus, menambah atau meminda mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan memberi notis minimum sekurang- kurangnya 21 hari kalendar. BSN boleh memberikan notis atau komunikasi kepada pelanggan dengan menyiarkannya di Laman Web BSN dan/atau cawangan BSN, melalui pos, melalui pemberitahuan di media massa, melalui penghantaran secara elektronik atau sebarang kaedah lain yang dianggap sesuai oleh BSN.
e) Sekiranya terdapat percanggahan di antara Terma dan Syarat dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan atau berhubung dengan BSN MyFirst / BSJ, Terma dan Syarat terkini di Laman Web BSN akan diutamakan.
f) Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
BAHAGIAN B – TERMA DAN SYARAT KHUSUS BSN MYFIRST
1. Kelayakan
1.1. Kanak-kanak berumur satu (1) hari sehingga di bawah tujuh (7) tahun adalah layak untuk membuka BSN MyFirst bersama ibu / bapa / penjaga sah yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
2. Penamatan
2.1 Penamatan dibenarkan atas permintaan pelanggan selepas satu (1) tahun mendaftar dengan melengkapkan borang penamatan seperti yang dinyatakan oleh BSN.
3. Kanak-kanak mencapai umur 7 tahun
3.1. BSN Myfirst akan ditukarkan kepada keahlian BSJ apabila kanak-kanak telah mencapai umur tujuh (7) tahun dan akaun pelanggan akan kekal di bawah akaun amanah.
3.2. Pelanggan akan ditadbir di bawah Terma dan Syarat BSJ dan mana-mana Terma dan Syarat berkaitan yang ditetapkan oleh BSN.
3.3. Pelanggan boleh atas permintaan untuk menukar akaun Amanah kepada akaun Individu di mana-mana Cawangan BSN dan akan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang mentadbir pembukaan akaun seperti yang ditentukan oleh BSN dari semasa ke semasa.
3.4. Pelanggan perlu mengemaskini maklumat persekolahan seperti nama sekolah, alamat sekolah atau sebarang maklumat yang berkaitan di mana-mana Cawangan BSN.
BSN SMART JUNIOR (BSJ)
1. Kelayakan
1.1. Semua warganegara Malaysia berumur di antara tujuh (7) sehingga dua puluh (20) tahun adalah layak untuk menyertai BSJ (“Ahli BSJ”).
2. Amaun pembekuan
2.1. Amaun simpanan minimum akan dibekukan oleh BSN sehingga Ahli BSJ mencapai umur 21 tahun atau ketika penamatan keahlian BSJ.
3. Penamatan keahlian BSJ
3.1. Keahlian BSJ boleh ditamatkan berdasarkan kepada keadaan berikut:-
a) Atas permintaan Ahli BSJ selepas satu (1) tahun menjadi ahli BSJ;
b) Apabila Ahli BSJ telah mencapai umur 21 tahun di mana keahlian akan ditamatkan secara automatik.
3.2. Ahli BSJ hendaklah melengkapkan borang penamatan ahli dan bagi Ahli BSJ yang berumur di bawah 18 tahun, borang penamatan hendaklah ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga sah.
3.3. Ketika penamatan keahlian BSJ, kadar pulangan bagi Ahli BSJ akan ditukar secara automatik kepada kadar pulangan akaun simpanan BSN yang normal.
AM
TERMA DAN SYARAT SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMS AND CONDITIONS SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
KELAYAKAN / ELIGIBILITY
1. Skim Galakan Simpanan Pelajar (“SGSP”) ini adalah skim simpanan dalam format pertandingan yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (“BSN”).
Skim Galakan Simpanan Pelajar (“SGSP”) is a savings scheme in competition format organized by Bank Simpanan Nasional (BSN).
2. Semua pelanggan yang memenuhi syarat di bawah adalah layak untuk menyertai BSN SGSP ini (“Peserta”):
a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur di antara tujuh (7) tahun hingga tujuh belas (17) tahun;
c) Semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia; dan
d) Xxxxxxx hendaklah seorang pemegang akaun simpanan BSN. Peserta yang tidak mempunyai akaun simpanan BSN hendaklah membuka akaun simpanan BSN dan tertakluk kepada deposit minima permulaan dan apa-apa terma dan syarat bagi akaun simpanan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak BSN
All customers that meet the following criteria are eligible to participate in this BSN SGSP (“Participants”):
a) Malaysian Citizen;
b) Aged between seven (7) years old to seventeen (17) years old;
c) All primary dan secondary students in Malaysia; and
d) The Participants must be a BSN savings account holder. The Participants without BSN savings account must open a BSN savings account and subject to a minimum initial deposit and any terms and conditions for savings account as determined by the BSN from time to time.
3. Individu-individu yang berikut TIDAK LAYAK untuk menyertai BSN SGSP:
a) Bukan warganegara;
b) Berumur di bawah tujuh (7) tahun dan/atau lapan belas (18) tahun ke atas; dan
c) Semua pelajar di kedua-dua sekolah rendah dan menengah swasta di Malaysia.
The following entities/individuals shall NOT BE ELIGIBLE to participate in the Campaign:
a) Non Malaysian Citizen;
b) Aged below seven (7) years old or/and eighteen (18) years old and above; and
c) Students in both private primary and secondary school in Malaysia.
HAK BANK / BANK’S RIGHT
4. BSN mempunyai hak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan BSN SGSP ini sekiranya ia tidak dapat berjalan seperti yang dirancang atas sebarang sebab termasuk gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan BSN, walaupun selepas segala usaha terbaik BSN dilakukan.
BSN reserves the right to modify, suspend or cancel this BSN SGSP in the event that it becomes incapable of running as planned, technically interfered or corrupted, including but not limited to infection by computer virus, bugs, tampering, unauthorised intervention, fraud, technical failures, or any other causes beyond the control of BSN, despite the best efforts of BSN.
AM
TERMA DAN SYARAT SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMS AND CONDITIONS SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
5. BSN berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran penyertaan BSN SGSP, operasi BSN SGSP ini atau melanggar Terma dan Syarat BSN SGSP. BSN mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang BSN percayai telah melaksanakan aktiviti penipuan atau lain-lain aktiviti negatif berkait dengan BSN SGSP ini.
BSN reserves the right, in its sole discretion, to disqualify any Participants that is found or suspected of tampering with the BSN SGSP’s process, the operation of this BSN SGSP or to be in violation of the Terms and Conditions of this BSN SGSP. BSN reserves the right to pursue legal action against any individual it believes has undertaken fraudulent activities or other activities harmful to this BSN SGSP.
LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB / LIABILITY AND RESPONSIBILITY
6. Peserta adalah bertanggungjawab dan menanggung sepenuhnya sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang timbul akibat daripada penyertaan BSN SGSP ini.
Participants shall assume full liability and responsibility in case of any liability, mishap, injury, damage, claim or accidents (including death) resulting from their participation in this BSN SGSP.
7. Sebarang kos yang dikeluarkan untuk menyertai BSN SGSP ini adalah di bawah tanggungjawab penuh Peserta atau sekiranya dinyatakan sebaliknya.
Any expenses incurred to participate in this BSN SGSP is the sole responsibility of the Participants or if stated otherwise.
8. BSN juga tidak akan bertanggungjawab terhadap gangguan teknikal yang menghalang Peserta daripada menyertai BSN SGSP ini.
BSN is not responsible for technical problems that prevent the Participants from participating in this BSN SGSP.
9. BSN tidak menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan tertentu daripada penyertaan BSN SGSP ini.
BSN cannot guarantee and does not promise any specific results from participating in this BSN SGSP.
DATA PERIBADI / PERSONAL DATA
10. Dengan menyertai BSN SGSP ini, Peserta dengan ini bersetuju memberikan keizinan kepada BSN dan/atau sekutu berkenaan dengannya, untuk menggunakan Data Peribadi dan Butiran Penyertaan seperti yang diberikan kepada BSN untuk tujuan BSN SGSP.
By participating in this BSN SGSP, the Participants hereby voluntarily gives express consent to BSN and/or its affiliates, to use the Personal Data and Participation Details as provided to BSN for the purposes of this BSN SGSP.
AM
TERMA DAN SYARAT SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMS AND CONDITIONS SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMA & SYARAT AM / GENERAL TERMS & CONDITIONS
12. Dengan menyertai BSN SGSP, Peserta telah dianggap bersetuju:-
a) Untuk terikat dengan Terma dan Syarat di sini, Terma dan Syarat Akaun Konvensional, Terma dan Syarat bagi Akaun Islamik dan lain-lain terma dan syarat yang ditetapkan oleh BSN dari semasa ke semasa termasuk apa-apa pindaan;
b) Untuk mengakses laman web xxx.xxx.xxx.xx (“Laman Web BSN) dari semasa ke semasa untuk memastikan Peserta sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma dan Syarat; dan
c) Bahawa keputusan BSN atas semua perkara berkaitan dengan BSN SGSP ini adalah muktamad.
By participating in this BSN SGSP, the Participants deemed to have agreed:;
a) To be bound by the Terms and Conditions herein, Terms and Conditions of Conventional Account, Terms and Conditions of Islamic Account and any other relevant terms and conditions that BSN may impose from time to time including any amendments thereto;
b) To access website xxx.xxx.xxx.xx (“BSN’s Website”) on regular basis to ensure that the the Participants are updated with any change or variation made to the Terms and Conditions; and
c) All BSN’s decisions on all matters relating to this BSN SGSP are final.
13. Peserta juga bersetuju dan membenarkan butir-butir peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi atau maklumat dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh BSN dan/atau pihak ketiga yang dilantik oleh BSN, sekiranya ada, untuk tujuan BSN SGSP ini selaras dengan Notis Privasi BSN, yang boleh didapati di Laman Web BSN.
The Participants are also agree and consent to their personal details including without limitation to personal data or information being collected, processed and used by BSN and/or third party service providers engaged by BSN for the purpose of this BSN SGSP in accordance with BSN’s Privacy Notice, which may be viewed on BSN’s Website.
14. Semua keputusan yang dikeluarkan BSN berkaitan BSN SGSP ini adalah muktamad, terikat ke atas semua Peserta, konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang surat menyurat, rayuan dan/atau percubaan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.
AM
TERMA DAN SYARAT SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMS AND CONDITIONS SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
All BSN’s decisions relating to the BSN SGSP is final, binding on all Participants, conclusive and undisputable. No further correspondence and/or appeal to dispute the same will be entertained.
15. Dalam apa keadaan sekalipun, BSN tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan BSN SGSP.
In no events will BSN be responsible and/or liable for any loss or damages (including without limitation to loss of income, profits or goodwill, direct or indirect, incidental, consequential, exemplary, punitive or special damages of any party including third parties) howsoever arising whether in contract, negligence or otherwise, in connection with the BSN SGSP.
16. BSN tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan dan juga tidak menerima sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk dan bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh Peserta yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam menyertai BSN SGSP ini atau sebaliknya. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran obligasi di bawah BSN SGSP ini disebabkan oleh kejadian force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, pandemik dan/atau epidemik peperangan, rusuhan, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah BSN.
BSN shall not be responsible and/or liable nor shall it accept any form of liability in whatsoever nature and howsoever arising or suffered by the Participants resulting, directly or indirectly, from participation in BSN SGSP or otherwise. Furthermore, BSN shall not be liable for any default of its obligation under BSN SGSP due to any force majeure event which includes but not limited to act of God, pandemic and/or epidemic, war, riot, lockout, industrial action, fire, flood, drought, storm or any event beyond the reasonable control of BSN.
17. Dengan menyertai BSN SGSP, Peserta dengan ini memberi kebenaran kepada BSN untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar atau lain-lain maklumat Peserta untuk tujuan pengiklanan, promosi dan pemakluman pemenang semasa dan akan datang dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh BSN dan/atau penyedia perkhidmatan yang diberikuasa oleh BSN.
By participating in BSN SGSP, the Participants consent to BSN the right to publish or display the name, picture or any other information of the Participants for current and future advertising, promotional purposes and winner annoucement, in any manner that BSN and/or its authorized service providers deems appropriate.
18. BSN berhak untuk meminda, mengubah, membatal atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini, keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberikan notis dalam tempoh yang difikirkan munasabah oleh BSN sebelum pindaan, perubahan, pembatalan atau penambahan tersebut melalui makluman di Laman Web BSN dan/atau halaman media sosial rasmi BSN, melalui pos, media massa, paparan notis di cawangan BSN, melalui alat elektronik atau apa-apa kaedah komunikasi yang BSN fikirkan sesuai.
BSN reserves the right at its absolute discretion to amend, vary, delete or add to any of these Terms and Conditions, in whole or in part at any time by giving notification within the period BSN deems reasonable prior to such amendment, variation, deletion or addition by posting at BSN’s
AM
TERMA DAN SYARAT SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
TERMS AND CONDITIONS SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR (SGSP)
Website and/or BSN official social media page, by post, by notification in the mass media, by posting the notice in BSN’s branches or by electronic transmission or any other method of communication that BSN think appropriate
19. BSN berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menarik balik, membatalkan, menggantung BSN SGSP ini dengan memberikan notis dalam tempoh yang difikirkan munasabah oleh BSN. BSN tidak akan bertanggungjawab atau menerima sebarang liabiliti yang ditanggung oleh Peserta secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh perubahan ini.
BSN at its discretion may withdraw, cancel or suspend BSN SGSP by giving notice within the period BSN deems reasonable. BSN will not be responsible for or accept any liability incurred by the Participants, directly or indirectly, caused by the changes.
20. Peserta hendaklah mengakses Laman Web BSN dan/atau mana-mana halaman media sosial rasmi BSN dari semasa ke semasa untuk memastikan Peserta sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan yang dibuat kepada Terma dan Syarat.
Participants must access to BSN Website and/or any BSN’s official social media page on a regular basis to ensure that the Participants are up-to-date with any change or variation made to the Terms and Conditions.
21. Sebarang pindaan, perubahan, pembatalan atau penambahan kepada Terma dan Syarat ini akan mengikat Peserta dan dianggap sebagai telah dibawa ke perhatian dan pengetahuan semua Peserta melalui paparan di BSN atau melalui notis yang dihantar oleh BSN atau pengiklanan di halaman media sosial rasmi BSN atau mana-mana medium lain yang difikirkan sesuai oleh BSN.
Any amendment, variation, deletion or addition to the Terms and Conditions herein shall be binding on the Participants and be deemed to be brought to the Participants’ attention and knowledge by its display at BSN or by notice being sent by BSN or by advertisement at BSN’s official social media page or BSN Website or by any other mode which BSN deems fit.
22. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat BSN SGSP ini dengan bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan-bahan lain berkaitan atau bersabit dengan BSN SGSP ini, maka Terma dan Syarat ini akan terpakai. Sebarang perkara mengenai BSN SGSP yang tidak dinyatakan di dalam Terma dan Syarat adalah bergantung kepada budi bicara mutlak pihak BSN.
In the event of any inconsistency between the Terms and Conditions and any advertising, promotional, publicity and other materials relating to or in connection with the BSN SGSP, then these Terms and Conditions shall prevail. Any matter with regards to the BSN SGSP which is not covered in these Terms and Conditions will be determined solely by BSN at its discretion.
23. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir selaras dengan undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
These Terms and Conditions shall be subject to and construed in accordance by the Laws of Malaysia and subject to the exclusive jurisdiction of the Courts of Malaysia.