TAWARAN SEBUT HARGA
TAWARAN SEBUT HARGA
SEBUT HARGA BAGI KERJA–KERJA PEMBAIKAN DATARAN KONKRIT, LANTAI KOLAM DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
SEBUT HARGA: JPNPP/400-17/2024/19
Dokumen Sebut harga ini mengandungi …31.. muka surat tidak termasuk lampiran. Pastikan bilangan muka surat adalah mencukupi sebelum anda meninggalkan pejabat ini.
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG NO. SEBUT HARGA : JPNPP/400-17/2024/19
NOTIS SEBUT HARGA KERJA
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) , Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) bagi Daerah Seberang Perai Selatan Sahaja dalam Gred : G1 Di Bawah Kategori: CE Pengkhususan : CE21 & CE06 dan masih dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini untuk sebut harga kerja- kerja berikut:-
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga : |
JPNPP/400-17/2024/19 | SEBUT HARGA BAGI KERJA–KERJA PEMBAIKAN DATARAN KONKRIT, LANTAI KOLAM DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. |
2. Kontraktor-kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 30/7/2024 (SELASA) Jam: 10.00-10.30 PAGI. Kontraktor- kontraktor dikehendaki melaporkan diri di TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Hanya Pemilik/Penama di dalam Perakuan Pandaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berkaitan, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputra sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini.
3. Borang sebut harga boleh didapati dari tarikh 31/7/2024 hingga 6/8/2024 di Laman Web xxxx://xx.xxxxxx.xxx.xx dengan senaskah berharga
RM 10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja )
4. Sebut harga ini akan ditutup pada 6/8/2024 (SELASA). Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga di Tingkat 34, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang, sebelum JAM 12.00 Tengahari.
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG
Sebut Harga Untuk : SEBUT HARGA BAGI KERJA–KERJA PEMBAIKAN
DATARAN KONKRIT, LANTAI KOLAM DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
Sebut harga No : JPNPP/400-17/2024/19
Kami/saya dengan ini menawarkan perkhidmatan di bawah tertakluk kepada syarat- syarat/ spesifikasi kerja dan syarat-syarat kontrak yang telah ditetapkan dengan harga seperti berikut:
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
1.0 | KEHENDAK-KEHENDAK PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM. | |||
KEHENDAK KONTRAK. | ||||
1.1 | Menyediakan insuran berkaitan dengan kerja- kerja seperti berikut:- | Pukal | ||
a) Insuran Pampasan Pekerja ( Workmen Compensation dan/ atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerja ) | ||||
b) Insuran Liabiliti Awam dan/ atau Insurans Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebut harga) | ||||
1.2 | Menyediakan laporan bergambar bagi kerja- kerja sebelum, semasa dan selepas siap kerja sebanyak 2 salinan dan 1 soft copy berbentuk Pendrive. | Pukal | ||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
2.0 | LALUAN KE KOLAM | |||
2.1 | Kerja-kerja menyediakan dan meletakkan | Pukal | ||
lapisan papan plywood setebal 3mm sebagai | ||||
alas untuk laluan lori membawa bahan binaan | ||||
ke kawasan pembinaan.(Anggaran Jarak | ||||
Laluan 120 meter) | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
3.0 | KOLAM MANDI | |||
3.1 | Membekal tenaga kerja,bahan dan peralatan | Pukal | ||
untuk Kerja-kerja membersih, mengorek dan | ||||
mencuci semula kawasan dalam kolam secara | ||||
manual menggunakan pekerja dan membuang | ||||
kelodak dan rumput-rampai ke tempat | ||||
pemborong sendiri kerja-kerja pengorekan di | ||||
sepanjang kolam anggaran keluasan 28.0m | ||||
(Panjang) x 7.0m (Lebar) serta lain-lain kerja | ||||
berkaitan mengikut arahan Pegawai Penguasa. | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
3.2 | Membekal tenaga kerja dan peralatan bagi | Pukal | ||
kerja-kerja mengepam keluar air dari kolam dan | ||||
memastikan kawasan kerja kering dan tiada air | ||||
bertakung untuk memulakan pembinaan. | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
4.0 | LANTAI KOLAM | |||
4.1 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir, | Pukal | ||
peralatan atau jentera bagi kerja-kerja merata | ||||
dan memadat lapisan batu-baur hancur | ||||
(crusher run) pada lubang-lubang lantai kolam | ||||
yang telah rosak serta lain-lain kerja berkaitan | ||||
mengikut arahan Pegawai Penguasa. | ||||
Anggaran keluasan 28.0m (Panjang) x 7.0m | ||||
(Lebar) | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
4.2 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir | 196m² | ||
bagi kerja memasang satu lapisan besi keluli | ||||
BRC A10 serta lain-lain kerja berkaitan | ||||
mengikut arahan Pegawai Penguasa | ||||
4.3 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir | 196m² | ||
bagi kerja konkrit lantai kolam menggunakan | ||||
Konkrit Siap Bancuh (Ready Mixed | ||||
Concrete) Gred 20 setebal 150mm serta lain- | ||||
lain kerja berkaitan mengikut arahan Pegawai | ||||
Penguasa (Penggunaan Lori Simen 6 Tayar | ||||
Sahaja Di Benarkan) | ||||
5.0 | DATARAN 'PEBBLE WASH STONE' | |||
5.1 | Kerja-kerja membekal tenaga buruh mahir | 92m² | ||
serta jentera bagi kerja memecah struktur, | ||||
membuang keseluruhan binaan dari BAHAN | ||||
KONKRIT seperti LANTAI dan lain-lain bahan | ||||
buangan keluar dari kawasan pembinaan | ||||
dataran konkrit dan dilupuskan di tempat yang | ||||
bersesuaian serta kerja-kerja berkaitan | ||||
mengikut spesifikasi serta arahan Pegawai | ||||
Penguasa. | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
5.2 | Kerja-kerja menyediakan peralatan, jentera dan | Pukal | ||
pekerja mahir bagi kerja-kerja membekal dan | ||||
memadatkan lubang-lubang sedia ada | ||||
menggunakan batu 6” x 9” (Kesesuaian | ||||
Mengikut Keadaan Lubang) | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
5.3 | Kerja-kerja menimbus, memadat dan meratakan | Pukal | ||
tanah dengan menggunakan tanah merah dan | ||||
kerja-kerja berkaitan mengikut arahan Pegawai | ||||
Penguasa. | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
5.4 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir, | 92m² | ||
peralatan atau jentera bagi kerja-kerja merata | ||||
dan memadat lapisan 200mm tebal batu-baur | ||||
hancur (crusher run) dan dipadatkan serta lain- | ||||
lain kerja berkaitan mengikut arahan Pegawai | ||||
Penguasa | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
5.5 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir | 92m² | ||
bagi kerja memasang satu lapisan besi keluli | ||||
BRC A10 serta lain-lain kerja berkaitan mengikut | ||||
arahan Pegawai Penguasa | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
5.6 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir | 92m² | ||
bagi kerja konkrit lantai kolam menggunakan | ||||
Konkrit Siap Bancuh (Ready Mixed Concrete) | ||||
Gred 20 setebal 150mm serta lain-lain kerja | ||||
berkaitan mengikut arahan Pegawai Penguasa. | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
5.7 | Kerja-kerja menghampar, menuang dan | 92m² | ||
mencurah lapisan batu 'Pebble Wash Stone' | ||||
jenis berkualiti tinggi atau setaraf denganya | ||||
bersaiz 5mm-10mm bersimen setebal 25mm di | ||||
atas permukaan konkrit pada laluan dikemaskan | ||||
dengan satu lapisan 'sealant' dan lain-lain kerja | ||||
yang berkaitan mengikut spesifikasi serta arahan | ||||
Pegawai Penguasa. | ||||
Anggaran Keluasan : 11.5m x 8.0m | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
5.8 | Kerja-kerja memecah dinding konkrit sedia ada | 2 No | ||
bagi kerja membekal dan memasang paip | ||||
buangan jenis PVC bersaiz 10’’ serta kerja- | ||||
kerja berkaitan mengikut spesifikasi serta | ||||
arahan Pegawai Penguasa. | ||||
6.0 | TANDAS TAPAK PERKHEMAHAN | |||
6.1 | Kerja-kerja mengorek, membuang dan melevel | Pukal | ||
permukaan tanah bagi tujuan pembinaan tapak | ||||
tangki berukuran 3.3m panjang x 5.5m lebar. | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
6.2 | Kerja-kerja membekal bahan dan buruh mahir | 18.15m² | ||
atau peralatan bagi kerja-kerja merata dan | ||||
memadat lapisan”Crusher Run Base” tebal | ||||
tidak melebihi 200mm dan di padatkan serta | ||||
kerja-kerja berkaitan berukuran 3.3m | ||||
(Panjang) x 5.5m (Lebar). | ||||
6.3 | Kerja-kerja membina lantai setebal 150mm | 18.15m² | ||
dengan bancuhan konkrit nisbah 1:2:4 | ||||
diperkuat dengan lapisan BRC A10 berukuran | ||||
3.3 (Panjang) x 5.5m (Lebar). | ||||
6.4 | Kerja-kerja membekal dan memasang 2000 | 2 Set | ||
gelen tangki poly (round tank) lengkap tangga, | ||||
level indicator, 50mm float valve, 50mm gate | ||||
valve in/out, termasuk | ||||
pemasangan/penyambungan piping yang | ||||
berkenaan semua kerja hendaklah mematuhi | ||||
sepenuhnya arahan pengilang, spesifikasi dan | ||||
Pegawai Inden | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
6.5 | Kerja-kerja membekal dan memasang | 1 Set | ||
horizontal multistage in pump dengan 1.13 kw | ||||
1.5 hp 2800 permnt motorph/415w/50hzduty | ||||
with auto stop untuk tandas dan bilik air | ||||
termasuk pemasangan/penyambungan piping | ||||
yang berkenaan ( dengan pendawaian & | ||||
konduit PVC ) untuk menjalankan motor pump | ||||
yang diambil dari TANDAS yang berhampiran | ||||
mengikut arahan Pegawai Penguasa | ||||
sehinggalah berfungsi dengan sempurna | ||||
semua kerja hendaklah mematuhi sepenuhnya | ||||
arahan pengilang, spesifikasi dan Pegawai | ||||
Inden | ||||
6.6 | Kerja-kerja membina rumah pump berbumbung | 1 No | ||
menggunakan Expanded mesh metal | ||||
berukuran 3' (Panjang) x 2' (Lebar) x 2' | ||||
(Tinggi) untuk menempatkan sebuah sistem | ||||
motor pump serta lain-lain kerja berkaitan | ||||
denganya mengikut spesifikasi dan arahan | ||||
Pegawai Penguasa. | ||||
6.7 | Kerja-kerja membina tembok dinding konkrit | Pukal | ||
nisbah (1:2:4-9mm)(gred 20) berukuran 3’ | ||||
(tinggi) x 8” (lebar) menggunakan 1 lapisan | ||||
BRC bersaiz No A10 dan kerja-kerja kemasan | ||||
berkaitan sepanjang 15 meter mengikut | ||||
spesifikasi serta arahan Pegawai Penguasa. | ||||
6.8 | Kerja-kerja membekal mengorek, konkrit, | 15 Meter | ||
memasang longkang tanah bersaiz 9’’ dan | ||||
membina capping beam konkrit mengikut | ||||
spesifikasi serta arahan Pegawai Penguasa. | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
6.9 | Kerja-kerja membekal dan memasang 20mm | 6 No | ||
diameter injap bebola plastik lengkap dengan | ||||
penimbul Polytene. | ||||
6.10 | Kerja-kerja membekal dan memasang paip | 6 No | ||
jenis Abs pipe bersaiz 32mm dengan segala | ||||
kelengkapannya dan disambung kembali pada | ||||
paip sediada sehingga berfungsi seperti mana | ||||
arahan P.P atau wakilnya serta kerja-kerja | ||||
berkaitan. | ||||
7.0 | KAWASAN MELETAK KENDERAAN | |||
7.1 | Menyediakan dan menyapu cat garisan jalan | |||
jenis ‘ thermoplastic ‘ jalan seperti yang | ||||
ditentukan di atas permukaan jalan premix | ||||
(3mm tebal) | ||||
a) Tempat Letak Kereta Berkotak (100mm | 222.5 meter | |||
Lebar) (Kuning) berukuran 2.5m x 5.0m | ||||
b) Tempat Letak Motosikal (100mm Lebar) | 61 meter | |||
(Kuning) 1.5m x 0.7m | ||||
7.2 | Pihak konktraktor hendaklah merekabentuk, | 1 No | ||
membekal, menyediakan dan memasang | ||||
Papan Tanda jenis kepingan logam aluminium | ||||
composit AC Board yang dicetak menggunakan | ||||
kaedah ‘Direct/ Inject Print UV’ bersaiz 600mm | ||||
x 300mm berketebalan 4mm dengan | ||||
menggunakan 1 batang besi berdiameter | ||||
50mm setinggi 2.0m di tanam sedalam 0.3m | ||||
dan diperkuat dengan bancuhan konkrit. | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
8.0 | LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN | |||
8.1 | Kerja-kerja mengorek tanah dan membuat | Pukal | ||
kepungan menggunakan kaedah ikatan sisi | ||||
bata untuk tembok (2 lapisan) di atas | ||||
permukaan tanah sepanjang 76 meter. | ||||
(RUJUK DI TAPAK) | ||||
8.2 | Kerja-kerja membekal, merata dan memadat | Pukal | ||
lapisan batu aggregate ¾ di dalam kawasan | ||||
kepungan. | ||||
8.3 | Kerja-kerja membaiki kebocoran paip air | Pukal | ||
buangan menggunakan pvc paip kelabu | ||||
bersaiz 4” (1 Kawasan ) | ||||
8.4 | Kerja-kerja membuka dan membuang | Pukal | ||
Aluminium Gutter pada bangunan tandas | ||||
awam sepanjang 36.0 Meter. | ||||
8.5 | Kerja-kerja membekal bahan, peralatan dan | Pukal | ||
buruh bagi kerja-kerja membaikpulih pintu | ||||
pagar besi sedia ada dengan kaedah kimpalan | ||||
pada engsel pintu supaya dapat berfungsi | ||||
dengan baik (1 bahagian). | ||||
8.6 | Membekal memasang baru “Besi Penutup | 2 No | ||
Longkang” (M.S.Drain Cover) dari besi keluli | ||||
keras 18mm yang dikimpal di atas rangka besi | ||||
untuk longkang bersaiz 10’’ | ||||
Sepanjang 2.4 Meter x 2 unit. | ||||
JUMLAH KECIL |
Bil. | Spesifikasi Kerja | Kuantiti | Kadar Harga (RM) | Jumlah Harga (RM) |
9.0 9.1 | KERJA-KERJA PEMBERSIHAN Kerja-kerja membawa segala sisa buangan pembinaan keluar dari kawasan Taman Negeri ke tapak pelupusan yang diiktiraf oleh MBSP. Nota : i) Anggaran kuantiti di borang adalah untuk memudahkan pemborong menurunkan harga. Adalah tanggungjawab pemborong unuk menentukan kuantiti sebenar bagi skop kerja sebagaimana butiran berikut dan pelan kerja. Pemborong tidak dibenarkan menuntut sebarang tambahan harga jika terdapat kesilapan dalam anggaran Jabatan | Pukal | ||
JUMLAH KECIL |
JUMLAH KESELURUHAN : RM...................................................…...............................................
RINGGIT MALAYSIA :......................................................................................................................
………………………………………………………………………………………………………………... TEMPOH SIAP KERJA:....................MINGGU
........................................................ ……………………………………..
(Tandatangan kontraktor) (Tandatangan saksi)
Nama Penuh:................................................... Nama Penuh:………………………...
Alamat :………………………………………. Alamat:………………………………
………………………………………………… ………………………………………...
………………………………………………… ………………………………………...
………………………………………………… ………………………………………... No. Telefon :........................………………….
Atas Sifat :…………………………………………
……………………………………………….. Meteri atau Cop Syarikat
LAMPIRAN A1
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:-
a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
d) Senarai Pengalaman Kerja,
e) Jadual Kadar Harga (jika ada),
f) Butir-butir Spesifikasi (jika ada),
g) Surat Akuan Pembida,
h) Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk Penyata Akuan Bank yang disahkan oleh Pengurus Cawangan Bank berkenaan untuk 3 bulan terakhir, Deposit Tetap, baki nilai Kemudahan Kredit dan nilai Kemudahan Kredit yang layak/akan diperolehi oleh Penyebut Harga daripada Institusi Kewangan. *1
Bagi kerja melebihi RM200,000.00 sahaja.
i) Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
j) Kegagalan mengisi/menandatangani/melengkapkan Borang Sebut Harga akan mengakibatkan Sebut Harga ditolak.
k) Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang dinyatakan dalam Ringkasan Sebut Harga dan Borang Sebut Harga, maklumat di dalam Borang Sebut Harga diberi keutamaan.
l) Sekiranya Dokumen Sebut Harga disediakan dalam bentuk softcopy (berbentuk CD), Penyebutharga hendaklah mengemukakan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat antara softcopy dan hardcopy, dokumen dalam hardcopy hendaklah digunapakai.
m) Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
2.2 ‘Integrity Pact’
a) Penyebut Harga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran 6 dimana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.
b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib dalam penilaian Sebut Harga. Sekiranya Penyebut Harga gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut, Penyebut Harga akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian Sebut Harga.
c) Penyebut Harga yang Berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Lampiran A2 beserta dengan Borang Perjanjian Inden Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil Syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Kontrak.
2.3 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga JPNPP/400-17/2024/19 serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
b) Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, penyebut harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
2.4 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.
3. TEMPOH SIAP KERJA
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi …8… minggu. Mana-mana penyebut harga yang menawarkan tempoh siap kerja melebihi tempoh siap kerja maksimum yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM …….........10.00 (Ringgit
Malaysia: …………………Sepuluh sahaja).
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga sendiri.
6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Laporan mengenai penarikan balik Sebut Harga oleh Penyebut Harga akan dikemukakan kepada CIDB/BPKU untuk tindakan.
7. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.3 Tanpa prejudis kepada Tindakan-tindakan lain, Tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebut Harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.4 Mana-mana Penyebut Harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
LAMPIRAN A2
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya,bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. RINGKASAN SEBUT HARGA
2.1 Ringkasan SebutHarga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
2.2 Harga-hargadalam Ringkasan Sebut Hargahendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, levi, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
2.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh Kerja.
2.4 Harga-hargadalamRingkasan SebutHarga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasankemudiannya kepada harga- harga dalam Ringkasan Sebut Harga (jika perlu) hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
2.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 2.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan perkiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang
Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
2.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
3. BON PERLAKSANAAN/INSURANS
3.1 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada harga Sebut Harga dalam bentuk Jaminan Bank, Jaminan Syarikat Kewangan, Jaminan Bank Islam, Jaminan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Bank Berhad, Jaminan Insurans Atau Jaminan Takaful atau memilih wang jaminan pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 10% daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah 5% harga sebut Harga. (bagi nilai Sebut Harga melebihi RM50,000.00)
3.2 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
3.3 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insuransdan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).
4. BAYARAN PENDAHULUAN
Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25% atau RM100,000.00 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:
4.1 Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000.00 sehingga RM500,000.00.
4.2 Tempoh siap kerja tidak kurang dari 3 bulan.
4.3 Permohonan daripada Kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari Tarikh Inden Kerja dikeluarkan.
4.4 Polisi Insurans telah dikemukakan oleh Kontraktor.
4.5 Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor sama ada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dimohon.
4.6 Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkatan kerja yang telah disempurnakan dan selesaikan selewat-lewatnya semasa projek siap pada tahap 75%.
4.7 Liabiliti di bawah Jaminan Bayaran Pendahuluan akan tamat apabila Kerajaan mengutip semula jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, jika jumlah penuh pendahuluan yang telah dibayar tidak boleh capai sebelum tarikh siap kontrak atau apa-apa pelanjutan yang diberi atau sebelum tarikh penamatan dalam kes kontrak yang ditamatkan, maka baki pendahuluan yang perlu dibayar balik kepada Kerajaan hendaklah dituntut daripada Jaminan Bayaran Pendahuluan.
5. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan- pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
5.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 4 (Bayaran Pendahuluan) di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang- undang kecil yang diluluskan oleh Suruhanjaya/Pihak Berkuasa antara lainnya seperti berikut:
5.2.1. Suruhanjaya Tenaga
5.2.2 Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
5.2.3 Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
5.2.4 Jabatan Bomba dan Penyelamat
5.2.5 Pihak Berkuasa Tempatan
5.2.6 Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN)
6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
7. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor- kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja- kerja yang tidak menepati spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.
8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
9. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
9.1 Borang Perjanjian Inden Kerja, Surat Akuan Pembida Berjaya yang ditandatangani oleh Kontraktor dan Dokumen Sebut Harga hendaklah disifatkan menjadidan dibaca serta ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Kontrak ini.
9.2 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,
maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
9.3 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.
10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
10.1 Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
b) Kemajuan Kerja terlalu lembab di mana Kontraktor didapati gagal menjalankan kerja dengan tekun dan teratur tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
d) Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah.
e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bangkrap oleh pihak yang sah.
11. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
12. KERJA PERUBAHAN
12.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan- arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
12.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
13. PENGUKURAN KUANTITI SEMENTARA
Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara disiapkan di tapak, pengukuran semula kuantiti hendaklah dibuat secara bersama.
14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan sejajar dengan syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga. Tempoh Tanggungan Kecacatan bermula daripada tarikh siap kerja.
15. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN
15.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang- kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja- kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
15.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Xxxxxxx Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
15.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor (sekiranya pembaikan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Kerajaan) atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesoran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar Salinan-salinan surat tersebut kepada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, Pengarah
elektrik/mekanikal, Salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Mekanikal dan Elektrikal (BPME).
16. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya boleh dibuat setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Pegawai Inden hendaklah membuat potongan atau menahan sejumlah amaun dari wang yang akan dibayar kepada Kontraktor di dalam tempoh tanggungan kecacatan.
17. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
19. PENAMATAN BERSABIT RASUAH, AKTIVITI MENYALAHI UNDANG- UNDANG ATAU AKTIVITI HARAM
19.1 Tanpa menjejaskan apa-apa hak Kerajaan yang lain, jika Kontraktor, personel, kakitangan atau pekerjanya disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana rasuan atau aktiviti menyalahi undang-undang atau aktiviti haram yang berkait dengan Perjanjian/ Kontrak ini atau mana- mana perjanjian lain yang Kontraktor mungkin ada dengan kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian/ Kontrak ini pada bila- bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan segera yang membawa maksud sedemikian kepada kontraktor.
19.2 Setelah penamatan tersebut, Kerajaan berhak terhadap semua kerugian, kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan yang timbul daripada penamatan tersebut.
19.3 Bagi mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor bersetuju Kontraktor tidak layak terhadap sebarang bentuk kerugian termasuk kehilangan keuntungan, ganti rugi, tuntutan atau apa sekalipun setelah penamatan Kontrak ini.
LAMPIRAN A3
BORANG SEBUT HARGA KERJA
Sebut Harga Bil : JPNPP/400-17/2024/19
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 34, MENARA KOMTAR 10000 PULAU PINANG
Tuan,
Sebut harga untuk ........................................................................................................
......................................................................................................................................
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga Syarat-syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
.......................................................................................................................................
................................................................................................. (RM).............................
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa minggu dari
tarikh akhir tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxx.
Xxxxxxxxx pada .......haribulan..................
…………………………… …………………………… Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi
Nama Penuh:.................................... Nama Penuh:……………….….................
No. K/P:........................................... No. K/P:...................................................
Alamat:............................................ Alamat:....................................................
............................................ .....................................................
............................................ .....................................................
Atas sifat:........................................
.......................................................
Meterai atau Cop Kontraktor
LAMPIRAN A4
Sebut harga .............................................................................................................
...............................................................................................................................
RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)
Bil. | Huraian Kerja | Jumlah Harga Pukal (RM) |
Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga |
Catatan:
Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak
termasuk di dalam Ringkasan Sebut Harga ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Ringkasan Sebut Harga.
....................................................
Tandatangan Kontraktor Tarikh.........................................
BAHAGIAN B
Senaraikan tiga kerja-kerja yang TELAH disiapkan.
Nama Projek | Agensi yang mengawasi projek | Harga (RM) | Tempoh | Tarikh siap sebenar |
BAHAGIAN C
Senaraikan tiga kerja-kerja yang SEDANG disiapkan.
Nama Projek | Agensi yang mengawasi projek | Harga (RM) | Tempoh | % Kemajuan semasa |
LAMPIRAN 6
SURAT AKUAN PEMBIDA
SEBUT HARGA BAGI KERJA–KERJA PEMBAIKAN DATARAN KONKRIT, LANTAI KOLAM DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
JPNPP/400-17/2024/19
Saya, ...……………………………………. No. Kad Pengenalan yang
mewakili…………………………….….nombor Pendaftaran……..……………….....…dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undangundang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Saya sesungguhnya faham bahawa--
3.1 saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat boleh didakwa bagi kesalahan* di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing-masing atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i) dalam surat akuan ini; atau
3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam surat akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Yang benar,
Tandatangan :
Nama :
Xx.XX :
Tarikh :
Cap Syarikat :
Catatan :
(i) *termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
(ii) **seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv) Takrifan perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan perolehan Kerajaan.
Pihak Syarikat : Penama pada sijil pendaftaran untuk menandatangani Surat ini.
Pihak Kerajaan : Pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 2 Akta Kontrak Kerajaan 1949 untuk menandatangani kontrak.
LAMPIRAN 8
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DAN TIPUAN BIDA DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
Versi Bahasa Kebangsaan
“PENAMATAN DISEBABKAN OLEH RASUAH, TIPUAN BIDA, AKTIVITI HARAM ATAU AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU TIPUAN BIDA
a) Tanpa prasangka kepada apa-apa hak lain Kerajaan, sekiranya [Syarikat/Kontraktor],kakitangan, pengkhidmat atau pekerjanya disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti haram atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau didapati melakukan pelanggaran larangan tipuan bida di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] yang berkaitan dengan Perjanjian ini atau apa-apa perjanjian lain yang dimasuki oleh [Syarikat/Kontraktor] dengan Kerajaan, Kerajaan hendaklah berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis bertulis dengan serta merta kepada [Syarikat/Kontraktor] untuk menyatakan sedemikian kepada [Syarikat/Kontraktor].
b) Kerajaan berhak menuntut daripada [Syarikat/Kontraktor] apa-apa bentuk pampasan, kos, ganti rugi, kerosakan dan perbelanjaan termasuk apa-apa kos perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh Kerajaan akibat daripada penamatan itu.
c) Pihak-Pihak bersetuju bahawa [Syarikat/Kontraktor] tidak berhak kepada apa- apa bentuk kerugian termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos, perbelanjaan dan sebagainya akibat daripada penamatan itu”.
Versi Bahasa Inggeris
“TERMINATION ON CORRUPTION, UNLAWFUL ACTIVITIES OR ILLEGAL ACTIVITIES OR BID RIGGING
a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Contractor], its personnel, servants or employees is or are convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities or was found to be liable for an infringement of a prohibition from performing an act of bid rigging under the Competition Act 2010 [Act 712], in relation to this Agreement or any other agreement that the [Company/Contractor] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this Agreement at any time, , by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Contractor].
b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses including any incidental costs and expenses incurred by the Government arising from such termination.
c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Contractor] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this Agreement.
**Klausa penamatan di atas telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
LAMPIRAN B
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
/
Sila tandakan Bagi Dokumen-Dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Di tanda Oleh syarikat | Untuk di tanda Oleh Jawatankuasa Pembuka sebut Harga |
1 | Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan /Perkhidmatan) | ||
2 | Salinan Sijil Akuan Bumiputra Dari Kementerian Kewangan (Bekalan /Perkhidmatan) | ||
3 | Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian Kewangan (Bekalan /Perkhidmatan) | ||
4 | Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja) | ||
5 | Salinan Sijil Taraf Bumiputra Dari Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja) | ||
6 | Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB | ||
7 | Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani | ||
8 | Borang Maklumat Penyebut harga | ||
9 | Pematuhan Kepada spesifikasi | ||
10 | Borang Penyerahan Contoh dan Katalog (jika berkaitan) | ||
11 | Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan (jika perlu) |
12 | Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan) | ||
13 | Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir | ||
14 | Surat Akuan Pembida | ||
15 | Lain-lain Xxxxxxxxx Xxx |
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: | UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: |