AMARAN
PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:
• Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan
Akan diambil tindakan dengan;
• Surat tawaran ditarik balik, dan
• Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
ISI KANDUNGAN | MUKA SURAT |
1. PANDUAN PENDAFTARAN | 2 |
2. PERSIAPAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN | 4 |
3. YURAN PENGAJIAN & KAEDAH PEMBAYARAN | 5 |
4. HARI PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI | 6 |
5. ASRAMA & KEMUDAHAN LAIN | 9 |
6. SENARAI SEMAK | 11 |
7. SOALAN-SOALAN LAZIM | 12 |
Muka Surat 1| 15
PANDUAN PENDAFTARAN
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN
Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UMS
1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.
ii. Pengesahan dan xxxxxxxxx doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kursus pengajian di Universiti
iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk ke Universiti
iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohonan masuk ke Universiti.
2. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB:
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti, Peraturan Perpustakaan, Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti serta peraturan-peraturan lain Fakulti/Pusat yang berkenaan;
ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;
iii. Menghormati para Pegawai Universiti;
iv. Mematuhi Peraturan Asrama Universiti;
v. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, Universiti dan Negara;
vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
viii. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;
Muka Surat 2| 15
3. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Universiti.
4. Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-syarat tersebut di atas.
Muka Surat 3| 15
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;
1. Lengkapkan pendaftaran secara online (E-daftar) dan bawa Semasa lapor diri iaitu;
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan
• Surat Tawaran ( 2 Salinan Akademik )
• 4 Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah
• 4 Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa
• 4 Salinan Sijil SPM
• 4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
• 4 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
• Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
• UMS/HEP/01 Ikrar
• UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
• Surat Idemniti (LAMPIRAN DARIPADA RHB BANK BERHAD)
2. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan.
Sila gunakan borang pemeriksaan kesihatan seperti yang diedarkan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.
3. Penyediaan Gambar
Anda diminta menyediakan gambar berukuran pasport sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan.
4. Keperluan Peribadi
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
• Pakaian ke kuliah
• Pakaian sukan
• Kelengkapan solat/sejadah
• dll
Muka Surat 4| 15
YURAN PENGAJIAN & KAEDAH PEMBAYARAN
1. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
• Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
• Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:
i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi pemegang akaun Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB, Public Bank & Hong Leong Bank.
ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.
iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.
2. AKAUN BANK ISLAM
• Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Pelajar boleh membuka akaun tanpa deposit.
• Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian melalui kaedah:
i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)
ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet
• Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.
Xxxx Xxxxx 0| 15
HARI PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI
1. CALON DIKEHENDAKI UNTUK MENDAFTAR DI KAMPUS INDUK KOTA KINABALU PADA MASA DAN KETETAPAN SEPERTI BERIKUT :
TARIKH | PERKARA | TEMPAT |
1 Ogos 2022 | Lapor diri & Pendaftaran di Kolej Kediaman | Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS |
2-5 Ogos 2022 | Program Suai Mesra | Fakulti Kejuruteraan, UMS |
PENGGUGURAN TAWARAN Pihak Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran. |
2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA LAPOR DIRI Dokumen Asal
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:
i. Sijil SPM
ii. Sijil Berhenti Sekolah
iii. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
iv. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
v. UMS/HEP/01 Ikrar
vi. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan)
vii. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan
viii. UMS/HEP/04 Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxxxxxxx
ix. Aku janji
x. Buku akaun BANK ISLAM (pelajar) beserta salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM
xi. Surat Idemniti (LAMPIRAN DARIPADA RHB BANK BERHAD)
Nota:
• Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• Xxxxxxxxx kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
• Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara.
Xxxx Xxxxx 0| 15
Dokumen Salinan
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:
a. 4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
b. 4 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
c. 4 Salinan Sijil SPM
d. 4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
e. 4 Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa
f. Surat Tawaran ( 2 Salinan Online )
g. 4 Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar)
h. 4 Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini
i. 4 Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga
j. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai
Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja); Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga
Nota :
• Perkara C hingga I dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/ /Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat
2. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
b) Pelajar dilarang BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:
• Berselipar
• Berskirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
• Berbaju T tanpa kolar
• Berbaju tanpa lengan
• Berseluar terlalu ketat
• Berpakaian nipis
3. PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)
a) Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti Program Suai Mesra yang diadakan pada 2-5 Ogos 2022 bertempat di Fakulti Kejuruteraan. Sebarang urusan peribadi perlu dilakukan sebelum atau selepas MSM.
b) Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti Program Suai Mesra tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga ”TIDAK DIBENARKAN” untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.
4. KAD PELAJAR
a) Pelajar baharu DIWAJIBKAN untuk membuat kad pelajar di Bahagian Keselamatan UMS dan wajib memakai kad pelajar sepanjang berada dalam kampus.
Xxxx Xxxxx 0| 15
KERJASAMA ANDA DALAM MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN UMS ADALAH DIHARGAI
Xxxx Xxxxx 0| 15
ASRAMA & KEMUDAHAN LAIN
1. SEMUA PELAJAR DIPLOMA UMS ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR YANG TELAH DISEDIAKAN
2. ANTARA KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR UMS ADALAH :
a) PENGANGKUTAN BAS
UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Fakulti/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke fakulti, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas.
b) PUSAT KESIHATAN
Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
• Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.
• Pusat Kesihatan Warga yang terletak di dalam kampus.
c) PERPUSTAKAAN
Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 384,567 naskah monograf, 86 judul e-jurnal, 19 pangkalan data elektronik, 17,722 judul e-books dan 30,484 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;
Perkhidmatan
⮚ Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan bahan.
⮚ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD)
⮚ Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
⮚ Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
⮚ UMS Institutional Repository
⮚ Perkhidmatan Terbitan Bersiri
⮚ Soalan peperiksaan lepas
⮚ Perkhidmatan Xxxxxxx Xxxx (Perdana, Nobel Laureate, Aseana, American Corner dan Kanak-Kanak)
⮚ Perkhidmatan Pelanggan
⮚ Perkhidmatan Fotokopi
⮚ Kelas Literasi Maklumat
⮚ Bloomberg
Kemudahan
⮚ Auditorium
⮚ Bilik Tayangan
⮚ Bilik Latihan
⮚ Bilik Multimedia
⮚ Bilik Kolaborasi
⮚ Bilik Kubikal
⮚ Bilik 24 jam
Muka Surat 9| 15
⮚ Surau
⮚ Peti Cadangan dan E- Aduan
⮚ Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
⮚ Wireless
⮚ Komputer
⮚ Mesin Pinjaman Sualayan
⮚ Peti Pemulangan Buku
⮚ Xpress OPAC
⮚ Taklimat pelawat, dan
⮚ Induksi Perpustakaan
⮚ Cafe
⮚ Convenient Store
d) PERKHIDMATAN ICT
BIL | MAKLUMAT PERKHIDMATAN | MASA OPERASI | RUJUKAN/URL | ||||||||
1 | Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna Rangkaian tanpa Wayar(Wireless) | ISNIN – KHAMIS 8.00 Pg – 12.15 Tgh 2.00 Ptg – 4.15 Ptg JUMAAT 8.00 Pg – 11.15 Pg 2.30 Ptg – 4.15 Ptg SABTU & AHAD (TUTUP) | Borang boleh didapati di (Bangunan JTMK, Aras Bawah Kaunter Teknikal) | ||||||||
2 | Perkhidmatan Instalasi Perisian Berlesen (MS Office, SPSS,Visual Studio) | ||||||||||
3 | Perkhidmatan Video Conferencing | ||||||||||
4 | Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM) | ||||||||||
6 | Perkhidmatan E-Learning | 24 Jam (Dalam Talian) | |||||||||
7 | Sistem Maklumat Pelajar (SMP) | 24 Jam (Dalam Talian) |
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
• Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain
• Stadium
• Padang Kawad
• Pejabat Pos
• Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)
• Kafeteria
• Kedai Buku Anjung Siswa
Xxxx Xxxxx 00| 15
SENARAI SEMAK
1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di klinik kerajaan/swasta
2. Keperluan Peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, pakaian formal, pakaian sukan, sarung bantal, cadar, kasut , selipar tandas, kelengkapan solat/sejadah dan sebagainya.
Dokumen
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut:
1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )
2. salinan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa
3. Salinan Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa
4. Sijil SPM
5. Sijil Berhenti Sekolah
Nota:
a. Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
b. Xxxxxxxxx kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf
c. Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara
Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan Borang/Dokumen
1. Surat Tawaran (surat tawaran yang asli akan diberi pada hari pendaftaran)
2. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
• DUA Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
4. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
5. Salinan Sijil SPM
6. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
7. Salinan Berhenti Sekolah
8. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM
9. UMS/HEP/01 Ikrar
10. UMS/HEP/02 Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxxxxxxx
Xxxx Xxxxx 00| 15
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?
J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem maklumat pelajar (SMP).
S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran? Bagaimana pula dengan yuran buku teks dan manual?
J2: Bagi pelajar yang layak menerima bantuan kewangan, TIDAK PERLU membuat bayaran yuran pendaftaran. Bagi pelajar yang tidak layak menerima bantuan kewangan mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak Biasiswa IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar PERLU membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran. Bagi yuran buku dan lab manual, semua pelajar yang mendaftar samada layak mendapat biasiswa atau tidak adalah WAJIB membayar yuran buku tersebut.
S3: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J3: Tidak Boleh.
S4: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan?
J4: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan mendapat kebenaran daripada Universiti. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.
S5: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan dibenarkan?
J5: Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/ terbatal. Calon tidak dibenarkan melapor diri selain daripada tarikh tawaran yang ditetapkan, selain dari tarikh tersebut, perlu mendapat kelulusan daripada Universiti.
S6: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?
J6: Ada, di kampus mempunyai Panel Klinik Kesihatan yang diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih.
S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman?
J7: Semua pelajar Tahun 1 disediakan penginapan dan XXXXX tinggal di kolej kediaman kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Timbalan Xxxx Xxxxxxxx (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) untuk tinggal di luar kolej kediaman. Bagi pelajar lain adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Pengurusan Universiti.
S8: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? J8: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran.
S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?
J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman web xxxx://xxx.xxxxxxxxxxxx.xxx
S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? J12: Tidak boleh.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.
Xxxx Xxxxx 00| 15
Web Rasmi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN / KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI DI :
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Pendaftaran Universiti : 088-320000 (samb: 200403)
Xxxxx Xxxxxxxxx : 088-320000 (samb: 200500)
Kolej Kediaman: 000-000 000 samb. 205 500
Fakulti Kejuruteraan : 088-210300 / xxxxxxxxxx@xxx.xxx.xx
HOTLINE (24 Jam):
Kad Pelajar / Bahagian Keselamatan : 088 – 329053 / 000-0000000 (Whatsapp)
Print Clear Save As
FBDEP 001/2022_v1 (Updated on 17.03.2022)
RHB Bank Berhad 196501000373 (6171-M) |
RHB Islamic Bank Berhad 200501003283 (680329-V)
INDEMNITY FOR MINOR ACCOUNT AND/OR DEBIT CARD/-i
INDEMNITI UNTUK AKAUN MINOR DAN/ATAU KAD DEBIT/-i
Stamp Duty / Duti Setem
For the purpose of Minor Account of which the applicant is a minor and between the ages of 12 to below 18 years only.
In consideration of the Bank, at my request and my consent, opening of Minor Account and/or issuing of Debit Card/-i to
, I, being the lawful (Name of Applicant and Identification No.) (Name of Parent/Guardian)
Parent/Guardian of the applicant named above hereby agree that my personal information will be kept by the Bank and at all times
hereinafter save harmless and keep the Bank, its successor-in-title and assigns indemnified all actions, proceedings, claims, demands, penalties, cost and expenses whatsoever which may be brought or made against or incurred by the Bank by reason or on account of the use of the Minor Account and/or Debit Card/-i by the above named applicant, save and except where such actions, proceedings, claims, demands, penalties, cost or expenses are attributable to the Bank or its successor-in-title’s gross negligence, willful misconduct, willful default or fraud.
Dated this Day of Year 20
Untuk tujuan Akaun Minor dimana pemohon adalah Minor yang berumur antara 12 tahun dan 18 tahun sahaja.
Sebagai pertimbangan kepada pihak Bank, diatas permintaan dan persetujuan saya, untuk membuka Akaun Minor dan/atau memberi Kad Debit/-i kepada , saya,
(Nama Pemohon dan No. Pengenalan) (Nama Ibu/Bapa/Penjaga)
sebagai Ibu/Bapa/Penjaga yang sah kepada pemohon yang bernama diatas dengan ini bersetuju bahawa maklumat peribadi saya akan disimpan oleh pihak Bank dan pada setiap masa akan menanggung rugi pihak Bank, pengganti hakmilik dan penerima serahan haknya dan menyerahkan hak ganti rugi ke atas tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, denda, kos dan perbelanjaan dan apa sahaja yang ditanggung oleh pihak Bank, yang timbul daripada penggunaan Akaun Minor dan/atau Kad Debit/-i oleh pemohon yang dinamakan diatas, kecuali dan melainkan tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, denda, kos dan perbelanjaan tersebut adalah berpunca daripada kecuaian melampau, salah laku sengaja, kelalaian sengaja atau penipuan oleh pihak Bank atau pengganti hakmiliknya.
Bertarikh Hari Tahun 20
Signature of Parent/Guardian / Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga Name / Nama
Identification No. / No. Pengenalan
Signature of Verifier/Witness / Tandatangan Pengesah/Saksi
Name / Nama
Identification No. / No. Pengenalan
PAGE 1 of 1