Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL. 3/2023 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI TANJONG CITY MARINA (TCM), GUDANG 5,7 DAN 8 | 220801 | 8 Mei 2023 / Laman Web SPPP | 18 Mei 2023 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Lawatan Tapak adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Lawatan Tapak akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 11 Mei 2023 (Khamis) Masa : 10.00 pagi Tempat : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A, Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx Pegawai yang dihubungi : Encik Xxx Xxxxxxx xxx Xxx Xxxxx (012-4035155) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SPESIFIKASI BAGI SEBUT HARGA BIL. 3/2023 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI TANJONG CITY MARINA (TCM), GUDANG 5,7 DAN 8. |
5. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 18 Mei 2023 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak. 6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. 7. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah. |
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 8 Mei 2023 |
Borang A
Bil. | Perihal barang-barang/perkhidmatan | Kuantiti | Harga Sebulan (RM) | Harga 12 Bulan (RM) |
SEBUT HARGA BIL. 3/2023 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI TANJONG CITY MARINA (TCM), GUDANG 5, 7 DAN 8 SILA LIHAT DI LAMPIRAN A | 4 ORANG PEKERJA |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Ringgit Malaysia (tanpa 6% cukai SST) :
...................................................................................................................................................
Ringgit Malaysia (termasuk 6% cukai SST sekiranya berkaitan) :
...................................................................................................................................................
i. *No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Tarikh boleh mula perkhidmatan selepas dilantik oleh SPPP (sila nyatakan)
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan : Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Bekalan/ Perkhidmatan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN TAPAK
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak, takat dan jenis perkhidmatan, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan perkhidmatan, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama SPPP dan Kontraktor perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan perkhidmatan ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan perkhidmatan. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Perkhidmatan sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
3. PERATURAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN PERKHIDMATAN
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula perkhidmatan yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK PERKHIDMATAN
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Perkhidmatan kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL PERKHIDMATAN OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
6.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil perkhidmatan dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi.
6.2 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara perkhidmatan yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Perkhidmatan.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan
maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN PERKHIDMATAN DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Perkhidmatan terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Perkhidmatan, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. PERUBAHAN PERKHIDMATAN
10.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan perkhidmatan dengan secara bertulis. Tiada apa- apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
10.2 Semua perubahan dan/ atau tambahan perkhidmatan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Kontraktor hendaklah digunakan.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan perkhidmatan dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
12. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan perkhidmatan. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
13. PENALTI LEWAT BEKAL PERKHIDMATAN
Kontraktor hendaklah menjadualkan perkhidmatan setiap bulan dan menyerahkan jadual berkenaan kepada SPPP.
Penalti lewat bekal perkhidmatan bagi sehari adalah seperti berikut: Penalti = 18%/ 365 x Jumlah Nilai Kontrak x Bilangan Hari Yang Lewat
--------------------------
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 3/2023 BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI TANJONG CITY MARINA (TCM), GUDANG 5,7 DAN 8
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini didapati terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses sebutharga atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana- mana orang dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana orang lain sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi sebut harga di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana oang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25(2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh dedenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
4. Saya sesungguhnya faham bahawa kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini mematuhi perkara 2 dalam surat akuan ini boleh menyebabkan saya atau mana-mana orang mewakili syarikat ini didakwa bagi kesalahan* di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing-masing.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan syarikat** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperolehi atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
Cop Syarikat :
(i) * termasuk kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif “kesalahan ditetapkan”) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.
(ii) ** Seseorang yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A(6) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
Borang C
SENARAI SEMAK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tarikh mula perkhidmatan) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Senarai Butiran Maklumat Pengawal Keselamatan seperti di Lampiran 2 | ||
6. | *Senarai Kerja Dalam Tangan seperti di Lampiran 3 | ||
7. | *Senarai Pengalaman Kerja Yang Berkaitan seperti di Lampiran 4 | ||
8. | *Senarai Peralatan Dan Kelengkapan Keselamatan seperti di Lampiran 5 | ||
9. | *Surat Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (seperti dinyatakan dalam Lampiran A, Para 9.1.1) | ||
10. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Januari, Februari dan Mac 2023) | ||
11. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat- syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
LAMPIRAN A
1. SKOP DAN PERATURAN KERJA
Kawalan keselamatan di Tanjong City Marina, Gudang 5, 7 dan 8 adalah merangkumi kawasan-kawasan berikut: -
i) Tanjong City Marina, Pangkalan Weld, 00000 Xxxxxxxxxx, Xxxxx Xxxxxx.
ii) Gudang 5, 7 dan 8 yang terletak di Lot 22, Lot 36, sebahagian Lot 53 Seksyen 24 & Lot 603 Seksyen 23, 00000 Xxxxxxxxxx, Xxxxx Xxxxxx.
1.1 Syarikat adalah diminta untuk melawat tapak kerja dan mengetahui beban pekerjaan, jenis peralatan yang akan digunakan dan lain-lain lagi bagi kesempurnaan kerja kerana tuntutan perbelanjaan tambahan di atas kecuaian pihak Syarikat tidak akan dipertimbangkan.
1.2 Pada asasnya kerja-kerja adalah untuk menjaga keselamatan, melaksanakan rondaan, pemeriksaan, merekod maklumat dan melaporkan kejadian.
1.3 Semua kerja yang dijalankan hendaklah memberi kepuasan kepada Pegawai Pengawal atau wakilnya. Potongan harga akan dibuat berdasarkan ringkasan harga tawaran sekiranya prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pegawai Pengawal atau wakilnya. Sebarang perubahan skop kerja tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis dari Pegawai Pengawal atau wakilnya.
1.4 Syarikat hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari Pegawai Pengawal atau wakilnya semasa melakukan kerja.
1.5 Syarikat hendaklah pada setiap masa mematuhi semua keperluan seperti yang boleh dikenakan ke atas Syarikat oleh Pegawai Pengawal. Segala perintah, kaedah, peraturan, keperluan dan notis di bawah ini serta peraturan-peraturan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Syarikat akan menanggung apa-apa kerugian bagi perlanggaran yang berbangkit daripadanya.
2. PENENTUAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN
2.1 Pengawal Keselamatan yang bertugas WAJIB memenuhi syarat-syarat berikut iaitu:-
2.1.1 Warganegara Malaysia sahaja;
2.1.2 Lelaki berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 55 tahun;
2.1.3 Sihat tubuh badan dan mental.
2.1.4 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu;
2.1.5 Berdisiplin, berpengetahuan dan terlatih dalam aspek “security dan safety”;
2.1.6 Dibekalkan pakaian seragam pengawal keselamatan yang lengkap dan kemas (mempunyai lencana dan lambang agensi persendirian) sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 1/2009;
2.1.7 Tubuh badan mestilah berukuran 1.57 meter (5’ 2”) tinggi minimum manakala berat badan minimum 50 kg (110 paun);
2.1.8 Tidak mempunyai rekod jenayah dan kesalahan narkotik.
2.1.9 Menjalani dan LULUS tapisan keselamatan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh mula perjanjian.
2.1.10 Menjalani induksi dalaman selepas diambil bekerja seperti mana arahan yang dikeluarkan dalam pekeliling Agensi Persendiran Bilangan 4, Tahun 2010;
2.2 Kaedah perlaksanaan kawalan keselamatan adalah berdasarkan arahan yang akan ditetapkan / dikeluarkan oleh SPPP.
2.3 Seorang Pegawai Penyelia WAJIB disediakan bagi tujuan membuat penyeliaan ke atas perlaksanaan kawalan keselamatan oleh Pengawal Keselamatan bagi setiap syif. Tugas-tugas penyeliaan ini akan ditetapkan / dikeluarkan oleh SPPP.
3. WAKTU BERTUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN
3.1 Perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan adalah dua puluh empat
(24) jam sehari dan tujuh (7) hari seminggu.
3.2 Perkhidmatan kawalan keselamatan dilaksanakan adalah dalam dua (2) Syif dan bilangan Pengawal Keselamatan adalah empat (4) seperti berikut :
Syif Pertama (0700 – 1900 hrs) - 2 orang Pengawal Keselamatan Syif Kedua (1900 – 0700 hrs) - 2 orang Pengawal Keselamatan
3.3 Tanggungjawab Pengawal Keselamatan adalah seperti di Lampiran 1.
3.4 Syarikat dikehendaki menyenaraikan butiran maklumat 4 orang pengawal keselamatan yang akan ditempatkan di Kawasan TCM, Gudang 5,7 & 8 seperti di Lampiran 2
4. SENARAI KERJA DALAM TANGAN & SENARAI PENGALAMAN KERJA
Syarikat dikehendaki menyenaraikan senarai kerja dalam tangan seperti di Lampiran 3
dan senarai pengalaman kerja seperti di Lampiran 4.
5. TEMPOH SAHLAKU
Kontrak ini hanya sahlaku untuk tempoh 12 bulan.
6. MAKLUMAT LATAR BELAKANG, KEWANGAN DAN PRESTASI SYARIKAT
6.1 Syarikat hendaklah mengambil maklum bahawa sebutharga ini akan mengambil kira tentang keupayaan Syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan disamping kemunasabahan harga. Justeru itu keupayaan kontrakor akan dinilai semasa penilaian sebutharga. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, tenaga kerja dan prestasi kerja Syarikat serta kelengkapan peralatan.
6.2 Untuk membolehkan penilaian dibuat, Syarikat dikehendaki mengemukakan Salinan Sijil Asal Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan dalam Kod Bidang 220801- Kawalan Keselamatan (Lesen daripada Kementerian Dalam Negeri Seksyen 2 (b)) dan Penyata bulanan akaun bank bagi tiga (3) bulan terakhir. Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat keatas Syarikat. Sekiranya Syarikat tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan, dokumen sebutharganya akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
6.3 Syarikat hendaklah menyenaraikan pengalaman kerja lepas.
6.4 Semua borang-borang maklumat hendaklah diisi dengan maklumat yang benar dan data-data yang tepat.
6.5 Semua maklumat dan dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan oleh syarikat bersama-sama dokumen sebutharga sebelum tarikh tutup sebutharga dan Syarikat tidak dibenarkan mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen yang diterima selepas sebutharga ditutup, tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan Syarikat.
6.6 Sekiranya Syarikat didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (with hold) atau memberikan mana-mana makumat yang tidak benar terhadap keupayaannya, dokumen sebutharga akan ditolak dan pelaporan kepada Kementerian Kewangan dan Pusat Khidmat Syarikat akan dilaksanakan terhadapnya.
7. PEMATUHAN KEPADA ARAHAN KESELAMATAN DAN PERATURAN
Syarikat hendaklah mematuhi segala syarat-syarat berkaitan dengan keselamatan di tapak kerja semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan. Sebarang kecuaian keselamatan dan kemalangan ketika melaksanakan tugas adalah dibawah tanggungan Syarikat sendiri.
8. PENAMATAN KONTRAK
Pegawai Pengawal atau wakilnya berhak pada bila-bila masa menamatkan kontrak ini dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada Syarikat. Syarikat juga boleh berbuat demikian dengan cara bertulis tiga (3) bulan notis sebelum ingin menamatkan kontrak.
9. SYARAT-SYARAT AM KAWALAN KESELAMATAN TANJONG CITY MARINA (TCM). GUDANG 5,7 DAN 8.
9.1 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
Tanggungjawab Kontraktor yang dilantik adalah seperti berikut:-
9.1.1 Mengemukakan surat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan urusan Agensi Persendirian Di bawah Seksyen 3, Akta Agensi Persendirian 1971 bagi menguruskan agensi persendirian di bawah Seksyen 2(a), akta yang sama;
9.1.2 Mengemukakan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam Bidang Perkhidmatan di bawah kepala 220801 – Kawalan Keselamatan (Lesen daripada Kementerian Dalam Negeri Seksyen 2(b)).
9.1.3 Memastikan setiap pengawal yang diambil bertugas direkodkan biodata bersama gambar terkini dan diserahkan satu salinan kepada pihak SPPP. Senarai tersebut termasuk nama, umur, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan;
9.1.4 Menentukan bahawa setiap Pengawal Keselamatan diberi perlindungan insuran / keselamatan dari apa-apa bahaya dan kemalangan semasa menjalankan tugas dan juga membekalkan peralatan-peralatan untuk menjaga keselamatan diri semasa bertugas;
9.1.5 Senarai nama Pengawal Keselamatan yang bertugas dan sebarang pertukaran Pengawal Keselamatan daripada senarai simpanan hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak SPPP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
9.1.6 Menggantikan aset SPPP yang hilang atau rosak atas sebab kecuaian, kelalaian atau salah laku Pengawal Keselamatan. Penggantian atau pembaikan yang dibuat hendaklah daripada aset yang sama nilai dan dipersetujui oleh SPPP;
9.1.7 Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan / kecurian atau apa- apa kejadian yang tidak diingini, Pengawal Keselamatan hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak SPPP serta Kontraktor menyediakan laporan bertulis kejadian untuk perhatian Pengurus Besar SPPP. Bagi kes-kes pencerobohan dan kecurian, Pengawal Keselamatan / Kontraktor perlu berkerjasama dengan pihak SPPP bagi membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia;
9.1.8 Syarikat kawalan hendaklah memberitahu Pengurus Besar SPPP dengan serta-merta apabila syarikat diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, Jabatan Perdana Menteri. Syarikat Kawalan Keselamatan bertanggungjawab memberhentikan perniagaan mereka dengan memberitahu pihak SPPP sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari notis dari tarikh syarikat diisytiharkan muflis;
9.1.9 Mematuhi Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4 Tahun 2010 berkenaan Syarat/Peraturan Pengendalian Serta Pengurusan Agensi Persendirian di bawah Akta Ejensi Persendirian 1971;
9.1.10 Mematuhi semua undang-undang pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 dan lain- lain akta berkaitan;
9.1.11 Syarikat Kawalan Keselamatan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Xxxxxx Xxxxx 1972;
9.1.12 Memastikan setiap anggota Pengawal Keselamatan telah menjalani Latihan Asas Pengawal Keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) bulan selepas lulus tapisan keselamatan. Satu salinan sijil latihan asas Pengawal Keselamatan hendaklah diserah kepada pihak SPPP;
9.1.13 Memastikan pegawai keselamatan yang bertugas telah menghadiri dengan xxxxxxx Xxxxxx Certified Security Guards (CSG) selaras dengan surat edaran dari Kementerian Dalam Negeri melalui rujukan KDN(S): 03/642/13 jld 3(22)– Arahan Mewajibkan Program Latihan Certified Security Guards (CSG) Kepada Pengawal Keselamatan Untuk Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Kementerian Dan Agensi Kerajaan.
9.1.14 Menyediakan peralatan dan kelengkapan keselamatan seperti di
Lampiran 5.
10. DOKUMEN SEBUT HARGA
i) Dokumen sebutharga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian didalam dokumen sebut harga ini melainkan mendapat kelulusan daripada pegawai pengawal.
ii) Harga-harga dalam sebut harga hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurna.
iii) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan atau perubahan harga akibat daripada perubahan kos dalam pasaran semasa.
11. TAWARAN DAN PENOLAKAN SEBUTHARGA
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tiada terikat untuk menerima mana-mana tawaran walaupun yang terendah sekali dan tiada sebab akan di beri diatas penolakan mana- mana sebutharga tersebut.
12. PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA
Syarikat diwajibkan untuk memeriksa dan meneliti keadaan tempat kerja, persekitarannya, bentuk dan jenis keadaan, jenis kerja, bahan dan peralatan yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara laluan masuk/keluar ke tempat kerja dan hendaklah mendapat sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, hal luar jangka dan segala hal keadaan yang boleh mempengaruhi dan menjejaskan sebutharga. Sebarang tuntutan yang timbul akibat dari kegagalan Syarikat mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
13. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KERAJAAN
Syarikat adalah dikehendaki mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang kerajaan Malaysia yang berkaitan dan berkuatkuasa semasa perlaksanaan kerja/perkhidmatan. Kegagalan didalam mematuhi segala akta, peraturan dan undang- undang tersebut sehingga dikenakan tindakan undang-undang, denda atau seumpamanya adalah dibawah tanggungjawab Syarikat sendiri.
14. KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran hanya akan dibayar setiap bulan setelah perkhidmatan kawalan keselamatan dilaksanakan dengan baik dan tertakluk kepada tuntutan Syarikat yang telah diperakukan oleh pegawai pengawal atau wakilnya.
15. LAIN-LAIN ARAHAN KEPADA SYARIKAT
i) Syarikat dikehendaki menyediakan dua (2) orang Pengawal Keselamatan pada setiap syif bekerja pada setiap masa. Syarikat wajib menyediakan Pengawal Keselamatan ganti jika Pengawal Keselamatan sedia ada tidak hadir.
ii) Syarikat dikehendaki memulakan perkhidmatan selepas menandatangani Surat Setuju Terima.
Lampiran 1
TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN
BIL | TANGGUNGJAWAB | LOKASI | |||
Tanjong City Marina (TCM) | Gudang 5 | Gudang 7 | Gudang 8 | ||
1 | Melaksanakan clocking di 8 lokasi setiap 1 jam. | / | / | / | / |
2 | Melaksanakan pemeriksaan dokumentasi keatas pihak ke-3 yang hendak memasuki kawasan | / | / | / | / |
3 | Melaporkan keadaan keselamatan kepada SPPP pada setiap giliran bertugas. | / | / | / | / |
4 | Melaporkan kejadian jenayah dan pencerobohan yang berlaku kepada SPPP | / | / | / | / |
5 | Merekod situasi keselamatan/ kejadian yang berlaku. | / | / | / | / |
6 | Merekod butiran keluar/ masuk dan urusan pihak ke -3 yang hendak memasuki Kawasan. | / | / | / | / |
7 | Melaporkan pada kadar segera sebarang kejadian kebakaran / insiden kepada pihak berkuasa berkaitan. | / | / | / | / |
( / ) = Dilaksanakan
Lampiran 2
SENARAI BUTIRAN MAKLUMAT PENGAWAL KESELAMATAN YANG AKAN DITEMPATKAN DI KAWASAN TANJONG CITY MARINA (TCM), GUDANG 5, 7 & 8.
Gambar Terkini
BUTIRAN DIRI | |
1) NAMA PENUH (MENGIKUT KAD PENGENALAN) | ………………………………………………………………………………… |
2) NOMBOR KAD PENGENALAN | ………………………………………………………………………………… |
3) UMUR | ………………………………………………………………………………… |
4) ALAMAT TEMPAT TINGGAL | ………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………… |
5) NOMBOR TELEFON / TELEFON BIMBIT | ………………………………………………………………………………… |
Nota : Gunakan helaian berasingan bagi setiap Pengawal Keselamatan.
Lampiran 3
SENARAI KERJA DALAM TANGAN
BIL | NAMA KONTRAK | HARGA | TEMPOH |
*Contoh | Pembekalan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada Agensi A. | RM 130,000.00 | 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 |
1 | |||
2 | |||
3 | |||
4 | |||
5 |
Lampiran 4
SENARAI PENGALAMAN KERJA
BIL | NAMA KONTRAK | HARGA | TEMPOH |
*Contoh | Pembekalan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada Agensi B. | RM 130,000.00 | 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022 |
1 | |||
2 | |||
3 | |||
4 | |||
5 |
Lampiran 5
PERALATAN DAN KELENGKAPAN KESELAMATAN
Spesifikasi | Bilangan / Unit Berdasarkan Bilangan Pengawal Keselamatan Mengikut Syif | Pematuhan (√) | ||
Ya | Tidak | |||
a. | Pakaian Seragam Lengkap dan Tanda Nama serta Kad Pengenalan seperti yang ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri | Seorang Pengawal Keselamatan dibekalkan minimum 2 pasang pakaian / kelengkapan. | ||
b. | Sistem Log Kehadiran | 1 | ||
c. | Alat perhubungan (Telefon Bimbit & Walkie Talkie) | Telefon Bimbit (berdasarkan bilangan pengawal keselamatan bertugas Walkie Talkie ( berdasarkan bilangan pengawal keselamatan bertugas) | ||
d. | Kit Pertolongan Cemas | 1 | ||
e. | Sistem “watchman clock” atau “guard tour” | Minimum 8 unit watchman clock | ||
f. | Meja pos kawalan | 1 | ||
g. | Cota | Berdasarkan bilangan pengawal keselamatan bertugas. | ||
h. | Wisel | Berdasarkan bilangan pengawal keselamatan bertugas. | ||
i. | Lampu suluh | 2 (Syif malam sahaja) | ||
j. | Baju hujan | Berdasarkan bilangan pengawal keselamatan bertugas. | ||
k. | Kabinet simpanan barangan peribadi | 1 | ||
l. | Kon bagi tujuan keselamatan lalulintas | Minimum 8 unit kon | ||
m. | Buku Laporan Harian | 1 | ||
o. | Buku Rekod Kontraktor/ Pembekal | 1 | ||
p. | Peralatan pembersihan pos kawalan(Penyapu / Penyodok sampah) | 1 - |
LAMPIRAN B
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
-