Terma dan Syarat Tawaran Deposit OCBC Al-Amin Kota Kemuning (“Promosi”)
OCBCAl-AminKotaKemuningDeposit Deal/2September2015/Eng/v1
Terma dan Syarat Tawaran Deposit OCBC Al-Amin Kota Kemuning (“Promosi”)
1. Promosi
1.1. OCBC Al-Amin Bank Berhad (818444-T) (“OCBC Al-Amin”) memperkenalkan promosi Tawaran Deposit OCBC Al-Amin Kota Kemuning (“Promosi”) tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung di sini.
1.2. Promosi berlangsung mulai 8 Oktober hingga 31 Disember 2015 (termasuk kedua-dua tarikh, “Tempoh Promosi”), atau sebarang tarikh lain yang mungkin ditentukan mengikut budi bicaranya, dan dimaklumkan kepada Pelanggan yang Layak oleh OCBC Al-Amin untuk produk yang relevan yang ditawarkan dalam Promosi ini.
1.3. Promosi ini hanya terdapat di OCBC Al-Amin cawangan Kota Kemuning di Malaysia.
2. Kelayakan
2.1. Promosi ini hanya dibuka untuk individu warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan bukan penduduk. Bukan penduduk yang negara asal mereka tidak diterima oleh OCBC Xx-Xxxx tidak layak untuk menyertai Promosi ini.
2.2. Pelanggan hendaklah dan sentiasa dalam kedudukan yang baik mengikut budi bicara OCBC Al-Amin untuk layak menyertai atau terus
menyertai Promosi ini. Pelanggan yang memiliki akaun dengan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (295400-W) (“OCBC”) dan/atau OCBC Al-Amin yang telah digantung atau ditamatkan atau yang telah melanggar mana-mana perjanjian lain dengan OCBC dan/atau OCBC Al-Amin pada bila-bila masa semasa Tempoh Promosi tidak layak untuk menyertai, atau untuk terus menyertai Promosi ini.
2.3. Pelanggan yang layak menyertai Promosi ini akan dirujuk sebagai “Pelanggan yang Layak”.
3. Tatacara dan Syarat Promosi
3.1. Tawaran Deposit (Akaun Pelaburan Am Komoditi Murabahah-i (“FD-i“) Dijamin oleh PIDM)
3.1.1. Pelanggan yang Layak (ditakrifkan di bawah) adalah layak untuk menikmati kadar keuntungan promosi berikut untuk tempoh FD-i berikut seperti yang ditunjukkan oleh Jadual (1):
Jadual (1)
Tempoh FD-i | Kadar Promosi | Kadar Lazim Semasa* | Amaun Minimum (RM) per akaun | Amaun Maksimum (RM) per akaun | Keadaan Khas |
3-bulan | 3.90% setahun | 3.00% setahun | RM10,000 | RM10juta | Dana baharu diperlukan seperti diterangkan pada klausa 4.2 di bawah |
6-bulan | 4.00% setahun | 3.05% setahun | |||
13-bulan | 4.20% setahun | 3.30% setahun |
* Bagi tujuan ilustrasi, kadar lazim semasa dan kadar yang diumumkan pada 1 September 2015 digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara kadar lazim semasa dan kadar promosi. Untuk mengetahui kadar lazim semasa terkini, sila layari xxx.xxxx.xxx.xx.
3.1.2. Tawaran hanya dibuka untuk “Pelanggan yang Layak” seperti yang ditakrifkan dalam klausa 3.1.3 di bawah.
3.1.3. Pelanggan yang Layak bermaksud dan merujuk kepada Pelanggan OCBC Al-Amin yang Layak yang memohon dan diterima menjadi pelanggan OCBC Al-Amin Kota Kemuning dalam Tempoh Promosi.
4. Terma dan syarat lain
4.1. Semua Akaun dan Perkhidmatan sedia ada – Terma dan Syarat utama serta terma dan syarat yang mentadbir produk/
pakej/ program yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini akan terus terpakai. Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma dan Syarat ini akan mengatasi hanya setakat mana yang relevan dan terpakai untuk Promosi.
4.2. Syarat untuk promosi di atas:
4.2.1. Dana yang digunakan untuk peletakan FD-i bagi tujuan promosi hendaklah "dana baru", yang ditakrifkan sebagai dana daripada bank pihak ketiga (yang bermaksud mana-mana bank berlesen di Malaysia, selain daripada OCBC dan OCBC Al-Amin), yang disimpan atau dipindahkan ke dalam akaun OCBC Al-Amin Pelanggan yang Layak tidak lebih daripada 7 hari dari tarikh penyertaan Promosi ini.
4.2.2. Jika mana-mana amaun dikeluarkan secara sebelum matang daripada Akaun FD-i (mengikut keadaan) sebelum berakhirnya tempoh promosi FD-i, rebat oleh Pelanggan adalah seperti berikut:
Sebelum berakhirnya 3 bulan pertama peletakan FD-i | Tiada keuntungan dibayar untuk FD-i dan Pelanggan akan memberi rebat untuk semua keuntungan. |
Selepasnya: | 50% kadar promosi kontrak dibayar bagi setiap bulan yang lengkap untuk FD-i dan Pelanggan hendaklah memberi rebat atas 50% keuntungan kontrak. |
4.2.3. Pembayaran keuntungan hanya akan dibuat pada tempoh matang promosi FD-i.
4.2.4. Apabila tempoh FD-i promosi menjadi matang, kadar keuntungan promosi tidak lagi terpakai dan FD-i akan secara automatik diperbaharui pada tempoh yang serupa pada kadar lazim semasa apabila tiada arahan lain diterima daripada Pelanggan yang Layak.
4.3. Promosi ini tidak sah dengan mana-mana promosi lain seperti yang dinyatakan oleh OCBC Xx-Xxxx dari semasa ke semasa.
4.4. Pemilihan produk bagi Promosi ini adalah mengikut budi bicara OCBC Al-Amin.
4.5. OCBC Al-Amin berhak menggantikan, pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara mereka , mana-mana produk yang ditawarkan untuk Promosi ini dengan notis awal.
4.6. OCBC Al-Amin boleh, mengikut budi bicara mereka, mengubah atau menambah Terma dan Syarat ini; atau mengubah, menggantung atau menamatkan Promosi dengan memberi notis kepada Pelanggan. Perubahan atau penambahan kepada Terma dan Syarat , atau perubahan, penggantungan atau penamatan Promosi boleh dibuat dengan meletakkan notis am di dalam mana-mana satu penerbitan akhbar harian nasional atau dengan meletakkan notis am di mana-mana cawangan OCBC Al-Amin atau laman web masing-masing atau dengan menggabungkan notis ke dalam penyata OCBC Al-Amin yang dihantar kepada pelanggan dari masa ke masa dan notis akan berkuat kuasa daripada tarikh yang dinyatakan di dalam notis, dan jika tiada tarikh dinyatakan, akan berkuat kuasa mulai tarikh notis dihantar.
Halaman 1 drpd 1