IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI KONTRAK PESURUHJAYA (CONTRACT OF COMMISSIONER) DI PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI,
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL
1. Penolong Akauntan – 1 kekosongan Syarat-syarat kelayakan:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-
i. Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Mahir menggunakan Microsoft Office dan Microsoft Excel; dan
iv. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
DESKRIPSI TUGAS:-
i. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
KEMUDAHAN:
Gaji Minimum : RM1,510.92 Gaji Maksimum : RM5,678.00
Caruman : KWSP dan PERKESO
1. Pembantu Operasi – 1 kekosongan Syarat-syarat kelayakan:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-
i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
DESKRIPSI TUGAS:-
i. Menjalankan kerja-kerja memasukkan sijil di dalam sampul pos; dan
ii. Menjalankan kerja penghantaran surat.
KEMUDAHAN:
Gaji Minimum : RM1,216.00 Gaji Maksimum : RM2,983.00
Caruman : KWSP dan PERKESO
CARA MEMOHON:
a) Xxxxx yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Jawatan;
ii. Curriculum Vitae / Resume;
iii. Salinan sijil PMR/SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan
iv. Sijil Vaksinasi
b) Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 Oktober 2023.
Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA
ATAU
Email ke xxxxxxxxxxx@xxx.xxx.xx
TEMU DUGA
Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Xxxxxx perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
KEPUTUSAN
Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
Cik Xxxx Xxxxxxx binti Md Saad | Tel | : 00-0000 0000 |
Xxxx Xxxxxxxx binti Sahat | Tel | : 00-0000 0000 |