TEMPOH KEMPEN TERMA & SYARAT
“KEMPEN PEMBELANJAAN PASS PERANTAUAN CELCOM” KAD KREDIT HONG LEONG BANK
TEMPOH KEMPEN
“Kempen Pembelanjaan Pass Perantauan Celcom” (“Kempen”) Hong Leong Bank Berhad (“HLB”) bermula pada 16 April 2018 pukul 00:00:00 jam (12:00 pagi) dan berakhir pada 31 Julai 2018 pukul 23:59:59 (11:59 malam), termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”), melainkan diberitahu sebaliknya.
TERMA & SYARAT
Terma dan syarat Kempen adalah seperti berikut-
KELAYAKAN
1. Kempen ini terbuka kepada Pemegang Kad Kredit HLB Utama sedia ada yang merupakan pengguna berdaftar pascabayar Celcom sedia ada semasa Tempoh Kempen (“Pemegang Kad”).
2. Pemegang Kad berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:
(i) Pemegang Kad yang telah melakukan atau disyaki melakukan sebarang penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB/Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”) atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas Tempoh Kempen; atau
(ii) Pemegang Kad yang telah melakukan atau ditentukan oleh HLB/HLISB berpotensi melakukan sebarang kesalahan yang ditetapkan di dalam ini, akan serta-merta terlucut kelayakan daripada menyertai Kempen.
KAEDAH KEMPEN
Pendaftaran SMS
3. Pemegang Kad dikehendaki menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”) satu (1) kali mengikut format di bawah ini kepada 66600 (“Nombor Ditetapkan”) semasa Tempoh Kempen untuk menyertai Kempen ini (“Pendaftaran SMS”).
Format SMS kepada Nombor Ditetapkan:
CM<jarak>Nombor Kad Pengenalan 10 digit terakhir (“KP”)
4. Pendaftaran SMS yang dilakukan oleh Pemegang Kad kepada Nombor Ditetapkan untuk tujuan pendaftaran akan dianggap sebagai keizinan untuk menyertai Kempen ini.
5. Setelah pendaftaran berjaya, Pemegang Kad akan menerima pengesahan melalui SMS tanpa dikenakan bayaran kepada nombor telefon bimbit yang digunakan untuk pendaftaran.
6. Pemegang Kad hendaklah bertanggungjawab:
(i) Menyemak dan memastikan penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing (”Celcom”) boleh menyokong penghantaran SMS kepada Nombor Ditetapkan di bawah Kempen ini;
(ii) Menjelaskan caj SMS standard yang dikenakan oleh Celcom bagi setiap SMS yang dihantar di bawah Kempen ini kepada Nombor Ditetapkan. HLB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab jika Celcom Pemegang Kad tidak boleh menyokong penghantaran mana-mana SMS kepada Nombor Ditetapkan; dan
(iii) Memastikan butir-butir di dalam Pendaftaran SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan adalah tepat, lengkap, mengikut format yang diberi dan dalam Tempoh Kempen, jika gagal berbuat demikian, maka Pendaftaran SMS Pemegang Kad itu tidak akan diproses dan Pemegang Kad tidak akan layak menyertai Kempen ini.
7. Pemegang Kad akan menerima pengesahan SMS daripada Nombor Ditetapkan bagi Pendaftaran SMS yang berjaya dihantar kepada Nombor Ditetapkan (“SMS Pengesahan”), tertakluk kepada keadaan lalu lintas SMS di rangkaian Celcom . SMS Pengesahan ini dijana secara automatik untuk mengesahkan penerimaan Pendaftaran SMS yang dihantar dan TIDAK dianggap sebagai pemberitahuan bahawa Pemegang Kad layak menikmati Tawaran Pass Perantauan Celcom (seperti ditakrif dalam fasal 17).
8. Bukti Pendaftaran SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan oleh Pemegang Kad tidak boleh dianggap sebagai pengesahan penerimaan Pendaftaran SMS oleh HLB melainkan Pemegang Kad itu menerima SMS Pengesahan seperti dinyatakan dalam fasal 7 di atas di nombor telefon bimbit yang sama digunakan oleh Pemegang Kad untuk Pendaftaran SMS. Pemegang Kad dianggap tidak layak menyertai Kempen ini jika sekiranya Pemegang Kad tidak menerima SMS Pengesahan.
9. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan dan berhak melucutkan kelayakan mana-mana Pendaftaran SMS tak sah yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan atas apa jua sebab sekalipun termasuk, tetapi tidak terhad kepada Pendaftaran SMS dua kali, format Pendaftaran SMS tidak betul, Pendaftaran SMS tidak berjaya atau terlewat semasa Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang sebab.
10. HLB tidak bertanggungjawab, begitu juga HLB tidak mempunyai apa jua kawalan terhadap keadaan kesesakan lalu lintas SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan dan/atau kesesakan di pihak Celcom atau atas apa jua sebab sekalipun semasa dalam proses penghantaran Pendaftaran SMS kepada Nombor Ditetapkan atau penghantaran SMS Pengesahan daripada Nombor Ditetapkan kepada Pemegang Kad yang mungkin menyebabkan kelewatan Pendaftaran SMS dan SMS pengesahan ketika dihantar semasa Tempoh Kempen.
11. Pemegang Kad bertanggungjawab untuk memastikan bahawa butir-butir di dalam Pendaftaran SMS yang dihantar kepada Nombor Ditetapkan adalah tepat, lengkap dan mengikut Tempoh Kempen, jika gagal berbuat demikian, Pendaftaran SMS Pemegang Kad tidak akan diproses dan dalam keadaan tersebut, HLB tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemegang Kad tidak dapat menyertai Kempen disebabkan Pendaftaran SMS tidak berjaya.
12. Perkhidmatan SMS disediakan dan disokong oleh M3 Technologies (Asia) Berhad (482772-D) (“M3Tech”), iaitu vendor SMS yang dilantik secara rasmi oleh HLB. Bagi hal-hal berkaitan perkhidmatan SMS, sila hubungi Talian M3Tech di 03-7957 6333 (9pg – 6ptg, Isnin–Jumaat).
13. Apabila Pemegang Kad telah menerima SMS Pengesahan, maka Pemegang Kad dikehendaki untuk melanggan Pass Perantauan seperti ditakrif dalam Fasal 14 di bawah melalui saluran- saluran yang dinyatakan dalam Lampiran 2 Terma dan Syarat ini (“Langganan Pass Perantauan”). Senarai negara yang diliputi Pass Perantauan Celcom dinyatakan dalam Lampiran 1 Terma dan Syarat ini.
A. PASS PERANTAUAN (Tawaran)
14. Pemegang Kad yang memenuhi syarat-syarat Pendaftaran SMS seperti dinyatakan di atas dan Langganan Pass Perantauan dan memenuhi keperluan berikut menggunakan Kad Kredit HLB mereka dalam Tempoh Kempen adalah layak menikmati pengecualian fi Pass 7-Hari 3-dalam-1
Celcom (“Pass Perantauan”) (bernilai RM138) (Tawaran) semasa Tempoh Kempen (“Pemegang Kad Layak”):
a) melakukan Perbelanjaan Layak dengan amaun terkumpul RM2,000 (seperti ditakrif dalam Fasal 15 di bawah) (“Perbelanjaan Layak Terkumpul Minimum”); dan
b) sekurang-kurangnya satu (1) Perbelanjaan Layak mestilah dilakukan dalam mata wang asing (yang kemudiannya akan ditukar dan dicatatkan dalam akaun Kad Kredit Pemegang Kad dalam Ringgit Malaysia selaras dengan Perjanjian Pemegang Kad).
15. “Perbelanjaan Layak” ditakrif sebagai jumlah belian runcit yang dilakukan di dalam dan/atau di luar
Malaysia, termasuk pembelian dalam talian yang dicaj kepada Kad Kredit HLB dalam Tempoh Kempen yang dicatatkan dalam akaun Kad Kredit Pemegang Kad dalam Ringgit Malaysia (RM).
16. Bagi mengelakkan keraguan, transaksi berikut TIDAK dianggap sebagai Perbelanjaan Layak:
(i) Semua pengeluaran wang tunai daripada Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dalam negara;
(ii) Arahan tetap seperti pengebilan automatik;
(iii) Caj dan fi kewangan seperti fi tahunan kad kredit dan cukai kerajaan;
(iv) Apa-apa transaksi yang bersifat menyalahi undang-undang
17. Perbelanjaan terkumpul dengan Kad Kredit HLB oleh Pemegang Kad tambahan di bawah akaun Kad Kredit Pemegang Kad Layak yang sama semasa Tempoh Kempen akan diambil kira dalam pengiraan Perbelanjaan Layak Pemegang Kad Layak.
18. Penjejakan Perbelanjaan Layak akan berdasarkan tarikh perbelanjaan dan transaksi Waktu Malaysia yang berjaya dicatatkan dalam sistem HLB sepanjang Tempoh Kempen dan HLB berhak menentukan transaksi yang akan dianggap Perbelanjaan Layak.
19. Tawaran akan diberi kepada Pemegang Kad Layak atas dasar siapa cepat dia dapat tertakluk kepada jumlah peruntukan Tawaran maksimum bagi Kempen ini yang dihadkan setakat 4,500 Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen (“Bilangan Maksimum Pemegang Kad Layak”) dan setiap Pemegang Kad Layak hanyalah berhak menikmati satu (1) Tawaran sahaja sepanjang Tempoh Kempen.
20. Tawaran akan diberi kepada Pemegang Kad Layak berdasarkan jumlah amaun Perbelanjaan Layak yang dicaj kepada mana-mana Kad Kredit HLB yang dicatatkan dalam Ringgit Malaysia kepada akaun Kad Kredit Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen. Bagi mengelakkan keraguan, Tawaran hanya sah semasa Tempoh Kempen dan Pemegang Kad Layak tidak akan berhak menikmati Tawaran sekiranya tempoh perjalanan dan langganan Pass Peratauannya ialah selepas Tempoh Kempen, biarpun dia telah memenuhi Perbelanjaan Layak Terkumpul Minimum.
21. Perbelanjaan Layak yang dibuat dalam mata wang asing akan ditukar kepada Ringgit Malaysia mengikut kadar pertukaran yang ditetapkan oleh HLB atas budi bicara mutlaknya.
22. Tawaran akan diberi kepada Pemegang Kad Layak oleh Celcom mengikut kaedah seperti berikut:
a) Celcom akan terlebih dahulu mengenakan Fi Pass Perantauan 7-Hari 3-dalam-1 (RM138) (“Fi Pass Perantauan”) kepada bil Celcom Pemegang Kad Layak.
b) Fi Pass Perantauan akan dibalikkan daripada bil Celcom Pemegang Kad Layak dalam bulan berikut atau dalam masa 90 hari selepas memenuhi keperluan Perbelanjaan Layak Terkumpul Minimum.
23. Pada dasarnya Pelanggan Kad Layak berkewajipan memberitahu HLB sekiranya dia tidak
menerima pembalikan fi Pass Perantauan dalam masa 90 hari selepas setiap bulan kalendar, jika gagal berbuat demikian Pemegang Kad Layak dianggap telah menerima fi Pass Perantauan yang dibalikkan itu dan sebarang rayuan atau permintaan untuk pembayaran ganti fi Pass Perantauan yang dibalikkan itu tidak akan dilayani oleh HLB.
24. Bagi mengelakkan keraguan, sekiranya Pemegang Kad Layak menggunakan Pas Perantauan selama lebih daripada 7 hari dan biarpun Pemegang Kad Layak itu berhak menikmati Tawaran, Pemegang Kad Layak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Fi Pass Perantauan yang dialami
selama tempoh masa melebihi 7 hari tersebut.
25. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kelewatan dalam pencatatan sebenar Perbelanjaan Layak dan/atau Pembalikan Fi Pass Perantauan. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku gangguan perkhidmatan terhadap Pass Perantauan yang disediakan oleh Celcom dan sebarang pertikaian atau kemusykilan berkenaan Pass Perantauan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Fi Pass Perantauan yang dikenakan oleh Celcom) dan pembalikan Fi Pass Perantauan akan diselesaikan antara Celcom dengan Pemegang Kad Layak tanpa bantuan HLB.
B. PENJIMATAN RM300 CELCOM (“Penjimatan”)
i.. Pemegang Kad akan dihadiahkan penjimatan RM300 tambahan (“Penjimatan”) dengan memenuhi SEMUA syarat berikut (“Pemegang Kad Penjimatan Layak”):
● Pemegang Kad mestilah semasa Tempoh Kempen melanggan Celcom First Plan minimum RM98 atau bertukar kepada Celcom FIRST Plan dan mendaftar diri untuk Pengebilan Automatik (untuk minimum 24 bulan dan amaun minimum RM98 sebulan) dengan Kad Kredit HLB; dan
● Pemegang Kad mestilah menggunakan Kad Kredit HLB untuk membeli peranti mudah alih
di kedai Celcom Blue Cube dan resit pembelian tersebut (termasuk bayaran muka) mestilah sekurang-kurangnya RM2,000 (dalam satu resit) selewat-lewatnya 31 Ogos 2018.
ii. Sejumlah 3,000 Penjimatan akan ditawarkan semasa Tempoh Kempen atas dasar siapa cepat dia dapat dan setiap Pemegang Kad Penjimatan Layak hanya berhak mendapat satu
(1) Penjimatan sepanjang Tempoh Kempen.
iii. Sekiranya Pemegang Kad Layak telah memenuhi segala syarat seperti dinyatakan dalam Fasal 28, Penjimatan akan dihadiahkan kepada Pemegang Kad Penjimatan
Layak berupa potongan RM300 daripada harga peranti yang dibayar di kedai Celcom Blue Cube, selewat-lewatnya 31 Ogos 2018.
UMUM
27. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad:
(a) Bersetuju bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat di dalam ini;
(b) Bersetuju bahawa semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang terakam dalam sistem HLB dalam Tempoh Kempen ini adalah tepat dan muktamad;
(c) Bersetuju bahawa keputusan HLB atas segala hal berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat ke atas semua Pemegang Kad Layak dan Pemegang Kad Penjimatan Layak. Sebarang rayuan dan/atau surat-menyurat tidak akan dilayani;
(d) Bersetuju bahawa Tawaran dan Penjimatan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau manfaat barangan;
(e) Bersetuju untuk mengakses laman web HLB di xxx.xxx.xxx.xx (“Laman Web HLB”) dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan untuk memastikan mereka sentiasa mengikuti apa-apa pertukaran atau pindaan kepada Terma & Syarat;
(f) Bersetuju nama, nombor Kad Pengenalan (dalam bentuk terlindung) dan/atau foto mereka disiarkan atau dipaparkan dalam Laman Web HLB; dan
(g) Keizinan bagi HLB mendedahkan butir-butir diri mereka (iaitu nama, alamat, nombor telefon) kepada M3 Tech bagi tujuan pemenuhan Kempen ini.
28. HLB berhak untuk:
(a) melucutkan kelayakan mana-mana Pemegang Kad atas budi bicara mutlaknya daripada menyertai Kempen ini;
(b) menolak kelayakan mana-mana Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Penjimatan Layak untuk menyertai Kempen atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh HLB menurut budi bicara mutlaknya
(c) melupuskan sebarang atau seluruh Tawaran dan/atau Penjimatan jika sekiranya Terma & Syarat dan Perjanjian Pemegang Kad HLB di dalam ini tidak dipatuhi;
(d) menentukan jika transaksi yang dilakukan oleh Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Penjimatan Layak termasuk dalam takrifan Perbelanjaan Layak.
(e) meminda jumlah Tawaran/Penjimatan dan/atau menggantikan Tawaran/Penjimatan di dalam ini dengan hadiah gantian yang sama nilainya atas budi bicara mutlaknya dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal kepada Pemegang Kad Layak dan/or Pemegang Kad Penjimatan Layak;
(f) menambah, menggugurkan atau meminda Terma & Syarat di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagian, atau menamatkan Kempen ini, atas budi bicara mutlaknya dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB, atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh HLB, untuk memberi notis awal kepada Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Penjimatan Layak mengenai penambahan, pemotongan atau pemindaan Terma & Syarat atau penamatan Kempen ini.
29. HLB tidak akan dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan penghantaran transaksi jualan oleh Visa International Incorporation, MasterCard Worldwide, organisasi peniaga dan pihak pos atau mana-mana pihak yang mungkin menyebabkan Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Penjimatan Layak tertinggal daripada menyertai Kempen ini.
30. Akaun kad kredit Pemegang Kad Layak dan/atau Pemegang Kad Penjimatan Layak mestilah kekal sah/aktif, berkedudukan baik dan tidak melanggar mana-mana Terma & Syarat dan/atau Perjanjian Pemegang Kad HLB pada bila-bila masa.
31. HLB tidak berkewajipan memberitahu Xxxxxxxx Kad Layak seandainya Bilangan Maksimum Pemegang Kad Layak dan bilangan Maksimum Penjimatan telah dicapai semasa Tempoh Kempen.
32. Terma & Syarat di dalam ini dan terma dan syarat am Perjanjian Pemegang Kad HLB hendaklah dibaca bersama-sama sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma & Syarat ini dengan terma dan syarat am Perrjanjian Pemegang Kad HLB, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini akan diutamakan setakat percanggahan tersebut.
33. Terma & Syarat adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang Kad Layak bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.
Lampiran 1
Negara | Rangkaian Pengendali | Negara | Rangkaian Pengendali | |
Australia | Telstra/Vodafone | Macau | SmarTone | |
Bangladesh | Robi Axiata | Malta | Vodafone | |
Cambodia | Smart Axiata | Nepal | Ncell | |
China | China Mobile/China Unicom | Netherlands | Vodafone | |
Czech Republic | Vodafone | New Zealand | Vodafone | |
Egypt | Vodafone | Portugal | Vodafone | |
Germany | T-Mobile/Vodafone | Romania | Vodafone | |
Ghana | Vodafone | Saudi Arabia | Mobily/Zain/STC | |
Greece | Vodafone | Singapore | M1/StarHub | |
Hong Kong | SmarTone | South Africa | Vodacom | |
Hungary | Vodafone | Spain | Vodafone | |
India | IDEA / Bharti (Airtel) | Sri Lanka | Dialog | |
*Semua perkhidmatan perantauan tidak dibenarkan di kawasan Kashmir, Sri Nagar & kawasan Jammu | Taiwan | Chunghwa | ||
Indonesia | XL Axiata/Telkomsel | Thailand | True Move [TH3G+] | |
Ireland | Vodafone | Turkey | Vodafone | |
Italy | Vodafone/I Wind | United Kingdom | Vodafone | |
Japan | SoftBank | USA | AT&T | |
Korea | SK Telekom |
Lampiran 2
Saluran untuk melanggan Pass 7-Hari 3-dalam-1:
Melalui SMS:
SMS BUY WRP138 kepada 28882; atau
Melalui USSD:
LANGKAH 1: Dail *118#
LANGKAH 2: Pilih Buy Roaming Pass
LANGKAH 3: Pilih 7-Day 3-in-1 Pass
LANGKAH 4: Menerima SMS pengesahan berjaya; atau
Melalui MyCelcom Postpaid App:
LANGKAH 1: Pergi ke My Service
LANGKAH 2: Pilih International Service
LANGKAH 3: Pilih 7-Day 3-in-1 Pass dan Pilih BUY
Mustahak: Anda hanya boleh menggunakan FREE Celcom Passport™ Pass 7-Hari 3-dalam-1 apabila sahaja anda telah menerima SMS tentang kejayaan mendapat langganan pass 7-Hari.