MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2014
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
29 OGOS 2014
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL.07/2014
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH MASA TEMPAT
:
:
:
29 OGOS 2014
9.30 PAGI
BILIK MESYUARAT 1,
TINGKAT 16, MPAJ
AGENDA
1. Bacaan Doa.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Mengesahan Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.06/2014 bertarikh 23 Julai 2014.
4. Pembentangan Kertas Makluman :
4.1. Kertas Makluman Rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2014.
4.2. Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2014.
5. Pembentangan laporan-laporan seperti berikut :-
5.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.06/2014 .
5.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.06/2014.
5.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.07/2014.
5.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.06/2014.
5.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.7/2014.
5.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.13/2014.
5.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.14/2014.
6. Ucapan Penangguhan oleh Tuan Ramli Bin Md. Said.
7. Penutup.
MESYUARAT PENUH MAJLIS
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.07/2014
KANDUNGAN
1. Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil.06/2014.
2. Pembentangan Kertas Makluman :
4.1. Kertas Makluman Rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2014.
4.2. Makluman Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2014.
3. Lampiran-lampiran :-
5.1. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.06/2014.
5.2. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil.06/2014.
5.3. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.07/2014.
5.4. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil.06/2014.
5.5. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.7/2014.
5.6. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.13/2014.
5.7. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.14/2014.
KEHADIRAN
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 6/2014 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
TARIKH : 23 JULAI 2014
MASA : 5.00 PETANG - 6.50 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT 1
TINGKAT 16, MENARA MPAJ
1. Tn. Hj. Abd. Hamid bin Hussain Pemangku Yang DiPertua | - Pengerusi |
2. Tn. Haji Meor Rithuan bin Mohamed Said | - Ahli Majlis |
3. Tn. Haji Abdul Jalil bin Hasan | - β |
4. Pn. Wan Hasrina binti Wan Hassan | - β |
5. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - β |
6. Tn. Mohamad bin Samat | - " |
7. Tn. Ahmad Fauzi bin Mohd Kamis | - β |
8. Tn. Ahmad Sabri bin Abu Bakar | - " |
9. Tn. Lim Fong Len | - " |
10. Pn. Sian Keng Eng | - " |
11. Tn. Ho Ah Ngoh | - " |
12. Pn. Sharifah Haslizah binti Syed Ariffin | - " |
13. Tn. Azlan bin Maddin | - " |
14. Tn. Ramli bin Md Said | - " |
15. Tn. Imran bin Selamat | - " |
16. Tn. Dr. Lai Fatt Sian | - " |
17. En. Johari bin Atli - Setiausaha Pemangku Setiausaha
TIDAR HADIR (DENGAN MAAF)
1. Pn. Yogayswari a/p Ramalu Ahli Majlis MPAJ
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. Drs. Sarodin bin Hj. Shahri
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2. En. Hasrolnizam bin Shaari Jabatan Kejuruteraan
3. Pn. Maizatul Hanisa binti M. Isa Jabatan Perbendaharaan
4. Pn. Rosliza binti Mohamad Jabatan Perancangan Korporat
5. En. Khairilazhar bin Ismail Jabatan Belia & Masyarakat
6. En. Mohamad Yusuf bin Sulaiman Jabatan Khidmat Pengurusan
7. Pn. Zuraina binti Said Jabatan Perancang Bandar
8. En. Khairulazmi bin Ab. Rahman
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
9. Pn. Marlina binti Mohamad Jabatan Pelesenan
10. En. Muhamad Noor Isman bin Ismail Bahagian COB
11. En. Ahmad Alhairi bin Muhamed Yusuf Jabatan Bangunan dan Senibina
12. En. Rosli bin Jaafar Jabatan Penguatkuasa
13. Puan Mastura binti Ishak Bahagian Ukur Bahan
14. Pn. Hajah Norhayati binti Ahmad (PRO) Jabatan Perancangan Korporat
15. Cik Siti Sarah binti Mohd Yahya Jabatan Undang-Undang
16. Pn. Norlela binti Kamsi - Urusetia Bahagian Urusetia
17. Pn. Noryani binti Roslan - Urusetia Bahagian Urusetia
1. BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Hasan
2. MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN (ANGKAT SUMPAH) TUAN IMRAN BIN SELAMAT SEBAGAI AHLI MAJLIS SESI 2014/2015
Tuan Imran bin Selamat, Ahli Majlis bagi sesi 2014/2015 membuat pengakuan menerima jawatan (Angkat Sumpah) sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya sepertimana peruntukan Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dari 14 Julai 2014 hingga
31 Disember 2015 dan menandatangani Borang A dalam Jadual Pertama Akta 171.
Tuan Imran bin Selamat turut menandatangani perakuan untuk Pegawai Awam berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Aku Janji Integriti dan Aku Janji Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Penggal 2014/2015.
3. UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Hamid bin Hussain, Pemangku Yang Di Pertua selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan pihak media yang hadir ke Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014.
Tuan Pengerusi seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
3.1. Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran seorang lagi lagi Ahli Majlis Baru iaitu Tuan Imran bin Selamat yang mewakili parti PAS. Beliau berharap semoga kerjasama daripada semua pihak terutama Ahli-Ahli Majlis yang dilantik akan dapat lebih memantapkan pengurusan dan pentadbiran MPAJ dan bekerja sebagai satu pasukan.
3.2. Tuan Pengerusi bagi pihak warga kerja MPAJ mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MAS MH 17 di mana pesawat tersebut yang sama-sama di ketahui ditembak oleh pengganas dan telah terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Sama-sama disedekahkan Al- Fatihah buat semua penumpang pesawat MH 17 yang beragama Islam.
3.3. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa ketua peramugara MAS iaitu Haji Ghaffar yang turut terkorban adalah warga MPAJ yang tinggal di Bukit Indah. Tuan Pengerusi telah membenarkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas Ampang atas permintaan keluarga allahyarham.
3.4. Seterusnya, Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa bil cukai taksiran untuk penggal kedua (Julai sehingga Disember 2014) telah diedar dan diterima oleh orang awam. Beliau menyeru orang awam agar membayar cukai seawal mungkin bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan selepas 31 Ogos 2014. Bagi memudahkan proses pembayaran, kaunter bayaran cukai taksiran (cukai pintu) akan di buka di pasaraya kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermula 15 Ogos 2014 sehingga 31 Ogos 2014 dari pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam pada hari bekerja dan 12.00 tengahari hingga 9.00 malam pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Pasaraya yang dipilih adalah Tesco Stores (M) Sdn. Bhd, Pusat Membeli Belah Ampang Point dan Pasaraya Aeon Big Ampang. Selain daripada itu, kaunter-kaunter bergerak juga akan dilaksanakan pada Bulan Ogos 2014 pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di lokasi berikut :-
β’ Taman Bukit Antarabangsa - 9.8.2014,
β’ Taman Bukit Segar - 10.8.2014,
β’ Kondominium Glenview Pinggiran Cheras - 16.8.2014,
β’ Pasar Pagi Pekan Ampang - 17.8.2014,
β’ Taman Ukay Perdana - 23.8.2014,
β’ Pasar Pagi Pandan Perdana - 24.8.2014,
β’ Taman Ampang Jaya - 30.8.2014,
β’ Taman Bukit Antarabangsa 31.8.2014
Dimaklumkan juga bahawa Kaunter Khidmat Setempat, Aras 4, Menara MPAJ akan ditutup pada 28 Julai 2014 dan 29 Julai 2014 bersempena Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, kaunter akan beroperasi kembali pada 30 Julai 2014 iaitu
pada hari Rabu. Walau bagaimanapun orang awam boleh menggunakan perkhidmatan kiosk bayaran cukai taksiran yang disediakan di Aras 4, Menara MPAJ dan juga perkhidmatan e-banking yang beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.
Semoga dengan kemudahan yang disediakan, orang awam akan dapat melaksanakan tanggungjawab untuk kebaikan bersama bagi mengelakkan harta daripada dikenakan denda atau tindakan sita.
3.5. Tuan Pengerusi turut memaklumkan bahawa pihak majlis akan mengambil tindakan mahkamah ke atas pemilik akaun yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Pada ketika ini majlis telah menfailkan 12 kes terhadap pemaju-pemaju yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM4.6 juta.
Senarai syarikat yang telah didaftarkan di mahkamah tinggi berkenaan tindakan tuntutan tunggakan sehingga 30 Jun 2014 adalah:
BIL. | NAMA SYARIKAT | JUMLAH TUNGGAKAN (RM) |
1. | SHEN COURT SDN BHD | 3,489,356.33 |
2. | MHSB PROPERTIES SDN BHD | 530,211.00 |
3. | SYARIKAT MULIA JAYA | 214,445.00 |
4. | ANNIKA TIMBER INDUSTRIES SDN BHD | 106,333.25 |
5. | ASAL U.K HOLDINGS SDN BHD | 96,913.33 |
6. | TAMAN HALAMAN SDN BHD | 29,863.48 |
7. | ATY EQUITY SDN BHD | 25,956.80 |
8. | USAHANIAGA MS ENTERPRISE | 21,926.07 |
9. | INNOVATIVE PRESTIGE SDN BHD | 15,614.88 |
10. | SUNSKY HOLDINGS SDN BHD | 43,745.19 |
11. | CELERITY CONSTRUCTION SDN BHD | 12,380.00 |
12. | LEBBEY SDN BHD | 14,950.90 |
JUMLAH BESAR (RM) | 4,601,696.23 |
3.6. Seterunya, Tuan Pengerusi memaklumkan, pada 16 hingga
17 Julai 2014 yang lalu, MPAJ telah menjalani auditan pensijilan peringkat kedua dengan pihak SIRIM ke atas Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MPAJ. MPAJ dimaklumkan oleh pihak juruaudit SIRIM yang berkaitan bahawa MPAJ telah berjaya layak untuk memperolehi pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 tanpa sebarang penemuan ketidakakuran (Non Conformance Report). MPAJ bakal menjadi peneraju di dalam pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 di peringkat Negeri Selangor. Tuan Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pengurusan MPAJ yang telah berusaha sebaik mungkin bagi pencapaian pensijilan ISO tersebut.
3.7. Tuan Pengerusi mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah bermurah hati meluluskan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam termasuk kepada Ahli-Ahli Majlis. Untuk makluman semua, bayaran telahpun dibuat kepada semua yang berkelayakan. Semoga dengan adanya bonus ini akan dapat menceriakan lagi suasana hari raya dan seterusnya akan dapat meningkatkan prestasi dan sumbangan kerja kepada organisasi kita khususnya MPAJ.
3.8. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H pada 14 Ogos 2014 di Dataran Menara MPAJ. Program akan dilaksanakan bermula jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang. Beliau mengambil kesempatan menjemput semua yang hadir ke majlis ini bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya Aidilfitri MPAJ pada tahun ini.
3.9. Tuan Pengerusi seterusnya mengingatkan semua warga Ampang Jaya yang akan meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing supaya memastikan kawasan rumah bersih tanpa air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Kes wabak demam denggi masih tinggi di kawasan MPAJ dan kawasan wabak tidak terkawal adalah Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Ria, Kg. Tasik Tambahan, Kuala Ampang, Taman Maju Jaya, Taman Ukay Perdana, Kg Baru Ampang, Ampang Jaya, Taman Kosas, Pandan Indah, Pandan Mewah, Taman Mulia Jaya, Taman Ukay Bistari, Taman Putra, Taman Dato' Ahmad Razali dan Taman Lembah Maju.
Sehubungan dengan itu, satu tinjauan kerja ke lokaliti wabak oleh YB. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diadakan pada 24 Julai 2014 di Apartment Residensi Bistari Ukay Bistari, Hulu Kelang.
3.10. Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau memaklumkan bahawa pada petang ini MPAJ akan mengadakan jamuan berbuka puasa di Galeri MPAJ dan menjemput semua yang hadir ke jamuan ini selepas Mesyuarat Penuh ini.
Akhir sekali, beliau bagi pihak warga MPAJ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang akan merayakannya InsyaAllah pada hari Isnin nanti. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika terdapat sebarang salah dan silap sepanjang beliau memangku jawatan Yang Dipertua MPAJ.
4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 5/2014
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 5/2014 bertarikh 30 Jun 2014 disahkan tanpa pindaan. Minit mesyuarat dicadangkan disahkan oleh Puan Wan Hasrina binti Wan Hassan dan disokong oleh Tuan Ahmad Fauzi bin Mohd Kamis dan Tuan Dr Lai Fatt Sian.
5. PERKARA BERBANGKIT
Tiada
6. PEMBENTANGAN KERTAS
6.1. KERTAS CADANGAN KEAHLIAN DALAM JAWATANKUASA KECIL MAJLIS UNTUK TUAN IMRAN BIN SELAMAT, AHLI MAJLIS BAGI SESI 2014/2015
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 menerima dan bersetuju Tuan Imran bin Selamat, Ahli Majlis untuk menganggotai Jawawtankuasa Kecil Majlis Bagi Sesi 2014/2015 seperti berikut:-
1. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan
2. Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin
3. Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
MAKLUMAN
6.2. KERTAS PERLANTIKAN KETUA ZON JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) BAGI SESI 2014/2015 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA UNTUK TUAN IMRAN BIN SELAMAT
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bersetuju dan meluluskan perlantikan Tuan Imran bin Selamat, Ahli Majlis dilantik sebagai Ketua Zon 13, Jawtankuasa Penduduk bagi Sesi 2014/2015 berkuatkuasa pada 23 Julai 2014.
Zon 13 adalah di bawah DUN Lembah Jaya yang meliputi kawasan Taman Tasik Tambahan, Taman Sri Bayu, Taman Permai Jaya, Taman Indah Jaya, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Tasik Permai, Taman Faizura dan Kampung Ampang Indah Permai.
Sehubungan dengan perlantikan Tuan Imran bin Selamat sebagai Ketua Zon 13 JKP, pemangkuan Zon JKP 13 sebelum ini oleh Puan Sharifah Haslizah bt Syed Ariffin ditamatkan mulai dari tarikh 22 Julai 2014.
Tuan Pengerusi memaklumkan mulai 1 Julai 2014, Ahli Majlis yang dilantik memangku jawatan Zon JKP yang tiada pengisian Ahli Majlis akan dibayar elaun memangku dengan pengiraan 1/4 daripada kadar elaun Ahli Majlis yang diterima.
MAKLUMAN
7. PERTIMBANGAN LAPORAN
7.1. LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAAN DAN BINAAN TANPA IZIN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 5/2014 yang telah diadakan pada 9 Julai 2014 dengan tambahan seperti di bawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Mohamad bin Samat dan disokong oleh Tuan Hj. Abdul Jalil bin Hasan.
7.1.1. Perkara 2.2. di muka surat 31 - Binaan Tanpa Kebenaran Di Bawah Rezab Talian Rentis TNB Dari Kg. Pandan ke Kg Tasek Permai
Tuan Ahmad Fauzi bin Mohd Kamis memohon Majlis untuk menyemak kegiatan mencuri pasir di Jalan Nirwana 2 yang melibatkan projek TNB.
7.1.2. Perkara di muka surat 43 - Semak Tapak `Used Car' Di Jalan Pandan Jaya 5, Pandan Jaya
Tuan Hj Meor Rithuan bin Mohamed Said ingin mengetahui tindakan Majlis ke atas aktiviti `used car' di Jalan Pandan Jaya 5, Pandan Jaya dan di bawah tangki air. Beliau membangkitkan isu ini kerana di Jalan yang sama, Majlis telah merobohkan 2 (dua) premis yang melakukan kesalahan yang sama. Beliau berharap pihak Majlis dapat meneruskan dengan tindakan untuk mengosongkan tanah tersebut.
MAKLUMAN
7.2. LAPORAN JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil. 6/2014 yang telah diadakan pada 14 Julai 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Hj. Abdul Jalil bin Hasan dan disokong oleh Tuan Supiramany a/l Sinnapayal.
MAKLUMAN
7.3. LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil. 5/2014 yang telah diadakan pada 11 Julai 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Supiramany a/l Sinnapayal dan disokong oleh Puan Sian Keng Eng.
MAKLUMAN
7.4. LAPORAN JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil. 6/2014 yang telah diadakan pada 14 Julai 2014 dengan tambahan seperti dibawah. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Hj. Abdul Jalil bin Hasan dan disokong oleh Tuan Mohamad bin Samat.
7.4.1. Perkara 2.1 di muka surat 94
Tuan Supiramany a/l Sinnapayal mohon Kertas Makluman Pelaksanaan Penyewaaan Tiang-Tiang Lampu Dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bagi Pemasangan 'Bunting-Panel' dibincangkan semula.
MAKLUMAN
7.5. LAPORAN JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 telah meluluskan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 5/2014 yang telah diadakan pada 16 Julai 2014 tanpa pindaan. Laporan Jawatankuasa dicadang disahkan oleh Tuan Supiramany a/l Sinnapayal dan disokong oleh Tuan Hj Meor Rithuan bin Mohamed Said.
MAKLUMAN
7.6. LAPORAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)
Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014 bertarikh 23 Julai 2014 telah mengambil maklum dan menerima laporan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 11/2014 dan bil. 12/2014 bertarikh 9 Julai 2014 dan 18 Julai 2014.
MAKLUMAN
8. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TUAN AHMAD FAUZI BIN MOHD KAMIS
Tuan Ahmad Fauzi bin Mohd Kamis mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 6/2014.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan rasa bangga sebagai Ahli Majlis di atas kejayaan yang dikecapi oleh MPAJ selama ini.
Beliau seterusnya mencadangkan untuk mengeratkan hubungan antara Ahli Majlis dan kakitangan MPAJ supaya diadakan lawatan ke Jabatan-Jabatan di MPAJ sehingga ke Pejabat YDP dengan dimulai dengan Jabatan Perancangan Korporat. Beliau tidak menafikan ada di antara kakitangan Majlis yang tidak mengenali Ahli Majlis begitu juga sebaliknya.
Beliau menyeru supaya semua yang ada dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi menjayakan amanah rakyat yang mahukan sesuatu yang terbaik. Beliau memetikan riwayat daripada Saidina Abu Bakar as Sidiq r.a iaitu:-
` Wahai manusia, aku dilantik memerintah kamu, aku bukanlah orang yang paling layak daripada di kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di jalan yang benar, bantulah. Namun jika kamu melihat aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku.....sesungguhnya Benar itu Amanah, Bohong itu merupakan Kianah'
Beliau berharap semua di MPAJ dan Ahli Majlis dapat bekerjasama atas dasar hormat menghormati dan menjunjung amanah rakyat. Beliau yakin ini dapat melahirkan MPAJ yang lebih baik dan berjaya dan hubungan antara Ahli Majlis dan para pegawai dan kakitangan Majlis sentiasa terjalin. Bak kata perpatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Sempena kedatangan bulan Syawal, beliau mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, kesilapan atau terkasar bahasa selama beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis. Beliau juga menjemput semua yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka JKP Zon 15 yang akan diadakan pada 16 Ogos 2014 bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Jalan H, Kampung Pandan.
Akhir sekali, beliau memohon izin untuk Majlis bertafakur sebentar dan sedekahkan surah Al-Fatihah kepada rakyat dan pejuang Palestin di Gaza di atas kekejaman tentera Israel.
9. PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada 6.50 petang.
Disediakan oleh:-
Urusetia Mesyuarat
Bahagian Urusetia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Minit Mesyuarat telah disyorkan untuk disahkan oleh
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..........dan disokong oleh β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(HAJI ABD. HAMID BIN HUSSAIN)
Pengerusi Mesyuarat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPM BIL. 6/2014-23.7.2014.
4.1.
KERTAS MAKLUMAN RUMUSAN MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2015/2016 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.1/2014
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 7/2014 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KERTAS MAKLUMAN RUMUSAN MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2015/2016
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2014
JABATAN PERBENDAHARAAN
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Majlis berkenaan rumusan Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang telah bersidang pada 21 Julai 2014 dan 06 Ogos 2014.
2.0 MAKLUMAN
2.1 Bajet Majlis tahun 2015/2016 telah dibincangkan merujuk kepada Minit Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/2016 Bil.1/2014 dan Bil.2/2014 seperti di Lampiran 1.
2.2 Adalah dimaklumkan draf Bajet 2015 diluluskan dalam Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya dengan pindaan seperti berikut:
2.2.1 Pindaan jumlah peruntukan Bajet 2015 dari RM126juta kepada RM128juta.
2.2.2 Penambahan peruntukan Pembangunan 2015 dari RM3juta kepada RM5juta. Bagi mengimbangi tambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM2juta, jumlah Hasil Cukai bertambah dari RM101juta kepada RM103juta.
2.2.3 Ringkasan pindaan Bajet 2015 adalah seperti berikut:
AKTIVITI | ASAL | TAMBAH | SELEPAS PINDAAN |
HASIL CUKAI | 101,035,850.00 | 2,000,000.00 | 103,035,850.00 |
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN | 3,000,000.00 | 2,000,000.00 | 5,000,000.00 |
2.2.4 Ringkasan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2015/2016 adalah seperti di Lampiran 2.
2.3 Tuan Supiramany a/l Sinnapayal mencadangkan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya diterima dengan mengambil maklum ke atas pandangan- pandangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Azlan bin Maddin.
3.0 ASAS-ASAS MAKLUMAN
Anggaran-anggaran mengenai Hasil dan Perbelanjaan hendaklah diluluskan dalam suatu Mesyuarat Khas Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Subseksyen 55(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
4.0 PENUTUP
Ahli Mesyuarat Penuh Majlis adalah dimohon untuk mengambil maklum berkenaan Anggaran-anggaran Hasil dan Perbelanjaan mengenai Bajet Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi tahun 2015/2016.
Disediakan oleh:
Pn. Maruziaton binti Omar Penolong Akauntan W32 Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12 Ogos 2014
Disemak oleh:
Pn. Farhana binti Osman Akauntan W41
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12 Ogos 2014
Disahkan oleh:
Pn. Maizatul Hanisa binti M. Isa Akauntan W48
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya 12 Ogos 2014
LAMPIRAN 1
MINIT MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2015/2016 BIL.1/2014
Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Β Β Β Β Β
TARIKH
MASA TEMPAT
:
:
:
21 JULAI 2014 (ISNIN)
11.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
TINGKAT 16, MENARA MPAJ.
KEHADIRAN
1. TN. HJ. ABDUL HAMID BIN HUSSAIN AIS, PPT, PPC- PENGERUSI PEMANGKU YANG DIPERTUA
2. TN. HJ. MEOR RITHUAN BIN MOHAMED SAID - AHLI MAJLIS
3. TN. HJ. ABDUL JALIL BIN HASAN | - β |
4. PN. WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN | - β |
5. TN. SUPIRAMANY A/L SINNAPAYAL, PPN | - β |
6. TN. MOHAMAD BIN SAMOT @ SAMAT | - β |
7. TN. AHMAD FAUZI BIN MOHD KAMIS | - β |
8. TN. AHMAD SABRI BIN ABU BAKAR | - β |
9. TN. LIM FONG LEN | - β |
10. TN. HO AH NGOH | - β |
11. PN. SHARIFAH HASLIZAH BINTI SYED ARIFFIN | - β |
12. TN. AZLAN BIN MADDIN | - β |
13. TN. RAMLI BIN MD SAID | - β |
14. TN. DR. LAI FATT SIAN | - β |
15. PN. YOGAYSWARI A/P RAMALU | - β |
16. PN. SIAN KENG ENG | - β |
17. TN. JOHARI BIN ATLI | - PEMANGKU SETIAUSAHA |
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. EN. HASROLNIZAM BIN SHAARI, Jabatan Kejuruteraan
2. PN. MAIZATUL HANISA BINTI M. ISA, Jabatan Perbendaharaan
3. PN. MARLINA BINTI MOHAMAD, Jabatan Pelesenan
4. EN. KHAIRULAZMI BIN ABDUL RAHMAN, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
5. EN. MOHD YUSUF BIN SULAIMAN, Jabatan Khidmat Pengurusan
6. EN. KHAIRIL AZHAR BIN ISMAIL, Jabatan Belia Masyarakat
7. PN. ROSLIZA BINTI MOHD, Jabatan Perancang Korporat
8. CIK SITI SARAH BINTI MOHD YAHYA, Jabatan Undang-Undang
9. EN. ROSLI BIN JAAFAR, Jabatan Penguatkuasa
10. PN. ZURAINA BT SAID, Jabatan Perancang Bandar
11. EN. MOHD FAZRIN BIN RAHMAN, Bahagian Audit Dalam
12. PN. MASTURA BT ISHAK, Bahagian Ukur Bahan
13. PN. LILY HAMADAH BINTI RAMLE, Bahagian OSC
14. EN. MUHAMMAD NOOR ISMAN BIN ISMAIL, Bahagian COB
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. DRS. SARODIN BIN SHAHRI, Jabatan Perbandaran dan Kesihatan
1.0 BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Hasan
2.0 UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Hamid bin Hussain, Pemangku Yang Di Pertua selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan wakil-wakil jabatan yang hadir ke Mesyuarat Khas Kewangan Bajet Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2015/2016 Bil.1/2014 dan seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1 Perbincangan bajet Majlis 2015/2016 bersama Ketua Jabatan telah diadakan pada 01 Julai 2014. Melalui mesyuarat tersebut, anggaran hasil bagi tahun 2015/2016 disediakan dengan mengambil asas kepada prestasi tahun 2012, 2013 dan setengah tahun 2014 serta kemampuan Majlis untuk mengutip hasil.
2.2 Disiplin kewangan dari segi rekod adalah penting dan memerlukan penggunaan Konsep Ketelusan (Open Book System) bagi membolehkan semakan oleh semua pihak termasuk daripada Kerajaan mahupun awam.
2.3 Meminimumkan pembaziran & elak penyalahgunaan peruntukan. Berbelanja dengan cara berhemah. Tidak melihat dari bajet dan peruntukan tetapi berpandukan kepada kemampuan berbelanja. Isu-isu kerahsiaan
diterapkan pada setiap penjawat awam, hadkuasa dikenal pasti dan tiada konsep one man show.
2.4 Tindakan susulan perlu dilakukan selepas terdapat sesuatu keputusan atau kelulusan ke atas Bajet. Kerap kali berlakunya lack of implementation selepas keputusan atau kelulusan kerana sebab-sebab berikut:
(a.i.1) Tiada pelan tindakan yang rapi dalam sesuatu mesyuarat dan pembincangan yang diadakan sedangkan proses pelaksanaan sesuatu kerja melalui prosedur kerja yang standard dan rutin;
(a.i.2) Kehendak melebihi wang yang diperuntukkan. Sewajarnya perancangan dipatuhi dengan diikuti pemantauan yang rapi;
(a.i.3) Memastikan pegawai yang bertanggungjawab adalah mereka yang berkebolehan dan dapat mengurus dengan baik serta menghasilkan impak yang positif.
2.5 Merealisasikan Pelan Strategik yang memberi penekanan halatuju MPAJ, antara lain, mengutamakan kepuasan pelanggan, menyediakan perkhidmatan perbandaran, kemudahan awam dan infrastruktur yang berkualiti, memantapkan kedudukan kewangan MPAJ, mengemaskini perundangan dan sistem prosedur jabatan serta memantapkan keupayaan pembangunan organisasi.
2.6 Responsive dan peka kepada keperluan dan kemahuan pelanggan, di mana Piagam pelanggan yang menerangkan hak-hak yang patut diperolehi dengan memberi perhatian kepada pelanggan dalam bentuk jaminan bertulis.
3.0 PEMBENTANGAN PRESTASI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, ANGGARAN HASIL DAN PERBELANJAAN TAHUN 2015/2016
Kertas dibentangkan oleh Puan Maizatul Hanisa bt. M. Isa, Akauntan selaku Pengarah Jabatan Perbendaharaan selaras dengan keperluan Seksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
1. Bajet 2015 akan menyediakan peruntukan sejumlah RM126juta. Daripada jumlah tersebut, RM123juta adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM3juta bagi peruntukan pembangunan.
2. Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM33.30juta adalah bagi Emolumen. RM78.47juta disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, RM7.02juta diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RM4.07juta disediakan untuk Pembelian Aset dan baki RM0.15juta ringgit untuk perbelanjaan lain.
3. Peruntukan pembangunan berjumlah RM3juta disediakan bagi projek pembinaan gerai, menyiapkan dewan serbaguna, pembangunan kawasan rekreasi awam dan pembinaan mini stadium secara berfasa di kawasan MPAJ adalah dicadangkan.
4. Anggaran Hasil bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM126juta; iaitu RM6juta; 5% lebih tinggi berbanding dengan anggaran hasil tahun 2014.
5. Hasil Cukai masih terus menjadi penyumbang terbesar bagi Hasil MPAJ. Hasil Cukai dijangka akan menyumbangkan sebanyak RM101.04juta atau 80% daripada keseluruhan hasil MPAJ dan RM24.96juta atau 19% adalah dari Hasil Bukan Cukai.
6. Peningkatan RM2.5juta bersamaan 2.54% bagi anggaran kutipan Hasil Cukai. Peningkatan RM3.51juta bersamaan 16.31% bagi Hasil Bukan Cukai melalui perbandingan anggaran 2014.
7. Hasil Bukan Cukai seperti Lesen dan Permit dengan anggaran RM9.27juta menunjukkan peningkatan 2.77% iaitu RM0.25juta berbanding anggaran tahun 2014. Ianya didorong oleh hasil baru di mana Jabatan Perlesenan mensyaratkan permohonan dan peembaharuan lesen bagi beengkel kereta di kawasan perindustrian menyewa tempat letak kereta khas.
8. Perkhidmatan & Bayaran Perkhidmatan dengan anggaran RM3.6juta menunjukkan peningkatan 41.18% atau RM1.05juta. Namun, Jualan Barang-Barang dianggarkan mengalami penurunan dari RM0.19juta kepada RM0.18juta iaitu 4.95% dari tahun sebelumnya.
9. Sewaan dianggarkan turut menyumbang kepada RM7.17juta, Faedah Simpanan Tetap juga dianggarkan menyumbang kepada RM2.50juta meningkat kepada 66.67% iaitu RM1juta.
10. Penurunan 26.51% iaitu RM0.81juta bagi Denda & Kompaun yang menyumbang kepada RM2.24juta berbanding anggaran tahun 2014.
11. Terimaan Bukan Hasil pada tahun 2015, Majlis tidak menganggarkan sebarang penerimaan hanya token RM60 sahaja, namun begitu permohonan peruntukan seperti Geran Keseimbangan dan Geran Penyelenggaraan Jalan (MARRIS) daripada Kerajaan Negeri untuk pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur di dalam kawasan Majlis di bawah
tajuk Dasar Kerajaan Negeri, Merakyatkan Ekonomi Selangor β Hasil Negeri untuk Rakyat, akan dipohon merujuk kepada aktiviti yang diarahkan untuk perlaksanaan.
12. Majlis masih menggunapakai sasaran kutipan cukai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebanyak 90% untuk kutipan cukai semasa dan 70% bagi tunggakan cukai taksiran.
13. Anggaran Perbelanjaan 2015 adalah sebanyak RM126juta, Majlis memperuntukkan sebanyak RM100juta untuk perbelanjaan komitmen.
14. Perkhidmatan Pembersihan sebanyak RM36juta, Penyelenggaraan Jalan, Cerun, selenggara lampu jalan dan Longkang masing- masing menyumbang sebanyak RM2.55juta daripada jumlah peruntukkan perbelanjaan 2015.
15. Selenggara kenderaan diperuntukkan sebanyak RM0.50juta.
16. Antara lain Majlis juga memperuntukkan sebanyak RM5juta dan RM1.75juta bagi bayaran utiliti βTNB pukal dan utiliti Majlis yang mana masing-masing merupakan perbelanjaan komitmen Majlis.
17. Bagi perubatan dan perkhidmatan insuran diperuntukkan masing- masing sebanyak RM2juta dan RM1.4juta bagi tahun 2015.
18. Majlis juga memperuntukkan RM0.5juta bagi latihan kakitangan.
19. Pembersihan bangunan milik Majlis seperti Menara MPAJ dan gerai diperuntukkan RM2.48juta.
20. Pengindahan kawasan dan kerja-kerja selenggara pokok, RM1.40juta diperuntukkan. Pembaikan Kemudahan dan Taman, Majlis memperuntukkan RM0.95 juta.
21. Peruntukan bagi perkhidmatan jalur lebar / aplikasi talian internet dan prosesan data komputer serta closed-circuit television (CCTV) diperuntukkan sebanyak RM0.35juta. Pembelian komputer sebanyak RM 1.15juta. Penyelenggaraan komputer dan alatan data diperuntukkan RM0.58juta.
22. Majlis turut menyediakan peruntukan tahunan untuk aktiviti Jawatankuasa Penduduk (JKP) anjuran Ahli Majlis kawasan RM1.44juta, pengurusan pejabat Ahli Majlis RM0.72juta dan pentadbiran JKP RM0.07juta.
23. Secara keseluruhannya, 97.56% perbelanjaan komited dianggarkan berjumlah RM100juta dan selebihnya RM23juta bagi perbelanjaan bukan komited dari jumlah anggaran perbelanjaan 2015, di mana perkara ini diperhalusi di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Majlis.
24. Bagi Bajet Pembangunan, disyorkan dikekalkan RM3juta seperti di tahun 2014 dengan merujuk kepada perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Taksiran Bil.5/2014 bertarikh 18 Jun 2014 berhubung dengan kekangan sumber, kemampuan dan pencapaian projek. Tuan pengerusi mengesyorkan memperuntukan pembangunan secara berfasa bagi projek Membina Mini Stadium Pandan Perdana.
3.0 PERBINCANGAN
BIL | TAJUK | PERBINCANGAN | KEPUTUSAN DAN MAKLUMBALAS | |
1. | Bajet Pembangunan Tahun 2015 | Tn Ramli b. Md Said | i. Bersetuju peruntukan sejumlah RM126juta bagi tahun 2015. ii. Peruntukan Pembangunan sebanyak RM3juta disyorkan ditambah kepada RM5juta. | Pindaan Bajet Pembangunan dari RM3juta kepada RM5juta. |
2. | Pengurusan Pasar Malam | Tn Mohamat b. Samat | Beliau mohon agar jabatan terlibat dapat membentangkan laporan prestasi kutipan | Ahli mesyuarat dimaklumkan kutipan pasar malam bagi tempoh 1 Januari 2013 hingga Disember 2013 |
pasar malam. | ialah RM949,405 dan kutipan bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga Jun 2014 ialah RM509,239. | |||
3. | Justifikasi Pembelian Aset | Tn Mohamat b. Samat Tn. Hj Meor Rithuan | Memohon justifikasi pembelian aset; kenderaan sebanyak RM1.8juta dan kelengkapan pejabat berjumlah RM0.20juta | Kenderaan : β’ Proton saga (2 buah) β RM0.09juta β’ Pacuan 4 roda(3 unit) βRM0.24juta β’ Lori Tanker HPT (1unit) β RM0.4juta β’ Bas 44 tempat duduk (1unit) β RM0.50juta β’ Towing truck (1unit)β RM0.15juta β’ Lori Roro (1unit)β RM0.42juta Jumlah = RM1.8juta |
4. | Selenggara Jalan dan Longkang | Tn Ramli b. Md Said | Pindahan sebahagian anggaran peruntukan jalan kepada peruntukan penyelenggaraan longkang memandangkan Geran MARRIS yang diterima oleh MPAJ mencukupi. | Maklum. |
5. | Selenggara data komputer & CCTV dan Pembelian Komputer | Tn. Ho Ah Ngoh | Beliau mohon penjelasan bagi peruntukan Jalur lebar/Aplikasi internet berjumlah RM0.30juta, CCTV sebanyak RM0.35juta dan pembelian komputer sebanyak RM1.15juta yang dianggap tinggi. | Mesyuarat dimaklumkan bahawa ratio sebuah komputer mengikut gred pegawai ialah : Pegawai A 1 : 1 Pegawai B 1 : 2 Pegawai C 1 : 5 |
6. | Penambahan Elaun Ahli Majlis | Pn. Wan Hasrina | Dicadangkan kenaikan elaun ahli majlis. | Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa kadar elaun ahli majlis ditetapkan oleh pihak Kerajaan Selangor SUK. | |
7. | Utiliti | Tn. Supiramany | Memohon bayaran utiliti diperincikan. | Justifikasi Perbelanjaan Ultiliti bagi bulan Januari hingga Julai 2014 : | |
JENIS | PERUNTUKAN | ||||
TELEKOM MALAYSIA | 300,000.00 | ||||
TENAGA NASIONAL | 30,000.00 | ||||
SYT BEKALAN AIR | 570,000.00 | ||||
INDAH WATER & SELENGGARA | 200,000.00 | ||||
JUMLAH | |||||
8. | Hasil Cukai | Ahli Mesyuarat | Ahli Mesyuarat dimaklumkan bahawa pertambahan hasil cukai sebanyak RM2juta di tahun 2015 berbanding tahun 2014. | Maklum. |
5. KEPUTUSAN MESYUARAT
5.1 Ahli Mesyuarat bersetuju ke atas keputusan perkara berikut:
5.1.1 Peruntukan Pembangunan 2015 akan dipinda dari RM3juta kepada RM5juta.
5.1.2 Peruntukan tambahan Hasil Cukai sebanyak RM2juta dari RM101juta kepada RM103juta.
5.1.3 Bagi peruntukan pembangunan sebanyak RM5juta, pindaan diselaraskan dari penambahan Hasil Cukai sebanyak RM2juta.
5.1.4 Dengan pindaan bagi item di para. 5.1.1 dan para. 5.1.2 diselaraskan, Jumlah Peruntukan Bajet 2015 selepas pelarasan adalah berjumlah RM126juta kepada RM128juta.
5.2 Pindaan dan semakan ke atas peruntukan 2015 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/16 Bil. 2/2014 yang diijangka akan diadakan dalam bulan Ogos 2014.
6.0 PENUTUP
Tuan Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.10 petang.
Disediakan oleh :
MARUZIATON BINTI OMAR
Penolong Akauntan Kanan Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 21 Julai 2014
Disemak oleh :
MAIZATUL HANISA BINTI M. ISA
Pengarah
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 21 Julai 2014
Disahkan oleh :
TUAN ABD HAMID BIN HUSSAIN, AIS, PPT, PPC
Pemangku Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 21 Julai 2014
MINIT MESYUARAT KHAS KEWANGAN BAJET 2015/2016 BIL.2/2014
Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Β Β Β Β Β
TARIKH
MASA TEMPAT
:
:
:
06 OGOS 2014 (RABU)
10.30 PAGI
BILIK MESYUARAT,
TINGKAT 16, MENARA MPAJ.
KEHADIRAN
1. TN. HJ. ABDUL HAMID BIN HUSSAIN, AIS, PPT, PPC | - |
(PEMANGKU YANG DIPERTUA MPAJ) | |
2. TN. HJ. MEOR RITHUAN BIN MOHAMED SAID | - |
3. TN. HJ. ABDUL JALIL BIN HASAN | - |
4. PN. WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN | - |
5. TN. SUPIRAMANY A/L SINNAPAYAL, PPN | - |
6. TN. AHMAD FAUZI BIN MOHD KAMIS | - |
7. TN. AHMAD SABRI BIN ABU BAKAR | - |
8. TN. HO AH NGOH | - |
9. TN. AZLAN BIN MADDIN | - |
10. TN. RAMLI BIN MD SAID | - |
11. TN. DR. LAI FATT SIAN | - |
12. PN. YOGAYSWARI A/P RAMALU | - |
13. PN. SIAN KENG ENG | - |
14. TN. IMRAN BIN SELAMAT | - |
15. TN. JOHARI BIN ATLI | - |
PENGERUSI AHLI MAJLIS
β
β
β
β
β
β
β
β
β
β
β
β
PEMANGKU SETIAUSAHA
TURUT HADIR (DALAMAN)
1. DRS. SARODIN BIN SHAHRI, Jabatan Perbandaran dan Kesihatan
2. EN. HASROLNIZAM BIN SHAARI, Jabatan Kejuruteraan
3. PN. MAIZATUL HANISA BINTI M. ISA, Jabatan Perbendaharaan
4. EN. KHAIRULAZMI BIN ABDUL RAHMAN, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
5. EN. MOHD YUSUF BIN SULAIMAN, Jabatan Khidmat Pengurusan
6. EN. KHAIRIL AZHAR BIN ISMAIL, Jabatan Belia Masyarakat
7. PN. ROSLIZA BINTI MOHD, Jabatan Perancang Korporat
8. PN. ZURAINA BT SAID, Jabatan Perancang Bandar
9. EN. AHMAD ALHAIRI BIN MOHAMED YUSUF, Jabatan Bangunan & Senibina
10. PN. NORAISAH BINTI SALIM, Jabatan Undang-Undang
11. EN. ROSLI BIN JAAFAR, Jabatan Penguatkuasa
12. EN. MOHD FAZRIN BIN RAHMAN, Bahagian Audit Dalam
13. PN. MASTURA BT ISHAK, Bahagian Ukur Bahan
14. PN. EMILY BINTI ADLAN, Jabatan Pelesenan
15. EN. MUHAMMAD NOOR ISMAN BIN ISMAIL, Bahagian COB
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
16. PN. MARLINA BINTI MOHAMAD, Jabatan Pelesenan
17. PN. LILY HAMADAH BINTI RAMLE, Bahagian OSC
1.0 BACAAN DOA
Bacaan doa oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Hasan.
2.0 UCAPAN PENGERUSI
Tuan Hj. Abd. Hamid bin Hussain, Pemangku Yang Di Pertua selaku Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan wakil-wakil jabatan yang hadir ke Mesyuarat Khas Kewangan Bajet Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2015/2016 Bil.2/2014 dan seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:-
2.1. Saranan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan agar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan secara sederhana diperingkat Majlis bagi menghormati keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17.
2.2 Merujuk kepada perkara berbangkit dalam Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015/16 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil.1/2014 pada 21 Julai 2014:
2.2.1 Menyelaras pindaan Peruntukan Pembangunan 2015 dari RM3juta kepada RM5juta.
2.2.2 Bagi peruntukan pembangunan sebanyak RM5juta, pindaan diselaraskan dari penambahan Hasil Cukai sebanyak RM2juta. Jumlah Peruntukan Bajet 2015 selepas pindaan adalah RM128juta.
2.2.3 Perbandingan Bajet 2014 dan 2015 dengan peningkatan peratusan sebanyak 6.25% iaitu RM120juta bagi tahun 2014 kepada RM128juta di tahun 2015.
2.3 Penekanan mengenai kepentingan dan pematuhan disiplin kewangan agar tidak timbul isu-isu berbangkit seperti isu kelewatan pembayaran dan dokumentasi kewangan.
3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2015 Bil.1/2014 bertarikh 21 Julai 2014 telah disahkan dengan pindaan pada mukasurat 3; kehadiran - Encik Ahmad Alhairi bin Mohamed Yusuf, Jabatan Bangunan & Senibina dan di mukasurat 8, Bil. 5 β peruntukan jalur lebar/aplikasi internet dan pembelian komputer sebanyak RM1.05juta yang dianggap tinggi dipinda kepada berpatutan.
Minit mesyuarat dicadangkan untuk pengesahan oleh Tuan Hj. Meor Rithuan bin Mohamed Said dan disokong oleh Puan Sian Keng Eng.
4.0 PEMBENTANGAN BAJET 2015 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Pembentangan oleh Puan Maizatul Hanisa bt. M. Isa, Akauntan selaku Pengarah Jabatan Perbendaharaan selaras dengan keperluan Subseksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
1. Bajet 2015 menyediakan peruntukan sejumlah RM128juta. Daripada jumlah tersebut, RM123juta adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM5juta bagi peruntukan pembangunan.
2. Bajet Pembangunan disyorkan penambahan dari RM3juta kepada RM5juta. Bagi mengimbangi pertambahan RM2juta tersebut, jumlah Hasil Cukai dipinda dari RM101juta kepada RM103juta.
3. Pertambahan Hasil Cukai adalah merujuk kepada prestasi dan punca sumber Tunggakan Cukai Taksiran.
5.0 PERBINCANGAN
BIL. | TAJUK | PERBINCANGAN | KEPUTUSAN DAN MAKLUMBALAS | |
1. | Bajet Pembangunan Tahun 2015 | Tn. Ramli b. Md Said | Pindaan Bajet Pembangunan dari RM3juta kepada RM5juta. | Bersetuju dengan Bajet Pembangunan sebanyak RM5juta; peruntukan |
RM3juta bagi cadangan | ||||
pembinaan Mini Stadium | ||||
dan landskap secara | ||||
berfasa di Pandan | ||||
Perdana. RM2juta bagi | ||||
projek pembangunan di | ||||
kawasan Ampang. | ||||
2. | Utiliti | Tn. Supiramany | Perincian butiran utiliti TNB dan bil telefon pegawai dan kakitangan. | i. Ahli mesyuarat dimaklumkan, amaun RM784.10 |
merupakan bayaran | ||||
bil TNB Padang UKRC | ||||
(bukan pukal) di | ||||
bawah seliaan | ||||
Jabatan Penilaian | ||||
dan Pengurusan | ||||
Harta. | ||||
ii. Bayaran Bil Telefon | ||||
pegawai yang | ||||
berkelayakan bagi | ||||
bulan Januari | ||||
hingga Julai 2014 | ||||
sebanyak | ||||
RM39,331.75 |
merangkumi 38 orang pegawai dan kakitangan termasuk pegawai bertanggungjawab talian aduan dan panel klinik. | ||||
3. | Perbelanjaan Pembersihan | Tn. Hj. Meor Rithuan | Mohon huraian berhubung penjimatan pembersihan diperolehi setelah Majlis menamatkan perkhidmatan Syarikat Alam Flora pada Disember 2011. | i. Ahli Mesyuarat dimaklumkan bahawa maksud penjimatan yang diterima ialah bukan dalam bentuk wang tetapi dari segi pengurangan kos pembersihan |
(pemberian | ||||
kontrak/tender). | ||||
ii. Peruntukan RM36juta | ||||
meliputi | ||||
perbelanjaan | ||||
Pengurusan | ||||
Pembersihan | ||||
Awam(PPA) - | ||||
RM15juta, | ||||
Pengurusan Sisa | ||||
Pepejal(PSP) - | ||||
RM12juta, | ||||
pengurusan | ||||
pelupusan sampah | ||||
dan Perbelanjaan |
lain Jabatan Perbandaran & Kesihatan seperti kontraktor kawalan vektor, tangkapan anjing, fogging, sisa binaan. | ||||
4. | Peruntukan Luar Jangka | Ahli Mesyuarat | RM2juta | Pindahan(viremen) kepada jabatan-jabatan mengikut keperluan perbelanjaan luar jangka pada tahun semasa (2015). |
5. | Pinjaman Dari Kerajaan Negeri | Ahli Mesyuarat | Peruntukan RM3.89juta | Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah RM3.89juta merupakan bayaran balik pinjaman dan faedah dari Kerajaan Negeri Selangor bagi Penstabilan Cerun. |
6.0 KEPUTUSAN MESYUARAT
6.1 Ahli Mesyuarat bersetuju ke atas keputusan perkara berikut:
6.1.1 Pindaan Jumlah Peruntukan Bajet bagi tahun 2015 dari RM126juta kepada RM128juta.
6.1.2 Penambahan peruntukan Pembangunan 2015 dari RM3juta kepada RM5juta. Bagi mengimbangi tambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM2juta, Jumlah Hasil Cukai bertambah dari RM101juta kepada RM103juta.
6.2 Tuan Supiramany a/l Sinnapayal mencadangkan Bajet 2015/2016 Majlis Perbandaran Ampang Jaya diterima dengan mengambil maklum ke atas pandangan- pandangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Azlan bin Maddin.
7.0 PENUTUP
Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari.
Disediakan oleh :
MARUZIATON BINTI OMAR
Penolong Akauntan Kanan Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 07 Ogos 2014
Disemak oleh :
MAIZATUL HANISA BINTI M. ISA
Pengarah
Jabatan Perbendaharaan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 08 Ogos 2014
Disahkan oleh :
TUAN ABD HAMID BIN HUSSAIN, AIS, PPT, PPC
Pemangku Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tarikh : 08 Ogos 2014
4.2.
MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL.1/2014
KERTAS UNTUK MAKLUMAN MESYUARAT PENUH MAJLIS BIL. 7/2014
Β Β Β Β Β Β Β Β Β MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Β Β Β Β
MAKLUMAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2014
1.0 TUJUAN
JABATAN PERANCANG BANDAR
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya Bil. 7/2014 berhubung minit mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat yang telah diadakan pada 22 Mei 2014.
2.0 LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dikehendaki dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis untuk mendapat persetujuan Ahli Mesyuarat sebelum dikemukakan kepada Urusetia NKRA Bandar Selamat (JPBD Semenanjung Malaysia) selaras dengan arahan dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Bandar Selamat Bil. 2/2010 bertarikh 1 Disember 2010.
3.0 PENUTUP
Kertas ini dikemukakan kepada Ahli Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk persetujuan dan makluman sebelum dikemukakan ke Unit NKRA Bandar Selamat,JPBD Semenanjung Malaysia.
Disediakan oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(PN. ROHANA BT MOHD NOR)
Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disemak oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(PN. ZURAINA BT SAID)
Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Setiausaha
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Disahkan oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(TN. ABDUL HAMID BIN HUSSAIN)
Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Pengerusi
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat
MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA BIL. 1/2014
TARIKH : 22 Mei 2014
MASA : 3.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 16 , MPAJ
KEHADIRAN
1. Tuan Hj. Abdul Hamid Bin Hussain
- Pengerusi
Pemangku Yang Dipertua MPAJ
2. En. Johari bin Atli - Pemangku Setiausaha Majlis
3. Pn. Sian Keng Eng - Ahli Majlis
4. Tn. Supiramany A/L Sinnapayal - Ahli Majlis
5. Tn. Haji Meor Rithuan Bin Mohamed Said
6. Pn. Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
- Ahli Majlis
- Ahli Majlis
7. Tn. Hj Abdul Jalil Bin Hasan - Ahli Majlis
8. Tn. Mohamad Bin Samat - Ahli Majlis
9. Tn. Ahmad Fauzi Bin Mohd Kamis
- Ahli Majlis
10. Tn. Ahmad Sabri Bin Abu Bakar - Ahli Majlis
11. Tn. Lim Fong Len - Ahli Majlis
12. Tn. Ho Ah Ngoh@Ho Tze Long - Ahli Majlis
13. Pn. Sharifah Haslizah Bt Syed Ariffin
- Ahli Majlis
14. Tn. Azlan Bin Maddin - Ahli Majlis
15. Tn. Ramli Bin Md.Said - Ahli Majlis
-
16. Tn. Dr.Lai Fatt Sian - Ahli Majlis
17. Pn. Yogayswari A/P Ramalu - Ahli Majlis
18. Pn. Zuriani Bt Zulkifli - Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ampang
19. Tn. Insp. Aizuddin Bin Kasim - PDRM, IPD Ampang
20. En. Wan Hidayat Wan Abdullah - Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Daerah Hulu Langat
21. Pn. Hanizawati Bt Samsuddin - Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Daerah Gombak
22. En. Adis Jefri Bin Abdullah - Pej. Pendidikan Daerah Hulu
Langat
23. En. Mohd Khir Bin Shafiee - Pej. Pendidikan Daerah
Gombak
24. En. Abdul Aziz - Pej. Agama Islam Gombak
25. Che. Yusuf Bin Che Mat - JKKK Kg. Tasek Permai
26. En. Saleh Bin Daud - JKKK Kg. Ampang Campuran
27. En. Ismail Bin Cheming - JKKK Kg. Cheras Baru
28. En. Aziz Bin Ishak - JKKK Kg. Bkt. Sg. Puteh
29. En. Zuber Bin Din - Ketua Kampung, Kg. Melayu Ampang
30. En. Subramani A/L Rengasamy - Ketua Komuniti India
Ampang
31. En. Abu Hanifah Bin Abd Rahman
- Ketua Kampung, Kg.
Pandan Dalam
32. En. Muniandy Murugan - JPNIN Daerah Hulu Langat
33. En. Mohd Arshad Bin Ali - Ketua Kampung, Kg.Mufti
Shuib
34. Pn. Norzilawati Bt Che Anuar - Imigresen Neg. Selangor
35. En. Mohd Fairuz Erzal Bin Roslan - Imigresen Neg. Selangor
36. En. Misbah Bin Samad - Ketua Kampung, Kg. Ampang Indah
37. En. Abdul Aziz Bin Ghani - Ketua Kampung, Kg. Sri
Taman Baru
38. En. Dzul Ikraam Bin Zulkifli - Wakil Pejabat Penghulu
Ampang II
39. En. Rosli Bin Baharin - Sime Darby Property
40. En. Shamsul Norzaen Bin Nordin - Sime Darby Melawati Dev.
Sdn. Bhd
41. Pn. Marlina Bt Mohamad - Jabatan Perlesenan, MPAJ
42. Pn. Maizatul Hanisa Bt M.Isa - Jabatan Perbendaharaan,
MPAJ
43. Pn. Hasliza Bt Kamarulzaman - Jabatan Belia &
Masyarakat, MPAJ
44. En. Radmil Azlie Bin Ridzwan - Jabatan Kejuruteraan,
MPAJ
45. En. Khairul Azmi Bin Abd Rahman
46. En. Ahmad Al Hairi Bin Mohamed Yusuf
- Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPAJ
- Jabatan Bangunan & Senibina, MPAJ
47. En. Ghazali Bin Wahab - Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran & Kesihatan, MPAJ
48. En.Mohd Rizal Amry Bin Mohd Yadzi
- Jabatan Korporat, MPAJ
49. Cik Izzati Husna Bt Ismail - Jabatan Perlesenan, MPAJ
50. En. Nur Izwan Hanafi Bin Zaini - Jab. Penguatkuasa , MPAJ
51. En. Lokman Aiman Bin Parjoo - Jabatan Undang-Undang,
MPAJ
52. Pn. Zuraina Bt Said - SetiausahaMesyuarat Jabatan Perancang Bandar
53.
Pn. Rohana Bt Mohd Noor - Urusetia
Jabatan Perancang Bandar
54.
Pn. Norliza Bt Masri - Urusetia
Jabatan Perancang Bandar
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan kata-kata aluan daripada Yg. Berbahagia Tuan Pengerusi Majlis kepada Ahli Majlis, wakil dari jabatan luaran dan jabatan dalaman terlibat. Untuk memberkati mesyuarat ahli mesyuarat dijemput untuk membaca surat Al Fatihah bagi yang beragama Islam manakala yang beragama selain Islam boleh berdoa mengikut cara masing- masing.
1.1 Tn. Pengerusi memaklumkan, mesyuarat pada kali ini merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Bil. 1/2014. Mesyuarat terdahulu iaitu Bil. 3/2013 telah diadakan
pada 25 Oktober 2013 dan minit mesyuarat telah disahkan dalam Mesyuarat Penuh Bil. 12/2013.
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan juga di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli jawatankuasa mesyuarat dan agensi terlibat sama ada dari jabatan dalaman dan agensi luaran.
1.3 Seterusnya beliau mengucapkan tahniah dan juga memaklumkan tentang perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2014 sehingga 2015 dengan sijil yang disediakan.
1.4 Ahli mesyuarat di maklumkan tentang anugerah yang telah diterima oleh MPAJ iaitu Anugerah Bandar Mampan 2012 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada 12 November yang lalu. Beliau juga memaklumkan kaedah kemampan bandar adalah diukur dengan menggunakan kaedah sistem MurniNETs di mana MPAJ memperolehi markah 92%. Markah kategori mampan adalah >80% dan sederhana mampan adalah 50% - 80%.
1.5 Seterusnya mesyuarat akan di bentangkan semua perincian program samada telah, sedang atau akan dilaksanakan oleh semua jabatan. Di harap semua program ini akan mencapai matlamatnya untuk mengurangkan jenayah dan memberi manfaat kepada penduduk keseluruhannya.
1.6 Seterusnya Tuan Pengerusi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa sektor yang memperolehi markah rendah seperti kualiti kehidupan, di mana kes penyakit bawaan air dan vector , dan kadar jenayah, MPAJ memperolehi markah kurang mampan dan perlu diperbaiki oleh semua pihak berkaitan.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3/2013
2.1 Minit mesyuarat bil. 3/2013 bertarikh 25 Oktober 2013, disahkan dengan pindaan seperti mana dicadangkan oleh Tn. Hj. Meor Rithuan Bin Mohamed Said dan disokong oleh Tn. Suppiramany a/l Sinnapayal.
Pindaan minit mesyuarat ialah pada senarai nama kehadiran, di no. 12, Pejabat Perpaduan Hulu Langat. Pindaan juga dibuat kepada no. 18, JKKK Seri Taman Baru dan no. 23, En. Abd. Rashid Bin Saman.
3.0 PEMBENTANGAN CADANGAN LOKASI INISIATIF PEMUTIHAN BLACKSPOTS , PROGRAM BANDAR SELAMAT 2014 OLEH PENGARAH JABATAN PERANCANG BANDAR,MPAJ.
3.1 Pn. Zuraina Bt Said, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPAJ membentangkan beberapa lokasi yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan program pemutihan blackspot 2014 iaitu;
a) Taman Melawati / Taman Permata
b) Taman Mulia Jaya / Kg. Tasek Permai / Kg. Ampang Indah
c) Taman Cahaya / Tmn. Cahaya Indah / Tmn. Pandan Cahaya / Tmn. Ampang Mewah.
3.2 Pn. Zuraina Bt Said menerangkan kriteria pemilihan lokasi adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu;
a) Persekitaran
β’ Persekitaran yang tidak terurus dan kotor;
β’ Bangunan/unit kosong dan bangunan terbengkalai;
β’ Kurang penyelenggaraan bangunan, kemudahan, infrastruktur;
β’ Kawasan gelap;
β’ Tiada kawalan akses (lorong tikus);
β’ Kurang pengawasan semula jadi;
β’ Laluan yang tidak teratur untuk rondaan pihak polis.
b) Keselamatan
β’ Masalah sikap dan status pendapatan; dan
β’ Tumpuan pendatang asing/pelajar asing, penagih dadah, mat rempit, aktiviti haram dan gangster.
c) Sosial
β’ Indeks jenayah
β’ Kurangnya kehadiran pihak polis
β’ Rondaan pihak polis yang tidak sistematik
β’ Kurang kerjasama orang awam
β’ Presence victimless crime seperti pelacuran
β’ Pusat perjudian, penghasilan dan penjualan CD haram.
d) Jenis pembangunan
β’ Perumahan
β’ Perniagaan
β’ Kawasan rekreasi/kawasan lapang
β’ Tempat letak kenderaan awam
β’ Kemudahan awam
e) Pemilikan bagi perumahan strata.
β’ PBT
β’ Kerajaan Negeri
β’ JMB/MC
3.3 Pn. Zuraina Bt Said menerangkan pemilihan 3 lokasi di atas adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan di samping merujuk kepada Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) untuk melihat statistik jenayah dan lokasi hotspots. Matlamat pemutihan blackspot adalah untuk mengurangkan rasa bimbang orang ramai menjadi mangsa jenayah.
3.4 Untuk makluman, pihak Urusetia telah menjalankan kajian sebelum dan sesudah pelaksanaan projek bandar selamat 2013. Didapati majoriti penduduk/orang ramai berpuas hati terhadap projek yang dilaksanakan.
3.5 Seterusnya memandangkan matlamat program ini adalah untuk mengurangkan rasa bimbang menjadi mangsa jenayah (fear of becoming victim of crime) maka ia tidak tertumpu kepada aspek pelaksanaan projek ditapak sahaja tetapi turut melibatkan program oleh agensi dan penduduk.
3.6 Cadangan program tersebut di atas telah dibentang dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Program Bandar Selamat, CPTED dan Inisiatif Pemutihan Blackspots pada bulan Disember 2013 di Kota Kinabalu. Walau bagaimana pun di dalam mesyuarat tersebut semua PBT telah dimaklumkan sehingga hari ini tiada butiran untuk peruntukkan Program Bandar Selamat pada tahun ini. Manakala bagi tahun 2015, Unit Perancang Ekonomi telah memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perlaksanaan Program Bandar Selamat.
4.0 PELAPORAN PROGRES PROGRAM BANDAR SELAMAT DAN INISIATIF PEMUTIHAN BLACKSPOT MPAJ 2013 OLEH PIHAK AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN(AADK)
4.1 Wakil AADK memaklumkan kepada mesyuarat tentang penumpuan aktiviti atau program pada lokasi blackspot 2014 ialah Program Fasa Pemulihan Dadah β rawatan dan pemulihan penagih dadah, yang dibahagi kepada dua kategori iaitu penagih yang telah mendapat perintah mahkamah atau penagih yang secara sukarela menyerah diri.
Majoriti penagih di kawasan ini ialah mereka yang terlibat dengan heroin, ganja serta syabu. Lokasi pusat rawatan adalah terletak di AADK Daerah Ampang, Klinik C&C 1 Malaysia Sg Besi, CCSC Ampang, CCSC Maluri & CCH Kg Malaysia Raya dan NGO pula ialah Pusat Bela Insan Kg Pandan, dan Rumah Sahabat Hulu Langat.
Statistik Dadah oleh AADK 2014;
JUMLAH PENAGIH
Perintah Mahkamah ( 64 ) Sukarela ( 3 )
JUMLAH OKP SEMASA
64 orang
(Komplian : ) (Tidak Komplian : )
Perintah Mahkamah ( 64 ) Sukarela ( 3 )
JUMLAH PENAGIH
TREND PENAGIHAN
SKUAD 1MALAYSIA
Heroin (Taman Mulia Jaya) Heroin & Ganja (Tasik Permai)
Heroin, Ganja & Syabu (Kg Ampang Indah) 61 orang
ADUAN Tiada (Sehingga 23 April 2014)
OPERASI BERSEPADU
Tiada (sehingga 23 April 2014)
4.2 Mesyuarat dimaklumkan juga mulai Jun 2014 operasi akan dimulakan dan berdasarkan kepada aduan. Manakala bagi perancangan dan pelaksanaan program pihak AADK di kawasan blackspot 2014, pihak AADK akan mula menggunakan peruntukan kewangan mulai bulan Jun 2014 serentak dengan kerja-kerja operasi yang dimulakan. Program lawatan dan pemulihan akan juga melibatkan pihak polis dan penduduk di kawasan blackspot 2014 iaitu tertumpu di Kampong Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, dan Kampung Tasik Permai.
4.3 Kadar jenayah seperti kes kecurian motosikal, ragut dan pecah masuk di kawasan ini mendatangkan rasa tidak selamat dan masyarakat beranggapan segala
permasalahan ini dilakukan oleh penagih dadah. Selain itu, dengan kemasukan warga asing mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat setempat tentang keselamatan mereka.
4.4 Ahli Majlis Tn. Hj. Abdul Jalil Bin Hasan dan Tn. Hj. Meor Rithuan Bin Mohamed Said menyuarakan perkara yang sama iaitu meminta pihak AADK untuk membuat operasi di kawasan- kawasan perumahan dan di tempat-tempat yang agak sunyi bagi aktiviti penghidu gam yang semakin berleluasa sekarang ini dan melibatkan golongan penuntut sekolah. Begitu juga dengan isu daun ketum yang pengedarannya semakin berleluasa.
4.5 Wakil AADK memaklumkan kes hidu gam merupakan kes yang boleh diambil tindakan oleh polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat keranan tiada peruntukkan di dalam Akta AADK untuk diambil perhatian.
Tindakan : PDRM AADK dan semua jabatan terlibat.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 En. Abdul Aziz Bin Ishak meminta pihak Penguatkuasa MPAJ mengambil tindakan terhadap penjaja roda tiga yang menjalankan urusan jual beli besi buruk yang mana peniaganya adalah terdiri dari warga Myanmar yang selalu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku.
5.2 Tn. Supiramany a/l Sinnapayal pula memaklumkan kepada mesyuarat bahawa kebanyakkan warga Myanmar yang terlibat bagi aktiviti di atas adalah pemegang kad UNCHR dan tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak.
5.3 Tn. Mohamad Bin Samat juga memaklumkan tentang pengalaman beliau yang pernah berurusan berkaitan perkara di atas dengan pegawai yang bertanggungjawab dan perkara ini agak rumit untuk diselesaikan manakala pihak MPAJ tidak sesuai dipersalahkan di dalam perkara ini.
5.4 Wakil Imegresen juga memaklumkan tentang isu di atas, pihak nya juga berdepan dengan masalah kerana warga Mymyanmar yang ditangkap, mereka akan dibebaskan dalam masa 14 hari dengan jaminan pihak-pihak yang berkaitan.
5.5 Wakil dari Polis memaklumkan bahawa untuk kes kacau ganggu sahaja yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
5.6 Pengarah Jabatan Lesen, Puan Marlina Binti Mohamad pula memaklumkan bahawa pemegang kad UNCHR ini merupakan rakyat yang terancam keselamatannya di Negara asal mereka dan mereka tidak akan kembali ke tempat asal kerana bimbang mereka akan dibunuh.
5.7 Tn. Ramli Bin Md. Said bertanyakan tentang dari mana peruntukkan diterima bagi program Bandar Selamat 2010. Beliau juga memberi pandangan tentang banyak kebaikan yang diterima daripada Program Bandar Selamat yang telah dijalankan sama ada dari segi keindahan dan juga keselamatan.
5.8 Pn. Zuraina Binti Said memaklumkan bahawa peruntukan bagi Program Bandar Selamat bagi tahun 2010, 2011 dan 2013 adalah diterima daripada Kementerian Dalam Negeri.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar dan jabatan terlibat.
6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada Y.Bhg. Tuan Pengerusi kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(PN. ROHANA BT MOHD NOR)
Pegawai Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Disemak oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(PN. ZURAINA BT SAID)
Pemangku Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Setiausaha
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat Disahkan oleh :
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦
(TN. ABDUL HAMID BIN HUSSAIN)
Pemangku Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya Merangkap Pengerusi
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat
5.1.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL.6/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN BIL. 6/2014
Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Β Β Β
TARIKH
:
13 OGOS 2014
MASA
:
9.30 PAGI β 11.30 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Hamid Bin Hussain - Pengerusi (Timbalan Yang Dipertua, MPAJ)
2. Tn. Haji Abdul Jalil Bin Hasan - Ahli Majlis
3. Tn. Ramli Bin Md. Said | - " |
4. Tn. Ahmad Sabri Bin Abu Bakar | - ββ |
5. Tn. Supiramany a/l Sinnapayal | - ββ |
6. Tn. Ho Ah Ngoh | - ββ |
7. Tn. Lim Fong Len | - " |
8. Pn. Yogayswari a/p Ramalu | - " |
9. Tn. Azlan Bin Maddin | - " |
10. Tn. Lai Fatt Sian | - " |
11. Tn. Imran bin Selamat | - " |
12. Tn. Johari Bin Atli (Memangku Setiausaha MPAJ) |
TIDAK HADIR DENGAN MAAF
1. Pn. Syarifah Haslizah Binti Syed Ariffin - Ahli Majlis
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN
LAMPIRAN A
MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.6/2014
LAPORAN JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN KEMASYARAKATAN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan Bil.06/2014 telah diadakan pada 13 Ogos 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 ASPEK KESIHATAN
2.1.1 PROGRAM COMBI DAN LAPORAN DENGGI DI SEKITAR AMPANG JAYA
Kes denggi dilaporkan meningkat di kawasan MPAJ di mana terdapat sebanyak 2897 kes sejak minggu Epid 1 hingga minggu Epid 33 (10 Ogos 2014) tahun 2014 dan 11 demam denggi berdarah.
Empat lokasi `hot spot' iaitu:
1. Taman Ukay Perdana ( Appt Sri Baiduri ) Episod 3
2. Taman Melawati ( Tmn Melawati J Zon 1) Episod 2
3. Taman Keramat (AUIB Tmn Keramat Zon 4 Flat) Episod 3
4. Pandan Perdana (Jln Perdana 2/26, 2/24, 2/22) Episod 1
Sebanyak 118 aktiviti berkaitan pencegahan denggi (gotong royong, taklimat, ceramah, program COMBI, pameran dan operasi penguatkuasaan dan tapak bina) telah dijalankan sejak Januari hingga 10 Ogos, 2014.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.1.2. KEMPEN TANGKAP TIKUS
Mesyuarat dimaklumkan sejak Januari hingga 31 Julai 2014 sebanyak 28 lokasi telah dijalankan aktiviti kawalan tikus menggunakan racun (racumin) di mana lubang - lubang tikus yang telah dikenal pasti telah dibubuh racun. Sebanyak 510 karkus telah dikutip sepanjang aktiviti tersebut.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.1.3. PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KE ATAS RESTORAN
Mesyuarat dimaklumkan sehingga Julai 2014, sebanyak 570 buah premis makanan telah disemak di mana sebanyak 263 buah premis gred A, 219 buah premis gred B dan sebanyak 88 buah premis adalah gred C. Peratusan premis bersih adalah 85%.
Sebanyak 157 kompaun telah dikeluarkan. Statistik laporan adalah seperti di Lampiran 1. Bagi aktiviti kebersihan makanan pasar juadah dan pasaraya di bulan Ramadhan seperti di Lampiran 2.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2. ASPEK ALAM SEKITAR
2.2.1. KEMPEN TONG SAMPAH
Mesyuarat dimaklumkan notis tong sampah masih lagi berterusan dengan fokus utama kepada premis- premis perniagaan. Sepanjang bulan Julai 2014, sebanyak 30 buah premis perniagaan di sekitar Taman Putra, Ampang Campuran, Taman Tasik Tambahan, Taman Kosas dan Taman Melur telah dinotiskan.
Manakala bagi kawasan rumah adalah berdasarkan aduan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.2. PERMOHONAN TONG SAMPAH BESAR DI SIMPANG JALAN BUNGA TANJUNG 8, 8B DAN JALAN BUNGA TANJUNG 9
Mesyuarat memaklumkan perbincangan bersama YB. Tiew Way Keng pada 12 Ogos 2014 bersetuju untuk meletakkan tong sampah `two wheel bin' di hadapan
premis-premis perniagaan. Di samping itu, Kempen Kebersihan akan dilaksanakan di kawasan Taman Muda. Aktiviti termasuk edaran risalah, gotong royong dan termasuk penutupan 1 hari Pasar Taman Muda untuk dilaksanakan kebersihan di kawasan tersebut.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.3. TAPAK LAMA KOLAM MEMANCING DI TAMAN KOSAS (TANAH PEMAJU METROPLEX)
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak jabatan masih dalam proses menyediakan anggaran kos untuk membantu masalah di tapak sekiranya pihak pemaju tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.4. PEMOTONGAN RUMPUT
Mesyuarat dimaklumkan pemotongan rumput telah dilaksanakan pada 15 Jun 2014 di kawasan lapang di sebelah Pejabat YB Tuan Azmin bin Ali dan ianya dilakukan 2 kali sebulan.
Makluman
2.2.5. PEMBERSIHAN LONGKANG
Pembersihan longkang di Jalan Besar Kuari ( berhadapan Taman Mestika) dilaksanakan mengikut jadual pada 9 Ogos 2014.
Makluman
2.2.6. SAMPAH PUKAL DI JALAN ENGGANG
Kerja-kerja kutipan sampah kebun dan sampah pukal di Jalan Enggang (Zon 7) telah dilaksanakan oleh kontraktor kawasan pada 6 Ogos 2014 (Khamis). Pemantauan dan penyeliaan kawasan akan dipertingkatkan lagi bagi memastikan masalah yang sama tidak berulang.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.7. OPERASI TONG SAMPAH DI ZON 5
Operasi tong sampah telah dilaksanakan secara harian (hari kerja) bagi memastikan setiap premis telah mempunyai tong sampah.
Operasi tong sampah di Jalan Wangsa 2 dan 5 telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2014 seperti berikut :
1. Jumlah premis : 19 buah
2. Jumlah notis : 4 notis
3. Premis tutup : 7 buah
4. Tempoh notis : 7 hari
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
2.2.8. PERMOHONAN TONG SAMPAH SAIZ BESAR
Mesyuarat dimaklumkan bahawa YB Tuan Haji Saari Bin Sungib bersetuju untuk membekalkan 3 buah tong sampah " two wheel bin" 240 Liter untuk diletakkan di Jalan Kolam Air, Kg Kelang Gate ( berhampiran rumah ibu YB Azmin Ali)
Makluman
2.2.9. ADUAN NO.77795 MASIH TIADA TINDAKAN
Mesyuarat dimaklumkan pembersihan telah dilaksanakan pada 16 Julai 2014(sampah dan longkang). Tali kuning telah dipasang di Jalan G2 kawasan tersebut berikutan tempat tersebut menjadi kawasan buangan sampah kebun dan pokok. Pemantauan akan dilaksanakan dari masa ke semasa.
Makluman
2.2.10. AKTIVITI CUCI KERETA DI TEMPAT LETAK KERETA DI AMPANG SEKITAR POINT
Mesyuarat dimaklumkan bahawa notis pematuhan syarat telah dikeluarkan kepada pemilik Pusat Cuci Kereta FNA Services Enterprise dan pengusaha meminta tempoh dua bulan untuk melaksanakan arahan Majlis.
Ahli Majlis kawasan memohon perkara ini sepatutnya diambil tindakan segera dan pihak Jabatan diminta menyemak semula perkara tersebut.
Tindakan Jabatan Pelesenan
2.3. ASPEK KEMASYARAKATAN
2.3.1. KEROSAKAN PAGAR FUTSAL DI TAMAN SRI WATAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja pembaikan pagar futsal di Taman Sri Watan dalam tindakan kontraktor.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.2. PEMBAIKAN PAGAR DI DEWAN LEMBAH JAYA
Mesyuarat dimaklumkan tindakan akan diambil dalam waktu terdekat bagi pembaikan pagar di Dewan Jalan 9, Lembah Jaya (bersebelahan Masjid Al-Aman).
Tindakan : Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
2.3.3. GELANGGANG SEPAK TAKRAW
Mesyuarat dimaklumkan penyelenggaraan gelanggang takraw di Dewan Orang Ramai Taman Sri Raya masih dalam tindakan jabatan. Ahli Majlis kawasan memohon agar membaiki keperluan asas di dalam dewan tersebut terutama lampu.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
2.3.4. PEMBAIKAN PAGAR FUTSAL
Mesyuarat dimaklumkan pagar yang rosak di padang futsal Dataran Anak Muda, Jalan H, Taman Melawati telah dilaksanakan.
Makluman
2.3.5. PERMOHONAN PAGAR BESI
Mesyuarat dimaklumkan permohonan tiang pagar penghadang di padang / tempat riadah di Taman Permai Jaya sedang dalam tindakan jabatan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.6. PAGAR HALANGAN BOLA
Mesyuarat dimaklumkan Majlis akan membaiki pagar halangan bola di tapak permainan Taman Bukit Utama 2.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.7. PERMOHONAN MEMBAIK PULIH DEWAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja membaik pulih Dewan Taman Rasmi Jaya dalam tindakan pihak kontraktor.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
2.3.8. POKOK BESAR DI PANGSAPURI INTAN
Mesyuarat dimaklumkan kerja-kerja penebangan pokok besar di Jalan Bukit Permai hadapan Pangsapuri Intan telah diambil tindakan pada 16 Julai 2014.
Makluman
2.3.9. MEMBINA PAGAR SEKELILING PADANG
Mesyuarat dimaklumkan pihak jabatan dalam tindakan untuk membina penghalang gol di padang belakang Dewan Komuniti Jalan Kemboja 3A, Taman Muda bagi menghalang bola keluar dan terkena kereta penduduk yang terletak di tepi jalan atau kereta yang melalui jalan berhampiran.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.10. PERMOHONAN TEBANG POKOK
Mesyuarat dimaklumkan pihak Jabatan sedang dalam menyediakan spesifikasi kerja bagi permohonan penebangan pokok di Sekolah Agama ( Kafa Integrasi) Taman Melawati berhadpan International School dan belakang deretan kedai Jalan E1, Taman Melawati.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
2.3.11 POKOK KELAPA MENCECAH WAYAR ELEKTRIK
Mesyuarat dimaklumkan pokok kelapa yang terletak di persimpangan Jalan C-3M, Taman Melawati Fasa 3 adalah milik persendirian.
Makluman
2.3.12. BAIK PULIH DEWAN ORANG RAMAI JALAN J-10
Permohonan membaik pulih Dewan Orang Ramai di Jalan J-10, Taman Melawati, Fasa 6 dalam proses kelulusan fail.
Tindakan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
2.3.13. GARIS PANDUAN DEWAN JKP
Mesyuarat dimaklumkan garis panduan penggunaan dewan. Waktu penggunaan dewan yang dipersetujui beroperasi sehingga 11.00 malam bagi hari biasa (Isnin - Jumaat) dan sehingga 12.00 malam bagi hari hujung minggu/cuti umum (Sabtu - Ahad) dan tertakluk kepada lokasi dewan terutama yang berdekatan dengan kawasan perumahan.
Makluman
3. HAL-HAL LAIN
3.1. ASPEK ALAM SEKITAR
3.1.1. DATA TERPERINCI NTC YANG DIKELUARKAN KEPADA KONTRAKTOR
Mohon Majlis dapat memberikan data terperinci NTC yang dikeluarkan kepada kontraktor kerana kebelakangan ini sampah sering tidak diangkat terutama di Zon 5 serta lain-lain kawasan untuk makluman Ahli Majlis.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.1.2. SAPUAN JALAN DI ZON 19
Kerja-kerja penyapuan tidak dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan iaitu di:-
a) Di kawasan Flat Pandan Indah Jalan 3/3, kerja- kerja penyapuan tidak pernah dibuat oleh kontraktor pembersihan sampah dan banyak sampah yang bersepah-sepah.
b) Penyapuan di taman-taman perumahan di Zon 19 amat jarang dilakukan oleh kontraktor.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2. ASPEK KEMASYARAKATAN
3.2.1. SELENGGARA POKOK-POKOK PAGAR DI SEKITAR PADANG TAMAN BUKIT UTAMA 2.
Mohon Majlis membuat penyelenggaraan ke atas pokok-pokok pagar di sekitar Padang Taman Bukit Utama 2 bersebelahan permainan kanak-kanak.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.2. PENANAMAN POKOK 'BUCHIDA' DI SEKITAR JALAN WANGSA 2
Mencadangkan Majlis menanam 8 hingga 10 batang pokok 'buchida' di sekitar Jalan Wangsa 2 samada di atas tanah atau di pasu besar bagi tujuan pengindahan kawasan.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.3. DUSUN BANDAR DI TAMAN KOSAS
Mencadangkan supaya setelah Dusun Bandar diambilalih oleh Majlis tindakan-tindakan berikut diberi perhatian:
a. Menanam semula mana-mana pokok yang telah mati
b. Program gotong-royong pembersihan
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.4. GELANGGANG BOLA KERANJANG DI JALAN YOUTH, KAMPUNG BARU AMPANG
Mencadangkan Majlis dapat menyediakan beberapa keperluan di gelanggang bola keranjang di Jalan Youth, Kg Baru Ampang seperti berikut:
a) Paip air ke tandas.
b) Tambahan tempat duduk sekitar gelanggang.
c) Bina 'wakaf' untuk berehat.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.2.5. GELANGGANG TAICHI DI JALAN JELAWAT 6
Gelanggang taichi di Jalan 6, Kampung Ampang Campuran perlu diberi perhatian dari segi keutamaan pengguna senaman taichi yang telah lama menggunakan gelanggang tersebut.
Tindakan: Jabatan Belia & Masyarakat
3.3 LAIN-LAIN ASPEK
3.3.1. BAIK PULIH PAGAR DI JALAN WANGSA 1
Pagar di sepanjang Jalan Wangsa 1, perlu dibaik pulih termasuk mengecat pagar tersebut kerana pagar tersebut didapati telah rosak dan uzur.
Tindakan: Jabatan Kejuruteraan
3.3.2. BAIK PULIH 'POST BARRIER'
Di Jalan Wangsa 1/MMR 2 terdapat ' post barrier' yang telah rosak dan perlu dibaiki.
Tindakan: Jabatan Kejuruteraan
3.3.3. GERAI HARAM DI JALAN BUKIT PERMAI 2
Terdapat gerai haram di Jalan Bukit Permai 2 dan diusahakan oleh warga Myanmar.
Tindakan: Jabatan Penguatkuasa
3.3.4. SAMPAH TIDAK DIKUTIP DI KAWASAN BUKIT PANDAN BISTARI DAN MUTIARA COURT
Kutipan sampah tidak dibuat dalam masa seminggu di kawasan Bukit Pandan Bistari dan Mutiara Court.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
4.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan.
Disediakan Oleh:
Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 20Ogos2014
LAMPIRAN 1
STATISTIK PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN MENGIKUT KATEGORI DAN GRED BAGI TAHUN 2014 SEHINGGA
31 JULAI 2014
BIL | KATEGORI | JUMLAH KESELURUH AN PREMIS AKTIF | GRED | BIL KOMPAUN | |||
A | B | C | 9 (f) | 47(1)(d)/ UUK 19(1)(d) | |||
1. | RESTORAN | 725 | 193 | 154 | 71 | 75 | 35 |
2. | MEDAN SELERA | 158 | 32 | 23 | 5 | 15 | 0 |
3. | GERAI STATIK | 91 | 7 | 15 | 3 | 6 | 9 |
4. | KANTIN | 54 | 0 | 4 | 2 | 1 | 1 |
5. | UPEN | 51 | 15 | 10 | 3 | 6 | 4 |
6. | BOT | 82 | 16 | 13 | 4 | 1 | 4 |
JUMLAH | 1161 | 263 | 219 | 88 | 104 | 53 |
263 (Gred A) + 219(Gred B) X 100
570
= 85. %
LAMPIRAN 1
LARORAN OPERASI PENUTUPAN PREMIS TAK SUCI BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT / GOMBAK MENGIKUT KATOGERI DAN GRED SEHINGGA JULAI 2014
BIL | TARIKH | LOKASI | BIL PREMIS DIPERIKSA | BIL PREMIS DIARAH TUTUP | BIL PREMIS KOMPAUN |
1. | 23.1.2014 (RABU) | RESTORAN PANDAN INDAH & TAMAN LEMBAH MAJU | 99 | 25 | 0 |
2. | 11.3.2014 (SELASA) | RESTORAN JALAN KOLAM AIR LAMA | 3 | 0 | 0 |
GERAI STATIK JALAN KOLAM AIR LAMA | 5 | 1 | 0 | ||
3. | 4.6.2014 (RABU) | BAZAR MELAWATI, TAMAN MELAWATI | 12 | 0 | 0 |
4. | 5.6.2014 (KHAMIS) | RESTORAN AMPANG POINT | 20 | 4 | 0 |
JUMLAH | 139 | 30 | 0 |
* TIADA OPERASI PENUTUPAN DIJALANKAN
5.2.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.6/2014
MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
BIL.6/2014
Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA Β Β Β
TARIKH
:
11 OGOS 2014
MASA
:
9.30 PAGI - 11.11 PAGI
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT 1, TINGKAT 16, MENARA MPAJ
KEHADIRAN
1. Tn. Abd. Hamid Bin Hussain - Pengerusi (Pemangku YDP, MPAJ)
2. Tn. Ahmad Fauzi Bin Mohd Kamis - Ahli Majlis
3. Tn. Ahmad Sabri Bin Abu Bakar - ββ
4. Tn. Lim Fong Len - ββ
5. Tn. Ho Ah Ngoh @ Ho Tze Long - ββ
6. Pn. Yogayswari a/p Ramalu - ββ
7. Tn. Ramli Bin Md. Said - ββ
8. Tn. Dr. Lai Fatt Sian - ββ
9. Tn. Imran Bin Selamat - ββ
10. Tn. Johari Bin Atli - Pemangku Setiausaha
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Pn. Sharifah Haslizah Binti Syed Ariffin - Ahli Majlis
LAMPIRAN B
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN MESYUARAT PENUH MAJLIS MPAJ BIL.7/2014
LAPORAN JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN BINAAN TANPA IZIN
1. TUJUAN
Kertas ini dibentangkan bertujuan untuk mendapat pengesahan Mesyuarat Penuh Majlis mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
2. LATARBELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin Bil. 6/2014 telah diadakan pada 11 Ogos 2014 membincangkan serta memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 BINAAN RUMAH TANPA KEBENARAN MAJLIS DI JALAN A KG PANDAN (NO.68, JALAN KEMAJUAN A, KG PANDAN BERHADAPAN KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN)
Mesyuarat dimaklumkan, pemilik rumah telah mengemukakan permohonan pelan 'as-built' di bawah program pemutihan pada 5 Ogos 2014. (Fail MPAJ.BS.KB 740- 1/587/14) dan diluluskan.
Makluman
2.2 BINAAN TANPA KEBENARAN DI BAWAH REZAB TALIAN RENTIS TNB DARI KG PANDAN KE KG TASEK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak TNB telah merobohkan struktur asal di tapak dan dalam tindakan memasang pylon di tapak.
Berhubung dengan aduan mencuri pasir di Jalan Nirwana 2, pihak Jabatan Penguatkuasa telah membuat lawatan tapak bersama Ahli Majlis kawasan pada 24 Julai 2014. Pihak kontraktor memaklumkan hanya menjalankan kerja-kerja pembersihan sahaja. Isu ini juga telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah Hulu Langat untuk pemantauan dan tindakan lanjut.
Makluman
2.3 TAPAK KEDIAMAN DIJADIKAN TEMPAT MENJUAL KERETA TERPAKAI DI LORONG JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh sebutan kes pertama telah ditetapkan pada 2 Oktober 2014.
Tindakan: Jabatan Undang-Undang
2.4 PEMBINAAN DI CERUN DI LOT 153, LORONG 8, KG TASIK PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah membuat draf surat akujanji tembok penahan untuk ditandatangani oleh pemilik rumah dan dalam proses semakan Jabatan Undang- Undang.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.5 GERAI TOMYAM DAN GERAI BURGER DI BAHU JALAN F KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, mesyuarat penyelarasan untuk mengambil tindakan roboh ke atas gerai tomyam dan burger yang telah diberikan notis 425 KTN akan diadakan pada 18 Ogos 2014.
Tindakan : Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat
2.6 ISU PENEROKAAN DAN PENAMBAKKAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 2/1 DAN 2/1B TASEK TAMBAHAN
Mesyuarat dimaklumkan, mesyuarat penyelarasan berhubung isu penerokaan di kawasan lapang di Jalan 2/1 dan 2/1B Tasek Tambahan akan dilaksanakan pada 18 Ogos 2014.
Tindakan : Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat
2.7 STATUS BINAAN DI ATAS LOT-LOT PERSENDIRIAN DI JALAN MERDEKA (KAWASAN PERUMAHAN BARU DI SEBELAH SEK.MEN. BANDAR BARU AMPANG)
Mesyuarat dimaklumkan, hasil lawatan tapak pada 7 Julai 2014 mendapati tapak adalah zon perniagaan mengikut Rancangan Tempatan MPAJ (BPK 2.2). Terdapat 53 lot yang mengandungi bengkel kereta, kedai 'hardware', used car, kedai runcit, barang terpakai dan kediaman di tapak tersebut.
Untuk mengatasi masalah di tapak, Majlis diminta untuk memantau kawasan tersebut dan perancangan selanjutnya dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
Makluman
2.8 RUMAH NO. 2, JALAN 9, TAMAN PUTRA DIJADIKAN STOR
Mesyuarat dimaklumkan, tarikh sebutan kes pertama telah ditetapkan pada 2 Oktober 2014.
Tindakan : Jabatan Undang-Undang
2.9 5 KELUARGA MYANMAR DI KAWASAN BINAAN TANPA IZIN DI BAWAH RINTISAN TNB DI PANDAN JAYA UTARA
Mesyuarat dimaklumkan, isu ini masih dalam tindakan TNB. Sehingga kini pihak jabatan masih menunggu maklumbalas daripada pihak TNB.
Tindakan: Jabatan Perancang Bandar
2.10 KILANG HARAM DI JALAN TERATAI 1/9B, TAMAN BUKIT TERATAI
Mesyuarat dimaklumkan, kerja-kerja pembersihan di tapak telah dilaksanakan pada 5 Ogos 2014. Sebanyak 9 batang pokok Buchida telah ditanam di kawasan tersebut.
Makluman
2.11 GANTIAN SURAU BARU DI LORONG PANDAN TAMBAHAN 1 YANG DIROBOHKAN UNTUK PROJEK SRI PINANG VILLA
Mesyuarat dimaklumkan, hasil lawatan tapak pada 3 Julai 2014 mendapati kerja-kerja pembinaan surau telah dimulakan. Pemaju memaklumkan penduduk setempat membina sendiri surau tersebut. Pihak Jabatan memaklumkan status tapak adalah sebahagian rezab jalan dan kawasan lapang dalam kawasan flat. Memandangkan pembinaan telah hampir siap, mesyuarat memutuskan supaya Jabatan Teknikal dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaiknya.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.12 GERAI MAKAN DI DALAM KAWASAN FLAT SERI DAGANG, TAMAN DAGANG (SEBELAH DEWAN ORANG RAMAI)
Mesyuarat dimaklumkan, penyelarasan bersama YB. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad akan dibuat dalam masa terdekat.
Tindakan: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
2.13 AKTIVITI DI BAWAH 'FLYOVER' KG PANDAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah menawarkan dua penjaja di bawah 'flyover' tersebut ke Medan Selera Angsana Hilir. Sehingga kini pihak jabatan masih menunggu maklumbalas penerimaan.
Tindakan : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.14 UBAHSUAI DALAMAN DI KETAPANG VILLA, TAMAN NIRWANA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak pemaju telah bersetuju untuk menanggalkan serta mengembalikan kepada keadaan asal. Pihak jabatan memberi tempoh 3 bulan sehingga September ini untuk pemaju menyelesaikan isu ini. Tarikh tamat tempoh adalah pada 6 September 2014.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
2.15 CADANGAN MEMBINA PASAR, PARKING DAN KONDOMINIUM BERTINGKAT DI TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, perbincangan bersama YB Tiew Way Keng akan diadakan pada akhir bulan Ogos 2014 berkenaan cadangan untuk dibangunkan pasar dan tempat letak kereta bertingkat di atas tapak BOT dan tanah persendirian bersebelahan.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar
2.16 PENAMBAHAN DI BAHAGIAN BELAKANG GERAI PLB, TAMAN SRI RAYA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan masih dalam proses semakan dan bancian ke atas semua penjaja PLB. Penyelarasan bersama jabatan teknikal yang berkaitan akan dilaksanakan selepas semakan dan bancian penjaja PLB selesai.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaraan & Kesihatan
2.17 KES BINAAN RUMAH YANG TIADA ANJAKAN DI BAYU MAS
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah pun memaklumkan justifikasi mengenakan kompaun maksimum tersebut kepada pemilik pada 4 Ogos 2014 dan sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumbalas dari pemilik rumah.
Tindakan : Jabatan Undang-Undang
2.18 STATUS PEMBINAAN DEWAN DI PADANG TAMAN DAGANG FASA 2A
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah membuat semakan dan notis pengosongan telah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari. Tindakan perobohan akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Mesyuarat dimaklumkan juga setelah perobohan dibuat, Majlis akan mengekalkan lantai dewan untuk kegunaan masyarakat bagi gelanggang futsal.
Tindakan : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
2.19 STATUS GERAI MAKANAN DI JALAN BUNGA MAWAR 2, JALAN BUNGA TANJUNG 10 DAN 10A, TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, perjumpaan bersama penjaja akan diadakan pada 14 Ogos 2014 bagi membincangkan penyusunan gerai-gerai terbabit agar lebih teratur dan kemas. Keseluruhan penjaja yang telah dibanci adalah seramai 44 orang.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaraan & Kesihatan
2.20 RUMAH USANG DI LEMBAH JAYA SELATAN (JALAN BESAR LEMBAH JAYA SELATAN)
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat pada 18 Ogos 2014.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa/
Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat
2.21 LOT TEMPAT LETAK KERETA DI HADAPAN BLOK 4 FLAT DESA LEMBAH PERMAI
Mesyuarat dimaklumkan, perbincangan lanjut akan dilaksanakan bersama pihak COB dan JMB bagi
mengalihkan tempat letak motosikal di bahagian tepi ke bahagian hadapan bagi mengelakan kecurian motosikal.
Makluman
2.22 CADANGAN MEMBINA GERAI KECIL DI JALAN LEMBAH JAYA SELATAN
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan mengadakan perbincangan dengan jabatan teknikal MPAJ berhubung cadangan rekabentuk membina gerai/kiosk insitu.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan & Perbandaran Kesihatan
2.23 RUMAH-RUMAH TINGGAL DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS
Mesyuarat dimaklumkan, isu rumah-rumah tinggal di kawasan pentadbiran Majlis yang dicadangkan diambil alih oleh Majlis perlu perbincangan lanjut bersama Jabatan Undang- Undang.
Makluman
2.24 TUTUP LALUAN (TIKUS) DARI MRR2 MASUK KE JALAN FLAT TAMAN ANGSANA HILIR
Mesyuarat dimaklumkan, penghadang blok konkrit telah dipasang di laluan tersebut. Tambahan penghadang konkrit akan dipasang pada 14 Ogos 2014.
Makluman
2.25 MOHON SATU SALINAN PERJANJIAN B.O.T. LEMBAH MAJU
Mesyuarat dimaklumkan, isu ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan Bil.7.2014 pada 25 Ogos 2014.
Makluman
2.26 PEMBINAAN RUMAH KEDAI DI JALAN MATAHARI 3, TAMAN MAJU JAYA FASA 3
Mesyuarat dimaklumkan, Kebenaran Merancang bagi projek di tapak telah diluluskan, walau bagaimanapun pihak pemaju belum mengemukakan pelan bangunan.
Makluman
2.27 MOHON ALIHKAN PAPAN TANDA 'BERHENTI' DI SUSUR JALAN PANDAN JAYA 5, PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, kerja-kerja pengalihan papan tanda akan dilaksanakan pada 13 Ogos 2014.
Makluman
2.28 SEMAK TAPAK 'USED CAR' DI JALAN PANDAN JAYA 5, PANDAN JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan telah mengeluarkan kompaun kepada pemilik 'used car' iaitu Kaitan Jaya dan Brother Auto di Pandan Jaya. Pihak jabatan telah berbincang bersama Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan notis akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2014. Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
2.29 PEMBERSIHAN LONGKANG DI JALAN BUNGA TANJUNG 12, TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, kerja-kerja pembersihan dilaksanakan mengikut jadual. Kerja-kerja telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2014.
Makluman
2.30 CANTASAN POKOK DI JALAN KEMBOJA 11D, TAMAN MUDA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan dalam proses lantikan kontraktor untuk kerja-kerja cantasan pokok di Jalan Kemboja 11 D, Taman Muda.
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
Tindakan : Jabatan Belia & Masyarakat
2.31 CADANGAN MENANAM POKOK-POKOK BUNGA DI SEKELILING KEBOK SAMPAH AWAM
Pihak JKP 18 akan mengadakan aktiviti gotong royong dan menanam pokok bunga sebagai projek contoh pada bulan Oktober di sekeliling kebuk sampah di kawasan flat.
Makluman
2.32 PERMOHONAN PEMBERSIHAN LONGKANG DI JALAN MEWAH 4, PANDAN MEWAH (BELAKANG HOSPITAL AMPANG)
Mesyuarat dimaklumkan, kerja-kerja pembersihan dilaksanakan mengikut jadual. Kerja-kerja telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2014.
Makluman
2.33 SEMAK STATUS PROJEK ATAS TANAH LAPANG DI JALAN 9, TAMAN DAGANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, hasil semakan mendapati tiada apa-apa permohonan diterima di atas tapak tersebut. Isu ini perlu dipanjangkan ke Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat kerana melibatkan tanah kerajaan.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar/ Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat
2.34 KERETA BURUK DI JALAN 6, TAMAN DAGANG JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, tindakan sitaan akan dilaksanakan pada 11 Ogos 2014.
Makluman
2.35 SEMAKAN SEMULA GERAI DI ATAS MONSOON DRAIN TEPI PAGAR SEKOLAH AGAMA LEMBAH JAYA
Mesyuarat dimaklumkan, pihak jabatan akan mengadakan perbincangan bersama jabatan teknikal berhubung cadangan membina gerai/kiosk insitu.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 ISU SAMPAH YANG TIDAK DIKUTIP OLEH KONTRAKTOR KAWASAN KG PANDAN
Pihak Majlis diminta menamatkan perkhidmatan kontraktor pengurusan sisa pepejal bagi kawasan Kg Pandan kerana sering mendapat aduan daripada penduduk, kontraktor tidak mengangkat sampah mengikut jadual. Keadaan ini juga berlaku menjelang musim perayaan di mana kontraktor tidak mengangkat sampah sebelum Hari Raya.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
3.2 SEMAK SAMUN DI CERUN BERSEBELAHAN TAPAK TANAH RUNTUH (BERDEKATAN TAMAN BUKIT JAYA)
Mohon Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan membersihkan kawasan semak samun di cerun bersebelahan tapak tanah runtuh (berdekatan Taman Bukit Jaya) kerana ianya menjadi laluan 'tikus' kepada suspek pecah rumah/pencuri.
Tindakan :
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
3.3 MOHON SEMAKAN RUMAH TERBENGKALAI DI JALAN WANGSA 9, TAMAN WANGSA UKAY
Aduan diterima daripada penduduk Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa Ukay dan mohon Majlis membuat semakan ke atas rumah terbengkalai di Jalan Wangsa 9 kerana ada individu yang tinggal di dalam rumah tersebut.
Tindakan : Jabatan Penguatkuasa
3.4 PEMBERSIHAN LONGKANG DI JALAN BUNGA MELUR 1,8,10,12 DAN 14 TAMAN MUDA
Aduan diterima daripada penduduk di mana pekerja- pekerja kontraktor pembersihan longkang tidak membuat kerja dengan sempurna. Pihak Majlis diminta membuat pemantauan ke atas kerja pembersihan longkang di Jalan Melur 1,8,10,12 dan 14 Taman Muda.
Tindakan :
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
3.5 LONGKANG ROSAK DI SEKELILING PADANG TAMAN MUDA
Aduan email telah dibuat pada 11 Ogos 2014 berkaitan longkang rosak di sekeliling padang Taman Muda.
Tindakan : Jabatan Kejuruteraan
(Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.6 LONGKANG ROSAK ANTARA JALAN BUNGA MELUR 8 DAN 10, TAMAN MUDA
Mohon pembaikan longkang antara Jalan Melur 8 dan 10, Taman Muda.
Tindakan :
Jabatan Kejuruteraan (Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam)
3.7 TREK JOGGING DI PADANG JALAN 19, TAMAN PUTRA
Trek jogging di sekeliling padang Jalan 19, Taman Putra tidak disiapkan sepenuhnya.
Tindakan :
Jabatan Belia & Masyarakat (Minit dipindahkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Kemasyarakatan)
3.8 MOHON SEMAKAN UBAHSUAI DI JALAN BUNGA CEMPAKA 2, TAMAN MUDA
Mohon semakan ke atas kerja-kerja ubahsuai terutama di kawasan parking di rumah pangsa Jalan Bunga Cempaka 2, Taman Muda mempunyai permit atau tidak.
Tindakan : Jabatan Bangunan & Senibina
3.9 SEMAKAN STATUS PARKING KAWASAN LAPANG DI BELAKANG JALAN 3/1 TAMAN LEMBAH MAJU
Semakan ke atas kawasan tanah lapang di belakang Jalan 3/1, Taman Lembah Maju di mana pihak Majlis pernah mengambil tindakan ke atas ternakan ayam haram dan kini kawasan tersebut telah menjadi kawasan tempat letak kenderaan iaitu bas-bas sekolah dan kilang samada kawasan tersebut disewa dari Majlis atau sebaliknya. Jika sebaliknya mohon pihak Majlis mengeluarkan kompaun kepada pemilik-pemilik bas tersebut.
Tindakan : Jabatan Perancang Bandar/ Jabatan Penguatkuasa
4.0 PENUTUP
Mesyuarat Penuh Majlis adalah diminta untuk menimbangkan dan mengesahkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin.
Disediakan Oleh: Bahagian Urusetia
Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 14OGOS2014
5.3.
LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL.7/2014