FORMAT AA
FORMAT AA
PERJANJIAN PERKHIDMATAN, KERJA DAN PEMBEKALAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
LANJUTAN PERJANJIAN
a. Jabatan Landskap & Rekreasi
b. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
c. Jabatan Kejuruteraan
LAMPIRAN 1
JABATAN UNDANG-UNDANG (JUU) MAJLIS PERBANDARAN KAJAN
ARAHAN : SILA PASTIKAN SENARAI SEMAK INI DILENGKAPKAN BERSERTA DOKUMEN
CAP JABATAN
1) Pengesahan daripada Jabatan Dalaman bagi melengkapkan senarai dokumen. Ulasan (Jika ada)
UNTUK KEGUNAAN JABATAN UNDANG-UNDANG SAHAJA.
2) Pengesahan daripada Jabatan Undang-Undang (JUU) bagi penyempurnaan tandatangan Perjanjian.
a) Dokumen Lengkap
b) Dokumen tidak lengkap
Disemak Oleh :
CAP JUU
Tandatangan & Cop
Tarikh :
MPKj/UDG/B1-2020 PIND.1
PERJANJIAN INI DIBUAT pada hari dan tahun sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 1 Jadual Pertama, Perjanjian ini.
DI ANTARA
Pihak yang bernama dan beralamat sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 2 Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini disebut “Majlis”) sebagai satu pihak dan pihak yang bernama dan beralamat sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini disebut “Kontraktor”) sebagai pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA :
(A) Melalui Perjanjian bertarikh sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 4 Jadual Pertama Perjanjian ini yang telah ditandatangani oleh Majlis pada satu pihak dan Kontraktor pada satu pihak yang lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai ”Perjanjian Asal”) yang mana Majlis telah melantik dan Kontraktor telah bersetuju menerima perlantikan tersebut bagi melaksanakan perkhidmatan/ kerja/pembekalan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 5 Jadual Pertama Perjanjian ini kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan kerja-kerja berkaitan (selepas ini disebut “Perkhidmatan/ Kerja/Pembekalan”) ke atas kawasan yang secara khususnya dinyatakan dalam Perkara 6 Jadual Pertama (sesalinan Perjanjian Asal tersebut dilampirkan bersama Perjanjian ini dan ditandakan sebagai Lampiran A).
(B) Berdasarkan Klausa 3 Perjanjian Asal tersebut telah memperuntukkan bahawa tempoh perlantikan Kontraktor bagi pelaksanaan Kerja tersebut adalah selama tempoh sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 7 Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini disebut ”Tempoh Asal”) dan Majlis telah bersetuju untuk melanjutkan lagi Tempoh Asal Perkhidmatan/ Kerja/ Pembekalan tersebut selama tempoh sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 8 Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini disebut “Tempoh Lanjutan tersebut”) secara khususnya dinyatakan dalam Surat Setuju Terima dan dipersetujui oleh Kontraktor di dalam Surat Akuan Penerimaan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 9 Jadual Pertama Perjanjian ini (sesalinan dilampirkan sebagai Lampiran B).
(C) Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju untuk memasuki Perjanjian ini sebagai sampingan kepada Perjanjian Asal tersebut bagi melaksanakan tanggungan hak, obligasi dan kepentingan kedua-dua pihak dan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Asal dan Perjanjian ini.
Jabatan Undang-Undang 1
Majlis Perbandaran Kajang
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SEPERTI BERIKUT:-
1. TEMPOH PERJANJIAN
Kontraktor hendaklah memulakan Perkhidmatan/ Kerja/ Pembekalan tersebut serta-merta daripada tarikh bermulanya Tempoh Lanjutan tersebut sepertimana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 8 Jadual Pertama Perjanjian ini.
2. PEMBAYARAN
2.1 Tertakluk kepada peruntukan lain di dalam Perjanjian ini dan Perjanjian Asal, bayaran Perkhidmatan/ Kerja/ Pembekalan tersebut di bawah Perjanjian ini seperti mana yang dinyatakan secara khusus dalam Perkara 10 Jadual Pertama Perjanjian ini (selepas ini disebut ”Bayaran tersebut”) dengan merujuk perincian spesifikasi Perkhidmatan/ Kerja/Pembekalan tersebut di Jadual Kedua.
2.2 Sekiranya Majlis berpendapat bahawa adalah perlu bagi kerja-kerja tambahan dilakukan oleh Kontraktor di bawah Perkhidmatan/ Kerja/Pembekalan tersebut, Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja-kerja tambahan tersebut selepas arahan bertulis dikeluarkan oleh Majlis kepada Kontraktor dan mengemukakan permohonan bayaran bagi kerja-kerja tambahan tersebut tertakluk kepada kadar pembayaran yang ditetapkan di dalam Perjanjian Asal.
3. DUTI SETEM /KOS
Duti, caj, levi, cukai setem dan apa-apa kos lain jika ada, yang berhubung dengan penyediaan dan penguatkuasaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.
4. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang- undang Malaysia dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.
5. PINDAAN-PINDAAN
Tiada apa-apa pindaan, perubahan atau pengecualian kepada mana- mana terma Perjanjian ini disifatkan berkesan melainkan ia dibuat secara persetujuan bersama pihak-pihak dan secara bertulis melalui perjanjian tambahan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
6. NOTIS
6.1 Apa-apa notis, permintaan, permohonan kelulusan, kebenaran, persetujuan atau apa-apa surat menyurat yang diperlukan, dibenarkan, diluluskan atau dikehendaki diberi di bawah Perjanjian ini oleh Majlis atau Kontraktor, mana yang berkenaan, kepada pihak yang satu lagi hendaklah diserahkan, jika disampaikan dengan tangan, atau dihantar melalui pos secara berdaftar, atau dikirim melalui teleks/faks hendaklah dialamatkan seperti terkandung dalam Perkara 2 Jadual Pertama Perjanjian ini bagi pihak Majlis dan Perkara 3 Jadual Pertama Perjanjian ini bagi pihak Kontraktor atau mana-mana alamat yang dimaklumkan secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Majlis atau Kontraktor, menurut mana yang berkenaan, kepada pihak yang satu lagi.
6.2 Sekiranya terdapat apa-apa pertukaran alamat atau entiti Kontraktor, Kontraktor adalah diwajibkan memaklumkan Majlis mengenainya secara bertulis pada kadar yang segera, tidak lewat dari satu (1) bulan dari tarikh pertukaran alamat atau entiti tersebut.
7. JADUAL/ LAMPIRAN/SURAT SETUJU TERIMA
Jadual, Lampiran dan Surat Setuju Terima yang disebut dan/atau dilampirkan bersama Perjanjian ini jika ada, hendaklah dibaca secara menyeluruh dan bersama dengan Perjanjian dan hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini selagi tidak bertentangan.
8. PERKARA-PERKARA AM
8.1 Tiada kegagalan atau kelewatan untuk menguatkuasakan hak kuasa atau keistimewaan mana-mana pihak boleh dianggap sebagai pelepasan obligasi dan tiada pelakuan tunggal atau sebahagian mana-mana hak, kuasa atau keistimewaan boleh dianggap menghalang pelakuan lain atau pelakuan terkemudian atau pelakuan mana-mana hak, kuasa atau keistimewaan. Hak dan pemulihan yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini adalah secara menyeluruh dan bukan khusus terhadap mana-mana hak atau pemulihan yang dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang.
8.2 Walaupun terdapat peruntukan di bawah Perjanjian ini yang boleh dibuktikan sebagai batal dan tidak berkuatkuasa, peruntukan lain di dalam Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan.
8.3 KECUALI dinyatakan secara khusus dalam Pejanjian ini, sekiranya berlaku kekaburan, ketidakselarasan atau pertikaian di antara dokumen- dokumen yang dinyatakan di sini, maka Perjanjian Asal akan menjadi keutamaan dan mengatasi dokumen- dokumen yang dilampirkan.
[ Bahagian ini sengaja dikosongkan]
DENGAN DISAKSIKAN DI BAWAH INI, PIHAK-PIHAK DI SINI TELAH MENURUNKAN TANDATANGAN MEREKA, MELALUI WAKIL MASING- MASING, PADA HARI DAN TARIKH SEPERTI YANG MULA-MULA DINYATAKAN DI ATAS.
Cop Mohor )
Majlis Perbandaran Kajang )
Dimeterai dengan sempurna ) ………………………….
Dengan disaksikan oleh ) Xxxx Xxxxxxxx
………………………….
Setiausaha
……………………………
Ahli Majlis
Penyempurnaan Perjanjian ini oleh )
KONTRAKTOR )
Dengan disaksikan oleh ….……..……………………........
Nama :
No. K/P:
Jawatan:
….……..……………………........
Nama : No. K/P:
Jawatan:
[ Bahagian ini sengaja dikosongkan]
JADUAL PERTAMA (Jadual ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan sebagai bahagian penting Perjanjian ini) | |||||
PERKARA | ITEM | BUTIRAN | |||
Perkara 1 | Tarikh Perjanjian | Haribulan | Tahun | ||
Perkara 2 | Majlis | MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) Menara MPKj Jalan Cempaka Putih, Off Xxxxx Xxxxxxxx, 00000 Xxxxxx, Xxxxxxxx Xxxxx Xxxxx. Tel : 00-0000 0000 / 0000 0000 Faks : 00-0000 0000 / 8733 1270 No. Fail : ……………………………………….. | |||
Perkara 3 | Kontraktor | ………………………………………….. | |||
No. Pendaftaran Perniagaan: ……………….. | |||||
Alamat Perniagaan; | |||||
…………………………………………………..., | |||||
………………………………………………..…., | |||||
…………………………………………………..., | |||||
Tel | : | ………………………….. | |||
Fax | : | ………………………….. | |||
Perkara 4 | Xxxxxx Xxxx | Perjanjian | |||
Perkara 5 | Butir-Butir Perkhidmatan/ Xxxxx /Pembekalan | ......................................................................... ......................................................................... Pelan Lokasi dilampirkan sebagai Lampiran C (jika berkenaan ) | |||
Perkara 6 | Kawasan | ........................................................................ | |||
Perkhidmatan/ Kerja | ........................................................................ | ||||
/Pembekalan |
JADUAL PERTAMA (Jadual ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan sebagai bahagian penting Perjanjian ini) | ||
PERKARA | ITEM | BUTIRAN |
Perkara 7 | Tempoh Asal | ………………………………………… Bermula pada : …………………….. Tamat pada : ……………………….. *atau sehingga tuntutan bayaran mencapai Harga Kontrak mana- mana yang terdahulu. |
Perkara 8 | Tempoh Perjanjian | …………………………………………. Bermula pada : …………………….. Tamat pada : ……………………….. *atau sehingga tuntutan bayaran mencapai Harga Kontrak mana- mana yang terdahulu. Tempoh Lanjutan :………………………. (jika berkenaan ) |
Perkara 9 | Tarikh Surat | Surat Setuju : ……………………..……. Terima Surat Akuan : ……………………..……. Penerimaan |
Perkara 10 | Harga Kontrak | Ringgit Malaysia : …………………………. ……………………………………………….. ……………………………………………….. |
JADUAL KEDUA
( Klausa 2.1 )
(Lampiran ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan
sebagai bahagian penting Perjanjian ini)
- Spesifikasi Perkhidmatan/ Kerja
/Pembekalan Tersebut-
LAMPIRAN A
( Fasal A )
(Lampiran ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan
sebagai bahagian penting Perjanjian ini)
LAMPIRAN B
( Fasal B )
(Lampiran ini hendaklah diambil, dibaca dan difahamkan
sebagai bahagian penting Perjanjian ini)
- Surat Setuju Terima & Surat Akuan