SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA
SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA
1. Syarat Dan Peraturan
a. Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian Stokis/agent/dropship ini dengan teliti.
b. Ketika mengisi borang pemohonan sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Pengurusan berhak menolak permohonan anda untuk menjadi stokis/agent/dropship tanpa sebarang alasan.
c. Setiap Stokis/agent/dropship akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50. Setiap pendaftaran akan menerima Sutrina Starter Kit.
d. Sutrina adalah hak milik mutlak syarikat Sutrina International Sdn. Bhd.
e. Ahli aktif Young Living terutamanya “builders” tidak dibenarkan menjadi agen Sutrina. Jika masih meneruskan permohonan, setiap dakwaan tidak boleh dikenakan kepada pihak Sutrina International Sdn. Bhd. Sutrina tidak bertanggungjawab atas salah laku terhadap pihak Young Living.
2. Pemulangan Barangan
a. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.
b. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.
c. Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.
3. Pertukaran Barangan
a. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.
b. Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set
tidak boleh ditukar. Sekiranya pihak stokis/agent/dropship mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, pihak stokis/agent/dropship mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.
c. Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.
d. Barang yang yang rosak di tangan pihak Stokis/agent/dropship tidak boleh di kembalikan kepada Ibu Pejabat dan itu, adalah tanggungjawab pihak Stokis/agent/dropship.
e. Barang-barang keluaran terdahulu dan lama tidak akan di terima oleh Ibu Pejabat dan ia merupakan tanggungjawab pihak Stokis/agent/dropship untuk menghabiskan stok tersebut.
f. Pihak Stokis/agent/dropship tidak dibenarkan menukar barangan dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai pada pihak Stokis/agent/dropship masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barang yang sama.
4. Pembayaran & Pesanan Barangan
a. Setiap Stokis/agent/dropship di minta membuat pesanan melalui application Bizzapp mengikut user ID yang di berikan.
b. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak syarikat menerima bayaran dan hanya melalui Bizzapp.
c. Pembayaran boleh dibuat secara online menggunakan application Bizzapp.
5. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran
a. Ibu Pejabat mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Stokis/agent/dropship.
b. Sekiranya Ibu Pejabat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, Ibu Pejabat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Stokis/agent/dropship berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga Syarikat.
6. Perlantikan Agent/Dropship
a. Setiap Stokis/agent/dropship mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Ibu Pejabat sebelum melantik agent / dropship masing-masing.
b. Ibu Pejabat akan memantau dan mengenalpasti kawasan tersebut sebelum meluluskan permohonan bagi mengelakkan pertindihan sesebuah kawasan.
c. Stokis/agent/dropship tidak diberi hak untuk melantik stokis/agent/dropship sendiri tanpa kebenaran Ibu Pejabat terlebih dahulu.
d. Pastikan stokis/agent/dropship yang hendak dilantik menghadiri Kursus dan menyerahkan Resit Pembelian Dealer kepada Ibu Pejabat sebagai bukti pembelian sekiranya pembelian dibuat di bawah Stokis/agent/dropship.
7. Komisen
a. Setiap Stokis layak mendapat 45% daripada harga barangan. Agent layak mendapat komisen 30% daripada harga pasaran dan Dropship layak mendapat komisen 15% daripada harga pasaran. Xxxxxxxxx Xxxxxx/agent/dropship memberikan komisen selain daripada yang telah ditetapkan, Ibu Pejabat berhak untuk mengambil tindakan untuk melucutkan jawatan Stokis/agent/dropship.
b. Syarat Stokis – pembelian minima harga retail sebanyak RM4000 harga retail (harga stokis RM2200) dalam satu tempahan atau accumulated sales in one month sebanyak RM6000 harga retail (harga stokis RM3300)
Syarat agent – pembelian minima harga retail sebanyak RM500 (harga agent rm350) Syarat dropship – pendaftaran sebagai agen Sutrina tanpa minimum pembelian
8. Disiplin Xxx Xxxxx Xxxx
a. Setiap Stokis/agent/dropship adalah diingatkan supaya menjual produk mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis/agent/dropship adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
b. Setiap Stokis/agent/dropship tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan kosmetik dengan jenama lain.
c. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Ibu Pejabat berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Stokis/agent/dropship tersebut.
9. Pertukaran Produk Syarikat Sutrina International Dengan Produk-Produk Syarikat Lain
a. Setiap Stokis/agent/dropship adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran produk- produk keluaran Syarikat Sutrina International dengan mana-mana produk syarikat lain.
b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Ibu Pejabat berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Stokis/agent/dropship.
10. Penilaian Prestasi
a. Setiap 3 bulan berturut-turut, Ibu Pejabat akan menilai prestasi jualan Stokis/agent/dropship.
b. Sekiranya prestasi jualan Stokis/agent/dropship tidak aktif atau tidak memuaskan, Ibu Pejabat berhak melantik Stokis/agent/dropship yang baru tanpa merujuk kepada Stokis/agent/dropship yang sedia ada.
c. Agent mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai Dropship/agent sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.
11. Insentif
a. Ibu Pejabat akan menilai prestasi jualan Stokis/agent/dropship dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.
b. Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat.
c. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.
12. Seminar, Bengkel dan Kursus
a. Setiap Stokis/agent/dropship diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan Produk dan menandatangani perjanjian sebelum menjadi Stokis/agent/dropship.
b. Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, Pihak Sutrina tidak akan mengiktiraf Stokis/agent/dropship tersebut dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Stokis/agent/dropship.
c. Stokis/agent/dropship disyorkan membeli dan mencuba produk dahulu sebelum mengikuti kursus.
d. Xxxxxxxxx Xxxxxx/agent/dropship ingin mengadakan sebarang seminar atau promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.
e. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau seminar diadakan.
13. Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat
a. Pihak Pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.
b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa di maklumkan kepada Stokis/agent/dropship melalui bertulis atau telefon.
14. Membekal kepada Wakil Jualan Yang Tidak Sah
a. Xxxxx Xxxxxx/agent/dropship adalah dilarang sama sekali untuk membekalkan produk kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau tidak sah tanpa merujuk kepada Ibu Pejabat terlebih dahulu.
b. Jika Pihak Stokis/agent/dropship enggan mematuhi peraturan tersebut, Ibu Pejabat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang akan timbul kepada pihak Stokis/agent/dropship.
c. Ibu Pejabat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Stokis/agent/dropship jika perkara ini berlarutan.
15. Perlucutan Stokis/agent/dropship
a. Sekiranya berlaku perlucutan status Stokis/agent/dropship, pihak Ibu Pejabat TIDAK akan membeli balik semua produk daripada pihak Stokis/agent/dropship.
b. Selain dari itu, jika pihak Stokis/agent/dropship ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak Ibu Pejabat juga TIDAK akan membeli balik semua produk daripada pihak Stokis/agent/dropship.
16. Pengakuan Stokis/agent/dropship
Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub didalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, Sutrina International Sdn. Bhd. berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan taraf Stokis/agent/dropship saya.
Tandatangan Pihak Ibu Pejabat, Tandatangan Pihak Stokis/agent/dropship,
_ _ Nama: Nama:
No I/C: No I/C:
No HP: No HP:
Alamat: Alamat: