KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
TARIKH IKLAN : 15 OGOS 2023 (SELASA)
Tawaran Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) Dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Atau Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) Atau Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Negeri Sarawak (UPKJ) dalam kelas yang berkaitan dan memiliki Sijil Kontraktor Penyiap untuk mengambil bahagian di dalam tender seperti berikut :-
BUTIR- BUTIR TAWARAN | HARGA DOKUMEN (RM) | TARIKH/ TEMPAT/ MASA TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK | TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL | SYARAT PENDAFTARAN TENDER | TARIKH TENDER DITUTUP |
TENDER MENYIAPKAN BAKI KERJA NAIK TARAF UNIT HEMODIALISIS HOSPITAL PEKAN No. Jadual T/P&P: 43/2023 Nota: Tender kerja ini tidak tertakluk kepada obligasi perjanjian antarabangsa Free Trade Agreement/ Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (FTA/CPTPP). | RM 300.00 (Tidak akan dikembalikan) | Lawatan Tapak/Taklimat Tarikh: 23 Ogos 2023 (Rabu) Masa: 10.00 Pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Hospital Pekan, Pahang Kehadiran ke sesi taklimat adalah WAJIB . | Dokumen Tender boleh diperolehi / dijual selepas lawatan tapak/taklimat tender pada: Tarikh Jual: 30 Ogos 2023 (Rabu) Tarikh Tutup Jual: 19 September 2023 (Selasa) Tempat: Kaunter Tender, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya pada waktu-waktu pejabat seperti berikut :- Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 4.00 ptg Jumaat : 8.00 pg – 12.00 t/hari 2.45 ptg – 4.00 ptg | 1. Xxxxxxxx DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat 2. Syarat menghadiri taklimat/lawatan tapak : Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ SAHAJA yang boleh hadir ke sesi taklimat tender. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender. 3. Petender hendaklah memiliki lesen :- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB Gred G6 dan G7 SAHAJA Kategori: B Pengkhususan: B04 & B29 Atau PUKONSA Kelas A SAHAJA Tajuk I dan Tajuk Kecil I Dan Tajuk II dan Tajuk Kecil 2(a) Atau UPKJ Kelas A SAHAJA Kepala I Sub Kepala 1 Dan Kepala II Sub Kepala 2(a) Dan Sijil Kontraktor Penyiap Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 4. Sebarang pertanyaan berkenaan taklimat sila hubungi : Xxxx Xxxxx xxx Xxxxxxx Xxxxxxxx Xxxxxxxxxxxx Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia No. Telefon : 00-00000000 | 19 September 2023 (Selasa) Tidak lewat atau pada 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan di pertimbangkan. |
Tempat serahan Dokumen Tender hanya di :
KAUNTER TENDER,
BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 7, BLOK E7, KOMPLEKS E, PRESINT 1, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 PUTRAJAYA
DOKUMEN TENDER YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. KEMENTERIAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER MELALUI POS LAJU / COURIER.
Pihak tuan, adalah dimohon untuk mematuhi Pekeliling Perbedaharaan (PP)/Perolehan Kerajaan (PK) 2.2, perenggan 5.7(ii) dan perenggan 5.1(viii) serta Garis Panduan Penilaian Tender – Lampiran 9 dan PP/PK5.1 perenggan 5.1.3(b) dibaca bersama PP/PK5.1 Lampiran 4 dan perenggan 9.2 yang memberi maksud untuk TIDAK memaparkan nama syarikat pada dokumen teknikal.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Money Order sahaja atas nama
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
BAYARAN MELALUI WANG TUNAI/CEK/XXXX XXX TIDAK DITERIMA
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG INGIN MEMBELI DOKUMEN TENDER DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) DAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK), PUKONSA ATAU UPKJ BESERTA SALINAN FOTOSTAT (TIDAK DIKEMBALIKAN) UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN.
Hanya PENAMA di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/ Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) / PUKONSA / UPKJ atau bagi kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja yang boleh hadir ke sesi taklimat tender dan lawatan tapak. Agensi hendaklah mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. PENAMA wajib membuat pengesahan DOKUMEN di atas bagi mengesahkan kehadiran di sesi taklimat tender.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.