PERJANJIAN DOMPET DIGITAL PIHAK KETIGA CIMB
PERJANJIAN DOMPET DIGITAL PIHAK KETIGA CIMB
1. KELAYAKAN DAN KAD TAMBAHAN DALAM DOMPET DIGITAL 3
2. TANGGUNGJAWAB UNTUK NAMA PENGGUNA, KOD LALUAN DAN MAKLUMAT PERIBADI LAIN DOMPET DIGITAL 4
3. PERKHIDMATAN DOMPET DIGITAL 5
5. TANGGUNGJAWAB DAN AKUJANJI ANDA 7
6. LAPORAN KESALAHAN AND PERTANYAAN 9
7. PERNYATAAN, PENGESAHAN DAN NASIHAT 10
8. KEMASKINI BUTIRAN DAN MAKLUMAT KAD ANDA 10
9. PENGECUALIAN LIABILITI 10
17. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENERIMAAN 16
PERJANJIAN DOMPET DIGITAL PIHAK KETIGA CIMB
Perjanjian Dompet Digital Pihak Ketiga CIMB ini (selepas ini dirujuk Pserejanbjiaang”a)mieneta“pkan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal penambahan dan penggunaan Kad CIMB anda dalam Dompet Digital.
Melainkan sebaliknya dinyatakan secara nyata di sini, penggunaan Kad CIMB anda dalam Dompet Digital adalah dikawal oleh terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini yang merupakan tambahan kepada terma-terma dan syarat- syarat semasa yang diguna pakai kepada mana-mana Kad (selepas ini ditakrif) yang mungkin anda miliki dengan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank.
Perjanjian ini adalah dibaca bersama dengan Polisi Privasi Kumpulan CIMB dan mana-mana bahan pengajaran atau panduan pengguna yang mungkin diberikan oleh CIMB kepada anda dan juga mana-mana terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan lain yang CIMB mungkin tentukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara Perjanjian ini dan mana-mana perjanjian lain yang mungkin anda miliki dengan CIMB Bank, CIMB Islamic Bank atau mana-mana subsidiari, , sekutu dan/atau rakan kongsi perniagaannya, terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini akan mengatasi yang lain setakat yang ia berkaitan dengan penggunaan Kad CIMB anda dalam Dompet Digital.
Tambahan pula, Perjanjian ini juga tertakluk kepada penerimaan anda kepada dan dikawal oleh terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Dompet Digital yang ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital. Anda bertanggungjawab
sepenuhnya untuk pematuhan terma-terma dan syarat-syarat ini.
"Perjanjian" merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Dompet Digital di sini, seperti yang mungkin diubah oleh CIMB dari semasa ke semasa.
"Hari Perniagaan" merujuk kepada hari di mana CIMB terbuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.
"Kad" merujuk kepada satu atau lebih kad CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank anda atau mana-mana kad lain seperti yang mungkin ditentukan oleh CIMB dari semasa ke semasa yang boleh ditambah ke dalam Akaun Dompet Digital anda.
"Pemegang Kad" merujuk kepada individu yang dinamakan atas Kad.
"CIMB" merujuk kepada CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank, mengikut mana yang berkenaan, dan termasuk subsidiarinya dan pengganti dalam hakmilik dan pemegang serahhaknya dan di mana berkenaan mana-mana daripada mereka.
"CIMB Bank" merujuk kepada CIMB Bank Berhad [No Syarikat: 197201001799 (13941-P)] dan termasuk subsidiarinya dan pengganti dalam hakmilik dan pemegang serahhaknya dan di mana berkenaan mana-mana daripada mereka.
"CIMB Islamic Bank" merujuk kepada CIMB Islamic Bank Berhad [No Syarikat: 200401032872 (671380-H) dan subsidiarinya dan pengganti dalam hakmilik dan pemegang serahhaknya dan di mana berkenaan mana-mana daripada mereka.
"Dompet Digital" merujuk kepada aplikasi pihak ketiga dan perkhidmatan berkenaan yang disediakan melalui Penyedia Dompet Digital untuk Peranti yang membolehkan Pemegang Kad untuk menyimpan token yang mewakili kad kredit, debit atau prabayar seperti yang diberi kuasa oleh CIMB dalam Peranti dan menghantar dengan selamat token tersebut kepada peniaga untuk membuat pembayaran atau memudahkan transaksi lain.
"Akaun Dompet Digital" merujuk kepada akaun yang dicipta secara khusus untuk Dompet Digital. Setiap Akaun Dompet Digital mungkin memerlukan, antara lain, Nama Pengguna Dompet Digital dan Kod Laluan Dompet Digital untuk pengaksesan seperti yang mungkin ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital.
"Kod Laluan Dompet Digital" merujuk kepada kod laluan, kata laluan atau nombor pengesahan peribadi yang digunakan untuk mengakses Akaun Dompet Digital Pemegang Kad seperti yang ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital.
"Penyedia Dompet Digital" merujuk kepada suatu syarikat, entiti atau organisasi yang memiliki, menyediakan dan/atau mengurus Dompet Digital.
"Nama Pengguna Dompet Digital" merujuk kepada sebarang pengenal pasti istimewa seperti alamat e-mel seperti yang mungkin ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital.
"Peranti" merujuk kepada mana-mana peranti seperti yang mungkin ditentukan oleh CIMB dan/atau Penyedia Dompet Digital dari semasa ke semasa atas budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada komputer peribadi, komputer riba, tablet, telefon mudah alih dan/atau peranti mudah alih lain yang menyokong Dompet Digital.
"Fi dan Caj dan Cukai" merujuk kepada fi dan caj dan/atau cukai yang terpakai berkenaan dengan penambahan dan/atau penggunaan Kad anda dalam Dompet Digital seperti yang mungkin ditentukan oleh CIMB dari semasa ke semasa.
"Cap Jari" merujuk kepada kesan cap jari yang disimpan dalam Peranti Pemegang Kad yang menyokong fungsi pengesahan cap jari seperti yang mungkin ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital dari semasa ke semasa atas budi bicara mutlaknya dan boleh digunakan sebagai Kod Laluan Dompet Digital dan/atau Nama Pengguna Dompet Digital anda seperti yang ditentukan oleh Penyedia Dompet Digital untuk mengakses Akaun Dompet Digital anda.
"Arahan" merujuk kepada mana-mana permintaan, permohonan, pemberian kuasa atau arahan dalam apa-apa bentuk jua diberi atau dihantar melalui Dompet Digital kepada Penyedia Dompet Digital dan/atau CIMB oleh anda atau mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda, sama ada diberi kuasa atau tidak diberi kuasa.
"Pecah Sekat (µJail-broken¶atau µRooted¶)" merujuk kepada Peranti yang telah diubah suai untuk mendapatkan pengaksesan dan/atau mengubah sistem pengendalian, fail sistem atau pengesetan.
"Kerugian" merujuk kepada apa-apa dan semua kerugian, ganti rugi (kewangan dan selainnya), kecederaan, rasa malu, kos, caj, cukai, duti, levi, penalti dan/atau perbelanjaan dalam apa-apa bentuk jua, termasuk fi guaman atas dasar indemniti penuh.
"Penyedia Perkhidmatan Rangkaian" merujuk kepada suatu perniagaan atau organisasi yang memberi anda pengaksesan kepada internet.
"Pegawai" merujuk kepada mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau kaki tangan CIMB.
"Kata Laluan Guna Sekali ("One-Time Password")" atau "OTP" merujuk kepada ciri keselamatan yang telah dilaksanakan untuk memberi perlindungan lapis kedua semasa memberi kuasa tindakan tertentu dalam Dompet Digital. Ia merupakan suatu kod yang dihantar ke nombor mudah alih yang didaftarkan ke Kad CIMB anda yang perlu dimasukkan untuk mengesah pemilikan anda kepada kad atau untuk memberi kuasa tindakan tertentu lain.
"Perkhidmatan" merujuk kepada apa-apa atau semua perkhidmatan berkaitan dengan Dompet Digital seperti yang mungkin ditawar oleh CIMB dan/atau Penyedia Dompet Digital dari semasa ke semasa.
"Terminal Sokongan" merujuk kepada terminal yang menyokong penerimaan transaksi tanpa sentuhan atau transaksi penghantaran selamat magnetik.
"anda" merujuk kepada Pemegang Kad yang tambah atau telah menambah ke Kad dalam Dompet Digital.
1. KELAYAKAN DAN PENAMBAHAN KAD DALAM DOMPET DIGITAL
1.1 Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, penambahan dan penggunaan Kad dalam Dompet Digital disediakan untuk Pemegang Kad CIMB yang membawa Kad dan Peranti. CIMB boleh atas budi bicara tunggalnya memutus untuk menukar kriteria kelayakan atau menyekat Kad tertentu daripada ditambahkan ke dalam Akaun Dompet Digital anda, contohnya Kad korporat mungkin disekat. Jika Kad dan/atau akaun sandaran anda tidak berada dalam kedudukan yang baik, Kad mungkin tidak layak untuk ditambahkan dan/atau digunakan untuk Dompet Digital dan perkhidmatannya di sini.
1.2 Anda boleh menambah dan mengguna Kad dalam Dompet Digital dengan mengikut arahan penyedia Dompet Digital. Anda mengakui bahawa CIMB dan/atau Penyedia Dompet Digital mengekalkan hak untuk menolak penambahan Kad atau menggantung, mengeluar atau mengaktif semula Kad dalam Dompet Digital atas budi bicaranya. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika anda tidak dapat menambah atau mengguna Kad dalam Dompet Digital untuk apa-apa sebab jua.
1.3 Untuk tujuan pengesahan pemilikan, CIMB mungkin menghantar kepada anda suatu OTP semasa anda cuba menambah Kad ke dalam Dompet Digital. Anda mengakui bahawa OTP ini akan dihantar ke nombor mudah alih anda yang didaftarkan pada Kad dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, mengikut mana yang berkenaan.
1.4 Apabila anda menambah Kad anda untuk digunakan dengan Dompet Digital, anda mengakui bahawa maklumat Kad dan akaun tertentu mungkin dihantar ke dan disimpan dalam Peranti anda, dengan Penyedia Dompet Digital dan/atau atas sistem pihak ketiga yang bekerjasama dengan Penyedia Dompet Digital untuk tujuan Dompet Digital, dan maklumat Kad dan akaun mungkin digunakan oleh pihak yang disebutkan di atas untuk tujuan menyediakan perkhidmatan Dompet Digital. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk penggunaan atau penyalahgunaan mana-mana maklumat tersebut oleh penyedia Dompet Digital dan/atau mana-mana pihak ketiga.
1.5 Kad yang sama hanya boleh ditambah sekali kepada maksimum dua Peranti. Jika anda menambahkan Kad yang sudah ada pada dua Peranti kepada Peranti yang berbeza, anda bertanggungjawab untuk mengeluarkan Kad daripada Peranti pertama anda sebelum menambahkannya kepada Peranti ketiga, jika gagal CIMB merizabkan hak untuk mengeluarkan mana-mana Kad anda jika Kad anda didapati telah ditambah kepada berbilang Peranti dan CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian yang mungkin anda alami atau telah alami akibat daripada pengeluaran.
1.6 CIMB bukan penyedia dan tidak akan bertanggungjawab untuk menyedia Dompet Digital kepada anda. CIMB hanya menyedia maklumat kepada Penyedia Dompet Digital untuk membolehkan penambahan dan penggunaan Kad dalam Dompet Digital. CIMB tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan Dompet Digital atau ketidakupayaan untuk menggunakan Dompet Digital untuk sebarang transaksi. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas prestasi atau kegagalan prestasi Dompet Digital dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan mengenai sebarang perjanjian yang anda ikat dengan Penyedia Dompet Digital atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan yang mungkin memberi kesan kepada penggunaan Dompet Digital anda.
2. TANGGUNGJAWAB UNTUK NAMA PENGGUNA, KOD LALUAN DAN MAKLUMAT PERIBADI LAIN DOMPET DIGITAL
2.1 Anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital dan / atau OTP anda sulit dan mesti tidak berkongsi atau mendedah Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP anda kepada mana-mana orang sekalipun, termasuk mana-mana Pegawai CIMB. Anda berada di bawah kewajipan untuk mengamalkan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan sikap berwaspada dengan bersungguh- sungguh untuk melindungi Peranti anda daripada kehilangan, kecurian atau penggunaan dalam cara menipu Peranti anda untuk mengelakkan sebarang penggunaan tanpa diberi kuasa Kad anda dalam Dompet Digital.
2.2 Anda bersetuju bahawa anda akan, pada setiap masa, bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua pengaksesan dan/atau penggunaan Dompet Digital yang dilakukan melalui Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP, sama ada ia sebenarnya dilakukan oleh anda atau oleh orang lain yang menyamar sebagai anda. Anda selanjutnya memberi kebenaran dan bersetuju bahawa Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari dan/atau OTP anda akan dianggap sebagai cara pengesahan identiti anda kepada CIMB untuk tujuan Perkhidmatan dan/atau transaksi yang ditimbangkan di bawah Dompet Digital. Dengan ini anda memberi kuasa kepada CIMB untuk menerima, mengikut dan bertindak mengikut arahan anda apabila mengesahkan identiti anda melalui Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari dan/atau OTP anda dan CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk tindakan atas arahan tersebut dengan niat baik.
2.3 Jika anda mendapati atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, OTP dan / atau Peranti anda telah dikompromi dalam apa-apa cara jua dan/atau anda telah menerima sebarang penyata, data atau maklumat yang menunjukkan bahawa transaksi tanpa diberi kuasa telah berlaku atau sebaliknya tidak berniat untuk anda, anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada CIMB atau melalui telefon di Pusat Panggilan Pelanggannya yang ditetapkan dalam Klausa 6.1 dan/atau menurut terma-terma, syarat-syarat dan/atau prosedur-prosedur sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh CIMB dari semasa ke semasa.
2.4 Tertakluk kepada Klausa 2.6, sehingga CIMB menerima dan mencatat pemberitahuan tersebut yang dinyatakan dalam Klausa 2.3 di atas, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua transaksi sedemikian, yang dilakukan melalui Dompet Digital, sama ada perkara yang sama dilakukan atau diberi kuasa oleh anda atau tidak. Untuk mengelakkan keraguan, anda akan bertanggungjawab terhadap semua transaksi tersebut yang dilakukan melalui Dompet Digital sehingga titik masa pemberitahuan dibuat dan dicatatkan menurut Klausa 2.3 di atas, atau sebaliknya, sehingga titik masa pemberitahuan sepatutnya dibuat, yang untuk mengelakkan keraguan, adalah dengan segera setelah anda menyedari atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP anda telah dikompromidalam apa-apa cara jua dan/atau anda telah menerima sebarang penyata, data atau maklumat yang menunjukkan bahawa transaksi tanpa diberi kuasa telah berlaku atau sebaliknya tidak berniat untuk anda. Di mana pemberitahuan tersebut telah ditangguh untuk apa-apa sebab, anda hendaklah, tambahan kepada bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilakukan sehingga titk masa yang dirujukkan di atas, bertanggungjawab untuk kerugian sebenar yang berlaku selepas titk masa tersebut, sehingga pemberitahuan sebenar dibuat oleh anda telah diterima dan dicatat oleh CIMB tertakluk kepada Klausa 2.7 di bawah.
2.5 Selepas penerimaan CIMB pemberitahuan anda yang dibuat menurut Klausa 2.3 di atas, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB boleh, atas hak dan budi bicara tunggalnya, menggantung Kad anda dan atau mengakses Dompet Digital sehingga percanggahan dilapor/tidak dilapor tersebut diselesaikan oleh CIMB.
2.6 Walaupun apa pun yang terkandung di sini dan untuk mengelakkan keraguan, di mana penggunaan tanpa diberi kuasa Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, OTP, dan / atau Peranti anda adalah disebabkan oleh tindakan, kecuaian, penipuan, pendedahan atau penyalahgunaan anda, anda akan bertanggungjawab untuk penggunaan tersebut walaupun pemberitahuan adalah dibuat menurut Klausa 2.3 di atas.
2.7 Selanjutnnya dan walaupun Xxxxxx 2.4 di atas, di mana anda telah menyumbang kepada kerugian akibat daripada transaksi tanpa diberi kuasa dengan menangguhkan pemberitahuan di bawah Klausa 2.3 di atas, anda hendaklah, tertakluk kepada Klausa 2.6, bertanggungjawab untuk kerugian sebenar yang berlaku semasa tempoh penangguhan tersebut, kecuali:-
i) Bahagian kerugian yang ditanggung pada mana-mana satu hari yang melebihi had transaksi harian yang terpakai kepada Kad atau akaun sandaran yang berkaitan; atau
ii) Bahagian jumlah kerugian yang ditanggung yang melebihi jumlah dana yang terdapat dalam Kad atau akaun sandaran anda.
iii) Bahagian jumlah kerugian yang ditanggung yang melebihi had kredit sedia ada dalam Kad atau akaun sandaran anda.
2.8 Sebagai tambahan, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk langkah anti-virus dan keselamatan Peranti anda sendiri untuk menghalang akses tanpa diberi kuasa kepada Akaun Dompet Digital anda. Anda mestilah mengikut mana-mana peraturan keselamatan lain yang ditetapkan oleh CIMB sama ada di bawah mana-mana perjanjian lain dengan CIMB, atau sebaliknya dimaklumkan kepada anda oleh CIMB dalam apa-apa cara.
2.9 Anda bersetuju dan mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menyahdayakan Kad anda dalam Dompet Digital jika Peranti tidak lagi digunakan dan/atau anda bukan lagi pemilik Peranti anda.
3. PERKHIDMATAN DOMPET DIGITAL
3.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab terhadap semua Arahan yang dihantar kepada CIMB melalui Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, OTP dan / atau Cap Jari anda yang disimpan dalam Peranti tanpa mengira sama ada mereka dibuat oleh anda atau seorang yang menyamar sebagai anda dan anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa CIMB akan berhak untuk bergantung pada dan menganggap mana-mana Arahan yang dibuat, diserah atau diberi kesan menurut penggunaan dan kemasukan Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, OTP dan / atau Cap Jari anda sebagai telah dibuat, diserah dan diberi kesan oleh anda dan sewajarnya, CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa Kerugian yang mungkin anda alami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai akibat daripada perkara yang sama.
3.2 Semua Arahan yang dihantar kepada dan/atau diterima oleh CIMB melalui Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, OTP, dan / atau Cap Jari anda hendaklah dianggap sebagai Arahan tetap dan tulen yang dibuat oleh anda. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB tidak mempunyai kewajipan untuk mengesahkan Arahan tersebut dengan anda untuk menentukan kesahannya tetapi CIMB boleh, atas hak dan budi bicara tunggalnya, berbuat sedemikian untuk tujuannya sendiri.
3.3 Untuk Kad yang ditambahkan pada Akaun Dompet Digital anda, anda mungkin dibenarkan untuk melihat maklumat berkaitan Kad, seperti sejarah transaksi, melalui Dompet Digital. Anda mengakui bahawa sesetengah transaksi yang disenaraikan mungkin merupakan transaksi yang diberi kuasa, yang sementara dan tertakluk kepada pembalikan (contohnya pemberian kuasa nilai rendah untuk pengesahan pemegang kad dan pra-pemberian kuasa di stesen minyak, restoran dan hotel).
3.4 Anda bersetuju dan mengakui bahawa apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Kad anda seperti yang dipaparkan pada Dompet Digital mungkin tidak semestinya menggambarkan atau menunjukkan transaksi yang masih belum diproses dan dikemas kini dan oleh itu, tidak boleh dianggap sebagai muktamad.
3.5 Di mana Kad gantian adalah dikeluarkan dalam keadaan CIMB mengeluarkan semula, pembaharuan atau kehilangan Kad, anda bertanggungjawab untuk mengeluarkan Kad sebelumnya dan menambah Kad gantian dalam Dompet Digital.
3.6 Anda bersetuju dan mengakui bahawa dengan menambahkan Kad ke dalam Akaun Dompet Digital anda dan dengan menggunakan Perkhidmatan, anda memberi kuasa kepada pembayaran bagi produk dan/atau perkhidmatan peniaga untuk dicaj kepada Kad utama atau pilihan anda sama ada transaksi tersebut diberi kuasa oleh anda atau tidak.
3.7 Untuk transaksi di atas ambang jumlah transaksi tanpa sentuhan semasa seperti yang ditetapkan oleh CIMB, rangkaian kad atau Penyedia Dompet Digital dari semasa ke semasa, anda mungkin dikehendaki menunjukkan Kad fizikal anda atau anda mungkin tertakluk kepada pengesahan tambahan seperti kemasukan PIN untuk Kad atau tandatangan anda di Terminal Sokongan bergantung pada pemeroleh, peraturan tempatan dan/atau peraturan industri.
3.8 Penyempurnaan transaksi Dompet Digital juga tertakluk kepada pemberian kuasa dan pencatatan melalui kaedah pemprosesan transaksi sedia ada. Tambahan pula, anda juga mengakui bahawa resit dan rekod untuk transaksi Dompet Digital mungkin memaparkan nombor kad token dan bukannya nombor Kad fizikal anda.
3.9 Anda mengakui bahawa CIMB merizabkan hak untuk menentukan had bilangan transaksi, jumlah transaksi dan tempoh di mana Dompet Digital dibenarkan untuk dikendalikan dengan memberi anda notis terdahulu yang mencukupi.
3.10 Apabila menggunakan Dompet Digital untuk membeli apa-apa barangan dan/atau perkhidmatan daripada seseorang peniaga, anda mengakui bahawa ia mungkin timbul situasi disebabkan kekangan sistem peniagaatau untuk apa-apa sebab lain, peniagamungkin tidak dapat menerima kaedah pembayaran ini dan memerlukan anda melengkapkan transaksi dengan Kad fizikal anda atau dengan tunai. CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin anda alami atau telah alami akibat daripada kegagalan untuk menyempurnakan atau melaksanakan Arahan untuk transaksi dan ketidakupayaan peniaga untuk menerima bentuk pembayaran ini.
4.1 Anda dengan ini secara nyata memberi kuasa dan membenarkan CIMB untuk memberitahu, menunjukkan dan/atau sebaliknya mendedahkan mana-mana dan semua butiran dan maklumat yang berkaitan dengan diri anda atau Dompet Digital, Kad, akaun sandaran anda atau sebarang transaksi atau urusan antara anda dan CIMB melalui Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini:-
i) Kepada mana-mana subsidiari, sekutu, rakan kongsi perniagaannya dan/atau mana-mana orang lain setakat yang perlu untuk melengkapkan, mengesahkan atau menyekatkan transaksi atau Xxxxxx;
ii) Kepada mana-mana subsidiari, sekutu, rakan kongsi perniagaannya dan/atau Penyedia Dompet Digital pihak ketiga yang lain untuk sokongan dan penambahbaikan produk.
iii) Untuk mematuhi undang-undang, peraturan, agensi kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia dan di tempat lain termasuk perintah dan permintaan mahkamah;
iv) Untuk mengesahkan kewujudan dan syarat Akaun Dompet Digital, Kad, atau akaun sandaran anda untuk pihak ketiga seperti biro kredit atau peniaga;
v) Untuk menyedia perkhidmatan berkaitan dengan Akaun Dompet Digital, Kad, atau akaun sandaran anda atau untuk menawar kemudahan, produk dan perkhidmatan lain melainkan anda memaklumkan kepada kami dengan sewajarnya sebaliknya;
vi) Berkaitan dengan pemeriksaan oleh pihak berkuasa perbankan;
vii) Di mana anda meminta atau memberi kuasa kepada XXXX berbuat sedemikian, sama ada secara bertulis atau sebaliknnya;
viii) Untuk melindungi dan membela CIMB dan hartanya; dan
ix) Untuk melindungi kepentingan awam termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesanan jenayah dan penahanan penjenayah.
x) Tanpa merendahkan peruntukan dalam Klausa 4.1 di atas dan tertakluk kepada peruntukan di bawah yang
(i) melarang pendedahan maklumat kepada Kumpulan Syarikat jika dibantah oleh anda; dan
(ii) memerlukan kebenaran nyata anda untuk mendedah maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan
dinyatakan, anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk mendedah kepada mana-mana ejen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, penasihat undang-undang, penasihat profesional, penyedia keselamatan dan penjaminnya dalam atau luar Malaysia, Biro Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa berkenaan lain yang CIMB perlu membuat pendedahan atau mempunyai bidang kuasa atas CIMB dan kepada syarikat dalam kumpulan CIMB serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat
pemegangan muktamad CIMB (“Kumpulan Syarikat”) sama menetap, berada, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau dibentuk dalam atau luar Malaysia
sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda, hal ehwal anda dan/atau mana-mana akaun yang anda kekalkan dengan CIMB dan atau CIMB Islamic Bank untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan atau diberikan atau disediakan oleh CIMB, CIMB Islamic Bank dan/atau Kumpulan Syarikat kepada pelanggan mereka, serta untuk:
• mana-mana syarikat dan/atau organisasi yang membantu atau memudahkan pemprosesan dan/atau pemenuhan transaksi atau arahan yang anda telah minta dan/atau beri kepada CIMB; dan
• mana-mana penerima pindahan atau pemegang serahhak berpotensi yang CIMB sedang berunding mengenai pemindahan, penyerahhakan dan novasi hak atau kewajipan di bawah atau dengan merujuk kepada Kad anda.
Lanjutan itu, di mana CIMB berniat untuk berkongsi maklumat anda (tidak termasuk maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal atau akaun anda) dengan pihak ketiga untuk tujuan pakatan strategik, pemasaran dan promosi, CIMB hendaklah memastikan kebenaran anda telah diperolehi.
4.2 Anda memberi kuasa kepada CIMB untuk mendapatkan apa-apa maklumat daripada mana-mana orang, organisasi, pihak berkuasa, syarikat, badan korporat atau tidak diperbadankan atau mana-mana entiti lain yang CIMB boleh dalam niat baik anggap sesuai berkaitan dengan Akaun Dompet Digital, Kad, akaun sandaran anda atau Perkhidmatan di sini dan memberi kuasa bagi pendedahan oleh orang tersebut tentang apa-apa maklumat yang diperlukan oleh CIMB.
4.3 Dengan menyerah kepada CIMB apa-apa Arahan atau meneruskan dengan Akaun Dompet Digital atau penggunaan Perkhidmatan di sini, anda hendaklah dianggap telah memberi kepada CIMB dalam Arahan tersebut atau melalui tingkah laku tersebut mengikut mana yang berkenaan, pemberian kuasa dan keizinan sewajarnya anda untuk pendedahan tersebut menurut terma-terma di sini.
4.5 Walaupun CIMB akan berusaha untuk memastikan keselamatan maklumat anda yang dihantar melalui Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB tidak membuat apa- apa waranti berkenaan dengan yang sama dan anda dengan ini menerima risiko yang berkaitan dengan penggunaan perantara Internet termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko bahawa semua maklumat yang dihantar melalui Dompet Digital boleh diakses oleh pihak ketiga tanpa diberi kuasa dan sewajarnya, anda tidak akan mempertanggungjawabkan atau dipertanggungjawabkan CIMB terhadap apa-apa pengaksesan tanpa diberi kuasa tersebut, pencurian maklumat atau apa-apa kerugian yang diakibatkan daripadanya.
5. TANGGUNGJAWAB DAN AKU JANJI ANDA
5.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menggunakan versi aplikasi, Peranti, sistem pengendalian, pelayar internet yang diperlukan dan/atau mana-mana perkakasan dan/atau perisian lain yang diperlukan termasuk mana-mana versi baharu dan terkini daripadanya, yang diperlukan untuk mendapatkan pengaksesan kepada Dompet Digital atas risiko dan perbelanjaan anda sendiri.
5.2 Anda hendaklah bertanggungjawab untuk penyelenggaraan mana-mana akaun yang mungkin anda miliki dengan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian untuk pengaksesan anda kepada Dompet Digital dan anda
dengan ini bersetuju, mengakui dan memahami bahawa pengaksesan tersebut akan, setakat itu, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Penyedia Perkhidmatan Rangkaian anda.
5.3 Anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap ketidakupayaan anda untuk mengakses / menggunakan Dompet Digital atau mana-mana bahagian daripadanya, penolakan transaksi anda, pemprosesan transaksi anda yang tidak betul akibat kegagalan anda untuk mengekalkan akaun anda dengan Penyedia Wallet Digital, Penyedia Perkhidmatan Rangkaian atau kegagalan anda untuk mendapatkan atau menggunakan versi aplikasi, Peranti, pelayar internet dan/atau perkakasan dan/atau perisian lain yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kegagalan untuk menaik taraf sistem pengendalian dan/atau perisian yang berkaitan atau menggunakan versi baharu dan terkini yang sama seperti yang mungkin diperlukan oleh CIMB.
5.4 Anda bersetuju untuk mematuhi semua langkah keselamatan berhubung dengan Akaun Dompet Digital anda dan pengaksesan kepada dan penggunaan Dompet Digital seperti yang ditentukan dalam Perjanjian ini dan mana-mana kaedah dan peraturan, polisi atau garis panduan lain seperti yang mungkin berkuat kuasa berkenaan dengannya.
5.5 Anda hendaklah memberikan kepada CIMB data, maklumat dan Arahan yang lengkap, tepat dan tepat pada masanya berkenaan atau berkaitan dengan apa-apa transaksi dan pelaksanaan apa-apa transaksi yang dilakukan melalui Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini.
5.6 Anda tidak boleh memulakan apa-apa tuntutan, tindakan atau saman terhadap CIMB, untuk sebarang penggunaan Dompet Digital dan Perkhidmatan tanpa diberi kuasa di sini sama ada akibat daripada Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan/atau OTP anda dikompromi atau sebaliknya.
5.7 Anda tidak boleh mengganggu dengan pengaksesan kepada dan penggunaan Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini oleh pengguna Dompet Digital lain dan anda tidak boleh menggunakan Dompet Digital untuk apa-apa tujuan selain daripada menjalankan transaksi yang diberi kuasa berkaitan dengan Akaun Dompet Digital anda. Anda juga tidak boleh menggodam, cuba menggodam atau mendapatkan pengaksesan tanpa diberi kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, ke dalam Dompet Digital, mana-mana akaun pengguna Dompet Digital lain dan/atau Perkhidmatan, untuk apa-apa tujuan jua.
5.8 Anda hendaklah mematuhi semua norma-norma susila dan etiket yang munasabah dalam komunikasi anda dengan CIMB dan tidak boleh berkomunikasi apa-apa maklumat lucah atau fitnah kepada atau atas CIMB sama ada melalui Dompet Digital atau sebaliknya.
5.9 Anda hendaklah memastikan diri anda dimaklumkan dan dikemas kini tentang polisi dan amalan berkenaan dan terpakai CIMB dan terma-terma lain yang terpakai kepada Dompet Digital, Akaun Dompet Digital, Kad, akaun sandaran, Perkhidmatan di sini seperti yang disediakan oleh CIMB kepada anda.
5.10 Anda tidak boleh memasang atau menggunakan Dompet Digital pada Peranti yang telah dipecah sekat ('jail-broken' atau 'rooted'). Pengubahsuaian tanpa diberi kuasa pada mana-mana sistem pengendalian Peranti ("jail-breaking atau rooting") memintas ciri keselamatan dan boleh menyebabkan banyak isu pada peranti yang digodam. CIMB memberi amaran keras terhadap memasang Dompet Digital dalam mana- mana Peranti yang digodam kerana Peranti tersebut mudah terdedah kepada serangan penipuan dan boleh mendedahkan Akaun Dompet Digital anda untuk digunakan oleh orang tanpa diberi kuasa dan atau membawa kepada pengaksesan dan/atau penggunaan Digital Wallet dan Perkhidmatan tanpa diberi kuasa oleh mana-mana orang, sama ada dilakukan dari jauh atau sebaliknya. Anda hendaklah kekal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa Kerugian dan hendaklah menanggung rugi dan memastikan CIMB tidak berbahaya terhadap apa-apa Kerugian yang berbangkit daripada penggunaan Peranti yang telah dipecah sekat ('jail-broken' atau 'rooted') anda dan anda hendaklah tidak memegang CIMB bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa pengaksesan tanpa diberi kuasa, pencurian maklumat atau apa-apa Kerugian yang diakibatkan daripadanya. CIMB dengan nyata menafikan tanggungjawab terhadap apa-apa Kerugian yang mungkin anda tanggung atau alami (termasuk kerugian yang diakibatkan daripada transaksi tanpa diberi kuasa) yang diakibatkan, berbangkit daripada atau sebagai akibat penggunaan anda dengan peranti, perkakasan atau perisian yang telah dipecah sekat ('jail-broken' atau 'rooted') dan CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa Kerugian atau apa-apa akibat lain berkenaan dengan apa-apa Peranti, perkakasan atau perisian berkaitan dengan Dompet Digital atau Perkhidmatan yang rosak, tercemar atau gagal berfungsi dan menurut perkara yang sama ditawarkan dengan pecah sekat ('jail-brokingatau 'rooting').
5.11 Anda bersetuju untuk memerhatikan semua langkah yang munasabah untuk memaklumkan kepada CIMB dengan segera apa-apa Kad atau Peranti yang hilang atau dicuri yang telah disediakan untuk Dompet Digital bagi menyahdayakan Kad anda dalam Dompet Digital dan Peranti.
5.12 Anda bersetuju untuk dan hendaklah kekal bertanggungjawab terhadap CIMB untuk apa-apa barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga dengan penggunaan Dompet Digital oleh mana-mana orang jua sebelum penerimaan oleh CIMB pemberitahuan bertulis atau lisan anda tentang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/ atau Peranti.
5.13 Di mana terdapat apa-apa Peranti yang hilang dan / atau dicuri, jika diminta oleh Bank, anda mestilah juga menyediakan kepadaBank:-
(i) sesalinan laporan polis; dan / atau
(ii) suatu pengesahan bertulis
yang anda lakukan tentang kehilangan dan / atau kecurian Peranti dalam tujuh (7) hari kalendar dari permintan Bank.
5.14 Anda bersetuju untuk tidak menggodam atau cuba melakukan penambahan dan/atau penggunaan Kad tanpa diberi kuasa dalam Dompet Digital, mengganggu keselamatan sistem CIMB, dan memberi maklumat yang tidak tepat atau salah.
5.15 Anda bersetuju bahawa penggunaan aplikasi ini dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda hendaklah pada setiap masa mengikut semua perundangan, undang-undang dan peraturan yang mengawalnya dan anda tidak boleh, pada bila-bila masa jua, cuba atau bantu mana-mana orang lain untuk menghantar apa- apa bahan, data, komunikasi dan/atau maklumat ("Kandungan"), melalui aplikasi ini atau perkhidmatan di sini, yang kesat, memfitnah, mencabuli hak orang lain, membentuk kesalahan jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil, menggalakkan rasisme, menggalakkan kebencian, mengandungi pornografi atau fidofilia, mengandungi apa-apa virus atau fail yang memudaratkan dan/atau sebaliknya tidak menyenangkan moral dan kesopanan awam. Anda bersetuju bahawa CIMB tidak wajib untuk mengawas atau menyemak semula penambahan dan/atau penggunaan Dompet Digital anda. Walau bagaimanapun, CIMB boleh berbuat demikian dari semasa ke semasa untuk tujuan CIMB sendiri atau di mana CIMB dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah Perjanjian ini. Dengan berbuat demikian, CIMB merizabkan hak untuk menyunting atau memadam apa-apa Kandungan yang melanggar apa-apa peruntukan dalam Terma Akses ini tanpa notis dan tanpa apa-apa jua tanggungjawab terhadap anda dengan berbuat demikian.
5.16 Untuk Pemegang Kad CIMB Islamic Bank, anda bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan Kad dan penggunaan Perkhidmatan anda akan digunakan untuk transaksi patuh Syariah.
6. PELAPORAN AND PERTANYAAN RALAT
6.1 Jika anda ingin melaporkan apa-apa ralat atau mempertikaikan transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Dompet Digital, anda boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB di alamat dan butiran perhubungan berikut:-Unit Resolusi Pelanggan (CRU)
Peti Surat 10338
Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan
Tel: x000 0000 0000
E-mel: xxx@xxxx.xxx
6.2 Untuk mengelakkan keraguan, semua panggilan telefon dibuat kepada Pusat Panggilan Pelanggan CIMB hendaklah dicatatkan oleh CIMB.
6.3 Tertakluk kepada Klausa 6.4, anda mungkin dikehendaki untuk mendedah kepada CIMB semua maklumat berkaitan berkenaan dengan apa-apa laporan, pertanyaan atau aduan termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, Kad dan/atau akaun berkenaan anda, huraian tentang apa-apa ralat, pertanyaan atau aduan tersebut, tarikh transaksi dipertikaikan atau ralat, penerangan tentang kenapa anda percaya terdapat ralat atau kenapa anda memerlukan maklumat lanjut dan jumlah terlibat dalam ralat disyaki dalam transaksi dipertikaikan, pertanyaan atau aduan, mengikut mana yang berkenaan. Walaupun begini, anda tidak boleh pada bila-bila masa dan di bawah apa-apa keadaan jua, mendedahkan Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP anda kepada mana-mana kakitangan atau wakil CIMB.
6.4 Di mana apa-apa komunikasi terlibat maklumat sensitif atau sulit anda sama ada berkenaan dengan Akaun Dompet Digital, Kad, akaun sandaran anda atau apa-apa transaksi yang dilakukan berkenaan dengannya atau sebaliknya, CIMB tidak menggalakkan komunikasi apa-apa maklumat tersebut melalui mel-elektronik
(“-mel”) dan anda bersetuju dan mengakui bahawrkaenaajnika anda dengan maklumat tersebut, anda hendaklah mengaku janji semua risiko sedia ada berkaitan dengan cara
komunikasi tersebut dan tidak akan, pada bila-bila masa jua, memegang CIMB untul bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan maklumat tersebut atau apa-apa kerugian dialami berkenaan dengannya.
6.5 Sekiranya XXXX meminta anda untuk membuat laporan, aduan atau pertanyaan tersebut secara bertulis kepada CIMB, anda hendaklah berbuat sedemikian dalam lima (5) hari Perniagaan selepas itu. Jika laporan, aduan atau pertanyaan bertulis sedemikian tidak diterima oleh CIMB dalam tempoh tersebut, CIMB tidak akan mempunyai kewajipan untuk melakukan apa-apa siasatan dan menjawab mana-mana pertanyaan atau aduan tersebut.
6.6 Tertakluk kepada Klausa 6.7, CIMB hendaklah berusaha untuk menyiasat aduan, menjawab pertanyaan atau memaklumkan kepada anda tentang keputusan penyiasatannya secepat yang boleh dilaksanakan atau dalam mana-mana kes dalam sepuluh (10) hari Perniagaan selepas penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan tersebut atau apabila laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya diminta oleh CIMB menurut Klausa 6.5, dalam sepuluh (10) hari Perniagaan selepas penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan berikutnya tersebut.
6.7 Jika CIMB memerlukan lebih banyak masa untuk menjalankan siasatannya, CIMB akan melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam Klausa 6.6 di atas sehingga tempoh yang munasabah sedemikian seperti yang ia anggap diperlukan dalam budi bicara tunggalnya yang setakat yang munasabah tidak melebihi tiga puluh
(30) hari Perniagaan dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan tersebut atau apabila laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya diminta oleh CIMB menurut Klausa 6.5, dalam tiga puluh (30) hari Perniagaan dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan berikutnya tersebut.
6.8 Anda hendaklah setakat yang boleh bekerjasama dan membantu CIMB dalam menjalankan siasatannya, termasuk membenarkan CIMB dan pasukan siasatannya untuk mengakses Peranti yang digunakan untuk transaksi ralat atau dipertikaikan.
6.9 Tertakluk kepada peruntukan Perjanjian ini, setelah penyermpurnaan siasatan, CIMB hendaklah melakukan usaha yang munasabah untuk membetulkan apa-apa ralat dengan segera dan untuk membuat pelarasan yang diperlukan pada Akaun Dompet Digital, Kad dan akaun sandaran anda dan memaklumkan kepada anda tentang pelarasan yang dilakukan selaras dengannya.
6.10 Dalam apa-apa keadaan jua, CIMB akan memaklumkan kepada anda tentang keputusan siasatan dalam sepuluh (10) hari Perniagaan dari tarikh penyempurnaan siasatan CIMB dalam Klausa 6.6 atau 6.7, mengikut mana yang berkenaan.
6.11 Di mana anda tidak memuas hati dengan hasil siasatan atau aduan anda, anda boleh membuat rayuan terhadap hasil tersebut:-
6.11.1 kepada Pengurusan Kanan CIMB secara bertulis ke alamat seperti yang ditetapkan dalam Klausa 6.1 di atas; atau
6.11.2 dengan merujuk aduan tersebut kepada Skim Ombudsman Kewangan.
7. PENYATA, PENGESAHAN DAN NASIHAT
7.1 Apabila CIMB menghantar atau menyerah kepada anda suatu pemberitahuan, pengesahan atau nasihat, anda hendaklah mengesahkan setiap dan tiap-tiap pemberitahuan, pengesahan atau nasihat tersebut dan hendaklah memberikan kepada CIMB notis bertulis sebarang ralat atau peninggalan sedemikian dalam mana- mana pemberitahuan, pengesahan atau nasihat sedemikian dalam empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan, pengesahan atau nasihat tersebut mengikut Klausa 6 di atas. Jika tiada notis sedemikian diterima oleh CIMB dalam empat belas (14) hari tersebut, penyata, pengesahan dan nasihat sedemikian hendaklah terhadap anda dianggap sebagai benar, betul dan tepat berkenaan dengan semua transaksi dan jumlah yang dinyatakan di dalamnya dan hendaklah menjadi bukti muktamad bagi transaksi dan tanggungjawab anda kepada CIMB.
8 KEMASKINI BUTIRAN DAN MAKLUMAT KAD ANDA
8.1 Anda hendaklah dengan segera mengemas kini dalam Dompet Digital dan/atau memaklumkan kepada CIMB secara bertulis atau melalui cara lain sedemikian yang CIMB menganggap boleh diterima tentang apa-apa perubahan atau pengubahsuaian dalam butiran peribadi anda, nombor telefon mudah alih anda dan/atau maklumat Kad dan CIMB hendaklah berhak untuk menganggap bahawa tiada perubahan atau pengubahsuaian sehingga anda telah melakukan kemas kini dalam aplikasi ini dan/atau CIMB telah menerima notis yang anda berikan. Penyediaan butiran sedemikian semasa proses penambahan dalam Dompet Digital tidak dianggap sebagai pengemaskinian automatik butiran peribadi anda, nombor telefon mudah alih anda dan/atau maklumat Kad.
9 PENGECUALIAN LIABILITI
9.1 Penafian Waranti. Penambahan dan penggunaan Kad anda dalam Dompet Digital adalah disediakan "keadaan sepertimana sedia ada" ³DV LV´ d an ³ZDKVH UDHY DLdLaVnO taD nEpaOsHeb´ar ang jenis waranti. CIMB tidak membuat representasi atau waranti atau jaminan dalam apa-apa bentuk atau sifat jua, sama ada nyata atau tersirat, berkaitan dengan Dompet Digital, dan secara khusus menafikan semua waranti tersebut termasuk, tanpa had, sebarang waranti tersirat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan-pelanggaran. Tanpa mengehadkan penafian sebelumnya, CIMB tidak memberi representasi, waranti atau jaminan bahawa penambahan dan penggunaan Kad anda dalam Dompet Digital akan (i) beroperasi dengan cara yang tidak terganggu, tepat pada masanya, selamat atau tanpa ralat, (ii) sentiasa boleh didapati atau bebas daripada semua komponen yang berbahaya atau ralat atau (iii) selamat daripada atau kebal daripada (termasuk kandungan yang dihantar kepada anda atau maklumat yang anda sediakan) sebarang pengaksesan tanpa diberi kuasa.
9.2 Penafian Ganti Rugi Tertentu. Dalam apa jua keadaan CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada anda terhadap apa-apa kehilangan keuntungan, atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, khas, teladan atau punitif, walaupun jika CIMB telah dinasihatkan tentang kemungkinan ganti rugi tersebut. Had ini akan diguna pakai tanpa mengira teori liabiliti, sama ada fraud, salah nyata, kemungkiran kontrak, kecuaian, kecederaan diri, liabiliti produk, pelanggaran atau mana-mana teori lain, tanpa mengira sama ada CIMB telah dinasihatkan tentang kemungkinan ganti rugi tersebut atau tidak. Had dan penafian ini juga diguna pakai kepada apa-apa tuntutan yang anda boleh bawa terhadap mana-mana pihak lain sehingga tahap yang CIMB diperlukan untuk menanggung rugi pihak tersebut untuk tuntutan tersebut. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa ganti rugi atau kerugian jika anda membenarkan sesiapa (seperti pengguna lain atau peniaga) untuk mengguna atau mengendali Kad, Peranti, Akaun Dompet Digital atau Dompet Digital anda.
9.3 CIMB hendaklah menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan operasi dan peruntukan Dompet Digital dan perkhidmatan di sini. Walau bagaimanapun, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB tidak membuat sebarang waranti atau representasi dalam apa-apa bentuk jua pun berkenaan dengan Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini, sama ada nyata atau tersirat dan tertakluk kepada Klausa 9.6, tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa jua Kerugian dan walau bagaimanapun timbul sama ada dalam tort, kontrak atau tanggung rugi, berhubung dengan penyediaan Dompet Digital dan perkhidmatan di sini sama ada dialami oleh anda atau mana-mana orang lain dengan pengecualian Kerugian yang disebabkan oleh tindakan penipuan atau kecuaian melampau Pegawai CIMB.
9.4 Tanpa mengehadkan keluasan makna Klausa 9.3 di atas, CIMB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa- apa Kerugian yang disebabkan oleh atau timbul daripada satu atau lebih kejadian atau perkara berikut walau bagaimanapun disebabkan atau berlaku:-
9.4.1 Sebarang malfungsi, kecacatan dan/atau sebarang kerosakan, gangguan atau kegagalan mana- mana telekomunikasi, Peranti, terminal, pelayan atau sistem sama ada dimiliki, dikendalikan atau diselenggara oleh anda, CIMB atau mana-mana orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan mana-mana peralatan atau sistem sedemikian untuk menerima, mengenali atau memproses mana-mana Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan
/ atau OTP atau Arahan;
9.4.2 Sebarang malfungsi, kerosakan, gangguan dan/atau ketidaksediaan Dompet Digital dan perkhidmatan di sini atau mana-mana bahagian daripadanya, walau bagaimanapun timbul;
9.4.3 Dompet Digital dan mana-mana perkhidmatan di sini tidak boleh diakses, sedia ada atau berfungsi;
9.4.4 Sebarang kegagalan atau kelewatan yang disebabkan oleh pelayar Internet anda atau perisian, virus komputer atau masalah yang berkaitan lain;
9.4.5 Kerosakan, kemusnahan, pengubahan, kehilangan atau ralat dalam Arahan anda atau sebarang data atau maklumat semasa penghantaran melalui Dompet Digital;
9.4.6 Sebarang pencerobohan, gangguan atau serangan oleh mana-mana orang, virus, Kuda Trojan, cecacing, makro, program hasad atau komponen berbahaya lain atau program atau fail yang mudarat;
9.4.7 Sebarang penggunaan Dompet Digital pada Peranti yang dipecah sekat ("jail- broken atau rooted")
seperti yang dinyatakan dalam Klausa 5.10;
9.4.8 Sebarang kehilangan, kecurian atau penggunaan tanpa diberi kuasa Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP anda;
9.4.9 Sebarang pemintasan jauh akibat daripada program hasad yang disimpan dalam mana-mana telekomunikasi, atau Peranti sama ada dimiliki, dikendalikan atau diselenggara oleh anda atau tidak.
9.4.10 Sebarang pengaksesan kepada dan penggunaan samaran Dompet Digital dan Perkhidmatan di sini, Nama Pengguna Dompet Digital, Kod Laluan Dompet Digital, Cap Jari, dan / atau OTP anda serta sebarang perisian atau perkakasan lain yang disediakan oleh CIMB kepada anda, jika ada;
9.4.11 Sebarang malfungsi atau kerosakan dalam perisian atau perkakasan yang disediakan oleh CIMB kepada anda, jika ada;
9.4.12 Sebarang pengaksesan dan/atau penggunaan Dompet Digital dan perkhidmatan tanpa diberi kuasa oleh mana-mana orang, sama ada dilakukan dari jauh atau sebaliknya;
9.4.13 Sebarang larangan, penggantungan, kelewatan atau sekatan pengaksesan anda kepada Dompet Digital dan perkhidmatan di sini oleh undang-undang dan peraturan-peraturan mana-mana negara dari mana anda mengakses Dompet Digital;
9.4.14 Sebarang larangan, penggantungan, kelewatan atau sekatan pengaksesan anda kepada Dompet Digital dan perkhidmatan yang disebabkan oleh, berhubung dengan atau berkaitan dengan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian anda;
9.4.15 Sebarang ketidaktepatan atau ketidaklengkapan maklumat, data atau Arahan yang diberikan oleh anda berhubung dengan persediaan dan/atau sebarang transaksi atau pelaksanaan sebarang transaksi atau sebaliknya berhubung dengan penyediaan mana-mana perkhidmatan;
9.4.16 Kegagalan, pengabaian atau peninggalan anda untuk mengekalkan dana yang mencukupi dalam Kad dan/atau akaun sandaran berkenaan untuk melaksanakan mana-mana Arahan anda;
9.4.17 Ketidakupayaan anda untuk melakukan apa-apa transaksi disebabkan oleh had yang ditetapkan oleh XXXX dari semasa ke semasa;
9.4.18 Kegagalan, pengabaian atau peninggalan anda untuk bertindak menurut terma-terma dan syarat- syarat Perjanjian ini dan mana-mana kaedah, peraturan, polisi dan garis panduan lain yang sedang berkuat kuasa;
9.4.19 Sebarang kelewatan dalam penghantaran atau kegagalan penghantaran atau apa-apa dokumen atau bahan, apa jua pun, di bawah Perjanjian ini;
9.4.20 Sebarang kejadian, yang berlaku di luar kawalan munasabah CIMB, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, kilat, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan kerajaan, peperangan, gangguan bekalan elektrik atau kuasa;
9.4.21 Sebarang kelewatan dan/atau ketidakupayaan untuk memaklumkan kepada CIMB untuk menyahdayakan Akaun Dompet Digital anda pada Peranti yang hilang atau dicuri atau dikompromi;
9.4.22 Sebarang kelewatan dan/atau ketidakupayaan untuk memaklumkan kepada CIMB untuk menyahdayakan Kad anda yang hilang atau dicuri atau dikompromi pada Akaun Dompet Digital anda; atau
9.4.23 Sebarang Kerugian yang disebabkan oleh pihak ketiga.
9.5 Walaupun CIMB akan membuat usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat pada laman web mereka adalah tepat dan terkini, namun masih terdapat keadaan di mana maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dipaparkan secara tidak sengaja. Sekiranya maklumat, harga atau kadar tersebut tidak betul atau tidak lengkap, CIMB hendaklah mempunyai hak mengikut budi bicara tunggal dan mutlak mereka, untuk menolak, mengelak, menjadikan tidak berkesan dan/atau membatalkan mana-mana Arahan dan atau mana- mana transaksi yang dilakukan di bawah Akaun Dompet Digital, Kad, akaun sandaran, perkhidmatan dan apa- apa transaksi lain yang dilakukan disebabkan oleh, timbul daripada atau akibat daripada maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa ralat atau peninggalan dalam kandungan laman web tersebut, dan menafikan secara nyata liabiliti untuk apa-apa kerugian yang ditanggung akibat daripada ralat, ketidaktepatan, pernyataan silap atau peninggalan tersebut.
9.6 Selagi CIMB bertindak dengan niat baik dalam bertindak ke atas atau melaksanakan mana-mana Arahan atau tindakan, CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada anda dalam apa-apa
aspek untuk apa-apa Kerugian yang disebabkan oleh atau timbul daripada pelaksanaan Arahan tersebut oleh CIMB atau apa-apa perkara yang timbul daripadanya.
9.7 Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara yang disebut di atas dan walaupun apa-apa peruntukan yang bertentangan dalam Perjanjian ini atau dalam mana-mana perjanjian lain antara CIMB dan anda, CIMB tidak akan dalam apa-apa keadaan jua bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada anda untuk apa- apa Kerugian tidak langsung atau berbangkit, atau untuk ganti rugi punitif, sama ada timbul daripada mana- mana kemungkiran kewajipan CIMB kepada anda atau sebaliknya.
9.8 Di mana CIMB:
9.8.1 gagal mematuhi prosedur atas aduan dan siasatan seperti yang ditetapkan dalam Klausa 6; dan
9.8.2 kegagalan tersebut:
a) disebabkan oleh tindakan penipuan atau kecuaian melampau oleh Pegawai CIMB; dan
b) memprejudiskan hasil aduan atau mengakibatkan kelewatan dalam penyelesaiannya,
CIMB boleh, tertakluk kepada Klausa 2.4, 2.6, 2.7, 2.8 dan 2.9, bertanggungjawab kepada anda sehingga jumlah penuh transaksi tertentu yang merupakan subjek aduan.
10.1 CIMB merizabkan hak untuk menukar, mengubah suai, memadam, meminda, menambah atau mengubah terma- terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dari semasa ke semasa tetapi CIMB akan, tertakluk kepada Klausa 10.5, memberi sekurang-kurangnya notis dua puluh satu (21) hari kalendar mengenai mana-mana terma-terma dan syarat-syarat tambahan atau pindaan sedemikian.
10.2 Melainkan dinyatakan sebaliknya di sini secara bertentangan, semua notis dan komunikasi oleh CIMB berhubung dengan Dompet Digital boleh diberikan oleh CIMB dalam mana-mana satu daripada cara berikut:-
10.2.1 Melalui pos berdaftar ke alamat terakhir anda dalam rekod CIMB;
10.2.2 Melalui pos biasa ke alamat terakhir anda dalam rekod CIMB;
10.2.3 Melalui faksimile, e-mel, SMS, pemberitahuan CIMB Messenger atau bentuk komunikasi serta-merta lain ke nombor perhubungan, alamat e-mel atau aplikasi didayakan Messenger terakhir anda yang diketahui dalam rekod CIMB;
10.2.4 Melalui paparan di premis CIMB, termasuk di cawangannya;
10.2.5 Melalui paparan pada skrin apabila mengakses Dompet Digital dan/atau laman web CIMB;
10.2.6 Melalui mana-mana cara lain yang dianggap sesuai oleh CIMB.
10.3 Semua notis dan komunikasi yang dihantar oleh CIMB kepada anda, hendaklah, melainkan dinyatakan sebaliknya di sini atau dalam notis atau komunikasi tersebut, dianggap telah diterima dan dikuat kuasa, seperti berikut:-
10.3.1 Jika melalui pos berdaftar; apabila pengakuan penerimaan;
10.3.2 Jika melalui pos biasa, dua (2) hari Perniagaan selepas pengeposan untuk semenanjung Malaysia dan lima (5) hari Perniagaan selepas pengeposan untuk Sabah & Sarawak dan tempat di luar Malaysia;
10.3.3 Jika melalui faksimile, e-mel, pemberitahuan Messenger atau komunikasi serta-merta lain, apabila dihantar; dan
10.3.4 Jika melalui paparan (sama ada di premis CIMB atau pada Dompet Digital dan / atau laman web CIMB) apabila paparan tersebut dibuat.
10.4 Jika anda terus menggunakan Dompet Digital selepas tarikh berkuat kuasa mana-mana terma-terma dan syarat- syarat tambahan atau pindaan, atau jika tiada tarikh berkuat kuasa ditetapkan, selepas suatu tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar selepas penerimaan anda notis tersebut, sama ada sebenar atau dianggap mengikut Klausa 10.3, maka anda akan dianggap telah menerima terma-terma dan syarat-syarat tambahan atau pindaan tersebut dan bersetuju untuk terikat dengan yang sama.
10.5 Anda bersetuju dan mengakui bahawa apabila perubahan atau pindaan yang dibuat diperlukan oleh keperluan segera untuk memulihkan atau mengekalkan keselamatan suatu transaksi, Akaun Dompet Digital, Kad dan akaun sandaran anda, CIMB boleh meneruskan dengan melakukan perubahan dan pindaan sedemikian tanpa notis kepada anda.
10.6 Tertakluk kepada apa-apa perkara yang bertentangan di sini, semua notis daripada anda kepada CIMB akan berkuat kuasa hanya apabila CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (mengikut mana yang berkenaan) merekod yang sama dalam rekodnya dengan sewajarnya.
11.1 Tertakluk kepada Klausa 11.3, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB merizabkan hak dan budi bicara tunggal untuk menggantung, menamatkan atau menyekat penambahan dan/atau penggunaan Kad anda dalam Dompet Digital atau mana-mana bahagiannya atas sebarang sebab, dengan memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar kepada anda dan tanpa apa-apa liabiliti jua kepada anda atau mana-mana pihak ketiga lain untuk berbuat sedemikian.
11.2 Walaupun keluasan makna Klausa 11.1, CIMB boleh menamatkan, menggantung atau menyekat pengaksesan dan/atau penggunaan Kad anda dalam Dompet Digital serta-merta dengan atau tanpa memberi anda notis terdahulu, jika:-
11.2.1 Anda berhenti mengekalkan apa-apa Akaun Dompet Digital dan/atau Kad dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang boleh diakses melalui Dompet Digital;
11.2.2 Anda memungkiri mana-mana terma, syarat atau peruntukan Perjanjian ini atau yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang, kawal selia atau lain-lain atau badan yang berkaitan dengannya;
11.2.3 Jika anda gagal membayar sebarang Fi dan Caj dan Cukai apabila kena dibayar;
11.2.4 Jika anda telah memberikan kepada CIMB maklumat palsu atau tidak lengkap untuk pengaksesan kepada atau penggunaan Dompet Digital anda;
11.2.5 Jika anda menjadi, mengancam atau berazam untuk menjadi atau berada dalam keadaan bahaya untuk menjadi subjek kepada apa-apa bentuk pentadbiran insolvensi;
11.2.6 Jika, pada pendapat CIMB, adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian;
11.2.7 Jika, pada pendapat CIMB, ia dikehendaki untuk memudahkan penyiasatan mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan yang disyaki penipuan atau tanpa diberi kuasa; atau
11.2.8 Jika CIMB dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak
berkuasa berkanun atau kerajaan lainmena(m“atpkain,hak berk menggantung atau menyekat pengaksesan anda kepada Dompet Digital tanpa mengira sama ada
pihak berkuasa berkaitan mempunyai kuasa undang-undang atau sah untuk meminta sedemikian dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
11.3 Anda bersetuju dan mengakui bahawa penamatan tidak menjejaskan tanggungjawab atau kewajipan anda berkenaan dengan Arahan yang diterima oleh CIMB sebelum penamatan tersebut yang telah diproses atau sedang diproses oleh CIMB.
11.4 Anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa apabila suatu Arahan telah diterima oleh CIMB sebelum penamatan tersebut di sini tetapi belum diproses, dan pengaksesan anda kepada Dompet Digital selepas itu ditamatkan, anda tidak akan memgang CIMB bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas apa-apa kegagalan untuk memproses Arahan tersebut.
11.5 Apa-apa hak dan kewajipan di bawah Perjanjian ini yang mengikut terma dan maksudnya yang kekal selepas penamatan Perjanjian ini dalam apa-apa cara jua hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya selepas itu.
12.1 Sebagai tambahan dan tanpa memprejudiskan mana-mana hak atau remedi CIMB lain, sama ada di bawah Perjanjian ini atau sebaliknya, anda hendaklah menanggung rugi dan tidak mempertanggungjawabkan CIMB daripada dan terhadap mana-mana dan semua Kerugian yang dialami atau ditanggung oleh CIMB akibat daripada mana-mana yang berikut:-
12.1.1 Sebarang kegagalan anda untuk mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini;
dan/atau
12.1.2 CIMB bertindak menurut mana-mana Xxxxxx atau dalam apa-apa cara menurut Perjanjian ini.
12.2 Anda bersetuju dan mengakui bahawa kewajipan anda untuk menanggung rugi CIMB di sini akan kekal selepas penamatan Perjanjian ini atau Dompet Digital.
12.3 Anda hendaklah menanggung rugi dan tidak mempertanggungjawabkan CIMB daripada dan terhadap mana- mana dan semua Fi dan Caj dan Cukai yang perlu anda bayar menurut Perjanjian ini dan anda secara tidak boleh batal memberi kuasa kepada CIMB untuk mengecaj mana-mana Kad atau akaun anda untuk pembayaran Fi dan Caj dan Cukai tersebut.
13.1 Sebagai tambahan dan tanpa memprejudiskan mana-mana hak yang mungkin terdapat pada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank di bawah undang-undang atau sebaliknya, semua dana, instrumen dan harta lain kepunyaan anda yang berada dalam milikan atau kawalan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan tertakluk kepada lien am yang memihak kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berkenaan dengan semua jumlah atau liabiliti lain kini atau pada bila-bila masa selepas ini yang perlu dibayar, terhutang atau ditanggung oleh anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank pada Kad atau akaun , Dompet Digital dan/atau perkhidmatan, di sini, atau sebaliknya dalam apa-apa cara jua, dalam mana-mana mata wang, sama ada sebenar atau luar jangkaan, bersama atau berasingan dan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menggunakan hasil daripadanya dalam penyelesaian jumlah dan liabiliti tersebut.
14.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa pengaksesan dan penggunaan Dompet Digital anda dari luar Malaysia boleh tertakluk kepada, antara lain:-
14.1.1 peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia;
14.1.2 syarat kawalan fiskal atau pertukaran lain di negara di mana transaksi dilaksanakan atau diminta;
14.1.3 undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan di Malaysia dan negara di mana transaksi dilaksanakan atau diminta;
14.1.4 kadar pertukaran asing Bank pada masa transaksi; dan
14.1.5 terma-terma dan syarat-syarat Kad anda masing-masing berkenaan dengan penggunaan antarabangsa.
14.2 Selanjutnya, anda bersetuju dan mengakui bahawa Bank Negara Malaysia dan undang-undang dan peraturan di negara di mana transaksi dilaksanakan atau diminta boleh mengehadkan atau menentukan jumlah maksimum transaksi tertentu dan tujuan untuk yang mana transaksi tersebut terjejas.
15.1 Anda bersetuju dan mengakui untuk tidak mempertikaikan kesahihan, ketepatan atau ketulenan apa-apa bukti Arahan dan/atau komunikasi anda yang dihantar antara CIMB dan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa bukti dalam bentuk rekod komputer CIMB yang berbentuk , antara lain, log telefon, log transaksi, pita magnetik, kartrij, cetakan komputer bagi apa-apa komunikasi dan apa-apa bentuk maklumat dan penyimpanan data lain, yang kesemuanya telah dihasilkan oleh komputer CIMB semasa penggunaan biasa mereka.
15.2 Menurut Klausa 15.1, anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa ia hendaklah merujuk dan pada setiap masa, menganggap semua rekod komputer CIMB tersebut di dalamnya sebagai bukti muktamad bagi Arahan dan/atau komunikasi anda yang diterima atau dihantar oleh CIMB.
15.3 Walau apapun yang terkandung dalam Perjanjian ini, anda bersetuju dan mengakui bahawa semua Arahan dan/atau komunikasi anda tersebut yang dihantar kepada CIMB dan yang memenuhi piawai dan syarat kendalian CIMB hendaklah dianggap baik seperti, dan diberi kesan yang sama seperti, komunikasi dokumentari bertulis dan/atau bertandatangan.
16.1 Kegagalan atau kelewatan pada pihak CIMB dalam melaksanakan apa-apa hak, kuasa, manfaat atau remedi di bawah Perjanjian ini atas apa-apa keingkaran di pihak anda hendaklah tidak menjejaskan mana-mana hak, kuasa, manfaat atau remedi tersebut atau ditafsirkan sebagai penepian daripadanya atau mana-mana keakuran dalam keingkaran tersebut. Tiada penepian akan sah melainkan dilakukan secara bertulis oleh CIMB. Sebarang penepian oleh CIMB tidak akan beroperasi sebagai penepian kepada sebarang keingkaran berikutnya oleh anda.
16.2 Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini diputuskan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang kini atau masa hadapan, peruntukan tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya dan Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak pernah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini dan peruntukan yang selebihnya hendaklah kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atau dengan pengasingannya di sini.
16.3 Walaupun dari mana anda mengakses Dompet Digital, anda bersetuju dan mengakui bahawa Perjanjian ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang semasa Malaysia dan tertakluk kepada Klausa 16.4, mahkamah Malaysia hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan menentukan semua tindakan dan prosiding yang timbul daripada Perjanjian ini dan dengan itu, anda juga bersetuju dan mengakui untuk tertakluk kepada perkara yang sama.
16.4 Walau apapun di sini, anda bersetuju dan mengakui bahawa anda akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk berunding dengan CIMB dengan niat baik dan menyelesaikan secara baik sebarang pertikaian yang boleh timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini. Jika sebarang pertikaian sedemikian tidak dapat diselesaikan secara baik, anda boleh merujuk pertikaian tersebut kepada Skim Ombudsman Kewangan. Jika mediasi tersebut juga gagal menghasilkan penyelesaian, perkara itu, pada pemilihan sama ada anda atau CIMB, boleh diserahkan kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di Malaysia.
17 PENERIMAAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
17.1 Anda mengakui bahawa dari kali pertama anda menambah mana-mana Kad anda pada Dompet Digital, anda akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dan anda selanjutnya mengakui dan menerima semua risiko sedia wujud yang berkaitan dalam menambah kad anda dan menggunakan Perkhidmatan.
17.2 Anda bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dalam pengaksesan dan penggunaan Dompet Digital anda.
17.3 Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan penggunaan Digital Wallet anda mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir Kad yang anda simpan dan guna dalam Akaun Dompet Digital anda. Anda juga bertanggungjawab untuk semua caj dan/atau debit pada Kad anda hasil daripada transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Dompet Digital dan apa-apa fi yang boleh dikenakan oleh pengeluar Kad anda yang berkaitan dengan transaksi tersebut. Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaporkan dan membayar apa-apa cukai terpakai yang timbul daripada transaksi yang berasal menggunakan Akaun Dompet Digital anda dan anda hendaklah mematuhi mana-mana dan semua undang-undang cukai yang berkaitan dengannya.
17.4 Semua Kad korporat yang layak ditambah ke dalam Dompet Digital hendaklah digunakan mengikut polisi syarikat anda.