JADUAL J
JADUAL J
AKTA PEMBERI XXXXXX XXXX 1951
PERATURAN-PERATURAN PEMBERI PINJAM WANG (KAWALAN DAN PELESENAN) 2003
PERJANJIAN PEMBERIAN PINJAMAN WANG (PINJAMAN TANPA CAGARAN)
SUATU PERJANJIAN diperbuat pada hari dan tahun yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual Pertama kepada Perjanjian ini di antara pemberi pinjam wang yang dinyatakan dalam seksyen 2 Jadual Pertama (“Pemberi Pinjam”) sebagai satu pihak dan peminjam yang dinyatakan dalam seksyen 3 Jadual Pertama (“Peminjam”) sebagai pihak yang satu lagi.
XXXXXXXXXXX Xxxxxxx Xxxxxx adalah seorang pemberi pinjam wang berlesen di bawah Akta Pemberi Xxxxxx Xxxx 1951 dengan ini bersetuju untuk meminjamkan kepada Xxxxxxxx dan Xxxxxxxx bersetuju untuk meminjam daripada Pemberi Pinjam bagi maksud Perjanjian ini suatu jumlah wang yang dinyatakan dalam seksyen 4 Jadual Pertama (“Jumlah Wang Pokok”).
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut:
Bayaran balik ansuran
1. Bayaran balik ansuran dalam Perjanjian ini hendaklah genap masa dan kena dibayar tanpa dituntut yang bayaran balik ansuran pertama hendaklah dibuat pada
……………… (tarikh bayaran balik yang pertama) dan selepas itu pada
……………..setiap dan tiap-tiap bulan yang berikutnya sehingga tamat
……………….bulan tersebut dari tarikh bayaran ansuran pertama tersebut.
Keingkaran
2. (1) Jika keingkaran dilakukan dalam bayaran balik pada tarikh genap akan mana-mana jumlah bayaran balik yang kena dibayar kepada Pemberi Pinjam di bawah Perjanjian ini, sama ada berkenaan dengan wang pokok atau faedah, maka Pemberi Pinjam adalah berhak untuk mengenakan faedah ringan ke atas jumlah wang ansuran
yang tidak dibayar itu yang hendaklah dikira pada kadar lapan peratus setahun dari hari ke hari dari tarikh keingkaran bayaran balik jumlah wang ansuran itu sehingga jumlah wang ansuran itu dijelaskan, dan apa-apa faedah yang dikenakan tidak boleh dikira bagi maksud Perjanjian ini sebagai sebahagian daripada faedah yang dikenakan berkenaan dengan pinjaman.
(2) Faedah hendaklah dikira mengikut formula yang berikut: R = 8 x D x S
100 365
iaitu,
R mewakili jumlah wang faedah yang hendaklah dibayar. D mewakili bilangan hari keingkaran.
S mewakili jumlah wang ansuran bulanan yang genap tempoh.
Hak tindakan
3. (1) Jika Peminjam –
(a) tidak membayar balik apa-apa jumlah wang ansuran yang kena dibayar atau apa-apa jumlah daripada wang ansuran itu dan mana-mana faedah yang kena dibayar di bawah seksyen 5 Jadual Pertama bagi apa-apa tempoh yang melebihi dua puluh lapan hari selepas tarikh genapnya; atau
(b) melakukan perbuatan kebankrapan atau memasuki mana-mana komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau, sebagai syarikat, memasuki penyelesaian likuidasi, sama ada secara paksa atau sukarela,
maka Pemberi Pinjam boleh menamatkan Perjanjian ini.
(2) Apabila berlaku mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subklausa (1), Pemberi Pinjam hendaklah memberi Peminjam notis secara bertulis tidak kurang daripada empat belas hari supaya menganggapkan Perjanjian ini sebagai telah ditolak
oleh Peminjam dan melainkan dalam sementara itu keingkaran itu dibetulkan atau jumlah wang ansuran yang belum dibayar dan faedah itu dijelaskan, maka Perjanjian ini hendaklah apabila tamat tempoh notis tersebut, atas pilihan Pemberi Pinjam disifatkan sebagai terbatal.
(3) Sekiranya Perjanjian ini telah ditamatkan atau dibatalkan, maka Pemberi Pinjam boleh menuntut baki belum jelas daripada Peminjam mengikut peruntukan di bawah Perintah 45 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1990 [P.U. (A) 97/90] jika baki belum jelas itu tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau Perintah 79 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/80] jika baki belum jelas itu lebih tinggi daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit.
Pematuhan undang-undang bertulis
4. Pemberi Pinjam hendaklah, berkenaan dengan perniagaan meminjamkan wang, mematuhi peruntukan dan kehendak Akta Pemberi Xxxxxx Xxxx 1951 dan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa yang menyentuh perniagaan itu.
Duti setem dan fi pengakusaksian
5. Semua duti setem dan fi pengakusaksian yang dilakukan berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
Penyampaian dokumen
6. (1) Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi dalam Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang mencukupi–
(a) jika ia dihantar oleh pihak itu atau peguam caranya melalui pos
A.R berdaftar yang dialamatkan ke alamat pihak yang satu lagi seperti yang tersebut terdahulu daripada ini dan dalam hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan sebagai telah diterima apabila tamatnya tempoh lima hari dari pengeposan surat berdaftar
sedemikian; atau
(b) jika ia diberikan oleh pihak itu atau peguam caranya dengan tangan kepada pihak yang satu lagi atau peguam caranya.
(2) Apa-apa pertukaran mengenai alamat oleh mana-mana pihak hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang satu lagi.
Jadual
7. Jadual kepada Perjanjian ini hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan hendaklah dibaca, diambil dan diertikan sebagai suatu bahagian yang perlu dalam Perjanjian ini.
Masa merupakan pati perjanjian
8. Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini yang berhubungan dengan segala peruntukan dalam Perjanjian ini.
Orang-orang yang terikat kepada Perjanjian
9. Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan kepada Pemberi Pinjam, waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan kepada Peminjam.
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun mula-mula bertulis di atas.
DITANDATANGANI oleh Xxxxxxxx )
yang bernama di atas )
Nama )
No. K.P./No. Pendaftaran Syarikat )
DITANDATANGANI oleh )
Pemberi Pinjam yang bernama di atas ) Nama )
No. K.P./No. Pendaftaran Syarikat )
Saya, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa saya telah menerangkan terma-terma Perjanjian ini kepada Peminjam dan saya mendapati bahawa Xxxxxxxx telah memahami sifat dan akibat Perjanjian ini.
…………………………………………. (Nama pengakusaksi)
(Peguam bela dan Peguam cara, pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai Daerah, Xxxxx Xxxxxxxx atau orang yang dilantik oleh Menteri)
JADUAL PERTAMA
(yang hendaklah dibaca dan diertikan sebagai suatu bahagian penting Perjanjian ini)
No. Xxxxxxx | Xxxxxxx | Xxxxx-butir | ||||
1. | Hari dan tahun Perjanjian ini | |||||
2. | Nama, No. K.P., No. Pendaftaran Syarikat, No. Lesen dan alamat Pemberi Pinjam | |||||
3. | Nama, No. K.P., No. Pendaftaran Syarikat dan alamat Peminjam | |||||
4. | Jumlah Xxxx Xxxxx | ………………….. ringgit (RM ) | ||||
5. | Kadar faedah | Kadar faedah adalah ……………. peratus (……. %) setahun | ||||
6. | Jumlah ansuran | wang | setiap | bayaran | balik | |
7. | Jumlah ansuran | wang | bagi | bayaran | balik |