Contract
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG KENYATAAN SEBUT HARGA | |||
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan/perkhidmatan atau kerja seperti berikut. | |||
NO. DAN TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG PENDAFTARAN | TARIKH/TEMPAT DIBEKALKAN DOKUMEN | TARIKH TUTUP |
SEBUT HARGA BIL.18/2015- PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI RUMAH RASMI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG | 220801 | 8 Oktober 2015 / Laman Web SPPP | 15 Oktober 2015 Jam 12:00 tengahari |
PERHATIAN 1. Sila lengkapkan borang tawaran (Borang A, Borang B dan Borang C). Borang-borang serta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di alamat seperti berikut:- Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx (SILA MASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA) 2. Lawatan Tapak adalah wajib kepada semua yang menghantar tawaran sebut harga. Lawatan Tapak akan diadakan seperti berikut: - Tarikh : 12 Oktober 2015 Masa : 2.30 petang Tempat : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal No. 1A, Pesara King Xxxxxx 00000 Xxxxxx Xxxx, Xxxxx Xxxxxx Pegawai yang dihubungi : Encik Xxxx Xxxxxxxxx xxx Xxx Xxxxx (012-471 5156) 3. Sila rujuk kepada Senarai Semak sebelum menghantar semua dokumen sebut harga. 4. Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bertutup dan bertanda SPESIFIKASI BAGI SEBUT HARGA BIL. 18/2015 PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI RUMAH RASMI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG. |
5.
Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 15 Oktober 2015 jam 12:00 tengah hari (TARIKH TUTUP SEBUT HARGA). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup akan ditolak.
6.
Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
7.
Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang terendah.
Xxxxxx Xxxxx/Notis : 8 Oktober 2015
Borang A
Bil. | Perihal barang-barang/perkhidmatan | Kuantiti | Harga Sebulan (RM) | Harga 12 Bulan (RM) |
SEBUT HARGA BIL. 18/2015 PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI RUMAH RASMI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG SILA LIHAT DI LAMPIRAN |
(Jika ruangan tidak mencukupi, sila kepilkan lampiran) Ringgit Malaysia :
...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
i.*No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
ii. Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
iii. Tarikh mula membekalkan perkhidmatan
Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan seperti tersebut di atas dengan harga yang telah disertakan. Saya/kami akan mematuhi Syarat-syarat Am yang ditetapkan bagi pelawaan ini.
Tanda tangan penyebut harga Tarikh : Nama :
Nombor Kad Pengenalan : Alamat Syarikat :
No. Tel.
Cop Syarikat :
* No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan perlu dinyatakan dengan mengikut Kod Bidang Pendaftaran yang telah dicatitkan di muka surat hadapan sebut harga ini. Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa penyerahan sebut harga tersebut.
Mustahak - Lihat Syarat-syarat Sebut Harga Untuk Bekalan/ Perkhidmatan
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
1. PEMERIKSAAN TAPAK
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama SPPP dan Kontraktor perlu mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insuran Kerja bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja, Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan, tanpa sebarang yang munasabah, Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak mengambil tindakan yang bersesuaian.
3. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Kontrak, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Kontrak akan dibatalkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan tindakan akan diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Kontrak ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya.
6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASA SPPP ATAU WAKILNYA
6.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah apabila diminta oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya, memberi kepadanya baucar-baucar dan/ atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang itu memenuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam Spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya secara bertulis.
7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Kontrak dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan
7.4 tersebut di atas apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Kontrak dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.
8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihal secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga, dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya untuk mendapatkan keputusan.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN
KONTRAKTOR
Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya berhak membatalkan Kontrak sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya tanpa apa- apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
10. PERUBAHAN KERJA
10.1 Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya boleh membatalkan Sebut Harga ini.
10.2 Semua kerja perubahan dan/ atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa SPPP atau Wakilnya dan Kontraktor hendaklah digunakan.
11. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan diperakukan oleh Pegawai Penguasa SPPP atau wakilnya.
12. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
13. PEMBERSIHAN TAPAK
Kontraktor dikehendaki membersih dan mengangkut keluar semua sisa bahan dari tapak ke tempat pelupusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kerja berkaitan.
‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐
Borang B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BIL. 18/2015 PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI RUMAH RASMI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
Saya, nombor kad pengenalan yang mewakili nombor Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Xxxx Xxxxx,
Tanda tangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Borang C
SENARAI SEMAK BEKALAN/ PERKHIDMATAN
√
Sila Tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil | Perkara/Dokumen | Untuk Ditanda Oleh Syarikat | Untuk Ditanda Oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga |
1. | *Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
2. | *Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) | ||
3. | *Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Termasuk nilai tawaran dan tempoh mula kerja) Xxx Xxxxxxxxxxxxxx | ||
4. | *Maklumat Penyebut Harga (Profil Syarikat) | ||
5. | *Pematuhan Kepada Spesifikasi | ||
6. | *Senarai Kerja Dalam Tangan | ||
7. | *Senarai Pengalaman Kerja Yang Berkaitan | ||
8. | *Senarai & Maklumat Pengawal Keselamatan | ||
9. | *Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (Jun 2015, Julai 2015 & Ogos 2015) | ||
10. | *Surat Akuan Pembida (SPRM) | ||
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tanda tangan : Nama : Jawatan : Tarikh : | UNTUK KEGUNAAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. (jika ada) Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : Tanda tangan: Nama : Tarikh : |
Nota: Dokumen yang bertanda * adalah wajib disertakan dan dipatuhi semasa penghantaran dokumen sebut harga. Dokumen sebut harga yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
LAMPIRAN H
XXXXXX PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities
(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm].
(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination.
(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”
LAMPIRAN
SPESIFIKASI SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI RUMAH RASMI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
1. SKOP DAN PERATURAN KERJA
Kerja‐kerja perkhidmatan Pengawal Keselamatan swasta di Rumah Rasmi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) adalah merangkumi kawasan berikut:‐
a) Xx 0X , Xxxxx Xxxxxxxxxx, 00000, Xxxxx Xxxxx, Xxxxx Xxxxxx.
1.1 Kontraktor adalah diminta untuk melawat tapak kerja dan mengetahui beban pekerjaan, jenis peralatan dan lain‐lain lagi bagi kesempurnaan kerja kerana tuntutan perbelanjaan tambahan di atas kecuaian pihak kontraktor tidak akan dipertimbangkan.
1.2 Kontraktor adalah diminta untuk menyediakan 2 orang Pengawal keselamatan tidak bersenjata api.
1.3 Pengawal Keselamatan yang dibekalkan oleh kontraktor hendaklah warga tempatan dan telah menjalani tapisan keselamatan.
1.4 Pengawal keselamatan yang dibekalkan oleh pihak kontraktor hendaklah sihat tubuh badan dan mental serta tiada rekod jenayah.
1.5 Kontraktor perlu memastikan pengawal keselamatan diselia oleh seorang penyelia pada setiap hari bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berada dalam tahap memuaskan.
1.6 Pada asasnya kerja‐kerja adalah membuat kawalan keselamatan, membuat rondaan keselamatan berkala, merekod pergerakkan aktiviti keluar / masuk ( individu / kumpulan individu / barang ) yang berlaku di kawasan berkenaan dan membuat laporan sebarang kejadian yang berlaku di kawasan tersebut kepada Pegawai Pengawal atau wakilnya.
1.7 Semua kerja yang dijalankan hendaklah memberi kepuasan kepada Pegawai Pengawal atau wakilnya. Potongan harga akan dibuat berdasarkan ringkasan harga tawaran sekiranya prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pegawai Pengawal atau wakilnya. Sebarang perubahan skop kerja tidak dibenarkan KECUALI atas kebenaran bertulis dari Pegawai Pengawal atau wakilnya.
1.8 Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari Pegawai Pengawal atau wakilnya semasa melakukan kerja.
1.9 Kontraktor hendaklah memastikan keadaan kawasan berkenaan berada di dalam keadaan selamat setiap masa.
1.10 Kontraktor hendaklah pada setiap masa mematuhi semua keperluan seperti yang boleh dikenakan ke atas Kontraktor oleh Pegawai Pengawal. Segala perintah, kaedah, peraturan, keperluan dan notis di bawah ini serta peraturan‐peraturan yang dibuat oleh Suruhanjaya dan kontraktor hendaklah menanggung apa‐apa kerugian bagi perlanggaran yang berbangkit daripadanya.
1.11 Kontraktor perlu menyediakan pakaian seragam pengawal keselamatan kepada Pengawal Keselamatan dan ia hendaklah dipakai sepanjang waktu bekerja.
1.12 Kontraktor perlu memastikan peralatan perhubungan komunikasi disediakan kepada penyelia dan pengawal keselamatan agar mudah menghubungi / dihubungi oleh Pegawai Pengawal atau wakilnya pada bila‐bila masa.
2. WAKTU BERTUGAS
2.1 Kontraktor hendaklah memastikan Pengawai Keselamatan menjalankan tugas pada setiap hari. Jadual waktu bekerja adalah seperti berikut:‐
Masa | Jumlah Pengawal Keselamatan |
7.00 Pagi hingga 7.00 Malam | 1 Orang |
7.00 Malam hingga 7.00 Pagi | 1 Orang |
3. TEMPOH SAHLAKU
Kontrak ini hanya sahlaku untuk tempoh 1 tahun.