KETEPATAN ANGGARAN KOS BAGI PROJEK REKABENTUK DALAMAN
KETEPATAN ANGGARAN KOS BAGI PROJEK REKABENTUK DALAMAN
XXXX XXXXXXXXX XXXXX XXXX XXXX
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KETEPATAN ANGGARAN KOS BAGI PROJEK REKABENTUK DALAMAN
XXXX XXXXXXXXX XXXXX XXXX XXXX
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Xxxx Xxxxx
Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2018
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Ketepatan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ………………………….........
Nama : RAJA XXXXXXXXX XXXXX XXXX XXXX
Tarikh :
DEDIKASI
Khas buat;
Ma, Abah Irfan
&
Ama, Illy, Shey, Xxxxx dan Sha
Terima kasih atas segalanya.
Semoga kita semua diberkati oleh Allah
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah membantu dan memberi semangat sepanjang saya melakukan penyelidikan ini. Jasa kalian amat saya hargai. Semoga Tuhan membalas jasa budi kalian.
Saya ingin merakamkan jutaan berterima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Dr Xxxx Xxxx Xxxxx Xxxxxxx yang telah membantu, mengajar, menasihati, memberi semangat dan mempercayai saya daripada mula proses penyelidikan ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak responden yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk berkongsi maklumat terhadap kajian penyelidikan ini. Saya sangat hargai masa yang mereka luangkan kepada saya untuk menemubual untuk mendapatkan data. Daripada kajian ini, saya berjaya mengkaji teori parameter yang dihasilkan daripada penyelidik terdahulu.
Akhir kata, tanpa sokongan padu dan doa dari kedua ibu bapa saya dan rakan rakan seperjuangan, saya tidak akan mampu sampai ketahap ini. Jutaan terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya.
ABSTRAK
Rekabentuk dalaman adalah perkara penting dalam memberi fungsi ruang, nilai estatik dan juga nilai psikologi selain turut terbukti memainkan peranan meningkatkan penjualan hartanah yang mempunyai sentuhan elemen rekabentuk dalaman. Namun begitu, kos lebihan yang tidak dijangka akan berlaku sekiranya terdapat perubahan rekabentuk dalaman kepada pembinaan sekaligus menjadi cabaran kepada jurukur bahan untuk menghasilkan anggaran kos yang tepat. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender bagi rekabentuk dalaman dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos projek. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pendekatan gabungan melalui kajian dokumen terhadap 6 projek rekabentuk dalaman terdiri daripada 3 projek berlainan kategori. Analisa dilakukan menggunakan formula pengukuran anggaran kos yang telah diiktiraf. Selain itu temubual bersama jurukur bahan yang berpengalaman dalam projek rekabentuk turut dijalankan dimana analisa dibuat menggunakan kandungan termatik. Berdasarkan pada analisis, jumlah tahap perbezaan anggaran jatuh dibawah nilai 1.49% sehingga 18.93%. Manakala sisihan piawai adalah pada nilai 7.59%. Ini menunjukan bahawa ketepatan anggaran kos adalah tidak lebih daripada julat sisihan piawai yang boleh diterima iaitu 10%. Selari dengan ketepatan, nilai keseragaman bagi anggaran kos rekabentuk dalaman juga didalam lingkungan yang boleh diterima iaitu 0.77%. Didapati projek kategori hotel mempunyai tahap ketepatan yang tinggi berbanding bangunan pentadbiran dan hospital. Selain itu faktor yang paling mempengaruhi ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman pula adalah jenis kategori projek diikuti dengan faktor masa dan keperincian maklumat projek.
ABSTRACT
Interior design is an important aspect in establishing functional of space, aesthetic value and physiology value besides proven to play a crucial role in increasing the sales of properties. However, cost overruns could occur in project due to design changes making it a challenge for the quatity surveyors to prepare reliable cost estimate. This research aims to identify the level of accuracy of pre-tender estimate to the tender price for interior design project and also to determine the factors that influence the accuracy of cost estimate. This research was conducted through mixed method approach using document analysis of 6 pre-tender estimate and tender price consisting of 3 different projects categories employing the standardised accurancy formula. Interviews with experienced quantity surveyor in interior design project were conucted to determine factors that influenes cost estimate through thematic content. The findings indicate that the estimate variation lies within range of 1.49% to 18.93% with variability of estimate with the value of standard deviation at 7.59%. This indicates that the accuracy of cost estimates was below the acceptable average accuracy level of around 10%. Other than accurancy, the consistency of estimate for the interior design project was also within the acceptable coefficient of variation of 0.77%. It was found that hotel projects have the highest level of accuracy compared to administrative and hospital buildings. In addition, project type are the factors that most influence the accuracy of cost estimates for interior design projects followed by the time factors and the details of the project information.
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS | |||
PENGESAHAN PENYELIA | |||
TAJUK | |||
PENGAKUAN | ii | ||
DEDIKASI | iii | ||
PENGHARGAAN | iv | ||
ABSTRAK | v | ||
ABSTRACT | vi | ||
ISI KANDUNGAN | vii | ||
SENARAI JADUAL | xiii | ||
SENARAI RAJAH | xv | ||
SENARAI SINGKATAN | xvi | ||
SENARAI LAMPIRAN | xvii | ||
1 | PENDAHULUAN | ||
1.1 | Pengenalan | 1 | |
1.2 | Penyataan Isu | 3 | |
1.3 | Kajian Penyelidikan Sebelumnya Yang Berkaitan | 5 | |
1.4 | Persoalan Penyelidikan | 6 | |
1.5 | Objektif Penyelidikan | 6 |
1.6 | Skop Penyelidikan | 7 | ||
1.7 | Kepentingan Penyelidikan | 7 | ||
1.8 | Kaedah Penyelidikan | 8 | ||
1.9 | Organisasi Laporan | 11 | ||
1.10 | Kesimpulan Bab | 12 | ||
2 | REKABENTUK DALAMAN DAN ANGGARAN KOS | |||
2.1 | Pengenalan | 13 | ||
2.2 | Definisi Rekabentuk Dalaman | 14 | ||
2.3 | Tujuan Rekabentuk Dalaman | 14 | ||
2.3.1 | Fungsi Ruang | 15 | ||
2.3.2 | Nilai Estatik | 16 | ||
2.3.3 | Nilai Psikologi | 17 | ||
2.4 | Elemen-elemen Rekabentuk Dalaman | 18 | ||
2.4.1 | Ruang | 18 | ||
2.4.2 | Warna | 19 | ||
2.4.3 | Garisan | 20 | ||
2.4.4 | Bentuk | 21 | ||
2.4.5 | Tekstur | 22 | ||
2.4.6 | Corak | 23 | ||
2.4.7 | Pencahayaan | 23 | ||
2.5 | Prinsip Rekabentuk Dalaman | 25 | ||
2.6 | Elemen Bangunan Dalaman Kekal dan Mudah Alih | 26 | ||
2.6.1 | Lantai | 27 | ||
2.6.2 | Dinding | 27 | ||
2.6.3 | Siling | 28 | ||
2.6.4 | Tingkap | 29 |
2.6.5 | Pintu | 29 | |
2.6.6 | Tangga | 30 | |
2.6.7 | Perabut | 30 | |
2.7 | Anggaran Kos Dalam Industri Pembinaan | 31 | |
2.7.1 | Definisi Anggaran Kos | 32 | |
2.7.2 | Definisi Anggaran Kos Awalan | 32 | |
2.7.3 | Definisi Anggaran Harga Tender | 33 | |
2.8 | Tujuan dan Kepentingan Anggaran Kos | 33 | |
2.9 | Proses Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman | 35 | |
2.10 | Faktor Xxxxxxxxx Xxxxxx Anggaran Kos Projek | 37 | |
2.11 | Kaedah Anggaran | 37 | |
2.11.1 | Kaedah Penilaian Unit | 37 | |
2.11.2 | Kaedah Keluasan Lantai (GFA) | 38 | |
2.11.3 | Kaedah Isipadu | 39 | |
2.11.4 | Kaedah Kuantiti Hampir | 39 | |
2.12 | Ketepatan Anggaran Kos Projek | 40 | |
2.12.1 | Definisi Ketepatan Anggaran Kos Projek | 40 | |
2.12.2 | Kaedah Mengukur Ketepatan Anggaran Kos | 41 | |
2.12.3 | Parameter Ketepatan Untuk Anggaran Kos | 43 | |
2.13 | Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos | 44 | |
2.13.1 | Jenis Projek | 44 | |
2.13.2 | Saiz Projek | 45 | |
2.13.3 | Lokasi | 45 | |
2.13.4 | Perubahan Kepada Rekabentuk | 46 | |
2.13.5 | Keadaan Ekonomi | 46 |
2.13.6 | Keperincian Maklumat Projek | 47 | ||
2.13.7 | Faktor Masa | 47 | ||
2.13.8 | Tahap Pengalaman dan Kemahiran | 48 | ||
2.13.9 | Sumber Data Kos | 48 | ||
2.13.10 | Kaedah Anggaran | 49 | ||
2.13.11 | Elemen Rekabentuk Dalaman | 49 | ||
2.14 | Strategi dan Kaedah untuk Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos | 49 | ||
2.15 | Rumusan Bab | 51 | ||
3 | METODOLOGI PENYELIDIKAN | |||
3.1 | Pengenalan | 52 | ||
3.2 | Proses Penyelidikan | 53 | ||
3.2.1 | Penyelidikan Terdahulu | 54 | ||
3.3 | Data Penyelidikan | 55 | ||
3.3.1 | Penentuan Sampel Penyelidikan | 55 | ||
3.4 | Rekabentuk Penyelidikan | 56 | ||
3.4.1 | Instrumen Penyelidikan | 57 | ||
3.5 | Analisa Penyelidikan | 58 | ||
3.6 | Catar Alir Proses Metodologi Penyelidikan | 60 | ||
3.7 | Rumusan Bab | 61 | ||
4 | ANALISA PENYELIDIKAN | |||
4.1 | Pengenalan | 62 | ||
4.2 | Sumber dan Kriteria Data | 63 | ||
4.3 | Analisis Untuk Objektif Pertama | 64 | ||
4.3.1 | Variasi Antara Anggaran Pra-Tender Dan Harga Tender Pada Jumlah Anggaran Kos | 64 |
4.3.2 | Variasi Antara Anggaran Pra-Tender Dan Harga Tender Mengikut kepada Jenis Projek | 65 | |||
4.3.3 | Keseragaman Anggaran antara Anggaran Pra-Tender dan Harga Tender Pada Jumlah Anggaran Kos | 66 | |||
4.3.4 | Keseragaman Antara Anggaran Pra- Tender Dan Harga Tender Mengikut kepada Jenis Projek | 67 | |||
4.4 | Analisis Untuk Objektif Kedua | 68 | |||
4.4.1 | Latar Belakang Responden | 68 | |||
4.4.2 | Kaedah Menyediakan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | 70 | |||
4.4.3 | Faktor yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman | 72 | |||
4.4.4 | Faktor yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman Bagi Jenis Projek | 73 | |||
4.4.4.1 | Jenis Bangunan Hotel | 74 | |||
4.4.4.2 | Jenis Bangunan Pentadbiran | 75 | |||
4.4.4.3 | Jenis Bangunan Hospital | 76 | |||
4.4.5 | Susunan Kekerapan Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Projek | 77 | |||
4.4.6 | Strategi dan Kaedah yang Paling Berkesan untuk Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | 80 | |||
4.5 | Kesimpulan Bab | 84 | |||
5 | KESIMPULAN DAN CADANGAN | ||||
5.1 | Pengenalan | 86 |
5.2 | Tahap Ketepatan Anggaran Kos Pra-Tender Dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | 87 | |
5.3 | Tahap Keseragaman Anggaran Kos Pra-Tender Dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Secara Keseluruhan | 87 | |
5.4 | Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Pra-Tender Dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | 88 | |
5.5 | Masalah Yang Dihadapi Sepanjang Proses Penyelidikan | 88 | |
5.6 | Cadangan untuk Penyelidikan Seterusnya | 89 | |
RUJUKAN | 90 | ||
LAMPIRAN | A-E | 97 |
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 | Kajian terdahulu yang berkaitan | 5 |
2.1 | Kaedah yang digunakan oleh penyelidik terdahulu untuk ketepatan anggaran kos | 15 |
3.1 | Penyelidikan terdahulu yang berkaitan | 54 |
4.1 | Secara keseluruhan variasi anggaran pra-tender dan harga tender | 64 |
4.2 | Variasi anggaran pra-tender dan harga tender bagi jenis bangunan hotel, bangunan pentadbiran dan hospital berdasarkan pada jumlah kos | 65 |
4.3 | Taburan variasi antara anggaran pra-tender dan harga tender berdasarkan kepada jumlah kos mengikut jenis projek | 66 |
4.4 | Secara keseluruhan keseragaman anggaran pra-tender dan harga tender | 67 |
4.5 | Variasi anggaran pra-tender dan harga tender bagi jenis bangunan hotel, bangunan pentadbiran dan hospital berdasarkan pada jumlah kos | 68 |
4.6 | Kaedah menyediakan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman secara umum | 70 |
4.7 | Jumlah kekerapan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman. | 71 |
4.8 | Susunan kekerapan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman. | 73 |
4.9 | Faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra- tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman mengikut jenis projek | 74 |
4.10 | Susunan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman mengikut jenis projek | 77 |
4.11 | Susunan elemen rekabentuk dalaman | 78 |
4.12 | Susunan elemen rekabentuk dalaman bagi jenis projek | 79 |
4.13 | Tahap kepentingan elemen dalaman bangunan dan elemen dalaman boleh alih | 79 |
4.14 | Tahap kepentingan elemen dalaman bangunan dan elemen dalaman boleh alih bagi jenis projek | 80 |
4.15 | Jumlah responden terhadap strategi dan kaedah untuk meningkatkan ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman | 81 |
4.16 | Graf jumlah responden terhadap strategi yang diambil untuk meningkatkan ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman | 82 |
4.17 | Susunan strategi yang paling berkesan untuk meningkatkan ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman | 83 |
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 | Carta alir proses penyelidikan | 10 |
2.1 | Dimensi manusia | 15 |
2.2 | Keadaan warna ruangan dalaman berdasarkan sumber cahaya | 20 |
2.3 | Keadaan cahaya matahari | 24 |
2.4 | Peranan pembukaan tingkap terhadap sumber cahaya | 24 |
2.6 | Hubungkait prinsip rekabentuk dalaman | 26 |
2.7 | Tahap pencahayaan mengikut ketinggian siling | 28 |
2.8 | Susun atur pelan perabut sebelum dan selepas | 31 |
2.10 | Hubungan maklumat | 35 |
2.11 | Peringkat rekabentuk dalaman | 36 |
2.12 | Ketepatan dan keseragaman anggaran | 40 |
3.1 | Proses penyelidikan untuk penyelidikan khusus | 53 |
4.1 | Xxxxxxxxxx bekerja responden | 69 |
4.2 | Jumlah kekerapan kaedah anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman | 71 |
SENARAI SINGKATAN
CIDB | Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia |
UKBS | Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam |
AACE | Association for Advancement of Cost Engineering |
KKM | Kementerian Kesihatan Malaysia |
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A | Instrumen Pengumpulan Data Untuk Objektif 1 | 98 |
B | Instrumen Pengumpulan Data Untuk Objektif 2 | 99 |
C | Analisis Data Untuk Objektif 1 | 105 |
D | Surat Rasmi Untuk Memohon Mendapatkan Maklumat | 106 |
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Industri pembinaan masih mengekalkan pertumbuhan yang mapan walaupun berdepan dengan cabaran global. Pada tahun 2012 adalah merupakan kemuncak pertumbuhan industri pembinaan dimana telah mencapai sebanyak 18.1% dan berjaya kekal dengan pencapaian yang merangsangkan iaitu sebanyak 10.8% pada tahun 2013 dan 11.7% pada 2014. Pada tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-10, pertumbuhan pencapaian perkembangan industri pembinaan adalah sebanyak 8.2%. Namun begitu, tahun permulaan untuk Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu pada tahun 2016 telah berhadapan dengan persekitaran global yang mencabar. Walaubagaimana pun, industri pembinaan masih menjadi pendorong utama kepada perkembangan domestik pada kadar pertumbuhan sebanyak 7.4%.
Menurut statistik pendaftaran kontraktor baru yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), jumlah perningkatan pendaftaran kontraktor baru meningkat daripada 2015 iaitu sebanyak 7,092 ke 11,528 pada tahun 2016. Untuk tahun 2017 pula, statistik yang dikeluarkan pada bulan Januari sehingga bulan Jun 2017 adalah seramai 5,762 kontraktor baru yang berdaftar dengan CIDB. Jumlah pendaftaran baru kontraktor ini melibatkan semua kategori gred. Pendaftaran kontraktor untuk pengkhususan hiasan dalaman pula mengikut setiap negeri adalah sebanyak 2,940. Ini menunjukkan perkembangan yang baik untuk kerja-kerja hiasan dalaman dalam bidang pembinaan di Malaysia.
Selari dengan kepesatan industri pembinaan, rekabentuk dalaman juga mempunyai permintaan yang tinggi pada masa kini. Selain memberi nilai estatik, rekabentuk dalaman memberikan impak kepada industri pembinaan terutamanya untuk menarik pasaran jualan hartanah. Turrill (2017) menyatakan bahawa penjualan hartanah akan lebih mudah dan meningkat sekiranya mempunyai sentuhan elemen rekabentuk dalaman. Berdasarkan kepada pengalaman Xxxxxx (2004) yang diceritakan didalam sebuah buku berjudul, Doghouse to Dollhouse for Dollars, Xxxxx telah membeli sebuah rumah yang pertama di Huntington Beach, California. Beliau telah mengubahsuai rumahnya dengan sentuhan elemen rekabentuk dalaman dan menjual rumah tersebut dengan pulangan modal dan keuntungan yang besar. Xxxxxxx, sentuhan hiasan dalaman memberi pulangan keuntungan didalam pasaran hartanah.
Selain meningkatkan nilai hartanah, sentuhan elemen rekabentuk dalaman juga mampu meningkatkan produktiviti manusia. Low (2015) bersetuju bahawa dengan menyediakan sumber cahaya yang secukupnya akan meningkatkan produktiviti sesorang individu. Tambahan lagi, pelan susun atur yang sempurna untuk pejabat adalah merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan produktiviti pekerja (Barry, 2015). Xxx et al. (2017) dalam kajian mereka mendapati rekabentuk dalaman adalah penting untuk pencahayaan semulajadi memasuki bangunan. Selain itu, penggunaan tenaga juga dapat dijimatkan kerana kurang menggunakan lampu elektrik (Ching & Binggeli, 2005). Oleh itu, perancangan susun atur rekabentuk
dalaman yang tepat, bukan hanya meningkatkan produktiviti pekerja, namun turut mengurangkan kos pencahayaan elektrik untuk bangunan.
1.2 Penyataan Isu
Aspek penting selain rekabentuk dalaman adalah penyediaan anggaran kos seperti mana projek pembinaan yang lain. Penyediaan kos pada peringkat permulaan adalah tugas yang sukar. Nilai sebenar kos hanya boleh diketahui apabila projek itu telah siap dilaksanakan. Namun begitu, kerja-kerja awalan dalam membuat anggaran kos untuk melaksanakan sesuatu pembinaan perlu dijalankan (Maaz, 2015). Anggaran kos merupakan salah satu maklumat yang paling utama dalam membuat keputusan pada peringkat konsep (Serpell, 2005). Hal ini adalah untuk menentukan sama ada sesuatu projek tersebut akan diteruskan atau tidak.
Dalam membuat perancangan pelan susun atur, pelengkapan dan memperkayakan ruang, pereka dalaman perlu menyedari takrif seni bina serta keupayaannya untuk membuat perubahan (Ching & Binggeli, 2005). Melalui kefahaman ini, perekabentuk dalaman perlu cekap dalam melakukan kerja sama ada untuk membuat kesinambungan atau menawarkan untuk pengisian kepada ruang seni bina.
Kos untuk kerja rekabentuk dalaman dan kos pembinaan projek perlu dikawal secara berasingan (Hoon-ku Lee et al., 2007). Untuk memastikan bajet klien tidak kurang daripada anggaran kos pembinaan dan rekabentuk dalaman. Hal ini kerana, perekabentuk dalaman tidak mempertimbangkan kerja-kerja pembinaan projek. Namun begitu, maklumat yang disediakan oleh pihak arkitek pada peringkat rekabentuk adalah berkait pada peringkat rekabentuk dalaman. Oleh itu, peruntukan kewangan untuk kerja rekabentuk dalaman perlu disediakan pada peringkat awal lagi supaya jumlah kos sebenar tidak melebihi peruntukan klien (McMillan, 2004).
Walaubagaimanapun, kos lebih bajet yang tidak dijangka berlaku sekiranya terdapat perubahan rekabentuk dalaman kepada pembinaan rumah pangsapuri (H. et al., 2007). Hal ini kerana pelan unit pangsapuri adalah berulang-ulang dan ia akan memberi impak yang besar kepada kos.
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pertambahan kos, antaraya adalah ketidaktepatan atau lemah dalam membuat anggaran kos, inflaksi kos projek, kelemahan dalam merancang, perubahan harga bahan mentah dan kelemahan dalam pengurusan projek (Ali & Kamaruzzaman, 2010). Di antara faktor-faktor yang dinyatakan, salah satu daripada faktor berikut, kos tambahan diluar peruntukan adalah merupakan isu yang paling kritikal (J & Xxxxx, 2002; Xxxxx & Xxxxxx, 2012). Salah satu faktor kepada pertambahan kos adalah kelemahan dalam perancangan dan pengawalan kos. (Xxxxxxx & Xxxxxxxxxxx, 2012; Y. Xxxx et al., 2012).
Peeters & Madauss (2008) bahawa didalam kajian mereka mendapati faktor terbesar yang penyumbang kepada pertambahan kos adalah anggaran kos awalan yang tidak tepat. J & Reina (2002) turut bersetuju bahawa masalah utama dalam industri pembinaan terhadap negara sedang membangun dan telah membangun adalah lebihan kos dan perkara ini menjadi semakin kritikal maka perlu diatasi. Hal ini kerana jika anggaran terlalu rendah, projek yang dicadangkan boleh dihentikan dan boleh mengakibatkan tuntutan makhamah (A. Ashworth, 2010).
Oleh itu perancangan kos perlu dirancang pada peringkat rekabentuk dan pengkawalan kos diperlukan untuk rekabentuk dalaman kerana jika terdapat perubahan rekabentuk, ianya akan memberi kesan terhadap keseluruhan kos (Lim et al., 2017). Xxxxxxxx et al. (2002) menyatakan bahawa julat ketepatan rata untuk anggaran kos kebiasaannya diterima adalah sekitar 10% manakala kajian ketepatan yang telah dilakukan menggunakan data di Malaysia oleh Xxxx Xxxxx Xxxxx (2012) menunjukkan julat ketepatan kos antara 10% ke 11%.
1.3 Kajian Penyelidikan Sebelumnya Yang Berkaitan
Kajian penyelidikan lepas yang berkaitan telah menjadi asas dan memberi petunjuk kepada kajian yang dijalankan. Jadual 1.1 menunjukan penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik sebelum ini berkaitan dengan anggaran kos dan rekabentuk dalaman:
Jadual 1.1 Kajian terdahulu yang berkaitan
Tajuk | Penyelidik | Tahun | Objektif | Instrumen Penyelidikan | Xxxxxxx Xxxxxxxxxxxx |
Accuracy And Consistency of Pre- Tender Cost Estimate | Xxxxxx Xxxxx Xxxx | 2015 | Identifies the accuracy of pre-tender cost estimates based on the types of project, location and year. Evaluating the significance difference between the project factors. | Document Analysis | Standard Deviation |
Anggaran Kos Dalam Rekabentuk Dalaman | Farihah Hanum Binti Ya’aman | 2006 | Mengenalpasti kaedah yang diamalkan untuk anggaran kos dalam rekabentuk dalman. | Xxxxxx Xxxx Xxxxxxx | Xxx |
Kajian yang telah dilakukan oleh Zafira adalah mempunyai persamaan tentang penyelidikan ini dimana objektif pertama penyelidikan ini adalah berkaitan dengan pengukuran tahap ketepatan anggaran kos. Manakala kajian yang dilakukan oleh Xxxxxxx Xxxxx adalah berkaitan dengan anggaran kos untuk kerja-kerja rekabentuk dalaman.
1.4 Persoalan Penyelidikan
Berdasarkan kepada penyataan isu yang telah dihuraikan, terdapat beberapa persoalan berkaitan dengan penyelidikan seperti berikut:
i. Apakah tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman?
ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman?
1.5 Objektif Penyelidikan
Selaras dengan persoalan penyelidikan, maka objektif kajian dirangka untuk menjawab persoalan tersebut. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengukur tahap ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender serta untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan tersebut. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut adalah objektif kajian yang ditetapkan:
i. Mengukur tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman.
ii. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender untuk projek rekabentuk dalaman.
1.6 Skop Penyelidikan
Skop peyelidikan yang dilakukan meliputi:
i. Teori berkenaan pengukuran ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender
ii. Teori-teori berkenaan kerja-kerja hiasan dalaman
iii. Jenis bangunan yang terdiri daripada Bangunan Hotel, Pentadbiran dan Hospital.
iv. Penyelidikan ini akan dilakukan disekitar negeri Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Johor Bahru sahaja
v. Kajian ini akan menilai prestasi anggaran kos menggunakan dokumen anggaran pra-tender dan harga tender untuk sesuatu projek rekabentuk dalaman.
vi. Untuk kajian objektif yang kedua adalah khusus kepada jurukur bahan yang pernah terlibat dalam melakukan projek rekabentuk dalaman sama ada yang bekerja di firma perunding dan firma rekabentuk dalaman.
1.7 Kepentingan Penyelidikan
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui dan mengukur tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender rekabentuk dalaman dimana kajian seperti ini belum pernah dilakukan. Selain itu melalui kajian ini juga, faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender untuk rekabentuk dalaman dapat dikenalpasti. Hasil analisa kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan, maklumat dan mengenalpasti masalah tentang faktor kepada para profession, pelajar atau pengkaji akan datang untuk melaksanakan kerja –kerja rekabentuk dalaman. Selain itu, penyelesaian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi anggaran pra-tender dan harga tender juga boleh dikenalpasti.
1.8 Kaedah Penyelidikan
Kaedah penyelidikan yang tersusun rapi adalah kunci kepada pencapaian objektif penyelidikan. Kaedah yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah seperti:
i. Peringkat Pertama
Pada peringkat ini perbincangan awalan adalah berdasarkan kepada mengenal pasti isu penyelidikan. Berdasarkan daripada isu tersebut, objektif telah dihasilkan dan skop kajian dinyatakan.
ii. Peringkat Kedua
Peringkat kedua adalah peringkat menyediakan kajian literatur bagi memberi lebih keterangan berdasarkan penyelidikan ini. Maklumat yang diterangkan membantu untuk memberi kefahaman kepada tajuk penyelidikan. Sumber yang digunakan untuk melakukan kajian literatur ini adalah buku, jurnal, kajian tesis yang lepas serta laman sesawang.
iii. Peringkat Ketiga
Data yang diperlukan untuk mencapai objektif yang pertama adalah melalui analisa dokumen. Dokumen anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman telah didapati daripada firma jurukur bahan yang mempunyai projek tersebut. Manakala untuk mencapai objektif yang kedua adalah dengan cara memerlukan data daripada sesi temu bual semi struktur yang dijalankan kepada jurukur bahan yang berpengalaman berkaitan projek rekabentuk dalaman. Penerangan secara terperinci diterangkan didalam Bab 3.
iv. Peringkat Keempat
Peringkat ini adalah untuk menganalisis kesemua data yang didapati menggunakan analisis statistik dan kandungan termatik. Oleh kerana kaedah pengumpulan data berbeza, mana kaedah untuk menganalisa juga berbeza.
v. Peringkat Kelima
Pada peringkat terakhir ini, data yang telah dianalisis dikeluarkan. Pendapatan yang telah didapati daripada peringkat keempat menentukan data yang didapati boleh mencapai kepada objektif penyelidikan yang dinyatakan pada peringkat awalan. Rajah 1.1 menunjukkan proses penyelidikan ini secara menyeluruh .
PERINGKAT PERTAMA - PERBINCANGAN AWALAN | ||
i. Mengenalpasti isu penyelidikan | ||
ii. Mengenalpasti objektif penyelidikan | ||
iii. Menentukan skop penyelidikan | ||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | |
Mengukur tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman | Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman | |
PERINGKAT KEDUA - KAJIAN LITERATUR | ||
Rekabentuk dalaman dan anggaran kos bagi rekabentuk dalaman. | ||
Sumber daripada buku, jurnal, kajian thesis lepas dan artikel | ||
PERINGKAT KETIGA - METODOLOGI PENYELIDIKAN | ||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | |
Dokumen analisis; anggaran pra-tender dan harga tender | Temubual separa struktur jurukur bahan yang terlibat dengan projek rekabentuk dalaman | |
PERINGKAT KEEMPAT - ANALISA DATA | ||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | |
Analisa Statistik | Kandungan Tematik | |
PERINGKAT KELIMA - KESIMPULAN DAN CADANGAN | ||
Kesemua kesimpulan dan cadangan yang dibuat haruslah berdasarkan pada pendapatan yang diperolehi |
Rajah 1.1 Carta Alir Proses Penyelidikan
1.9 Organisasi Laporan
Laporan penyelidikan ini telah dilaksanakan dengan mengikut garis panduan tesis Universiti Teknologi Malaysia dibawah seksyen pelajar Ijazah Sarjana Muda.
i. Bab 1 : Pengenalan
Dalam bab ini dibincangkan secara keseluruhan penyelidikan akan dijalankan. Latar belakang tentang kajian akan dinyatakan dan juga penyataan isu kepada tajuk penyelidikan akan dikemukan. Penyataan isu tersebut menjadi objektif penyelidikan untuk dijalankan. Objektif yang dijalankan hanya tertumpu kepada skop penyelidikan yang dinyatakan sahaja. Kaedah penyelidikan menerangkan secara keseluruhan tentang kaedah bagaimana kajian ini dilaksanakan.
ii. Bab 2 : Kajian Literatur
Pengetahuan dan maklumat yang berkaitan dengan topik penyelidikan dikumpulkan dalam bab kajian literatur. Bab ini menerangkan secara keseluruhan teori tentang rekabentuk dalaman dan anggaran kos projek rekabentuk dalaman. Sub topik tersebut dilakukan secara berasingan dan terperinci. Disamping itu, faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra- tender dan harga tender turut dibincangkan.
iii. Bab 3 : Kaedah Penyelidikan
Gabungan kaedah digunakan dimana terdiri daripada kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu dengan menganalisis dokumen dan temubual semi struktur dijalankan. Bab seterusnya membincangkan data yang dianalisis daripada pengumpulan data yang menggunakan kaedah ini.
iv. Bab 4 : Analisa Data
Bab empat adalah berkenaan tentang analisis data yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul dan diperolehi disusun untuk menjawab objektif kajian penyelidikan ini. Penggunaan kaedah statistik untuk mengukur tahap ketepatan daripada dokumen dan borang kajian yang digunakan. Penggunaan carta dan graf ditampilkan sebagai satu medium untuk memudahkan pemahaman.
v. Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan
Bab ini memberi jawapan kepada persoalan dan objektif penyelidikan yang dijalankan. Cadangan untuk memperbaiki faktor-faktor mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender dinyatakan. Selain itu cadangan untuk penyelidik akan datang juga dinyatakan untuk menambahbaik penyelidikan ini.
1.10 Kesimpulan Bab
Secara kesimpulan, bab ini telah memberi penerangkan ringkas mengenai latar belakang kajian dengan penekanan pada pernyataan masalah. Bab ini juga berfungsi sebagai panduan untuk keseluruhan aktiviti penyelidikan berikut. Bab seterusnya membentangkan kepada kajian literatur untuk memberi gambaran keseluruhan kajian terdahulu dan teori yang berkaitan dengan penyelidikan.
BAB 2
REKABENTUK DALAMAN DAN ANGGARAN KOS
2.1 Pengenalan
Kajian literatur untuk penyelidikan ini terbahagi kepada dua, rekabentuk dalaman dan anggaran kos projek. Kedua-dua topik tersebut diterangkan secara terperinci terhadap elemen yang berkaitan. Untuk topik rekabentuk dalaman, pengenalan terhadap definisi, tujuan dan elemen akan dibincangkan. Manakala perkara yang dibincangkan untuk anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman adalah proses anggaran, parameter, kaedah dan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos rekabentuk dalaman.
2.2 Definisi Rekabentuk Dalaman
Rekabentuk dalaman adalah satu persekitaran dimana mengekalkan dan menyokong kehidupan individu untuk hidup pada tahap kemampuannya yang tertinggi. Ching & Binggeli (2005) menyatakan rebabentuk dalaman adalah merancang, menyusun atur dan merekabentuk ruang dalaman didalam sesuatu bangunan. Walaubagaimanapun, kenyataan Xxxxxxx (2002) lebih jelas dan tepat dimana aktiviti merekabentuk dalaman adalah pada ruangan yang tertutup, dimana ruang bangunan yang melibatkan aktiviti manusia. Menurut Xxxxxxxxxxxxx (2003), beliau menyatakan rekabentuk dalaman mencerminkan personaliti seseorang dalam sesuatu kehidupan bukan semata-mata untuk hiasan kecantikan. Ini dapat disimpulkan bahawa manusia kebiasaannya terlepas pandang akan kebolehan rekabentuk dalaman untuk membentuk produktiviti, persekitaran yang sihat dan positif. Secara amnya, rekabentuk dalaman adalah aktiviti kreatif untuk memperbaiki persekitaran hidup manusia (Wu & Li, 2014).
2.3 Tujuan Rekabentuk Dalaman
Sifat seorang perekabentuk dalaman adalah kerana mereka menyukai akan ruang yang menarik. Namun begitu, perkara yang lebih penting pada perekabentuk dalaman adalah apabila dapat memenuhi permintaan yang disuarakan oleh pihak klien (Tawna, 2011). Ching & Binggeli (2005) menyatakan terdapat tiga asas tujuan utama rekabentuk dalaman iaitu untuk meningkatkan fungsi, memperkayakan nilai estatik dan penambahbaikan psikologi kepada individu.
2.3.1 Fungsi Ruang
Ruang dalaman bangunan telah direka sebagai tempat individu bergerak dan melakukan aktiviti. Oleh itu, fungsi ruang memainkan peranan penting didalam tujuan rekabentuk dalaman. Dimensi badan manusia dan cara pergerakan individu pada ruang yang disediakan adalah penentu utama rekabentuk seni bina dan rekabentuk dalaman (Ching & Binggeli, 2005). Rajah 2.1 memberi ilustrasi kepada dimensi asas individu untuk berdiri dan individu bergerak.
Rajah 2.1 Dimensi Manusia Sumber: Ching & Xxxxxxxx (2005)
Saiz, bentuk dan fleksibiliti ruang belajar adalah kunci utama didalam mencipta persekitaran pembelajaran yang positif. Persekitaran yang sesak dengan ruang yang sempit untuk menampung jumlah pelajar yang ramai boleh menyebabkan kegagalan untuk mengatasi pelbagai gaya pembelajaran merupakan salah satu punca utama yang membimbangkan mengenai rekabentuk bilik darjah.
Samaada merekabentuk untuk bangunan baru atau membuat perancangan untuk mengubahsuai struktur yang sedia ada, pereka bentuk dalaman perlu berusaha untuk sesuaikan dengan aktiviti dan sifat ruang seni bina pada bangunan tersebut. Susun atur pelan ini secara tidak langsung akan memberi implikasi kepada fungsi ruang dan nilai astetika (Ching & Binggeli, 2005). Fungsi ruang yang dapat terhasil adalah seperti:
▪ Dimensi yang boleh digunakan
▪ Jarak sosial yang sesuai
▪ Pencahayaan yang sesuai
Tepilo (2010) menyatakan bahawa ruang adalah berkaitan dengan skala dan bahagian dimana perabut yang terlalu besar akan tengelamkan sesuatu ruang dan menjadikan ruang tersebut kecil dan kelihatan pelik. Oleh sebab itu rumah yang besar tidak menjaminkan keluasan ruang yang cukup jika lemah pada rekabentuk dalaman (Transedit, 2013).
2.3.2 Xxxxx Xxxxxxx
Kecantikan adalah perkara yang subjektif kepada setiap individu. Walaubagaimanapun, tujuan utama rekabentuk dalaman adalah untuk mencipta sesuatu ruang kelihatan cantik dan menarik. Elemen ini sangat penting untuk mewujudkan suasana kediaman rumah atau bangunan kelihatan menarik selain dapat meningkatkan nilai asset tersebut dan menarik para pembeli. Untuk mendapatkan hasil estetik yang tinggi, elemen rekabentuk formal seperti bentuk, warna, tekstur, dan cahaya merupakan asas yang digunakan untuk memaparkan nilai estatik pada mana-mana persekitaran (Pazooki, 2011).
Hasil penyelidikan Xxxxxx et al. (2001) mendapati, kerja-kerja rekabentuk dalaman yang mengandungi unsur-unsur nostalgia dalam ciri-ciri visual, dapat
membangkitkan imej klasik yang paling digemari oleh individu. Kecantikan ruang dalaman dikenali sebagai karya seni namun ada sesetengah pendapat lebih suka digelar sebagai rekabentuk yang hebat. Kecantikan kebiasaanya berhubung dengan citarasa dan terlalu subjektif kepada setiap individu (Kamen, 1989). Namun, begitu, seseorang akan merasakan kecantikan apabila perasaannya suka akan apa yang dilihat oleh pandangan mata.
2.3.3 Nilai Psikologi
Psikologi adalah sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental organism. Rekabentuk dalaman juga memberi impak kepada psikologi individu samaada terhadap emosi mahupun produktiviti. Xxxx & Xxxxx (2006) telah membuat penyelidikan tentang kesan rekabentuk dalaman kepada bilik kaunseling. Hasil daripada penyelidikan mereka mendapati bahawa pencahayaan yang malap didalam bilik kaunseling memberi ketenangan dan keadaan yang santai. Ini menunjukan pelbagai mainan emosi di bilik kaunseling tersebut dengan penggunaan pencahayaan yang tepat.
Selain itu, pemilihan warna dinding yang tepat juga memberi kesan pada persekitaran. Penggunaan warna yang sejuk seperti warna biru dapat memberi ketenangan minda (Baker, 2016). Beberapa penyelidikan telah dijalankan pada kesan visual ruang dalaman dan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek seperti warna, corak dan tekstur bahan. Xxxxxxxxx et al. (1983) telah mengkaji tentang kesan visual warna dinding ruang tamu dan mendapati bahawa imej-imej warna ruang tamu dinding ditentukan oleh tiga dimensi, “aktiviti”, “penilaian” dan “kehangatan” dimana ketiga-tiga dipengaruhi dengan sifat warna.
Selain emosi, rekabentuk dalaman juga telah memberi kesan kepada produktiviti manusia. Persekitaran tempat kerja yang lebih baik meningkatkan peluang kejayaan perusahaan dan meningkatkan kualiti produktiviti kerja. Hal ini disokong oleh penyelidikan terdahulu telah mendapati bahawa bangunan pejabat dan persekitaran bekerja memainkan peranan yang penting didalam produktiviti pekerja (Carnevale, 1992) (Clements-Croome & DJ, 1997). Oleh itu, rekabentuk dalaman telah diaplikasikan oleh pelbagai organisasi dalam usaha untuk menarik dan mengekalkan pekerja mereka aktif. Gabungan pencahayaan suasana untuk ruang yang dikongsi dan kecerahan laras di tempat kerja komputer dengan cahaya matahari semulajadi mewujudkan keharmonian dan motivasi psikologi individu.
2.4 Elemen-elemen Rekabentuk Dalaman
Secara amnya, rekabentuk dalaman adalah seni sains yang terikat oleh unsur- unsur dan prinsipnya yang tersendiri. Peraturan praktikal yang perlu diambil kira oleh jurureka dalaman adalah dengan memahami asas-asas rekabentuk dalaman. Terdapat tujuh elemen asas rekebentuk dalaman:
2.4.1 Ruang
Perkara yang paling utama untuk elemen rekabentuk dalaman adalah ruang dalaman. Ruang dalaman ditakrifkan oleh struktur asas seperti dinding, siling, lantai dan tiang pada kawasan yang tertutup. Dalam asas rekabentuk dalaman, ruangan yang kosong dikenali sebagai ruang negetif manakala apabila objek telah dilengkapi dalam ruang tersebut lalu dikenali sebagai ruang positif (Cederstam, 2017). Oleh itu, keseimbangan perlu dicapai daripada ruang negetif dan ruang positif.
Selain itu, ruang dalaman ini adalah elemen yang paling mudah untuk difahami. Ruang adalah batasan kepada rekabentuk hiasan dalaman. Oleh itu, perkara utama untuk melakukan kerja rekabentuk dalaman adalah mengenalpasti dimensi ruangan yang ada supaya ruang yang tersebut kelihatan luas dan menarik. Oleh itu penggunaan elemen-elemen lain boleh difikirkan mengikut kesesuaian.
2.4.2 Warna
Pemilihan warna untuk ruang dalaman merupakan perkara yang penting untuk mendapatkan susun atur yang lebih rasional dan indah serta dapat menjadikan kehidupan individu lebih selesa. Selain itu pemilihan warna yang tepat jugak dapat memberi kesan kepada penglihatan dan emosi selain memberikan nilai estatik. Individu sering menggunakan kata sifat untuk menggambarkan tentang kesan mental keharmonian (Xxxx et al., 1999). Walaubagaimanupun pemilihan warna perlu sesuai untuk sesuatu ruang untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan fungsi ruang.
Dalam penyelidikan rekabentuk dalaman oleh Frasca-Bealieu (1999) menyatakan bahawa penggunaan warna dan pencahayaan didapati menmberi kesan kepada pesakit dan pengguna seperti tahap kepuasan pengguna, tahap stress dan kesihatan. Tambahannya lagi, kesan penggunaan warna dan pencahayaan tidak boleh dipisahkan kerana intensiti pencahayaan mempengaruhi persepsi warna. Perubahan ketara pada warna sesuatu objek adalah disebabkan oleh kesan cahaya dan persekitaran yang bertindih atau latar belakang (Ching & Binggeli, 2005).
Rajah 2.2 menunjukan kawasan keadaan yang menjejaskan penampilan warna di ruang dalaman yang disebabkan oleh cahaya matahari dan cahaya lampu elektrik. Oleh itu, pereka dalaman perlu memandang serius pada faktor ini ketika hendak membuat pemilihan warna pada ruang dalaman.
Rajah 2.2 Keadaan warna ruangan dalaman berdasarkan sumber cahaya Sumber: Ching & Binggeli (2005)
2.4.3 Garisan
Apabila membincangkan tentang garisan didalam sudut rekabentuk dalaman, ia bermaksud garisan yang diwujudkan oleh perabut dan rekabentuk didalam bangunan. Garisan adalah asas kepada bentuk. Garisan ini juga bertanggungjawab kepada harmoni, dan perpaduan dalam rekabentuk dalaman (Lindacee, 2018). Terdapat tiga jenis garisan yang digunakan didalam rekabentuk dalaman: 1) Garisan menegak 2) Garisan mendatar 3) Garisan dinamik
Jurureka Dalaman yang mahir dalam menggunakan elemen garisan untuk membuat rancangan pada sesuatu ruang adalah bonus. Penggunaan garisan secara menegak boleh memberikan kesan ketinggian dengan mengarahkan mata melihat keatas. Sebagai contoh, sekiranya ruang tersebut mempunyai kemasan siling yang
menarik, penggunaan garisan secara menegak tersebut boleh digunakan pada dinding untuk terus fokus pada ruang siling (Cederstam, 2017).
2.4.4 Bentuk
Titik adalah sumber kepada semua bentuk. Apabila titik bergerak, ia akan membentuk satu garisan. Satu garisan tersebut adalah merupakan dimensi yang pertama. Apabila garisan itu terbentuk mengikut arah, ia telah definasikan sebagai permukaan. Dimana telah mewujudkan elemen dua dimensi. Walaubagaimanapun, apabila permukaan tersebut dilanjutkan atau dipanjangkan secara serong atau berserenjang daripada permukaan, akan terbentuk tiga dimensi.
Titik, garisan, permukaan dan isipadu adalah elemen asas untuk bentuk. Secara keseluruhannya bentuk yang boleh dilihat merupakan tiga dimensi. Bentuk juga boleh diwujudkan dengan menggabungkan dua atau lebih bentuk dan boleh kelihatan lebih menarik dengan bantuan elemen-elemen lain seperti tekstur, corak dan warna. Terdapat dua jenis bentuk: Bentuk Geometri (buatan manusia) dan Bentuk Alam (organic). Bentuk Alam tidak mempunyai keseragaman dan ukuran yang tepat berbanding dengan bentuk Geometri (Junsjazz, 2014).
Oleh itu, pemahaman tentang bentuk-bentuk yang digunaakan dalam ruang adalah sangat penting untuk mencapai rasa yang diingini. Penggunaan bentuk geometri didalam sesuatu ruang juga boleh memberi kesan yang kaku dan tidak menarik sedangkan apabila gandingan dengan bentuk alam akan memberikan ruang tersebut kelihatan menarik (Cederstam, 2017).
2.4.5 Tekstur
Tekstur kebiasaannya berkaitan dengan permukaan dan menentukan bagaimana permukaan biasa kelihatan dan merasakan. Ini adalah salah satu elemen yang penting dalam rekabentuk dalaman (Launchpad, 2015). Tekstur ini kebiasaannya digunaakan untuk menerangkan kelicinan dan kekasaran permukaan. Selain itu juga, ia dapat menggambarkan sifat semulajadi permukaan yang normal sebagai contoh kekasaran batu dan urat kayu.
Terdapat dua klasifikasi tekstur iaitu, Tekstur Visual dan Tekstur Fizikal. Tekstur visual adalah dimana teksturnya hanya dapat dilihat samaada ilustrasi atau benar manakala tekstur fizikal adalah teksturnya dapat dilihat dan dirasai dengan sentuhan (Ching & Xxxxxxxx, 2005). Dalam pemilihan elemen untuk merekabentuk hiasan dalaman, ia adalah penting untuk jurureka dalaman menggunakan tekstur yang berlainan untuk mewujudkan suasana yang seimbang. Elemen tekstur ini juga berkaitan dengan elemen yang lain seperti, tekstur dan cahaya, tekstur dan corak dan tekstur dan ruang. Oleh itu, untuk mendapatkan ruang bangunan yang seimbang dan ruang yang berfungsi, penggunaan tekstur perlu diutamakan.
2.4.6 Corak
Walaupun corak boleh membantu untuk menambahkan tekstur kepada ruang, namun kedua-dua elemen ini memberi definisi yang berlainan. Corak berkaitan dengan pengulangan motif grafik pada sesuatu bahan seperti bentuk. Elemen tekstur adalah merujuk kepada dua dimensi permukaan, manakala corak adalah berkaitan dengan persepsi ilustrasi.
Elemen corak ini juga berfungsi seperti elemen tekstur dimana memberikan kesan kepada sesuatu permukaan itu untuk bertambah menarik. Dalam rekabentuk dalaman komersial, corak biasanya diaplikasi dengan menggunakan kertas dinding, jubin, permaidani dan elemen grafik yang lain. Seperti yang telah diyatakan diatas, elemen tekstur dan elemen corak memainkan peranan yang penting dalam menentukan gaya rekabentuk sesuatu ruang (Blackburn, 2013).
Selain itu, elemen corak ini juga boleh digandingkan dengan elemen cahaya. Corak tidak seharusnya tidak perlu terlalu bergantung kepada kertas dinding. Corak juga boleh digunakan di seluruh ruang untuk mewujudkan suasana keseragaman dan keharmonian (Cederstam, 2017).
2.4.7 Pencahayaan
Pencahayaan semula jadi merupakan satu-satunya sumber cahaya daripada matahari. Walaupun cahaya matahari terlalu silau, namun ia akan berubah dari masa kesemasa, musim ke musim dan satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu, terdapat dua syarat yang perlu dipertimbangkan semasa merekabentuk ruang cahaya siang;
(1) pantulan cahaya daripada langit yang cerah, (2) cahaya daripada langit yang
mendung (Ching & Xxxxxxxx, 2005). Hal ini kerana cahaya matahari secara langsung bersifat panas, mempunyai cahaya yang terang. Rajah 2.3 menunjukkan simulasi dibawah, cahaya matahari dan waktu siang memberi kesan pencahayaan yang berlainan.
Rajah 2.3 Keadaan cahaya matahari Sumber: Ching & Binggeli (2005)
Oleh itu, pembinaan tingkap pada struktur bangunan memainkan peranan yang penting dalam menentukan jumlah cahaya semulajadi untuk memasuki didalam bangunan tersebut. Rajah 2.4 menunjukkan kelebaran dan ketinggian tingkap membolehkan cahaya memancar lebih banyak.
Rajah 2.4 Peranan pembukaan tingkap terhadap sumber cahaya Sumber: Ching & Binggeli (2005)
Dengan memperkenalkan pencahayaan kepada pembinaan boleh mengurangkan kebergantungan terhadap lampu elektrik dimana ia juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga. Cahaya matahari juga akan memberi haba kepada bangunan dimana aktiviti ini akan mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu sejuk. Namun, penggunaan penghawa dingin akan meningkat pada bulan yang kemarau.
Walaubagaimanapun, pencahayaan tiruan juga diperlukan untuk sesuatu bangunan. Jenis pencahayaan ini mempunyai pelbagai kegunaan samaada untuk bangunan kediaman dan bangunan komersial. Pencahayaan tiruan boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan tahap kecerahan. Kualiti dan kuantiti cahaya yang dihasilkan berbeza mengikut kepada speksifikasi lampu yang digunakan
Dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984, telah menjelaskan bahawa pencahayaan dan pengudaraan semulajadi perlu mengikut garis panduan peratusan daripada keluasan lantai untuk jenis bangunan yang berbeza. Bangunan kediaman dan komersial perlu dilengkapkan satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lantai bilik dan untuk pengudaraan semulajadi tidak kurang daripada 5% daripada keluasan lantai. Walaubagaimanapun, silau daripada kecerahan cahaya yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata individu.
2.5 Prinsip Rekabentuk Dalaman
Untuk melakukan rekabentuk dalaman pada sesebuah ruang bangunan, jurureka dalaman perlu mahir dalam menggunakan prinsip-prinsip yang ada supaya elemen rekabentuk dalaman dapai dicapai dengan baik (Launchpad, 2015). Prinsip dan elemen rekabentuk dalaman adalah berkaitrapat dalam aspek rekabentuk
dalaman. Rajah 2.6 menunjukan lima prinsip rekabentuk dalaman yang saling berkait yang perlu diambil kira ketika membuat rekabentuk pada sesebuah bangunan.
Ulangan
(Rhythm)
Seimbang
(Balance)
Harmoni
Perkadaran & Skala
Penekanan
(Emphasis)
Rajah 2.6 Hubungkait Prinsip Rekabentuk Dalaman
2.6 Elemen Bangunan Dalaman Kekal dan Mudah Alih
Ruang dalaman didalam bangunan adalah didefinasi oleh struktur komponen arkitekstural. Elemen ini berperanan memberi bangunan tersebut bentuk serta menentukan sebahagian ruang terbatas dan mewujudkan corak ruang dalaman. Sub topik ini akan menerangkan elemen kekal dan mudah alih yang utama rekabentuk dalaman didalam bangunan (Ching & Binggeli, 2005).
2.6.1 Lantai
Lantai adalah permukaan yang rata didalam ruang dalaman. Selari dengan kegunaanya adalah sebuah platfom dimana menyokong aktiviti dalaman didalam bangunan dan peletakan perabut, pembinaan lantai seharusnya dilakukan untuk menanggung beban yang sesuai. Permukaan lantai perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk kegunaan seharian.
Kekemasan lantai ialah lapisan yang terakhir untuk struktur lantai. Oleh kerana ruang permukaan lantai adalah ruang yang paling besar untuk sesuatu bilik, pemilihan kekemasan itu seharusnya menepati kedua-dua fungsi dan kecantikan sewaktu membuat pilihan. Walaupun ruang visual merupakan interaksi individu yang pertama apabila berada disuatu bangunan, fizikal pertama yang disentuh adalah lantai (Nemeth, 2016).
2.6.2 Dinding
Dinding adalah elemen arkitekstural yang penting didalam bangunan. Fungsi dinding adalah untuk menampung beban struktur lantai atas, siling dan bumbung. Selain itu, elemen dinding jugak membentukkan ruang pada sesuatu bangunan. Dinding juga menjadi fungsi kepada pembatas ruangan dan pembatasan penglihatan.
Dinding adalah elemen yang utama untuk mendefinasikan ruang dalaman. Definasi dinding dalaman menurut Xxxxxxx & Xxxxxx (2010) dalam bukunya “Building Construction Handbook” adalah tujuan utamanya adalah untuk bertindak sebagai pembahagi menegak lantai dan secara tidak langsung membentuk ketinggian
tingkat bangunan. Selain itu, fungsi dinding dalaman adalah untuk menyediakan latarbelakang yang sesuai untuk kelengkapan dan pemasangan.
2.6.3 Siling
Siling adalah takrifan sebagai satah lantai sesuatu ruang diatasnya yang kebiasaan adalah rata (ching & Xxxxxxx). Pembinaan siling dicipta oleh struktur bumbung mencerminkan bentuk dan cara ia merangkumi ruang. Pembinaan siling juga dapat membahagikan bangunan yang bertingkat dimana lantai atas akan bertindak sebagai siling kepada ruangan bawah. Terdapat beberapa jenis kemasan siling yang boleh didapati antaranya adalah plasterboard, siling tergantung dan siling yang bercat sahaja (Chudley & Greeno, 2008)
Sebagai elemen berfungsi, siling akan memberi kesan kepada pencahayaan sesuatu ruang, kualiti akustik dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk memanaskan dan menyejukkan persekitaran ruang dalaman. Oleh itu, ketinggian dan permukaan siling memberi kesan kepada tahap pencahayaan sesuatu ruang (rujuk Rajah 2.7) Permukaan siling yang rata dan berwarna yang terang mampu menjadi pemantulan cahaya yang efisyen (Ching & Binggeli, 2005).
Rajah 2.7 Tahap pencahayaan mengikut ketinggian siling Sumber: Ching & Binggeli (2005)
2.6.4 Tingkap
Tingkap perlulah menjadi sifat estatik yang boleh diterima dalam konteks rekabentuk bangunan dan persekitaran (Chudley & Xxxxxx, 2008). Pemilihan atau rekabentuk tingkap harus menjadi sebagai penahan beban angin, mudah untuk dibersihkan dan menyediakan sifat keselamatan kepada penghuni bangunan. Skala tingkap juga bukan sahaja berkait dengan persekitaran dinding malah kepada dimensi manusia juga. Semua ini bergantung kepada citarasa dan kepentingan seseorang.
Pandangan daripada tingkap menjadi sebahagian daripada fabrik ruang dalaman. Hal ini kerana bukan sahaja ia menyediakan tumpuan keluar dari dalam sesuatu ruang bangunan malah menjadi penyampaian maklumat visual kepada dimana kita berada (Ching & Binggeli, 2005). Dengan itu, pemasangan tingkap telah membentuk sambungan diantara dalam dan luar bangunan. Oleh itu, dalam menentukan saiz, bentuk dan lokasi peletakan tingkap sesuatu ruang, pertimbangan hendaklah diberikan kepada perkara yang seseorang individu mahukan.
2.6.5 Pintu
Pintu boleh diklasifikasikan kepada luaran atau dalaman. Pintu luaran kebiasanya direkabentuk lebih tebal dan lebih kuat berbanding dengan pintu dalaman kerana pintu dalaman mempunyai lebih fungsi untuk dilaksanakan (Chudley & Xxxxxx, 2008). Tujuan utama pintu dalaman adalah utnuk memberi kemudahan akses melalui ruangan dalaman. Ia juga bertujuan untuk memberikan penebat haba, bunyi dan api sesuai mengikut UKBS yang ditetapkan. Pintu dalaman juga boleh didapati dengan pilihan warna dan rekabentuk yang menarik untuk sebati dengan perhiasan dalaman bangunan.
2.6.6 Tangga
Fungsi tangga membenarkan untuk individu bergerak secara menegak antara satu tingkat ke satu tingkat bangunan. Kriteria yang paling penting untuk pembinaan tangga adalah rekabentuk yang selamat dan kemudahan untuk menaik dan menurun. Ukuran untuk tangga seharusnya sesuai dengan pergerakan badan manusia. Ching & Binggeli (2005) elemen tangga untuk elemen dalaman bangunan kekal rekabentuk dalaman adalah jenis dan rekabentuk tangga itu sendiri. Selain itu, lokai tangga juga penting untuk memaparkan elemen ruang pada sesuatu bangunan.
2.6.7 Perabut
Perabut merupakan elemen rekabentuk yang mudah alih serta hampir keseluruhan dalam bidang rekabentuk dalaman mempunyai elemen ini. Sementara struktur dinding, siling, tingkap dan pintu merupakan rekabentuk arkitekstural bangunan, pemilihan dan penyusunan elemen hiasan dalaman yang boleh dialihkan seperti perabut didalam ruang bangunan merupakan tugas yang besar untuk rekabentuk dalaman (Ching & Binggeli, 2005).
Untuk pemilihan perabut, faktor aktiviti dan pengguna perlu diambil kira terlebih dahulu. Perekabentuk dalaman perlu mengenalpasti kepada tujuan perabut, keperluan dan kesesuaian, fleksibiliti, ketahanan dan saiz. Hal ini kerana perabut adalah pengantara antara arkitek dan jurureka dalaman kerana ia menawarkan peralihan dalam bentuk dan skala antara ruang dalaman dan individu.
Rajah 2.8 Susun atur pelan perabut sebelum dan selepas Sumber: Ward (1999)
Cara penyusunan perabut didalam sesebuah ruang akan menjejaskan bagaimana kegunaan ruang itu digunakan. Perabut hanya boleh diletakkan sebagai objek arca dalam sesuatu ruang. Rajah 2.8 menunjukan pelan susun atur sebelum dan selepas diubah oleh profesion perekabentuk dalaman. Susunan pelan disebelah kiri tidak secara berkumpulan dan keburukan susunan secara seperti ini, setiap individu perlu meninggikan suara apabila bercakap supaya didengari oleh semua dari pelbagai sudut. Pelan disebelah kanan pula, kedudukan susunan perabut lebih berkelompok dan perbualan antara indivivu lebih jelas serta ruang yang digunakan teratur.
2.7 Anggaran Kos Dalam Industri Pembinaan
Anggaran kos dalam industri pembinaan adalah merupakan proses ramalan yang dilakukan untuk menentukan anggaran harga pembinaan kos untuk sesebuah bangunan. Terdapat beberapa kaedah anggaran kos yang boleh digunakan mengikut kesesuaian projek. Anggaran kos yang dilakukan oleh pihak jurukur bahan akan
digunakan sebagai tanda aras untuk membandingkan harga tender yang bertanding. Namun walaubagaimanapun, penilaian pretender juga dilihat pada aspek yang lain.
2.7.1 Definisi Anggaran Kos
Terdapat pelbagai definisi yang berbeza dikeluarkan oleh penyelidik dan pakar kepada anggaran kos. Association for Advancement of Cost Engineering (AACE 2013) menerangkan bahawa anggaran kos merupakan asas pada pengurusan projek, perancangan bisnes, penyediaan bajet dan pengawalan kos. Uppal (1997) pula menyatakan anggaran kos adalah proses jangkaan yang digunakan untuk mengukur kos dan menghargakan sumber bahan yang diperlukan oleh skop aktiviti atau projek. Secara kesimpulannya anggaran kos adalah ramalan pada kos masa hadapan untuk pembinaan projek sebelum ianya berlaku.
2.7.2 Definisi Anggaran Kos Awalan
Anggaran kos awalan digunakan pada peringkat perancangan projek dimana pihak jurukur bahan perlu menyediakan kajian kos untuk menyediakan had kos limit dalam memenuhi keperluan pihak klien. Oleh itu anggaran ini berdasarkan kepada nilai kemungkinan atau kos sesuatu aktiviti berdasarkan maklumat yang ada pada waktu itu. Anggaran kos awalan merupakan maklumat yang penting untuk membuat keputusan pada peringkat konsep, dimana akan menetukan projek tersebut diteruskan atau tidak (Serpell, 2005). Tahap peringkat anggaran kos akan berubah dari semasa ke semasa. Pada peringkat yang lebih terperinci, proses menggangarkan kos memerlukan tahap input yang lebih tinggi terhadap projek tersebut dengan mengambil kira semua aspek.
2.7.2 Definisi Anggaran Harga Tender
Proses ini terletak diantara peringkat perancangan kos dan pasca kontrak pengawalan kos (Micheal et. all., 2011). Anggaran harga tender akan dihasilkan dan disifatkan sebagai anggaran kos akhir untuk pengukuran kuantiti untuk projek-projek tertentu sebelum kerja ditapak bermula yang dipersetujui didalam dokumen tender. Angaran harga tender yang didapati kemudianya menjadi tanda aras dan akan dibandingkan kepada pihak pretender yang ingin mendapatkan projek tersebut (Designing Building, 2004).
2.8 Tujuan Dan Kepentingan Anggaran Kos
Seperti yang telah dinyatakan diatas, tujuan anggaran kos adalah untuk menjadi rujukan kepada kos limit dan mengenalpasti perbezaan harga tender. Namun begitu, terdapat pelbagai fungi anggaran kos didalam proses pembinaan. Selain kegunaannya untuk pihak klien untuk mengetahui angaran kos untuk projek yang bakal dilakukan, ia juga berguna untuk pihak perunding yang lain seperti arkitek, kejuruteraan awam dan pihak kontraktor untuk menyusun atau melaksanakan strategi dalam mengendalikan projek tersebut. Xxxxx Xxxxxxxx (1995) menyatakan bahawa tujuan menyediakan anggaran pra-tender boleh dikatogerikan kepada tiga iaitu; (1) Anggaran, dimana keputusan dibuat samaada projek tersebut perlu diteruskan (2) Menggawal, dengan anggaran kos tersebut digunakan sebagai mekanisme pengawalan sepanjang proses pembinaan dan (3) Membanding, dimana dengan menggunakan anggaran sebagai asas untuk penilaian.
Tujuan utama dalam menyediakan anggaran kos adalah pada peringkat awalan sesuatu projek kerana untuk memastikan ramalan sebenar projek tersebut (Ahmad, 2011). Perkara ini dilakukan sebelum projek ini dirancang secara lebih
terperinci dan penyediaan dokumen yang berkaitan. Oleh itu dengan berlandaskan pengalaman dan projek lepas, pihak jurukur bahan perlu menyediakan anggaran kos tersebut dan seterusnya akan melakukan perbincangan untuk persetujuan terhadap anggaran kos tersebut. Walaubagaimanapun, katagori anggaran kos berubah dari satu peringkat ke peringkat lain dimana bersesuaian dengan activiti dan pelan kerja untuk projek tersebut. Justeru, anggaran kos bangunan perlu dikaitkan dengan jenis, bentuk dan saiz bangunan, kualiti dan bahan yang digunakan, kaedah pembinaan dan perubahan harga pada bahan, jentera, buruh dan sebagainya (Ahmad, 2011).
Oleh kerana anggaran kos merupakan suatu aktiviti kebarangkalian, pihak jurukur bahan perlu menyediakan anggaran kos bagi sesuatu projek secara munasabah dan wajar. Jika tidak, kecuaian dari sikap jurukur bahan ini akan dipandang serong oleh pihak klien. Oleh itu, untuk memastikan anggaran kos ini didalam lingkungan yang wajar, prestasi anggaran tersebut akan dinilai. Menggunakan maklumat anggaran kos sebagai asas, perbandingan akan dilakukan kepada anggaran kos tender serta jumlah kontrak asal.
Selain itu, anggaran kos merupakan tafsifan projek berdasarkan skop projek, spesifikasi dan prosedur (Maaz, 2015). Namun begitu, anggaran kos masih boleh berubah dari masa ke semasa mengikut permintaan pihak klien. Sekiranya anggaran kos yang dilakukan melebihi bajet klien, sebagai jurukur bahan adalah dinasihatkan untuk melakukan pengurusan nilai (value management) dimana perbincangan terhadap keperluan sesuatu elemen dan pertukaran spesifikasi yang lebih rendah namun mempunyai fungsi yang sama. Tambahan Ahmad (2011), sekiranya anggaran kos adalah tinggi, projek tersebut boleh ditundakan atau dibatalkan. Namun sekiranya anggaran kos yang dibuat rendah, pihak klien boleh terima dengan anggaran tersebut atau mengubah suai rekabentuk atau spesifikasi untuk meningkatkan anggaran kepada kesesuaian.
Namun begitu, Xxxx & Boo (2001) berpendapat bahawa jurukur bahan perlu melaksanakan perancangan kos dan pengawalan kos pada peringkat rekabentuk. Hal ini adalah intuk memastikan lebih ketepatan anggaran jika terdapat perubahan yang dilakukan. Sekiranya jurukur bahan tidak melakukan aktiviti pengawalan kos pada peringkat penyediaan anggaran kos, anggaran yang mereka lakukan akan mempunyai perbezaan yang besar apabila dibanding dengan harga tender (Ferry, 2007). Sistem pengurusan kos boleh membantu klien membuat keputusan berdasarkan kos yang dipersetujui dan dapat mengurangkan kegagalan rekabentuk pada projek tersebut (Xxxx Xxxxx Xxxxx, 2012).
2.9 Proses Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman
Maklumat yang dihasilkan pada peringkat rekabentuk oleh arkitek untuk sesebuah bangunan projek adalah berkait satu sama lain tentang kos dan maklumat kerja yang dihasilkan pada peringkat rekabentuk dalaman seperti yang diterangkan pada bab yang lepas. Melihat pada Rajah 2.10, hubungan maklumat yang diperlukan adalah berkaitrapat. Oleh itu, proses anggaran kos bagi rekabentuk dalaman adalah sama seperti proses anggaran kos bagi sesuatu projek.
Rajah 2.10 Hubungan maklumat Sumber: Hoon-ku Xxx et al. (2007)
Melihat pada Rajah 2.11 proses rekabentuk dalaman adalah melalui enam peringkat. Pada prosedur rekabentuk dalaman, pihak klien akan menyatakan idea atau hasrat permintaan untuk membuat rekabentuk dalaman. Perekabentuk dalaman kemudian akan mencadangkan rekabentuk dan alternatif kepada idea yang diwujudkan oleh pihak klien dan pada peringkat ini rekabentuk tersebut dilakukan tanpa mempertimbangkan tentang kos. Namun begitu, dalam peringkat rekabentuk dalaman terperinci, cadangan lukisan rekabentuk dalaman telah disertakan kos. Pihak klien akan melihat pada anggaran awalan kos dan rekabentuk yang dihasilkan dan membuat keputusan untuk meneruskan pembinaan atau tidak.
Rajah 2.11 Peringkat rekabentuk dalaman Sumber: Hoon-ku Xxx et al. (2007)
Sekiranya pihak klien setuju untuk meneruskan kerja-kerja rekabentuk dalaman ini, pada peringkat tender pihak jurukur bahan akan menyediakan anggaran secara terperinci dan kebiasaanya dikenali sebagai Anggaran Pra -Tender. Anggaran pra-tender juga dijadikan sebagai asas untuk mengukur harga tender yang dihantar oleh petender. Oleh itu, anggaran ini hendaklah mempunyai ketepatan yang tinggi pada peringkat ini kerana lukisan yang mentafsirkan kualiti kerja atau skop kerja dan spesifikasi projek yang menentukan kualiti kerja yang ditetapkan.
2.10 Faktor Pemilihan Kaedah Anggaran Kos Projek
Terdapat berberapa kaedah anggaran kos yang boleh digunakan untuk membuat anggaran sesuatu projek. Namun begitu, Xxxxxx & Xxxxxx (1995) berpendapat bahawa faktor pemilihan kaedah anggaran kos yang utama adalah saiz projek. Selain itu, antara faktor lain untuk membuat pilihan kaedah anggaran kos adalah:-
a) Tempoh masa
b) Keperincian maklumat
c) Pengalaman dan kepakaran jurukur bahan
d) Data dan maklumat kos yang diperolehi
2.11 Kaedah Anggaran
Anggaran didefinasikan sebagai satu aktiviti dalam satu kerja tertentu untuk membuat tawaran yang mungkin untuk melaksanakan tugas berdasarkan jumlah yang ditetapkan menggunakan teknik yang betul untuk mendapatkan anggaran yang wajar dan munasabah.
2.11.1 Kaedah Penilaian Unit
Kaedah ini dilakukan pada peringkat awalan dimana tiada pelan rekabentuk lagi. Kaedah ini berasaskan kepada bilangan pengguna iaitu mengira untuk bilangan unit per katil, orang dan bilik (A. Ashworth, 2010). Kaedah ini sesuai untuk membuat anggaran kos bagi bangunan yang saiz dan rekabentuknya banyak ditentukan oleh bilangan penggunanya seperti sekolah, asrama, hospital, masjid dan sebagainya (Abdullah, 2005). Pengiraan yang dilakukan untuk kaedah ini adalah
mengenalpasti unit fungsi yang akan ditampung atau diduduki dalam bangunan tersebut dan didarabkan dengan kos per unit. Kaedah ini amat berguna maklumat yang dibekalkan oleh pihak klien terhadap projek bangunannya adalah terhad (Xxxxx Xxxxxxxx, 1995).
Jumlah Unit Fungsi X Kos per Unit = Anggaran Kos Projek
2.11.2 Kaedah Keluasan Lantai (GFA)
Kaedah ini mengambil kira keseluruh kawasan lantai yang diliputi oleh bangunan. Hanya kiraan untuk bangunan sahaja yang boleh menggunakan kaedah keluasan ini. Tujuan kaedah ini adalah untuk mendapatkan kos per meter persegi bagi ruang yang hendak digunakan berdasarkan keluasan yang diperolehi. Oleh itu, kaedah ini sesuai untuk diaplikasikan bagi kerja-kerja kekemasan, keluasan perabut dan sebagainya (Ya'amah, 2006). Cara pengiraannya adalah seperti:
Jumlah Keluasan X Kos per Unit = Anggaran Kos Projek
Kadar kos per meter persegi perlu dipilih mengikut kadar semasa kerana kos bangunan sering berubah. Kaedah ini jelas lebih mudah untuk digunakan oleh jurureka dalaman sebagai garis panduan terhadap kos untuk sesebuah projek apabila menyediakan lakaran awal. Namun bagaimanapun, pengubahsuaian kos sukar dilakukan sekiranya terdapat perbezaan dari segi bentuk, jenis kekemasan dan ketinggian.
2.11.3 Kaedah Isipadu
Penggunaan kaedah isipadu dalam melakukan anggaran kos pada dahulunya adalah digunakan secara meluas. Namun kaedah ini telah digantikan kerana terdapat pelbagai kelemahan yang muncul (Xxxxx Xxxxxxxx, 1995). Di Malaysia, penggunaan kaedah isipadu ini tidak seluas di negara United Kingdom (Ahmad, 2011). Namun untuk keadaan tertentu, penggunaan kaedah isipadu ini digunakan sebagai contoh, pengiraan kos untuk sesuatu ruang yang memerlukan pemasangan penyaman udara atau ruang yang memerlukan pengudaraan mekanikal. Kemungkinan dalam mengukur jumlah isipadu dengan tepat adalah tinggi untuk dilakukan, namun pemilihan kadar harga untuk isipadu adalah sukar. Hal ini kerana kesilapan memilih harga isipadu boleh menjejaskan perbezaan yang ketara kepada anggaran kos tersebut. Berikut adalah formula untuk anggaran kos kaedah isipadu:
Jumlah Isipadu Keluasan X Kos per Unit = Anggaran Kos Projek
2.11.4 Kaedah Kuantiti Hampir
Secara umumnya, kaedah ini boleh dikatakan kaedah yang terbaik untuk menyediakan anggaran kos berbanding dengan kaedah lain pada peringkat anggaran awalan (A. Ashworth, 2010). Penyediaan anggaran kos mengunakan kaedah ini memerlukan pengukuran setiap elemen secara kmpulan yang terdapat pada lukisan projek. Kaedah pengiraanya adalah mengukur unit item yang sesuai dan dihargakan mengikut setiap jujuran kerja. Peruntukan seperti permulaan kerja, kos luar jangkaan juga diambil kira. Oleh itu, kaedah ini merupakan kaedah anggaran yang lebih tepat berbanding kaedah yang lain kerana mengambil kira faktor-faktor luar. Namun begitu, kaedah ini memerlukan tempoh masa yang lama dalam melakukan kerjanya. Oleh kerana pelbagai elemen diambil kira, maka lukisan yang lengkap dan terperinci diperlukan.
2.12 Ketepatan Anggaran Kos Projek
Kekurangan atau ketiadaan kesilapan dalam proses anggaran mendefinasikan sebagai ketepatan anggaran. Kualiti anggaran oleh jurukur bahan adalah ditakrifkan sebagai bias dan tahap keseragaman angaran tersebut.
2.12.1 Definisi Ketepatan Anggaran Kos Projek
Tujuan utama melakukan anggaran kos adalah untuk membuat ramalan (Azman et al., 2012). Merujuk pada Rajah 2.12 dibawah, ketepatan yang dimaksudkan adalah tepat pada sasaran. Dalam penyelidikan ini, anggaran kos pra- tender akan dilihat sama ada tahap ketepatan jumlah kos tinggi atau tidak dengan anggaran harga tender untuk projek rekabentuk dalaman.
Rajah 2.12 Ketepatan dan Keseragaman Anggaran Sumber: A. Ashworth (2010)
Analisis untuk anggaran hendaklah dinilai berdasarkan pada asas yang kukuh untuk mengukur tahap ketepatan anggaran (Maaz, 2015; T. et al., 2010). Oleh itu, petunjuk rujukan diperlukan untuk menilai prestasi anggaran yang dilakukan. Terdapat beberapa pengkaji telah mengeluarkan perspektif tersendiri berdasarkan
penyelidikan yang mereka dapati. Beberapa pengkaji telah menyatakan harga tender yang paling rendah dijadikan sebagai target anggaran (Gunner & Skitmore, 1999; Xxxxxxxx, 1984; M Skitmore, 1991). Xxxxxxxx Xx Xxxxxx (1976) menyatakan anggaran awalan akan diterima adalah dengan mendapatkan nilai min. Selain itu, beberapa pengkaji berpendapat ketepatan anggaran kos awalan perlu dibandingkan dengan jumlah kos projek yang sebenar (Oberlender, 2000; Xxxxx et al., 2009).
2.12.2 Kaedah Mengukur Ketepatan Anggaran Kos
Kecermelangan Xxxxx dalam membuat anggaran pada bangunan parlimen di London yang dijalankan pada tahun 1836 telah mendapat perhatian (Gunner & Skitmore, 1999). Anggaran beliau diangap sebagai rujukan yang boleh dipercayai untuk kos projek. Namun begitu, terdapat beberapa penyelidikan yang telah dijalankan untuk meingkatkan lagi tahap ketepatan anggaran dalam usaha mencapai projek yang berjaya.
Min = ∑𝑥
𝑛
Sisihan piawai
Pekali Perbezaan = 𝑆𝑖𝑠𝑖ℎ𝑎𝑛 𝑃𝑖𝑎w𝑎𝑖 𝑥 100
𝑀𝑖𝑛
M Skitmore (1991) menyatakan kaedah yang sering digunakan untuk ketepatan adalah min dan sisihan piawai. Aritmetrik min adalah purata variasi untuk dua atau beberapa set data. Pengiraannya adalah dengan membahagi jumlah data dengan data yang diwakili (Xxxxxx & Xxxxxxxx, 1999). Selain itu variasi dikira
menggunakan sisihan piawai. Sisihan piawai adalah kesimpulan untuk tahap variasi yang peratusan tinggi atau rendah (A. Ashworth, 2010). Untuk keseragaman kos pula, teori kebarangkalian pekali variasi boleh diterima pakai. Pekali variasi (coefficient of variation) adalah nisbah sisihan piawai kepada min. Ini mencerminkan penyebaran taburan kebarangkalian kos (Xxxxxx Xxxxx & Xxxxxx., 2009). Walaupun penyelidikan ini tidak fokus pada keseragaman kos, namun ketepatan anggaran memerlukan tahap keseragaman untuk menjadikan penyelidikan ini lebih berkualiti.
Penyelidikan yang berdasarkan penilaian kos akan selalu memilih kaedah parameter daripada kaedah bukan parameter kerana data yang didapati adalah dalam bentuk kuantiti dan angka (Maaz, 2015). Parameter adalah cara yang terbaik untuk menganalisis variasi. Jadual 2.1 menunjukkan terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik terdahulu untuk mengkaji ketepatan kos.
Jadual 2.1 Kaedah yang digunakan oleh penyelidik dahulu untuk ketepatan kos
Penyelidik | Statistik |
Xxxxxxxx & Stevens | Arimetrik Min |
Flanagan & Norman | Bilangan pemerhatian didalam banjaran |
Skitmore | Arimetrik min dan sisihan piawai |
Skitmore | Punca kuasa dua min aritmetik |
Skitmore & Tan | Arimetrik min dan sisihan piawai |
Xxx | Xxxxxxx’r |
Sumber : Maaz (2015)
2.12.3 Paremeter Ketepatan Untuk Anggaran Kos
Anggaran terdedah kepada pelbagai faktor yang dimana tiada seorang pun mampu untuk mengawal terhadap perubahan masa hadapan. Walaupun ketepatan anggaran tidak akan tepat sepenuhnya, namun untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan cara mengukur ketepatan didalam skala yang bersesuaian. Ling & Boo (2010) menyatakan bahawa anggaran yang boleh diterima untuk tahap ketepatan perlu dinyatakan untuk mengukur perbezaan antara anggaran pra tender dan harga tender. Penyelidikan telah dijalankan untuk menyatakan julat yang boleh diterima pakai untuk melabelkan kuantiti itu adalah kuantiti yang baik.
Satu tinjauan pendapat telah dijalankan di Universiti Loughborough, dan pendapatan yang didapati adalah toleransi sekitar -5% sehingga +5%. Namun, keputusan tinjauan ini kurang dalam data sokongan (Xxxxxx Xxxxxxxx & Ashworth, 1983). Namun begitu hasil daripada penyelidikan Xxxxxxx Xxx Park (1973) menyatakan anggaran yang boleh diterima pakai adalah seperti tinjauan yang dilakukan di Universiti Loughborough secara tidak langsung menyokong dengan analisa tersebut. Manakala, Xxxxxxxx et al. (2002), menyatakan bahawa purata variasi yang boleh diterima dalam anggaran adalah sekitar 10%. Xxxxx Xxxxxxxx et al. (2001) dan Xxxxxxx X. Park & Xxxxxxx (1984) menyimpulkan bahawa toleransi yang dibenarkan adalah -/+ 15% untuk peringkat awalan manakala -/+ 5% pada peringkat anggaran akhir. Manakala Xxxxxxx Xxxx et al. (2005) berpendapat bahawa pada peringkat awalan perbezaan yang dibenarkan adalah -/+10 – 20% manakala pada peringkat terperinci dimana perkembangan pembinaan telah mengeluarkan spesifikasi adalah -/+2 - 4%.
Dalam penyesuaian perspektif di Malaysia, penyelidikan oleh Xxxxx et al. (2012) telah menjalankan penyelidikan tentang ketepatan anggaran kos awalan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Keseragaman kos yang dilakukan menggunakan pekali variasi ialah 9% untuk projek sekolah. Ketepatan oleh anggaran kos pihak kerajaan adalah rendah dan peratusannya 10.88%. Walaubagaimanapun, ini tidak menjejaskan
imej keseluruhan kerana kajian yang dilakukan hanya menilai ketepatan sehingga peringkat tender. Sementara itu, M. R. Skitmore (1988) mencadangkan bagi pekali variasi yang diterima adalah didalam lingkungan 5% ke 9% semasa peringkat rekabentuk yang terperinci. Sebaliknya, Beeston (1982) menyatakan keseragaman yang diukur dengan pekali perbezaan adalah 4% untuk jenis projek yang sama. Namun begitu, penemuan beliau ini mempunyai kekurangan kawalan eksperimen yang mempersoalkan kualiti tersebut.
2.13 Faktor-Xxxxxx Xxxx Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos
Anggaran adalah merupakan proses yang subjektif. Tidak akan ada seseorang yang mampu membuat anggaran yang sama walaupun berdasarkan kepada satu projek yang sama. Hal ini kerana anggaran kos agak sukar untuk ditentukan disebabkan kepada beberapa faktor. Kajian terdahulu telah mendapati beberapa penyelidik telah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos terhadap projek bangunan. Namun, faktor yang mempengaruhi untuk projek rekabentuk dalaman belum pernah dilakukan. Maka untuk penyelidikan ini, faktor yang telah dikaji untuk projek bangunan akan digunakan untuk mengetahui pengaruhnya terhadap projek rekabentuk dalaman.
2.13.1 Jenis Projek
Oleh kerana perubahan didalam industri semakin giat membangun, klasifikasi jenis-jenis projek jugak semakin banyak meningkat antaranya seperti hospital dan pusat kesihatan, bangunan pejabat, bangunan komersial, projek perumahan, perkilangan dan projek infrastruktur. Melalui penyelidikan yang dilakukan oleh Mc
Caffer (1976) beliau mendapati perubahan ketepatan yang ketara apabila xxxxxxxxx merupakan jenis projek. Penyataan ini disokong kuat daripada penyelidik Xxxxxx (1979) dan Xxxxxxxx & Xxxxxx (1980) dimana masing masing telah mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada jenis projek mempengaruhi kualiti anggaran.
2.13.2 Saiz Projek
Kajian-kajian yang telah dibuat mengenai topik ini jugak bersetuju bahawa saiz projek memberi kesan kepada ketepatan anggaran kos. Wilson et al (1987) telah mendapati daripada penyelidikan beliau dimana, ketepatan anggaran kos dibahagi kepada 4 kategori; projek kecil, projek sederhana, projek besar dan projek besar tanpa kuantiti. Beliau meyimpulkan bahawa projek yang berskala kecil mempunyai ketepatan anggaran kos yang lebih tepat iaitu 20% daripada harga tertingi kos projek yang dikaji. Penyataan ini disokong oleh Xxxxxxx et al. (2014) didalam penyelidikannya dimana faktor saiz projek telah memberi impak yang negetif kepada ketepatan anggaran kos.
2.13.3 Lokasi
Selain itu, lokasi geografi projek juga perlu dipertimbangkan apabila melakukan anggaran kos. Hal ini kerana faktor lokasi merupakan variasi yang tinggi dalam proses anggaran kos. Xxxxxx (1979) telah menganalisa faktor mempengaruhi ketepatan anggaran adalah lokasi projek. Beliau menyatakan bahawa data analisisnya menyatakan lokasi projek di Cubec mempunyai tahap variasi yang lebih rendah berbanding projek yang terletak di Ontario, rantau Barat dan rantau Pasifik. Hal ini mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan ke tapak projek
dan telah menyebabkan harga bahan menjadi lebih tinggi daripada yang digambarkan semasa peringkat anggaran.
2.13.4 Perubahan Kepada Rekabentuk
Rekabentuk pada peringkat permulaan masih didalam peringkat perubahan. Namun apabila pada peringkat akhir rekabentuk, kesemua komponen untuk projek telah dinyatakan. Oleh itu sekiranya terdapat perubahan pada peringkat ini, akan menyebabkan faktor kepada ketepatan kos. Seperti yang telah dinyatakan pada bab lepas, dalam kajian Hoon-ku Xxx et al. (2007) beliau mendapati perubahan rekabentuk dalaman pada pangsapuri telah menjejaskan ketepatan anggaran kos. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan ini diberitahu dan dinyatakan lebih awal, jurukur bahan boleh melakukan anggaran kos yang terbaharu. Hal ini kerana kos yang dilakukan adalah berdasarkan kepada rekabentuk yang dihasilkan.
2.13.5 Keadaan Ekonomi
Salah satu faktor utama yang mempengaruhi ketepatan anggaran adalah perubahan pada sumber harga yang disebabkan oleh keadaan ekonomi (Hwang, 2009). Faktor ini merupakan sifat yang tidak menentu dimana perubahan pasaran dan permintaan boleh berubah sekelip mata. Dalam analisa penyelidikan Asal (2014) tentang “Factors Afecting Building Construction Projects’ Cost Estimating”, beliau mendapati bahawa ketidakstabilan ekonomi adalah faktor yang utama mempengaruhi ketepatan anggaran. Penyelidikan ketepatan anggaran berdasarkan pada tahun yang dilakukan oleh Xxxxxxxxx et all. (1977) mendapati dua kategori iaitu, tahun yang baik
(projek yang meningkat pada tahun tersebut) dan tahun yang kurang baik (hanya sejumlah kecil sahaja projek pada tahun itu).
2.13.6 Keperincian Maklumat Projek
Kecukupan maklumat projek membawa kepada anggaran belanjawan kos modal yang lebih tepat (Jackson, 2002). Melalui penyelidikan beliau, 38% merupakan kekurangan infomasi pada peringkat tender dan 19% kekurangan maklumat diperingkat taklimat awalan. Perkembangan rekabentuk akan sentiasa mengikuti anggaran tetapi jika lebih lengkap maklumat mengenai rekabentuk itu, lebih tepat anggaran akan dilakukan. Pihak klien perlu meluangkan lebih masa untuk menentukan keperluan yang mereka supaya pihak perunding lebih jelas.
2.13.7 Xxxxxx Xxxx
Kekurangan maklumat projek pada peringkat permulaan berlaku kerana kekurangan masa yang diperuntukkan oleh pihak klien. Faktor masa yang dimaksudkan telah mempengaruhi ketepatan anggaran kos awalan adalah masa yang diperuntukkan kepada pihak jurukur bahan untuk menyediakan anggaran. Trost & Oberlender (2003) mendapati bahawa sekiranya masa yang diberikan adalah cukup untuk menyediakan anggaran kos, tahap ketepatan anggaran kos dapat ditingkatkan. Situasi ini telah mengakibatkan jurukur bahan tidak sempat untuk membuat semakan atas masa yang singkat. Ketepatan anggaran kos akan lebih baik jika kecukupan masa dan jurukur bahan (Xxxx Xxxxxxxx et al., 2002)
2.13.8 Tahap Pengalaman dan Kemahiran
Selain kualiti data kos, tahap kemahiran professional juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos pembinaan (Enshassi et al., 2013). Didalam penyelidikan beliau, tahap pengalaman dan kemahiran untuk membuat anggaran kos dikalangan pihak perunding tahap pertama. Selain itu, Trost & Oberlender (2003) dan A. Xxxxxxxx (2010) juga telah bersetuju akan faktor ini telah mempengaruhi anggaran kos. Di Negara Nigeria, penyelidikan yang dilakukan oleh Alumbugu et al. (2014) telah mendapai pengalaman dan kemahiran pihak perunding merupakan faktor yang pertama dan utama mempengaruhi ketepatan anggaran kos.
2.13.9 Sumber Data Kos
Dalam kajian Xxxxxxxx (2004) dan Trost & Oberlender yang disunting daripada kajian Zafira (2015) menyatakan bahawa faktor yang mempengaruhi ketepatan kos adalah sumber data. Ketepatan anggaran kos projek seperti yang ditekankan oleh Xxx & Xxx (2007) terlalu bergantung kepada sumber data kos yang berkualiti. Penggunaan data yang salah dalam mana-mana teknik akan menghasilkan keputusan yang salah. Hal ini kerana keperincian data projek pada peringkat awal adalah terhad, ia bergantung pada sumber data kos yang berkualiti untuk membuat anggaran dan pertimbangan. Oleh itu, sumber data kos haruslah sentiasa dikemas kini semasa ke semasa.
2.13.10 Kaedah Anggaran
Seperti yang telah dinyatakan pada sub topik diatas, terdapat beberapa kaedah anggaran yang boleh digunakan. Melalui penyelidikan Mahamid et al. (2014) yang dijalankan, beliau mendapati kaedah anggaran telah memberi kesan yang tinggi kepada ketepatan anggaran kos. Penyataan ini disokong oleh Xxxxx et al. (2012) dimana beliau telah mengesahkan bahawa kesilapan memilih kaedah anggaran akan mempengaruhi tahap ketepatan anggaran kos. Hal ini kerana setiap kaedah tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dimana akan memberi tahap ketepatan anggaran yang berbeza.
2.13.11 Elemen Rekabentuk Dalaman
Seperti yang telah diterangkan pada bab sebelumnya, elemen rekabentuk dalaman terbahagi kepada tujuh iaitu ruang, warna, garisan, bentuk, tekstur, pencahayaan dan corak. Oleh kerana belum pernah ada kajian berkaitan dengan faktor yang mempengarui ketepatan anggaran kos untuk rekabentuk dalaman, maka kajian ini akan melihat sekiranya elemen rekabentuk dalaman ini memberi impak yang ketara kepada ketepatan anggaran kos.
2.14 Strategi dan Kaedah Untuk Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos
Sebagai seorang jurureka bahan, adalah menjadi tanggungjawab kepadanya untuk memastikan maklumat yang terdapat pada lukisan adalah lengkap dan terperinci sebelum melakukan anggaran kos. Namun begitu, secara praktisnya pihak
jurukur bahan akan meneruskan juga proses anggaran tanpa memberi maklum balas kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang penting dimana akan menjejaskan jumlah anggaran. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kajian Ling & Boo (2001), beliau telah menyenaraikan beberapa kaedah untuk membaiki ketepatan dan keseragaman kepada anggaran kos seperti yang dibawah:
i. Mewujudkan komunikasi dan koordinasi yang efektif dikalangan ahli pasukan.
ii. Mewujudkan maklum balas rasmi dalam merangka dan menggangarkan aktiviti.
iii. Menggunakan kaedah anggaran yang lebih berkesan.
iv. Mengambil kira sentimen pasaran dan keadaan ekonomi ketika proses anggaran.
v. Menyediakan anggaran berdasarkan dokumen tender.
vi. Mengukur dan menghargakan risiko.
vii. Meningkatkan amalan perancangan kos dan aktiviti kawalan pada peringkat rekabentuk.
viii. Mengemas kini data kos.
ix. Menambahbaik keadaan pemilihan, pelarasan dan penggunaan data kos.
Namun begitu, strategi dan kaedah ini adalah berlandaskan kepada pembinaan untuk sesebuah bangunan. Oleh itu, dengan menggunakan sumber kaedah yang sama, penyelidikan ini akan tertumpu kepada strategi untuk projek rekabentuk dalaman.
2.15 Rumusan Bab
Anggaran kos adalah perkara yang penting didalam sesebuah pembinaan. Selain pembinaan projek, rekabentuk dalaman juga memerlukan anggaran kos supaya pihak klien mengetahui kos yang diperlukan untuk melaksanakan kerja rekabentuk dalaman. Beberapa kaedah anggaran kos telah diperkenalkan, namun pemilihan kepada kaedah anggaran kos perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor yang mempengaruhi anggaran kos awalan. Untuk meningkatkan ketepatan anggaran kos, terdapat beberapa strategi dan kaedah diperkenalkan untuk projek rekabentuk dalaman.
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang metodologi penyelidikan untuk tajuk penyelidikan ini. Oleh itu, bab ini akan dipecahkan kepada tiga bahagian; proses metodologi, pengumpulan data, analisis data penyelidikan secara turutan. Tujuan metodologi ini diterangkan adalah untuk memberi lebih kefahaman tentang penyelidikan yang dijalankan dan untuk mencapai objektif berikut; mengukur tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender untuk rekabentuk dalaman.
3.2 Proses Penyelidikan
Dalam usaha untuk mencapai objektif penyelidikan, kajian ini perlukan proses statistik. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan, dimana untuk objektif pertama dijalankan secara kaedah kuantitatif dan untuk objektif yang kedua dilakukan menggunakan kaedah kualitatif. Hal ini kerana penemuan data yang didapati oleh objektif pertama diterokai lebih terperinci dengan penggunaan kaedah kualitatif untuk objektif kedua. Kaedah gabungan ini juga dapat memberi lebih kefahaman tentang masalah penyelidikan daripada salah satu kaedah sahaja (Xxxx X. Xxxxxxxx & Xxxxx, 2007). Penemuan daripada kedua-dua penyelidikan kuantitatif dan kualitatif ini membolehkan penyelidik mengintegrasi bentuk data yang berbeza. Rajah 3.1 adalah carta alir proses untuk projek penyelidikan:
Mengenalpasti Pemasalahan Isu
Melaksanakan Kajian Literatur
Mengenalpasti Objektif
Pengumpulan Data
Menganalisa Data
Membuat Laporan & Penilaian
Rajah 3.1 Proses penyelidikan untuk penyelidikan khusus Sumber: Creswell (2003)
3.2.1 Penyelidikan Terdahulu
Pengkaji penyelidikan yang terdahulu menjadi asas dan garis panduan kepada penyelidikan ini. Jadual 3.1 menunjukan projek penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Berdasarkan jadual dibawah, kedua-dua penyelidikan ini mempunyai kaitan dengan tajuk kajian yang sedang dijalankan.
Jadual 3.1 Penyelidikan Terdahulu yang Berkaitan
Tajuk | Penyelidik | Tahun | Objektif | Instrumen Penyelidikan | Xxxxxxx Xxxxxxxxxxxx |
Accuracy And Consistency of Pre- Tender Cost Estimate | Xxxxxx Xxxxx Xxxx | 2015 | Identifies the accuracy of pre-tender cost estimates based on the types of project, location and year. Evaluating the significance difference between the project factors. | Document Analysis | Standard Deviation |
Anggaran Kos Dalam Rekabentuk Dalaman | Farihah Hanum Binti Ya’aman | 2006 | Mengenalpasti kaedah yang diamalkan untuk anggaran kos dalam rekabentuk dalman. | Xxxxxx Xxxx Xxxxxxx | Xxx |
Merujuk kepada penyelidikan terdahulu, untuk mencapai objektif pertama untuk penyelidikan ini adalah dengan menadaptasi kaedah analisis oleh penyelidik Zafira (2015) dimana beliau menggunakan sisihan piawai untuk mengukur tahap ketepatan anggaran kos. Seterusnya, untuk mencapai objektif kedua penyelidikan ini, penyelidik menggunakan panduan tesis Farihah (2006) sebagai rujukan. Hal ini kerana dalam penyelidikan ini, untuk mencapai objektif yang kedua adalah sesuai menggunakan kaedah temu bual separa struktur.
3.3 Data Penyelidikan
Kajian penyelidikan ini memberi tumpuan kepada:
i. Ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman
ii. Faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman.
Data untuk objektif pertama ini tergolong dibawah kaedah kuantitatif, dimana data tersebut adalah diklasifikasikan kepada analisis statistik. Oleh itu, dokumen anggaran pra-tender dan harga tender dimana merupakan data sekunder diperlukan. Vartanian (2011) bersetuju dan menyatakan bahawa, data sekunder mudah didapati dan kurang penggunaan masa yang digunakan untuk menyusun dan digunakan. Bagi objektif kedua pula tergolong dibawah kaedah kualitatif dimana dapat menerangkan penemuan secara analitik dan terperinci. Data tersebut akan didapati melalui temubual bersama jurukur bahan yang mempunyai pengalaman dalam projek rekabentuk dalaman.
3.3.1 Penentuan Sampel Penyelidikan
Untuk penentuan sampel penyelidikan objektif satu, kaedah yang digunakan adalah pensampelan bola salji (Snowball Sampling). Kaedah persampelan ini adalah kaedah pemilihan sampel kajian yang paling terkenal dan tidak berasas yang lazimnya digunakan untuk mencari populasi tersembunyi (Johnson, 2005). Kaedah ini bergantung pada rujukan dari responden lain pada awalnya sampel kepada orang lain yang dipercayai mempunyai ciri-ciri kepentingan iaitu untuk mengenal pasti projek rekabentuk dalaman.
Untuk penentuan sampel penyelidikan objektif dua pula, kaedah yang digunakan adalah persampelan tujuan. Responden yang dipilih untuk penyelik menemu bual adalah jurukur bahan yang berpengalaman mengendalikan projek rekabentuk dalaman. Menurut jumlah sampel yang dicadangkan oleh Xxxxxxxx (2003) untuk data kualitatif hanya antara 5 hingga 25 responden temubual dimana maklumat yang didapati adalah mencukupi untuk mencapai matlamat objektif kedua.
3.4 Rekabentuk Penyelidikan
Rekabentuk penyelidikan untuk kedua-dua objektif telah dirangka seperti berikut menggunakan kaedah gabungan. Pengumpulan data yang dilakukan untuk objektif pertama adalah dengan menggunakan analisis dokumen. Dokumen yang diperlukan adalah anggaran pra-tender dan harga tender petender yang berjaya untuk projek rekabentk dalaman tersebut. Kedua-dua dokumen ini akan didapati daripada firma jurukur bahan atau pihak klien yang menyimpan dan melakukan proses anggaran rekabentuk dalaman ini. Dengan mengadaptasikan dokumen analisis, data yang didapati lebih komprehensif dan boleh dipercayai
Pengumpulan data untuk objektif yang kedua adalah dengan cara melakukan instrumen temubual separa berstruktur bersama jurukur bahan yang berpengalaman mengendalikan projek rekabentuk dalaman samaada yang bekerja difirma perunding atau firma rekabentuk dalaman. Hal ini kerana maklumat yang didapati lebih terperinci dan terbuka.
3.4.1 Instrumen Penyelidikan
Instrumen Penyelidikan untuk kedua-dua objektif adalah berbeza seperti keperluannya yang tersendiri. Untuk objektif pertama adalah dengan menggunakan satu borang standard dokumen analisis akan dihasilkan daripada pengumpulan data dan kajian literatur. Lampiran A menunjukkan bagaimana pengumpulan data didapati secara sistematik yang telah diambil daripada dokumen analisis dimana memberi kemudahan untuk melakukan analisis data pada bab yang seterusnya.
Manakala untuk objektif kedua pula, daripada pengumpulan data dan kajian literatur, temubual separa struktur telah dihasilkan. Pihak reponden ditemubual tentang latar belakang responden, pengetahuan rekabentuk dalaman secara am dan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos rekabentuk dalaman secara terperinci. Borang temubual separa struktur ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a) Bahagian A : Maklumat Responden
b) Bahagian B : Rekabentuk Dalaman Secara Am
c) Bahagian C : Xxxxxx Xxxx Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman
Lampiran B menunjukkan bagaimana pengumpulan data yang diterima secara sistematik melalui temubual separa struktur untuk dijadikan satu platform untuk melakukan data analisis pada bab yang seterusnya.
3.5 Xxxxxxx Xxxxxxxxxxxx
Untuk melengkapkan proses penyelidikan ini, sebaik sahaja kutipan data dijalankan, data analisis dilakukan. Beberapa set data analisis yang berbeza diperlukan kerana kaedah yang dilakukan untuk setiap objektif adalah berlainan. Objektif pertama untuk penyelidikan ini, pengukuran analisis statistik digunakan untuk mencapai objektif pertama. Analisis menggunakan kaedah sisihan piawai telah diadaptasikan. Sisihan piawai merupakan kaedah yang terbaik untuk menganalisa tahap ketepatan anggaran dimana pemboleh ubah yang rendah pada min menunjukkan tinggi tahap ketepatannya (A. Xxxxxxxx, 2010; Xxxxxxxx & Xxxxxx, 1983; M Skitmore, 1991). Min ialah pra-syarat pengiraan sisihan piawai kerana ia mencerminkan perubahan antaran anggaran kos. Xxxxxxxx & Xxxxxxxx menggukuhkan penyataan mereka bahawa sisihan piawai adalah yang terbaik untuk mengetahui ketepatan anggaran kos manakala varasi yang kecil pada min menunjukkan tahap ketepatan yang tinggi. Formula untuk melaksanakan sisihan piawai adalah seperti:
Variasi =
𝑃𝑟𝑎 𝐴𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟 − 𝐻𝑎𝑟𝑔𝑎 𝐾𝑜𝑠 𝑇𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟
𝑃𝑟𝑎 𝐴𝑛𝑔𝑔𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟
𝑥 100
Sisihan Piawai
Petunjuk,
x = Anggaran Bias
¯x = min anggaran bias
n = bilangan projek
Untuk objektif yang kedua penyelidikan ini pula, untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman. Temubual separa struktur yang telah dilakukan oleh jurukur bahan yang berpengalaman dalam mengendalikan projek rekabentuk dalaman secara terperinci. Analisis yang terbaik diadaptasikan adalah analisis kandungan tematik. Kaedah analisis ini boleh digunakan dalam kebanyakan kerangka teori. Oleh itu, pendekatan yang fleksible untuk melakukan analisis tematik ini amat sesuai untuk penggunaan penyelidikan kualitatif (Xxxxx Xxxxxx & Xxxxxx, 2008). Disamping itu, ia membantu penyelidik untuk menetapkan kategori dan mengira bilangan kekerapan bagi setiap kategori (Silverman, 2006). Jawapan yang kerap didapati daripada responden mencerminkan faktor yang mana mempengaruhi ketepatan anggaran kos.
3.6 Carta Alir Metodologi Penyelidikan
METODOLOGI PENYELIDIKAN | |||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | ||
Mengukur tahap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman | Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman | ||
PENGUMPULAN DATA | |||
PENENTUAN SAMPLE DAN PORPULASI | |||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 1 | ||
Populasi : Projek rekabentuk dalaman disekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur | Populasi : Jurukur Bahan yang terlibat dengan projek rekabentuk dalaman. | ||
Sampel : 6 projek rekabentuk dalaman terdiri daripada Hotel, Bangunan Pentadbiran dan Hospital | Sampel : 6 orang terdiri daripada Jurukur Bahan Dalaman. | ||
KAEDAH PENGUMPULAN DATA | |||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | ||
Dokumen Analisis; Anggaran Pra- Tender Dan Harga Tender | Temubual Semi Struktur Jukurbahan yang terlibat dengan projek rekabentuk dalaman | ||
ANALISA DATA | |||
Objektif Penyelidikan 1 | Objektif Penyelidikan 2 | ||
Analisis Statistik | Kandungan Tematik | ||
KESIMPULAN DAN CADANGAN | |||
Kesemua kesimpulan dan cadangan yang dibuat haruslah berdasarkan pada pendapatan yang diperolehi |
Rajah 3.2 Carta Alir Metodologi Penyelidikan
3.7 Rumusan Bab
Secara kesimpulannya, bab ini menerangkan proses secara teratur untuk mencapai objektif penyelidikan. Kaedah yang diadaptasi untuk penyelidikan ini adalah dengan menggunakan kaedah gabungan. Objektif pertama dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dimana analisa statistik diperlukan. Manakala objektif kedua menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisa menggunakan kandungan termatik.
BAB 4
ANALISA PENYELIDIKAN
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan kaedah analisis yang digunakan untuk penyelidikan ini. Bermula dengan garis panduan untuk melihat secara menyeluruh sumber data dan kriteria data penyelidikan yang didapati. Jawapan kepada penyelidikan ini didapati daripada analisis data dimana akan menjawab kepada persoalan objektif iaitu mengukur tahap ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman.
4.2 Sumber Dan Krieteria Data
Pendekatan kaedah gabungan dilaksanakan untuk kajian ini telah diterangkan pada bab yang lepas. Penyelidikan yang pertama pada seksyen 4.3 adalah dengan melihat dan menganalisis dokumen anggaran pra-tender dan harga tender yang diambil daripada firma jurukur bahan yang melakukan projek rekabentuk dalaman. Penyelidikan ini secara rawak dan menggunakan kaedah persampelan bola salji untuk mendapatkan maklumat tentang anggaran pra-tender dan harga tender. Jenis projek rekabentuk dalaman yang didapati adalah bangunan hotel, bangunan pentadbiran dan hospital.
Sebanyak 6 sampel projek yang didapati terdiri daripada 2 sampel untuk setiap jenis projek yang dinyatakan. Analisis ini dilakukan dengan mengadaptasikan penyelidikan secara statistik dimana untuk mengukur tahap ketepatan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman. Analisis ini dikaji berkenaan dengan jumlah anggaran kos untuk sesebuah bangunan dan jenis projek sahaja. Hal ini kerana para responden menyatakan bahawa projek rekabentuk dalaman tidak mempunyai senarai kuantiti yang seragam seperti projek pembinaan bangunan kerana SMM2 tidak memberikan garis panduan secara menyeluruh.
Objektif yang kedua pula akan ditunjukkan pada seksyen 4.4 dimana faktor- faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman dianalisis menggunakan analisa kandungan, seperti mana pengumpulan data ini adalah melalui temu bual bersama jurukur bahan yang berpengalaman melakukan projek rekabentuk dalaman. Oleh itu, sebanyak enam responden telah ditemubual untuk menjawab kepada objektif ini. Data tersebut direkod dan dianalisis secara anatikal terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos.
4.3 Analisis Objektif Pertama
Analisis untuk objektif yang pertama adalah untuk mengukur tahap ketepatan anggaran kos bagi peringkat pra-tender dan harga tender untuk projek rekabentuk dalaman terhadap tiga jenis projek iaitu bangunan hospital, bangunan pentadbiran dan hotel.
4.3.1 Variasi Antara Anggaran Pra Tender Dan Harga Tender Pada Jumlah Anggaran Kos
Variasi anggaran dianalisa dengan jumlah kos untuk setiap jenis projek. Jadual 4.1 menunjukkan pendapatan analisa yang telah dilakukan secara keseluruhan untuk variasi anggaran pra-tender dan harga tender. Melihat kepada tahap variasi anggaran kesemua projek, ia menunjukkan nilai positif dimana menunjukkan anggaran kos yang dilakukan tidak berada dibawah anggaran (under estimate). Jumlah tahap variasi anggaran jatuh dibawah julat 1.49% sehingga 18.93%. Manakala purata kepada variasi anggaran perbezaan adalah 9.84%. Nilai kepada sisihan piawai pula adalah jatuh dibawah 7.59% maka ditafsirkan purata variasi anggaran adalah diskala yang baik kerana sisihan piawai ini mengukur pesongan variasi dengan menggunakan kesemua data secara tulen.
Jadual 4.1 Secara Keseluruhan Variasi Anggaran Pra Tender dan Harga Tender
Jumlah Tahap Variasi Anggaran (%) | 1.49% |
18.93% | |
Purata Variasi Anggaran (%) | 9.84% |
Xxxxxxx Xxxxxx (%) | 7.59% |
4.3.2 Variasi Antara Anggaran Pra-Tender Dan Harga Tender Mengikut kepada Jenis Projek
Jadual 4.2 Variasi Anggaran Pra-Tender dan Harga Tender Bagi Jenis Bangunan Hotel, Bangunan Pentadbiran dan Hospital berdasarkan pada Jumlah Kos
Jenis Projek | Purata Variasi Anggaran (%) | Sisihan Piawai (%) |
Hotel | 6.45% | 6.83% |
Pentadbiran | 9.62% | 11.50% |
Hospital | 13.43% | 7.78% |
Bahagian analisis ini tertumpu kepada variasi anggaran kepada jenis projek. Jumlah anggaran kos tersebut adalah termasuk kesemua kos yang berkaitan dalam pembinaan projek. Variasi anggaran mengikut jenis projek menunjukkan tahap ketepatan yang berbeza daripada hasil dapatan ketepatan anggaran untuk ketiga-tiga jenis projek yang berlainan. Jadual 4.2 menunjukkan bahawa purata variasi anggaran bagi projek hotel, bangunan pentadbiran dan hospital adalah dalam lingkungan 6.83% hingga 11.50% daripada nilai sisihan piawai. Anggaran bangunan hotel mempunyai perbezaan yang paling rendah serta nilai sisihan piawai yang paling hampir kepada ketepatan. Variasi ini berlaku adalah kerana ekonomi rekabentuk bangunan. Perbezaan dari segi faktor rekabentuk seperti bentuk, saiz, bilangan tingkat dan jumlah ketinggian bangunan akan memberi kesan pada kos bangunan (Ahmad, 2011).
Projek rekabentuk dalaman bagi bangunan pentadbiran menunjukkan nilai sisihan piawai yang paling tinggi dimana bacaannya adalah 11.50%. Walaubagaimanapun, purata variasi anggaran adalah 9.62%. Projek hospital berada dikedudukan kedua dengan nilai sisihan piawai sebanyak 7.78% dan purata variasi anggaran adalah 13.43%. Pembinaan rekabentuk dalaman pada bangunan hospital memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana menurut Responden F, beliau menyatakan keperluan oleh KKM adalah sangat tegas dan pihak arkitek perlu
merekabentuk mengikut garis panduan yang diberikan. Rajah 4.3 menunjukkan taburan variasi kedudukan antara anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman berdasarkan kepada jumlah kos mengikut jenis projek.
14.00%
12.00%
Pentadbiran
11.50%
10.00%
Hospital
8.00%
7.78%
6.00%
Hotel
6.83%
4.00%
2.00%
0.00%
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Rajah 4.3 Taburan Variasi antara Anggaran Pra-Tender dan Harga Tender Berdasarkan Kepada Jumlah Kos Mengikut Jenis Projek
4.3.3 Keseragaman Anggaran antara Anggaran Pra-Tender dan Harga Tender Pada Jumlah Anggaran Kos
Anggaran tidak boleh hanya berdasarkan oleh satu analisis mengenai variasi kerana anggaran akan tertakluk kepada dua kemungkinan iaitu terkurang anggaran atau terlebih anggaran. Selain daripada itu, sifat anggaran tidak akan pernah tepat (Maaz, 2015). Oleh itu dengan mengukur keseragaman anggaran kos, ia akan memberikan pengukuran yang boleh dipercayai dan lebih baik walaupun terdapat nilai perbezaan yang tinggi, anggarannya adalah tertakluk kepada kebolehpercayaan yang tinggi terhadap keseragaman yang tinggi. Maka, untuk mengukur keseragaman pekali variasi (coefficient of variation) digunakan. Nilai pekali variasi yang rendah menunjukkan tahap keseragaman yang tinggi (M. R. Skitmore, 1988).
Jadual 4.4 Secara Keseluruhan Keseragaman Anggaran Pra Tender dan Harga Tender
Purata Variasi Anggaran (%) | 9.84% |
Xxxxxxx Xxxxxx (%) | 7.59% |
Pekali Variasi (%) | 0.77% |
Analisa secara keseluruhan didapati seperti di Jadual 4.4 diatas, dengan mengambil kira purata variasi anggaran serta sisihan piawai untuk semua data anggaran. Nilai pekali variasi menunjukkan bahawa keseluruhan keseragaman anggaran data yang dianalisis pada nilai pekali perbezaan adalah 0.77%. Data ini menunjukkan bahawa nilai tersebut adalah kurang daripada 5% daripada toleransi yang dibenarkan oleh pendapatan Beeston (1982).
4.3.4 Keseragaman Antara Anggaran Pra-Tender Dan Harga Tender Mengikut kepada Jenis Projek
Jadual 4.5 menunjukkan anggaran jumlah kos keseragaman apabila dianalisis mengikut tiga jenis projek yang berlainan. Nilai keseragaman untuk anggaran bangunan hotel, bangunan pentadbiran dan hospital dibawah lingkungan julat 0.58% kepada 1.19% berlandaskan kepada nilai pekali variasi. Bangunan hospital menunjukan nilai keseragaman yang terbaik nilai pekali variasi adalah yang paling rendah dimana nilai ketepatan sisihan piawainya adalah 7.78%. Rekabentuk dalaman bangunan hotel menduduki tempat yang kedua dimana nilai pekali variasi adalah 1.06% manakala bangunan pentadbiran mempunyai nilai pekali variasi yang paling tinggi.
Jadual 4.5 Perbezaan Variasi Pra Tender dan Harga Tender Bagi Jenis Bangunan Hotel, Bangunan Pentadbiran dan Hospital berdasarkan pada Jumlah Kos
Jenis Projek | Purata Variasi Anggaran (%) | Sisihan Piawai (%) | Pekali Variasi (%) |
Hotel | 6.45% | 6.83% | 1.06 |
Pentadbiran | 9.62% | 11.50% | 1.19 |
Hospital | 13.43% | 7.78% | 0.58 |
4.4 Analisis Objektif Kedua
Seksyen ini untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman. Jenis projek yang khusus juga dibincangkan dalam analisis ini.
4.4.1 Latar Belakang Responden
Temubual bersama jurukur bahan yang berpengalaman dilaksanakan untuk memastikan objektif kajian dapat dilaksanakan. Dua daripada jurukur bahan yang telah ditemubual adalah daripada firma rekabentuk dalaman dan selebihnya adalah daripada firma perunding. Hal ini kerana untuk menunjukkan data yang didapati lebih kukuh dan tidak berat sebelah. Kesemua enam responden telah ditemubual untuk mendapatkan pandangan mereka tentang ketepatan anggaran kos rekabentuk dalaman dan faktor yang mempengaruhi ketepatan tersebut berdasarkan pada pengalaman praktikal masing-masing. Secara umumnya, semua responden mempunyai kelayakan dalam jurukur bahan dengan kedudukan yang berbeza dalam syarikat masing-masing namun memegang tanggungjawab yang sama untuk melakukan projek rekabentuk dalaman terhadap jenis projek yang diamanahkan.
Untuk mencapai matlamat kedua, penyelidikan ini hanya fokus kepada tiga jenis projek sahaja iaitu, bangunan hospital, bangunan pentadbiran dan hotel.
Secara menyeluruh, kesemua responden yang mempunyai tempoh penglibatan didalam industri antara 1 hingga 5 tahun adalah 33.33%. Manakala 33.33% responden adalah daripada tempoh 6-10 tahun pengalaman didalam industri pembinaan. Sementara itu, 16.67% adalah responden daripada tempoh penglibatan didalam industri pembinaan pada 10-15 tahun dan 16 tahun keatas masing-masing.
Tempoh Penglibatan Di Dalam Industri
17%
33%
17%
1-5 Tahun
6-10 Tahun
11-15 Tahun
>16 Tahun
33%
Rajah 4.1 Pengalaman Bekerja Responden
4.4.2 Kaedah Menyediakan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman
Jadual 4.6 menunjukkan kaedah anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman secara umum. Melihat daripada jadual berikut, kaedah kuantiti hampir merupakan kaedah yang paling tinggi dipilih untuk dilakukan anggaran kos. Manakala kaedah keluasan lantai dan penilaian unit juga menjadi pilihan para responden untuk melakukan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman. Namun kaedah isipadu tidak menjadi pilihan para responden untuk melakukan anggaran kos
bagi projek rekabentuk dalaman. Hal ini kerana keperluan untuk elemen rekabentuk dalaman pada sesuatu bangunan adalah tidak sama. Oleh itu penggunaan kaedah isipadu tidak menjadi pilihan. Tambahan pula penggunaan kaedah ini juga tidak meluas penggunaannya dikalangan praktis jurukur bahan.
Jadual 4.6 Kaedah Menyediakan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Secara Umum
No | Kaedaah Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | Responden | Jumlah Kekerapan | |||||
A | B | C | D | E | F | |||
1 | Kaedah Penilian Unit | √ | √ | 2 | ||||
2 | Kaedah Keluasan Lantai | √ | √ | √ | 3 | |||
3 | Kaedah Isipadu | - | ||||||
4 | Kaedah Kuantiti Hampir | √ | √ | √ | √ | 4 |
Melihat kepada Jadual 4.7 pula berkenaan kaedah menyediakan anggaran kos bagi projek rekabentuk dalaman mengikut jenis bangunan yang responden pernah lakukan. Responden yang tertumpu kepada jenis bangunan hotel berpendapat kaedah yang terbaik untuk melakukan anggaran kos adalah menggunakan kaedah kuantiti hampir. Manakala untuk bangunan hospital, kedua-dua responden menyatakan penggunaan kaedah kuantiti hampir dan kaedah keluasan lantai. Namun begitu, bagi bangunan pentadbiran, responden A dan C tersebut telah menggunakan dua kaedah ketika membuat anggaran kos. Hal ini kerana pada peringkat awal, tiada lukisan secara terperinci didapati maka dengan berlandaskan pada kos data projek lepas, penggunaan kaedah penilaian unit dilakukan. Menurut responden C menyatakan “…..Bila lagi detail baru pakai approximate quantity…” apabila lukisan yang didapati lebih terperinci, maka penggunaan kaedah kuantiti hampir digunakan.
Jadual 4.7 Kaedah Menyediakan Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Bangunan
No | Kaedaah Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | Jenis Bangunan | Jumlah Kekerapan | |||||
Hotel | Bangunan Pentadbiran | Hospital | ||||||
D | E | A | C | B | F | |||
1 | Kaedah Penilian Unit | - | ||||||
2 | Kaedah Keluasan Lantai | √ | √ | √ | 3 | |||
3 | Kaedah Isipadu | - | ||||||
4 | Kaedah Kuantiti Hampir | √ | √ | √ | √ | √ | 5 |
Merujuk kepada Rajah 4.2, jumlah kekerapan kaedah kuantiti hampir merupakan kaedah yang digunakan untuk membuat anggaran kos bagi ketiga-tiga projek rekabentuk dalaman.
Kaedah Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman
Hotel
Bangunan Pentadbiran
Hospital
2
2
2
1
1
0
Kaedah Keluasan Lantai
Kaedah Kuantiti Hampir
Rajah 4.2 Jumlah Kekerapan Kaedah Anggaran Kos Bagi Projek Rekabentuk Dalaman
4.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman
Melalui borang temubual yang dilakukan, penyelidik menilai tahap kekerapan secara umum terhadap faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman. Jadual 4.7 menunjukkan jumlah kekerapan yang dinilai oleh para responden secara umum berdasarkan pengalaman dan praktis beliau bagi projek rekabentuk dalaman.
Jadual 4.7 Jumlah Kekerapan Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman.
No | Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | Responden | Jumlah Kekerapan | |||||
A | B | C | D | E | F | |||
1 | Jenis Projek | 5 | 5 | 5 | 4 | 5 | 5 | 29 |
2 | Saiz Projek | 5 | 5 | 5 | 4 | 2 | 4 | 25 |
3 | Lokasi | 5 | 5 | 5 | 4 | 4 | 5 | 28 |
4 | Perubahan Kepada Rekabentuk | 4 | 4 | 5 | 5 | 3 | 4 | 25 |
5 | Keadaan Ekonomi | 5 | 3 | 3 | 3 | 2 | 3 | 19 |
6 | Elemen Rekabentuk Dalaman | 5 | 4 | 5 | 4 | 5 | 5 | 28 |
7 | Keperincian Maklumat Projek | 5 | 5 | 5 | 5 | 5 | 4 | 29 |
8 | Faktor Masa | 4 | 4 | 5 | 5 | 4 | 5 | 27 |
9 | Tahap Pengalaman Dan Kemahiran | 5 | 5 | 4 | 4 | 4 | 4 | 26 |
10 | Sumber Data Kos | 4 | 5 | 3 | 4 | 4 | 4 | 24 |
11 | Kaedah Anggaran | 4 | 5 | 4 | 4 | 5 | 3 | 25 |
Melihat kepada Jadual 4.8, jenis projek dan keperincian maklumat projek merupakan paling kerap menyumbang kepada faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos bagi peringkat pra-tender dan harga tender untuk projek rekabentuk dalaman dengan jumlah kekerapan sebanyak 96.67%. Seterusnya dengan jumlah kekerapan sebanyak 93.33% adalah faktor lokasi dan elemen rekabentuk dalaman yang mempengaruhi ketepatan anggaran. Diikuti dengan faktor masa iaitu dengan jumlah kekerapan sebanyak 27.
Tahap pengalaman merupakan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos dengan jumlah peratus 86.67%. Manakala faktor untuk saiz projek, perubahan kepada rekabentuk dan kaedah anggaran mempunyai jumlah peratus kekerapan yang sama iaitu 83.33%. Faktor yang kesepuluh dan terakhir adalah sumber data kos dan keadaan ekonomi dimana masing-masing mempunyai jumlah peratusan 80.00% dan 63.33%.
Jadual 4.8 Susunan Kekerapan Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman.
No | Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | Jumlah Kekerapan (No) | Jumlah Peratus (%) | Susunan |
1 | Jenis Projek | 29 | 96.67% | 1 |
2 | Keperincian Maklumat Projek | 29 | 96.67% | 2 |
3 | Lokasi | 28 | 93.33% | 3 |
4 | Elemen Rekabentuk Dalaman | 28 | 93.33% | 4 |
5 | Faktor Masa | 27 | 90.00% | 5 |
6 | Tahap Pengalaman Dan Kemahiran | 26 | 86.67% | 6 |
7 | Saiz Projek | 25 | 83.33% | 7 |
8 | Perubahan Kepada Rekabentuk | 25 | 83.33% | 8 |
9 | Kaedah Anggaran | 25 | 83.33% | 9 |
10 | Sumber Data Kos | 24 | 80.00% | 10 |
11 | Keadaan Ekonomi | 19 | 63.33% | 11 |
4.4.4 Faktor yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Kos Rekabentuk Dalaman Bagi Jenis Projek
Seterusnya adalah penyelidik lebih tertumpu kepada faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos rekabentuk dalaman bagi jenis projek yang dilakukan oleh pihak responden untuk projek rekabentuk dalaman seperti yang dilihat melalui Jadual 4.9.
Jadual 4.9 Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Projek
No | Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman | Responden | Jumlah Kekerapan | |||||
A | B | C | D | E | F | |||
1 | Jenis Projek | 5 | ||||||
2 | Saiz Projek | 2 | ||||||
3 | Lokasi | 2 | ||||||
4 | Perubahan Kepada Rekabentuk | 1 | ||||||
5 | Keadaan Ekonomi | 1 | ||||||
6 | Elemen Rekabentuk Dalaman | 1 | ||||||
7 | Keperincian Maklumat Projek | 3 | ||||||
8 | Faktor Masa | 4 | ||||||
9 | Tahap Pengalaman Dan Kemahiran | 1 | ||||||
10 | Sumber Data Kos | - | ||||||
11 | Kaedah Anggaran | - |
Petunjuk : | Hotel | |
Bangunan Pentadbiran | ||
Hospital |
4.4.4.1 Jenis Bangunan Hotel
Bagi projek jenis hotel, kedua-dua responden D dan E menyatakan bahawa faktor jenis projek adalah faktor yang banyak mempengaruhi ketepatan anggaran kos. Responden E secara tegas menyatakan bahawa jenis projek terhadap bangunan hotel merupakan faktor yang akan mempengaruhi ketepatan kerana akan dilihat melalui tahap pengkelasan bintang untuk hotel tersebut. Melalui pengkelasan bintang hotel, data kos boleh dipilih untuk digunakan kerana rekabentuk dalaman hotel empat bintang berbeza dengan rekabentuk dalaman hotel dua bintang. Begitu juga Responden D dimana jenis projek hotel akan mempengaruhi spesifikasi bahan yang digunakan. Oleh itu, keperincian maklumat projek diperlukan dengan lebih jelas
untuk melakukan proses anggaran kos untuk memilih data kos yang bersesuaian. Faktor terakhir untuk bangunan hotel dimana faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos bagi pra-tender dan harga tender adalah faktor masa. Berdasarkan pada projek hotel yang dilakukan oleh responden D, masa yang diberikan untuk membuat anggaran kos adalah singkat. Oleh itu data kos yang digunakan tidak dikemas kini.
4.4.4.1 Jenis Bangunan Pentadbiran
Bagi projek bangunan pentadbiran pula, kedua-dua responden menyatakan bahawa jenis projek merupakan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos untuk kerja-kerja rekabentuk dalaman. Responden A dan C menyatakan bahawa bangunan pentadbiran tidak memerlukan bahan yang tinggi kosnya kerana spesifikasi bahan yang digunakan adalah mudah didapati di Malaysia. Tambahan responden C, Garis Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa Kecil, Piawaian Dan Kos Bagi JPPN telah memberi sumber maklumat terhadap perkara yang diperlukan untuk sesuatu bangunan pentadbiran. Oleh itu, pihak arkitek dan jurureka dalaman perlu melakukan rekabentuk berdasarkan garis panduan ini.
Selain itu, pilihan faktor lokasi pula adalah kerana kilang perabut yang diperlukan oleh bangunan pentadbiran tersebut terletak diluar negeri dengan tapak projek. Tambahan responden C lagi, faktor perubahan kepada rekabentuk juga telah mempengaruhi ketepatan anggaran kos. Pada asalnya ruang yang disediakan adalah untuk dijadikan bilik darjah, namun telah diubah untuk dijadikan pusat pentadbiran. Faktor perincian maklumat juga telah mempengarui ketepatan anggaran kos bagi bangunan pentadbiran kerana spesifikasi yang tidak jelas yang dinyatakan untuk pemilihan perabut. Selaras dengan fakta yang dijelaskan oleh Xxxxxxx (2002) bahawa kecukupan maklumat projek membawa kepada anggaran belanjawan kos modal yang lebih tepat. Akhir sekali, adalah faktor masa yang dinyatakan oleh responden C dimana pihak klien memberi tempoh masa yang singkat untuk jurukur bahan
melakukan anggaran kos. Hal ini akan menyebabkan penggunaan kaedah anggaran yang lebih mudah digunakan namun ketepatannya kurang.
4.4.4.1 Jenis Bangunan Hospital
Seterusnya adalah faktor yang mempengaruhi anggaran kos rekabentuk dalaman bagi jenis bangunan hospital. Responden B menyatakan jenis projek merupakan faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran kos kerana rekabentuk dalaman hospital adalah unik berbanding dengan jenis projek yang lain. Xxxxxxxx responden F menyatakan saiz projek hospital yang besar atau kecil yang dimahukan oleh pihak klien yang mempengaruhi anggaran kos. Ini kerana KPJ Healthcare Berhad merupakan klien hospital tersebut dan spesifikasi bahan untuk rekabentuk dalaman untuk hospital yang dibina mempunyai kriteria dan standard yang tersendiri. Selain itu, lokasi juga telah dinyatakan oleh Responden B dan F kerana bahan kemasan untuk lantai hospital tersebut perlu diimport daripada luar negara. Hal ini secara tidak langsung telah membawa kepada faktor keadaan ekonomi. Jika kejatuhan ekonomi berlaku, harga untuk bahan tersebut akan berubah dan memberi kesan kepada anggaran kos. Ini telah ditegaskan oleh Xxxxx (2009) dan Asal (2014) dalam kajian penyelidikan mereka bahawa ketidakstabilan ekonomi akan memberi kesan pada mata wang dunia dan mengakibatkan ketidaktepatan anggaran kos yang dilakukan. Keperincian maklumat projek juga perlu ditingkatkan untuk meningkatkan ketepatan anggaran kos. Seperti yang dimaklumkan oleh responden B, pada peringkat awalan, pelan lukisan yang diterima tidak mempunyai spesifikasi yang terperinci. Seterusnya faktor yang terakhir, kedua-dua responden menyatakan bahawa tahap pengalaman dan kemahiran adalah faktor yang penting untuk melakukan anggaran kos bagi meningkatkan ketepatan anggaran kos tersebut. Maka dengan itu, pihak responden tersebut boleh membuat andaian anggaran kos yang terbaik semasa proses anggaran kos pra-tender.
4.4.5 Susunan Kekerapan Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Projek
Berdasarkan kepada pengumpulan data terhadap faktor yang mempengaruhi ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman mengikut jenis projek, susunan jumlah kekerapan telah dilakukan. Jadual 4.10 menunjukkan faktor jenis projek adalah paling tinggi dengan jumlah peratusan sebanyak 83.33% dan diikuti dengan faktor masa iaitu dengan jumlah kekerapan adalah 4. Manakala faktor keperincian maklumat projek adalah separuh daripada pilihan responden. Walaubagaimanapun, terdapat empat faktor yang paling sedikit kesannya terhadap ketepatan anggaran pra-tender dan harga tender bagi projek rekabentuk dalaman iaitu tahap pengalaman dan kemahiran, keadaan ekonomi, elemen rekabentuk dalaman dan perubahan kepada rekabentuk iaitu tahap kekerapan masing-masing adalah 16.67%.
Jadual 4.10 Susunan Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Projek
No | Faktor Yang Mempengaruhi Ketepatan Anggaran Pra Tender dan Harga Tender Bagi Projek Rekabentuk Dalaman Mengikut Jenis Projek | Jumlah Kekerapan (No) | Jumlah Peratus (%) | Susunan |
1 | Jenis Projek | 5 | 83.33% | 1 |
2 | Faktor Masa | 4 | 66.67% | 2 |
3 | Keperincian Maklumat Projek | 3 | 50.00% | 3 |
4 | Saiz Projek | 2 | 33.33% | 4 |
5 | Lokasi | 2 | 33.33% | 5 |
6 | Tahap Pengalaman Dan Kemahiran | 1 | 16.67% | 6 |
7 | Keadaan Ekonomi | 1 | 16.67% | 7 |
8 | Elemen Rekabentuk Dalaman | 1 | 16.67% | 8 |
9 | Perubahan Kepada Rekabentuk | 1 | 16.67% | 9 |
Hal ini dapat dikaitkan bahawa faktor elemen rekabentuk dalaman tidak memberi impak yang tinggi kepada ketetapan anggaran kos untuk projek rekabentuk dalaman. Walaubagaimanapun, elemen rekabentuk dalaman dari segi ruang adalah elemen yang tertinggi dari segi umum dan jenis projek. Selain itu, menurut responden F, “….Once you dah berjaya buat ID projek hospital, you dah boleh buat semua. Sebab dia ada banyak krieteria yang kita kena consider….” Oleh itu, elemen rekabentuk dalaman untuk hospital adalah yang paling penting berlandaskan kepada panduan KKM. Ini telah dibuktikan oleh Xx Xxxxxx (1976) xxx Xxxxxxxx & Xxxxxx (1980) bahawa jenis projek mempengaruhi kualiti anggaran kos.
Jadual 4.11 Susunan Elemen Rekabentuk Dalaman
No | Elemen Rekabentuk Dalaman | Jumlah Kekerapan (No) | Jumlah Peratus (%) | Susunan |
1 | Ruang | 28 | 93.33% | 1 |
2 | Warna | 26 | 86.67% | 2 |
3 | Pencahayaan | 24 | 80.00% | 3 |
4 | Bentuk | 23 | 76.67% | 4 |
5 | Tekstur | 23 | 76.67% | 5 |
6 | Corak | 23 | 76.67% | 6 |
7 | Garisan | 16 | 53.33% | 7 |
Daripada hasil temubual, responden telah menyatakan bahawa tahap kepentingan elemen rekabentuk dalaman berbeza mengikut jenis projek (rujuk pada Jadual 4.12). Elemen ruang, warna dan tekstur adalah elemen rekabentuk dalaman yang penting bagi ketiga-tiga jenis projek dimana setiap jenis projek tersebut memainkan peranan yang berlainan dari segi pilihan elemen tersebut. Namun begitu, pandangan elemen rekabentuk dalaman ini adalah daripada pandangan jurukur bahan.
Jadual 4.12 Susunan Elemen Rekabentuk Dalaman Bagi Jenis Projek
No | Elemen Rekabentuk Dalaman | Responden | |||||
A | B | C | D | E | F | ||
1 | Ruang | ||||||
2 | Warna | ||||||
3 | Garisan | ||||||
4 | Bentuk | ||||||
5 | Tekstur | ||||||
6 | Pencahayaan | ||||||
7 | Corak | ||||||
8 | Lain-Lain : KKM |
Petunjuk : | Hotel | |
Bangunan Pentadbiran | ||
Hospital |
Faktor keperincian maklumat projek adalah pada tahap kepentingan yang ketiga dimana para responden mengatakan bahawa ketika proses anggaran kos dijalankan, maklumat yang didapati tidak lengkap untuk memilih data kos yang sesuai. “…Apa dia (klien) nak kita boleh bagi harga, asalkan cukup detail apa yang dia minta, kita boleh cari….” Oleh itu, elemen dalaman bangunan kekal dan boleh alih yang paling penting adalah dinding, perabut, lantai dan siling. Maklumat yang lengkap dapat memudahkan proses anggaran kos dan ketepatan kos akan lebih tinggi.
Jadual 4.13 Tahap Kepentingan Elemen Dalaman Bangunan dan Elemen Dalaman Boleh Alih
No | Elemen Dalaman Bangunan dan Elemen Dalaman Boleh Alih | Jumlah Kekerapan (No) | Jumlah Peratus (%) | Susunan |
1 | Dinding | 28 | 93.33% | 1 |
2 | Perabut | 27 | 90.00% | 2 |
3 | Lantai | 27 | 90.00% | 3 |
4 | Siling | 26 | 86.67% | 4 |
5 | Pintu | 21 | 70.00% | 5 |
6 | Tingkap | 16 | 53.33% | 6 |
7 | Tangga | 12 | 40.00% | 7 |