KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 221001 – Pembersihan Bangunan dan Pejabat dan 221002 – Membersih Kawasan bagi sebutharga seperti berikut : -
BIL | TEMPOH PELAWAAN | NO. SEBUT HARGA | TAJUK SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
1. | 10 Mac 2017 Hingga 17 Mac 2017 | JTLM SH(B) 03/2017 | Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Kawasan Pejabat Jabatan Taman Laut Negeri W.P Labuan. (1 Tahun) (Lihat syarat-syarat sebut harga) | 221001 – Pembersihan Bangunan dan Pejabat 221002 – Membersih Kawasan |
1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia xxxx://xxx.xxxx.xxx.xxx.xx
2. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui SERAHAN TANGAN, POS BERDAFTAR, ATAU EMEL sahaja kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan Kementerian Sumber Asli Dam Alam Sekitar
XX 0000, Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxx Xxx Xxxxxxx 00000 Xxxxxxx Xxxxxxxxxxx Labuan
Malaysia
No Tel : 00-0000000 / 00-0000000
Faks : 08-7582500
Emel : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx@xxx.xxx.xx
3. Sebarang pertanyaan teknikal sila hubungi En. Xxxxx xxx Xxxxxxx / En. Xxxxxxxx xxx Xxxxx di talian 000-000 000
Tarikh: 09 Mac 2017
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syaratsyarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat- syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
a. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
b. Semua tawaran harga (pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender) oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
c. Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.
d. Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.
e. Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah:
(i) memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan
(ii) membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN
Sebut harga bagi sebahagian bilangan item tidak boleh ditawarkan dan akan ditolak.
4. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga; dan
(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
6. PEMERIKSAAN
(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan
(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
8. PENOLAKAN
(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;
(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan (iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Ketua Pengarah JTLM terlebih dahulu.
10. TAFSIRAN
Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan
13. PEMBUNGKUSAN
(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atay yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual
14. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur- unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
16. XXXX XXXX
Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)
17. PEMBUNGKUSAN
(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;
(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dibawah ini membolehkan Sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA
1.1. Syarikat yang hendak menyertai Sebutharga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 221001 dan 221002. Salinan surat Pendaftaran Kontraktor hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebutharga hendaklah mengemukan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan
1.2. Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi perlu dicetak sebagai salinan dan hendaklah dihantar secara POS ATAU SERAHAN TANGAN ATAU EMEL SAHAJA dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang ditempatkan di Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan seperti alamat yang berikut:
Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan Kementerian Sumber Asli Dam Alam Sekitar
XX 0000, Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxx Xxx Xxxxxxx 00000 Xxxxxxx Xxxxxxxxxxx Labuan
Malaysia
No Tel: 00-0000000 / 00-0000000
Faks: 08-7582500
1.3. Dokumen sebuharga juga boleh dihantar melalui emel di alamat seperti berikut xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx@xxx.xxx.xx .
2. HARGA TAWARAN
2.1. Harga-harga yang ditawarkan Penyebutharga adalah termasuk semua kos seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan Ruang Pejabat;
2.2. Penyebutharga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/kawasan dan sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga tawasan. JTLM tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan
2.3. Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga in ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku Sebutharga. Penyebutharga yang berjaya ditawarkan Sebutharga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.
3. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh bagi kontrak perkhidmatan ini adalah Satu (1) tahun.
4. PERTIMBANGAN TAWARAN
Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebutharga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebutharga dan dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walaubagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebutharga yang menawarkan harga terendah.
5. KONTRAK
5.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana- mana jadual yang terdahulu bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan penyebut harga yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak;dan
5.2 JTLM mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.
6. PEMBAYARAN
Bayaran yang akan dibuat oleh Jabatan Taman Laut Malaysia kepada penyebut harga yang berjaya adalah tertakluk kepada kadar perkhidmatan yang dinyatakan dalam surat setuju terima(SST).
7. PENAMATAN KONTRAK DISEBABKAN KESALAHAN RASUAH, AKTIVITI HARAM DAN TIDAK SAH DI SISI UNDANG-UNDANG
7.1 Tanpa sebarang prejudis di pihak KERAJAAN, jika pihak pembekal, atau mana-mana kakitangannya disabitkan oleh mahkamah undang-undang di atas kesalahan rasuah, aktiviti haram atau yang tidak sah di sisi undang- undang berkaitan dengan kontrak ini atau mana-mana kontrak yang pihak pembekal terikat dengan pihak KERAJAAN, pihak KERAJAAN berhak
untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa, dengan memberikan notis bertulis berkuatkuasa serta merta kepada pihak pembekal.
Without prejudice to any other right of the GOVERNMENT, if the CONTRACTOR, its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to thisContract or any other agreement that the CONTRACTOR may have with the GOVERNMENT, the GOVERNMENT shall be entitled to terminate the Contract at any time, by giving immediate written notice to that effect to the CONTRACTOR.
7.2 Disebabkan penamatan tersebut, pihak KERAJAAN mempunyai hak ke atas kerugian, kos, kemusnahan dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan sampingan) yang dihadapi oleh pihak KERAJAAN akibat daripada penamatan tersebut.
Upon such termination the GOVERNMENT shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the GOVERNMENT arising from such termination.
7.3 Bagi tujuan mengelakkan keraguan, kedua-dua pihak KERAJAAN dan pembekal telah bersetuju bahawa pihak pembekal tidak mempunyai hak ke atas mana-mana bentuk kerugian termasuk kehilangan profit, kemusnahan, tuntutan atau sebarang jenis berkaitan dengan penamatan kontrak ini.
For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the CONTRACTOR shall not be entitle to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this Contract.
7.4 Jabatan juga berhak untuk membatalkan kontrak perkhidmatan sekiranya penyebut harga berada dalam situasi berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Jabatan;
7.4.1 Sekiranya penyebut harga gagal membuat pembekalan/perkhidmatan seperti yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan tanpa sebab yang munasabah;
7.4.2 Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
7.4.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
7.4.4 Tidak mematuhi arahan Xxxxxxx Jabatan tanpa apa-apa alasan yang munasabah;
7.4.5 Apabila didapati penyebutharga atau mana-mana kakitangannya disabitkan oleh mahkamah dan undang-undang atas kesalahan rasuah, aktiviti haram atau tidak sah di sisi undang-undang berkaitan dengan kontrak in Tanpa sebarang prejudis di pihak KERAJAAN, jika pihak pembekal, atau mana-mana kakitangannya disabitkan oleh mahkamah undang-undang di atas kesalahan rasuah, aktiviti haram atau yang tidak sah di sisi undang-undang berkaitan dengan kontrak ini atau mana-mana kontrak yang pihak
pembekal terikat dengan pihak KERAJAAN, pihak KERAJAAN berhak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa, dengan memberikan notis bertulis berkuatkuasa serta merta kepada pihak pembekal; dan
7.4.6 Apabila penyebut yang dipersetujui dalam spesifikasi dan skop pembekalan/perkhidmatan.harga diiisytiharkan muflis oleh pihak yang sah. Sekiranya perlantikan penyebut harga ditamatkan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap penyebut harga tersebut; dan
7.4.7 Sekiranya penyebut harga gagal membuat pembekalan/perkhidmatan seperti dipersetujui.
8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan melalui SERAHAN TANGAN, EMEL ATAU POS BERDAFTAR SAHAJA dicatatkan dengan bilangan sebut harga JTLM-SH(B)03/2017
...... serta tajuk sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Kenyataan Tawaran Sebut Harga.
8.2 Tawaran adalah dimestikan mengandungi aspek-aspek yang dinyatakan di bawah:-
i. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan
ii. Sijil Pendaftaran Bumiputera (Sekiranya ada)
iii. Sijil Pembuat Kementerian Kewangan
iv. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
v. Penyata bank yang terkini (3 bulan)
vi. Dokumen sokongan (yang berkaitan)
vii. Brosur/katalog
viii. Lain-lain dokumen berkaitan
ix. Profil Syarikat
x. Biodata Pekerja
xi. Lampiran A - Skop dan Spesifikasi
xii. Lampiran B - Surat Akuan Pembida
xiii. Jadual 1 - Senarai alat kelengkapan/peralatan
xiv. Jadual 2 - Senarai jenis dan harga bahan
xv. Jadual 3 - Upah Pekerja dan kos lain
xvi. Jadual 4 - Jadual tawaran harga
xvii. Jadual 5 - Jadual Pematuhan spesifikasi
8.3 Jika dokumen sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, penyebut harga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan pos atau emel supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
8.4 Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.
8.5 Tawaran sebut harga perlu diserahkan kepada urusetia tidak lewat pada jam
12.00 tengah hari 17 Mac 2017(Jumaat) :dan
8.6 Semua dokumen tawaran hendaklah dialamatkan kepada:-
Jabatan Taman Laut Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan Kementerian Sumber Asli Dam Alam Sekitar
XX 0000, Xxxxxxx Xxxxxx, Xxxxx Xxx Xxxxxxx 00000 Xxxxxxx Xxxxxxxxxxx Labuan
Malaysia
No Tel: 00-0000000 / 00-0000000
Faks: 08-7582500
Emel: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx@xxx.xxx.xx
LAMPIRAN A
SKOP DAN SPESIFIKASI KERJA
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Sebelum memasuki Sebut Harga, Penyebut Harga adalah diwajibkan membuat lawatan tapak serta memahami denga jelas keperluan perkhidmatan yang diarahkan serta mengambil kira masalah atau risiko yang mungkin memberi kesan kepada tawaran Sebut Harga.
1. KAWASAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
Perkhidmatan pembersihan ini haruslah meliputi keseluruhan kawasan yang terletak di Pejabat Taman Laut Wilayah Persekutuan Labuan yang merangkumi bangunan pejabat, Garage/Tempat letak kereta dan persekitaran bangunan pejabat.
2. TENAGA PEKERJA
2.1. Kontraktor hendaklah menggaji dan menentukan bilangan pekerja bagi perkhidmatan ini dengan menyatakan dalam Jadual 3;
2.2. Sekiranya seseorang pekerja bercuti sakit, cuti rehat, cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas, maka Kontraktor hendaklah memastikan terdapat pekerja lain yang akan menggantikan tugas harian pekerja berkenaan tanpa menjejaskan kualiti kerja-kerja pencucian dan pembersihan pejabat sepertimana jadual kerja yang ditetapkan dalam syarat kontrak;
2.3. Selain tugas-tugas yang disenaraikan seperti dalam skop kerja, JTLM berhak menggunakan khidmat tenaga kerja Kontraktor untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu yang berkaitan dengan bidang khidmat yang JTLM SH sama dengan membekukan sementara tugas-tugas hakiki sepanjang tempoh pekerja berkenaan melaksanakan tugas-tugas tertentu berkenaan; dan
2.4. Kontraktor dikehendaki memaklumkan kepada JTLM secara bertulis mengenai pertukaran/pemberhentian seseorang pekerja,. Bagi calon pekerja yang akan menjadi pengganti, mereka juga terikat dengan syarat-syarat berkaitan status pekerja dan perlu mengemukakan dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan JTLM ini. Pemakluman mengenai pertukaran/pemberhentian seseorang pekerja dan penyerahan dokumen pekerja baru hendaklah dilakukan serentak selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum pemberhentian/penukaran pekerja tersebut berkuatkuasa.
3. STATUS PEKERJA
3.1. Kontraktor bertanggungjawab memastikan setiap pekerja bebas daripada rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, sihat dan tidak mempunyai penyakit merbahaya atau berjangkit. Bagi maksud tersebut, Kontraktor perlu memastikan setiap Pekerja Pemeriksaan Perubatan dan melalui Tapisan Keselamatan Polis DiRaja Malaysia. Kedua-dua dokumen pengesahan ini perlu dikemukakan kepada pihak Pengurusan JTLM selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh permulaan kontrak atau semasa sesi pengenalan tugas yang akan diadakan di JTLM;
3.2. Sekiranya JTLM mendapati mana-mana pekerja Kontraktor pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah atau jenayah sedangkan ianya tidak dilaporkan, JTLM berhak dengan serta-merta menggantung kehadiran pekerja terbabit di JTLM dan Kontraktor perlu menggantikan pekerja tersebut dengan pekerja yang lain. Walau bagaimanapun, tindakan penggantian pekerja oleh Kontraktor tidak akan menafikan hak JTLM untuk mengambil tindakan lain ke atas Kontraktor, selaras dengan syarat Kontraktor;
3.3. Bagi pekerja yang lain, JTLM boleh menerima pekerja warga Negara asing dengan syarat Kontraktor mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan Imigresen dan Undang-undang lain yang berkaitan, yang membolehkan warga Negara asing bekerja di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kontraktor hendaklah sedapat mungkin atau memberi keutamaan kepada warganegara Malaysia untuk diambil bekerja sebagai pekerja;
3.4. Kontraktor hendaklah tidak menggaji atau mengambil pekerja mana-mana orang kurang upaya (sama ada fizikal atau mental) dan mana-mana orang dibawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur lima puluh lapan (58) tahun sebagai pekerja/penyelia; dan
3.5. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menghalusi pemilihan dan pengambilan dan pengambilan pekerja atau mana-mana pekerja yang diletakkan dan ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan ini.
3.6. Kontraktor wajib mengikut garis panduan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan tidak termasuk lain-lain elaun dan kerja lebih masa.
4. WAKTU BEKERJA
Hari Isnin hingga Jumaat setiap bulan dan termasuk hari kelepasan am dan cuti mingguan mengikut masa yang diarahkan oleh Xxxxxxx Xxxxxxxx.
5. SKOP KERJA
5.1. Perkhidmatan Harian
a. Menyapu dan mengelap semua cermin dan lantai yang terdapat di Bangunan Pejabat Taman Laut W. P. Labuan;
b. Menyapu dan mengemop semua kawasan dalam bangunan yang terdapat di Pejabat Taman Laut W. P. Labuan;
c. Membekal plastic sampah dan membuang sampah dari tong-tong sampah serta memastikan tong sampah dalam keadaan bersih;
d. Menyapu, mengemop dan membersihkan tandas dari masa ke semasa serta memastikan cecair basuh tangan, ubat gegat, kertas tisu dan pewangi disediakan di setiap tandas yang terdapat di bangunan Pejabat Taman Laut W. P. Labuan;
e. Membersihkan kawasan persekitaran bangunan Pejabat dari sebarang sampah dan kotoran; dan
f. Membersihkan kawasan bangunan dari sebarang sampah dan kekotoran termasuk lumut.
5.2. Perkhidmatan Mingguan
a. Membersihkan ruang-ruang dan sudut sekitar Bangunan Pejabat daripada sawang/sarang labah-labah atau sebarang kekotoran;
b. Mevakum kawasan yang berkarpet di bangunan Pejabat;
c. Mencuci dan membersihkan kawasan longkang yang terdapat di pejabat; dan
d. Menyiram pokok yang terdapat di persekitaran bangunan Pejabat.
5.3. Perkhidmatan Bulanan
a. Kerja-kerja mencuci semua tingkap, pintu dan tangga di dalam bangunan dengan sabun dan air sebulan sekali;
b. Menanam/memangkas pokok hiasan di persekitaran bangunan Pejabat. Jenis pokok adalah dari pokok hiasan. Pokok perlu digantikan dengan yang baru sekiranya mati; dan
c. Memotong rumput yang terdapat dikawasan bangunan Pejabat 2 kali sebulan.
Saya/Kami dengan ini bersetuju dan akan mematuhi Skop dan Spesifikasi Kerja (LAMPIRAN A) dan semua syarat-syarat yang dinyatakan pada dokumen sebut harga ini.
................................................ ...............................................
(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi)
Nama : ....................................... Nama : .....................................
No. K/P : ....................................... No. K/P : .....................................
Jawatan : ....................................... Jawatan : .....................................
Cop Syarikat :
LAMPIRAN B
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
JTLM-SH(B)03/2017
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Saya....................................................................... No KP :........................................ yang mewakili syarikat ................................................................ No. Pendaftaran MOF
............................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia, atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi rasuah kepada individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 perkara balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang berkuatkuasa
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran.
Yang benar,
........................................
Nama :
No. Kp :
Cop syarikat :
Catatan: i) *potong mana yang tidak berkenaan
ii) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan ku
JADUAL 1
SENARAI ALAT KELENGKAPAN/PERALATAN
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN DI PEJABAT TAMAN LAUT MALAYSIA, W.P LABUAN
Xxxx, bagi pihak Syarikat ..................................................................................................
yang membuat tawaran dalam sebut harga ini, menawarkan peralataan/kelengkapan seperti di bawah untuk digunakan dalam perkhidmatan ini:
BIL | JENIS | KUANTITI | JENAMA | BUATAN (NEGARA PENGELUAR) |
1 | Pembersih Hampagas (Vacuum Cleaner) | |||
2 | Penyapu | |||
3 | Mop Lantai | |||
4 | ||||
5 | ||||
6 | ||||
7 | ||||
8 | ||||
9 | ||||
10 |
*Nyatakan yang lain-lain sekiranya ada
Tandatangan :........................................... Cop Rasmi Syarikat : Nama :……………………………..
Jawatan :……………………………..
Xxxxxx :……………………………..
JADUAL 2
SENARAI JENIS DAN HARGA BAHAN
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN DI PEJABAT TAMAN LAUT MALAYSIA, W.P LABUAN
Xxxx, bagi pihak Syarikat ..................................................................................................
yang membuat tawaran dalam sebut harga ini, menawarkan bahan seperti di bawah untuk digunakan dalam perkhidmatan ini:
BIL | JENIS | KUANTITI | JENAMA | KOS SEBULAN (RM) | KOS 1 TAHUN (RM) |
1 | |||||
2 | |||||
3 | |||||
4 | |||||
5 | |||||
6 | |||||
7 | |||||
8 | |||||
9 | |||||
10 |
Tandatangan :........................................... Cop Rasmi Syarikat : Nama :……………………………..
Jawatan :……………………………..
Xxxxxx :……………………………..
JADUAL 3
UPAH PEKERJA DAN KOS LAIN
1. Bilangan pekerja yang ditawarkan orang. (Sila sertakan senarai pekerja).
2. Berikut adalah butiran mengenai upah pekerja serta kos lain. Sila lengkapkan butiran kos ini yang akan diambil kira dalam pertimbangan tawaran ini.
Bil | Butir-butir Bayaran | Bayaran Sebulan (RM ) | Bayaran 1 Tahun (RM) |
1 | Gaji Pekerja | ||
2 | Jumlah Caruman KWSP | ||
3 | Jumlah Caruman PERKESO | ||
4 | Jumlah Insuran Pekerja | ||
5 | Bayaran – bayaran lain (Nyatakan) …………………………………… …………………………………… …………………………………. | ||
6 | Jumlah bayaran bagi (bil) Orang pekerja. |
Jumlah bayaran pekerja untuk tempoh satu (1) tahun ialah jumlah wang pukal sebanyak (dengan perkataan) Ringgit Malaysia : ……………………………….…..….
…………………………………………………………………………………..…………………
(RM )
* Bayaran untuk Jadual 1 sahaja
................................................ ...............................................
(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi)
Nama | : ....................................... | Nama | : ..................................... |
No. K/P | : ....................................... | No. K/P | : ..................................... |
Jawatan | : ....................................... | Jawatan | : ..................................... |
Cop Syarikat :
JADUAL 4
JADUAL TAWARAN HARGA
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bil | PERKHIDMATAN KERJA- KERJA PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN | HARGA SEBULAN (RM) | HARGA 1 TAHUN (RM) |
1 | Perkhidmatan Harian | ||
2 | Perkhidmatan Mingguan | ||
3 | Perkhidmatan Bulanan |
Keseluruhan Jumlah Harga Bagi Satu (1) Tahun adalah sebanyak:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
(RM )
Dengan ini Saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar dan semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan segala skop perkhidmatan yang diperlukan oleh sebut harga ini.
................................................ ...............................................
(Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi)
Nama : ....................................... Nama :
.....................................
No. K/P : ....................................... No. K/P :
.....................................
Jawatan : ....................................... Jawatan :
.....................................
Cop Syarikat :
JADUAL 5
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN KAWASAN DI BANGUNAN PEJABAT TAMAN LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
UNTUK JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN | PATUH (YA/TIDAK) |
PERKHIDMATAN HARIAN a. Menyapu dan mengelap semua cermin dan lantai yang terdapat di Bangunan Pejabat Taman Laut W. P. Labuan; b. Menyapu dan mengemop semua kawasan dalam bangunan yang terdapat di Pejabat Taman Laut W. P. Labuan; c. Membekal plastic sampah dan membuang sampah dari tong-tong sampah serta memastikan tong sampah dalam keadaan bersih; d. Menyapu, mengemop dan membersihkan tandas dari masa ke semasa serta memastikan cecair basuh tangan, ubat gegat, kertas tisu dan pewangi disediakan di setiap tandas yang terdapat di bangunan Pejabat Taman Laut W. P. Labuan; e. Membersihkan kawasan persekitaran bangunan Pejabat dari sebarang sampah dan kotoran; dan f. Membersihkan kawasan bangunan dari sebarang sampah dan kekotoran termasuk lumut. | |
PERKHIDMATAN MINGGUAN a. Membersihkan ruang-ruang dan sudut sekitar Bangunan Pejabat daripada sawang/sarang labah-labah atau sebarang kekotoran; b. Mevakum kawasan yang berkarpet di bangunan Pejabat; c. Mencuci dan membersihkan kawasan longkang yang terdapat di pejabat; dan d. Menyiram pokok yang terdapat di persekitaran bangunan Pejabat. e. | |
PERKHIDMATAN BULANAN a. Kerja-kerja mencuci semua tingkap, pintu dan tangga di dalam bangunan dengan sabun dan air sebulan sekali; b. Menanam/memangkas pokok hiasan di persekitaran bangunan Pejabat. Jenis pokok adalah dari pokok hiasan. Pokok perlu digantikan dengan yang baru sekiranya mati; dan c. Memotong rumput yang terdapat dikawasan bangunan Pejabat 2 kali sebulan. |