KENYATAAN TAWARAN
JPNIN IBU PEJABAT
KENYATAAN TAWARAN
Pembekal adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:
KETERANGAN TAWARAN : PERKHIDMATAN SEWAAN PROJEKTOR LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD) TERMASUK KOS PEMASANGAN, PENTAULIAHAN, PENYELENGGARAAN DAN PENGHANTARAN KE JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DI SELURUH MALAYSIA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
JENIS TAWARAN : Terbuka
KOD BIDANG :
Kod Bidang | Bidang | Sub Bidang | Pecahan Sub Bidang |
21 01 01 | ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) | PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN | HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) |
TARIKH MULA TAWARAN : 19/04/2023 TARIKH TUTUP TAWARAN : 03/05/2023 TEMPOH SAH LAKU : 90
LOKALITI :
lokasi
Negeri |
JOHOR |
KEDAH |
KELANTAN |
MELAKA |
NEGERI SEMBILAN |
PAHANG |
PERAK |
PERLIS |
PULAU PINANG |
SABAH |
SARAWAK |
SELANGOR |
TERENGGANU |
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR |
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN |
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA |
Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% (kosong perpuluhan empat peratus) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM 4,800.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ribu dan Lapan Ratus) bagi invois yang bernilai RM 1.2 juta (Ringgit Malaysia : Satu Juta Dua Ratus Ribu) atau lebih.
SURAT AKUAN PEMBIDA
PERKHIDMATAN SEWAAN PROJEKTOR LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD) TERMASUK KOS PEMASANGAN, PENTAULIAHAN, PENYELENGGARAAN DAN PENGHANTARAN KE JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DI SELURUH MALAYSIA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
QT230000000009629
Saya, ............................................................................................ No. Kad Pengenalan
.......................................... yang mewakili nombor
Pendaftaran .................................................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini:
i. tidak akan menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam mana-mana Kementerian/Agensi atau mana-mana orang lain, sebagai suapan untuk dipilih dalam mana-mana perolehan; dan
ii. tidak akan melakukan atau terlibat dengan tipuan bida dalam mana-mana perolehan.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati terlibat
dalam pakatan tipuan bida dengan syarikat lain berkenaan perolehan di atas atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang dalam
...................................................................................................... atau mana-mana orang lain
sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut boleh diambil:
2.1 Hilang kelayakan untuk dinilai dan dilantik bagi perolehan di atas; dan
2.2 Lain-lain tindakan undang-undang/tatatertib mengikut undang-undang/peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
3. Saya sesungguhnya faham bahawa tindakan berikut akan diambil:
3.1 Didakwa bagi kesalahan** di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Kanun Keseksaan [Akta 574] serta boleh dihukum di bawah undang-undang masing-masing untuk kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (i); atau
3.2 tindakan boleh dikenakan ke atas syarikat di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712] atas kegagalan saya atau mana-mana orang yang mewakili syarikat ini untuk mematuhi perkara (ii) dalam Surat Akuan ini. Sekiranya syarikat didapati melanggar peruntukan seksyen 4(2)(d) Akta 712, syarikat boleh didenda tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada pusing ganti (turn over) seluruh dunia sepanjang tempoh suatu pelanggaran itu berlaku.
4. Sekiranya terdapat mana-mana orang cuba memperolehi atau meminta apa-apa suapan
daripada saya atau mana-mana orang yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai dorongan untuk dipilih dalam perolehan seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum di bawah seksyen 25 (2) akta yang sama, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
5. Saya sesungguhnya faham bahawa syarikat melakukan kesalahan jika seseorang yang
bersekutu dengan syarikat*** memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau faedah dalam menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
Yang benar,
Tandatangan : .......................................
Nama : .......................................
No. KP : .......................................
Tarikh : .......................................
Cap Syarikat : .......................................
Catatan:
(i)
**termasuk
kesalahan ditetapkan dalam Jadual (Perenggan 3 (a), takrif "kesalahan
ditetapkan") Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
(ii)
***seseorang Suruhanjaya
yang bersekutu dengan syarikat merujuk kepada seksyen 17A (6) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], iaitu seseorang itu
bersekutu dengan organisasi komersial jika dia seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.
(iii) Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa.
(iv)
Takrifan
perusahaan di bawah Akta 712 merangkumi syarikat yang terlibat dengan
perolehan Kerajaan.
Frequency Schedule / Mengikut Jadual
Kekerapan : 1
Bil. | Tempoh Mula | Tempoh Akhir | Jumlah Bulan | Jenis Jadual |
1 | Jun 2023 | May 2026 | 36 | Periodic (Schedule) |
Alamat Penghantaran / Perkhidmatan
PTJ | Alamat Penghantaran / Perkhidmatan |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGERI PAHANG,NO.211,213, TINGKAT 2, BLOK A-B,BANGUNAN CENTRE POINTJALAN HJ ,XXXXX XXXXXX,25000,KUANTAN,PAHANG |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI SARAWAK,TINGKAT 9, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, XXXXX XXXXXXX XXXX, XXXX XXXXX 0000,00000,XXXXXXX XXXXXXX XXXX XXXXXXXX,XXXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perak,Xxxx 0, Xxxx X, Xxxxxxxx Xxxxxxxxxxx Ipoh,Xxxxx Xxxx' Xxxx Xxxxx Xxxx,00000,XXXX (X),XXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JPNIN NEGERI SABAH,ARAS 3, BLOK A, KOMPLEKS PKPS,XXXXX XXXXXXX XXXXX,00000,XXXX XXXXXXXX,XXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | BAHAGIAN KEWANGAN, IBU PEJABAT JPNIN NEGERI SEMBILAN,TINGKAT 12,WISMA PERSEKUTUAN,XXXXX XXXX' XXXXX XXXXX,00000,XXXXXXXX,XXXXXX XXXXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JAB PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI TERENGGANU,NO 22,TGKT 1-3,PUSAT NIAGA PAYA KELADI,XXXXX XXXXX XXXX,00000,XXXXX XXXXXXXXXX,XXXXXXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI MELAKA,ARAS 0&0,XXXXXX XXXXXXXXXXX,XXXXX XXXXXXXXXXX,XXXX,XXXX XXXX XXXX,,00000,XXXXXX,XXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang,Bangunan Persekutuan, Xxxx 0,Xxxxx Xxxxx,00000,XXXXXX XXXX,XXXXX PINANG |
JPNIN IBU PEJABAT | PERPADUAN NEGERI SELANGOR,TINGKAT 9, WISMA PKPS,XXXXXXX 00, ,XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX,00000,XXXX XXXX,XXXXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | NSTITUT KAJIAN DAN LATIHAN INTEGRASI NASIONAL,ARAS 7, BLOK E2,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,PRESINT 1,62502,PUTRAJAYA,WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI KEDAH,ARAS 3, ZON B, WISMA PERSEKUTUAN,KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,BANDAR MUADZAM SHAH,00000,XXXX XXXXX,XXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JPNIN WP LABUAN,NO. 4A-1, BLOK 4, TINGKAT 4,KOMPLEKS UJANA KEWANGAN ,87002 W.P LABUAN,87002,PUSAT BANDAR LABUAN,WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN |
JPNIN IBU PEJABAT | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Negeri Kelantan.,Tingkat 7, Wisma Persekutuan Xxxxx Xxxxx,00000,XXXX XXXXX,XXXXXXXX |
JPNIN | JAB PERPADUAN NEGARA NEG PERLIS,TINGKAT 2 BANGUNAN TUN HAJI |
IBU PEJABAT | ABD RAZAK,00000,XXXXXX,XXXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JAB PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI JOHOR,TINGKAT 20, BANGUNAN KWSP, XXXXX XXXX XXXXX,00000,XXXXX XXXXX,XXXXX |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL PUTRAJAYA,ARAS8,BLOK E3,KOMPLEKS E,PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN ,,PRESINT 1,,62502,PUTRAJAYA,WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL,ARAS 7-9,BLOK E2,KOMPLEKS E,PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN,,PRESINT 1,,62502,PUTRAJAYA,WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA |
JPNIN IBU PEJABAT | JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIOANAL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,TINGKAT 27, MENARA TH SELBORN,,XX.000, XXXXX XXX XXXXX,00000,XXXXX XXXXXX,XXXXXXX PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR |
SYARAT SYARAT, ARAHAN DAN PENJELASAN BERHUBUNG DENGAN SEBUT HARGA
SYARAT SYARAT AM
1 Keadaan Barang
Semua barang/peralatan hendaklah dalam keadaan asal dalam tempoh penghantaran.
2 Pengenalan Barang
Seperti mana dalam senarai barangan/peralatan dan boleh merujuk kepada pegawai empunya barangan.
3 Perakuan Menyatakan Penentuan Telah Dipatuhi
Pembekal dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai jika ada yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
4 Penentuan Kod Item
4.1 Pembekal hendaklah mengenal pasti kod item bagi bekalan/perkhidmatan yang ditawarkan sebagai persediaan untuk penyediaan Surat Setuju Terima sekiranya berjaya.
4.2 Sila rujuk garis panduan penentuan kod item yang boleh dicapai melalui Portal ePerolehan xxxxx://xxx.xxxxxxxxxx.xxx.xx/.
4.3 Kod item wajib dikunci masuk oleh pembekal yang berjaya semasa menyetuju terima tawaran Kerajaan.
5 Barang Ex-Stock atau Barang Keluaran Malaysia
6.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.
6.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh pembekal.
6 Tawaran Pembekal
8.1 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua zon/negeri, sebahagian zon/negeri atau satu zon/negeri sahaja jika pelawaan adalah mengikut zon/negeri. Setiap tawaran bagi setiap zon/negeri akan dianggap sebagai tawaran berasingan.
8.2 Pembekal dibenarkan untuk menawarkan harga untuk semua item, sebahagian item atau mana-mana item. Setiap tawaran bagi setiap item akan dianggap sebagai tawaran berasingan.
8.3 Tawaran harga hendaklah mengambilkira kenaan fi perkhidmatan bagi perolehan yang dilaksanakan melalui Sistem eP.
7 Harga
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun, kos tambahan yang berkaitan dan fi perkhidmatan Sistem eP. Sah laku tawaran adalah selama 90 hari dari tarikh tutup. Sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangkamasa sah laku tawaran tidak akan dipertimbangkan.
8 Fi Perkhidmatan Sistem ePerolehan
10.1 Fi perkhidmatan Sistem eP yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam terma dan syarat bagi pendaftaran di bawah Sistem eP. Kadar fi perkhidmatan adalah seperti berikut :
Fi perkhidmatan Sistem eP yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam terma dan syarat bagi pendaftaran di bawah Sistem eP.
Kadar fi perkhidmatan adalah seperti berikut :
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) seperti ditetapkan dalam tempoh kontrak.
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM 4,800.00 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) seperti ditetapkan dalam tempoh kontrak.
9 Cukai
11.1 Pembekal hendaklah menawarkan harga bagi Sebut Harga tanpa mengambil kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta CBP 2014) (selepas ini dirujuk sebagai Harga Sebut Harga Tanpa CBP). Meskipun demikian, pembekal masih bertanggungjawab untuk mengambil kira dalam Harga Sebut Harga Tanpa CBP tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan,
undang-undang kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan dengan perolehan ini.
11.2 Pembekal hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran CBP dengan mengemaskini maklumat CBP dalam Modul Pengurusan Pembekal selewat-lewatnya pada tarikh tutup Sebut Harga.
11.3 Sekiranya pembekal yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan menawarkan Harga Sebut Harga Tanpa CBP yang dicampurkan dengan kos kenaan cukai CBP. Sebaliknya sekiranya pembekal yang berjaya tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, maka hanya Harga Sebut Harga Tanpa CBP sahaja akan disetuju terima melalui SST.
11.4 Bagi pembekal yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta CBP 2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta CBP 2014 setelah Harga Sebut Harga Tanpa CBP tersebut disetuju terima oleh Kerajaan, maka pembekal yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan CBP semasa untuk baki Harga Kontrak yang dikenakan CBP dengan mengemukakan satu salinan surat kelulusan pendaftaran CBP daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berserta dengan nombor pendaftarannya.
10 Insurans
Semua barang-barang yang disenaraikan dalam perkhidmatan penghantaran ini perlu diinsurankan.
11 Xxxx Xxxx
Tawaran harga sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
12 Persetujuan Penerimaan Tawaran
14.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetuju terima tawaran Sebut Harga yang terendah atau
mana-mana tawaran Sebut Harga. Kerajaan berhak untuk memilih keseluruhan atau sebahagian tawaran Sebut Harga daripada mana-mana penyebut harga yang menyertai sebut harga ini.
14.2 Kerajaan berhak untuk mengadakan perbincangan/ rundingan lanjut dengan pembekal yang disenarai pendek berhubung dengan terma-terma tertentu untuk tawaran yang akan disetuju terima. Hak Kerajaan untuk mengadakan rundingan tidak dalam apa-apa cara jua mengikat Kerajaan menyetujui terima keputusan rundingan.
14.3 Kerajaan juga berhak untuk mengadakan bidaan di kalangan pembekal yang disenarai pendek untuk tawaran yang akan disetuju terima.
14.4 Keputusan adalah muktamad. Kerajaan adalah tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab ke atas mana-mana cadangan tawaran yang tidak berjaya.
14.5 Tindakan tatatertib boleh diambil oleh Kerajaan terhadap pembekal yang menarik balik tawaran sebelum tawaran dipertimbangkan atau yang menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan oleh Kerajaan.
13 Xxxxx Xxx Publisiti
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebut Harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Kerajaan terlebih dahulu.
14 Bon Pelaksanaan
15 Tafsiran
Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan pembekal bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
16 Pemeriksaan Barangan Semasa Penghantaran Akhir
18.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seorang pegawai (atau empunya barangan) untuk memeriksa dan menguji barangan semasa penyerahan peralatan/barangan tersebut.
18.2 Pembekal hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
18.3 Semua perbelanjaan untuk memeriksa dan menguji ini hendaklah ditanggung oleh pembekal.
17 Penolakan Barang/ Perkhidmatan
19.1 Barang/perkhidmatan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan/ perkhidmatan yang telah dipersetujui dalam tawaran pembekal boleh ditolak.
19.2 Apabila diminta, pembekal hendaklah menyebabkan barang/perkhidmatan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang/ perkhidmatan yang ditolak itu.
19.3 Perkara 19.1 dan 19.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
18 Kuantiti Tawaran/Kuantiti Tambahan
Pegawai empunya barangan boleh meminta tambahan barangan / peralatan untuk penghantaran ini
dengan syarat mendapat persetujuan pembekal dan tidak melibatkan sebarang liabiliti oleh Kerajaan.
19 ARAHAN KEPADA PEMBEKAL
Arahan kepada Pembekal ini dalam mana mempengaruhi pelaksanaan kontrak hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak.
20 Penyediaan dan Penyerahan Cadangan Tawaran
1.1 Pembekal hendaklah mengisi dengan lengkap cadangan tawaran termasuk memuat naik semua dokumen sokongan dan lampiran wajib yang disenaraikan dalam Sistem ePerolehan serta menyerahkannya secara atas talian sebelum tarikh dan waktu tutup sebut harga.
1.2 Pembekal adalah dilarang menulis, mencatatkan dan meletakkan cop nama dan memuatnaik tanda syarikat di dalam dokumen sokongan/lampiran yang dikemukakan secara atas talian. Sekiranya berbuat demikian, cadangan tawaran tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
1.3 Semua dokumen yang diserahkan oleh pembekal termasuk manual teknikal hendaklah dalam Bahasa Malaysia. Pembetulan dan pindaan boleh dibuat ke atas cadangan tawaran dan dikemaskini sebelum tarikh dan masa tutup pelawaan. Pembekal hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja bagi cadangan yang ditawarkan. 1.4 Bagi tawaran yang memerlukan penghantaran sampel produk, pembekal hendaklah memastikan ianya dihantar sebelum tarikh tutup. Setiap sampel fizikal yang dikemukakan wajib dilekatkan dengan label yang dijana dari Sistem eP. Sampel yang dihantar tanpa label eP tidak akan dipertimbangkan.
1.5 Kerajaan akan membuat pemberitahuan kepada pembekal sekiranya terdapat apa-apa notis atau pindaan berkaitan pelawaan sebut harga ini di dalam portal rasmi Sistem eP. Setiap notis atau pindaan yang dilakukan akan diberi notifikasi oleh sistem kepada pembekal dan menjadi sebahagian daripada dokumen tawaran.
1.6 Pembekal bertanggungjawab memastikan penyerahan dokumen atas talian berjaya dibuat. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan pembekal dalam melaksanakan penyerahan dokumen atas talian. Sekiranya salah satu syarat tidak dipatuhi, maka cadangan tawaran tender tersebut tidak akan dipertimbangkan.
21 Perbelanjaan Penyediaan Cadangan Tawaran
Semua perbelanjaan bagi penyediaan cadangan tawaran ini hendaklah ditanggung oleh pembekal sendiri.
22 Tempoh Sah Laku Tawaran
Tempoh sah laku tawaran adalah selama 90 hari daripada tarikh tutup 08 Februari 2018 sebagaimana yang ditetapkan dalam notis pelawaan. Pembekal yang telah menyerahkan cadangan tawaran tidak dibenarkan menarik diri dalam tempoh tersebut.
23 Tawaran Pilihan
Setiap pembekal tidak dibenarkan membuat tawaran pilihan (alternative offer) bagi mana-mana butiran yang dikunci masuk. Jika terdapat tawaran pilihan, Kerajaan berhak menolak kesemua tawaran yang dikemukakan.
24 Pembatalan Pelawaan
Kerajaan berhak untuk membatalkan mana-mana pelawaan yang telah diiklankan pada bila-bila masa. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pembekal kerana pembatalan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak pembekal.
25 Pemberitahuan Penerimaan
6.1 Pemberitahuan kepada pembekal yang berjaya mendapat tawaran Kerajaan akan dibuat melalui pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) di dalam Sistem eP.
6.2 Surat berkenaan mungkin mengandungi apa-apa syarat atau pindaan tambahan kepada syarat yang disertakan pada dokumen ini dan jika demikian, tawaran ini tidak boleh dianggap sebagai telah dipersetujui melainkan pengesahan bertulis daripada pembekal tentang persetujuannya terhadap syarat/pindaan tambahan itu diterima.
6.3 Apabila dipersetujui, kontrak (Surat Setuju Terima - SST) dianggap sebagai telah dibuat antara Kerajaan dengan pembekal itu menurut syarat yang disertakan (termasuk syarat tambahan dan pindaan) dan tiada perjanjian atau syarat lain dianggap sebagai telah dimasukkan ke dalam kontrak ini.
26 Tempoh Kontrak
TIDAK BERKAITAN
27 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
8.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
8.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat SPRM atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
8.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan pembekal atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah di bawah Akta SPRM 2009.
8.4 Mana-mana pembekal atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini, walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi, dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
28 Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
9.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia melalui 1PP, PK 1/2013 - Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan.
9.2 Kesemua pembekal yang menghantar dokumen hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (nama penandatangan akuan hendaklah seperti mana yang disenaraikan di Modul Pendaftaran Pembekal Sistem eP) yang mengandungi pengakuan bahawa :
(i) Pembekal tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak.
(ii) Kesemua maklumat tawaran dan lampiran yang dikemukakan adalah benar dan tepat.
9.3 Sekiranya pembekal didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withhold) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, tawarannya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.
9.4 Pembekal yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak Kerajaan juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak.
Tajuk Templat:
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN PROJEKTOR LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD) TERMASUK KOS PEMASANGAN, PENTAULIAHAN, PENYELENGGARAAN DAN PENGHANTARAN KE JPNIN DI SELURUH MALAYSIA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Jenis Item: Perkhidmatan Jenis Barangan: Tempatan
Item | UOM | Kekerapan / Unit Ukuran | Bil. Unit Ukuran Sehari | Bil. Unit Ukuran Sebulan | Kuantiti |
Spesifikasi | |||||
SEBUT HARGA | unit | 1 | 1 | ||
PERKHIDMATAN | |||||
Skop Perkhidmatan: 1) Tempoh kontrak adalah selama 3 tahun. 2) Jumlah unit sewaan projector LCD: 45 unit 3) Syarikat dikehendaki melakukan penghantaran dan pengujian di setiap lokasi yang telah ditetapkan.(rujuk lampiran Senarai Alamat Penghantaran) 4) Syarikat perlu bersedia memasang projektor LCD yang baru bagi menggantikan projector sedia ada yang rosak. 5) Penyelenggaraan pembaikan (Corrective maintenance) sahaja 6) Tempoh penggantian/pembaikan mestilah dalam tempoh tiga (3) hari bekerja 7) Surat jaminan tulen daripada pihak pembekal utama. 8) Perlu melampirkan sijil pentauliahan daripada syarikat prinsipal. | |||||
SEWAAN PROJEKTOR | |||||
LIQUID CRYSTAL | |||||
DISPLAY (LCD) | |||||
TERMASUK KOS | |||||
PEMASANGAN, | |||||
PENTAULIAHAN, | |||||
PENYELENGGARAAN | |||||
DAN PENGHANTARAN | |||||
KE JPNIN DI SELURUH | |||||
MALAYSIA BAGI | |||||
TEMPOH TIGA (3) TAHUN | |||||
Maklumat Penghantaran: IBU PEJABAT JPNIN: 10 unit IKLIN: 2 unit JPNIN PERLIS: 1 unit JPNIN KEDAH: 2 unit JPNIN PULAU | |||||
PINANG: 2 unit JPNIN PERAK: 2 unit JPNIN SELANGOR: 3 unit | |||||
JPNIN WP KUALA LUMPUR: 2 unit JPNIN WP PUTRAJAYA: 1 | |||||
unit JPNIN NEGERI SEMBILAN: 2 unit JPNIN MELAKA: 2 unit | |||||
JPNIN JOHOR: 3 unit JPNIN PAHANG: 2 unit JPNIN | |||||
TERENGGANU: 2 unit JPNIN KELANTAN: 2 unit JPNIN | |||||
SARAWAK: 3 unit JPNIN SABAH: 3 unit JPNIN LABUAN: 1 unit | |||||
Spesifikasi Projektor LCD adalah seperti berikut: Jenama dan | |||||
Model: Sila cadangkan jenama dan model | |||||
Tahun Pembuatan: Tahun 2022 ke atas (terkini) DC type: DC3 | |||||
Contrast Ratio: 22,000:1 Brightness: 4,000 ANSI Lumen USB | |||||
Interface: USB Type mini B (services):1 Input: Composite: 1, | |||||
HDMI: 2 Audio Input: 3.5mm : 1 Resolution support: VGA (640 x | |||||
480) to FullHD (1920 x 1080) Weight: 2.5 kilogram ke bawah | |||||
Operating Temperature: 0 - 40C Light source life | |||||
(Nor/SuperEco): 5000/15000 Accessories: Carrying Case, | |||||
Power Cord, VGA Cable, Remote Control Warranty dan | |||||
Perkhidmatan dalam tempoh sewaan: Tempoh jaminan 3 tahun. |
Senarai Semak Pematuhan Teknikal
Bil. | Tajuk | Mekanisme |
1 | Brosur / Risalah | Supplier Upload |
Page 1 / 1
Senarai Semak Pematuhan Kewangan
Bil. | Tajuk | Mekanisme |
1 | Pengesahan dari Institusi Kewangan untuk tiga bulan Penyata Bank | Supplier Upload |
2 | Borang Pengisytiharan Maklumat Syarikat Dalam Perolehan Kerajaan | PTJ Upload |
(Bagi Sebut Harga Bekalan/ Perkhidmatan)
............................................
............................................
............................................
............................................
Tuan,
Rujukan Kami : ............................................
Tarikh : ............................................
Sebut Harga Untuk : PERKHIDMATAN SEWAAN PROJEKTOR LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD) TERMASUK KOS PEMASANGAN, PENTAULIAHAN, PENYELENGGARAAN DAN PENGHANTARAN KE JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DI SELURUH MALAYSIA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
No. Sebut Harga : QT230000000009629
Dengan ini dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju menerima tawaran sebut harga syarikat tuan dengan harga sebanyak Ringgit ......................................................... (RM...........................) yang merupakan harga kontrak bagi tempoh kontrak selama bulan tertakluk kepada dokumen sebut harga yang menjadi sebahagian daripada
perolehan ini dan Surat Setuju Terima ini berserta dengan Lampiran A kepada Surat Setuju Terima iaitu maklumat terperinci kontrak (selepas ini disebut sebagai Surat ini).
2. Dengan pengakuan penerimaan Surat ini, suatu kontrak yang mengikat terbentuk antara Kerajaan dengan syarikat tuan. Satu dokumen kontrak hendaklah ditandatangani dalam kadar segera dengan memasukkan semua terma sebagaimana dokumen sebut harga serta semua terma dalam Lampiran A. Sehingga dokumen kontrak tersebut ditandatangani, Surat ini hendaklah terus mengikat kedua-dua pihak.
3. Harga kontrak ini adalah termasuk peruntukan Kerajaan sebanyak 6% Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) memandangkan syarikat tuan telah berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] dan tarikh pendaftaran tersebut telah berkuat kuasa sebelum atau pada tarikh Surat ini dikeluarkan mengikut Akta 762.
4. Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembekalan barang/ perkhidmatan boleh dibuat melainkan jika syarikat tuan telah mengemukakan kepada Kerajaan dokumen-dokumen berikut:
*(a) suatu bon pelaksanaan yang tidak boleh dibatalkan yang berjumlah Ringgit
......................................................... (RM. );
*(b) suatu polisi insurans yang tidak boleh dibatalkan yang berjumlah Ringgit
......................................................... (RM. ) dan resit premium;
*(c) Nombor Kod Majikan di bawah Skim PERKESO dan/atau Polisi Pampasan Pekerja,
seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A tidak melebihi *14/30 hari dari tarikh pengakuan penerimaan Surat ini oleh syarikat tuan. Apa-apa kegagalan dalam mematuhi kehendak di perenggan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan, boleh mengakibatkan Surat ini terbatal dan Kerajaan tidaklah dengan apa-apa cara jua bertanggungan
terhadap syarikat tuan melainkan jika penepian bertulis diberikan oleh orang yang diberi kuasa, bagi perkhidmatan yang perlu dibuat dengan segera atau serta-merta apabila kelewatan itu akan memudarat dan menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam.
5. Setelah pesanan/arahan dikeluarkan oleh Kerajaan, syarikat tuan dikehendaki melaksanakan pembekalan barang/ perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti barang/ perkhidmatan tersebut hendaklah memuaskan hati serta memenuhi kehendak Kerajaan. Sekiranya syarikat tuan gagal melaksanakan pembekalan barang/ perkhidmatan dalam tempoh dan/atau kualiti yang ditetapkan, Kerajaan berhak membatalkan pesanan/arahan yang dikeluarkan dan/atau mengenakan *Denda/ Liquidated & Ascertained Damages (LAD) seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.
6. Syarikat tuan juga adalah dikehendaki melaksanakan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan berdasarkan harga kontrak dengan bilangan minimum peserta SL1M sebanyak ............... orang tanpa sebarang kos kepada Kerajaan. Bilangan minimum peserta yang diperlukan hendaklah dikira berdasarkan formula di bawah:
1% X Harga Kontrak RM18,000*
*Elaun SL1M (RM1,500 seorang x 12 bulan)
7. Bagi tujuan program SL1M ini, syarikat tuan adalah dikehendaki untuk:
(a) mengemukakan Jadual Pelaksanaan Program SL1M berdasarkan tempoh kontrak kepada Sekretariat SL1M untuk kelulusan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pengakuan penerimaan Surat ini oleh syarikat tuan;
(b) melaksanakan program ini mengikut Jadual Pelaksanaan Program SL1M yang diluluskan oleh Sekretariat SL1M;
(c) mengemaskini maklumat berkaitan pengalaman syarikat melaksanakan program SL1M dalam sistem ePerolehan di Kementerian Kewangan atau sistem di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mengikut mana yang berkaitan;
(d) mengemukakan sijil atau surat pengesahan oleh Sekretariat SL1M kepada Agensi sebaik sahaja pelaksanaan program SL1M selesai; dan
(e) mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaan program SL1M kepada Sekretariat SL1M.
8. Sekiranya syarikat tuan gagal mematuhi mana-mana terma di perenggan 6 dan 7 atau arahan oleh Kerajaan, Kerajaan berhak untuk tidak mempertimbangkan sebarang tawaran kontrak baharu atau pelanjutan kontrak pada masa hadapan kepada syarikat tuan.
9. Syarikat tuan juga adalah diingatkan bahawa Kerajaan berhak untuk membatalkan Surat ini sekiranya:
(a) syarikat tuan gagal mematuhi mana-mana terma di perenggan 4 dalam tempoh masa yang ditetapkan;
(b) syarikat tuan gagal mematuhi mana-mana terma yang dinyatakan dalam Surat Akuan Pembida Berjaya;
(c) syarikat tuan telah membuat salah nyataan (misrepresentation) atau mengemukakan maklumat palsu semasa berurusan dengan Kerajaan bagi perolehan ini atau melakukan apa-apa perbuatan lain, seperti memalsukan maklumat dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, mengemukakan bon pelaksanaan atau dokumen lain yang palsu atau yang telah diubah suai;
(d) syarikat tuan membenarkan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat disalahgunakan oleh individu/syarikat lain;
(e) syarikat tuan terlibat dalam membuat pakatan harga dengan syarikat-syarikat lain atau apa-apa pakatan sepanjang proses sebut harga sehingga dokumen kontrak ditandatangani;
(f) syarikat tuan telah memberikan subkontrak sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya pembekalan barangan/perkhidmatan tanpa kelulusan Kerajaan terlebih dahulu;
(g) syarikat tuan gagal membekalkan barang/ menyempurnakan perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Lampiran A;
(h) syarikat tuan gagal mematuhi mana-mana terma/arahan di dalam dokumen sebut harga;
(i) syarikat tuan/ pemilik/ rakan kongsi/ pengarah/ telah disabitkan atas kesalahan jenayah di dalam atau luar Malaysia;
(j) syarikat tuan digulungkan atau telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah;
(k) syarikat tuan membekal barang-barang yang tidak tulen, bukan baharu atau yang terpakai;
(l) syarikat tuan gagal mematuhi spesifikasi pembekalan/skop perkhidmatan yang ditetapkan dan/atau
Service Level Agreement ; atau
(m) terdapat perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan Negara.
10. Sekiranya Surat ini dibatalkan atas alasan seperti yang ditetapkan di perenggan 9, Kerajaan tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kerugian syarikat tuan termasuk kerugian masa hadapan.
11. Bersama-bersama Surat ini disertakan Surat Akuan Pembida Berjaya dan Surat Akuam Sumpah
Syarikat seperti di
Lampiran B
dan
Lampiran A
untuk ditandatangani oleh syarikat tuan dan
dikembalikan bersama-sama dengan Surat ini.
12. Surat ini dihantar kepada syarikat tuan dalam tiga (3) salinan. Sila kembalikan ke pejabat ini salinan asal dan kedua berserta lampiran yang berkaitan yang telah ditandatangani dengan sempurna oleh syarikat tuan dan saksi syarikat tuan tidak melebihi *3/7/14 hari dari tarikh Surat ini diterima untuk tindakan kami selanjutnya. Apa-apa kegagalan dalam mematuhi kehendak di perenggan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh mengakibatkan Surat ini terbatal dan Kerajaan tidaklah dengan apa-apa jua bertanggungan terhadap syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
........................................................
(Nama Penuh Pegawai) Jawatan Pegawai
PENGAKUAN PENERIMAAN SURAT SETUJU TERIMA DAN LAMPIRAN YANG BERKAITAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini disahkan bahawa yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan Surat ini dan lampiran yang berkaitan yang rujukannya ialah ............................................................. bertarikh ......................................................
dan bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Surat ini tanpa syarat yang mana salinan kepada Surat ini telah pun disimpan, dan selanjutnya disahkan bahawa tiada apa-apa terma, syarat atau stipulasi tambahan kepada yang terkandung dalam dokumen sebut harga dan Surat ini telah dikenakan.
....................................................
Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
Alamat :
Tarikh :
.................................................... :
Nama Penuh Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Alamat :
Tarikh
Meterai atau Cop Syarikat
*potong mana yang tidak berkenaan
Lampiran A
BUTIRAN KONTRAK
PERKHIDMATAN SEWAAN PROJEKTOR LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD) TERMASUK KOS PEMASANGAN, PENTAULIAHAN, PENYELENGGARAAN DAN PENGHANTARAN KE JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DI SELURUH MALAYSIA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
1. Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (jika berdaftar)
1.1 No. Pendaftaran : .....................................................................
1.2 Tempoh Sah Laku : .....................................................................
2. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (jika berdaftar)
2.1 No. Pendaftaran : .....................................................................
2.2 Tempoh Sah Laku : .....................................................................
2.3 Kod Bidang : .....................................................................
2.4 Taraf Syarikat : .....................................................................
2.5 Tempoh Sah Laku Taraf Bumiputera : .....................................................................
3. Pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika berdaftar)
3.1 No. Pendaftaran : .....................................................................
3.2 Tarikh Kuat Kuasa : .....................................................................
4. Harga dan Tempoh Kontrak
4.1 Harga sebut harga (butiran harga seperti di Lampiran A1)
: RM ........................................
4.2 Peruntukan CBP (sekiranya berkaitan) : RM ........................................
4.3 Fi Perkhidmatan ePerolehan(sekiranya berkaitan)
: *0.4% / 0.8%
4.4 Harga Kontrak : RM ........................................
4.5 Tempoh Kontrak : .....................................................................
4.6 Xxxxxx Xxxx Xxxxxxx : .....................................................................
4.7 Xxxxxx Xxxxx Xxxxxxx : .....................................................................
5. Tempoh dan Jadual Pembekalan Barang / Penyempurnaan Perkhidmatan
* senarai item, kuantiti, jenis perkhidmatan dan/atau tempoh serta jadual pembekalan/penyempurnaan perkhidmatan yang ditetapkan seperti di Lampiran A2
Lampiran A2 akan disediakan oleh Agensi
6. Spesifikasi/Skop Perkhidmatan/Service Level Agreement (SLA) (sekiranya berkaitan)
*Spesifikasi/Skop Perkhidmatan/SLA yang ditetapkan seperti di Lampiran A3 Lampiran A3 akan disediakan oleh Agensi
7. *Bon Pelaksanaan
7.1 Kadar Bon Pelaksanaan : .....................................................................
7.2 Formula Bon Pelaksanaan : .....................................................................
7.3 Nilai Bon Pelaksanaan : .....................................................................
7.4 Bentuk Bon Pelaksanaan : Jaminan Bank/ Bank Islam/ Bank Pembangunan Malaysia
Berhad; atau Jaminan Syarikat Kewangan; atau Jaminan Insurans/ Takaful
7.5 Tempoh Sah Laku : Dari tarikh kuat kuasa kontrak sehingga 12 bulan selepas tarikh tamat kontrak atau tarikh obligasi terakhir mengikut mana yang terkemudian.
Mengikut format yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran A4 Lampiran A4 akan disediakan oleh Agensi berdasarkan format 1PP/PK4
8. *Polisi Insurans
8.1 Nilai Polisi : RM ........................................
8.2 Tempoh Perlindungan : Meliputi tempoh kontrak
9. *Kadar Denda/Tolakan
(Gagal bekal barang/perkhidmatan atau tidak menepati spesifikasi)
9.1 Formula : .....................................................................
9.2 Kadar sehari : RM ........................................
10. *Liquidated & Ascertained Damages (LAD)
(Lewat bekal barang/ perkhidmatan)
10.1 Formula : .....................................................................
10.2 Kadar Asas : Berdasarkan kadar BLR pada tarikh tutup tender
10.3 Kadar sehari : RM ........................................
11. *Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) (jika berkaitan)
(Bagi perolehan yang telah melebihi nilai ambang berdasarkan 1PP/PK1.2)
11.1 Tertakluk kepada Pelaksanaan Program SL1M
: Ya / Tidak (Berdasarkan nilai ambang yang ditetapkan dalam 1PP/PK1)
11.2 Bilangan Minimum peserta SL1M : ......... peserta Formula pergiraan: 1% X Harga Kontrak
RM18,000*
*Elaun SL1M (RM1,500 seorang x 12 bulan)
*potong mana yang tidak berkenaan
Salinan Kepada :
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Bahagian Perolehan Kerajaan Aras 4 Blok Utara
Kementerian Kewangan Presint 2
62592 PUTRAJAYA
(u.p : Ketua Seksyen Dasar Perolehan)
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Menara Hasil
Aras 18, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
63000 CYBERJAYA
Pengarah GST
Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia Bahagian GST
Xxxx 3 & 4, Xxxx A, Xxxxxx Xxxxx Xx.00, Xxxxxxxxx Xxxxxxx , Xxxxxxx 0 00000 XXXXXXXXX
Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia Aras 0, Xxxx X0, Xxxxxxxx X 00000 XXXXXXXXX
*Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Ketua Sekretariat SL1M)